Seminggu kemudian Syukri kebosanan
kerana sendirian dibengkel, nak baiki kereta pun tak ada mood. Kerana tidak tahan dengan desakkan naluri
lelakinya, Syukri menghubungi Nuri dengan panggilan telefon. Dia mencuba
menghubungi Nuri. Dia ingin mendengar suara garang Nuri pula. Dulu dapat SMS
garang, hatinya terhibur. Kalau dengar suara garangnya agaknya lagi seronok. Hamper
10kali jarinya menekan nombor Nuri tidak berjawab Syukri cuba dan terus mencuba
akhirnya panggilan bersambung juga.
“Awak tak faham bahasa ke jangan call atau
SMS saya, saya tak kenal awaklah. Bunyi
call ni mengganggu saya tengah belajar, bukan saya saja yang terganggu
kawan-kawan saya pun tergangu juga awak faham tak?.” Dijerkahnya pemanggil
dihujung talian, hatinya hangat dengan deringan ttelefonya yang tak berhenti.
Itulah
yang diterima oleh Syukri ketika panggilanya dijawab, tiada salam tiada
mukadimah tetapi jerkahan, kalau orang tak bersedia mesti sudah berhenti
jantungnya berdegup. Tetapi Syukri sudah
menjangkakan apa yang akan diterimanya dari Nuri, dia sudah bersiap sedia dengan telinga dan
hati yang cekal. Malah diahujung talian jerkahan itu disambut dengan senyuman.
Entahlah mungkin ada orang yang suka dimarah-marah atau membuat orang marah.
‘Macam ni ke awak jawab call, tak ada
hallo tak ada salam, kita nikan orang Islam, salam tu wajib diucapkan dengan
orang sesama Islam berhubungan atau berjumpa, lagi pun dapat pahala kalau kita mengucapkan salam
tau.”
“Buat apa bagi salam bukannya saya
tahu awak tu Islam, saya tak kenal awak”.
“Ok, Kalau awak tak kenal, saya akan kenal diri saya ni, saya ni Syukri bin Abdul Razak kawan pak su awak kalau dari
nama memang sahlah saya ni Islam kan, Nuri kita cilling-calling lah selalu supaya kenal.”
“awak sebetulnya nak apa?”
“Saya nak kenal dengan Nurilah..nak
jadikan Nuri kawan saya”.
‘Saya tak ada masa nak layan awaklah, carilah kawan
lain yang boleh layan awak.’
‘Awak, awak janganlah panggil awak tak sedap sangat bunyinya, sayakan kawan pak
cik awak hormatlah sikit’.
‘Habis nak panggil apa? nak saya
panggil awak pak cik?.’
‘Hiss jangan lah panggil saya pak cik
pula, terasa dah tua sangat saya ni, saya belum kahwin lagi.’
“Dah awakkan kawan pak cik saya, tentulah
lebih afdal panggil pakcik, saya peduli apa
pakcik dah kahwin ke belum kahwin ke apa
ke.”
‘panggillah abang, kan sedap sikit
bunyinya abang bmuda lagi tau’.
‘ahhh tak ada kerja saya nak panggil
awak abang, dah cepat yang sebetulnya panggil ni nak apa?.’
“Saja je nak sembang-sembang dengan
Nuri, hujung minggu ni Nuri ada plan nak pergi mana-mana ke?…kalau free jom
kita jalan-jalan tenguk wayang ke, pergi window shopping ke. Hidup kita mesti
ceria mesti ada fun. Barulah rasa bermakna hidup kita.”.
“Saya sebetulnya banyak kerja ni dalam
seminggu dua ni minggu study week tak lama lagi nak periksa’maaf ye..asalamualaikum”.
cepat-cepat Nuri memutuskan tali sebelum melarat-larat Syukri menggayat
dirinya. Dia tahu sangat ayat-ayat plyboy seorang lelaki.
Syukri mengumam sendiri dengan
senyuman yang menyungging dibibirnya..
‘esok cuba lagi.’ Sambil memandang muka telefonnya yang sudah
senyap.
Begitu berusha Syukri mengusha Nuri,
sebenarnya hatinya jadi terhibur dengan SMS dan suara garang dari Nuri.
Sudah
dua tiga kaliSyukri menghubungi Nuri melalui SMS ataupun panggilan, walau pun
ayat yang digunakan agak kasar namun Nuri tetap melayani pertanyaan Syukri. Ada
juga sesekali Syukri mempelawanya keluar namun Nuri tidak pernah setuju. Hujung
minggu itu sekali lagi lagi Syukri menghubungi Nuri..
“Hello awak nak apa sebetulnya”.Setiap
kali bersambung panggilan hanya itu yang terhambur dari mulut Nuri, tiada salam
tiada mukadimmah itulah ayat yang dihamburkan oleh Nuri untuk jejaka yang tak
pernah kenal erti putus asa. Itu memang sudah menjadi kebiasaan Nuri dan Syukri
sudah sedia maklum. Dengan suara garang Nuri memulakan perbualan. Sebenarnya Nuri
menjadi rimas dengan panggilan yang tak
berfaedah. Dia tahu semua lelaki itu sama kalau mahu menjerat gadis, giginya
lebih lembut dari lidahnya..dia harus berhati-hati.
“Amboi garangnya..hormatlah sikit saya
ni kan kawan baik pak cik awak”.
“Habis kalau dah kawan paksu saya apa
kena mengena dengan saya?. Awak dan paksu saya berkawan tak ada kena mengena
dengan saya pun.”.
“Ehhh kalau kawan pak su awak..saya ni
macam pak cik awak jugalah, kenalah hormat”.
“Ok saya hormatlah ni itu sebabnya
saya angkat panggilan pak cik. Pak cik nak apa yang sebetulnya?” Kedengaran
lembut sedikit nada suara Nuri dihujung talian.
“Tak ada apa, saja nak calling-calling
Nuri supaya kita kenal lebih mesra, saya nak jadikan Nuri kawan saya, saya ni
sorang-sorang kat KL ni emak saya jauh nuun kat Pengakalan Hulu.”
‘Haa kan dah timbul perangai ulut bulu naik
daun pak cik sorang ni’. Gumam Nuri
dihujung talian.
“Nuri cakap apa, cakaplah kasi terang
sikit tak dengar lah.”
“Tak ada apalah, saya ni tak ada masa
nak berkawan-kawan. Saya ni dalam musim periksa ni, tolonglah jangan
ganggu, semesta ni semesta akhir..saya
kena beri perhatian kalau kalau saya
gagal, nanti saya kena ulang satu
semesta lagi, oklah ye saya ada kerja nak buat ni”. Sudah agak kendur sedikit
suara garang Nuri tadi. Tetapi dengan kekenduran itu menyebabkan Syukri makin
berani.
“Ehh..ehh tunggulah dulu kenapa cepat
sangat nak putuskan talian,baru cakap sikit dah nak putuskan tunggulah kita
cerita-ceritalah sikit lagi saya tengah borning ni..”
“Tak ada masa saya nak layan boring
pak ciklaah”.
“Janganlah cakap macam tu, saya
sungguh nak kawan dengan Nuri, sudi tak awak kalau jadi kawan saya. Jadi kawan
cakap dalam telefon pun tak apa”.
“Lelaki dengan perempuan ni memang tak
baik kalau jadi kawan. Memang kawan berdua tapi kita tak nampak akan ada orang
ketiga nanti yaitu syaitan. Pak cik tak ada kawan lain yang sama gander ke?.”.
“Ada
sorang, pak su Nurilah tapi kalau nak call dia guna call antarabangsa,
tunggu dia call saja baru boleh saya cakap-cakap dengan dia. Nak cari kawan
lain kena ada duit banyak”.
“Dasyatnya kawan-kawan pakcik sampai
nak ada duit baru nak kawan”.
“Sekarang ni kalau kita nak kawan
dengan orang, kena selalu ikut diorang.
Pergi kelab atau jadi geng mat rempit barulah kawan namanya. Saya ni
manalah ada duit sangat, kerja pun mekanik kereta saja. Kereta banyak semuanya
kereta orang. Nuri sebab saya ni mekanik kereta saja ke itu sebabnya Nuri tak
nak kawan dengan saya.”
“Taklah macam tu saya betul-betuk ada
kerja ni, minta maaflah ye”. Nuri takut terjerat dengan kata-kata yang menagih
simpati dari Syukri jadi dia mahu cepat-cepat memutuskan talian.
“Ehh tunggulah sekejaaap saja, pakci
nak tanya ni. Kata tadi minggu ni minggu study week ye? Bila Nuri mula perikasa?”
“Minggu depan”.
“Berapa hari baru Nuri habis periksa ni.”
“Sebulan lah pakcik oii,”
“OK ingat! Sebelum baca buku tu
bacalah doa terang hati semoga apa yang kita baca terus masuk keotak, baca ayat
seribu dinar supaya dalam masa kita kesusahan pertolongan Allah datang tak
disangka-sangka. Baca ayat Kursi supaya iblis dan syaitan tak menggangu fikiran
kita masa kita tengah periksa atau tengah baca buku dan baca selawat nabi
banyak-banyak. Ingat pesan pakcik ni tau. Assalamualaikum” Syukri memutuskan taliannya.
‘Ahh baik
pula pakcik sorang ni’ detik hati Nuri bila mendengar nasihat dari syukri.
Doa terang hati yang dimaksudkan oleh
Syukri adalah
Selepas itu lama Syukri tidak
menghubunginya lega rasanya. Hari peperiksaannya juga hampir tamat. Esok hanya
tinggal satu kertas sahaja lagi. Nuri mula termenung mengenangkan bagai mana
dia mahu mengangkut barang-barangnya pulang kekampungny diKuala Selangor.
Sedang dia termunung tiba-tiba tetefon nya berkelip-kelip tanda ada massage
masuk. Bila diperiksan tertera nama Pak cik kayu itulah nama yang di khususkan
untuk Syukri. Sudah lama call atau SMS
Syukri tidak menggangu harinya.
‘Assalamualikum..periksa dah habis ke?’
‘ Ahh
macam tau-tau pulak dia ni. Orang teringat kat dia.’detik hati Nuri.,
sebenarnya tadi terlitas ingatan Nuri pada jejaka yang tak pernah kenal erti
putus asa.
‘Belum, esok ada satu lagi paper’.
‘habis periksa ni nak duduk mana..KL
ke kampung.’
‘Rasanya balik kampung rehat sekejap.’
‘Kata mak ayah dah tak ada..habis
duduk mana?’.
‘Rumah emak pak su saya’.
‘rumah emak Ahmad Lutfi’.
‘Ialah memang rumah itulah tempat saya
menumpang semenjak emak dan ayah saya meninggal’ Dada Nuri jadi sebak bila
mengenangkan kisah dukanya, Kalaulah emak dan ayahnya masih hidup tentu seronok
duduk bersama dalam masa bercuti panjang nanti. Nuri jadi terkejut dari rasa
sedeh bila tiba-tiba telefonnya berdering. Nombor yang timbul nombor ‘pakcik
kayu.’
“Assalamulaikum!! siapa yang tolong
Nuri angkat barang nanti?”.
“Saya naik bas saja, barang saya
bukanya banyak, saya dah angkut sikit-sikit sejak awal tahun lagi”.
“Pak cik boleh tolong hantarkan Nuri
balik kampung. Kalau Nuri sudi.” Syukri terpaksa menukar stratiji baru, mana
tahu kalau dia mengunakan ganti nama PAK CIK untuk dirinya Nuri jadi tidak
segan pada nya.
“Ehhh Tak apalah pak cik, saya tak nak
susahkan pak cik”.
“Tak adanya susah, tak payah pun nak sewa kereta, pakai saja
kereta pelanggan saya sekejap. Pada saya test drive pusing-pusing Kampung
Subang baik pakcik hantar anak sedara kawan baik pakcik ni pindah kan, lagi
bemakna”.
“Emm” susah untuk Nuri menyatakan
persetujuanya kerana dia bukanya biasa dengan Syukri. Mendengar orang yang
dihujug talian serba salah Syukri mengambil pendekatan tidak memaksa. Cara
orang nak memikat mesti ‘pandai’. Pandai bermain tarik tali supaya orang yang
dipikat merasa kita ni seorang yang bertimabang rasa dan tidak memaksa.
“ok ..hari ni jangan stress esok ada
lagi satu paper jawab elok-elok..habis esok pukul berapa?.”
“Petang”.
“Malamnya pak cik call. Dah pergilah
baca buku esok periksa apa?”
“Math”.
“Susah tu, dah pergilah buat latihan,
baca ke, bab angkut barang lepas periksa kita bincang . Untuk pengetahuan Nuri
pakcik ikhlas nak memabantu. Nak cari pahala pada anak yatim piatu.” kedengaran
ikhlas pula suara orang dihujung talian. Walaubagaimana pun hati Nuri sudah
lega bab nak angkut barang sudah ada yang nak membantunya.
Sejak
pertolongan itu Syukri makin selalu menghubungi Nuri. Dihari pertunangan Ahmad
Lutfi dia juga hadir sebagai wakil dari pihak lelaki. Dia menjadi teman Ahmad
Lutfi keSeremban sebagai penunjuk jalan. Peluang itu tidak disiakan oleh Syukri
untuk menjeling dara pujaan yang ayu berbaju kurung dan bertudung coklat muda.
Setelah majlis selesai Syukri menyampaikan hasrat hatinya kepada Ahmad Lutfi.
“Lut aku sebenarnya dah berkenan
sangat dengan Nuri, boleh tak aku nak jadikan dia pasangan hidup aku”.
“Itu kau kena tanya kat Nurilah. Aku
ni pak sedara dia saja. Kalau mak ayah dia pun tentu dia nak akan tanya tuan
punya badan juga”.
“Boleh ke aku cakap dengan dia
saja..kalau aku nak meminang dia, pada siapa aku nak pergi, siapa waris-waris
dia?”.
“Aku rasa waris dia tu keluarga
akulah, Nanti aku tanya mak aku boleh tak kalau pihak kau nak datang tanyakan
Nuri tu, tapi yang penting kau tanya persetujuan dia dulu, jadi senangalah
taklah membasir waktu kalau mak kau datang dari jauh tiba-tiba dia tak setuju
pula”.
“Datang meminang atau datang merisik”.
“Kau bawa mak kau datang kenal-kenal
dengan Nuri dulu, mana tahu mak kau tak suka pada Nuri. Kita ni kalau nak
kahwin biar emak kita sekali suka dengan gadis pilihan kita. Jangan kita sahaja
yang suka tapi mak kau tak suka nanti susahnya pada kita juga. Masa tu bolehlah
kau tanya nak terus bertunang ke atau nak terus nikah sekali. Keluarga aku ni
tak banyak songeh Syuk, tak payah bersirih junjung segala bagai. Kalau kau dah
betul-betul nak, silap-silap sekali datang tanya nak terus nikah pun boleh.”
“Ehh kau mana tahu, kalau mak kau nak mengikut adat merisik, bertunang
dan baru nikah pula”.
“Tak lah dulu kakak aku, tak ada pun
majlis bertunang pun, bakal mak mentua dia datang merisik tahun depannya datang
terus nikah. Emak aku faham kau orang jauh nak datang dua tiga kali kan susah
banyak pakai duit, baik duit tu digunakan untuk pasangan yang nak mula kan
hidup itu lebih baik dari membuat majlis yang entah apa-apa.”
“Kau tu tadi bertunang siap bersanding
lagi”.
“La padang lain belalang, lain tempat
lain pula ragam orang Syuk. Belah perempuan yang nak, kami ni ikut sahaja. Tapi
orang kami tak macam tu, buat majlis
berkali-kali banyak mengunakan tenaga dan duit. Yang datang pun penat juga.
Yang menunggu pun penat betul tak.”
No comments:
Post a Comment