~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Saturday 23 June 2012

Bab 12. Jangan ada rahsia




Beringat sebelum mati,
Carilah bekalan untuk dikubur dan akhirat nanti’.

Didapur sambil memasak  Nur Jannah berceloteh itu dan ini. Dia memberi alasan mengapa tidak suka membeli lauk diluar. Kerana tidak terjamin kebersihanya itu katanya. Kalau terdesak sesekali tak mengapalah, jangan di jadikan satu kebiasaan, mulalah dia bercerita apa yang di perkatakan oleh neneknya dikampung dulu.

“Jannah ingat sangat pesan nenek katanya jangan selalu sangat makan kat luar..sebab masakkan kat luar tidak terjamin kebersihanya. Cuba abang fikir mereka tentu masak banyak dan tentu saja nak cepat, cuci ke bahan yang di basuh?” Tengku Farid tepinga-pinga bila disoal begitu….dia tidak menjawab soalan isterinya tapi menyoalnya kembali.

“apa bezanya cuci dengan bersih?”  Tengku Farid sudah lari dari garisan hidup sehariannya, dia tidak membincangkan hal perniagaan seperti selalu jika dia berbual denmgan rakan niaganya…atau menceritakan keseronokkan ketika dengan Diana atau kawan-kawannya.

“Haa …kata nenek bersih  tu bersihlah, sesuatu kalau kita basuh dengan air mestilah bersih…..tapi cuci ni bersih yang sebesih bersihnyalah, sebab kita basuh di serta dengan selawat nabi sekali….Caranya mula mula basuh bahan seperti ikan ayam atau daging atau sayur dengan air bersih kemudian di cucur dengan air mengalir di sertai dengan selawat keatas nabi supaya suci. Bahan masakkan yang suci bila di makan akan mendapat keberkatan…Dengan keberkatan dari Illahi kita mendapat kekuatan”.

“Kuat yang macam mana… kuat yang nak angkat benda-benda berat ke?.. buat apa?”

“Abang ni.. bukan kuat tenaga…tapi kuat batin..kuat mempertahankan prinsip kita…macam Jannah ni Jannah kena kuat..untuk mengelakkan dari makan luar. Cuba abang tenguk gerai-gerai menjual makanan banyak bersepah diluar tu..makananya pulak sedap-sedap, kalau kita tak tahan..tentu tergoda nak membelinya. Tapi Jannah ingat sangat pesan nenek..kalau kita selalu makan makanan yang tak suci, perasaan kita akan cepat memberontak dan tak terkawal. Tengoklah orang sekarang tak kira lelaki ke perempuan cepat tertarik antara satu sama lain yang bukan haknya. Walau pun dia sudah ada isteri yang yang cantik atau suami yang baik dirumah.  Tapi kerana naluri yang yang halus tidak terbendung menyebabkan  persaanya cepat goyah dengan pujukan syaitan. Bila bergaduh atau bertengkar sikit, menjadi melarat-larat sebab tidak mahu mengalah, pada hal perkara remeh saja yang ditengkarkan. Ialah..Dua-dua mahu mempertahankn ego masing-masing akhirnya bercerai berai.  Tenguklah sekarang banyak kes bercerai berai. Dari kes bercerai berai ni timbul pula masaalah social anak- anak pula. Biasanya anak-anak dari pasangan yang bercerai kalam kabut sikit hidupnya.. Walaupun jika dilihat perceraian akan hanya membabitkan dua jiwa sahaja yaitu suami dan isteri..tapi kita tak pernah terfikir naluri anak-anak yang tergoris..perceraian akan membawa banyak jiwa yang kecewa. Dalam kes macam ni seseorang tu tak kuatlah..tak kuat iman.
Nenek selalu bagi  contoh pada Jannah, dia suruh  kita tengok anak-anak sekarang susah nak dengar nasihat, suka memberontak, cepat marah dan kadang-kadang  tu macam tak ada perikemanusiaan, ini mungkin juga di sebabkan makanan yang di makan tidak suci. Kalau makanan tak suci, syaitan senang masuk dan meresap dalam fikiran, kalau fikiran dah dikuasai oleh syaitan tentu perangai kita pun macam syaitan.  Cuba abang tenguk mat-mat rempit, berani dia buat macam tu dengan bawa motor laju cilok sana cilok ini celah-celah kereta. Kalau fikiran mereka waras rasanya tentu dia takut nak buat macam tukan. Lagi satu tenguk pasangan muda yang sedang bercinta sekarang. Kalau dia sedar dan berfikiran waras tentu dia malu nak buat aksi-aksi mesra peluk-peluk  macam tu kat depan orangkan bang.” Pot pet..pot pet NurJannah bercerita..suaminya hanya terkebil-kebil memandang, di benak berkata  isterinya ni kalau mula bercakap memang susah nak berhenti. Tapi dia suka pula mendengar, ada sahaja soalan  yang hendak ditanya, supaya dapat dirungkai. Lama mereka terdiam. Bagi  Tengku Farid diamnya kerana memikirkan akan kebenaran kata-kata isterinya tadi, manakala Nur Jannah mungkin sudah kehabisan cerita..tetapi tiba-tiba Nur Jannah bersuara lagi..

“Bang… masak  ni susah tak?” Ahh Jannah ni belum sempat dia menganalisis ceritanya tadi dah bersuara lagi detik hati Tengku Farid. Nur Jannah memandang suaminya dengan senyuman.

 “Taklah nampak susah ….kalau abang tenguk Jannah masak ni macam senang saja tak sampai dua jam dah boleh makan, lagi sedap makan masa panas-panas rasa macam masakkan kita segar.” Ketika itu  Tengku Farid di tugas kan oleh isterinya menyiang sayur. Dia sudah diajar cara-cara memotong kacang bonces yang dipotong serong-serong tadi.

“Abang baru sekali nampak Jannah masak dah kata senang, tapi memang senang pun, ni cuba abang tengok kalau hari-hari abang tolong Jannah masak rasanya abang pun dah boleh masak sendirikan. Tahu nak tumis macam mana, nak rebus macam mana, nak goreng macam mana dah boleh masak kan bang, tapi masakkan yang kata orang tu. ‘Makan nak hidup’ sajalah, tak dapatlah makan makanan yang sedap macam masakkan kat hotel ataupun masakkan barat tu kan bang.” Nur Jannah berkata-kata dengan suaminya sambil menumis bawang yang telah di hiris tadi ke dalam periuk untuk masak sup ayam pula.

“Ahhh ialah tu… baru pertama kali abang tolong Jannah ni..dah kata Jannah abang ‘boleh’ tolong pandang boleh lah, tapi Jannah masak macam ni lagi sedap dari masak yang entah apa-apa resepinya, kalau abang.. masak sambal sardine macam petang semalam tu lagi sedap dari masak kari ayam yang abang rasa kat restoren, abang rasa macam cepat muak mungkin sedap yang kita rasa tu disebabkan oleh bahan perasa saja kot.”  Tengku Faird membalas apa yang diperkatakan oleh isterinya. Mereka berbual  sambil  memasak di dapur  dan makin megenali antara satu sama lain. Makin seronok dan semakin terasa ada keserasianya.

Hari ini Nur Jannah masak sup ayam bersama kentang, goreng belada ikan tenggiri dan sayur campur.. kobis dicampur kobis bunga, carrot dan kacang buncis berperencah udang sederhana besar. Berselera betul Tengku Farid menikmati makan tengaharinya. Selepas makan tengahari mereka ke kedai buku untuk mencari sebuah muqudam dan buku cara-cara mengerjakan solat.

“Apa bezanya antara pahala dan keberkatan Jannah, abang dengar Jannah sebut keduanya macam sama saja” seakan bingung dengan keterangan isterimnya.

“Pada fahaman Jannah pahala ni macam markahlah..macam ni, jika seseorang itu mengerjakan solat dengan betul dan khusuk tidak ada yang lain dihati kita melainkan Allah yang kita sembah.. kita mendapat pahala, dapat markahlah tu.
Tapi “keberkatan”.. sesuatu ni kalau mendapat keberkatan dari Allah kita akan merasa cukup walau pun sedikit. Macam makanan.. jika kita membeli dengan duit yang halal ertinya rezeki itu halal dan mendapat keberkatan walau sikit kita merasa kenyang. Kalau duit gaji kita berkat pula..walau pun kita mendapat sikit tapi cukup untuk segala keperluan dan kalau kita mendapat anak, anak kita makan dari rezeki yang halal  dan diberkati Allah  insyallah akan mudah di jaga umpamanya mendengar kata dengan kata lain  tak lah degil dan nakal itu pada pengertian Jannahlah bang”. Berlalu satu hari yang begitu bermakna bagi Tengku Farid bersama isterinya.

 Sudah hamper sebulan perubahan jalan hidup Tengku Farid. Kini hari-hari yang di tempuhi oleh Tengku Farid berlainan dengan kehidupnya dulu. Rutin kehidupanya juga turut berubah. Kerana  kesibukan dirinya juga membuat dia terlupa pada Diana. Apa tidaknya seharian di pejabat akan sibuk dengan kerja-kerja pejabat dan mesyuarat, pulang sahaja dari pejabat dia membantu isterinya memasak untuk makan malam mereka. Selepas solat Magrib mereka sama-sama belajar mengaji dan berzikir.  Kini Tengku Farid betul-betul sibuk mengejar dunia dan juga mengejar dan mengumpul bekalan untuk akhiratnya kelak. Waktunya penuh terisi, walaupun begitu dia merasa seronok terasa hidupnya penuh bererti sekarang ini.

Pada kebiasaan hari Khamis malam Jumaat Nur Jannah akan membaca surah Yassin dan tahlil untuk arwah ayahnya. Amalan ini diajar oleh datuknya semasa dia kanak-kanak remaja  lagi. Walaupun kini dia tidak lagi tinggal bersama datuk dan neneknya amalan itu tidak di tinggalkan.  Hanya ada sedikit waktu selepas solat Isyak mereka akan merehat-rehatkan badan sambil menonton televisyen dan berbual-bual. Mereka selalu membincangkan isu semasa dan kadang-kadang berkenaan kerja dipejabat mereka. . Inilah amalan harian Nur Jannah yang sudah diikuti pula oleh Tengku Farid. Satu perkara yang telah menjadi kegemaran Tengku Farid sejak dia mengenali isterinya….. merebahkan badannya di sofa ruang tamu dan kepalanya pula di ribaan isterinya. Sambil itu isterinya akan memicit-micit kepala dan membelai rambutnya, dia merasa sungguh selesa dimanja begitu. Dia juga suka apabila isterinya menyandarkan tubuhnya kebadannya atau isterinya melintukkan kepalanya kebahunya. Tengku Farid terasa dirinya begitu bermakna dan dihargai dengan perbuatan manja isterinya. Hari demi hari Tengku Farid makin mengenali Nur Jannah, sayangnya makin mencambah. Orang kata tak kenal maka tak cinta ni dah kenal, adakah cinta Tengku Farid sudah mula berkudup dan akan berkembang.

   “Jannah… sekarang ni abang rasa tenang dan bahagia sekali” itulah yang dia rasanya sekarang ini. Diluahkan kepada isterinya yang sedang memicit-micit kepalanya. Mereka sedang berehat diruang tamu menunggu masa untuk tidur.

“Emmm ialah kata atuk kan bang kalau kita selalu mengaji dan berzikir dapat membersihkan hati, menenangkan jiwa, juga dapat menghindarkan perkara yang tidak elok. Amalkan selalu supaya menjadi rutin seharian kita..kalau sudah menjadi kebiasaan kita tidak rasa terbeban dengan apa yang kita buat..betul tak bang”.

“Betul tu..Jannah tiap-tiap minggu ke Jannah baca Yassin.”

“Insyaallah kalau Jannah tak uzur Jannah baca. Baca Yassin ni mengaji juga tapi special sikit sebab kita baca malam Jumaat. Kata atuk mengaji ni berzikir juga. Selain dari itu Jannah baca Yassin danTahlil  sebab Jannah sayang arwah ayah Jannah.  Pahalanya Jannah sedekahkan kepada arwah ayah. Walaupun Jannah tak pernah jumpa arwah ayah, kerana arwah ayah Jannah meninggal masa Jannah kecil lagi, tapi itu tak mengapa , Jannah menghargainya sebab dengan adanya dia Jannah lahir kedunia ni...bang …kalau abang  sayang seseorang yang dah meninggal dunia baca lah apa-apa surah dan berTahlil kemudian pahalanya sedekahkan kepada orang itu,  dengan cara itu sahajalah kita dapat menolong orang yang telah meninggal dunia. Nabi bersabda pada sahabat-sahabat baginda…orang-orang yang telah meninggal dunia ni, dia mendapat kebaikan hanya  dari tiga perkara sahaja…

Pertama sedekah jariah ketika dia masih hidup, yaitu masa dia masih hidup jika dia ada memberi sedekah tak kiralah bersedekah kepada anak yatim ke, fakir miskin ke, terutama masa membina surau atau sekolah atau rumah anak yatim atau pun kita membelikan sejadah  atau apa jua benda, selagi perkara yang dibuat dari duit yang kita sedekah atau  barang-barang tadi masih digunakkan kita akan mendapat pahala darinya.

Yang kedua Ilmu yang bermenefaat, jika kita mengajar seseorang cara membuat sesuatu perkara jika dia menggunakan ilmu itu untuk kebaikan, kita pun mendapat pahala juga, atau pun kita membeli satu buku kemudian orang baca buku itu, dan amalkan ilmu dari buku itu kita juga mendapat pahala. Itulah sebabnya jangan tipu kalau kita mengajar orang.. terutamanya memasak, kalau kita nak tunjuk cara-cara nak masak tunjuk betul-betul dan satu lagi kalau kita nak bagi orang buku biarlah buku yang elok, jangan beli buku yang mengajar orang buat jahat selagi orang buat jahat mengikut dalam buku yang kita beli kita akan dilaknat oleh Allah.

Dan yang ketiga doa dari anak yang solleh, kalau kita sayang ibu bapa kita, kalau mereka sudah meninggal dunia rajin-rajinlah kita solat selepas solat berdoa memohon kebaikan keatas mereka dan kalau kita mengaji pahalanya kita sedekahkan kepada arwah ibu dan bapa kita tadi. Tapi atuk dan nenek Jannah lain pula, sebab dia sayang arwah anak dia yang meninggal ketika umurnya masih muda, dia pula yang mendoakan arwah anak dia. Tapi atuk dan nenek bernasib baik sebelum anak dia meninggal dapat juga melahirkan cucu ‘Jannah’ni. Dia mengharapkan Jannah dapat menggantikan arwah anak mereka, iaitu mendoakan mereka kelak kalau mereka dah meninggal nanti, lagi pun hanya Jannah cucu yang dia ada. Dia pesan sungguh-sungguh pada Jannah kalau mereka dah meninggal nanti, supaya Jannah tidak lupa berdoa dan sedekahkan Yassin  untuk mereka, itulah sebabnya mereka ajar Jannah semua ini. Sekarang ni baru Jannah perasan.. kenapa atuk dan nenek jaga sangat Jannah ni supaya Jannah tidak jadi budak yang nakal. Kalau Jannah jahat tentu Jannah tak ingat nak mengaji dan tentu Jannah tak ingat nak mendoakan mereka nanti kan bang.” Panjang lebar Tengku Farid mendengar isterinya bercerita.

Terharu hati mendengar cerita isterinya, lalu dia memeluk bahu isterinya dengan mata berkaca-kaca. Simpati Tengku Farid kepada isterinya yang merupakan anak yatim rupanya. Betapa pandai datuk dan nenek Nur Jannah mendidik cucunya walau pun kini tinggal dikota besar dan diuliti kesenangan tapi tetap tidak mengubah pendirianya dan terikut-ikut terpengaruh apa yang didepan matanya. Betapa beruntungnya datuk dan nenek Nur Jannah mendapat cucu yang baik seperti isterinya, walaupun kehidupanya tidak dihadapan mata mereka, tapi  masih lagi mengamalkan apa yang di pelajari dari mereka berdua.

Bila bercerita dengan isterinya Tengku Farid selalu mendengar apa yang dipesankan oleh datuk dan nenek isterinya, perkara ‘tak elok dan perkara elok’ jadi dia inigin mengetahuinya..

“Jannah perkara tak elok tu macam mana dan perkara elok tu macam mana” tanya suaminya sekarang ini dia ingin tahu cerita dan istilah-istilah yang di gunakan oleh isterinya.

“Perkara tak elok ni”…terdiam sebentar Nur Jannah memikir …lalu menyambung lagi..
”kalau kita jalan tiba-tiba ada orang  kenyit mata dengan kita, abang rasa perkara itu elok tak … kalau Jannah tak elok sebab perbuatan itu adalah permulaan perkara maksiat…Ialah mula kenyit mata bila di layan, ajak jumpa lah pula, bila jumpa kenal-kenal mesra lepas tu apa?” Nur Jannah mengelip-gelipkan matanya dua tiga kali  dan melintukkan kepalanya dengan gaya manja mengoda, tergoda juga Tengku Farid melihat gaya isterinya pandai pulak isteri aku ni mengoda detik hati yang masih memandang tidak berkelip, kemudain tersedar bila isterinya bersuara kembali.

“Tapi kalau kita dah ada pendinding maksudnya zikir-zikir tadilah tidaklah tergoda…betul tak bang kerana Allah sudah melindungi hati kita dari tergoda. Itu contoh yang sangat kecil dan remeh bagi sesetengah  orang atau pada abang, tapi kesanya tak terjangka, pada hal perkara seperti itulah yang menyumbang  kerosakkan moral dan social anak muda kita sekarang … lari dari rumah ikut boyfrendlah, rogollah, buang bayilah..abang bacalah dalam surat khabar hari-hari terpampang cerita-cerita macam tu” cerita Nur Jannah bersungguh-sungguh. Kemudian dia berhenti sebentar suaminya hanya berdiam diri memikirkan kata-kata isterinya..belum sempat Tengku Farid bersuara, isterinya bersuara lagi..

“Perkara yang elok pula…zaman sekarang jarang kita ada kawan-kawan yang mengingatkan kita pada perkara kearah kebaikan, umpamanya bila saja masuk waktu sembahyang diajaknya kita pergi bersembahyang atau  mengajak kita ke Masjid atau mengajaknya kita pergi menolong orang tampa ganjaran, tapi kalau ajak kita pergi tengok peasta atau hiburan adalah… betul tak bang”. Nur Jannah memandang suaminya yang hanya memebisu sedari tadi.

‘Betul jugak’ detik hati Tengku Farid.

Nur Jannah bukan lah seorang yang pendiam rupanya. Jika sudah mengenalinya banyak persoalan boleh di bincangkan bersamanya. Dari apa yang diceritakan oleh isterinya Tengku Farid membuat kesimpulan tentang isterinya, mungkin dari pemakananya Nur Jannah mempunyai hati yang bersih, tulus dalam semua perkara dan sentiasa tenang, berfikiran matang dan yang paling penting dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk untuk dirinya, walau pun jika dikira dari segi umur Nur Jannah masih muda lagi baru mencecah dua puluh empat tahun.

Kini Tengku Farid sudah  melupakan kebiasaan kehidupanya dulu. Dia juga sudah melupakan prinsip yang ditanamkan di benaknya bersama kawan-kawanya ‘hidup hanya sekali.. selagi masih hidup kita mesti enjoy atau berseronoklah puas-puas’. Dulu dia suka berpelesaran di kelab-kelab  malam, berkaraoke dan meronda-ronda seleruh pelusuk Kuala Lumpur bersama Diana dan kawan-kawan, selagi hari belum menjelang dinihari mereka enjoy sepuas-puasnya. Tapi yang hairannya hatinya tidak pernah puas. Buktinya mereka akan mengulanginya setiap kali berjumpa. Ya… Diana sudah lama tidak di hubungi. Entah mengapa Tengku Farid bagaikan terlupa pada Diana. Semenjak Diana balik ke kampungnya diMelaka bagai memberinya peluang mengenali isterinya Nur Jannah dan seterusnya memberinya peluang menyedari yang selama ini dia telah lari dari lorong kehidupan yang sebenar. Lorong seorang hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab kepada Penciptanya. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan akan memaberi Hidayah kepada siapa sahaja yang dikehendakinya.. Kata Nur Jannah kepadanya…


“Bang kita hidup ni hanya sekali sebelum kita mati kita buatlah kebaikan, buatlah apa yang diwajibkan kepada kita seperti solat dan puasa, membayar zakat nanti kalau kita mampu dari segi mental dan fizilak kita pergilah keMekkah menuaikan Haji, kerana segala kebaikan inilah yang akan menolong kita diakhirat kelak dan akhirat itulah kehidupan kekal kita nanti. Atuk selalu berpesan dengan Jannah katanya ‘selagi kita hidup cari lah bekalan untuk kita didalam kubur dan untuk hari akhirat nanti’. Dari kesedaran itu, kini dia sibuk menggapai apa yang telah ditinggalkan dulu. Dan princip itulah yang ditanam dibenaknya kini.



No comments:

Post a Comment