Terkejut Inspektor Azrul Azam bila melihat kedatangan abang
seniornya Syed Borhan dimuka pintu.
“Ehh bila abang sampai..kenapa tak call dulu nak datang . Ni
Alhamdulillah saya tak melilau kemana, kalau tak berjanggut abang tunggu saya.
Masuk bang ..masuk saya pun baru sampai ni.”. Azrul Azam kedapur mengambilkan
minuman ringan untuk Syed Borhan. Duduk sahaja di dihadapan Syed Borhan terus sahaja dia bertanya tujun
kedatangan Syed Borhan.
“Abang nak terus kan misi mencari Nur Hidayah lagi ke, bang”.
“Abang dah jumapa dia dah..memang dia kerja kat hotel Impian
tu..memang betul hotel impian tu kepunyaan bapa mertuanya”.
“Haa apa cerita selanjutnya.. bila saya dapat makan nasi
minyak nya”.
“Nak makan nasi minyak abang belanja sekarang pun boleh..jom
kita pergi ke restoran oder sahaja Azrul”.
“Nasi minyak restoran tak naklah bang.. nak yang nasi minyak
bawah kemah abang”.
“Yang tu tak dapatlah Azrul, dia tak terima abang ..Itu yang abang datang sini
..tak mampu nak memandu balik Melkaka bila hati sedeh macam ni Azrul”.
“Kenapa dia tak terima abang cintanya pada abang dah pudar
ke..ialah sebab dia kan dah pernah nikah tentu cintanya dah berpindah pada
suaminya”.
“yang sebentulnya kami tak pernah bercinta..abang suka dia
dalam diam sahaja. Bab cinta ni rasa Hidayah pun tak bercinta dengan suaminya tu ialah suaminyanya
kan bapa biologi dia, dia nikah sebab nak rasa ada ayah. Itu yang abang faham
bila dia cerita dengan abang dulu masa kat lokap tu”.
“Habis di tak terima abang kenapa?”.
“Mungkin sebab abang dah ada isteri..Dia kata dia tak
sanggup hidup bermadu. Kalau Azrul macam mana?..abang sayang dengan dia..tapi
dengan isteri abang, abang sayang juga, lagi kami akan ada anak tak lama
lagi..itu tanggung jawab juga kan Azrul”.
“Dah dia kata tak sanggup bermadu nak buat macam
mana..dulukanlah tanggung jawab abang pada anak dan isteri yang sedia ada. Bang!
kalau Hidayah setuju bermadu.. isteri
abang benarkan ke abang nikah sekali lagi”.
“Abang dah cerita dengan dia dan kami dah bincang, dia
setuju, sebab dia pun kesian kat Hidayah ni, kami sepupu kan”.
“Abang tak cakap dengan Hidayah yang isteri abang setuju kalau abang nikah dengan
dia”.
“Dah Azrul, dia yang tak sanggup bermadu nak buat macam mana,
tak kan abang nak ceraikan isteri abang..tapi entahlah Azrul, nampaknya memang abang tak ada
jodoh dengan dia”.
“Cubalah abang pujuk dia, kalau dia termakan pujukkan abang
nanti”.
“Tak mungkin Azrul.. Hidayah ni tegas orangnya, nampak
sahaja dia lembut dan macam menurut
kata, tapi tidak dengan sikap dalamanya. Kalau tak, takkan dia boleh duduk
sorang kat rumah nenek kami. Jiwanya cukup berani dia cukup kuat, sekali dia kata
tak nak, rasanya macam tak ada harapan untuk dia ubah fikiran. Itu yang abang
faham sikap dia Azrul”.
“Bang! kalau saya pula yang cuba boleh tak bang..”.
“Elok juga.. cubalah, abang suka juga kalau Hidayah dah ada
orang yang jaga. Tapi kalau BERJAYA jaga dia elok-elok ye. Abang akan bahagia kalau nampak dia bahagia
Azrul. Dan abang akan rasa senang hati kalau dah ada orang yang baik jaga dia.
Abang percayakan Azrul ”.
“Habis rasa sayang abang tu macam mana?”
“Azrul! Sayang tak
semesti hidup bersama..kalau kita betul cinta, nampak dia bahagia itu pun dah
cukup untuk kita Azrul”. Biar dengan suara bergetar sebak, dia masih mampu menyuruh orang lain
membahagiakan Nur Hidayah. Sememangnya itulah hakitat isi hati Syed Borhan. Dia
sungguh-sungguh mencintai Nur Hidayah. Rasa
cinta yang dipupuk dari zaman dia remaja lagi, namun apakan daya jika Allah
tidak melorongkan jodoh untuk nya, dia pasrah menerima dengan dihati yang redha.
Bagi Azrul pula sejak dia
melihat kekuatan Nur Hidayah mempertahankan pendirianya tidak membuka auratnya,
menjaga solat walaupun ketika itu sangat sukar untuknya dan hafalan surah
Yassin dihujung lidahnya itu yang menjentik rasa dihati Azrul Azam. Dia begitu
kagum melihat kekuatan dalaman yang dipengang oleh gadis itu. Kini azamnya mahu
mencuba memikat hati Nur Hidayah namun apakah peluangnya untuk menghampiri
gadis itu..Azrul Azam mencari cara dan jalan dalam diam. Sedang dia memansang
azam kedengaran suara Syed Borhan yang lemah..
“Azrul abang nak tumpang bermalam semalam kat sini boleh. Abang
nak tenangkan hati abang ni. Nak terus
balik Melaka rasanya takut jadi apa-apa kat jalan nanti”.
Di Melaka resah hati Syarifah Nur An- Nisa menanti sang suami yang
turun ke Kuala Lumpur mencarikan madu untuknya tak dapat dibendung. Dia mencari
tempat untuk meluahkan rasa hatinya yang sedeh. Mana tak sedeh rasanya baru
sahaja mahligai bahagianya di bina, suaminya sudah mahu membahagi kasih
sayangnya dengan wanita lain. Anak yang bakal menyerikan mahligai bahagia
mereka pun belum lahir lagi, dirinya sudah mahu diberi pesaing untuk menyaingi
kasih suami kepadanya. Wanita mana yang mampu menerima dengan rela bila
suaminya mahu membahagi masanya dengan isteri lain. Kepada ibu yang menyayangi
dia meluahkan rasa duka. Cepat dia menekan nombor uminya di Jelebu Negeri
Sembilan. Kedua abah dan uminya berpindah dari Terengganu setelah berpencen menjadi
guru. Mereka menduduki rumah arwah nenek mereka bersebelahan sahaja dengan
rumah emak mertuanya merangkap emak saudaranya juga. Ibu Syed Borhan.
Mendengar esakkan anak
dihujung talian Syarifah Zainab rasa sangat bersimpati. Sementelah itu adalah
anak perempuan tunggalnya. Untuk mendamaikan
hati anak perempuannya yang keresahan mereka ke Melaka. Syarifah Zainab merupakan adik
ketiga Syarifah Aminah. Syarifah Nur An-Nisa
merupakan anak solung dari empat orang
anak pasangan Syarifah Zainab dan Syed Hussin.
“Kenapanya yang jadi macam ni Nisa..Kamu tak layan along
dengan baik ke?”. Selidik sang ibu kepada anak yang baru membina mahligai
diatas tunjuk jodoh mereka adik beradik. Lahir sahaja anak perempuanya, kakak
sulongnya Syarifah Aminah sudah meminta agar anaknya yang belum bernama
ditunangkan dengan anak lelaki sulongnya Syed Borhan.
“Nap Hussin akak ‘booking’lah
anak kamu ni untuk jadi menantu akak”.
“untuk anak akak yang
mana?”. Ketika itu sudah dua orang anak lelaki kakak sulongnya.
“Untuk Borhanlah..kita tunangkan mereka..ok tak”. Itulah
janji mulut antara mereka dua keluarga. Ketika anaknya baru sahaja dua hari menghirup udara dunia. Namanya
pun beli didaftarkan..kerana Syed Hussin sibuk mahu mencari nama yang baik untuk
anak sulong mereka.
“Kami ok sahaja..tapi macam mana pula dengan abang long..”.
jawab mererka berdua. Ketika itu Syed Borhan sudah berusia 3 tahun dan adiknya
Syed Benjamin baru berusia 5 bulan.
“Abang long pun ok juga”. Jawab birasnya Syed Bakri yang
agak pendiam orangnya. Setelah anak-anak dewasa mereka dikhabarkan dengan
cerita mereka dulu. Pada pandagan mata kasar
Syarifah Nur An-Nisa dan Syed Borhan tidak ada masaalah. Mereka tidak membantah perjanjian
antara keluarga yang dimetrai ketika mereka masih kecil lagi…Walupun Syed
Borhan sering menangguhkan pernikahan dengan anak mereka, namun mereka berdua memahami akan
kesulitan Syed Borhan yang terpaksa membiayai keluarga dan persekolahan
adik-adiknya bila ayahnya meninggal ketika dia baru sahaja habis belajar. Dan
sikap tanggung jawab bakal menantu juga sangat mengembirakan mereka suami isteri… tetapi ini pula jadinya. Dimanakah
silapnya..adakah Nur Hidayah yang mengoda Syed Borhan??.
“Entahlah umi..rasanya Nisa macam biasa sahaja. Apa dia nak,
Nisa turutkan..kata suruh cuti, Nisa ambil cuti teman kan dia, sampai cuti Nisa
dah kat paras hidung sahaja untuk sampai hujung tahun”.
“Kamu ada bergaduh”.
“Tak juga..bulan lepas masa dia balik cuti tak sempat nak tanya,
dia bergesa pergi KL, bila dia balik dia
cerita dia jumpa Hidayah. Masa tulah dia cakap dia nak ambil Hidayah jadi
isteri dia. Dia kata dia kesian Hidayah hidup sorang kat Kuala Lumpur tu.”.
“Haii anak haram tu tak sudah-sudah menyusahkan orang”.
“Umi janganlah cakap Dayah macam tu..dia anak sedara umi..sepupu
Nisa juga. Dia jadi macam tu bukan dia yang minta mi”.
“Habis kamu sanggup ke nak bermadu dengan dia..entah apa
yang dia bagi ubat kat along tu, hingga along terkejar-kejar kan dia.. tak mustahil suatu
hari nanti dia minta along ceraikan Nisa tau..macam mana emak nya macam tulah
anaknya ..gatal..semua jantan dia nak control”. Bebel uminya yang kegeraman
bila mendengar menantu pilihan berhajat memadukan anaknya. Nur An-Nisa hanya
mendiamkan diri mendengar.
“Abahnya macam mana dengan hal Nisa ni bang.. kita nak ke KL
juga ke, cari si Borhan ni.”
“Sejak bila along ni bercinta dengan Dayah..”. Syed Hussin
tidak menjawab soalan isterinya..Dia menyoal anaknya untuk menyiasat..
“Mana pula dia bercinta..dulu sebelum Nisa nikah dengan along..
Nab ada tanya kak long dia kata anaknya si Borhan tu tak ada buah hati..tak kan
dia nak bohong Nab pula. Lagi pun kan Hidayah tu duduk rumah arwah mak masa tu,
tak kan dia tak tahu tingakah laku anak dan anak sedara yang kata depan mata.”
“Manalah tahu..dia nak sorok dari kita, dia katalah anaknya
tak ada buah hati”
“Bang! kalau ada pun kak long akan halang ..sebab dia nak
tunaikan perjanjianya dengan kita. Dulu yang buka mulut nak tunangkan Nisa dan
Borhan dia, bukannya kita. Dia yang beria.”
“Habis, kalau tak bercinta
dengan Hidayah macam mana pula tergerak
hati dia nak jadi kan Hidayah tu istreri dia..Kamu tak tahu ke yang along tu
bercinta dengan Hdiayah ni Nisa.”
“Entahlah bah Nisa pun tak tahu. Selama kami nikah tak
pernah pun dia menyebut nama Hidayah”.
“Entah-entah konon yang dia kerja sebulan tu.. adalah masa untuk berjumpa dengan Hidayah. Kamu tak periksa
ke telefon suami kamu tu Nisa, tenguk kalau-kalau ada nombor Hidayah
dalam telefon along tu”.
“tak kan lah sampai Nisa nak buat macam tu abah..Nisa
percaya dia. Bukan ke suami isteri perlu ada sifat percaya mempercayai”.
“Haa kalau dah jadi macam ni percaya sangat lah ni. Kita nak
buat macam mana ni uminya”.
“Kita pergi KL cari along, suruh batalkan kehendak dia tu. Kita tak rela anak
kita dia buat macam ni, kahwin pun baru setahun dah dan nak nikah lain.”.
“Kalau kita nak pergi pun kemana nak dituju Nap oii. Kuala
Lumpur tu bukan macam Jelebu semua tempat kita tahu. Kamu tahu kat mana Hidayah
duduk Nisa”.
“Tak tahullah bah..tapi abang kata Hidayah kerja kat hotel
Impian”.
“Haa abahnya jomlah kita cari hotel Impian tu kat Kuala
Lumpur”.
“Jangan nak buat kerja bodoh Nab. Kuala Lumpur bukannya
kecil. Kita balik bagi tahu kak long..kita tenguk apa tindakkannya. Kalau betul dia nak menghalang macam yang dia
cakap dulu. Kalau dia buat tak tahu, barulah kita bertindak. Ni nak suruh
mereka bercerai pun tak boleh juga, Nisa tengah mengandung..nak bercerai pun
kena tunggu Nisa bersalin dan habis pantang
sekurang-kurangnya pun empat bulan lagi baru boleh gugur talak”.
“Kalau boleh janganlah sampai bercerai berai, susah. Kita
duduk sebelah menyebelah rumah. Lagi pun nak pusing kemana mereka
bersepupu..dia anak sedara kita juga”.
“Habis Nisa sanggup ke hidup bermadu. Dahlah jumpa pun hanya
sebulan sekali..dalam sebulan nak dibahagi lagi dengan isteri lain, sanggup ke
Nisa”.
“Entahlah bah..Nisa buntu yang sebenarnya..Nak bercerai Nisa
sayang abang Borhan..tak bercerai rasanya Nisa tak sanggup berkongsi kasih”.
“Nab jomlah kita balik kita bincang dengan kak Long macam
mana. Duduk sini tunggu Borhan balik tak guna juga..Tunggu punya tunggu Borhan
balik bawa Hidayah dah selamat nikah kat Siam. Kita dah tak boleh buat apa dah..Ni dah berapa
hari suami kamu tak balik Nisa”.
“Dia pergi semalam”.
“Haa ni dah sehari tak balik..entah-entah dia dah pergi ke Siam..Kalau
nikah kat Siam, tak perlu kebenaran
isteri mereka dah boleh terus nikah sahaja. Itu yang ramai nikah kat Siam sebab
semuanya mudah dan murah”. Terkedu dua wanita mendengar penjelasan Syed Hussin.
Makin kencang debaran didada dua wanita anak beranak, membayangkan
kemungkinan-kemungkinan yang bakal terjadi. Cepat sahaja Syarifah Zainab dan
anaknya mengikuti saranan suaminya pulang semula ke Jelebu. Mereka hendak
berbincang dengan besan mereka merangkap kakak sulong mereka juga.
Ketika mereka sampai kedengaran
laungan azan Asar mengingatkan hamba-hamba Allah agar menunaikan kewajipan
mereka mengingati yang Maha Berkuasa Tuhan Seluruh Alam. Tidak bertangguh
mereka menunaikan solat Asar kemudian…
“Nisa duduk rumah sahaja biar umi dan abah yang pergi jumpa ibu
mertua kamu”.
Selepas solat bergesa kedua umi dan abah Syarifah Nur An-Nisa
kerumah besan mereka…
“Haa apa kamu kata??? Borhan nak ambil Hidayah jadi
isterinya? siapa yang cakap?..bila dia jumpa Hidayah akak tak tahu pun dia tak
bagi tahu akak pun”. Seperti peluru mesingun soalan yang keluar dari mulut
Syarifah Aminah. Dia sungguh terkejut bila nama Nur Hidayah disebut. Sudah lama
nama itu hilang dari ingatan tetapi kini disebut lagi.
“Nisa yang cakap, yang sebetulnya dari bulan lepas lagi
Borhan dah cakap macam tu..Ni dia balik cuti baru tiga hari dah bergegas
mencari Hidayah diKuala Lumpur untuk
melaksanakan janjinya”.
“Mereka dah berjanji ke?..Kalau Nisah dah tahu dari bulan lepas
lagi, kenapa baru sekarang bagi tahu akak. Walau apa yang akan terjadi akak
memang tak restu mereka kahwin. Nisa tahu alamat Nur Hidayah jom kita pergi
sekarang.”
“Kak bertenag lah kak long, fikir perlahan-lahan kita tak
tahu kat mana tempatnya di Kuala Lumpur tu, mana kita nak tuju kalau kita
sampai kat sana. Kak Long cuba tanya anak kak long yang kerja kat Putra Jaya tu..minta tolong dia
hantarkan”. Syarifah Aminah menghubungi anak ketiga nya yang bernama Syed Badli
diPutra Jaya.
Kesokkan paginya, pagi
lagi Syarifah Aminah bersama anaknya ke Kuala Lumpur. Kebetulan Syed Badli baru
sahaja ke Hotel Impian kerana meghadiri Kursus Pengurusan Majlis Rasmi dan Keterampilan
Diri, yang diadakan di hotel itu oleh Jabatangannya dua bulan sudah. Mudah
sahaja dia menuju kehotel yang menjadi sasaran ibunya. Hai nampaknya Nur
Hidayah kena serang lagi oleh mak longnya.
Dari kaunter pertanyaan
Syarifah Aminah menuju kepejabat anak saudara yang sangat ditakuti menjadi ahli
keluarganya. Diadalam pejabat Nur Hidayah sudah menanti dengan debar. Setelah
diberitahu oleh penyambut tetamu yang melayani pertanyaan Syarifah Aminah, Nur
Hidayah sudah boleh meneka siapa tetamu yang akan bertemu dengan nya. Tidak
berhenti mulutnya terkumat kamit membaca
Surah Al-Ikhlas.
Rasulullah
sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Bacalah surat QUL HUWALLAHU AHAD,
QUL A'UDZU BIRABBINNAAS DAN QUL A'UDZU BIRABBIL FALAQ ketika petang dan pagi
sebanyak tiga kali, maka dengan ayat-ayat ini akan mencukupkanmu (menjagamu)
dari segala keburukan." (HR. Abu Daud no. 5082 dan An Nasai no. 5428)
Ketika pintu diketuk tiga
kali barulah Nur Hidayah bersuara menyuruhnya masuk. Bila pintu terkuak
terjengul Mak Long dengan wajah mencuka. Tampa salam dia masuk bersama anak
ketiganya Syed Badli..
“Assalamulaikum mak long,
alang apa khabar. Masuklah mak long alang”. Anak ketiga Syarifah Aminah digelar
alang oleh ahli keluarga mereka.
“Walaikumsalam..kahbar
baik”.
“Tak sangka Dayah mak
long datang jenguk Dayah..tahu pula mak long Dayah kerja kat sini”. Nur Hidayah
cuba beramah mesra dengan mak longnya.
“Mak long datang bukan
saja-saja Dayah.. Mak long datang nak minta tolong Dayah”.
“Minta tolong apa mak
long..kalau boleh Dayah tolong Dayah tolong”.
“Tolong pergi dari sini Dayah..mak
long minta tolong sangat-sangat”.
“Kenapa pula Dayah kena
pergi dari sini mak long..Dayah dah ada kerja tetap kat sini..”.
“Dayah mak long tahu
along ada jumpa Dayah..Bila along datang jumpa Dayah. Dah berapa kali dia jumpa
Dayah”.
“Semalam along jumpa
Dayah…”.
“Dia cakap apa dengan
Dayah”.
“Dia ajak Dayah nikah
dengan dia..tapi Dayah tak mahu”.
“Tak!! mak long tak
percaya sekarang memang kamu tak mahu tapi bila dah selalu dia pujuk, Dayah akan
termakan juga pujukkan along. Mak long nak Dayah pergi dari sini.”.
“Kemana lagi Dayah nak
pergi mak long”.
Syarifah Aminah ni ada masalah mental kot... anak dia yg buat hal Hidayah yang kena halau..
ReplyDeleteAda juga mak saudara perangai penting diri tak ingat macam syarifah aminah ni ya... kesian hidayah... berilah hidayah terhadap manusia-manusia yang selalu menyakiti Hidayah tu ya.. Akurlah Allah punya kuasa, setiap yang Dia inginkan Pasti akan Jadi...
ReplyDeleteK. Mid
Jgnlah Dayah mengalah kali nie...tak adil utk Dayah, bila si isteri tak dpt pujuk suami sendiri dan si ibu tak dapat kawal.kemahuan sendiri...kenapa org lain yg jadi mangsa. Minta2 tengku farid ir tengku faizal muncul, baru padan dgn mak longnya. Syed Borhan nie tak habis2 menyusahkan Dayah, geram la pulak
ReplyDeleteSyed Borhan ni tak faham² lagi perbuatan dia akan lebih menyusahkan Dayah. Yang si Nisa ni pulak, dgn laki x nak ckp. Tapi gi report kat parent plk. Hee geram pulak rasanya.
ReplyDelete