Pintu
dibuka dari luar terjengul suaminya sambil memberi salam, mahu tidak mahu Nuri
bangun juga menghulur dan mencapai tangan suaminya untuk dicium. Biar marah
macam mana sekali pun, suaminya patut dihormati demi untuk mencari keredhaan
Allah. Dia mendapat pengajaran dari perlakuan nenek busunya tadi.
“Bila Nuri sampai dari kampung”.
“Tadi,
dalam pukul tiga setengah”.
“Pukul berapa Nuri bertolak dari
sana”.
“Lepas solat Zohor, saya bawa kereta
perlahan itu yang lambat sampai.”
“Tak apalah biar lambat asal selamat,
Nuri ada masak apa-apa tak abang lapar betul, tak sempat nak makan tengahhari.
Banyak pulak kereta hari ni sampai abang pun kena turun padang..ni haaa hitam
tangan abang kena minyak hitam. Nasib baik abang pakai t-shirt buruk hari ni”.
Adu Syukri kepada istri tuanya, Dia ingin mencari keceriaan dalam rumah
tangganya yang harmoni sebelum ini. Tetapi itulah kebiasaan Syukri jika pelanggannya ramai, Syukri terpaksa turun padang membantu
pekerja yang seramai tiga orang.
“Ada, saya masak lemak pucuk paku
dengan ikan tenggiri goring berlada, pergilah abang cuci tangan atau pun mandi
saya siapkan makan abang.” Nuri menuju kedapur untuk menghidang makan untuk
suaminya.
Manakala Syukri kebilik air mereka untuk mandi membersihkan
diri. Dia juga sebenarnya belum lagi
Solat Asar.
Memandangkan dirinya yang kotor dengan minyak hitam Syukri hendak
bersolat dirumah sahaja. Selesai solat Asar dia kemeja makan. Dilihat makanannya
sudah terhidang namun isterinya tidak keliahatan.
“Nuri mehlah kita makan, lama abang
tak makan dengan Nuri”. Mengapa dia dibiarkan makan seorang, masih merajukkah
isterinya ini. Dulu isterinya tidak begitu tidak pernah dia makan bersendirian.
“Abang makanlah dulu tak payah tunggu
saya, nanti saya makanlah”. Nuri berkata
dari balik dinding didapur basahnya. Syukri bangun menjengah isteri yang
disebalik dinding dilihat isterinya sedang mencedok semangkuk pengat pisang
bersama sagu mata ikan ditambah dengan bau daun pandan yang keluar dari pengat
tadi, nampak sungguh menyelerakan.
“Mmmm sedapnya pengat pisang, ni Nuri
buat juga kah.”
“haah ..ambilk pisang masak kat
belakang rumah atuk tadi, saya ambil
banyak sampai setengah tandan. Rasa nak
makan pisang goreng esok. Abang pergilah makan dulu nanti lepas makan makan
pengat ni sebagai pencuci mulut.”
‘Oh isterinya sudah tidak marah rupanya, bagus
juga dia balik kampong dapat tenagkan hati dia.’ detik hati Syukri hatinya jadi ceria.
“Kita makan sama-samalah..”Syukri
mengambil pinggan untuk isterinya dirak pinggan.
“Bang,
sebetulnya saya puasa hari ni, nak buka sekarang rasa sayang, tak sampai
dua jam lagi dah azan. Saya minta izin abang saya puasa hari ni ye.”
“Oh Nuri puasa rupanya, puasa bulan
Rejab, kata orang elok puasa dalam bulan Rejab nikan”.
“Nenek pun cakap macam tu juga tu yang
ikut dia puasa pagi tadi.”
“Kalau macam tu abang tunggu Nurilah
tapi abang nak makan pengat ni dulu, ada roti tak? makan dengan roti pun sedapkan pengat ni”.
“Roti tak ada, kalau biskut krim krekers
ni adalah, tapi kalau abang dah makan pengat ni kenyang, tak boleh nak makan nasi pula nanti”.
“Tak abang memang lapar sangat ni,
boleh saja kalau nak makan nasi nanti”.
Terus sahaja Syukri menyudu pengat yang
dihulurkan oleh isterinya, tangan isterinya laju mematah-matahkan dua kepingan
biskut krim krekers dan masukkan kedalam mangkuk pengat pisang suaminya.
“Emm sedap, rasa masam-masam sikit,
pisang apa ni Nuri”.
“Pisang nangka, biasanya pisang ni
dibuat pisang goreng. Tapi tadi tereingin pula nak makan pengat pisang belasah
sajalah, sedap ke? kalau sedap esok
boleh masak lagi, masak banyak sikit boleh bagi anak buah abang makan sekali.
Banyak pisang tu kalau simpan lama pun nanti busuk pula.”
“Boleh juga tu, abang pun dua tiga hari ni rasa tak selera nak makan,
tak lalu nak masuk kedai makan busuk semacam”. Habis semagguk dan dua keping
biskut kedengaran azam mangrib dari beberapa masjid berdekatan,
bersahut-sahutan bunyinya.
Nuri
kedapur untuk mengambil nasi untuk dirinya. Sebelum itu dia menghirup sedikit baki
pengat pisang di manggkuk suaminya. Sebenarnya dia sudah tidak sabar mahu
merasa pengat itu apabila memandang suaminya makan dengan berselera sekali
tadi. Syukri hanya memandang perlakuan isterinya. Hatinya gembira bila merasakan
isterinya sudah tidak marahkan dirinya lagi.
Mereka makan dengan begitu berselera
sekali.
“Nuri pucuk paku ni ada lagi tak?”.
“Ada sikit lagi, kenapa abang nak
masak apa pula.”
“Esok tumis dengan cili api dan ikan
bilis bubuh cili banyak sikit biar pedas sedap tau. Esok Nuri kerja tak?”.
Tumisan sayur pucuk paku yang diperkatakan oleh Syukri pernah dirasai nya
ketika dia berkunjung kerumah Ahmad Lutfi dulu. Nenek busu yang memasakkan
ketika itu.
“Esaok dan lusa saya tak kerja
kenapa?”
“Abang nak balik makan tengahari, Nuri
masakkan abang ikan tenggiri masak kari tampa santan, masukkan kacang bendi.
Kacang bendi ada tak? kemudian sayurnya sayuk tumis pucuk paku sedapnya”.
Syukri membayangkan menu esoknya, sudah terasa kesedapanya.
“Kacang bendi tak ada tak apalah esok
saya beli”.
Selesai makan mereka solat berjemaah,
selepas solat mereka mengaji bersama hingga masuknya solat Isyak.
Malam
itu bagai tiada krisis antara mereka. Mereka menjalani hidup berumah tangga
seperti hari-hari sebelumnya. Nuri juga tidak mengungkit apa yang telah
dilakukan oleh suaminya yang menyebabkan hidupnya jadi tidak menentu untuk
sebulan ini. Melihat keadaan itu Syukri mengucapkan syukur tidak terhingga. Dia
menjangkakan isterinya sudah memaafkan dan menerima apa yang telah dilakukan.
Tetapi
bagi Nuri, dia ingin menguji sekuat mana ketahanan hatinya. Dia akan
bertahan tiga atau empat bulan yang
mendatang, dia ingat pesanan nenek busunya tidak mahu bulan-bulan mulia dicemari
oleh perkara yang dibenci oleh Allah (bercerai). Dia juga akan memastikan dan
mencari dimanakah kedudukan dirinya dihati suaminya. Jika suaminya sudah
condong kearah isterinya yang satu lagi dia lebih rela mengundur diri. Dia
tidak mahu menahan rasa seperti nenek busunya. Dia takut setelah dirinya tidak
berdaya dia terabai dari pemerhatian suaminya. Padanya dia ada kelebihan dari
nenek busunya. Dia ada pendapatan
sendiri untuk menanggung dirinya dihari mendatang. Dia akan meminta dirinya,
dilepaskan dengan cara baik. Itulah sebabnya dia harus mempamirkan sikap
tenangnya kepada suaminya sekarang ini..
Jadi ingatlah Syukri air yang tenang
jangan disangka tidak ada buaya.
Selesai solat isyak Syukri mengajak
isterinya kesupermarket berdekatan untuk membeli keperluan masakkan mereka
esok.
“Nuri siap, jomlah kita kesurpermarket
sekejap, biasanya supermarket tutup pukul 1030 malam kan, kita cari kacang
bendi, esok tak payahlah susah-susah Nuri nak pergi beli”.
Malam
itu dia memang sudah bercadang bermalam dirumah isteri pertamanya. Selesai
solat Asar tadi dia sudah menghubungi isteri keduanya Sarah. Dia akan bermalam
dirumah Nuri. Hati Sarah menjadi sayu. Sudah sebulan suaminya berada
disampingnya. BAHAGIA itulah yang dirasa kerana hidupnya berteman, ada suami
yang membelai dan memberi kemanjaan kepadanya. Tapi malam ini dia ditinggalkan sendirian.
Hari baru merangkak senja dia sudah dilanda sepi, terasa lambat pula masa
berlalu. Dia tercanguk-canguk sendiri. Tapi apa hendak dikata, dia yang memilih
keadaan itu. Dia tidak ditipu ketika suaminya mengajak dia bernikah dulu. Dia tahu
dia akan berkahwin dengan suami orang. Dari awal lagi dia tahu Syukri sudah
beristeri. Sekarang rasa itu terpaksa ditanggungnya rasa SEPI dan rasa sakit
hati bila membayhangkan suaminya dirumah isterinya yang lain.
Itulah
sebabnya kebanyakkan isteri kedua akan menggunakan kelebihan dirinya untuk
menopoli suaminya. Dia tahu mesti dia ada kelebihan kalau tidak bagai mana
seorang lelaki yang mencintai dan menyayangi seorang isteri berpaling kasihnya
kepada mereka. Apa kelebihan isteri kedua dimata suami, Mungkin lebih cantik
atau lebih seksi. Mungkin lebih muda dan bergaya. Mungkin suaminya lebih lama
mengenali dirinya atau mungkin lebih pandai berkata manis pandai mencipta
cerita menyebabkan suami terhibur disisinya. Itu segalanya mungkin hanya orang
yang mengalaminya sahaja yang tahu.
Petang tadi selepas menghabiskan
sebiji kereta pelanggannya, Syukri
mengajak isterinya Sarah pulang. Dia sudah kepenatan.
“Sarah jom balik, abang dah penat
sangat ni, singgah kat restoren depan tu beli makan untuk Sarah saja”.
“Abang tak nak makan ke? dahlah tengah
hari tadi abang makan tak habis”.
“Entahlah dua tiga hari ni abang tak
ada selera nak makan, tak apalah nanti kalau abang lapar abang makan roti saja
atau pun biskut, cicah dengan air milo sedap juga kan”.
Sampai sahaja dihadapan bangunan
Aparment yang didimi oleh Sarah….
“Sarah naiklah abang nak tenguk Nuri
dah balik ke belum, kalau dia ada nanti abang tidur sana”.
Didalam
hati Sarah sudah mula terasa peritnya mendengar
pernyataan suaminya. Doanya dalam hati agar Nuri belum pulang lagi. Selama sebulan selepas
mereka bernikah dia sentiasa ditemani. Oleh kerana isteri tua suaminya
sedang merajuk jadi suaminya sentiasa
ada menemani dirinya. Teman makan, teman
berbual dan teman tidur. Tercelik sahaja biji mata mulutnya akan bercerita
bagai tiada ‘pull stop’. Keadaan yang baru dirasai menjadikan dia sangat bahagia.
Setiap
hari, harinya bermula dengan rasa teruja. Secara tidak sedar dia berdoa agar
hubungan dindin suami dan madunya berlarutan. Dia mahu mencari peluang bersama suaminya tampa gangguan,
yang penting adalah kebahagiaan dan
kegembiraannya. Walaupun dia melihat ada
kesedehan dimata suaminya dia tidak perduli, yang penting suaminya ada
didepan matanya. Kini baru dia terasa sepi kerana tinggal sendiri. Sepi yang
membelenggu menyebabkan dia hilang selera makan.
Harapannya hampa bila sebentar tadi
dia menerima panggilan suaminya yang mengatakan…
“Assalamualaikum, Sarah dah makan?”.
“Belum lagi, tunggu abang kalau abang
balik sini kita makan sama-sama.” pancing Sarah, menagih simpati sebenarnya.
“Apasal tak makan kan dah beli tadi,
kalau sejuk nasi tu tak sedap nanti. Makan lah. Malam ni abang tak balik, abang tidur sini, kunci pintu elok-elok ye,
makan tau”. Berderai harapannya. Dia harus menerima walaupun hatinya terasa
perit.
Sudah
hamper sebulan suaminya menemaninya, kini terasa begitu sunyi ditinggalkan
sendirian. Perit rasa hati bila mengenangkan suaminya bermalam dirumah isteri
lain. Tapi apakan daya, suaminya bukan miliknya seorang dan keadaan itu dia
yang memilihnya sendiri. Sedari mula lagi
Syukri sudah memberi tahu dia sudah mempunyai berkahwin dan
perkahwinannya bahagia. Tetapi hatinya begitu degil untuk merasai hidup serumah
bersama Syukri kekasih hatinya. Walaupun dia tahu dia akan berkongsi Syukri
dengan wanita lain. Terlintas satu bisikkan yang mahu memiliki Syukri secara
total. Milik dia seorang. Mahukah Syukri kalau dia meminta agar isteri
pertamanya dilepaskan. Sudah timbul perasaan tamak dihati Sarah. Mungkin boleh
jika dia dapat mengandungkan anak Syukri, lagi pun dia tahu dirinya adalah
cinta pertama Syukri, itu adalah kelebihan dirinya pada Syukri.
Nampak
luaran kehidupan Syukri bersama dua isterinya nampak tenang dan bahagia. Namun kita tidak tahu isi hati masing-masing.
Tetapi jika Syukri memang dia bahagia, maklumlah didampingi oleh dua orang
isteri yang kedua-duanya masih muda,
juga cantik. Maisarah cantik dan manja gayanya.
Nuri juga cantik dan nampak lembut orangnya. Sungguh bertuah Syukri.
Pertengahan
bulan Syaaban Syukri didatangi oleh sahabat baiknya Ahmad Lutfi dia merupakan
Pak Busu Nurizana walaupun sebenarnya Ahmad Lutfi merupakan pakcik dua pupu pada Nurizana mereka rapat kerana sejak kecil lagi. Mereka
berempat teman sepermainana (Dua orang lagi abang Nuri yang menetap
diAustrialia. Kedatanganya kali ini ganas sekali nampaknya. Dia datang meluru
tampa salam. Wajahnya nampak tegang. Bagai mana dia mahu membendung rasa, bila
dia tahu anak saudara yang disayaginya seakan dianiaya oleh sahabat sendiri.
makteh..sedih plak baca bahagianni..
ReplyDeletejadi nuri mmg bercadang nak berpisah juga?
Lutfi nak belasah Syukri???
ReplyDeleteKalau isteri baru tak tamak mungkin boleh bertahan walau hati menderita. Kalau awal-awal isteri muda dah tunjuk tamak lebih baik isteri tua undur diri. Bila dah kehilangan baru suami rasa menyesal. Tapi kesian dia orangkan. Masing2 dah takde parents.
Bahagia tu dimana kena cari janganlah nak menempel diri menumpang bhgia orng.
ReplyDeleteNak tnya siapa suka pada isteri no 2, kbyakkan yg no2 dikutuk orng. klu tk nak dikutuk elakkan jadi yg ke 2.