Dihari ketiga
Syukri diLangkawi dia merasa begitu resah, hatinya berdebar-debar, wajah Nuri
sering terlayar dikepala, namun
digagahkan juga mengikuti kehendak Sarah kepulau Dayang Bunting. Dua hari berturut-turut mereka kepulau itu. Kali
pertma pergi Sarah Cuma dapat mencecah kan kakinya sahaja keair pulau itu dan
hari ini sempat juga Sarah mandi.
Selesai mandi, Syukri yang gelisah mengajak Sarah pulang kehotel penginapan
mereka.Dengan alasan dia sudah penat. Mana tak penat kaki berjalan kepalanya
juga berjalan memikirkan Nuri. Sarah dengan wajah muncung menuruti kehendak
suaminya. Sampai sahaja Syukri dibilik
penginapan hotel….
“Sarah!
Sarah pun dah dapat mandi kat Pulau tadikan, abang rasa abang nak baliklah
petang ni”.
“Ehh bang
kenapa pula nak balik, rugi saja duit ticket kapal terbang baru tiga hari abang
dah nak balik, esok sajalah kita balik. Sarah bercadang lepas makan tengahari,
Sarah nak beli barang sikit lah bang. Alang-alang kita dah datang kalau tak beli rasa rugi
pulak. Sarah nak pergi Pekan Kuah nak
beli set pinggan mangkok, kat rumah kita
mana ada set pinggan lagi.” Sarah mula mengatur rancanganya. Tetapi
Syukri bagai tidak dapat mencerana apa
yang diperkatakan oleh Sarah. Hatinya sangat risau.
“Lain kali
lah kita pergi, lagi pun kita bukan
selalu makan kat rumah, kita makan kat kedai saja. Abang risaukan Nuri,
semalam ada juga dia jawab call abang,
ni dah satu hari suntuk dia tak jawab call abang, abang dah cuba berkali-kali
ni, abang riasu apa-apa hal jadi kat dia”.
“Abang ni,
apa nak dirisaukan dia belum cukup bulan lagilah bang. Jomlah teman Sarah nak
pergi shopping, nanti tak lah risau sangat.”
Sarah mencadangkan agar Syukri menyibukan dirinya agar hatinya dapat
melupakan sedikit isteri yang ditinggalkan.
“…asyik
fikir Nuri saja, orang bercuti nak bergembira. Dia asyik nak fikir Nuri dia
pulak.” gumam Sarah perlahan diakhir ayatnya. Muncungnya sudah panjang tanda
rajuknya.
“Sarah
cuba fahami abang ni, yang kat sana tu tengah sarat itu tanggungjawab abang,
abang kena fikir kebajikan dia, kalau dia sakit nak bersalin siapa nak bawa dia
kehospital. Dia bukan ada siap-siapa kata sana tu”. Sebenarnya setelah sampai diLangkawi
rasa kesalnya mula memukul hati Syukri. Dia tidak sepatutnya mengikuti kehendak
Sarah dan mengemudiankan kebajikan Nuri. Dia merasa perbuatanya tidak adil
untuk Nuri.
“Bang
Sarah ni pun tak ada siapa-siapa bang. Sarah hanya ada abang saja dalam hidup
Sarah, abang harus faham Sarah juga, hanya pada abang saja tempat Sarah nak
bermanja”. Sarah sudah mengeluarkan ayat belas kasihanya, kalau tak dikeraskan
hati mahu cair Syukri mendengar ayat sedeh Sarah. Tetapi ayat itulah yang
membuatkan Syukri cair sebenarnya, dia kasihankan Sarah.
“Kalau
Nuri tu sihat walafiat tak apalah Sarah nak manja bagai, tapi Nuri tu dah
sarat, takkan dia nak pandu kereta waktu dia tengah sakit.Cubalah Sarah fikir”. Kerana hatinya yang
gedebak geduk Syukri terpaksa mengeraskan hatinya. Dia ingin pulang menjenguk
Nuri itu tekadnya.
“Ialah..ialah
kita balik tapi Sarah nak minta esok pagi saja kita balik, petang ni Sarah nak jalan sikit, boleh. Sarah janji
esok pagi lepas subuh pun tak apa janji
jangan balik petang ni.” bentak manja
Sarah, muka sudah memuncung. ‘Nak keluar
pun dah tak ada mood’ detik hati Sarah.
“Ok janji
esok pagi kita balik abang nak book tiket sekarang.” Syukri membuka laptopnya
untuk mencari jadual penerbangan MAS dari
Langkawi keKLIA esok pagi.
Kebetulan
ada penerbangan pada pukul satu pagi. Dia terpaksa bertegas sekarang ini. Dia tidak mahu lagi
termakan dengan rayuan manja Sarah. Sudah dua harinya hatinya berdegup kencang
bila memikirkan Nuri hingga tidur malamnya juga dia termimpikan Nuri. Mungkin
Nuri dalam kesusahan itu detik hati Syukri. Yang sebenarnya Syukri rasa sungguh
bersalah kerana menipu Nuri. Dia takut
Allah akan membalasnya kerana menipu isteri yang baik.
Kerana
rasa yang tidak tenteram akhirnya Syukri menempah ticket tengah malam itu.
Mereka tiba pada awal pagi. Dan yang
lagi memudahkan Syukri meninggalkan kereta Honda Accordnya diKLIA. Setelah
selesai urusan bagasinya terus sahaja dia menuju ketempat parking. Mereka
sampai kerumah sebelum subuh.
“Sarah
pergilah tidur dulu nanti subuh abang kejut”. Sarah tidak menjawab hatinya
mendongkol marah, bila diajak cepat pulang.
Syukri
kesofa ruang tamu, dia merebahkan badan disitu. Dia tidak mahu tidur didalam
bilik takut tidak bangun untuk subuhnya nanti. Selepas subuh sahaja Syukri
bergegas kerumah Nuri. Pada kebiasaan Nuri jika dia berkerja giliran pagi pada
pukul tujuh pagi dia sudah bersiap untuk ketempat kerjanya. Sebenarnya sejak kebelakangan
ini Syukri sudah tidak tahu jadual Nuri bekerja. Banyaknya tetang Nuri yang dia
sudah terlepas pandang sejak kedatangan Sarah dalam hidupnya.
Ketika
sampai dihadapan pagar rumah Nuri, tiada kereta Nuri didalam pagar dia
menganggarkan Nuri berkeja giliran malam.
Pada kebiasaanya Nuri, pukul 9 pagi nanti dia akan sampai kerumah jika
dia pulang dari giliran kerja malam. Dia membuka pintu pagar dan pintu rumah.
Dia menuju kebilik tidur dan merebahkan badanya disitu. Entah mengapa dia
begitu rindu hendak memandang wajah Nuri ketika itu. Akhirnya dia terlena, dia
tersedar dari lena, bila perutnya terasa pedih minta diisi. Bila dikerling jam
dipergelangan tangan sudah menunjukkan angka sebelas pagi. Dia baru tersedar
dia dirumah Nuri sekarang ini.
Syukri
mengambil telefon bimbitnya lalu menghubungi nombor Nuri. Kedengaran bunyi
telefon tidak jauh dari dia berbaring. Ohh telefon Nuri yang berbunyi diatas
meja almari soleknya. Dikepala Syukri penuh dengan tanda tanya, kemana agaknya
Nuri pergi hingga telefon bibitnya ditinggalkan dirumah.
Syukri
mula mencari Nuri, Dia menghubungi tempat kerja isterinya.
“Hello..boleh
sambungkan pada puan Nurizana Hj Mohd Zain”. Syukri memulakan pencariannya.
“Encik ni
siapa? sebenarnya Puan Nuri dah dua hari tak datang kerja..”
“Kenapa
agaknya dia tak datang kerja???” Terkejut besar Syukri mendengar apa yang
dikhabarkan oleh rakan ditempat kerja isterinya.
“Dua hari
lepas sepatutnya Puan Nuri bekerja waktu pejabat, tapi pada hari itu juga dia
balik awal pukul lapan setengah lagi dia dah balik. Mengikut pada pegawai yang
jumpa dia pagi tu, dia sakit macam sakit orang nak bersalin.Tapi kalau dia
bersalin sampai sekarang ni tiada seorang pun yang menghubungi kami mengatakan
dia sudah bersalin. Suaminya pun tidak menghubungi kami. Ehh yang sebetulnya
encik ni siapa?”.
“Saya
pakcik Nuri, Oklah kalau macam tu
terimakasih”. Cepat sahaja Syukri menjawab dia pakcik Nuri. Ada terbit rasa malu jika orang yang dihujung
talian mengetahui siapa dirinya pada Nuri.
Buntu
Syukri, kemana dia mahu mencari Nuri. Dia cuba menyelongkar laci meja solek
isterinya, mahu mencari klu hospital
mana isterinya bersalin. Tetapi hampa, laci itu bersih tidak kedapatan banyak
barang atau pun kertas atau pun kad. Dibukanya juga almari baju dan dibukanya
juga laci yang terdapat disitu juga hampa, tidak ada tanda yang boleh
menunjukkan sebarang klu untuknya.
Akhirnya dia temangu dibirai katil. Mula di bermonolong mengenai dirinya.
Semenjak
dia bernikah seorang lagi, banyak perkara tengtang Nuri dia tidak tahu,
sebenarnya dia tidak sempat untuk ambil tahu. Ditambah dengan sikap Nuri yang
menjadi pendiam sejak dia memadukan dirinya. Sejak lapan bulan yang lalu sikap
dingin Nuri bagai menjarakkan hubungan mereka suami isteri. Tapi sememangnya
sejak Sarah hadir dalam huidupnya, Nuri mula menjauhkan diri darinya. Mungkinkah
akhirnya dia akan kehilangan Nuri. Mampukah dia jika dia akan kehilangan Nuri. Dia sudah tidak
boleh berundur lagi, kini Sarah sudah menjadi sebahagian dari hidupnya. Walaupun
dia sedar Nuri telah terabai dari pemerhatianya, tetapi bagai manakah dia mahu
memperbaiki keadaan. Segala persoalan
tersangkut didalam kepalanya. Sakit kepalanya memikirkan masaalah yang datang
kerana salah perhitunganya sendiri.
Lama dia
berfikir makin difikir makin kusut jadi. Perut yang tadinya pedih menjadi sebu
dengan rasa yang dia tidak tahu untuk ditafsir. Rasa bersalah menggunung
terhadap Nuri kerana mengabaikan dirinya. Ahkirnya teringat dia mahu
menghubungi emaknya diPengakalan Hulu Grid Perak.
“Assalamualaikum
mak! mak boleh datang rumah Syukri tak?”
“Walaikumsalam..bilanya
kamu suruh mak datang ni?”
“ hari ni.”
“Kenapa
Syukri, dah tengahhari ni macam mana mak
nak pergi sana, tiket bas entah ada entah tidak.”
“Nuri dah
bersalin mak, Syukri tak tahu nak buat macam
mana”.
“Nuri
bersalin?? kamu tak pernah cerita pun Nuri mengandung” Terkejut besar puan
Noriza, bila mendengar menantunya telah bersalin dengan tiba-tiba.
“Entahlah
mengikut kata kawan ditempat kerjanya dua hari lepas Nuri sakit perut macam
sakit orang nak bersalin”.
“Hai
Syukri!! kamu tak tahu ke bini kamu tu mengandung, kamu pula pergi mana sampai dia bersalin pun kamu tak
tahu???”. Jerit Puan Noriza dihujung talian. Dia merasa sungguh hairan dan terkejut,
dia membayangkan kecelaruan rumah tangga anaknya yang jauh dimatanya.
“Mak
tolong lah Syukri mak, nanti sampai sini Syukri cerita dengan mak. Mak minta
tolonglah dengan sesiapa carikan ticket bas datang sini, mak tolong Syukri
mak.” Suara Syukri sudah bergetar. Air matanya sudah ditubir mata. Mendengar
getar suara anaknya Puan Noriza tidak sampai hati hendak bertanya lagi. Azamnya
akan diushakan mendatangi rumah Syukri anak keduanya secepat mungkin.
“Ialah,
nanti mak minta tolong abang kamu carikan ticket mak dengan Imah. Agaknya ada
ticket bas malam kot”.
“Terima
kasih mak, datang ye mak “ sayu kedenagran rayuan Syukri dihujung talian,
kedengaranya Syukri sungguh mengharap kehadiranya. Sememangnya Syukri sedang
sangat sedeh mengenangkan Nuri.
Jam dipergelangan
tanganya menunjukkan pukul satu tengahhari Syukri mengambil keputusan untuk
pulang kerumah isterinya Sarah. Sampai dirumah Sarah baru sahaja pulang dari
makan tengahhari. Ketika keluar dari kereta dia melihat muka Sarah yang masih
memuncung mungkin tanda protesnya masih belum hilang lagi. Memprotes kerana
digesa pulang awal dari Langkawi.
Syukri
menyandarkan badanya di sofa ruang tamu. Wajahnya nampak lesu. Belum sempat
Sarah berjalan menuju kebilik tidur mereka Syukri memanggilnya.
“Sarah kemaskan
bilik tamu tu, tukar cadarnya, malam nanti mungkin emak akan bermalam kat
sini”.
“Sekarang
mak kat mana? Bila mak nak sampai sini?”
“Dia belum
sampai lagi tapi tadi abang suruh dia datang dengan bas malam ni”.
“Kenapa
abang suruh mak datang sini? ada kena mengena dengan kita ke bang?” Sarah tidak
jadi masuk kebilik dia menghampiri suaminya dan duduk berteleku dihadapan
suaminya. Suranya juga sudah lembut.
“Mungkin
Nuri dah bersalin, kata kawan dia tadi
dah dua hari dia tak datang kerja, tapi abang tak tahu hospital mana dia
bersalin. Kalau betul dia bersalin abang tak tahu nak jaga makan dia macam mana.
Itu sebabnya abang minta emak datang sini, tapi sebelum Nuri balik mak tumpang
kat sini dulu bolehkan?”.
“Boleh
memang boleh tapi Sarah tak tahu nak masak untuk emak”.
“Tak apa
nanti abang bawalah mak makan kat kedai atau kita belikan lauk kat kedai nasi
kita masaklah. Jomlah kita pergi supermarket beli beras.”
Rupanya
anak sulong Puan Norizah membelikanya
ticket Firefly dari Alur Star ke Subang Airport. Supaya perjalananya dapat
dipendekan dan selamat sampai. Dari Alur Star mereka menaiki pesawat pada pukul
910 malam dan tiba diSubang Airport 1030 malam. Dari Subang Air port Syukri
menjemput nya dan dibawa emaknya kerumah isterinya Sarah.
Dirumah
Sarah sudah menghidangkan makan malam untuk mereka berempat. Syukri sudah menanak
nasi dan membeli lauk dari restoran berdekatan dengan rumah mereka. Terkejut
juga Syukri tadi bila diberi tahu mereka mungkin sampai pukul sepuluh malam
diSubang Airport. Bergegas dia kedapur untuk menanak nasi dan disuruhnya Sarah
kerestoran untuk membeli dua tiga jenis lauk.
Syukri dan
Sarah bersama menjemput emak dan adik bungsunya diSubang Airport. Didalam
kereta lagi Puan Noriza sudah bising.
“Syukrti
cuba kamu cerita macam mana kau tak tahu Nuri bersalin, Kamu tak tahu dia
mengandung?. kamu tak pernah balik rumah dia ke??”.
“Syukri
bukan tak tahu dia mengandung tapi Syukri tak tahu berapa bulan dia mengandung,
itu lah pasalnya Syukri tinggalkan dia pergi Langkawi”.
“Kamu
pergi Langkawi buat apa?? honeymoon dengan Sarah, macam tu?”. Sebenarnya Syukri
sudah terlepas kata, perkara yang sepatutnya disorokan dari pengetahuan emaknya
sudah terlepas dari mulutnya. ‘Oh masak
aku’ detik hati Syukri.
Sampai sahaja dirumah…
“Mak masuk
dulu mak, kita makan dulu, nanti kita cerita. Syukri sebetulnya lapar sangat ni,
seharian Syukri tak lalu nak makan. Jom kita makan dulu Sarah dah siap hidang
tu”. Mereka berempat kemeja makan untuk menjamu selera. Tidak banyak Puan Noriza
menjamah makanan diatas meja. Seleranya tertutup dan perutnya menjadi sebu. Dia
inginkan cerita apa yang terjadi pada Nuri.
“Mak
kenapa makan sikit sangat nanti sakit perut, kalau perut mak kosong”.
“Sebelum
naik kapal terbang tadi Abang kamu bawa mak makan. Kamu makanlah..” Puan Noriza
sudah membasuh tangan dan melangkah keruang tamu.
Selesai
sahaja Syukri makan dia menyertai emaknya dirunag tamu, Puan Noriza
menuntut janjinya. Janji Syukri mahu menceritakan kisahnya dengan Nuri.
“Macam ni
mak, Syukri sebenarnya tahu Nuri tu sedang mengandung tapi hanya tak tahu
berapa bulan dia mengandung. Emak bukan tak tahu Nuri tu kurus, perut dia kecil
sangat tak nampak macam orang mengandung dah cukup bulan.”
“Kenapa
kamu tak tanya dia, kamu kan suami isteri. Kamu jarang balik rumah dia ke?”. ‘Apa nak jawab ni, nak kata Nuri masih belum
dapat menerima Sarah sebagai madunya nanti tentu lagi panjang sarahan emaknya’.
Hati Syukri berkecamuk mahu memberi jawapan pada emaknya.
“Tak mak,
perut dia tak nampak besar sangat, pada pandangan mata Syukri kandungan dia
baru tujuh kelapan bulan saja”.
“Habis
kamu keLangkawi buat apa?”.
“Syukri
berusha supaya Sarah pun boleh mengandung macam Nuri”.
“Kat sini
mak nak terus terang saja dengan kamu Syukri. Kalau kamu tanya dengan mak dulu,
emak memang tak benarkan kamu kawin dengan Sarah.. Emak suka terus terang Sarah
emak tak suka cakap belakang-belakang. Sebab apa emak kata tak suka, sebab
kata-kata arwah emak kamu tu sampai sekarang emak tak mampu nak lupakan”.
“Sarah
minta maaf, bagi pihak arwah emak Sarah sebab lukakan hati emak, tapi Sarah
memang sayangkan abang Syukri sejak dulu lagi”.
“Tapi
sayang kamu tu menyebabkan isteri dia tersisih, kamu suka ke bahagia kamu di
atas derita wanita lain. Pernah ke kamu tanya Nuri relakah dia, kamu menjadi
isteri Syukri atau kamu Syukri sebelum kamu nikah dengan Sarah, ada kamu tanya
Nuri dulu. Emak tahu Syukri, kamu nikah dulu baru bagi tahu kan, itu sebabnya
Nuri macam berdendam tak bagi tahu tentang kandungan dia. Tapi kalau emak jadi
Nuri pun emak akan buat macam ni juga. Biar padan dengan kamu Syukri, anak yang kamu tunggu bertahun-tahun nanti
akhirnya tak kenal kamu. Ni nasib masih menyebelahi kamu saja Syukri , Nuri tak
minta cerai”. Ohh balu Sarjan Abdul Razak dengan mudah menelah dengan
tepat pergolakkan rumah tangga anak keduanya bersama dua orang isterinya.
Syukri terkaku mendengar apa yang diperkatakan oleh emaknya.
“Mak!!
Syukri tak pernah sisihkan Nuri, Syukri adil pada giliran mereka. Syukri tak
pernah tak datang bila giliran Nuri mak”.
“Jangan
datang pada giliran saja Syukri, datang masa dia dah nak tidur, itulah pasalnya
kamu tak nampak perubahan pada badan Nuri. Satu lagi pernah tak kamu pergi
temankan dia buat pemeriksaan ibu-ibu mengandung. Jangan kamu nak tipu emak ye,
emak tahu kalau kamu pergi macam mana kamu boleh tak tahu berapa usia kandungan
dia”.
“Nuri yang
tak pernah bagi tahu pada Syukri”.
“Kamu
kata dia tak bagi tahu, tapi ada kamu
tanya dia? kalau kamu betul prihatin tentu kamu tanya, kamu selidik. Dahlah
Syukri mak penat. Tapi pada mak, kamu belum mampu beristeri dua, kamu masih
belum mampu berlaku adil. Esok pagi hantar mak rumah Nuri. Mak lagi suka duduk
kat sana walaupun Nuri tak balik lagi. Emak ni setiap kali mak pandang Sarah
mak teringat apa yang mak dia kata pada emak”.
“Dah lah
mak tak baik berdendam, emak Sarah pun dah meninggal”.
“Kamu tak
dengar apa yang dia cakap bolehlah kamu cakap macam tu. Emak ni yang mengadap
dia dulu, emak yang telan segala apa yang dia cakap Syukri”. Puan Noriza bangun dan berjalan menuju bilik
yang dikhaskan untuknya.
padan muka dyukri dgn sarah..bengap punya syukri pergi je lah hosp yg terdekat dn tanya...lpas tu klu tak de gi le hosp seterusnya...bangang...
ReplyDeletepatutnya mak si syukri dr lpas raya dtg dn temankn nuri....bru puas dpt basuh si syukri dn disarah. nuri menganfung sibuk dia pun nk mengandung juga...si syukri pun satu tak menyempat jugak nk bw kesana.
-dibah-
dibah, syukri malu la nak buat macam tu. nanti orang tau apa jenis suami tak tau isteri bersalin.
Deletekan dia pandai menipu...tak kan nak tanya isteri di hospital tak pandai pulak nak beri alasan outstation mcm dia beritahu nuri...menyampah...memang tak prihatin dengan perasaan nuri
Delete-dibah-
Harap2 Syukri akan merasai azab mengabaikan perasaan isteri pertamanya, si Nuri. Biarlah Syukri merasai kehilangan kasih-sayang Nuri & tidak dpt membelai anak sulungnya buat sementara. Biar Syukri merasai pula racun yg sedang diteguk oleh Nuri setiap hari. Sedih.....
ReplyDeleteDah agak mesti Syukri mintak mak dia jaga Nuri. Padan muka kena brain wash kaw2. Dengan mak memang tak boleh nak menipu. Instinct ibu yang melahirkan.
ReplyDeleteSyukri dah mula sedar. Tapi terlajak perbuatan tanggunglah akibatnya. Ikut sangat kerenah bini muda menambahkan kebencian di hati mak.
Wah making best la mak teh
ReplyDeletenampak gaya bukan keturunan mak syukri menghabiskan harta tapi sisarh yg menghabiskan harta nuri....modal berniaga si syukri kan banyak nuri yg bantu dan belikan rumah kedai lagi..
ReplyDeletesi syukri tu lupa diri betul
-dibah-