Syukri dan
Sarah bernikah di Sempadan Siam. Tiada
majlis dan tiada pemberitahuan kepada
keluarga masing-masing. Syukri tidak memberi tahu emak dan keluarganya
diPengkalan Hulu. Syukri tahu jika diberitahu kepada emaknya tentu emaknya kan
menentang kehendaknya. Sarah pula beralasan dia takut hendak kekampungnya, kerana dia takut
terjumpa dengan abang iparnya yang mahukan dirinya dulu.
Kelihatannya
Puan Norizah melepaskan apa yang berbuku didalam hati nya selama ini. Tetapi yang
Syukri hairan mengapa emaknya tidak melepaskan apa yang ada dihatinya
ketika mereka pulang berhari raya tempuh
hari. Mungkin masa itu emaknya mahu menjaga air muka Sarah dihadapan kaum
keluarga dan adik-adiknya ketika itu.
Seperti yang diminta selepas solat
subuh Syukri menghantar emaknya kerumah Nuri. Tidak sempat untuk Syukri
membelikan apa-apa sarapan, emaknya sudah mengesa dihantar kerumah Nuri. Tetapi
sempat juga Sarah membancuh air milo untuk emak mertuanya.
“Mak kat
rumah Nuri ni tak ada makanan yang boleh dimakan mak. Nuri dah dua hari tak
balik”.
“tak apa
emak boleh masak sendiri, dari mak makan lauk kedai biarlah mak makan telor goreng
dengan kicap saja Syukri”. ‘Ohh emaknya
tahu rupanya dia membeli lauk dari kedai detik hati Syukri. Inilah persamaan emaknya dengan Nuri yang
tidak suka makan makanan luar.
Puan Noriza
dan NurHasimah adik bungsu Syukri kedapur dan membuka peti sejuk rumah Nuri.
Kelihatan ada sedikit sayur kobis dan lobak merah didalam peti sejuk nya.
“Kalau kamu
tak keberatan bawakan emak pergi mana-man yang boleh emak beli ikan atau ayam
dan sayur Syukri. Nuri nak balik ni, dia
nak makan apa? Sayur kobis tak boleh untuk dia Syukri. Jomlah bawakan emak
kepasar, kalau tak pergi supermarket saja, tapi kalau supermarket ginihari belum
buka lagi ni.” Bagai tahu-tahu sahaja Puan Noriza yang Nuri akan pulang hari
itu.
“Orang lepas
bersalin boleh makan apa mak?”.
“Tulah
jomlah kita pergi pasar nanti mak belikan lah apa yang boleh dimakan oleh orang
dalam pantang.”
Puan Noriza bersama Syukri kepasar membeli keperluan mereka
dan Nuri, Imah adik bungsu Syukri pula tinggal sahaja dirumah menanak nasi
sambil berkemas. Laju langkah puan Noriza mencapai apa yang perlu. Hari sudah
mahu menjelang tengahhari. Perutnya juga sudah terasa lapar kerana dirumah Sarah
tadi dia hanya minum secawan milo sahaja. Dek hatinya yang hangat dengan
perbuatan anak dan menantunya dia tidak betah untuk menanti Syukri membelikan
mereka sarapan pagi. Dia lebih rela berlapar dari berlama-lama dirumah Sarah.
PANAS..apa yang panas HATInya.
Sedang mereka memasak sambil berkemas didapur kedengaran
sebuah kereta berhenti dihadapan pagar rumah mereka. Meluru Syukri menjengah
pintu menuju kepagar, dia sudah cam bunyi kereta Nuri. Kelihatan Nuri keluar
dari kereta hendak membuka pintu pagar. Cepat-cepat Syukri membuka pintu pagar
yang tidak berkunci. Apabila terpandang wajah suaminya yang mengejarnya untuk
membukakan pintu pagar Nuri jadi terpegun.
“Ehh abang
dah balik? kata seminggu pergi Bangkok, dah dapat ke alat ganti tu?”. Kedengaran suara Nuri memecah suasana sunyi
namun tiada suara yang keluar dari mulut Syukri dengan pertanyaan isterinya
yang didepan mata. Nuri menghampiri dan mencapai tangan Syukri untuk disalami
dan mencium tanda hormat. Puan Noriza dibalik pintu tidak jadi keluar bila mendengar
soalan Nuri. Dia jadi pegun, terdetik
dihatinya anaknya menipu rupanya, kata pergi Bangkok tetapi bercuti dengan
isteri mudanya. Makin meluap bencinya kepada Sarah.
Nuri masuk semula kekeretanya untuk dipakir didalam pagar
disebelah kereta suaminya. Syukri yang
memerhati tingkah isterinya yang cergas seperti biasa. Tidak terniat dihatinya
mahu membantu isterinya memakir kereta didalam pagar, tiada juga kata-kata yang
keluar dari bibir Syukri mahu bertanya. Dia hanya memerhati tingkah isterinya
dengan renuangan mata yang tajam seakan marah.
Yang sebetulnya hati sibuk bertanya dan menelah isteri yang didepan mata
ada rasa marah disitu.
‘kata bersalin tak nampak macam orang
bersalin pun, pergi manakah dia hampir tiga hari tidak bekerja dan tidak duduk
dirumah, beraninya dia keluar berjalan tampa memberi tahu dirinya..diakan suami
pada Nurizana.’ Itulah
detik hatinya yang jahat meragui
kesetiaan isterinya. Puan Noriza hanya mengintai dicelah pintu, dia sebenarnya
ingin mendengar perbualan antara Nuri dan anaknya. Jika ada lagi perkataan yang
dapat memberinya klu hubungan anaknya dan menantu yang didepan mata.
Setelah kereta Nuri selamat terpakir disebelah keretanya.
Nuri keluar, dia kesebelah pintu penumpang. Syukri terus memehati.
Terbongkok-bongkok Nuri mengambil sesuatu dengan begitu berhati-hati. Setelah
dia berdiri tegak barulah dikenal pasti yang dikeleknya adalah seorang bayi.
Menyelinap rasa bersalah Syukri kerana meragui isterinya tadi, walaupun tidak
terucap tetapi hatinya sudah berdetik. Dia bersalah kerana curiga pada
isterinya. Syukri terkaku. tampa mampu
bersuara. Dia tersedar bila emaknya menjerit dan meluru kearah Nuri. Puan
Noriza sangat terkejut bila melihat apa yang dikelek oleh Nuri. Bila sampai
dihadapan Nuri
“Ya Allah! Nuri..”
hanya itu yang keluar dari mulut puan Noriza, kemudian pandagan matanya gelap,
dia mungkin tersembam kelantai jika tidak disambut cepat oleh Syukri.
“Ehh emak
pun ada?? bila emak datang? abang pergi ambil emak ke. Waah pandai abang nak
surprise kan saya ye”..dengan wajah yang ceria dia memghampiri emak mertuanya.
Dan mencapai tangan emak mertuanya untuk bersalaman. Syukri memapah emaknya
lalu didudukan di sofa ruang tamu.
“Dah berapa
hari kamu bersalin Nuri?”.
“Hari ni
masuk hari ketiga mak. Entah kenapa cucu emak ni lambat pulak buang air besar
itu yang kena tahan sehari lagi. Malam tadi baru dia buang air besar. Ini
tengahhari baru doctor benarkan Nuri balik”.
“baru tiga
hari bersalin kamu dah bawa kereta, ya Allah Nuri”. Nuri turut duduk disebelah emak
mertuanya dengan anak yang masih lena dikelekkannya.
“…Nuri tak tahu abang dah balik, lagi pun
telefon Nuri tertinggal kat rumah, tu yang tak dapat call tu. Maafkan Nuri ye
bang, Nuri nak cari public fon susah dengan nak kendung anak lagi. Nak tinggal
kat katil hospital tak boleh, kata petugas hospital ada berlaku kes kecurian bayi.” Perkataan yang keluar dari bibir Nuri menyiat
hati Syukri. Air matanya sudah merembes dia tidak dapat berkata-kata.
Syukri bangkit dia melangkah kedapur menuju bilik air. Hatinya
sangat sedeh mengenangkan apa yang dilalui oleh isteri tuanya. Laju langkahnya
menuju kebilik air didapur, hampir sahaja dia terlanggar Imah yang mahu
menjenguk keluar bila mendengar kekecoh di ruang tamu.Bila melihat Syukri
bangun emaknya bertanya…
“Syukri!! Nak
pergi mana?? .kamu tak nak tenguk anak kamu ni ke Syukri”.
“Tak apalah
mak kalau abang tak suka. Mungkin dia harapkan anak dari Sarah. Ini anak Nuri.”.
Nuri sebenar terasa hati bila Syukri tidak bertanya mahu pun mengambil anaknya
dari kelekkanya tadi. Syukri hanya
memerhati dirinya tampa sepatah kata. Namun ditahan sahaja kepedihan didalam
hati, dia mahu menunjukkan wajah cerianya didepan emak mertuanya.
“Tak boleh
bawa kereta ke mak?” Dipesongkanya hatinya yang pedih, bertanyakan soalan lain
kepada emak mertuanya.
“Emak takut
kamu bentan baru lepas bersalin dah bawa kereta. Minta-minta kamu tak apa-apa
Nuri. Tapi lepas ni kena jaga elok-elok diri kamu tu. Mak bersyukur sangat kamu
dah selamat bersalin. Kamu dapat anak apa Nuri, meh sini cucu nenek. Kesianya
cucu nenek ni. Siapa yang azan dan iqamatkan cucu emak haritu Nuri”. ‘ Ayah dengan emak tirinya pergi honeymoon
kat Langkawi dia keluar tak ada siapa yang sambut’. Ayat itu hanya bergema
didalam hati puan Noriza sahaja, matanya sudah berkaca-kaca dengan kenyataan
didepan mata.
“Ada sorang
doctor pelatih yang tolong mak”.
“Emak pegangkan
anak Nuri kejap ye mak, Nuri nak ambil
barang-barang Nuri dalam kereta”.
“Tak payah
Nuri, tak payah kamu tu baru lepas bersalin jangan banyak berjalan, jangan lasak-lasak sangat nanti bentan susah ubatnya.
Imah tolong kakak kamu ni. Jangan nak pandang saja, dia tu baru bersalin tiga
hari, jangan pandang ringan pada orang yang baru lepas bersalin. Kamu duduk
sini.” Arah puan Noriza kepada Nuri, ditariknya tangan Nuri agar dia duduk
semula.
“Tak apa lah
mak, mak dah makan ke? Apa kita nak masak tengahhari ni ye mak, dalam peti
sejuk Nuri entah ada barang entah kan
tidak. Nuri nak pergi tenguk dulu ye mak, kalau tak nanti kita makan sardin tin
saja, boleh tak mak. Rasanya ada setin
lagi sardine dalam kebinet hari tu”. Nuri sudah berpusing mahu bangun lagi.
“Nuri!! sini
mak nak cakap, orang lepas bersalin tak boleh bergerak kasar sangat, dalam
perut Nuri tu luka belum baik lagi, jadi hati-hati lah, bab masak tu nanti emak dan Imah uruskan, itulah
sebabnya emak datang. Emak nak jaga kamu masa dalam pantang ni”.
Nuri mengikuti
nasihat emak mertuanya Dia tidak jadi bangun lalu duduk disebelah puan Noriza.
“Kamu dapat
anak apa, dah bagi nama ke belum?” Soalan tadi belum berjawap lagi hingga Puan
Noriza bertanya sekali lagi.
“Anak lelaki
mak, Nuri bagi nama Abdul Wafi, Nuri minta maaf ye mak sebab tak bincang dulu
terus sahaja Nuri daftarkan dengan nama yang Nuri pilih. Nuri sebenarnya tak
nak menyusahkan abang Syukri nanti dia kena pergi balai polis pula nak daftar
nama anak.”
“Tak apa
janji nama yang baik dan mudah nak panggil”. Ketika itu bayi Nuri mula merengek
mungkin minta disusui.
“Nah anak
kamu dah memangis, mungkin dah nak susu, tenguk lampin nya juga kalau dah
basah”.
Nuri
mengambil anaknya dari pangkuan emak mertuanya. Dia bangun hendak menuju
kebilik untuk menyusui anaknya. Sebenarnya dia merasa malu bila emak mertuanya melihat
payu daranya nanti.
“Kamu nak
kemana? susukanlah anak kamu kat sini bukan ada siapa-siapa pun, dah susukan
anak kamu mak nak kedapur”. Melihat Nuri terkial-kial mahu menyusukan anaknya Puan
Noriza cuba memberi tunjuk ajar.
“Ni macam ni,
kepala anak letak kat lengan kita kemudian susu kamu ni keluarkan dari sebelah
atas baju supaya baju kamu ti tak menutupi muka anak kamu ni, nanti
tak-pasal-pasal lemas pula cucu nenek ni.”
Nuri
menuruti segala tunjuk ajar emak mertuanya yang sudah sangat berpengalaman.
“Mak kedapur
ye, tadi emak dengan Syukri dah pergi pasar, kami dah beli lauk dah”.
“oh, ialah
mak”.
Didapur Puan
Noriza bertembung dengan Syukri yang baru keluar dari bilik air dapur, dilihat
mata anaknya merah mungkin lepas menangis.
“Kamu kenapa
pula Syukri, tak suka ke dah dapat anak? atau kamu sedeh teringat Sarah. Kalau
kamu teringat Sarah pergilah kamu balik biar emak yang jaga Nuri.” Sengaja Puan
Noriza menyindir anaknya. Hatinya sebal dengan tingkahlaku anaknya sendiri.
“Mak
jangalah cakap macam tu mak, Syukri sayang Nuri mak, sayang sangat Syukri
terkilan sangat tak dapat teman Nuri masa dia sakit nak bersalin. Syukri tak dapat nak bayangkan dia sakit bawa
kereta sorang-sorang. Sedangkan Syukri bersuka ria mandi manda kat Langkawi tu.
Syukri kesal mak, kesal sangat”. Dia memeluk dan menangis lagi dibahu emaknya. Sebenarnya itulah yang ada dihati Syukri, rasa
kesal kerana membiarkan Nuri sendirian ketika dia sedang sarat. Tetapi apa yang
boleh dilakukan lagi untuk memberbaiki silapnya.
“Apa nak
dikesalkan perkara dah lepas tak boleh nak diundur balik. Dahlah pergi tenguk
anak kamu tu.”
Ketika Syukri mahu mendekati isterinya. Isterinya sudah
selesai menyusui anaknya, dia bangun dan berjalan menuju bilik mereka. Syukri
mengikuti isterinya dari belakang. Nuri
meletakkan anaknya dia atas katil. Syukri menghampiri kemudian duduk dibirai
katil juga. Dengan mata yang masih merah kesan dia menangis tadi dia meluahkan kesal
dihatinya.
“Nuri..”
Lirih kedengaran suara Syukri. Sememangnya dia sedih dengan perbuatannya. Nuri
memandang kearahnya dia melihat mata suaminya merah.
“Nuri, abang
minta maaf, abaikan Nuri selama ni, sampai Nuri bersalin sendirian”.
“Tak apalah
bang saya pun dah selamat ni. Saya minta maaf tak tanya dulu nama untuk anak
kita. Saya bagi nama Abdul Wafi, boleh bang”. Nuri tidak mahu memanjangkan rasa
kesal suaminya. Tiada rasa terkilan dihatinya lagi. Hatinya kini sudah
mengeras, tetapi jauh disudut hati Nuri ada azam yang Syukri tidak tahu.
“Oklah
ertinya tak salah Sempurna. Semoga dia menjadi insan yang sempurna bila besar
nanti. Sempurna akhlak dia. Sempurna pelajaran dia dan sempurna kehidupan dia,
abang pun fikir nak bagi nama yang pendek dan senang dipanggil”.
Bila melihatkan Nuri tidak mengunkit apa yang terjadi Syukri
menjadi lega. Dia juga tidak mahu menyesakkan fikiran. Segalanya telah selamat
isterinya telah selamat melahirkan dan anaknya juga telah selamat tergolek
didepan mata. Akhirnya dia merebahkan diri disisi bayinya yang sedang lena
tanganya mencuit hidung mancung anaknya. Diteliti wajah sikecil. Bibirnya
seperti bibir isterinya, hidungnya mancung dan bentuk wajahnya bulat seperti wajahnya. Rambutnya pula nampak
keras lurus hitam dan lebat seperti rambut
isterinya. Rambut Syukri agak ikal sedikit.
“Abang baringlah saya nak kemas beg
saya ni, nak asingkan kain kotor”.
menyampah betul dgn di syukri..tahu marah dn syak wasangka dia nuri kluar tak btahu...tak btanya pun tak bantu isteri dukung anak bw masuk.
ReplyDeletebila tgk nuri tak marah dia ambil mudah je dgn perasaan nuri.
haiiii...bila le nk betul betul sedar si syukri ni? rasa berdalah dia sekejap aje..dia tunggu nuri mengamuk bru nk kelam kabut agaknya?
-dibah-
Nuri berazam nak ape la ye? Xsabar nk tau. Kesian nuri dan wafi.msb ada mak mentua nk jaga.if xsapa nk jaga drng berdua. C syukri insaf la skjp nnt blk umah c sarah lentok la balik, xde la nk ingt nuri ngn ank die. Kesian drng mcm nk lalui hidup.hrp yg terbaik utk nuri dan anak die.hhuhu
ReplyDeletei hetchu syukri...
ReplyDeleteBiarlah Nuri kuatkan semangat & keraskan@tabahkan hati. Kalau dah bermadu, mmg kena berhati kering. Kalau asyik cengeng dan berendam air mata pun, takkan ke mana.
Hidup perlu diteruskan samada dengan atau tanpa Syukri. Sbb masa, kasihsayang & perhatian Syukri dah terbagi dua. Maknanya kenalah Nuri pandai2 membawa diri semasa ketiadaan Syukri.
tak puas baca. Apa azam Nuri erk, pasti akan buat Syukri sesal tak sudah. Sekarang dia menyesal sekejap. Tengok Nuri cool je dia pun lega.
ReplyDeleteDengan adanya mak jaga Nuri pasti Syukri kenyang makan sindiran.
mudah2an mak syukri sokong tindakan nuri nanti dn bantu nuri dgn azamnya.
ReplyDeletekesiannn nuri dgn baby dr hidup asyik terabai biarle nuri hidup sendiri dgn anaknya. minta2 abang nuri yg di australia balik tgk nuri begitu juga dgn pak su dia....penuhkn rumah muri dgn kasih sayang dr kluarga nuri...biar si syukri terasa apa itu kasihsayang..harus seieing ucapan dgn perbuatan.
-dibah-
Sorry ye mak teh..... tahap benci dgn syukri smpi sy nak kata ... c*l*k* kau syukri ..... huh .... lelaki mmg tak boleh adil .....
ReplyDeleteBetulla makin sakit hati dgn perangai syukri
ReplyDeletesaya pon geram kat Syukri. This kind of man, tak payah dok bagi peluang lagi.
ReplyDeleteNuri patut dapat a better man than Syukri lah. Geram tahap gaban nih....
memang rmai lelaki macm Syukri. Tulah kta sbagi wnita sepatutnya bersiap sedia dn brhati-hati. Kdng2 mak teh brtnya juga mcam mana nak dapat jodoh yg bik jodoh yg setia pd yg stu.
ReplyDeletebetul tu mak teh..memang ramai lelaki berperangai begitu..bila dh ada cawangan satu lagi mula le nak cari kesalahan isteri tua.. mula nak syak isteri tak betul le padahal sendir yang tak betul.
ReplyDeletemcm si syukri tu dia yang selalu menipu nuri dia nak syak pulak nuri keluar ke mana-mana tak beritahu dia. poyoh punya suami .
sori le mak teh akak ni sebenarnya memang anti poligami jadi bila baca cite mcm ni mmg emo...
-dibah-
Mak teh pun sma, bla dngar istri dimadu hati mak teh rasa sakit, Tpi tak thu mcam mna nk luahkan. Apa yg mak teh bayangkan pda Nuri bila baca tak sprti yg mak teh rasa. Tapi klu mak teh yg kena mak teh memng rasa kosong dunia ni. minta dijauhkan diduga macam tu.Dah berulang kali mak teh ckap skit dimadu yg terpaksa rela, makin lama makin sakit btul tak.
ReplyDeletebetul mak teh...makin lama makin sakit lebih lebih lagi klu si suami asyik menipu je isteri tua hanya untuk melayan isteri muda.....memang rasa hancur hati ni hilang trus smua rasa sayang yg ada sb rasa tak dihargai oleh si suami.
ReplyDelete-dibah-
Dari mula Nuri tak rela, Syukri pun tau, kluarga pun menentang. Sebab tu nikah sempadan. Bagi pengajaran ckit kat Syukri. Kalau btul syg Nuri sila lepaskan. Biar Nuri cr bhgia sendiri. Tatang lah isteri muda yang pemalas dan pengotor tu. Tak mengandung dah mengada2.
ReplyDeletebetul tu misza...sebak rasa dafa akak dgn perangai syukri yg tak tau menjaga dn ambil hati nuri...asyik asyik kesiankn sisarah...klu dh melebih sgt kesana bkn kesian tp kemaruk dn buta hati sdgkn nuri yg membantu dia smpi berjaya.
ReplyDeletebiarle.nuri tu bertegas dn mnta dilpaskn demi ketenangan hati dn jiwa dia.
-dibah-
Syukri bukan suami yang baik buat Nuri. Bukan juga anak yang baik. Tau mak tak restu dia kawin senyap2. Takkan bahagia dia dengan sarah tu. Sekarang baru lagi bhgia la. Kena plk Nuri cover. Asal dtg rumah Nuri dpt rasa masakan isteri. Kalau tanpa Nuri, dgn sarah mkn kedai je lama2 dah xde kasih syg lg.
ReplyDeletebenci si syuri.
ReplyDelete