Senja berlabuh jingga cahyanya,
Awan bertemu langit memutih
Abang mengeluh adik di sana,
Bertamu rindu hati ku pedih.
Hari yang ditunggu tiba dengan debaran
bahagia.Keluarga Haji Abu Bakar dan Hajjah Fatimah sanagat gembira. Mereka
sekeluarga sangat bersyukur akhirnya sampai juga jodoh anak mereka yang pemalu.
Tidak disangka jodoh anak mereka dekat
sahaja dengan jiran setaman dan seloronng. Mereka bersyukur tidak terhingga dengan
ketentuan Illahi. Setelah mendapat persetujuan
bersama dan mengambil kira kemudahan untuk semua pihak mereka dinikahkan di
sebuah masjid berdekatan dengan taman perumahan mereka selepas solat Zohor, oleh
ayah pengantin perempuan Haji Abdul Rasid. Untuk memberi sokongan moral dan supaya
Farhan tidak tergagap Haji Bakar sekeluarga menemani.
“Ibu minta kita semuanya pergi temankan Farhan tau.”
“Tak malu ke keluarga pengantin lelaki bertandang
kerumah pengantin perempuan bu”.
“apa pulak nak malu kita nak bagi sokongan moral pada
abang Han kamu..lagi pun ayah dan ibu dah bincang dengan ayah dan ibu pengatin
perempuan..mereka tak kisah malah mengalu-ngalukan.”
“Takkan semua kita nak pergi habis siapa nak
tenguk-tengukkan mereka yang masak kat rumah ni?.”
“Tak apa..keluarga kita yang lain kan ada, nenek dan mak
long pun ada tu…cepatlah siap.” Hajjah Fatimah mengesa tiga orang lagi
anak-anak lelakinya.
“Ayahnya siap lah juga…baju Melayu dah Mah siapkan
atas katil dalam bilik tu.”
“Ialah Mah..awak tu sibuk mengalahkan pengantin”.
“Kan kita nak dapat keluarga baru seorang
lagi..tentulah excieted.”
Yang sebenarnya hati Hajjah Fatimah bimbangkan keadaan Farhan bila berhadapan dengan ramai orang yang memandangnya nanti. Maklumlah pengantin tentulah menjadi perhatian. Dia juga bimbang Farhan gugup bila tangan dijabat untuk mendengar dan menerima Ijab dan Kabul... Tidak kering doanya memohon kepada Allah agar semuanya berjalan dengan lancar. Dia memohon juga agar Farhan tenang supaya dapat mengucapkan KABUL dengan sempurna dengan sekali lafaz sahaja. Kata orang jika tidak lancar sekali mula lah hati menggelabah. Itu sebabnya ada sesetengah pengantin terpaksa berulangkali atau berhenti rehat sebentar untuk mencari ketenangan barulah dimulakan sekali lagi.
Yang sebenarnya hati Hajjah Fatimah bimbangkan keadaan Farhan bila berhadapan dengan ramai orang yang memandangnya nanti. Maklumlah pengantin tentulah menjadi perhatian. Dia juga bimbang Farhan gugup bila tangan dijabat untuk mendengar dan menerima Ijab dan Kabul... Tidak kering doanya memohon kepada Allah agar semuanya berjalan dengan lancar. Dia memohon juga agar Farhan tenang supaya dapat mengucapkan KABUL dengan sempurna dengan sekali lafaz sahaja. Kata orang jika tidak lancar sekali mula lah hati menggelabah. Itu sebabnya ada sesetengah pengantin terpaksa berulangkali atau berhenti rehat sebentar untuk mencari ketenangan barulah dimulakan sekali lagi.
Selesai sembahyang Zohor dan selesai imam membaca doa
upecara nikah dilangsungkan.
Alhamdulillah hanya sekali lafaz Farhan sah menjadi
suami Fatin Najihah. Mereka dinikah kan oleh ayah pengantin perempuan Haji
Abdul Rasid. Setelah selamat Ijab dan Kabul Farhan menyisih dari ornag ramai untuk
menunaikan sembahyang sunat shukur dua rekaat ditemani oleh kedua ayah dan
ibunya. Kemudian barulah dia diiringi ahli keluarganya untuk upecara
membatalkan air sembahyang. Sebelum menyarung cincin kejari manis isterinya, Farhan
meletakkan tangan diumbun-umbun isterinya yang dilitupi tudung. Dia membaca doa
dengan suara perlahan tetapi masih boleh didengari oleh orang-orang yang
berhampiran mereka berdua. Entah mengapa
keadaan tiba-tiba menjadi sunyi ketika Farhan membaca doa itu. Kata orang tua-tua ada malaikat lalu..semoga diberkati pasangan pengantin jika doa Farhan turut diAMINkan oleh malaikat.
‘Ya Allah, aku
memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan
kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang
Engkau tetapkan padanya.Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi
dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan
tukang sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.’Amin nya
disambut dengan suara ramai disekelilingnya.
Selepas itu Farhan menyarungkan sebentuk cincin
permata bermata satu kejari manis isterinya. Setelah cincin kemas tersarung
Fatin mencium tangan suaminya tanda hormat. Seperti yang telah dipersetujui
oleh kedua mempelai tempuh hari tiada ciuman didahi untuk pengantin perempuan. Setelah
upecara tamat para hairin dan juga mempelai dipelawa kerumah pengatin perempuan
oleh ayah pengantin perempuan untuk menikmati jamuan makan tengahari dibawah
kemah.
Ketika diperkarangan masjid mereka berbincang siapa
akan menaiki kereta siapa. Akhirnya kedua mempelai menaiki kereta NISSAN SENTRA
kepunyaan abang Farhan yang bernama Ahmad Fazdli. Selesai sudah upecara dimasjid
kini kedua mempelai dan para tetamu diraikan dirumah pengantin perempuan.
Walaupun tiada majlis persandingan..tetapi kedua mempelai dikehendaki mengalu-alukan
kehadiran tetamu yang datang untuk menjamu selera dibawah kemah. Tetamu datang
silih berganti, hampir pukul pukul empat petang barulah tetamu menyusut pergi. Meriah
sungguh majlis perkahwinan mereka. Keesokkan harinya pula mereka akan meraikan
majlis menyambut menantu pula di rumah keluarga Farhan.
Petang itu ketika semua tetamu sudah beransur pulang
yang tinggal hanya keluarga terdekat yang masih berkumpul dirumah pengantin
perempuan. Farhan memasuki kamar pengantin mereka. Farhan merehat kan diri
sambil menunggu waktu asar. Fatin masuk kekamar mereka.
“Kalau nak baring baring lah dulu..nanti masuk waktu
saya kejut.”
“Kakak nak pergi mana pulak tu.”
“Kakak nak sama diaorang kemas..” Dilihat Fatin sudah
bertukar kepada baju biasa. Farhan sendirian dikamar pengantin dia merebahkan
diri, badannya terasa sangat penat akhirnya dia terlena. Agak lama juga dia
terlena. Dia tersedar bila mendengar pitu dibuka dari luar kemudia satu suara halus berkata-kata. Dalam mamai dia
tersedar sudah lain keadaan dirinya kini..ya dia sudah bergelas suami beberapa
jam yang lalu. Sudah bertambah satu lagi tanggung jawabnya.
“Bang dah masuk waktu..kalau nak mandi pergilah mandi.”
Farhan masih memejamkan matanya, seolah-olah diri belum sedar dari tidurnya. Dia
ingin mendengar panggilan isterinya kepadanya sebentar tadi sekali lagi. Fatin
merapatkan dirinya dan mengoyang lembut bahu suaminya pula. Tadi dia menyentuh hujung jari kaki kini dia menyentuh
bahu dan memanggil perlahan ditepi telinga suaminya.
“Bang…bang..bangunlah dah masuk waktu ni.” Farhan
membuka matanya dengan senyuman bahagianya. Kemudian dia bertanya..
“Dah lancar..dah.” Fatin tertunduk malu bila diusik
sebegitu. Tetapi menjawab juga dengan gaya yang manja.
“Dah..” Farhan
sudah duduk dibirai katil lalu memengang tangan dan meramas jari jemari isterinya
yang berseri dengan merah inai dihujung
sepeluh jarinya.
“Kita solat berjemaah ye.”Ujar Farhan dia memandang
tepat kewajah isterinya yang tersipu malu. Fatin hanya mengangguk-anggukkan
kepalanya sahaja, tanda mengiakan ajakkan suaminya.
Inilah kali pertama mereka berduaan di dalam bilik. Debaran
hati mereka hanya Allah sahaja yang tahu. Bertambah lagi bila jari jemari
mereka bertautan terasa ada renjatan arus letrik yang mengalir keseluruh kalbu.
Lama Farhan menatap lembut wajah isterinya yang ayu dimatanya. Dihatinya sedar
dia sudah ada seorang teman yang akan menemani seluruh hidup.Ada rasa bahagia
menyelinap di hatinya. Begitu juga Fatin kini dia sudah ada insan yang begelar
suami. Sudah ada insan lelaki yang bergelar suaminya yang akan menjaga dan
bertanggung jawap kepada dirinya. Dirinya bukan lagi ayahnya yang menjaga.
Selesai solat Farhan berdoa kepada Ilahi agar
rumahtangga yang baru dibina kekal bahagia hingga keakhir hayat. Dikurniakan
zuriat yang akan menambah lagi umat Nabi Muhammad s.a.w yang sihat dan soleh. Selesai
berdoa Fatin menyalami dan mencium tangan suaminya. Kemudian Farhan memegang
hujung telekung isterinya lalu membuka telekung isterinya seolah-olah membuka
penutup muka. Dia memegang dagu isterinya dan mendongakkan wajahnya supaya dia
dapat mencium dahi isterinya pula. Lama bibirnya melekat didahi isterinya. Kemudian
dia mencari sesuatu di poket baju melayunya. Ditarik seutas rantai dari saku
baju Melayu. Dia merapatkan lagi dirinya hingga bertemu lututnya dan lutut
isterinya. Dia memakaikan seutas rantai emas yang berloketkan perkataan HAN
.HA ditengah perkataan Han .Ha terdapat
bentuk hati yang dihiasi sebutir permata ditengah nya.
“Semoga nama abang bertahta dan melekat terus dihati saying.”
Kemudian dia mengucup dahi isterinya
sekali lagi.
“Terima kasih..kerana memilih saya sebagai teman hidup
abang.” Tulus Fatin mengucapkan.
“Terimakasih juga kerana sayang sudi temani hidup abang,
sama-samalah kita berdoa agar rumah tangga kita kekal menjadi syurga kita
didunia dan akhirat.” Mereka bertatapan dengan perasaan kasih dan sayang.
Terasa bahagia sudah menyelubungi mereka.
Setelah itu Farhan menyertai keluarga isterinya
berkemas dan menyusun kerusi dihadapan rumah. Sambil itu Farhan dikenalkan
saudara-mara Fatin oleh ayah mertuanya Haji Abdul Rasid. Selesai sembahyang
magrib berjemaah mereka makan malam sekeluarga. Masih ramai juga keluarga
disebelah ibunya yang yang masih belum pulang, mereka datang dari berlainan
daerah. Manakala keluarga disebelah ayahnya tinggal ditaman berdekatan sahaja.
Setelah selesai solat Isyak..Farhan duduk diruang tamu bersama adik beradik
iparnya sambil berbual-bual. Manakala Fatin pula menolong ibunya berkemas
didapur. Ketika hari sudah hamper larut, Hajjah NurAini menghentikan kerjanya.
“Kakak ibu dah tak larat ni, ibu nak mandi ibu
kemudian nak tidur..kakak pun pergi tidur esok kakak ada lagi majlis kat rumah
mak mertua kakak pulak pergilah rehat”.
“Ialah bu kakak pun nak mandi dulu melekit rasa badan
ni.” Bila dia memasuki kamar pengantinya dilihatnya suaminya sudah duduk
dibirai katil memandang pintu bilik yang dibuka dari luar. Dia menghulur tangan
meminta Fatin menyambut, Fatin mneyambut huluran tangan suaminya.
“Sayang..abang nak balik dulu ye..esok pagi abang datang.”
Fatin melebarkan bibirnya seolah-olah tersenyum dan mengangguk-menganggukkan
kepalanya tanda faham. Farhan berdiri lalu keluar dari bilik mereka, diikuti
oleh Fatin dibelakang. Sambil berjalan mengirinya suaminya kemuka pintu utama tertanya
juga dibenaknya mengapa suaminya tidak bermalam sahaja dirumah keluarganya.
Adakah dia sudah menguris hati suaminya ketika berkata-kata. Atau dia kecil
hati bila merasa dirinya tidak mendapat layanan darinya kerana sedari tadi dia
sibuk membantu keluarganya mengemas rumah.
Untuk bertanya serasa tidak terkeluar pula pertanyaan itu.
Ketika sampai di pintu.
“Masuklah
biar abang kuncikan pintu pagar dah malam ni..esok abang datang.. assalamualaikum”Fatin
menghentikan langkahnya dan menghulur tangan untuk bersalaman dan mencium
tangan suaminya. Dari pandangan mata Fatin suaminya seperti tidak marah
kepadanya bila dia menyambut huluran tangannya dan meghadiahkannya sebuah
seyuman yang cucp manis untuknya.
Bagi
Farhan dia ingin merasa menjadi seorang kekasih. Dia inmgan mengalami bagaimanakah
rasanya bila meninggalkan orang yang kita kasihi dan sayangi. Sekarang rasanya sayang
sudah bercambah untuk gadis yang ada dirumah Haji Rasid..Ohh berat
rasa langkahnya untuk meneruskan perjalanan.Terasa kosong perjalanannya kerumah
ibu dan ayahnya.. ohh serasa hatinya
kosong…hatinya terasa tertinggal dirumah keluarga Haji Rasid. Adakah ini rasa cinta. Kerana sudah ada rasa rindu
yang bertandang walau belum jauh dia
melangkah keluar dari rumah Haji Abdul Rasid.
“Assalamualaikum” Dia memberi salam kepada orang-orang
yang ada didapur. Ketika sampai dirumah ibunya terkejut melihat kemunculanya
didapur. Dari luar rumah lagi Farhan sudah memberi salam mungkin salamnya tidak
didengari oleh orang-orang yang sibuk bekerja sambil bercerita. Ketika sampai
didapur sekali lagi Farhan memberisalam.
“Waalaikumsalam “ Jawab ibunya dan orang-orang yang
ada didapur.Ibunya menerpa kearahnya, lalu menyisih ketepi sedikit dengan
pandagan hairan Ibunya bertanya perlahan takut pertayaanya didengari oleh
rakan-rakan dan saudara- mara yang masih membantunya menyediakan juadah untuk
majlisnya esok hari.
“Kenapa Han tinggalkan isteri Han tu??”. Itulah pertanyaan
yang keluar dari bibiur Hajjah Fatimah yang hatinya mula dijajah bimbang.
“Tak apalah bu, Han bagi dia peluang bersama keluarga
dia dulu.” Kemudian meninggalkan ibunya
yang masih terpinga-pinga..Makin bingung Hajjah Fatimah. Dia memerhatikan
tingkah anaknya yang terbungkuk mencari pinggan dan membuka tudung peruk rupaya
dia mencari makanan..untuk mengisi perutnya.
“Han tak makan ke kat sana?.” Ibunya merapati anaknya
lagi dengan pandangan hairan.
“Makan..tapi rasa tak kenyang, tak sama dengan nasi
kat rumah ni.”
“Han..Han tu lelaki janganlah pemalu sangat…Han kena
brutal sikit, macam mana nak jadi ketua rumah tangga kalau pemalu sangat ni.” Sambil
berbisik ditelinga anaknya Hajjah Fatimah melahirkan rasa tidak puas hatinya…
“Han bukannya malu..tapi bersopan santun.”Senyumnya tersungging
dibibirnya untuk dihadiahkan kepada ibunya yang sudah nampak mengerut-gerutkan
dahinya, tanda tidak puas hati.
“Ialah tu..” Ibunya berlalu.Dalam hatinya Hajjah
Fatimah tahu sifat anaknya yang seorang ini..sifat malunya sukar untuk dikikis.
Bimbangnya mula muncul. Bagaimanakah kehidupan anak menantunya kemudian
hari..baru sehari Farhan sudah menunjukkan belang..semoga Farhan dapat memberi kebahagiaan isterinya nanti. Itulah doa Hajjah Fatimah ditujakan khas
untuk anaknya Farhan.
Malam itu dia tidur dibilik bersama dua orang lagi
adiknya. Walau cuba di pejamkan matanya tapi tidak mahu pula terlena. Fikiranya
hanya memikirkan isterinya.Terbayang senyum dan jelingan manja isterinya
tadi.Terdengar-dengar juga suara isterinya memanggilnya abang, tidak disangka
kemanjaan isterinya terserlah bila di sudah menjadi isterinya.Dia mencapai
telefon bimbitnya lalu mengubungi isterinya.Jiak ibunya tahu tingkahnya tentu
ibunya tidak bimbang dengan dirinya lagi.
“Assalamualaikum, sayang dah tidur?.”Perlahan dia
bertutur takut didengari oleh kedua adiknya yang sudah tidur.
“Waalaukumsalam kalau dah tidur macam mana nak jawab
telefon.”
“Abang gangu ke?”
“Dah tahu takut terganggu kenapa call?..kenapa tak
tidur lagi?” Sikap Fatin masih sukar untuk diubah terasa bahasanya dingin dan
kasar.. walaupun dijawab begitu tapi Farhan tidak pula bekecil hati. Dia merasa
isterinya bergurau.
“Entahlah sebenarnya ..abang teringatkan sayang…macam
rasa tak boleh tidur pulak.”
“Ialah tu..”
“Betul abang tak boleh tidur rasanya.”
“Pejamkan saja mata tu lama-lama tidurlah…esok kita
ada kerja lagi rehatlah nanti letih” Lembut Fatin menuturkan seakan memujuk
agar suaminya tidur. Boleh pula dia berbahasa lembut-lembut detik hati Farhan
di hujung talian.
“Ialah nak tidur lah ni..sayang tidur nanti mimpikan
abang ye..biar kita jumpa dalam mimpi.”
“Emm ialah tu..habis kita nak jumpa kat mana?.” Mulalah
Fatin merapau.
“Ok Kita jumpa kat Taman Tasik Seremban cukuplah.”
“Issy..dekat sangat tak mencabar langsung…kita jumpa
lah kat Cameron Highland seronok sikit dikelilingi oleh bunga-bungaan.”
“Abang takut sesat..esok kita ada lagi satu majlis
untuk kita..taman tasik cukuplah..
ok assalamualaikum.” Ada sedikit merapu dalam gurauan bicara
mereka..disitulah terselit keserasiaan mereka..mereka ketawa perlahan bersama dihujung
talian.
“Waalaikumsalam.”
Bila mendengar jawapan salam dari isterinya Farhan memutuskan talianya.
p/s..rasanya
banyak ejaan yang salah dan ayat pun lintang pukang kerana tak sempat nak semak
maaf ye.
No comments:
Post a Comment