Jalan berliku saya tak kisah,
Tapi harus berwaspada,
Makan minum bujang tak susah,
Sakit pening siapa nak jaga.
Pasangan bahagia Haji Abu Bakar
dan Hajjah Fatimah mempunyai empat orang anak.Kesemua lelaki. Bermula dari anaknya
yang pertama Ahmad Fadli, Ahmad Farhan, Ahmad Fauzan dan yang bungsu diberi
nama Ahmad Fikri. Dalam keempat-empat
anaknya, anaknya yang nombor dua sangat
pemalu orangnya. Dia jarang keluar rumah. Sifatnya yang pemalu itu
membimbangkan kedua ayah dan ibunya. Dia jarang mahu bergaul dengan masyarakat
sekeliling. Kawanya juga sangat sedikit boleh dibilang dengan jari orang yang
dikenali.
Anak-anak pasangan ini juga
tergolonmg dari anak-anak yang dapat membanggakan ibu bapa juga tidak ketinggalan
Farhan walaupun dia pemalu susah mahu bercakap dengan orang tetapi dia seorang anak yang bijak. Ini terbukti dia
mendapat 5A dalam peperiksaan UPSRnya dan berjaya memasuki sebuah seokolah
menengah ugama yang memerlukan keputusan
seperti itu. Setelah habis tinggakatan lima dia ke UiTM meneruskan pelajaranya
hingga tamat. Kini dia sudah menghabiskan pengajianya diUiTM Shah Alam dan sudah
pun mempunyai pekerjaan tetap dalam
bidang yang diikutinya ketika diUiTM dulu. Yaitu Farmasi.
Umurnya
sudah menjagkau 28 tahun. Jika dilihat dari mata kasar kedua orang tuanya sikap
Farhan masih tidak berubah. Masih seorang yang pemalu. Dia jarang keluar rumah
walaupun ketika itu dia tidak bekerja. Dunia Farhan hanyalah rumah dan tempat
bekerjanya sahaja. Kawan?..entahlah lelaki pun susah nak jumpa inikankan pula
kawan perempuan. Kadang-kadag tefikir juga Hajjah Fatimah ibu Farhan bila
agaknya Farhan mahu membawa calon isteri untuk dikenalkan kepadanya. Ingin juga
dia mencarikan bakal teman hidup anaknya yang seorang itu tetapi tidak pernah
mendapat persetujuan dari Farhan sendiri. Lagi pun mereka suami isteri bimbang
jika Farhan tidak boleh menyesuaikan diri dengan gadis yang akan menjadi teman
hudupnya nanti. Mereka suami isteri lebih bimbangkan Farhan dari adik-adiknya
yang lain kerana sifat pemalunya itu.
Pernah
sekali ibunya bertanya berkeanan nikah kawin kepada Farhan..
“Han..kawan-kawan
Han ramai yang dah kawin Han.. Agaknya Han ni bila lagi, kalau ada kawan yang
Han berkenan cakaplah dengan ibu…boleh ayah dan ibu uruskan”.
“Ibu
janganlah bimbang tentang jodoh Han.”
“Mana
ibu tak bimbang Han..umur macam Han sepatutnya dah mula cari-cari. Kerja Han
dah ada duit simpanan pun rasanya dah ada…jangan sampai tua sangat baru nak
kahwin.. Nanti Han dah tua anak masih kecil lagi… susah pulak Han nanti ”. Nasihat
ibunya yang bimbang dengan tingkah anaknya yang bagai tidak kisah dengan hidup
akan datangnya.
“Nanti-nanti
adalah bu. Kan Allah dah janji setiap mahluk tu ada pasanganya, lagipun kalau tak jumpa kat dunia kat akhirat
Allah dah sediakan untuk kita”.
“Janji
tu memang dah janji tapi kalau tak dicari mana nak dapat, kalau nak tunggu
jodoh kat akhirat tu susah Han nanti. Kita ni hidup bukan sihat selalu, macam
Han kalau mati muda taka pa, ni kalau dibuatnya 80 atau 90 tahu baru mati mana
Han nak menumpang hidup, suka ke Han duduk kat rumah orang tua-tua. Kalau Han
susah sangat taka da calon biar saja ibu dan ayah yang carikan untuk Han”.
“Tak
apalah bu…Han belum bersedia lagi. Lagi pun Han baru saja nak rasa duit kerja Han
puas-puas..kemudian nak kumpul nak beli rumah pulak.” Lepas itu cepat-cepat Farham masuk
kebiliknya.
Hajjah
Farimah melihatkan tingkah anaknya dengan gelengan kelapanya sahaja. Dia tahu anaknya tidak suka dia bertanykan hal itu.
Hal nikah kahwin dan pasangan hidupnya. Tadinya dia bertanya kerana hatinya
sangat bimbang dengan tingkah anaknya. Mengenangkan umur anaknya juga dari
sehari kesehari makin meningkat. Takut-takut Farhan tidak berjaya menemui jodoh
alamat sampai ketualah tidak berteman. Dia sebagai ibu cuba membantu apa yang
termampu. Tidak pernah kering doa Hajjah Fatimah suami isteri agar anak-anaknya
mendapat jodoh yang baik dan dapat membina kehidupan berteman yang sempurna
dihari mendatang.
===========================================
Tidak
seperti biasa …tadi Farhan sampai keparking kereta tempat kerjanya awal dari kebiasaannya.
Entah apa yang difikirkan segalanya yang dilakukan seakan diluar dari kesedaranya.
Alhamdullilah keretanya tidak melencong ketempat lain..atau kekubur ke.. kerana
jalan dari rumah ketempat kerjanya melalui satu kawasan perkuburan…Hsyy hee
seramnya Nauzubillah. Ketika dia sampai hari masih gelap lagi. Matahari yang
lambat terbit menyebabkan keadaan sekeliling masih kabur dan kelam. Belum ramai
lagi pekerja hospital yang sampai.
Entah
mengapa hari itu dia tersedar dari tidurnya sebelum azan subuh berkumandang. Dicuba
juga untuk memejamkan matanya semula tetapi matanya asyik terbuka. Rasa kelat dimatanya
juga sudah hilang.Yang bertandang ditubuhnya rasa kesegaran dan semangat seakan
mengajak dirinya turun dari katil. Dia terkebil-kebil sendirian diatas katil
bujangnya. Dahulu bilik itu di kongsi dengan adik bungsunya. Setelah adiknya
melanjutkan pelajaran diUiTM Shah Alam Selangor, tinggal dia seorang dibilik
itu. Sambil menelentang dia memandang
siling yang nampak samar, kerana biliknya hanya diterangi oleh cahaya lampu
dari ruang keluarga rumahnya sahaja.Terasa sudah puas tidurnya subuh itu. Akhirnya
dengan ucapan Alhamdullilah kerana masih diberi peluang bernafas oleh Tuhan
yang Maha Pengasih, dia turun dari katil.
Dia
bangun menuju bilik air yang ada didapur
untuk mandi membersihkan diri dan mengambil wuduk sekali. Setelah siap
berpakaian sembahyang dia keruang tamu bersedia menanti ayah dan ibunya di
sejadah untuk sembahyang subuh berjemaah. Sambil menantikan azan subuh dan menunggu ayahibunya, dia duduk di
sejadah. Dia berzikir dengan zikir Subhanallau 33 kali, Alhamdullilah 33
kali Allahuakbar 33 kali dan diakhir
zikir-zikirnya dia membaca doa Iftitah. Dia pernah mendengar satu ceramah ugama
dengan amalan tadi boleh menghapus dosa-dosa kecil tetapi sepatutnya zikir-zikir itu dilakukan seselpas
selesai solat. Bagi Farhan itu tidak mengapa niatnya ikhlas mahu mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah
yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang jadi apalah salahnya kita sebagai hamba
memujinya tampa mengharapkan ganjaran. Tidak lama kemudian ayah dan ibunya
pula muncul sudah siap berpakaian sembahyang lalu duduk menyertainya diruang tamu.
Haji
Abu Bakar sengaja mengosongkan sedikit
ruang tamu rumahnya untuk mereka solat berjemaah jika mereka bersolat dirumah,
terutama bila akak-anaknya semua pulang bercuti. Dahulu ketika anak-anaknya
masih kecil Haji Abu Bakar sering berjemaah dirumah bersama isteri dan
anak-anaknya.Tujuan dia berjemaah dirumah adalah untuk mengajar anak-anaknya
bersolat dan juga ingin membantu isterinya mendapat pahala solat berjemaah.
Masuk sahaja waktu
subuh, Farhan mengalunkan seruan azan subuh dirumahnya. Kemudian mereka mengerjakan solat subuh dan
seterusnya solat fardu Subuh berimamkan Haji Abu Bakar. Selesai solat subuh
ibunya bergegas kedapur..dia pula bersiap untuk ketempat kerja. Selesai bersarapan
dengan makanan yang disediakan oleh ibunya diterus sahaja dia ketempat kerja. Dia
sungguh bersemangat hari itu.. mungkin semalam dia tidur awal, menyebabkan dia
segar dan bersemangat pagi itu.
Sampai
diparking kereta ditempat kerjanya hari masih gelap lagi.‘gelap pulak.. mendung ke hari ni?’ detik hatinya. Dia mendongakkan
kepalanya memandang ke langit. Langit
nampak cerah, yang kelihatan hanya hamparan
awan sirus, menyebabkan langit yang biru diselaputi warna putih seperti
kapas yang nipis. Juga masih kedapatan bulan penuh yang kesiangan didada
langit, tetapi nampak pucat. ‘Tak ada
tanda-tanda nak hujan pun…awalnya aku sampai hari ni’ detik hati Farhan
lagi. Sambil berjalan matanya meliliau memandang sekeliling. Jika ada yang melihat tingkahlaku Farhan masa
itu, sama sepertinya burung wak-wak yang sentiasa berwaspada dari musuh.
(Burung wak-wak
merupakan sejenis burung yang hidupnya ditanah. Rupanya seakan ayam, bulu didadanya
berwarna putih dan berekor pendek. Keseluruhan
bulu dibadannya berwarna hitam, dan saiznya besar sedikit daripada burung
puyuh. Burung ini amat pantas menyusup. Cuma, kelemahannya tidak mampu terbang
tinggi...untuk masyarakat Jawa diMalaysia mempercayai ketika seorang wanita itu
mengandung jika dia dapat memakan daging
burung ini, anak yang bakal lahir akan menjadi cantik atau kacak wallahualam.. tetapi perlu
diingat burung ini adalah termasuk binatang yang dilindungi oleh jabatan
perhilitan, jika kedapatan sesiapa yang menangkap burung ini dia akan didakwa dan didenda..ingat
tu!!). Cara lain untuk mendapat anak yang cantik budi dan rupa bacalah SURAH YUSUF
ketika kita mengandung.
Dalam
pada matanya yang melilau, secara tidak sengaja matanya memandang satu lembaga putih
yang terapung-apung di parking motosikal tidak jauh dari tempat dia memakir
keretanya. Farhan merasa seram ..’Hantu ke??’ itu pula soalan yang timbul
dikepalanya pula..cepat-cepat dia beristifar. Dia teringat guru agamanya dulu
berpesan “jangan kamu takut dengan apa-apa juga kecuali Allah’. Laju langkahnya
sambil dia mengamati pergerakkan lembaga itu untuk mencari kepastian. Setelah
agak hamper baru lah dikenal pasti lembaga tadi adalah seorang wanita kerana
dia memakai tudung.
‘Hantu
ke orang ni?’ Sekali lagi pertayan yang menakutkan diri menyelinap didalam
hatinya, sengaja dia mahu menakutkan dirinya sendiri, ialah tu Farhan kalau
takut katalah takut. Oleh kerana wanita tadi memakai tudung dan baju berwarna
putih hanya seluarnya sahaja berwarna gelap, dari jauh seakan badan yang tidak
berkaki. Dia teringat neneknya bercerita dahulu, jika hantu kakinya tidak
menjejak ketanah. Ia ke? dimanakah kebenaran cerita orang tua-tua kita ni. Mahu
menakutkan anak cucu yang kecil-kecil ketika itu. Tetapi kita yang sudah dewasa
juga takut. Tetapi sekarang ini sudah sering kita ditakutkan dengan
cerita-cerita hantu yang tersiar dikaca talivesyen.
Laju langkah Farhan makin menghapiri wanita yang
sedang terbongkok-bongkok merantai motosikalnya. Itulah ciri-ciri keselamatan
yang digalakkan..tidak kiralah motorsikal baru ataupun motosikal lama, untuk
menjaga keselamatan, motosikalnya harus dirantai dan dikunci. Setelah selesai
gadis itu dengan misinya, dia berdiri dan memandang kearah Farhan yang sedang
memandang kearahnya. Farhan dapat melihat wajah wanita itu dengan jelas, kerana
kedudukan dia berdiri hanya beberapa kaki sahaja dari wanita tadi. Sempat pula
hatinya menyakinkan wanita yang memandangnya adalah seorang manusia bukan hantu.
Tanpa senyum wanita itu terus berlalu menuju kebangunan hospital.
Hati Farhan memang suka berbicara denagn
dirinya sendiri. ‘beraninya
perempuan itu gelap-gelap buta dah sampai tempat kerja..pukul berapa agaknya
dia dari rumah? mungkin rumahnya jauh dari sini kot itu yang pergi kerja cepat
...emm tak takut hantu agaknya dia’. Sibuk pula fikiranya memikir. Disudut hatinya timbul pula rasa kasihan dihatinya..tetapi mengapa??. Bukan
dia kenal pun gadis tadi.‘Masih gadis
ke..kalau bini orang?? ‘..soal
Farhan kepada dirinya sendiri. , itulah
sifat Farhan yang tidak diketahui oleh orang keliling. Dia sebenarnya suka berbicara sendiri didalam
hati. Hatinya sangat ramah dan suka berbicara dengan dirinya sendiri. Tetapi jika dia berhadapan dengan orang bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata atau mencari cerita itu
sebabnya Farhan sangat pendiam jika berdepan dengan orang ataupun kawan..
Dalam pada kakinya laju meneruskan langkah, kepalanya pula ligat berfikir.
Berfikir yang tiada langsung berkaitan
dengan dirinya atau pekerjaannya, entah
apa relevannya, dia berfikir tentang sigadis tadi. Cuba selidiki apa yang
difikirkan oleh Farhan tentang sigadis yang dipandangnya tadi.
Ini dia ‘Untungnya
dia, muda lagi sudah mendapat kerja..muda ke? Tetapi pada pandangan matanya,
jelas kelihatan masih muda seakan muka budak sekolah pun ada. Mungkin kerana dia berbadan kecil dan kurus’.
Itulah yang difikirkan oleh Farhan sambil berjalan dengan wajah menunduk
memandang tapak-tapak kakinya melangkah, fikiranya merawang pada gadis yang
dipandangnya tadi.
Sejak
terpandang wajah gadis di pakir motosikal tadi,kepala Farhan tidak berhenti
bertanya kepada dirinya sendiri. Siapa agaknya gadis itu?. Kenapa agaknya Farhan
jadi seperti ahli fikir ?. Kerana wajah
itu ada terimbas dalam senarai memorinya tetapi kabur pula. Bila dipejamkan
matanya..terasa jelas tetapi berbaur dengan wajah lain pula. Siapa agaknya dia???
…gadis yang aku kenal ke?..dimana dia
memandang wajah itu?…rasanya muka itu selalu aku jumpa dulu. Itulah soalan hatinya yang tidak dapat
dijawab oleh kepalanya.Fikir
Farhan lagi. Bekerja keras otaknya menyelak lipatan memori hingga kehelaian
terakhir namun tidak berjumpa. Mungkin sudah terlalu lama maka paparannya sudah
kelabu dan kabur. Fahan jadi ahli fikir hari itu.
Cuba
diselak lipatan memori mencari, dia tidak berpuas hati selagi tidak ditemui
jawapan. Kini otaknya mula menjadi penyiasat untuk dirinya. Dia mula dari
pencarian yang jelas, dia meneliti apa
yang dipandangnya tadi..Jika di lihat dari unifom yang dipakainya dia seorang
kakitangan hospital juga, berjawatan pembantu perubatan. Ini dapat dipastikan
kerana uniform untuk pembantu perubatan baju dan tudung berwarna putih dan
seluarnya biru gelap dan kasutnya pula berwarna hitam. Setelah tidak mendapat
jawapan tepat hatinya memujuk..’Tak apalah esok boleh jumpa lagi ‘ itulah harapan
yang timbul seperti memujuk hatinya yang kecewa bila tidak mendapat jawapan
yang pasti.. kecewakah dia?.
Farhan..Oh Farhan. Tampa disedari dia sudah
melintasi system perakam waktu kedatanganya.
Dia memikir hingga dia terlupa untuk ‘Punch Cardnya’ hari itu..bila tersedar
dari lamunan waktu untuknya hanya tinggal beberapa minit untuk dia merekod
kedatanganya pagi itu. Sekejapan itu juga dia berlari untuk membuat ‘punchcard’
nya jangan sampai terlambat. Kerana sikap tergesa-gesa dia terlanggar
seseorang, mujur tidak terjatuh orang yang dilanggarnya.
“ohh
maaf..maaf” dia berhenti sekejap dan memegang seorang lelaki yang agak berusia
dan meminta maaf..dia meneruskan lariannya. Jika sekarang itu dia berada di
balapan untuk acara 100 meter tentu dia
memecah rekod terpantas tahun itu. Setelah
selesai misinya dia berjalan perlahan, walaupun nafasnya masih tercungap-cungap
akibat larianya tadi..kepalanya kembali
berfikir tentang sigadis dipakir motosikal
tadi.
Bila
dia tersedar apa yang yang dikerjakan oleh otaknya dia bertanya pada dirinya
sendiri..’Kenapa dengan aku hari ini,sejak tadi asyik fikir dia saja..apa yang
membuatkan aku teringat kepadanya’. Farhan beristifar berulang kali…ingin melenyapkan
kesibukkan fikirannya tentang sigadis yang dipandangnya tadi.
Hingga
tiba waktu bekerja. Kerana kesibukkan menjalankan tugasnya sebagai seorang pegawai
Farmasi dapat juga Farhan melenyapkan bayangan sigadis yang menggangu ketenangan
fikiranya. Farhan bertugasnya sebagai pegawai Farmasi dibahagian klinik pakar
disebuah hospital kerajaan di Seremban. Bertugas dabahagian ubat-ubatan sememang perlu cermat dan ketelitian. Dia
bekerja penuh perhatian dan berhati-hati..kalau tidak tentulah susah jadinya.
Dia dibahagian ubat-ubatan jika tersalah bagi ubat tak ke naya jadinya…nyawa
orang..nyawa makkhluk Allah yang bernama manusia.. yang banyak tanggung
jawabnya. Ramai pesakit yang mengambil
ubat hari itu. Alhamdulliah bayangan sigadisi
tidak menghilangkan tumpuan kerjanya hari itu.
Ketika
Farhan hendak pulang petang itu, dia melintasi
tempat pakir motor, bayangan gadis
dipakir motosikal pagi tadi tertayang lagi ditubir matanya. Secara
spontan kepalanya berpaling kekawasan motosikal yang terpakir. Kepalanya
tertinjau-tinjau kekawasan pakir motosikal kalau-kalau masih ada motosikal sigadis disitu. Ahh dia
mengeluh perlahan..perbuatannya yang bodoh. Dia mengutuk dirinya sendiri. Bukannya
tahupun motosikalnya yang mana satu..sebab tadi dia hanya memandang wajah sigadis
sahaja, yang kebetulan gadis tadi
memandang tepat kearahnya, setelah dia bangun dan membetulkan kedudukkan
motosikalnya. Dia tidak melihat pun motosikal jenis apa dan apa pula nombor
platnya. Timbul kesal diahatinya.
Bila
dia tersedar.. dia bertanya pada dirinya sendiri..’Apa yang tak kena pada aku
ni..apa yang menarik pada gadis itu..sehinggakan hatinya begitu berusha untuk
mengenalinya. Kenapa fikiranya asyik memikir tentang dia sahaja sedari tadi’.
Dia cuba menepis keghairahan hatinya ingin mengenali gadis itu. Dia cuba
mencari-cari cerita lain untuk menyibukkan kepalanya agar dia tidak terkenang
gadis dipakir motosikal pagi tadi.
Hanya
beberapa minit sahaja dia fikiran lari dari memikirkan sigadis. Dia mula memikirkan
apakah menu ibunya hari ini. Kemudian tampa dipinta bayangan sigadis datang lagi. Tampa sedar hatinya mengharap
lagi.’harap-harap esok pagi aku jumpa
lagi’itu doanya, hingga terkeluar
pula hasrat hatinya terpancul dibibir..ehh apa ni. Farhan bingung dengan
kehendak hatinya sendiri.
Lama
dia duduk didalam keretanya sebelum dia pulang kerumah. Dia cuba mengingati
perjalan hidupnya pagi tadi.. Dia cuba mengingati pukul berapa dia terserempak
dengan gadis itu. Bermula dari rumah
pukul 715…sampai lebih kurang 15 ataupun 20 minit..ohh lebih kurang 745 minit
dia sampai. Dia mula merancang..Esok aku bertolak dari rumah pukul 710 lah biar
awal sikit.. aku duduklah dalam kereta dulu…bila pukul 745 baru aku berjalan
melintas parking motor tu harap-harap dapat jumpa..Otak dikepalanya membuat
rancangan.Kemudian barulah dia menghidupkan keretanya untuk pulang kerumah.
Sudah
hamper seminggu Farhan menunggu, namun gadis yang ditunggu tidak menampakkan bayangnya.
Hari Farhan menjadi suram. Sedangkan ketika dirumah tadi dia begitu
bersemangat. Hatinya begitu hampa bila bayangan
yang diharapkan tidak menjelma didepan mata. Setelah hampir seminggu dia
mengharap tetapi yang dinanti tidak menjelma.. hatinya berlagu duka. Apa
diharap padi seberang entah berbuah entah kan tidak..Farhan sudah mula putus
asa.
Hatinya
yang rawan mula memujuk..mungkin gadis itu tidak bertugas dihospital itu..dia
datang sekejap saja kerana ada urusan
peribadi. Tidak disangka hatinya makin bertambah lara, mengapa hatinya
tidak dapat menerima pujukkan itu. Mulalah hatinya bertelagah didalam,
menyalahkan dirinya..macam mana ni, bagaimana mahu kenal denganya? Keinginan
hatinya mendesah, timbul pula kesal menyalahkan dirinya sendiri kerana lambat
bertiandak hari itu. Itu pula yang timbul dihatinya. Bila dia tersedar gusar
dia dengan hatinya sendiri ..’Ehh kenapa
dengan aku ni suka sangat fikirkan dia’.Bila dibentak begitu hatinya mula
tenang. Dia beristifar dan terus beristifar menenang dan memujuk hatinya sendiri.
Tetapi
Farhan betul-betul buntu dengan kehendak hatinya, bila tampa sedar fikiran yang tidak jemu berfikir
tentang ‘sidia’ yang dia tidak tahu
siapa dia. Sekejapan itu mula kepalanya membayangkan wajah dan fizikal sidia
pula.. jika dilihat bukanya cantik sangat gadis itu. Tiada ada apa yang menarik
pada wajahnya. Sidia hanya seorang gadis yang biasa dan sederhana..Tingginya mungkin
hanya 160cm, jika dibandingkan dengan ketinggin yang tinggi 175cm. Ketika gadis
itu berjalan menuju bangunan hospital tempuh hari Farhan dapat membayangkan
sigadis hanya separas telinganya sahaja. Dia berkaca mata berbingkai hitam, hidungnya berbentuk kecil tajam dan mancung. Berbibir kecil nampak sungguh comel. Raut mukanya agak masam dan susuah untuk tersenyum. Dan yang pasti dia
tidak bersolek kerana bibirnya
biasa-biasa sahaja warnanya.
Jika hendak dikira ada lebih ramai lagi gadis
yang lebih cantik dan menarik. Gadis-gadis dihabagian tempatnya bertugas juga ada empat lima orang yang cantik dan dikenal pasti masih solo, tidak pula menarik perhatianya..tapi kenapa dengan gadis yang etah siapa-siapa hatinya begitu
ghairah untuk mengenalinya pula. Mungkin
kerana gadis itu pernah dipandangnya dulu..mungkin juga.Setelah hamper seminggu
hatinya mengharap, akhirnya Farhan mengalah juga..dia pasrah. Jika ada
rezekinya adalah..jika tidak apa yang hendak dikata semuanya ditangan tuhan. Allah menentukan segalanya untuk hambanya..akhirnya dia akur hatinya berhenti mengharap.
Pagi
Jumaat itu dia tidak lagi
terpandang-pandang keliling lagi. Matanya juga tidak melilau seperti selalu...hatinya
tidak mengharap lagi pertemuan itu. Tidak mengharap terpandang atau
terserempak gadis dipakir motosikal yang
menjadi hati dan kelapanya sibuk memikir selama seminggu ini. Tiba-tiba hati
nya berdegup kencang,hingga terasa bergetar dinding dadanya. Matanya terpaku memandang sebuah motosikal yang sedang menuju kedistinasinya. ..ohh sigadis yang baru tiba menunggang sebuah motosikal
berwarna biru, jenis MODENAS 110 model lama. Begitu cepat kepalanya memproses data-data
penting untuk dimasukkan kepengkalan data otaknya. Farhan memandang dari jauh
melihat gadis itu terkial-kial untuk menarik motosikalnya. Timbul pula rasa kesian melihat sidia begitu bersungguh menarik motosikalnya. Spontan laju langkah Farhan
menghampiri sigadis. Farhan melihat gadis itu menggunakan begitu banyak tenaga
untuk menarik motornya untuk
menongkatnya dengan tumpang dua. Sigadis bertubuh agak kurus. Ahhh perasaan
simpatinya pula mendesak ingin menolong.
Tetapi berbelah bagi pula kerana ditegah dengan rasa malunya.. nak tolong ke..tidak..tolong ke tidak. Tetapi
laju langkahnya menghampiri sigadis lalu
di sapa..
“Boleh ke?” Spontan terluncur laju
tutur yang keluar dari bibirnya yang dihiasi misai nipis. Mungkin kerana
terperanjat ditegur akhirnya sigadis berjaya menegakkan motosikalnya dengan jayanya.
“Ahhh… boleh pun..terima kasih.”
kedengaran luah kelegaan bila motosikal dapat berdiri tegak. Dihujuangnya dia
mengucapkan terima kasih pula. Farhan jadi terpinga bila tidak menolong tapi
menerima ucapan terima kasih…
“Saya tak tolong pun.” pantas pula
dia menjawab.
“Tak apa..tolong tanya.” Gadis itu
menoleh kepadanya..lalu melebarkan sedikit bibirnya seakan tersenyum ..entah
kenapa nampak manis pula dimata Farhan.
“Ehh..kita kenal ke?” Keluar pula
pertanyaan dari bibir Farhan. Pandainya Farhan mencari bual pagi itu..kenapa ye
lidahnya begitu pandai membina ayat, selalunya Farhan ni kelu dan beku bila
berhadapan dengan perempuan. Bila melihat gadis itu terangguk-angguk tanda
kenal. Spontan Farhan bertanya lagi.
“ Kalau awak kenal…Siapa saya?” kali
ini gadis itu betu-betul tersenyum..’manisnya’detik
hati Farhan bila terpandang lesung pipitnya di pipi sebelah kanan sigadis.
Terpana Farhan memandang. Apakah yang menjadikan sidia tersenyum… kerana dia
merasa lucu dengan soalan Farhan..”Siaaapa Saya” macam soalan budak tadika. Walaupun tidak berlagu perkataan 'siapa' tetapi pertanyaanya seperti guru tadikanya dahulu
“Encik Farhan saya dah nak lambat
ni..boleh bagi laluan?” Oh rupanya
Farhan menghalang jalan gadis di pakir motor. Farhan beralih sedikit untuk
memberi laluan..
“Oh maaf.” Farhan terkedu bila sigadis
tadi tahu namanya. Begitu popularkah dirinya
sampai orang yang tidak dikenali mengenali dirinya..ahh perasan pulak
Farhan ni.
“Terima kasih.” ucap sigadis bila Farhan memberinya sedikit laluan dan
berlalu pergi, diikuti oleh pandangan mata Farhan. Mengapa agaknya ada rasa
bahagia disudut hatinya. ‘ Adakah sebab dapat dapat bercakap sepatah dua dengan gadis pujaan. Ehh..Dah boleh ke di katakan gadis itu gadis pujaannya?..oh belum boleh lagi... Nantilah
kata hatinya, nanti jika sudah siang dan
malamku terbayang wajah, barulah boleh.’ hatinya mempuat kenyataan untuk
dirinya yang bertanya tadi. Ringan pula mulutnya menyahut huluran terimakasih
yang diucapkan oleh gadis tadi..
“Kasih mu di terima. “perlahan sahaja
ucap Farhan hanya untuk dirinya sendiri ‘beraninya mulut membalas’ kutuk
hatinya..tapi mungkin angin yang membawa uncapan tadi ketelinga sigadis. Gadis
itu berhenti dan menoleh kearah Farhan.‘kan
dah malu itulah mulut, suka memalukan diri sendiri’desis hatinya..namun dengan
rasa malu Farhan melemparkan senyum lawanya menutup kegugupannya kerana
perkataanya tadi didengari oleh sigadis. Sidia berlalu pergi kerana kesuntukkan
masa. Meninggalkan Farhan dengan rasa bahagianya. Farhan melihat jam dipergelangan
tanganya lagi lima minit jam menunjukkan 0730 pagi..’ oh dia masuk pukul 7.30 pagi rupanya’. Dicatit satu lagi data
penting dipengkalan data otaknya.
Sekarang
ini Farhan menjadi seorang yang pemikir..sambil berjalan dia memikir. Pukul
berapa aku dari rumah tadi..’rasanya….ni
baru nak 730 cepatnya aku keluar rumah tadi aku bermimpi sambil berjalan ke
tahu-tahu dah sampai’.. sampai di tempat kerjanya di bahagian farmasi
klinik pakar.. teman rapatnya menegur pula.
”Hai
Farhan..apa mimpi kau 0730 pagi dah sampai..jam kau rosak ke..kalau tak, nak dekat
pukul 0800 baru nampak batang hidung..mentang-mentang rumah dekat”.
“Assalamualaikum…waalaukumsalam,
bagilah salam sahabat “ Farhan menegur sahabatnya lalu Farhan memberi salam dan
mejawap salamnya sendiri. Kemudian menjabat tangan sahabatnya dengan erat. Dia
masih berpegang teguh pada ilmu yang dipelajari disekolah dulu. Berpandukan
satu hadith nabi ustaznya memberi tahu katanya ‘Setiap muslim yang bertemu wajib memberi
salam dan dengan berjabat tangan dengan erat akan gugurkan segala dosa-doasa
kecil mereka.Kata ustaznya lagi..setiap orang Islam yang memberi dan menjawap
salam akan mendapat pahala’.
Nabi
Muhammad SAW telah bersabda: “Manusia yang terdekat dengan Allah SWT ialah
mereka yang memulakan memberi salam.” (HR. Ahmad, Abu Daud)
Nabi
SAW ditanya apakah amalan yang terbaik dalam Islam. Baginda bersabda: “Memberi
makan kepada yang lapar dan memberi salam kepada orang yang kamu kenali dan
yang tidak kamu kenali.” (HR Bukhari dan Muslim)
Farhan
tersenyum bahagia memandang sahabatnya yang masih terpinga melihat seyuman yang
tersunging dibibirnya.
“Ehh..kau
ni kenapa Han..cuba cerita kat aku. Aku tenguk sejak dua tiga hari ni macam
orang tak betul saja kenapa?”
“Engkau
ni Lan aku senyum pun kata aku tak betul…seyuman ni sedekah tau..ni pagi-pagi
lagi aku dah bagi kau sedekah bukannya nak bersyukur mengutuk adalah.”Farhan
meletakkan bag sandang dan mencapai baju putih ketubuhnya untuk memulakan
tugas.
“Tak
adalah.. kau senyum-senyum dari masuk tadi tak habis-habis..itu yang aku nampak
kau tu macam orang tak betul kau mimpi apa malam tadi?.”
“Tak mimpi apa pun, saja aku bagi sedekah kat siapa
yang aku pandang salah ke?..tapi entahlah mungkin dah jodoh aku agaknya aku tak
perasan pun aku pergi kerja cepat hari ni..sungguh berbaloi.. dan aku rasa
bersyukur sangat.” Farhan tersenyum lagi. Makin terpinga sahabat yang mendengar kata-kata
dan senyuman Farhan pagi itu. Sahabatnya
menhampiri Farhan lalu meletakan belakang tanganya kedahi Farhan. Sepantas
kilat dia menepis kerana terkejut…
“Hsyy
kau ni..ada apa kat dahi aku??”
“Tak
ada apa..aku hanya nak rasa, kau demam ke?..itu pun nak marah. Kalau kau demam
aku cadangkan kau pergilah jumpa doctor dapatkan MC. Pergi balik.. rehat kat rumah.”
“Bukan aku marah..aku terkejut ingatkan ada binatang ke, apa ke kat dahi aku…Ehh aku sihat lah, kalau tidak.. takkan lah aku dah sampai untuk kerja hari ni, cepat lagi dari biasa.”. Bibir Farhan masih tersungging senyuman yang menjadi tanda tanya sahabatnya.
“Bukan aku marah..aku terkejut ingatkan ada binatang ke, apa ke kat dahi aku…Ehh aku sihat lah, kalau tidak.. takkan lah aku dah sampai untuk kerja hari ni, cepat lagi dari biasa.”. Bibir Farhan masih tersungging senyuman yang menjadi tanda tanya sahabatnya.
“Tapi
yang aku nampak kau menyengeh macam kerang busuk dari kau masuk tadi tu kenapa?
Kau tersedut gas senyum ke?..atau kau mimpi jumpa bidadari malam tadi.. tu yang
kau angau semacam.”
“Tidak
juga, hanya aku rasa happy pula pagi
ni.”
“Haa
kau rasa happy??.. kau ni Han jangan buat kenyataan yang menyebabkan aku rasa kau
telan ganja Han.”
“Hissy kau
ni Lan selalu fikir negative tentang akukan. Aku tak akan sentuh benda-benda najis macam tu, aku masih waras lagi Lan.”
Sesungguhnya
Farhan rasa sangat ceria pagi itu. Itu
adalah senyum bahagianya.. Sebetulnya senyuman tidak mahu surut dari bibirnya. Walau
pun sudah dicuba untuk mematikan senyumanya dan berlagak selamba seperti biasa
tetapi tidak berjaya. Mungkinkah hatinya yang bahagia terpancar diraut
wajahnya, adakah senyuman itu kerana gadis tadi? soalan itu bergema dia dalam
hatinya. Dia tertanya-tanya sendiri. Farhan oh Farhan hati sendiri pun dia
tidak tahu… Hati sendiri, sendiri fikirlah…
=================
Sejak kebelakangan ini terasa sunyi blog mat teh....Mak teh cuba menceriakan dengan cerpen yang entah apa-apa. Harap sudi membaca dan beri komen. Sebenarnya mak teh suka sangat pantun. Bila buka google nampak pantun mat teh teruja nak mencari cerita nak masukkan pantun-pantun tadi dalam cerita mak teh..Harap anda suka dengan cerita merapu mak teh.
=================
Sejak kebelakangan ini terasa sunyi blog mat teh....Mak teh cuba menceriakan dengan cerpen yang entah apa-apa. Harap sudi membaca dan beri komen. Sebenarnya mak teh suka sangat pantun. Bila buka google nampak pantun mat teh teruja nak mencari cerita nak masukkan pantun-pantun tadi dalam cerita mak teh..Harap anda suka dengan cerita merapu mak teh.
No comments:
Post a Comment