Buah salak
di dalam hutan,
Buahnya
masak tergantung tinggi,
Jika sudah
salah buatan,
Jangankan
untung bertambah rugi.
Akhirnya
Loqman sekeluarga sampai juga dihalaman serumah rumah papan bertangga batu
milik keluarga Amirah. Tidak sabar-sabar Puan Sharifah keluar dari kereta
menuju ketangga lalu memberi salam. Rindu hatinya dengan cucunya yang seorang
ini, maklumlah cucunya yang lain tinggal jauh darinya. Kemudian Encik Abdul
Majid pula memberi salam, mereka sudah pun berdiri di hadapan tangga membuka
kasut bersiap sedia untuk naik..sedangkan Loqman masih lagi didalam kereta
mencari kekuatan. Dia membayangkan bagaimankah sambutan Amirah terhadapnya
kelak. Tidak lama lepas itu kedengaran suara Puan Halimah menyambut salam.
“Waalaikumsalam..Ohhh nenek Port Dikson dah sampai…cepatnya
Kak Long sampai..Syifa nenek dengan atuk PD dah sampai ni..Syifa.”
“Ye Limah akak rindu sangat dengan Syifa..rasa dah lama
sangat tak jenguk dia.” sambung Puan Sharifah dengan senyum cerianya.
“Naiklah kak Long..abang Long..Syifa tengah tukar lampin agaknya”.
Tidak lama lepas tu kedengaran suara sahutan membalas laungan suara Puan
Halimah...
“Ya nenek.. Syifa tengah tukar lampin ni nenek..” kedengaran
suara Amirah dari dalam bilik.
“Amirah ada balik Limah?..” Puan Sharifah bertanyakan bekas
menantunya bila mendengar suaranya. Dia begitu teruja..
“ Ada kak Long ..katanya
sebab raya Puasa hari tu tak dapat cuti, ni raya korban dia dapatlah dia
cuti…naiklah Kak Long ..abang Long” Sekali lagi Puan Halimah menjemput
tetamunya yang masih tercegat dianak tangga paling bawah. Ketika mereka sampai diruang
tamu Amirah keluar dari bilik dengan mengelek
anaknya, mereka memakai baju raya yang sama. Sungguh cantik dimata Puan
Sharifah suami isteri. Terfikir juga dibenak mereka alangkah bahagianya jika
Amirah masih menjadi menantu mereka tentu meriah hari raya tahun itu.
“Apa khabar mama, papa..lama Mirah tak jumpa mama dengan
papa..mama dan papa Mirah minta maaf banyak-banyak diatas segala salah silap
Mirah pada mama dan papa selama ni.” Amirah bersalaman dan mencium kedua tangan
bekas mentuanya anaknya masih dikelekkannya.Tetapi Puah Sharifah terus memeluk
bekas menantunya, dia sudah teresak sedeh. Sebenarnya hatinya sedeh
mengenangkan dugaan hidup yang dihadapi oleh bekas menantunya. Jika dilihat
dari mata kasar Amirah sungguh tabah ditimpa musibah keruntuhan rumahtangganya
angkara anaknya sendiri. Didalam hati Puan Sharifah berjanji akan memberi
sepenuh kasih sayang kepada Amirah walaupun dia bukan lagi menantunya. Selepas pelukkan
bekas ibu mertuanya dilepaskan Amirah tunduk menyalami bekas bapa mertuanya
pula.
“Mirah tak ada salah dengan papa dan mama.”
Ketika adingan peluk memeluk dan bersalaman berlangsung kedengaran
satu suara garau perlahan memberi salam. Tertapi begitu cepat pendengaran
Amirah menagkap suara yang begitu biasa ditelinganya dahulu.
“Assalamualaikum” Loqman memberi salam dimuka pintu.
Secara
spontan Amirah mengangkat kepala bila mendengar suara yang begitu biasa digegendang telinganya dulu. Seakan bermimpi pula dia
mendengar suara yang telah lama tidak didengari. Badan tertegak.. kepala dan pandangannya mengarah pintu rumahnya untuk mencari
kepastian apa yang didengari. Apabila
matanya melihat Loqman yang sedang tertegak memandang kearah
dirinya juga. Cepat-cepat otaknya
memperoses.. dia menyerahkan anak yang sedang dikelek kepada bekas ibu
mertuanya dan dia bersegera beredar kedapur..Semua mata tertumpu kearah Loqman.
“Ohh.. Loqman pun ada..masuklah..masuklah” jemput Puan
Halimah kepada bekas menantunya. Laju langkah
Amirah melarikan dirinya kedapur. Didapur dia duduk dikerusi meja makan
untuk mencari kekuatan. Pandangan kabur kerana
air mata laju berjujuran keluar tampa dapat dibendung.
“Kenapa kak..” Tanya Atirah ingin tahu, bila dilihat
kakaknya menangis. Dia didapur
menyiapkan hidangan hari rayanya bila
mendengar suara keluarga mak longnya sampai tadi. Amirah tidak menjawab
pertanyaan adiknya, dia hanya meraup mukanya dengan kedua belah tangannya. Lama
kemudian ketika fikirannya sudah agak tenang dia pula yang bertanya adiknya.
“Tirah dah buat air ke?..mehlah kakak buat air .“ Atirah adalah adik Amirah nombor
tiga, dia juga pulang bercuti. Dia masih bersekolah dalam tingkatan 5 di Sekolah Menengan Sains Tuanku Jaafar Kuala
Pilah, sebuah sekolah berasrama penuh.
Amirah membantu adiknya menyiapkan hidangan untuk tetamu yang datang.
Sementara ayah dan adik-adik lelaki Amirah belum pulang dari masjid lagi.
Untuk
hari raya korban ini ibunya membakar lemang, nasi impit , rendang ayam dan kuah
kacang lebih sedikit kerana Amirah dapat
pulang bercuti. Amirah pula memasak daging masak kicap untuk anaknya yang
tidak tahan makan pedas katanya. Yang
sebenarnya dia makin suka makan masak kicap daging sekarang. Setelah siap hidangan, dia
mengarahkan adiknya mengangkat hidangan itu keluar, dia hanya duduk sahaja
didapur.
“Tirah… Tirah tolong
angkat semuanya ni letak meja depan.” tampa
banyak soal adiknya mengikuti arahan kakaknya. Dari suara-suara tetamu diruang
tamu rumahnya dia tahu siapa yang datang.Dia bersimpati dengan kakaknya.
“Assalamualikum..mak Long, pak Long abang Man ..apa khabar.”
Semua mata tetamu tertumpu kepada Atirah adik Amirah.Setelah meletakkan dulang
berisi air teh o dia atas meja, Atirah menyalami keluarga ibu saudaranya.Adik
beradik Amirah memang sudah diajar dari kecil menghormati orang tua dan
bersopan santun.
“Ohh..Tirah pun ada balik juga..tak lama nak periksa kan
Tirah.” Puan Sharifah bertanya ramah.
“Ia Mak Long dapat cuti
tiga hari ni Tirah balik juga..nak makan rendang ibu tak lama nak periksa SPM,
mungkin lepas ni lama sikit Tirah tak balik.” Kemudian dia masuk lagi mengambil
makanan yang lain. Setelah semuanya terhidang, tetamu dijumput makan. Loqman
yang sedang memangku anaknya juga
dipelawa makan bersama. Yang herannya anaknya tidak pula menangis ketika dia
mengambil dari dukungan neneknya tadi. Syifa cuma nampak hairan apabila
seseorang yang tidak dikenalinya, mengambil, mencium dan meribanya.
“Mama dan papa makanlah Man nak pegang anak Man ni dulu.” sambil membelai rambut
anaknya Loqman mencium kepala anaknya. Sudah berkali-kali ciuman itu singgah di
kepala dan pipi anaknya bagai tidak puas dia mencium anaknya.
“Makan lah dulu Man..tak ada kawan, nanti makan tak sedap
pula.” Puan Halimah mengambil cucunya dari ribaan bekas menantunya.
“Baiklah bu.”Loqman pun masih memangil bekas ibu mertuanya
seperti dahulu, bila dia mendengar Amirah masih memanggil kedua orang tuanya,
papa dan mama. Dia bangun menuju kemeja yang sudah terhidang dengan juadah hari
raya. Bila dia terpandang daging masak kicap, terus dia mengambil dan memakan bersama lemang. Kemudian dia
mengambil lagi lalu dimakanya pula
bersama nasi impit pula.
“Daging masak kicap ni Mirah buat untuk Syifa, dia kesian
anaknya tak tahan makan pedas katanya.” cerita Puan Halimah.
“Kak Long tak pernah masak kicap daging Limah..kalau buat
pun tak ada orang nak makan, Abang Long kamu ni lebih suka daging masak lemak
cili api, tunggu cucu yang kat Terengganu saja balik..kadang-kadang Yati
buatlah. Tapi dah dua kali balik dia tak masak pun. Dia pun dah jadi macam kita
juga Limah, lagi suka masak lemak pula sekarang ni. Raya semalam pun dia tak
masak anak-anak dah besar sikit semua dah tahan makan pedas.” Ketika mereka
sedang menikmati hidangan hari raya. Kedengaran deruman motosikal masuk
kepekarangan halaman mereka..ayah Amirah
berserta tiga orang anak lelakinya pulang dari masjid.
“Assalamuilaikum” kedengaran suara ramai memberi salam dari
bawah.
“Waalaikumsalam…kenapa lambat balik abang..pergi mana?”
sambil menjawab salam Puan Halimah menuju kemuka pintu dan bertanya kelewatan
suami dan anak-anaknya.
“Lepas sembayang tadi...kami pergi kubur emak dan abah.
…masa nak balik tak sangka jumpa kawan
lama, itu yang lama berbual tu..Ohh..Kak Long dan Abang Long dah sampai ke.”
Ayah Amirah yang terjengul dimuka pintu menerangkan kepada isterinya akan
kelambatannya pulang dari masjid.
“Kami tengah makan ni Rahim..marilah sekali.” kata Encik Abdul
Majid, Loqman terus saja bangun menyalami bekas bapa mertuanya sambil mencium
tangannya.
“Selamat hari raya maaf kan Man lahir dan batin ayah, Man
banyak dosa dengan ayah.”
“Samalah kita Man.” Kata Encik Abdul Rahim sambil menepuk
lembut bahu bekas menantunya.Loqman duduk semula di kerusinya tadi, ayah
mentuanya pula menghulur tangan kepada kedua bekas besannya.Tiada riak marah di
wajah bekas ayah mertuanya. Bagi Encik Abdul Rahim apalah yang hendak dimarah
kan semuanya ketentuan dari Allah..kita sebagai hamba perlu redha dengan segala
ketentuanya.
Kemudian
dia juga mengambil pinggan untuk makan hidangan yang ada diatas meja juga untuk
memeriahkan suasana bersama bekas besan mereka.Puan Halimah pula menyuapkan
nasi impit bersama kuah kicap daging, kemulut cucunya.
“Suka Syifa makan nasi impit dengan kicap daging tu ya
Limah.” tegur Puan Sharifah bila dilihat cucnya begitu berselera.
“Mama balik nanti, masakkan Man masak kicap daging ya mama.”
Pinta Loqman pula.
“Man pun suka masak kicap daging juga..anak dan ayah sama
suka masak kicap daging ni.” Puan Sharifah berkata..dia tidak tahu pula Loqman
suka makan masak kicap daging.
“Man memang suka masak kicap daging tapi mama tak pernah
buat.”
“Man tak pernah minta jadi mama masak lemak saja lah..nanti
kita balik singgah beli daging”.
Selesai
makan Loqman sekeluarga ingin meminta diri, Loqman bangun dahulu, dia meminta
izin kepada kedua bekas ayah dan ibu mertuanya untuk bertemu Amirah.Setelah
Amirah masuk tadi, dia tidak menjengukkan mukanya lagi keruang tamu.Mungkin dia
menghindarkan diri kerana kehadiran dirinya.
“Ibu, ayah Man minta izin nak jumpa Mirah nak minta maaf ..sekejap boleh?” mata sudah
berkaca-kaca.
“Boleh pergilah dia kat dapur tu.” kata bekas ibu mertuanya.
Loqman berjalan menuju dapur, ketika itu Amirah duduk di meja dapur, tidak
menyangka Loqman ingin menemuinya. Loqman memberi salam..
“Assalamualaikum..Mirah… abang nak minta maaf dari Mirah
lahir dan batin..abang tahu sepanjang kita jadi suami isteri abang banyak buat
salah pada Mirah, semuanya memang salah
abang, abang minta maaf.” dia mengadap Amirah dengan muka tertunduk. Amirah
tergamam seketika, bila dia tersedar dihadapannya bekas suaminya masih berdiri
tercegat dihadapanya memohon kemaafan ..dia bersuara.
“Mirah dah lama maafkan abang Man. Mirah pun minta maaf
lahir dan batin Mirah juga banyak salah pada abang Man.” Panggilanya sudah
bertukar kini, tidak lagi ‘abang’ seperti sewaktu mereka menjadi suami isteri
dulu, tetapi ‘Abang Man’ seperti Atirah dan adik-adik yang lain memanggilnya. Kini Amirah sudah
merasakan bahawa bekas suaminya adalah abang dua pupunya.Kesedihan dan rasa
terkilan dihatinya terkikis bersama luahan maaf dan penerimaan maaf yang
diucapkan.
“Mirah tidak pernah bersalah pada abang, kalau ada pun abang
telah lama memaafkan. Terima kasih Mirah kerana sudi maafkan abang yang banyak dosa pada Mirah.” Loqman keluar
dari dapur dengan hati yang dibaluti rasa bersalah yang teramat sangat.Itu
dipihak Loqman. Tetapi di pihak Amirah lain pula..setelah dia meluahkan kata
maaf kepada bekas suaminya dan bekas suaminya pula telah menyatakan kesalahanya
dadanya terasa lapang. Dia merasa tiada apa yang membelenggu hidupnya lagi
seperti sebelum ini. Apabila bekas suami dan keluarganya pulang, dia menghampiri kedua ibu dan ayahnya
yang masih diruang tamu melayani sikecil Syifa, Amirah bersuara..
“Kakak rasa lega sekarang ibu..ayah…kakak rasa dah kuat
sekarang..kakak dah tak kisah kalau orang nak cakap pasal abang Man lagi.”
“Eloklah macam tu kakak, ayah bersyukur sangat semangat
kakak dah pulih, lagi pun kita ni bersaudara tidak baik menyimpan dendam.
Kemaafan itu sebaik-baik perbuatan..sedangkan Nabi pun memaafkan umatnya,
inikan pula kita manusia biasa yang tak pernah lari dari membuat kesilapan.
Ayah bersyukur sangat anak ayah boleh memberi kemaafan.” Kata ayahnya, ibunya
hanya memandang anak sulong mereka dengan rasa simpati.
Sebelum pulang tadi, Puan Halimah
ada membungkuskan sedikit daging masak kicap dan dua batang lemang untuk
keluarga bekas besannya.Walaupun rumah tangga anak-anak mereka berkecai
ditengah jalan, mereka tidak bermusuhan.Mereka menganggap semuanya takdir dari
Allah.Segalanya berlaku mungkin ada hikmahnya yang mereka sendiri tidak
tahu.Jadi terimalah takdir itu dengan hati yang redha.
“Kak Long ini dua batang lemang dan daging masak kicap
sikit..takut tak jumpa daging pulak nanti.. kami kat sini kejap lagi mungkin
orang hantar daging korban, macam tahun lepas banyak betul orang bagi daging
korban.. dekat 4 kilo”.
“Akak memang nak minta lemang kamu ni Limah..akak tak beli
lemang pun semalam.”
“Ialah kak, memang niat nak bagi kak long, itu yang masak
lebih semalam..kadang-kadang yang kita
beli tu cepat basilah kak long.”
“Betul tu Limah..tapi akak nak buat sendiri, tak ada siapa
nak jagakan api itu yang tak buat tu.”
“Alah ambil saja kat sini..Limah kat sini ramai yang
tolong.”
“Terima kasih Limah..ni haa daging kicap..tak payah akak nak
masak nanti. Entah apa-apa siLoqman tu, nampak anaknya suka makan dia jadi suka
juga.”Balas kak longnya.
Dipertengahan jalan
pulang ke PortDikson Loqman meminta papanya memandu kereta kerana dirasakan
fikirannya tidak boleh memberi tumpuan
dijalan raya.
“Papa boleh bawa kereta tak papa..Man rasa pening lah.”
“Berhentilah kat depan tu kita tukar pulak.” Setelah
memberhentikan kereta di bahu jalan
papanya duduk pula dikerusi pemandu.
“Mama duduk sebelah papalah mama…Man rasa nak tidur..pening
pulak kepala ni.” Mereka bertukar tempat duduk, kini Loqman sudah ditempat
duduk belakang menyandarkan diri sambil memejamkan matanya.Kedua papa dan
mamanya hanya membiarkanya sahaja tingkah anak bungsu mereka. Mereka boleh
meneka apa yang bergolak didalam jiwa anak mereka.
Tabah betul Amirah...
ReplyDeleteOrang NS memang sebut lahir&batin erk?
Maaf mak teh dah terlepas pandang..sepatutnya maaf zahir dan batin.. kadang2 mak teh rasa geram bila membayangkan watak Loqman.. kadang2 kesin. itulah, sekarang ni zaman gersang Loqman dan Amirah....mak teh rasa malas nak semak dua tiga kali...sakit hati..... hehehe
ReplyDelete