Mak
teh minta maaf bab ni agak panas sedikit..kalau boleh yang belum berkhawin jangan
baca …Nanti menjadi satu kesalahan pada mak teh pula.
Buah
cempedak diluar pagar,
Ambil
galah tolong jolokan,
Saya
budak baru belajar,
Kalau
salah tolong tunjukkan.
Fatin
sudah terjengul dipintu dapur dia memberi salam sekali lagi, dijawab oleh kedua
mentua dan adik iparnya. Dia menghulur bekas yang berisi ikan masin yang telah digoreng dirumah ibunya
tadi.
“Ibu,
ayah ni ada ikan masin dah goreng ,kakak nak jodohkan dengan masak lemak pucuk
ubi tu.” cepat-cepat Hajjah Fatimah menyambut huluran menantunya lalu berbicara
dengan perlahan.
“Pergilah
cepat pujuk..merajuk agaknya dia tu.” Hajjah Fatimah masih berbicara perlahan
ditepi telinga menantunya. Fatin mengambil dua biji kurma diatas meja dan
terus masuk kebilik dimana suaminya
berada. Apabila dibuka pintu bilik dilihat suaminya sedang baring telentang
seolah-olah dia tidur.Perlahan Fatin menghampiri suami yang masih memejamkan
matanya. Dia memberi salam ditepi telinga suaminya perlahan.
“Assalamualaikum
bang..Dah Magrib kenapa abang tidur ni..jomlah kita buka.” Bila dilihat
suaminya tiada beriaksi dia baring di atas dada suaminya lalu memberi sebuah
kucupan dibibirnya..hangat. Dalam diam Farhan
sudah terpujuk. Dia membuka matanya. Fatin tahu suaminya suka kalau dia berbuat
demikian. Setelah sebulan lebih mereka menjadi suami isteri, Fatin tahu apa
yang disukai oleh suaminya. Ketika mereka berduaan dirumah berehat-rehat atau
baring di bilik Fahan akan menyuruh diri nya baring diatas badannya. Membelai
rambutnya dan sesekali singgah ciuman dibibir atau dipipinya. Pada Farhan
perlakuan seperti itu menyatakan dirinya disayangi.
“Ha
cuba Ha baring kat atas abang ni.”
“Hsyy
buat apa..kesianlah abang, kan Ha ni berat nanti penyet pula abang Ha tindih.”
“Alah
terasa pula dia berat..tak apalah abang suka Ha baring atas abang ni meh lah.”
Itulah permintaanya suaminya.Sejak dari
tu dia sering baring didada suaminya sambil berbual atau terlena sekejap.
“Baca
Bismillah baca doa..buka mulut… makan kurma ni.” Fatin mengarah suaminya macam
kanak-kanak rebina. Farhan membuka mulutnya.. menerima suapan kurma dari
isterinya yang telah dibuang biji...dia
mula memeluk isterinya erat. Dikucupnya sekali bibir isterinya.
“
Bang jomlah kita buka..Ha pun belum makan lagi.” Sebenarnya Farhan bukannya
tidur..apabila dia mendengar pintu bilik dibuka dari luar dia pura-pura tidur
supaya isterinya akan memujuk rajuknya.
Ahh Farhan manjanya kian menjadi.
“Sayang
dah balik?”. Satu pertanyaan yang tak releven…
“Dah..jomlah
kita makan, ibu dan ayah tengah makan tu.”
“Abang
rindu sayang, kenapa lama sangat naik atas tu..Ha tak ingat abang ke?.”
“Abang
ni.. Ha naik tadi pun dah pukul 6 ni baru pukul tujuh setengah abang kata
lama..nanti lepas solat kita naik atas ye, kesian ibu kat atas tu tak sihat..
tak ada siapa nak tolong masak.. ayah yang masak..jomlah cepat kita makan,
nanti nak pergi sana lagi.”
“Ialah
macam mana abang nak bangun sayang atas abang ni.” Farhan memicit hidung
isterinya.
“Ohh..terlupa
pulak dah sedap dapat baring kat tilam empuk lupa pulak kat mana kita ‘landing’”.
“Ialah
tu.”Farhan ketawa bahagia mendengar gurauan isterinya.
Mereka
keluar dari bilik, Farhan memegang kedua belah bahu dari belakang isterinya.Dia
seakan menyorong isterinya keluar.
“Dia
tidur bu..agaknya penat sangat masak.”
“Han
ke yang masak???” ibunya pura-pura terkejut..
“Han
tolong kakak sungguh-sungguh bu itu yang penat.” Farhan memberi alasan..
“Ialah
tu..dah cepatlah buka tu..tenguk ayah kamu ni makan tak berbunyi-bunyi..sedap
sangat ke?”
“Apa
yang tak sedapnya masak lemak pucuk ubi memang ayah nak suruh ibu masakkan tapi
tak tercakap lagi alih-alih balik ni dah siap masak lemak pucuk ubi..kakak
ambil kat mana pucuk ubi ni.”
“Kakak
petik yang ayah tanam tu..minta maaf ye yah.. tak minta izin dah ambil
dulu..tadi yang sebenarnya kakak terlupa nak masak untuk kita berbuka ni..dah
petang baru kakak ingat ..itu yang main ambil saja pucuk ubi ayah tu.”
“Tak
apa memang ayah nak minta ibu kamu masakkan tapi tak tercakap pulak..nanti
seminggu lagi dah berpucuk baru lagi lembut daunnya..ni ikan kering ni kamu
dapat kat mana?.”
“Ibu
kat atas memang nak bagi, tapi hari tu kakak lupa nak ambil..Atih kan belajar
kat Miri dia beli banyak..ayah kat atas tu tak boleh nampak ikan kering asyik
suruh goreng saja ibu takut darah tinggi ayah naik.”
“Ialah
kita dah tua-tua ni kena beringat sikit…nak jaga kesihatan. Kan mencegah tu
lebih baik dari mengubati”.
“Ialah
tu… ibu nampak dari tadi ayah makan macam tak ingat orang..jaga lah kesihatan
sikit”.
“Ibunya
ni pun baru nak menikmati ikan dah kena tegur.. bukan selalu kita makan ikan
masin. Ikan terubuk masin ni mana kita pernah makan, lagi pun rasanya tak
berapa masin, cuba Mah makan..sedap
pulak rasa lemaknya”.
“Dah
lama ibu cari ikan masin terubuk ni…kat supermarket kita tak ada”.
“Ikan
terubuk masin ni memang tak ada kat sini Mah oii..kalau nak kita kena pergi Kuching Serawak, ikan ni memang
terkenal kat sana..Kalau adik kakak balik sini lagi esok kirimkan lagi ye..”
“InsyaAllah”.
Selesai
mereka sekeluarga berbuka..Fatin mengemas dan mencuci pinggan manggkuk di
tempat basuhan pinggan, ibu mertuanya datang menghampiri.
“.dahlah
kakak kita sembayang Magrib berjemaah dulu.”
“Ialah
bu tapi nanti kakak nak naik kat atas nak tolong ayah dan ibu masak. Tadi kakak tinggalkan kesini mereka masih belum
siap memasak lagi.”
“Pergilah..kat
sini dah siap masak. Sempat pulak kakak buat ketupat .Siapa yang anyam ..ibu
ingat nak rebus nasi impit ni dah ada ketupat daun kelapa rasanya tak payahlah…ibu
dah senang tak payah buat apa-apa”.
“Kakak
yang anyam tapi abang yang isikan berasnya
tadi.” Hajjah Fatimah rasa bahagia melihat anak menantunya bertolak ansur dan
tolong menolong . Dia membayangkan kebahagiaan
kehidupan anaknya Farhan dikemudian hari. Kemudian dia menyambung kata-katnya.
“
lagi pun ibu dah balik ni… pergi tolong ibu kakak pulak.” Sesungguhnya Hajjah Fatimah ibu mertua yang
memahami. Selesai solat Fatin kedapur semula menyiapkan basuhan pinggannya yang
terkendala.
“Dahlah
kakak pergi naik atas..biar ibu yang buat tu, dah masak ni pun dah senang
sangat.. kesihan ibu kamu tu pergilah..dah malam ni nanti mana tahu Farhan nak
balik pulak..bukan boleh dikira sangat suami kamu tu, kalau dia kata nak balik..
dia balik.” Sedang mereka berdua didapur terjengul Fitri dipintu dapur.
“Kak
tolong buatkan kek coklat tu lagi rasa macam tak cukuplah.”
“Kamu
ni belum makan lagi dah kata tak cukup..ibu pun belum tenguk
lagi..seloyang takkan tak cukup, kamu
bukanya suka makan kek. Ohh kat sini kamu letak kek patut ibu tak Nampak.” Fitri
meletakkan kek di tepi peti sejuk agak tersorok dari pandangan mata ibunya.
“Dah
habis setengah..tadi ET lapar jadi ET ‘bedallah’
..tu tinggal lagi setengah loyang .“ terang Fitri jujur tadi sebenarnya dia
tengah lapar.. Bila kakak iparnya menyuruh dia merasa rendang dan makan dengan
ketupat dia merasakan ketupat hanya sedikit ditakuti tidak cukup pula untuk
hidangan hari raya esok pagi .Dia mencuba makan kek coklat yang kelihatan basah
dan menyelerakan. Entah kenapa seleranya sangat megemari kek coklat kakak ipar
barunya…keknya terasa lembab manis tetapi terasa pahit sidikit. Mungkin coklat
yang banyak menyebabkan kek itu terasa sungguh lazat di lidahnya.
‘Nanti
kalau akak sempat akak buat..ET dah
taburkan coklat rise yang berwarna kat kek tu?”
“Tak
sempat tabor pun dah sedap..kalau tabor lagilah, mahu ibu pun tak sempat nak
tenguk kek tu.”
“Ialah
tu..sebenarya kakak tak suka sangat kek coklat rasanya kan pahit sikit..tapi
hanya kek itu yang kakak pandai buat…
itu yang buat kalau ada orang yang suka..bu ada loyang lebih tak, kakak nak
pinjam, nanti kalau kakak sempat kakak nak buat kat rumah ibu kat atas..ibu kat
atas mesti buat kek ni juga.. biasanya kakak juga yang kena buat.”
“Kakak
dah biasalah buat kek tu?”
“Biasa
sangat bu..apa-apa hal diorang minta buatkan kek tu..Hari jadi adik dan abang
ke atau adik dan abang buat jamuan sekolah,selalu diorang minta buatkan kek ni..Kek coklat ni kalau masukkan dalam peti sejuk pun
tak apa. kata diaorang kalau sejuk lagi sedap itu yang buat banyak boleh simpan
dalam peti sejuk tahan lama...”. Hajjah Fatimah menghulur Loyang kepada
menantunya. Setelah mengambil loyang dari ibu mertuanya Fatin keluar
mendapatkan suaminya yang sedang menunggunya diruang tamu.
“Jomlah
dah malam ni, nanti kita nak balik pulak..untuk apa loyang tu, Ha.” soal suaminya
bila melihat isterinya membawa loyang kosong.
“Nanti
kalau sempat nak buat kek coklat lagi kat rumah ibu atas.”
“Ehh..ia
tak ia kan tadi Ha kata buat kek mana dia?abang tak rasa pun.. tunggu
abang nak rasa kek tu dulu.” Farhan merupakan pengemar kek. Tidak kiralah kek
apa memang dia suka. Sepeninggalan Fatin keruang tamu tadi, ibu mertua dan
anaknya Fitri mula memotong kek coklat yang sudah tinggal tiga suku Loyang.
Laju langkah Farhan menghampiri ibu dan adiknya…
“ET
ni kalau makan tak ingat abang Han kan ..senyap-senyap saja dia makan kek ni sorang-sorang
dah tinggal banyak tu aja. Rasa tak
cukup sampai esok kan bu.. .teruk betullah ET ni.” Panjang leher Farhan
menjenguk Loyang kek bila dilihat mulut adik dan ibunya penuh dengan kek.Mereka
sedang makan kek buatan isterinya.
“Tulah
abang Han yang merajuk buat apa Alahmdullilah ada lagi..kalau tidak nampak
loyang saja.”
“ET
ni jangan cakap macam tu malu dengar dek kak Fatin..ehh selalu ET tak suka
makan kueh manis..ini tak menyempat pulak diam-diam dia makan sorang…tinggal
banyak ni.. ibu baru makan sepotong tau Han.” ibu mereka memperkatakan bila
menyedari keluarbiasaan anaknya yang seorang itu..
“Ialah
ET selalu tak suka ..meh sikit nak rasa tentu sedap.”Hairan ibu dan abang
dengan selera Fitri yang bukan pegemar kek menjadi suka pulak.
Mereka
bertiga beranak menikmati kek coklat didapur.
Setelah merasa merasa sepotong tidak cukup.. sepotong lagi masuk kemulut
Farhan. Bila ditunggu suaminya tidak keluar-keluar Fatin berdahuluan kerumah
ibunya. Mengenangkan dirumah ibunya ketupat pun belum lagi diisi. Bukan dia
tidak biasa berjalan seorang dikawasan perumahan mereka setakat sepuluh buah
rumah yang memisahkan rumah keluarganya dan rumah keluarga suaminya tidak
menjadi masaalah. Dengan ucapan Bismillah dan Ayah Kursi, Fatin melangkah tampa
memberi tahu suami dan ibu mertuanya.
“Ibu
sedapkan kek ni memang tak cukup untuk besok..kita makan bertiga pun dah nak
langsai ni” suara Fitri dengan mulut penuh.
“Han
mana isteri kamu, dia dah pergi kerumah ibu dia ke? Cuba kamu tenguk dia kat
depan tu.”
“Ada
kat depan tu. Han cakap tadi Han nak rasa kek dia dulu.”Farhan menjawab soalan
ibunya dengan mulutnya juga penuh.Penuh dengan kek coklat.
“Tadi
kak Fatin suruh ET tabur dengan coklat rise yang berwarna ni tapi ET lupa,
kalau tabor tadi tentu ibu dan abang Han tak rasa, ET habiskan sorang”.
“Ohh..ini
yang ET letak kat sini ni..nanti kalau kak Fatin buat lagi ibu nak cuba
tabor..agaknya lagi cantik bubuh coklat rise nikan Han?”
Farhan
tidak menjawab kata-kata ibunya kerana mulutnya masih penuh dengan kek. Dia
keruang tamu, dilihatnya isterinya sudah tidak ada disitu. Dia menyugut
sendirian, mula rajuknya datang kembali. Sekarang ini Farhan mudah terasa hati.
Jiwa sering terusik jika tidak dihiraukan oleh isterinya.
“Dia
ni pantang aku lambat sedikit dah pergi.” sugutanya didengari oleh ibunya yang
kebetulan mengikuti langkahnya menuju keruang tamu juga.
“Kenapa
Han..mana isteri kamu.”
“Dia
ni pantanglah Han lambat sikit, dia dah pergi sendiri.” Farhan duduk semula
disofa ibunya. Sebenarnya Farhan merasa berkecil hati seakan dirinya tidak
diperlukan oleh isterinya.
“Pergilah
agaknya dia baru pergi tu..lama sangat tunggu kamu tadi. Kakak cakap tadi ayah
dan ibunya kat atas belum siap masak lagi. Ibu mertua Han tu tak sihat hari ni.”
“Malas
Han nak pergi..biarkanlah dia..mungkin dia lagi suka kalau Han tak ada.”
“Han
jangan macam tu..dia seharian kat rumah kita masak.. tak mengeluh pun.”
“Ini
kan rumah mak mertua dia..suami dia ada ka sini mestilah dia ada kat sini.Yang
dia asyik nak balik rumah ayah ibu dia kenapa tak tahu ke..kalau perempuan tu
dah kahwin dia mesti duduk dimana suaminya duduk.”
“Han
jangan cakap macam tu..Sana rumah ayah ibu dia..rumah mertua Han juga… jadi Han
kena juga bertolak ansur..petang tadi tu
sepatutnya Han pergi temankan dia, ni Han duduk saja kat rumah kita kenapa?”
“Han
tak biasa kat rumah keluarga dia..Han segan.”
“Han..
kita ni kalau dah kahwin dengan seseorang, kita mesti kahwin dengan keluarganya
juga ..maknanya kita kena masuk juga dalam keluarga dia, jangan hanya dia saja
masuk dalam keluarga kita tak adil namanya. Dia juga pemalu Han..tapi dia boleh
membiasakan dan dibuangnya rasa malu kekoknya bila masuk dalam keluarga kita. Han juga patut
buat macam dia buang rasa malu Han tu. Untuk keharmonian rumah tangga.. kalau
kita kahwin anak nya dengan keluarganya sekali kita kahwin tau..jangan anaknya
saja yang kita ambil, keluarganya Han
tolak tepi..tak boleh macam tu.” Panjang lebar Hajjah Fatimah memberi tunjuk
ajar kepada anaknya.Farhan hanya tunduk memandang lantai. Bila melihat Farhan
hanya mendiamkan diri Hajjah Fatimah menyambung lagi untuk pengajaran anaknya.
“Han
rasakan..kenapa keluarga mentua kamu terima kamu tu dulu.”
“Sebab
apa bu?”Farhan memandang ibu ingin tahu.
“Kata
makcik Fiza..sebab Han orang sini..orang yang dekat dengan rumah dia, jadi senanglah
anak perempuannya mengujungi dia kalau dia balik rumah kita… Dia akan balik
rumah dia juga. Han mesti ingat isteri kamu anak perempuan tunggal mereka,
mereka tak nak jauh dari anak perempuan mereka.. jadi Han harus bekerja sama
dengan mereka..ibu tenguk isteri kamu tu tak ada yang kurang. Ibu mintak tolong
masak dia lakukan dengan sedaya upaya sampai siap..dah siap baru dijeguk ibu
dan ayahnya.. ertinya dia mendahulukan kita, mendahulukan keluarga suaminya..jadi
apa salahnya Han juga bertolak ansur dengan dia.”
“Habis
Han nak buat apa?”
“Hsyy
Han ni itu pun ibu nak cakap..pergilah ikut isteri kamu kat rumah ibu ayah
dia..kalau dia orang minta tolong, tolonglah..kalau banyak lagi nak buat, malam
ni tidur rumah mereka. Yang ibu tahu rumah dia cukup bilik untuk anak-anak diaorang..rasa-rasa ibu keluarga ada tambah bilik
dibahagian atas rumah mereka..ingat tau kalau isteri kamu tak siap masak lagi,
jangan balik rumah kamu ..tidur situ.”Hajjah Fatimah terpaksa memberi tunjuk
ajar anaknya yang tidak pandai lagi mengedalikan hal rumah tangga dan menjaga
hati pasangan dan keluarganya.
“Ialah..
Han pergi dulu assalamualaikum.” Farhan
bangun dari duduknya dan menyalami tangan ibunya.. untuk kerumah ibu dan ayah mertuanya.
Ketika
Farhan sampai kerumah ibu mertuanya dilihat isterinya sedang mengisi kelongsong
ketupat dengan beras..rupanya ibu mertuanya belum lagi menjerang ketupat untuk
makanan hari raya esok . Farhan memberi salam sekali lagi..kemudian dia duduk bersila
disisi isterinya.
“Kenapa
Ha tak tunggu abang tadi, bahaya jalan malam sorang-sorang..kalau jadi apa-apa
kan susah.”
“InsyaAllah
tak ada apa..lampu jalan pun terang.”
“Lain
kali jangan buat lagi tau ..apa-apa tunggu abang..abang kan ada.”
“Ialah
Ha tak buat lagi..Ha tadi tu risau ayah ibu tak siap masak lagi.” Fatin
memandang lembut wajah suaminya. Kemudian dengan suara manjanya dia meminta
pertolongan…
“..kalau
abang tak keberatan tolong isi ketupat ni macam kat rumah ibu tadi ye..dah
malam ni pukul berapalah nak masak.”
“Ok
meh abang tolong… banyak lagi ke?.”
“Ada dua puluh biji lagi..ibu buat tak banyak empat
puluh biji saja..tapi besar-besar” Mereka berdua mengisi ketupat di dapur,
sambil berbual bual. Ketika itu kedengaran laungan azan bersahut-sahutan dari
masjid dan surau berdekatan taman mereka.
Ibu mertuanya yang baru keluar dari bilik belakang menegur.
“Ohh
Farhan bila sampai..ibu kat bilik tak dengar. Ibu nak ajak kakak sembahyang
dulu..nanti lepas isyak kita sambung lagi.”
“Baru
saja bu..Teruk ke ibu demam.”
“Tak
lah teruk sangat tapi rasa sejuk sangat kalau berjalan, itu yang asyik
terbaring saja tu..ingat nak suruh kakak siap ambil wuduk.. ayah dah nak solat
tu..kita solat jemaah.”
“Ialah
bu..tunggu sekejap Han ambil wudu’..cepat sikit Ha”
“Ialah
abang ambil wudu’..kat bilik air depan..Ha ambil bilik air belakang”.
============================================================
Selepas
Isyak mereka menyambung semula kerja-kerja yang terhenti..
“Haa
dah habis pun..” Kedengaran riang suara
isterinya bila kerja-kerja mengisi ketupat selesai..Isterinya walaupun sudah
berkahwin namun sifat keanakkan dirinya sering terserlah jika dia
keriangan. Mungkin dia terlupa mengawal
bila rasa gembira. Dia terlupa nak control ayu…
“Ha
ambil pressure cooker.. abang tolong susunkan dalam periuk ye.” Setelah selesai Farhan menyusun ketupat kedalam periuk. Periuk diangkat dan diletakkan diatas dapur.
Fatin ingin memulakan kek coklatnya pula. Pada pandangan mata Farhan isterinya seorang yang cekap dalam kerja-kerja dapur..kerjanya tersusun dan kelihatannya seorang yang bersungguh-sungguh bila melakukanya. Walaupun sejak dari rumahnya lagi isterinya melakukan kerja-kerja itu dilihat dia masih bertenaga dan tidak menyungut keletihan. Sedang mereka sibuk didapur terdengar riuh dihadapan rumah, rupa-rupanya adik dan abang Fatin sampai dari Kuala Lumpur. Kedengaran mereka memberi salam.
Fatin ingin memulakan kek coklatnya pula. Pada pandangan mata Farhan isterinya seorang yang cekap dalam kerja-kerja dapur..kerjanya tersusun dan kelihatannya seorang yang bersungguh-sungguh bila melakukanya. Walaupun sejak dari rumahnya lagi isterinya melakukan kerja-kerja itu dilihat dia masih bertenaga dan tidak menyungut keletihan. Sedang mereka sibuk didapur terdengar riuh dihadapan rumah, rupa-rupanya adik dan abang Fatin sampai dari Kuala Lumpur. Kedengaran mereka memberi salam.
“Dah
siap ke kakak..sorrylah tak dapat balik cepat...tadi kitaoarang cari barang ohh abang Han yang tolong.
Sorrylah bang.” cerita adik bungsu Fatin.
“Kauorang
ni saja aja tau..tahu ibu demam kenapa semua ikut angah balik..kesian ayah yang masak
lauk.” Ada tiga orang adik Fatin semuanya sedang bercuti. Hanya abang Fatin
yang sulong sahaja yang tiada mungkin tak dapat cuti.
“Masa
kita orang pergi tadi ibu ok saja..teruk ke ibu demam.” soal ateh. Mendengar riuh suara anak-anaknya diruang
dapur ibu mereka muncul lalu menyampuk.
“Ibu
bukannya demam tapi kena sejuk macam selalu tu..agaknya ibu kurang darah ni..bila ibu bangun saja ibu mengigil.
Tolonglah kakak dan abang Han tu kalau ramai-ramai tentu cepat siap…” Ibu
mereka sudah memakai baju sejuk yang agak tebal dan seluar treksuit dan memakai stokin macam
baju orang eskimo pun ada.
“Dah
nak siap ni tinggal kek ni saja ..ibu nak buat berapa biji.”
“Buat
dua jadilah kakak. Adik tolong kakak pukul telur basuh telor tu dulu…pakai dua oven kakak..cepat
sikit.”
“Ok
kalau macam tu kakak buat tiga biji..nak buatkan ibu kat bawah satu.”
“Satu
cukup ke..buatkan lah dua..adik adik kamu semuanya balikkan Farhan.” ibu
mertuanya menyoalnya pula.
“Kalau
ikutkan malam ni baru sorang yang balik..abang Han tu tak tahulah balik ke
tidak sebab isterinya tak berapa sihat, kata ibu teruk juga kakak ipar Han mabuk mengandung kali ini..itu yang ibu
jenguk dia siang tadi.”
“Ohh
macam tu ialah lain anak lain mabuknya..kalau nasib baik kadang-kadang tak mabuk. Ikut rezeki...”
Malam
itu hampir pukul satu barulah kerja-kerja memasak di rumah Haji Rasid
selesai.Ketika didalam bilik mereka. Isterinya bertanya.
“Bang nak balik ke.. tidur sini. Masak semua dah
siap dah.”
“Suka
hati sayanglah..abang ikut saja..tentu sayang penat dari tadi tak berhenti.”
“Kalau
ikut Ha lebih baik kita balik kita bukannya jauh sangat rumah kita, lagi pun
kita tak bawa baju raya pun, esok nak pakai baju apa? Abang tak kisah ke kalau
kita balik. Ha takut abang tak larat nak drive aje.”
Bagai
pucuk dicita ulam mendatang saranan isterinya. Bagi Farhan setelah dia
berkeluarga dia lebih selesa dirumahnya sendiri. Dia tidak berapa selesa
walaupun dirumah keluarganya sendiri. Entah mengapa sekarang ini fikiranya
begitu. Rupanya isterinya berfikiran yang sama. Setelah berpamitan dengan ibu
dan ayah mertuanya dan memberi alasan kenapa mereka tidak bermalam disitu. Mereka
menuju kerumah keluarga Farhan semula.
“Entah-entah
ibu dan ayah bawah dah tidur kesian pulak nak kejutkan mereka..mereka penat
siang tadi dari KL”.
“Nanti
abang call ET..minta dia buka pintu..pegang Loyang ni dulu” Rupanya keluarga
Haji Bakar juga belum tidur lagi. Maklumlah malam raya mereka berbual anak
beranak.
“Assalamulaikum..”
Farhan memberi salam. Ibunya yang membuka pintu. Sebenarnya dia terkejut
mendengar suara Farhan memberi salam. Hatinya
kesal dengan sikap anaknya yang tidak pandai menjaga hati keluarga sebelah
mertuanya.
“Waalaikum
salam..Kenapa Han tak tidur atas saja…dah siap ke kakak masak?”
“Dah
bu…ketupat dan kek pun dah siap masak. Ini untuk kita..ibu kat atas suruh buat
dua loyang takut esok ramai orang datang.” Jawap Fatin bagi pehak
suaminya..yang terkebil-kebil seakan ibu mertuanya memarahi suaminya ketika
itu.
“Alhamdullilah
akak buat dua..kalau ada lebih esok ET nak bawa balik kolej sikit boleh bu.” Fitri
segera menyambut loyang kek dan mencelah
perbualan mereka.
“Kalau
kau suka sangat makan kek coklat tu cepat-cepatlah kahwin boleh suruh isteri
kau buat kan selalu.” sambung Farhan.
“Alah..
abang Han ni nak makan kek coklat pun kena kahwin ke ?,ET tak habis belajar
lagi..nak kerja lagi. Sanggup ke abang
Han nak tanggung belanja kahwin ET..”.
“Kalau
abang yang tanggung baik abang saja yang kahwin..”
“Hai
Han malam raya ni.. Han cakap pasal nak kahwin lagi ?”. Ibu nya memberi satu
jelingan kearah anaknya…dia bimbang perbincangan yang seakan gurauan akan menjadi
pertelingkahan antara Farhan suami isteri pula.. mereka tidak tahu tahap
cemburu isterinya. Fitri yang faham jelingan ibunya cuba mengubah tajuk
perbualan mereka…
“Abang
Han..bukan semua orang perempuan tahu buat kek ni..kalau kahwin orang yang tak
tahu buat kena belajar juga..nak kahwin dengan adik kak Fatin, kak Fatin pulak
bukan ada adik perempuan pun.”
“Tak
apa nanti akak ajarlah isteri Wan tu cara-cara nak buat kek ni buat kek ni,
bukan susah sangat sekali buat insyaAllah jadi punya..”
“ET
jangan lupa taburkan coklat rise tu ye ..ehh
bang jomlah kita balik dah malam ni.” Fatin meletakkan loyang keknya diatas
meja dapur diikuti oleh ibu mertuanya dari belakang.
“Kakak
bubuhkan sekalilah coklat rise ni..takut
ET lupa lagi nak bubuh.” Fatin mencapai coklat rise yang masih ada di atas meja,
tadi dia juga yang mengambil dari
alamari dapur ibu mertuanya.
“Emm..dah
bubuh lagi nampak sedap kakak, cantik pun cantik. Kakak.. ibu nak tanya ni
kenapa nak balik rumah kamu..Farhan yang ajak balik ke?” ibu mertunya menyoal
menantunya perlahan... menyelidik. Ketika itu Farhan bersama adik dan ayahnya
diruang tamu.
“Kakak
yang ajak abang balik bu..kakak tak bawa baju raya..memang cadang tak nak tidur
sini.. itu yang tak bawak baju pagi tadi.”
“Ohh
ingat ibu… Farhan yang tak nak tidur sini.”
“Haa..mengumpat
Han lah tu” tiba-tiba Farhan terjengul dimuka pintu dapur.
“Issy
kamu Han..terkejut ibu..dahlah kalau nak balik... cepat dah malam ni, esok
sembayang raya kita pergi sama-sama..kena awal kamu datang sini. Kakak esok tak
payah buat makan pagi… lepas subuh datang
minum kat sini.” Farhan dan Fatin pulang
kerumah mereka malam itu juga.
Perjalan
tidak memakan masa yang lama ditambah sudah malam keenderaan dijalan hanya lima
emam buah sahaja. Tidak sampai sepuluh minit mereka sudah pun sampai. Ketika
sampai dirumah..
“Kalau
abang nak masuk bilik air masuk dulu..Ha nak mandi ni, badan rasa melekit..nanti
abang tidur dulu jangan tunggu Ha dah
malam ni esok abang mengantuk.” Semenangnya Farhan sudah mengantuk sudah hamper
menjelang dua pagi.
Seperti
yang disarankan oleh isterinya setelah dia keluar dari bilik air, Farhan menuju
kekatil peraduan mereka. Sambil menarik bantal untuk dipeluknya Farhan memejamkan
matanya.Tapi lenanya tidak mahu singgah kemata. Kini sudah menjadi kebiasaan
Farhan matanya tidak akan terlena jika isterinaya tidak ada disamping. Matanya
tidak mahu terlena jika kepala isterinya tidak dibahunya. Farhan mengeluh ‘lamanya
dia ni mandi’. Dia terkebil-kebil seorang diri dia atas katil memandang siling
yang nampak kelam.
Ketika
pintu bilik dibuka dari luar dia dapat melihat isterinya sudah berbaju tidur
yang dibelinya seminggu yang lalu. Sudah
dua kali isterinya memakai baju tidur itu. Kain setin berwarna biru lembut dan
bertali halus. Dada dan belakangnya agak terdedah, jelas kelihatan kulit putih
gebu isterinya. Ketika baju itu dibeli dia mendapat tentangan dari isterinya.
Jika perempuan lain baju itu mungkin baju untuk kedinner atau diperagakan untuk
tontonan orang ramai. Tetapi dia membeli baju itu untuk dia dirinya sendiri.
Untuk melihat kecantikkan isterinya.
“Buat
apa abang beli baju macam ni siapa yang nak pakai.”
“Abang
nak suruh sayang pakai untuk abang saja.Pakai kat rumah atau dalam bilik kita
saja. Abang nak tenguk sayang pakai seksi.”
”Hsyy
abang ni macam-macam lah. Kan membazir dahlah harganya mahal. Lepas tu pakai
dalam bilik saja tak rugi ke.”
“Ha
pakai untuk nampak cantik dan seksi di mata abang rugi ke? Pakai cantik nak
suruh orang pandang itu yang rugi dahlah
membuang duit dapat dosa lagi”.
Akhirnya
isterinya mengalah dengan kehendaknya. Kini dijadikan baju itu baju tidurnya. Baju
itu hanya untuk suaminya yang memandang..itulah permintaan suaminya tempuh
hari. Bagi Farhan bila terpandang isterinya memakai baju itu jiwanya jadi
bergelora. Kehangatan asmaranya menghangat selurh kalbunya. Farhan bangun perlahan
menghampiri isterinya lalu memeluk dari belakang.
“Emm
wanginya…” bibir dan hidungnya mula mencari sasaran, mulanya dibahu isterinya yang terdedah kemudian kelehernya
pula.
“Kenapa
mandi lama sangat ..penat abang tunggu.” Nafasnya bagai tersekat menahan gelora
didadanya melihat keseksian isterinya..ditambah bau harum sabun mandian yang
masih melekat ditubuh isterinya.
“Kenapa
abang tak tidur lagi..kan dah lewat sangat ni, esok nak bangun pagi.” Farhan
sudah tidak dapat berbicara lagi. Dia memusingkan tubuh isterinya supaya
menghadap kepadanya lalu ditutup bibir isterinya dengan bibirnya supaya dia
tidak dapat berkata-kata.Dia mendakap erat lalu badannya melekap kebadan
isterinya rapat. Sentuhan dan belaian suaminya membuat nuluri wanita bergelora.
Usapan lembut dan cukupan hangat suaminya membawanya terawang-awang. Dia lemas
bila diperlakukan oleh suaminya begitu.
“Abang…”
terdengar begitu manja suara Fatin menahan cumbuan suaminya yang hangat. Kini
dia sudah terlupa apa yang hendak diperkatakan.
Farhan
mencempung isterinya kekatil, sebelum sempat Fatin menyisir rambutnya. Malam
yang menjelang pagi tidak menghalang kebahagiaan mereka. Setelah mereka kembali
kealam nyata. Fatin baring diisi suaminya kepalanya sudah diletakkan dibahu
suminya. Manakala suaminya pula baring telentang seumpama orang
kelelahan.Tiba-tiba Fatin bersuara.
“Bahaya
kalau pakai baju ni tak sempat nak buat apa.” Farhan ketawa bila diusik oleh
isterinya begitu, Dia memeluk erat isterinya. Akhirnya mereka terlena. Lena
dalam bahagia.
No comments:
Post a Comment