Pucuk pakis tumbuh melata,
Dibuat sayur sedap rasanya,
Diberi betis hendakkan peha,
Itulah sikap tamak haloba.
Dikondo
Tengku Farid. Ketika Tengku Farid sampai Diana sudah menunggu di ruang tamu
tetapi masih lagi belum mandi. Tengku Farid tahu kerana isteri mudanya itu masih berbaju tidur. Duduk sahaja
suaminya disofa dihadapanya, Diana terus
sahaja menyampaikan hasrat hatinya.
“Farid… I rasa macam nak balik
Melakalah hari ni…dah lama rasanya tak
balik Melaka, jumpa mommy.”
“Diana… sekarang ni kalau kita
nak kemana-mana kita mesti rancang dulu..kita bukan berdua …tapi kita bertiga, I kena jaga juga
kepentingan Jannah..untuk hari ini terus
terang I katakan, I memang tak boleh nak ikut rancangan you. Jannah dirumah
nenek dia dan petang nanti I janji nak jemput
dia”. Terang Tengku Farid jujur, sememangnya dia tidak pernah berahsia dengan
Diana mahu pun NurJannah. Dia mengambil kira nasihat NurJannah dahulu agar
jangan ada rahsia dengannya atau pun Diana.
“You nikan selalu lebihkan dia
dari I.”
“Diana… rupanya selama ni you
tak nampak apa yang I buat untuk you .…cuba you tengok you duduk di kondo yang
siap ada air condition, I belikan you kereta. Tapi Jannah I hanya sewakan dia
pangsapuri sahaja kat rumah dia pun hanya pakai kipas siling sahaja..I tak bagi
pun dia kereta…dan yang paling penting sekarang ni, masa I lebih banyak dengan
you dari dia, you cakap I lebihkan dia…..apa selama ni you tak perasan ke
tiap-tiap malam I asyik dengan you… sia-sia saja apa yang I buat pada you
selama ni, you tak pernah nampak dan menghargai segala kelebihan yang I bagi. I
cakap jujur dengan you I belum pernah lagi beli barang keperluan dia, Diana. I
tak sempat kerana I dulukan you dari dia.”
“Itu nasiblah…salah dia … yang
dia ambil you dari I buat apa?” dengan muka tidak bersalah Diana mencebik.
“Tapi hari ni I kena bagi masa kepada dia
sebab I rasa dah lama sangat dia terabai, I rasa bersalah”.
“Yang you bela dia sangat
kenapa atau memang you sayang dia lebih dari I.” duga Diana lagi tak puas hati.
Hanya itu sahaja yang ada difikiran Diana..Dia terlalu takut kalau suaminya
akan melebihkan isteri tuanya dari dirinya.
“Diana..walau pun I dengan
dia, tapi bila you panggil.. I balik, I datang juga pada you..you tak nampak
lagi ke betapa I lebihkan you dari dia.. Diana.” Tengku Farid mengajukan soalan
dengan sayu kerana segala pengorbanan dirinya dan NurJannah selama ini tidak
dihargai oleh Diana.
Diana tertunduk memandang hujung
kakinya, apa yang dikatakan oleh suaminya sememangnya semuanya benar belaka. Dia
tahu dan dia tidak menafikan, tapi rasa cemburunya menenggelamkan segala
kelebihan yang dia dapat. Dia ingin lebih lagi. Itulah ada perpatah mengata kan
sudah diberi betis hendakkan peha’. Perasaan
tamak akan kasih sayang suami serasa ingin didominasi oleh dia seorang sahaja. Itulah
hakikat orang bermadu sebenarnya. Walau pada mulanya rasa dapat mengatasi
perasaan cemburu, tapi setelah melaluinya..perasaan cemburu, irihati dan
tamakkan kasih suami sering meruntun. Itulah sebabnya Diana sering menguji
siapakah yang lebih disayangi oleh sang suami. Diana tidak tahu, perbuatan
seperti itu menyebabkan suaminya sering melihat kelebihan NurJannah dan
bertambah kasihnya kepada NurJannah. Dirinya yang buruk pinta menyebabkan
suaminya merasa bosan.
“Tapi Farid I rasa sekarang
you lain dari you yang dulu. Sekarang you lebih suka sembahyang, mengaji dan
kalau ada masa duduk sama-sama dengan you pun,you macam dah tak pandai berbual
dengan I lagi.I selalu nampak you
termenung apa yang you fikirkan? I rasa walaupun you bersama I, tapi
yang you ingatkan adalah dia bukanya I betul ke?”. Daina ingin meyelami
perasaan hati suaminya..dia ingin tahu dimanakah kedudukan dirinya didalam hati
suaminya.
“I dah ingatkan you
dulu..sebenarnya I kahwin dua ni bukan kehendak I, ini adalah takdir I yang di
uji begini. Walaupun dia bukanlah pilihan I, tetapi kerana dia dah jadi isteri
I, dia dah jadi tanggungjawab I..I harus adil ..dia juga ada hak keatas diri I ni. Tapi sekarang
ini, I begitu susah untuk berlaku adil dengan dia, tampa tolak ansur dari
you..Itulah yang selalu I fikirkan, macamana I hendak berlaku adil kepada dia.
Berkenaan I sembahyang.. itu adalah kewajipan kita Diana,sepatutnya dari dulu
kita melakukanya. Diana kita ni Islam wajib sembahyang lima waktu..berdosa kalau
kita meninggalkanya. Kalau kita sakit sekalaipun kita masih diwajibkan
melakukannya. Kalau kita tak mampu berdiri kita duduk..kalau duduk pun kita tak
boleh…diharuskan baring..kalau baring pun kita tak mampu nak angkat
tangan..kita diwajibkan dengan pergerakkan mata..tiada alasan kita mengelak
atau memberi alasan dari menunaikan kewajipan solat… apa tah lagi kita yang
masih bertenaga ni..I mengharapkan lepas ni kita sembahyang sama-sama.” Tengku
Farid meluahkan apa yang tersimpan didalam hatinya selama ini. Dia sebagai
suami wajib mengajar dan mengajak Diana bersolat bersamanya. Itu adalah
tanggungjawapnya.
“Tapi mengaji tu tak wajibkan.
Ini you biarkan I termangu sendiri, you mengaji lama-lama.” Diana meluah rasa
tidak puas hatinya.
“I rasa tenang kalau mengaji
Diana. Satu lagi Jannah kata you mengandung elok mengaji juga. Baca Surah
Mariam supaya senang you nak bersalin nanti, Surah Lokman supaya anak kita jadi
pandai dan Surah Yusuf supaya anak kita nanti cantik. Mulai hari ini ubahlah
diri kita Diana, untuk anak kita dan untuk diri kita juga. Zohor ni kita
sembahyang sama ya.” tutur suaminya lembut mudah-mudahan Diana akan mengikut
cakapnya. Melihat isterinya hanya mendiamkan diri..Tengku Farid menggesa agar
segera bersiap untuk mereka pergi makan.
“Cepatlah you mandi … you
belum breadfast lagi..kita siap-siap terus lunch sekali.” Gesa suaminya bila dilihat Diana masih lagi duduk. Kala itu Diana
akur dia kebilik air untuk mandi dan bersiap …kini terasa lapar sungguh
perutnya. Hari pun sudah menginjak angka dua belas tengahhari dia belum lagi
menjamah sebarang makanan bahkan air pun tidak.
Hari ini Diana mengajak
suaminya makan di sebuah restoran diShah Alam dalam perjalanan suaminya menegaskan
lagi apa yang diminta oleh Diana tadi.
“Berkenaan you nak balik
kampong..hari ni tak boleh..tapi kalau
minggu depan InsyaAllah boleh.”
“Farid..kenapa you tak mahu
kenalkan I dengan keluarga you, I bosanlah hidup macam
ni… perut I dah besar ni tapi orang tak kenal siapa husband I.” sambil
mengusap perut disebalik bajunya dia memandang wajah tepi suaminya yang tenang
memandu.
“Kalau you boleh berubah
…tidak kekelab malam berhibur…bolehlah I kenalkan pada keluarga I, keluarga I
tak suka menantu mereka terkinja-kinja dikelab-kelab dan melangut di pub-pub”.
Pandanganya tetap kehadapan memandang jalan.
“Dulu you pun sama macam I…
kita serupa Farid.” Sambil mencebik bila mendengar kata-kata suaminya tadi.
“Dulu sememangnya I macam tu,
tapi sekarang I nak berubah kepada hamba yang taat pada perintah Allah.. you
pun sama Diana… cubalah berubah.. untuk kebaikan kita yang nak jadi papa dan
mama tak lama lagi.” Tenang sahaja Tengku Farid menuturkan agar isterinya
disebelah sedar dan mengubah dirinya.
“I tak kira you mesti kenalkan I pada keluarga
you.” bentak Diana bila kehendaknya tidak dipenuhi.
Selepas makan Diana mengajak
suaminya membeli belah di supermarket untuk membeli sedikit keperluan dirinya
dan juga barang bayi yang bakal lahir. Sudah acap kali juga Diana membeli
barangan bayi mereka dan barang-barang itu sudah banyak dirumah, tapi Diana
masih mahu membelinya. Diana leka membelek satu-satu barangan bayi yang banyak
disupermarket itu. Tetapi Tengku Farid bagaikan berkhayal sambil memandang
Diana. Dia memandang dengan pandangan tidak bererti. Sebenarnya hati Tengku
Farid rasa terkilan…. belum pernah sekali pun dia berbelanja barangan bayi
untuk bayinya bersama isterinya NurJannah. Dia bagai tiada kesempatan langsung
untuk dia meluangkan masa bersama NurJannah membeli belah. Sedang dia berkhayal Diana menghampiri… dan menyergah suaminya yang
kelihatan hilang didunianya…
“Farid!! fikiran you melayang
ingatkan dia kan??… Apa yang perempuan kampung dah buat pada you agaknya…nak
kata cantik..I tenguk selebet saja..tapi yang heran you asyik teringatkan dia
sampai you jalan dengan I, tapi minda you dengan dia… tak adil betul you ni..” Diana
membentak, laju dia keluar dari supermaket itu, barang-barang yang ingin dibeli
ditinggal begitu sahaja. Bila api cemburunya mula membakar kalbunya… sebaiknya
dibiarkan saja, itu telahan Tengku Farid. Dia mengekori perlahan langkah isterinya.
Tengku Farid
membiarkan sahaja tingkah laku Diana jika dilayan makin menjadi-jadi nanti. Bagi
Tengku Farid walaupun Diana memandang NurJannah seperti perempuan kampung dan
selebet..tapi tidak dimatanya..dengan wanita itu dia merasa sungguh bahagia dan
tidak terasa terdera seperti dia jika dia bersama Diana..’Perangai you yang buat hati ini teringat Jannah’..kata-kata itu
hanya bergema didalam hati Tengku Farid sahaja. Dia berjalan perlahan mengikuti
langkah Diana menuju kekereta. Dia juga tidak berusha memujuk atau menidakkan
tuduhan Diana tadi. Bila sampai dikeretanya..Baru sahaja pintu kereta ditutup
Diana bersuara… Dia kelihatan wajah sudah tenang..
“Jom kita tenguk wayang..lama
kita tak tenguk wayang kan Farid.”
“Diana cuba you tenguk jam
pukul berapa ni kalau kita masuk sekarang Zohor nanti kita terlepas.”
“ You sembahyanglah kat Masjid..Lepas sembahyang
nanti kita masok nak…” Diana merengek lagi dengan suara manja. Serba salah
Tengku Farid dibuatnya, permintaan Diana tidak kena pada masa yang sesuai, susah untuk suaminya dipenuhi.
“Diana..cuba you faham keadaan
I boleh tak …terus terang I cakap.. I
tak dapat memenuhi permintaan you hari ini..I kan dah kata tadi, petang nanti I
kena jemput Jannah dirumah neneknya.” lembut suaminya menuturkan supaya
isterinya faham keadaanya.
“Apa kata kita rehat-rehat
saja kat rumah sambil tenguk DVD yang belum kita tenguk lagi..lagi pun I
ngantuklah..letih rasanya.” Sambung suaminya dengan muka dibuat-buat muka kesian lalu ditayangkankan kewajah Diana, mencari
simpati.
Mereka sampai
dikondonya hamper pukul tiga petang,Tengku Farid mandi membersihkan diri dan
berwuduk, apabila keluar dari bilik air Diana masih tersandar di sofa ruang
tamu.
Muka masih masam mencuka tanda
protes kerana kemahuanya tidak dipenuhi.
“Cepatlah mandi ambil wuduk
kita solat sama-sama.” arah suaminya lembut.
“You sembahyang lah, I penat ni..tak larat.” sambil matanya
dipejamkan. Segala nasihat tadi tidak berbekas langsung dihati Diana..Bagai
mencurah air kedaun keladi sahaja rasanya..Bersabarlah ..semoga Allah membuka
pintu hati isterinya dan semoga hidayah dari Nya akan menyetuh kehatinya. Tengku Farid berdoa didalam hatinya..
Dengan sebuah
keluhan Tengku Farid berlalu kebiliknya. Dia memandang keliling bilik tidur
mereka..dia berkata dalam hatinya ‘bersepahnya
bilik ni dengan bantal yang tidak bersusun selimut yang tidak dilipat dan cadar
yang keromot..berbeza sungguh dengan biliknya
dirumah Nur Jannah yang sentiasa kemas bersih dan berbau harum. Walaupun Nur
Jannah hanya menggunakan kain cadar yang murah tapi nampak sentiasa kemas dan
setiap dua minggu kain cadarnya akan bertukar warna.’
Tengku Farid
menunaikan solat zohor sendirian. Dia berazam akan cuba memujuk Diana
menunaikan rukun Islam yang kedua dengan cara perlahan-perlahan, walau
bagaimanpun Tengku Farid tidak pernah lupa setiap kali solat dia mendoakan agar
terbuka pintu hati Diana menjadi umat Islam yang patuh suatu hari nanti.
Selesai solat
Tengku Farid megemas dan menyusun sedikit bantal-bantal yang bersepah diatas
katil, melipat selimut dan menarik sedikit kain cadar yang keromot, kemudian
dia keruang tamu dilihatnya Diana tidur di sofa.
“Diana kalau you nak tidur,
tidurlah dalam bilik…I bukakan aircond.” suaminya kebilik semula dan membuka
aircondition untuk isterinya.
“Diana ….I nak jemput
Jannah ni.. I pergi dulu.” Tengku Farid
memandang kearah Diana tetapi Diana langsung tidak berkutik seolah-olah nyenyak
sungguh tidurnya. Itu hanya lakonan Diana. Sebenarya dia benci melihat langkah
suaminya yang akan menemui isteri tuanya.
‘Pantang aku tidur sahaja dia ambil peluang jumpa Jannah, sikit-sikit
Jannah, sikit-sikit Jannah, menyampah’ mendungkul geram di
hati Diana. Sememangnya hati sedang dibakar api cemburu, cemburu yang
meluap-luap, mulalah dia memikir sesuatu yang boleh memuaskan hatinya.
’Tenguklah nanti.. aku akan cari jalan supaya datuk dia tahu aku adalah
isteri cucunya’,gerutu hatinya lagi.
Tengku Farid sudah sampai dirumah nenda NurJannah.
“Jannah kita balik sekarang
dah pukul empat ni… kita singgah supermarket beli barang sikit, esok dah hari
Isnin nanti tak sempat nak beli barang”.
“Kamu tak minum dulu Farid.“
sapa nenda yang baru keluar dari bilik bacaanya bila terdengar ajakkan Tengku
Farid kepada NurJannah.
“Kenyanglah nenda dah makan tadi
dengan Halim di Shah Alam…ni nak balik dulu nak singgah beli barang dapur
sekejap”.Keduanya menghampiri nendanya untuk bersalaman.
Seperti yang dirancangkan tadi
mereka singgah disebuah supermarket dan membeli barang-barang basah dan
keperluan dapur. Kerana waktu yang terhad mereka memilih barangan perlu sahaja
dengan cepat. Sesampai dirumah NurJannah azan asar dari masjid berhampiran
berkumandang, Tengku Farid ke bilik air untuk mengambil wuduk, sementara NurJannah kedapur entah apa yang dibuatnya Tengku
Farid tak tahu. Selesai berwuduk Tengku Farid menunggu NurJannah di sejadah
untuk solat berjemaah. Sesekali mereka dapat bersama Tengku Farid tidak akan
melepaskan peluang untuk solat berjemaah dengan isterinya. Selesai solat
isterinyabergegas kedapur lagi,Tengku Farid menjadi hairan apa yang dikejar
oleh isterinya yang seorang ini. Apabila Tengku Farid melangkah kedapur, dilihatnya
NurJannah sedang membasuh sayur taugeh yang dibelinya tadi.
“Abang petang ni kita makan
meehoon goreng ya.”
“Abang rasa macam tak
sempat..abang nak cepat balik, nanti sempat Diana menghubungi kawan-kawan dia. Kalau
dia dah keluar susah abang nak control, nanti mulalah balik lewat malam, sedangkan
perut dah memboyot tu bukan dia nak jaga”. Ituh yang sebenarnya yang dikejar
oleh Tengku Farid..menghalang Diana dari bercampur dengan kawan-kawan yang
mengajaknya keluar berhibur.
“Inilah sebabnya Jannah masak
cepat-cepat ni, nak bagi abang makan sebagai alas perut. Nanti abang tentu
makan lambat sikit, paling cepat pun lepas magrib baru nak keluar makan. Mehoon
ni makanlah kat rumah abang dengan Diana nanti. Sekejap lagi siaplah abang
tolong ambilkan kuali tolong tuangkan
minyak sikit untuk menumis dan panaskan minyak, sementara Jannah hiris daging
ni”, lincah tangan NurJannah menghiris daging yang juga baru dibelinya tadi. Dia
menghiris daging nipis-nipis supaya cepat lembut katanya..Tengku Farid
mengikuti apa sahaja yang disuruh oleh isterinya.
“Jannah..kenapa susah-susah
untuk abang ni..”sayu suaranya kerana di beri perhatian oleh isterinya yang
seorang ini. Baginya NurJannah lain dari Diana, NurJannah amat mengabil berat
tentang kebajikan dirinya.
“Jannah tak mahu abang lapar
nanti....bukan susah sangat pun.“sambil menumbuk bawang yang sudah siap
berkopek yang dimasukkan kedalam peti sejuk sebelum ini.
Setengah jam kemudian semuanya
telah siap, NurJannah memasukkan
kesebuah bekas makanan untuk dua orang, siap dengan satu thermos teh o panas
dan dihulurkan ketangan suaminya, terdengar deringan telefon bimbit Tengku
Farid di poket seluarnya, mereka berpandangan.
“Cepatlah bang, Diana dah
panggil tu”.
“Tak sabar-sabar Diana ni.” rungutTengku
Farid perlahan.
“Ok..Ok..I tengah drive ni..” bohong
suaminya.
“Tak baik tipu”. Mengingatkan
suaminya.
“Tak apa terpaksa….Kesian isteri
abang ni asyik kena tinggal saja.” Tengku Farid memandang dan mencuit hidung NurJannh yang sedang tersengeh kerana tingkah
suaminya membohongi madunya.
“Tak apa Diana lebih perlukan
abang buat masa ni…Jannah redha.” tapi terdengar sayu suaranya. Bagi Tengku
Farid memang berat hatinya ingin meninggalkan Nur Jannah. Rasa sayang mahu
meninggalkan rasa hati rasa tenang, rasa bahagia dan rasa senang bila bersama Nur Jannah.
Sebelum keluar rumah seperti
biasa suaminya menarik isterinya dalam pelukanya dan memeluknya beberapa saat. Sebuah ciuman hangat singgah
lama dahi dan bibir isterinya hanya itu pinta NurJannah setiap kali mereka
berpisah. Permintaan yang membahagiakan hati Tengku Farid.
“Assalamualaikum ..Bawa kereta
elok-elok jangan lupa baca doa ..”.
“Waalaikumsallam,kunci rumah
elok-elok ya.” itu jugalah pesanannya setiap kali mereka berpisah.
Tetap best ceriter ni.Bila agaknya masaalah mereka ni akan selesai.
ReplyDelete