~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Tuesday 16 October 2012

Bab 20. Tidak terkikis kesal dihati




Buah salak di dalam hutan,
Buahnya masak tergantung tinggi,
Jika sudah salah buatan,
Jangankan untung bertambah rugi.


                Akhirnya Loqman sekeluarga sampai juga dihalaman serumah rumah papan bertangga batu milik keluarga Amirah. Tidak sabar-sabar Puan Sharifah keluar dari kereta menuju ketangga lalu memberi salam. Rindu hatinya dengan cucunya yang seorang ini, maklumlah cucunya yang lain tinggal jauh darinya. Kemudian Encik Abdul Majid pula memberi salam, mereka sudah pun berdiri di hadapan tangga membuka kasut bersiap sedia untuk naik..sedangkan Loqman masih lagi didalam kereta mencari kekuatan. Dia membayangkan bagaimankah sambutan Amirah terhadapnya kelak. Tidak lama lepas itu kedengaran suara Puan Halimah menyambut salam.

“Waalaikumsalam..Ohhh nenek Port Dikson dah sampai…cepatnya Kak Long sampai..Syifa nenek dengan atuk PD dah sampai ni..Syifa.”

“Ye Limah akak rindu sangat dengan Syifa..rasa dah lama sangat tak jenguk dia.” sambung Puan Sharifah dengan senyum cerianya.

“Naiklah kak Long..abang Long..Syifa tengah tukar lampin agaknya”. Tidak lama lepas tu kedengaran suara sahutan membalas laungan suara Puan Halimah...

“Ya nenek.. Syifa tengah tukar lampin ni nenek..” kedengaran suara Amirah dari dalam bilik.

“Amirah ada balik Limah?..” Puan Sharifah bertanyakan bekas menantunya bila mendengar suaranya. Dia begitu teruja..

“ Ada kak Long ..katanya  sebab raya Puasa hari tu tak dapat cuti, ni raya korban dia dapatlah dia cuti…naiklah Kak Long ..abang Long” Sekali lagi Puan Halimah menjemput tetamunya yang masih tercegat dianak tangga paling bawah. Ketika mereka sampai diruang tamu  Amirah keluar dari bilik dengan mengelek anaknya, mereka memakai baju raya yang sama. Sungguh cantik dimata Puan Sharifah suami isteri. Terfikir juga dibenak mereka alangkah bahagianya jika Amirah masih menjadi menantu mereka tentu meriah hari raya tahun itu.

“Apa khabar mama, papa..lama Mirah tak jumpa mama dengan papa..mama dan papa Mirah minta maaf banyak-banyak diatas segala salah silap Mirah pada mama dan papa selama ni.” Amirah bersalaman dan mencium kedua tangan bekas mentuanya anaknya masih dikelekkannya.Tetapi Puah Sharifah terus memeluk bekas menantunya, dia sudah teresak sedeh. Sebenarnya hatinya sedeh mengenangkan dugaan hidup yang dihadapi oleh bekas menantunya. Jika dilihat dari mata kasar Amirah sungguh tabah ditimpa musibah keruntuhan rumahtangganya angkara anaknya sendiri. Didalam hati Puan Sharifah berjanji akan memberi sepenuh kasih sayang kepada Amirah walaupun dia bukan lagi menantunya. Selepas pelukkan bekas ibu mertuanya dilepaskan Amirah tunduk menyalami bekas bapa mertuanya pula.

“Mirah tak ada salah dengan papa dan mama.”

Ketika adingan peluk memeluk dan bersalaman berlangsung kedengaran satu suara garau perlahan memberi salam. Tertapi begitu cepat pendengaran Amirah menagkap suara yang begitu biasa ditelinganya dahulu.

“Assalamualaikum” Loqman memberi salam dimuka pintu.

                Secara spontan Amirah mengangkat kepala bila mendengar suara yang begitu biasa digegendang  telinganya dulu. Seakan bermimpi pula dia mendengar suara yang telah lama tidak didengari.  Badan tertegak.. kepala dan pandangannya  mengarah pintu rumahnya untuk mencari kepastian apa yang didengari.  Apabila matanya  melihat  Loqman yang sedang tertegak memandang kearah dirinya juga. Cepat-cepat  otaknya memperoses.. dia menyerahkan anak yang sedang dikelek kepada bekas ibu mertuanya dan dia bersegera beredar kedapur..Semua mata tertumpu kearah Loqman.

“Ohh.. Loqman pun ada..masuklah..masuklah” jemput Puan Halimah kepada bekas menantunya. Laju langkah  Amirah melarikan dirinya kedapur. Didapur dia duduk dikerusi meja makan untuk mencari kekuatan. Pandangan kabur kerana  air mata laju berjujuran keluar tampa dapat dibendung.

“Kenapa kak..” Tanya Atirah ingin tahu, bila dilihat kakaknya menangis.  Dia didapur menyiapkan hidangan hari rayanya  bila mendengar suara keluarga mak longnya sampai tadi. Amirah tidak menjawab pertanyaan adiknya, dia hanya meraup mukanya dengan kedua belah tangannya. Lama kemudian ketika fikirannya sudah agak tenang dia pula yang bertanya  adiknya.

“Tirah dah buat air ke?..mehlah kakak  buat air .“ Atirah adalah adik Amirah nombor tiga, dia juga pulang bercuti. Dia masih bersekolah dalam tingkatan 5  di Sekolah Menengan Sains Tuanku Jaafar Kuala Pilah, sebuah sekolah berasrama penuh.  Amirah membantu adiknya menyiapkan hidangan untuk tetamu yang datang. Sementara ayah dan adik-adik lelaki  Amirah  belum pulang dari masjid lagi.

                Untuk hari raya korban ini ibunya membakar lemang, nasi impit , rendang ayam dan kuah kacang  lebih sedikit kerana Amirah dapat pulang bercuti.  Amirah pula  memasak daging masak kicap untuk anaknya yang tidak tahan makan pedas katanya.  Yang sebenarnya dia makin suka makan masak kicap daging  sekarang. Setelah siap hidangan, dia mengarahkan adiknya mengangkat hidangan itu keluar, dia hanya duduk sahaja didapur.

“Tirah… Tirah  tolong angkat semuanya ni letak meja depan.”  tampa banyak soal adiknya mengikuti arahan kakaknya. Dari suara-suara tetamu diruang tamu rumahnya dia tahu siapa yang datang.Dia bersimpati dengan kakaknya.

“Assalamualikum..mak Long, pak Long abang Man ..apa khabar.” Semua mata tetamu tertumpu kepada Atirah adik Amirah.Setelah meletakkan dulang berisi air teh o dia atas meja, Atirah menyalami keluarga ibu saudaranya.Adik beradik Amirah memang sudah diajar dari kecil menghormati orang tua dan bersopan santun.

“Ohh..Tirah pun ada balik juga..tak lama nak periksa kan Tirah.” Puan Sharifah bertanya ramah.

“Ia Mak Long  dapat cuti tiga hari ni Tirah balik juga..nak makan rendang ibu tak lama nak periksa SPM, mungkin lepas ni lama sikit Tirah tak balik.” Kemudian dia masuk lagi mengambil makanan yang lain. Setelah semuanya terhidang, tetamu dijumput makan. Loqman yang sedang memangku  anaknya juga dipelawa makan bersama. Yang herannya anaknya tidak pula menangis ketika dia mengambil dari dukungan neneknya tadi. Syifa cuma nampak hairan apabila seseorang yang tidak dikenalinya, mengambil, mencium dan meribanya.

“Mama dan papa makanlah Man nak pegang  anak Man ni dulu.” sambil membelai rambut anaknya Loqman mencium kepala anaknya. Sudah berkali-kali ciuman itu singgah di kepala dan pipi anaknya bagai tidak puas dia mencium anaknya.

“Makan lah dulu Man..tak ada kawan, nanti makan tak sedap pula.” Puan Halimah mengambil cucunya dari ribaan bekas menantunya.

“Baiklah bu.”Loqman pun masih memangil bekas ibu mertuanya seperti dahulu, bila dia mendengar Amirah masih memanggil kedua orang tuanya, papa dan mama. Dia bangun menuju kemeja yang sudah terhidang dengan juadah hari raya. Bila dia terpandang daging masak kicap, terus dia mengambil  dan memakan bersama lemang. Kemudian dia mengambil lagi  lalu dimakanya pula bersama nasi impit pula.

“Daging masak kicap ni Mirah buat untuk Syifa, dia kesian anaknya tak tahan makan pedas katanya.” cerita Puan Halimah.

“Kak Long tak pernah masak kicap daging Limah..kalau buat pun tak ada orang nak makan, Abang Long kamu ni lebih suka daging masak lemak cili api, tunggu cucu yang kat Terengganu saja balik..kadang-kadang Yati buatlah. Tapi dah dua kali balik dia tak masak pun. Dia pun dah jadi macam kita juga Limah, lagi suka masak lemak pula sekarang ni. Raya semalam pun dia tak masak anak-anak dah besar sikit semua dah tahan makan pedas.” Ketika mereka sedang menikmati hidangan hari raya. Kedengaran deruman motosikal masuk kepekarangan halaman mereka..ayah Amirah  berserta tiga orang anak lelakinya pulang dari masjid.

“Assalamuilaikum” kedengaran suara ramai memberi salam dari bawah.

“Waalaikumsalam…kenapa lambat balik abang..pergi mana?” sambil menjawab salam Puan Halimah menuju kemuka pintu dan bertanya kelewatan suami dan anak-anaknya.

“Lepas sembayang tadi...kami pergi kubur emak dan abah. …masa nak balik  tak sangka jumpa kawan lama, itu yang lama berbual tu..Ohh..Kak Long dan Abang Long dah sampai ke.” Ayah Amirah yang terjengul dimuka pintu menerangkan kepada isterinya akan kelambatannya pulang dari masjid.

“Kami tengah makan ni Rahim..marilah sekali.” kata Encik Abdul Majid, Loqman terus saja bangun menyalami bekas bapa mertuanya sambil mencium tangannya.

“Selamat hari raya maaf kan Man lahir dan batin ayah, Man banyak dosa dengan ayah.”

“Samalah kita Man.” Kata Encik Abdul Rahim sambil menepuk lembut bahu bekas menantunya.Loqman duduk semula di kerusinya tadi, ayah mentuanya pula menghulur tangan kepada kedua bekas besannya.Tiada riak marah di wajah bekas ayah mertuanya. Bagi Encik Abdul Rahim apalah yang hendak dimarah kan semuanya ketentuan dari Allah..kita sebagai hamba perlu redha dengan segala ketentuanya.

                Kemudian dia juga mengambil pinggan untuk makan hidangan yang ada diatas meja juga untuk memeriahkan suasana bersama bekas besan mereka.Puan Halimah pula menyuapkan nasi impit bersama kuah kicap daging, kemulut cucunya.

“Suka Syifa makan nasi impit dengan kicap daging tu ya Limah.” tegur Puan Sharifah bila dilihat cucnya begitu berselera.

“Mama balik nanti, masakkan Man masak kicap daging ya mama.” Pinta Loqman pula.

“Man pun suka masak kicap daging juga..anak dan ayah sama suka masak kicap daging ni.” Puan Sharifah berkata..dia tidak tahu pula Loqman suka makan masak kicap daging.

“Man memang suka masak kicap daging tapi mama tak pernah buat.”

“Man tak pernah minta jadi mama masak lemak saja lah..nanti kita balik singgah beli daging”.

                Selesai makan Loqman sekeluarga ingin meminta diri, Loqman bangun dahulu, dia meminta izin kepada kedua bekas ayah dan ibu mertuanya untuk bertemu Amirah.Setelah Amirah masuk tadi, dia tidak menjengukkan mukanya lagi keruang tamu.Mungkin dia menghindarkan diri kerana kehadiran dirinya.

“Ibu, ayah Man minta izin nak jumpa Mirah  nak minta maaf ..sekejap boleh?” mata sudah berkaca-kaca.

“Boleh pergilah dia kat dapur tu.” kata bekas ibu mertuanya. Loqman berjalan menuju dapur, ketika itu Amirah duduk di meja dapur, tidak menyangka Loqman ingin menemuinya. Loqman memberi salam..

“Assalamualaikum..Mirah… abang nak minta maaf dari Mirah lahir dan batin..abang tahu sepanjang kita jadi suami isteri abang banyak buat salah pada Mirah,  semuanya memang salah abang, abang minta maaf.” dia mengadap Amirah dengan muka tertunduk. Amirah tergamam seketika, bila dia tersedar dihadapannya bekas suaminya masih berdiri tercegat dihadapanya memohon kemaafan ..dia bersuara.

“Mirah dah lama maafkan abang Man. Mirah pun minta maaf lahir dan batin Mirah juga banyak salah pada abang Man.” Panggilanya sudah bertukar kini, tidak lagi ‘abang’ seperti sewaktu mereka menjadi suami isteri dulu, tetapi ‘Abang Man’ seperti Atirah dan adik-adik  yang lain memanggilnya. Kini Amirah sudah merasakan bahawa bekas suaminya adalah abang dua pupunya.Kesedihan dan rasa terkilan dihatinya terkikis bersama luahan maaf dan penerimaan maaf yang diucapkan.

“Mirah tidak pernah bersalah pada abang, kalau ada pun abang telah lama memaafkan. Terima kasih Mirah kerana sudi maafkan abang  yang banyak dosa pada Mirah.” Loqman keluar dari dapur dengan hati yang dibaluti rasa bersalah yang teramat sangat.Itu dipihak Loqman. Tetapi di pihak Amirah lain pula..setelah dia meluahkan kata maaf kepada bekas suaminya dan bekas suaminya pula telah menyatakan kesalahanya dadanya terasa lapang. Dia merasa tiada apa yang membelenggu hidupnya lagi seperti sebelum ini. Apabila bekas suami dan keluarganya  pulang, dia menghampiri kedua ibu dan ayahnya yang masih diruang tamu melayani sikecil Syifa, Amirah bersuara..

“Kakak rasa lega sekarang ibu..ayah…kakak rasa dah kuat sekarang..kakak dah tak kisah kalau orang nak cakap pasal abang Man lagi.”

“Eloklah macam tu kakak, ayah bersyukur sangat semangat kakak dah pulih, lagi pun kita ni bersaudara tidak baik menyimpan dendam. Kemaafan itu sebaik-baik perbuatan..sedangkan Nabi pun memaafkan umatnya, inikan pula kita manusia biasa yang tak pernah lari dari membuat kesilapan. Ayah bersyukur sangat anak ayah boleh memberi kemaafan.” Kata ayahnya, ibunya hanya memandang anak sulong mereka dengan rasa simpati.

Sebelum pulang tadi, Puan Halimah ada membungkuskan sedikit daging masak kicap dan dua batang lemang untuk keluarga bekas besannya.Walaupun rumah tangga anak-anak mereka berkecai ditengah jalan, mereka tidak bermusuhan.Mereka menganggap semuanya takdir dari Allah.Segalanya berlaku mungkin ada hikmahnya yang mereka sendiri tidak tahu.Jadi terimalah takdir itu dengan hati yang redha.
“Kak Long ini dua batang lemang dan daging masak kicap sikit..takut tak jumpa daging pulak nanti.. kami kat sini kejap lagi mungkin orang hantar daging korban, macam tahun lepas banyak betul orang bagi daging korban.. dekat 4 kilo”.

“Akak memang nak minta lemang kamu ni Limah..akak tak beli lemang pun semalam.”

“Ialah kak, memang niat nak bagi kak long, itu yang masak lebih semalam..kadang-kadang  yang kita beli tu cepat basilah kak long.”

“Betul tu Limah..tapi akak nak buat sendiri, tak ada siapa nak jagakan api itu yang tak buat tu.”

“Alah ambil saja kat sini..Limah kat sini ramai yang tolong.”

“Terima kasih Limah..ni haa daging kicap..tak payah akak nak masak nanti. Entah apa-apa siLoqman tu, nampak anaknya suka makan dia jadi suka juga.”Balas kak longnya.

  Dipertengahan jalan pulang ke PortDikson Loqman meminta papanya memandu kereta kerana dirasakan fikirannya tidak boleh memberi tumpuan  dijalan raya.

“Papa boleh bawa kereta tak papa..Man rasa pening lah.”

“Berhentilah kat depan tu kita tukar pulak.” Setelah memberhentikan kereta  di bahu jalan papanya duduk pula dikerusi pemandu.

“Mama duduk sebelah papalah mama…Man rasa nak tidur..pening pulak kepala ni.” Mereka bertukar tempat duduk, kini Loqman sudah ditempat duduk belakang menyandarkan diri sambil memejamkan matanya.Kedua papa dan mamanya hanya membiarkanya sahaja tingkah anak bungsu mereka. Mereka boleh meneka apa yang bergolak didalam jiwa anak mereka.







2 comments:

  1. Tabah betul Amirah...
    Orang NS memang sebut lahir&batin erk?

    ReplyDelete
  2. Maaf mak teh dah terlepas pandang..sepatutnya maaf zahir dan batin.. kadang2 mak teh rasa geram bila membayangkan watak Loqman.. kadang2 kesin. itulah, sekarang ni zaman gersang Loqman dan Amirah....mak teh rasa malas nak semak dua tiga kali...sakit hati..... hehehe

    ReplyDelete