Baru
dapat sikit mak teh post juga..entah sekarang macam dah tak tahu apa nak cerita
tentang Hidayah ni. Lagi pun yang sebetulnya cerita ni sampai bab 25 sahaja tapi dah melalut panjang pula.
Nur Hidayah dilawati oleh maklongnya dari Jelebu Negeri
Sembilan, di biliknya dapat dilihat oleh Tengku Faridah dikediamanya melalui
cctv yang dipasang dibilik Nur Hidayah. Tujuan Tengku Faizal memasang cctv
bukan untuk mengintip kegiatan Nur Hidayah tetapi untuk isterinya Tengku
Faridah memandang dan mendengar suara cucu mereka Nur Hidayah. Itulah cara dia
melepaskan rindu pada menantu merangkap cucu perempuan tunggalnya.
Yang sebenarnya selepas kejadian hitam yang yang
menimpa anaknya sehingga membawa kematian, Tengku Faridah mengalami kemurungan.
Dia tidak boleh dibiarkan sendirian..dia akan tiba-tiba menangis dan tidur
malamnya juga meracau-racau. Bertambah parah bila diketahui Nur Hidayah
dikenakan tahanan reman selama empat hari akibat dari kata-katanya yang menuduh
menantu merangkap cucunya sediri bersubahat dengan penjenayah.
Yang sebenarnya kata-kata suaminya ketika dia baru
pulang dari melawat Nur Hidayah di hospital tempuh hari memberi kesan kepada
Tengku Faridah. Dia tidak menyangka apa yang diperkatakan kepada polis
menyebabkan Nur Hidayah tidur dilokap selama empat empat hari. Natijahnya Nur Hidayah menjadi
truma bila mendengar namanya disebut.
“Bang
teruk ke Nur Hidayah kena disiasat dek polis hari tu bang”.
“Teruk
juga lah Dah. Yang sebenarnya abang ada tenguk dia masa dia tengah tidur kat
hospital hari dia dimasukkan hospital. Farid yang hantar dia pergi hospital. Mukanya
cengkung sangat badanya pun jadi sekeping sahaja Dah”.
“Macam
mana Farid boleh hantar dia pergi hospital”.
“Masa
dia dibebaskan dari lokap, dia balik rumah dia kat Cheras. Dia minta kawan dia
buat kan air dan masakkan meggi..lepas makan tu dia muntah-muntah sampai
pengsan. Dia muntah sebab perut dia macam terkejut sebab dah lama tak masuk
makan. Kawan serumah dia call Farid minta tolong bila tenguk Hidayah macam
teruk sangat”.
“Ohh
..Kenapanya jadi macam tu, diorang tak bagi makanan kat Hidayah ke.”.
“Abang
ada Tanya Inspektor yang jaga Hidayah masa kat lokap tu dulu, dia kata Hidayah
ni tak lalu nak makan dan minum kalau dia makan pun sikit.. Dia cerita kat
abang Hidayah ni air minum dia tulah dia buat untuk berwuduk..”.
“Ye
kebang..dia orang tak bagi dia ambil wuduk ke”.
“Itulah
caranya mereka mendera mental dan fizikal pesalah untuk mengaku Ida. Kemudian
Inspektor tanya Hidayah kenapa dia tak
makan dan minum..Ida nak tahu apa jawapan Hidayah..dia tak mahu ketandas selalu
takut pakainya terkena najis, sedang pakai tu nak digunakan untuk dia solat.
Idah tahu dia pakai telekong masa kat lokap. Abang rasa telekong yang dia pakai
itu, telekong masa dia pergi masjid dengan Faris kot”. Makin sedeh Tengku
Faridah mendengar cerita suaminya.
“Teringinnya
Ida nak jumpa dia bang..bila agaknya Idah dapat jumpa dia minta maaf. Ida
memang bersalah pada dia. Ida tak sangka cakap Ida polis ambil kira. Masa tu
Ida terkejut sangat. Bang! maafkan Ida bang, buat cucu kita macam tu”.
“Tak
apa Da, abang faham keadaan Ida. Pasal Ida nak jumpa dia, Ida kena sabar dulu
ye. Biarkan dulu Hidayah menjalani kehidupan dia dengan tenang. Sekarang ni dia
dah kerja, biar dia sibuk dengan kerja dia, abang harap dia dapat pelupakan apa
yang pernah berlaku pada dirinya. Sekarang ni perkara tu baru lagi pada dia. Abang
ada cakap dengan dia Ida nak jumpa nak
minta maaf. Masa tu dia baru masuk kerja
dua tiga hari. Tiba-tiba dia terjelepuk menggigil dan menangis ketakutan. Abang
kesian tenguk dia mengis kerana takutkan Ida. Biar pun abang janji yang Ida tak
akan buat dia masuk penjara lagi, namun dia tak dapat nak meredekan perasaan
takutnya itu. Nantilah ye biar dia perlahan-lahan berusha melupakan apa yang
terjadi pada dirinya. In Syaa Allah masa tu dia dah boleh duduk rapat dengan
Ida.”
“Ialah
bang Ida tunggu..tapi Ida rasa dah rindu sangat nak tenguk Hidayah..teringin
nak dengar suranya abang. Inilah balasan Allah pada Ida agaknya bang, salah
Idah memakan diri Ida sendiri bang.” Tengku Faridah sudah menangis dipangkuan
suaminya. . Biar pun dia berkata begitu namun kerinduannya pada Hidayah
menjejaskan kehidupan harianya. Dia menjadi murung..selalu menangis bila dia
sendirian.
Bagi Tengku Faizal duduk dirumah rasanya tidak sampai
hati pula membiarkan Tengku Farid mengendalikan perniagaan seporang diri. Walaupun
dia sudah dibantu oleh adiknya Nur Hidayah. Tengku Faizal bercadang dia kan
duduk dirumah menemani isterinya yang kemurungan bila semua kerja perjabat
berjalan dengan lancer. Jadi untuk mengurangkan sedikit tekanan yang dialami
oleh Tengku Faridah dan demi untuk mengurangkan sedikit kerinduannya pada
Hidayah dia bercadang memasang cctv di bilik Nur Hidayah. Cadagangan itu dia suarakan
kepada Tengku Farid.
“Farid
nenek kamu rindu sangat dengan Hidayah Farid..malam tadi dia mengigau lagi menyebut nama Hidayah
berkali-kali. Kadang-kadang tengah malam dia menangis bila atuk kejut..dia
cakap dia mimpi jumpa Hidayah tapi hidayah lari tinggalkan dia..kesian atuk
tenguk dia Farid”.
“Kita
nak buat macam mana tuk..Hidayah kalau dengar nama nenek sahaja dia pula yang
mengigil dan menangis.. bukan main-main tuk dia menggigil betul-betul. Pernah
sekali tu atuk call masa kami di meja makan, bila Faris sebut nenek sahaja dia
secara sepontan menunduk macam nak menyorok bawah meja tok”.
“Teruk
juga fobia Hidayah tu ye”.
“mana
tak teruk tuk, sampai pecah hujung jari dia kena kepit dek polis. Farid ada
dengar jari yang pecah tu bukan sekali kepit tok, malah berkali-kali sampai
kita mengaku. Kalau tak tahan kena dera perkara yang kita tak buat pun akan
terpaksa kita mengaku kita yang buat, sebab tak tahan dengan sakit. Ialah
tangan dah luka dikepit lagi”. Cerita Tengu Farid.
“Hai..”
Tengku Faizal menarik nafas dalam dan menghembus sambil mengeluarkan keluahan dihadapan cucunya .
“Kenapa
tuk mengeluh pula..kan mengeluh tu tak baik..atuk selalu cakap macam tu”.
“Atuk
tak tahu nak buat macam mana nak hilangkan rindu nenek kamu dengan Hidayah ni Farid.
Hidayah pula tak boleh nak sebut nama nenek mengigil dia ketakutan. Farid!!
kalau atuk pasang cctv kat bilik Hidayah tu ok tak. Atuk nak suruh nenek kamu
tenguk Hidayah kerja dari rumah..Biar dia
leka tenguk Hidayah kerja..moga-moga hilang sikit rindu nenek pada Hidayah.”.
“Ok
juga tuk tapi jangan bagi tahu Hidayahlah kita pasang cctv tu”.
“Ialah
memaglah”.
Rupaya cadangan
Tengku Faizal mendatangkan kebaikan kepada mereka. Semalam Tengku Faridah
dapat melihat seorang pemuda yang dipanggil ALONG oleh Nur Hidayah mengajaknya
bernikah. Apa yang dilihatnya diceritakan kepoada suaminya.
“Bang tadi ada Hidayah ada cakap sedara ada datang
jumpa dia”.
“Tak adalah pula..tapi abang dari pagi tadi tak masok
office Dah..abang jumpa Abang Ubaidillah pengusha dari Brunei Darussalam tu..tak
sempat nak junguk Farid dengan Hidayah hari ni”.
“Bang agak nya lelaki tu abang sepupu dia yang suka
pada dial ah bang”. Terlintas dikepala Tengku Faridah akan kata-kata Nur
Hidayah sebelum dia bernikah dengan Tengku Faris dulu. Dia tidak di benarkan
pulng ke kampungnya lagi, kerana ada seorang sepupunya yang ingin mengambilnya
menjadi isteri, namun di larang keras oleh ibunya ini.
“Kenapa Ida syak dia abang sepupu yang suka kan
dia..Ida kenal ke dengan sepupu dia”.
“Hssy mana Ida kenal bang, mana Idah berjalan kalau
tak dengan abang. Baru nak berjalan sekali daah terbantut bila dah jadi macam
ni. Ni semua salah Ida, kalau tak Ida dah
ada cucu merangkap menantu perempuan dah..Ida kesal dengan apa yang Idah dah
buat pada Hidaya bang”.
“Tak apalah perkara yang dah lepas jadikan pengajaran
untuk kita..Haa pasal yang Ida syak itu sepupu Hidayah..Ida tenguk dia ada iras
Hidayah ke?”. Melintas bayangan lelaki yang menemui Hidayah siang tadi di mata Tengku Faridah.. wajahnya mirip orang Pakistan
hidung mancung mata besar kening lebat dan berkulit sowo matang.
“Tak ada iras langsung muka dia macam orang
Pakistan..Tapi Hiodayah panggil dia along…dan lelaki tu ajak Hidayah nikah
dengan dia..Tapi Hidayah tak mahu. Dari
yang Ida dengar macam Hidayah kata dia tak sanggup nak bermadu agaknya lelaki
tu dah ada isteri kot bang”.. Tengku Faridah terkejut dari lamunan ceritanya
bersama suaminya petang semalam bila gegendang telinganya mendengar suara keras wanita yang dibilik Nur
Hidayah mengatakan TIDAK!!. Cepat-cepat dia menghubungi suaminya untuk membantu Nur Hidayah yang
kelihatanaya dalam keadaan tertekan.
“Bang!!
cepat kebilik Hidayah ada sorang perempuan tu sedang mengamuk dalam bilik
Hidayah cepat ye bang”. Tidak sempat dia memberi salam, tidak sempat dia mahu
berbasa basi dan tidak sempat dia berkata manja dengan sang suami, terus sahaja
Tengku Faridah meminta suaminya kebilik cucunya. Bila mendengar kekalutan
isterinya terus sahaja Tengku Faizal menghentikan kerjanya. Dia bergegas
kebilik Nur Hidayah.
Ketika dia
membuka pintu kedengaran suara seorang wanita yang sedang membuat tawaran
kepada NurHidayah. Mendengar perkataan wanita tadi perbuatan Tengku Faizal
membuka pintu menjadi perlahan. Dia merenggangkan daun pintu, dia ingin mendengar
dengan lebih lanjut apakah tawaran yang ditawarkan oleh wanita itu.
“Berapa
yang Hidayah hendak.. mak long akan bayar tapi berhenti kerja kat sini..cari
lah kerja tempat lain..Ijazah Dayah tu tentu akan laku kat-mana-mana sahaja”.
“Mak
long buat apa mak long membazir duit nak bayar Dayah, along bagi mak long duit
untuk makan pakai mak long bukan nak bayar Dayah”.
“Hidayah
anak aku ada ramai lagi lah yang bagi duit, bukan along sorang. Cepat!! berapa
yang kamu nak mak long boleh bagi”. Panas hati Syarifah Aminah bila Nur Hidayah
bagai tidak menerima tawaranya. Yang sebenarnya sampainya Tengku Faizal
bersamaan dengan sampainya Syed Borhan, namun dek kekalutan Tengku Faizal dia
tidak menyedari ada seorang pemuda yang sama mahu memulas tombol pintu juga.
Dari rumah sahabatnya dia bercadang mahu singgah
berjumpa Nur Hidayah untuk menyampaikan pesanan supaya Nur Hidayah menghubungi
Istektor Azrul Azam sebelum dia pulang
ke Melaka. Dia berbuat begitu dengan harapan membuka peluang sahabatnya
memulakan langkah pertama untuk memulakan satu perhubungan dengan Nur Hidayah.
Namun ketika dia dipintu masuk dia melihat kelibat ibu dan adik ketiganya
dipintu lif. Terdetik hatinya mahu mengintip tujuan ibunya datang kehotel
dimana Nur Hidayah bekerja. Dia memperlahankan langkahnya. Bila mereka sudah
memasuki lif barulah dia juga menekan nombor tingkat di mana pejabat Nur
Hidayah.
“Mak
long Dayah tak akan pergi dari ni..Dayah dah suka kerja kat sini”.
“Kalau
kamu tak nak pergi dari sini mak long akan bagi tahu tuan punya hotel ni siapa Dayah
sebenarnya.” Terus sahaja Tengku Faizal masuk ke dalam dan bertanya bila
mendengar Nur Hidayah seakan diugut oleh seorang wanita yang sudah agak
berusia.Siapa kah dia agaknya Tanya hatinya yang ingin tahu.
“Hidayah!!
bayaran apa yang wanita nak bagi pada you..dan untuk apa bayaran tu..cakap
terus terang dengan I. Puan katakan terus terang pada I, siapa Hidayah ni”. Terhenti kata-kata yang
meluncur dari bibir Syarifah Aminah..dia memandang kepada Tengku Faizal dan
boleh mengagak orang tua tu mungkin ada pengaruh di hotel itu.
“Hidayah
betul ke kamu tak nak pergi dari sini atau mak long berterus terang sahaja
dengan bos Dayah ni”. Meluncur lagi kata-kata ugutan dari bibir Syarifah
Aminah.
“Mak
long jangan lah buat Dayah macam ni..Dayah ni macam tak ada tempat kat dunia
ni..kenapa mak long benaci sangat dengan Dayah”.
“Mak
long tak benci kamu tapi kamu mesti menjauhi along dia dah ada isteri dan isterinya
sedang mengandung. Itu yang mak long harap sangat supaya kamu jauh dari along”.
“Tapi
bukan Dayah yang cari along..Dayah tak pernah pun berhubungan dengan along, tak pernah call along pun”.
“Habis
macam mana dia boleh tahu kamu kerja kat sini..mak long tak kira siapa yang bagi
tahu along Dayah kerja kat sini yang penting pada mak long, nak kamu jauhkan
diri dari along..pergi dari sini.. mak long tak mahu along jumpa Dayah
lagi. Kalau Dayah janji nak pergi dari sini, mak long tak akan cakap siapa Dayah
pada bos Dayah ni. Biar macam mana dia paksa mak long nanti.”
Bencinya dengan orang yang tak reti bersyukur macam maklong ni. Sedarkah dia tuan punya syarikat tu siapa. Yang bersalah adalah S6ed Syed Borhan dan harap Syed Borhan nampak sediri perangai sebenar emaknya.
ReplyDeleteCakap je la mak longnya yang dayah tu anak luar nikah....
ReplyDeleteApa reaksi maklong Dayah lepas cakap status Dayah anak luar nikah?
ReplyDelete