Petang
itu selepas solat Asar Syukri memerap dibilik kerjanya hingga menjelang waktu
Magrib. Apabila azan berkumandang barulah dia keluar dari bilik kerjanya.
Nuri
bekerja digiliran siang hari itu. Kebiasaan dahulu dia akan sampai kerumah
pukul 630 petang. Hari ini nampaknya Nuri tiba agak lewat sedikit, hampir 645 petang mungkin jalan sesak
agaknya. Sampai sahaja dia dirumah Nuri terus sahaja menanggalkan tundung nya, anaknya dibaringkan di atas tilam kecil yang
disediakan, terus sahaja dia kebilik tidur mereka bila keluar dia sudah memakai
baju rumah, wajahnya juga basah mungkin dia membasuh muka. Kemudian dia duduk
disofa ruang tamu dan menyelak baju seluas-luasnya. Dia mengeluarkan payu
daranya. Kelihatan anaknya dengan rakus menghisap puting susunya. Tanganya pula
tidak lepas mengusap lembut rambut hitam anaknya dengan penuh kasih sayang.
Rasa sayang seorang ibu yang tepancar dari riak wajahnya. Kemudian kedengaran
Nuri berkata-kata kepada anaknya.
“Sayang hari ni hari terakhir sayang
nenen dengan umi, esok belajar isap susu botol tau. Esok umi belikan Wafi susu
yang sedap.” Setelah anak kenyang dipanggung anaknya dibahu lalu ditepuk
perlahan belakang anak sehingga sendawa.
Kemudian
dia mengambil pendukung lalu anaknya didukung,
Syukri tahu Nuri mahu kedapur memasak untuk makan malamnya. Tidak lama
Nuri didapur kedengaran laungan azan dari masjid berkhampiran. Tidak lama lepas
itu Nuri keluar dari dapur. Dia meletakkan anaknya ditilam kecil tadi. Kemudian
dia kebilik air. Keluar dari bilik disudah bertelekung, Nuri menunaikan
solatnya diruang tamu rumah mereka. Dan anaknya diletakkan disisinya
Cepat-cepat Syukri keluar dari bilik.
Dia mahu mengajak Sarah bersolat.
“Sarah siap kita solat sekarang..abang
nak cepat ni”.
Tampa banyak bantahan Sarah mengikuti
arahan suaminya. Selesai solat mereka keluar makan. Selesai sahaja makan Syukri
menghantar Sarah pulang.
“Abang tak turun pergilah naik, abang
tunggu kat sini saja. Kalau ada apa-apa kat tangga jerit kuat-kuat abang datang.
Dahlah pergi abang tengukkan dari sini”.
Dalam
hati Sarah tertanya-tanya mengapa suaminya tidak menemaninya masuk dahulu tidak
seperti kebiasaanya. Biasanya suaminya akan mengikutinya hingga masuk kerumah,
duduk sebentar sambil menyambung bual. Sarah menjadi hairan dengan tingkah
suaminya bagai tergesa mahu cepat berlalu. Tadi pun suaminya hanya menemani
dirinya makan sahaja. Bila dirasakan Sarah sudah selamat meluncur laju kereta
Syukri kedestinasinya. Rumah Nuri.
Ketika
Syukri membuka pintu dan memberi salam dilihat Nuri sedang menyuapi anaknya
makan. Syukri menghampiri anak dan isterinya diruang tamu. Anaknya duduk di
walker yang dibelinya tengahhari tadi.
“Banyak tak anak baba ni makan, mmm
sedap ye”. Hanya Syukri yang berkata-kata. Isteri disebelahnya diam membisu
tampa kata. Kedengaran ocehan anaknya bila babanya bercerita dengannya.
“Ok tak walker ni Nuri, abang tak tahu nak beli yang macam mana.”.
“Ok,
senanglah nak bagi Wafi makan, taklah comot muka dia.” Syukri lega dapat
menyenangkan tugas isterinya menyuapi anaknya makan.
“Nuri masak apa malam ni”.
“Saya masak telur dadar dengan tumis
kacang buncis sahaja,tak ada lauk lain”. Syukri bangun melihat apa yang ada
diatas meja.
“Abang belum makan lagi ke?”.
Pertayaan itu sebagai basa basi dari Nuri sahaja. Pada kebiasaannya Syukri akan
makan dahulu bersama isteri mudanya, barulah dia datang kerumahnya. Tetapi hari
ini dia datang agak awal dari biasa.
“Belum Nuri, abang nak makan dengan Nuri.” Entah mengapa
sekarang ini seleranya hanya dirumah Nuri. Makanan dikedai tidak mendatang
selera walaupun dia lapar. Berkerut-kerut dahi Nuri mencerana kata-kata
suaminya.
“Kalau macam tu kena tunggu saya masak
sikit lagi lah, nanti saya masak kan telur mata masak kicap boleh tak?.”
“Ok juga tu, Syukri kedapur dan
membuka peti sejuknya kalau ada lauk semalam yang boleh dijadikan tambahan.
“Ni ada sambal belacan ada timun ni,
abang kopek timun ni ye.”.
“kopeklah”. Selesai menyuapi anaknya
Nuri kedapur semula, untuk memasakkan telur mata masak kicap seperti yang
dijanjikanya tadi. Anaknya dibiarkan duduk di’walker’. Pulang sahaja dia petang
itu sudah ada tersedia walker diruang tamu. Nuri tahu pasti Syukri yang membeli
untuk anak mereka.
Laju
sahaja tangannya membuat kerja-kerja. Dia mengoreng tiga biji telur mata
kerbau. Sementara menggoreng telur dia menumbuk bawang merah dan bawang putih
dicampur lima enam biji cili api,
ditumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga kekuningan,
dimasukan telur mata kerbau tadi dan dicurah kicap tiga empat kali
curahan dan akhir sekali barang besar yang sudah dimayang kasar tadi. Selesai
memasak mereka kemeja makan menjamu selera. Licin segala yang ada diatas meja.
Seperti pertandingan makan pun ada keadaan mereka berdua. Mereka berdua
sememangnya sedang kelaparan.
“Alhamdullilah..” Itulah ucapan yang
keluar dari mulut Syukri dan Nuri bila keduanya sendawa. Syukri memandang
Nuri kebetulan Nuri juga memandang
suaminya dihadapannya. Akhirnya mereka ketawa melihat gelagat masing-masing.
Pertama
kali Syukri melihat tawa Nuri yang tidak pura-pura. Sejak dia bernikah sekali
lagi, dia tidak pernah lagi melihat tawa Nuri yang ikhlas dari hati, selalunya
tawanya bagai dipaksa atau pura-pura. Ketika
dibilik tidur Nuri juga melayaninya dengan ikhlas. Malam mereka berlalu
dengan damai. Syukri merasa sangat bahagia.
Ketika Nuri menghantarnya diambang pintu
sambil mengelek anaknya...
“baba pergi kerja ye sayang, minum
susu banyak-banyak nanti cepat besar ye sayang”. Ciuman dihadiahkan di kiri
kanan pipi anaknya, dan sebuah lagi singgah dipipi isterinya. Nuri terkaku
sekejap dengan perbuatan suaminya. Cepat sahaja dia memusingkan badan mahu
masuk kedalam rumah.
“Tunggu kejap Nuri abang nak ambil
susu yang abang beli hari tu”. Nuri menghentikan langkahnya .Dia ingin tahu susu yang diperkatakan oleh suaminya.
“Nah, susu ni yang abang beli hari tu,
tak tahu nak bagi siapa, nak buang sayang pulak, jadi kalau ada kawan-kawan
Nuri yang anaknya minum susu ni bagilah kat mereka”.
“Susu ni elok ke?”
“Elok, baca dari keterangan yang
tertera susu ni hampir menyamai susu ibu, itu yang abang beli bagi Wafi hari
tu”.
“Emm..”Silih berganti Nuri memandang
tin susu ditanganya dan wajah suaminya yang sedang memberi senyuman manis
kepadanya.
“Bila Nuri nak berhentikan Wafi dari
susu badan?” Syukri memberanikan diri bertanya.
Dari
bukti-bukti yang dikumpul Syukri yakin Nuri berbadan dua lagi. Dari cara dia
makan dan bicara bersama anaknya malam tadi Syukri merasai bahawa Nuri mungkin
hamil lagi. Juga diiringi dengan
seleranya sendiri yang memilih menguatkan lagi telahanya. Dalam hatinya berazam
akan mencari kepastian.
“Kenapa??”. Suara Nuri jadi garang,
mengapa suaminya mempertikaikan bila dia mahu memberi anaknya dengan air
susunya.
“abang kesihan Nuri, Nuri ni kurus
sangat. Wafi pulak menyusu, takut Nuri tak cukup tenaga nanti”. Mendengar
bicara suaminya yang risau keadaan dirinya Nuri hanya menundukkan pandangan
sahaja. Bila isterinya tidak menjawap kata-katanya
“Tak apalah, kalau Nuri masih nak
susukan Wafi pun tak apa, abang tak kisah janji Nuri sihat dan cukup tenaga nak
jaga Wafi. Kesihatan Nuri bukan untuk Nuri sorang sekarang, Wafi pun perlukan
kesiahatan Nuri. Abang pergi dulu ye”.
Tampa
diduga oleh Nuri suaminya mengahadiahkan cukupan kedahinya pula. Sudah lama
adigan itu tertinggal dalam kamus hidupnya sejak suaminya bernikah sekali lagi.
Oh..oh peritnya. Matanya jadi berkaca. Hajat hatinya hendak melepaskan diri
dari suaminya tapi kini dia terikat lagi. Yang pastinya sembilan bulan akan datang
dia akan disisi Syukri untuk kepentingan anaknya. Disabarkan hati dengan
pujukkan demi untuk kebahagiaan anaknya.
“Janganlah sedeh Nuri. Abang minta maaf menyebabkan kesedehan muncul
dalam hidup Nuri. Maafkan abang sayang”. Hati Syukri terhiris melihat kesedihan
di mata isterinya.
Ketika dia sampai Sarah sudah ada
dimejanya. Syukri menghampiri isteri mudanya.
“Dah minum?”
“Belum tunggu abang”.
“kan abang dah pesan kalau abang dari
rumah Nuri tak payah tunggu abang kalau nak minum. Abang dah makan kat ruamh
dia tadi, pergilah kalau nak minum.”
“Ok Sarah turun dulu, abang nak kirim apa-apa
ke teh ke?”.
“Abang dah kenyang ni.” Syukri masuk
kedalam biliknya dan menutup pintu.
Sebenarnya Syukri mahu cepat melihat
apa yang dilakukah oleh Nuri melalui CCTVnya. Dia ingin mencari kepastian.
Ketika dia membuka lat topnya terpapar
aksi Nuri yang sedang duduk disofa .sambil menyusui anaknya. Dia sedang
melekapkan telefon bimbintnya ketelinga..oh dia sengang menghubungi seseorang.
Apabila talian bersambung..
“asalamualaikum..nenek apa khabar”.
“walaikum salam..baik”.
“Nuri pulak macam mana?”
“Nuri baik saja nek…Atuk ada balik
jenguk nenek tak sekarang ni.”
“Alhamdullilah sejak Pak Su kamu balik
hari tu selalu juga atuk jenguk nenek. Giliran nenek dan nenek muda pun dah
tetap, dua hari kat rumah nenek dua hari lagi kat rumah nenek muda,
kadang-kadang tu kalau masa tu giliran nenek muda atuk tetap jenguk nenek.Duduk
cerita-cerita baru dia balik”.
“Alhamdullilah, kalau atuk dah berubah
doalah pada Allah agar perhatian atuk pada nenek berpanjangan”.
“Memang itulah doa nenek Nuri.
Sekarang ni nenek tak perlukan apa-apa lagi. Nenek hanya perlukan perhatian
atuk sahaja.”
“Nek sebenarnya Nuri nak tanya, kalau orang tu
dah mengandung boleh tak dia susukan anaknya”.
“boleh tu boleh, tapi takutlah kita
yang tak cukup zatlah nanti. Kenapa Nuri tanya? Nuri dah mengandung lagi ke?”
“Haah nek, entahlah nek baru niat nak
minta dilepaskan, tapi boleh ke kita bercerai masa kita tengah mengandung”.
Berbahang muka Syukri bila mendengar apa
yang telah dirancang oleh isterinya Nuri.’ Itukah
yang ada di hati Nuri?’
“Boleh, tapi suami berdosalah
menceraikan isteri yang sedang mengandung. Pada nenek, Nuri jangan fikirkan
diri kita saja, Nuri kena fikir anak
juga, Nuri tak kesian kat anak ke, nanti dia lahir tak ada ayah. Takut orang
pandang serong pada kita, biasanya orang akan pandang serong pada janda yang
tiba-tiba menandung, takut orang menyangka kita jahat sampai mengandungkan anak
luar nikah. Kesiahan kat anak Nuri”. Lembut nenek busu menasihati cucu yang
senasib dengannya.
“tapi Nuri dah tak sanggup nak
tanggung rasa sakit ni nek, sampai hati abang Syukri bagi sakit ni pada
Nuri.” Air mata Nuri sudah mula
berjujuran, dia teresak-esak melepaskan apa yang ada dihatinya. Syukri
dibiliknya juga merasa sedeh dengan apa yang diucapkan oleh Nuri. Ada rasa
kesal kerana memberi kesakitan itu pada Nuri. Dia tidak menyangka setelah
setahun lebih kepedihan hati Nuri akibat dimadu masih dirasainya. Malah semakin
sakit bila mendengar apa yang diperkatakan kepada neneknya. Kini dia mengakuai
apa yang dikatakan oleh emaknya dihari raya tempuh hari benar. Kata emaknya
sakit bermadu makin lama makin sakit.
“Kita kena sabar, sekarang hidup kita
bukan untuk kita seorang Nuri. Ingat anak-anak, Nuri”.
“Baiklah nek Nuri akan cuba
bersabar..Nuri akan cuba bersabar selagi termampu.” Tangisan Nuri berlagu sayu.
Syukri juga sudah berkaca-kaca matanya dalam hatinya bertanya begitu sakitkah
hati seorang isteri yang dirinya dimadukan.. Itulah lelaki tidak akan pernah
merasa betapa sakit hatinya bila dirinya diduakan.
Sudah
terjawab segala persoalan yang berputaran sejak seminggu dua ini. Benar
telahanya. Nuri hamil lagi. Dalam hati berlagu riang anaknya akan bertambah
seorang lagi. Dia keluar dari biliknya dilihat Sarah sudah ada dimeja kerjanya.
Entah bila dia balik, Syukri tidak sedar. Sarah memandang kearahnya. Dari
pandangan mata Sarah, suaminya dalam keadaan sedang gembira.
“Ada good news ke bang? abang macam
happy saja”.
“Tak adalah abang baca facebook
kawan-kawan tadi”.
“Ohh”.
“Sarah nanti Sarah makanlah dengan
Maryam, abang nak keluar ni, abang balik lewat sikit”.
“Abang nak pergi mana?”
“Adalah”. Sarah sebenarnya takut untuk
bertanyakan lebih lajut tentang urusan suaminya. Takut-takut suaminya
melenting. Lagi pun selama dia menjadi isteri Syukri, Syukri melayanya dengan
baik. Sebenarnya Syukri mahu pulang kerumah Nuri ingin menemani Nuri. Mungkin
dengan selalu bersama Nuri dapat mengurangkan sedikit rasa sakit hatinya.
Syukri
kepasar raya, dia ingin membeli barang basah. Tekaknya teringin makan ikan pari
bakar dicicah dengan air asam. Tekaknya juga teringat masak kari ketam. Besar
sungguh selera Syukri. Bila isterinya berbadan dua.
Perubahan
pada Syukri yang sudah tidak lalu makan di kedai makan dapat dirasakan oleh
Sarah. Hari itu dia bertanya kepada suaminya. Sebenarnya dia rasa gembira
kerana sudah lewat dua hari dari tarikh datangnya darah haidnya.
“Bang! kenapa sekarang abang tak makan
tengahhari kat kedai, asyik balik makan rumah Nuri saja . Kalau Nuri tak ada
abang pun makan roti saja kenapa bang?”.
“Entahlah Sarah abang tak lalu nak
makan bau kedai makan busuk sangat,
abang macam terbau makan basi pun ada dalam kedai tu. Sarah bau tak?.”
“Tak pula, yang Sarah cium bau makan
yang dalam trai tulah. Bang! Sarah dah lewat dua hari ni, agaknya Sarah lekat bang,
itu yang menyebabkan abang tak boleh nak masuk kedai makan. Dulu masa Nuri
mengandungkan Wafi abang macam ni juga kan?”.
“Ia ke Sarah? abang tak ingatlah”.
“Sarah ingat esok nak pergi checklah
bang. Kalau Sarah dah mengadung Sarah kena berhati-hati. Boleh tak kalau diawal
kandungan Sarah ni, Sarah cuti kerja. Nanti kalau kandungan dah besar barulah
Sarah kerja semula”.
“Boleeh, ikut suka hati Sarah lah”. Syukri
kasehan melihat Sarah yang penuh dengan harapan. Syuki
sedeh melihat keinginan melampau Sarah yang inginkan dirinya mengadung. Dengan wajah yang cukup gembira Sarah berlalu
kemejanya untuk menyambung kerja yang dihentikan untuk memberitahu suaminya
tetang kelewatan kunjunangan darah haidnya bulan itu. Syukri tahu Sarah akan kecewa lagi bulan itu.
BUkan si Sarah tu dapat makan sumpahan arwah ibunya sendiri. Kan ibu dia taknak cucu2 dari dia. Lupa ke? Kesian Nuri
ReplyDeletekesian nuri.....pedih hati dia trpaksa bersabar lagi smpi bersalin.
ReplyDeletetak tau le si syukri tu smpi bila tahap nk berlaku adilnya. dh dgr nuri mengadu kpf nenek dia rada sedihnya juga tu smpi bila agaknya.
si sarah tu pulak mengada lebih..blum confirm mengandung dg berangan nk cuti. tk nk kerja berat..selama ni pun bkn buat apa kerja mkn beli air.minman pn beli.
itu pun syukri dh bg green light.
nuri bkerja dn kerja rumah lagi di buat. bertegas le nuri klu pun nk tunggu smpi bersalin tp bertegas le dgn giliran awak.
-dibah-
Yippiii saya peminat yg juah dimata yg rasa2 1st to comment n baca. At least Nuri skg tegas sikit ada lah skit improvement. nak lagi2 kasih le bonus
ReplyDeleteNuri, wpun syukri dah tunjuk adil jgn pecaya sgt tau. Dia selalu on off. Kasih-nya pada Nuri tak dapat menandingi perasaan kasih-an pada sarah. Nanti dgn alasan kasih-an dia lebihkan sarah juga.
ReplyDeleteSarah tu baru lewat 2 hari dah kecoh. Nak berenti keje bagai. Elok juga, tak la berkepit je kat ofc.
Ape pun tetap mgharap ending depa tak bermadu. tak sukaaaaa.....
kurang sikt rasa sakit hati...-joijoi
ReplyDeleteKalau sarah pregnen mesti Nuri terabai lagi. Pasti sarah lebih mengada² dan menuntut lebih perhatian. Baru lewat dua hari dah nak mintak cuti kerja bagai. Syukri ni dengan sarah semua boleh jer.
ReplyDeleteMmmm.. betul jugak kan. Kalau sarah mengandung mesti syukri melebihkan sarah. Maklumlah dia sayang dan kesiankan sarah. Nuri mesti terabai lagi macam dulu. huhuhu... janganlah mak teh... buatlah nuri bahagia juga akhirnya. huhuhu
Deletetak sabar tunggu bab baru
DeleteTerlebih excited setiap saat check
ReplyDeleteJahat sangat jd tuhan tu bg ngandung ank cacing je la...
ReplyDelete