“Bukan
pasal gastrik yang akak nak cerita, tapi masa pagi tulah, dia kata dia dah tak tahan menahan rasa sakit
hati bila dirinya dimadukan. Dia tak sanggup nak tahan rasa kosong yang
suaminya berikan untuk seumur hidup dia. Itu sebabnya dia nak suaminya ceraikan
dia. Dia kata dengan bercerai sahaja dapat redakan rasa sakit hati dia.”
“Tapi
kenapa pulak akak cakap nak bercerai secepat mungkin selewatnya sebelum isteri
dia tu lepas pantang”.
“Suami
akak ni baik Yam, dia lelaki yang bertanggujawab, solat tak pernah culas dia
ajak kita solat sekali dengan dia. Tapi ialah kalau dah dua dalam satu masa,
mana satu nak didulukan. Kalau dia dulukan akak yang kat sana mesti tertinggal.
Dah dua kali isteri tua dia bersalin, dia pergi hospital sendiri tau Yam. Sebab
apa tau, sebab dia dulukan akak. Yang pertama tu dia dah sakit bawa kereta
semdiri pergi hospital, masa tu akak dengan suami pergi bercuti kat Pualau
Dayang Bunting. Yang kedua dia minta tolong anak pengasuh dia hantarkan pergi hospital,
masa tu pulak suami akak bawak akak pergi klinik kerana keracunan makanan.
Mungkin dari kejadian tu isterinya rasa terabai kot. Jadi pagi yang dia kena
gastrik tu dia tak boleh nak sabar lagi, dia minta dilepaskan juga, walau dia
tahu dirinya sedang mengandung. Tapi suami akak tak boleh nak terima permintaan
tu. Dia tahu kalau dia ceraikan isteri yang sedang mengandung dia berdosa, jadi
dia minta tangguh sampai isteri dia selamat bersalin baru mereka boleh
berbincang semula.”
“Oh macam
tu. Kalau isteri dia dah minta cerai tak ke senang pada akak. Akak akan memiliki suami akak secara
total. Tunggu sajalah.”
“akak tak
mahu, banyak buruknya kalau akak terus tetap bertahan. Pertama boleh ke akak
mengandung anak dia, walaupun akak disahkan subur. Kedua akak tak mahu
anak-anak dia hilang kasih sayang dari seorang ayah kandung. Akak tak mahu suami akak berpisah dengan anak-anak
dia, tiga orang tu bukan sikit. Akak kesian suami akak, tiga tahun lebih dia tunggu kehadiran anak
dah dapat terpaksa berpisah pulak kerana akak, akak tak sanggup, akak kesihan
suami akak.
...Selama
ni dia baik dengan akak jadi akak nak buat baik juga dengan dia. Yang keempat
emak dan adik beradik dia pun tak berapa
suka dengan akak. Mereka terpaksa terima akak sebab akak dah nikah dengan anak
dia saja, tapi kalau kat belakang akak diaorang kutuk akak. Akak perlukan
keluarga sebelah suami nak menumpang manja, nak tumpang dengar masaalah akak
Yam.”
“Tapi dia
cinta kan akak”.
“Dia pun
cintakan isterin tua dia, mereka tu kahwin suka sama suka. Bukan dipaksa oleh
keluarga, ke apa.”
“Pada Yam
bukan salah akak menumpang kasih suami akak, dia yang tak setia, dah tahu dia
bercinta dengan akak kenapa dia kahwin dengan orang lain.”
“Entahlah
Yam. Sebetulnya dulu masa akak baru kahwin dengan dia akak fikir macam tu juga.
Tapi sekarang tak lagi,sekarang pada
akak cinta boleh dicari Yam, kalau ditakdir lepas bercerai nanti akak
tak ada jodoh, akak lebih rela hidup sorang dari tanggung rasa bersalah
dan rasa dipinggir oleh keluarga suami. Akak sebetulnya memerlukan kasih sayang
keluarga suami Yam, sebab akak ni dah tak ada emak ayah. Abang dan kakak akak dah buang akak kerana
harta peninggalan orang tua kami. Bab tak setia bukan salah dia, salah arwah
mak akak yang pandang harta.”
Lama keadaan menjadi sunyi mungkin
memikirkan apa yang akan terjadi
seterusnya. Tiba-tiba Maryam membuka cerita tentang dirinya. Dengan wajah
gembira Maryam memegang tangan Sarah.
“kak!! Yam
sebetulnya dah dapat kerja kat Damansara, minggu ni minggu last Yam kat
tempat kerja ni”.
“Ehh
senyap-senyap Yam cari kerja lain kenapa tak cakap dengan akak. Tak adalah akak
kawan lagi, kawan yang boleh akak cerita masaalah akak ni”.
“Alah kita
boleh calling-callinglah, telefon kan ada, kalau nak nampak muka kita berskype apa susah zaman canggih. Lagi pun hari Sabtu dan Ahad
kalau suami akak kat rumah isterinya yang disana, akak datang lah sini”.
Sebenarnya
Maryam kasihan melihat nasib Sarah. Walaupun dia isteri kedua tetapi dia baik.
Tidaklah seperti yang digambarkan oleh sesetengah orang, isteri kedua ni
perampas suami orang. Tapi mungkin yang jadi perampas tu lebih ramai jadi
kebanyakkan orang beranggapan semua isteri kedua tu perosak kebahagian
rumahtangga orang. Itu tidak dinafikan, kadang isteri kedua ni mengambil
kesempatan diatas kelebihan yang ada
pada dirinya. Mereka akan menyuruh sisuaminya menceraikan isteri pertama.
“Macam
mana Yam dapat kerja tu?”
“Kerja ni
kawan abang Yam yang rekomenkan. Syarikat besar, gaji lebihlah sikit dari yang
kat sini, kalau ada kosong lagi akak nak tak?”.
“Ehh
tentulah nak, nanti kita duduk satu rumah boleh kita borak-borak macam ni,
taklah boring sangat akak ni, dahlah anak tak ada, suami pula kena kongsi
dengan orang lain, Yam”.
“Akak ni
ada ke cakap macam tu, dah jodoh akak dengan lelaki yang ada isteri nak buat
macam mana. Pasal rumah tu Yam sebenarnya masih
duduk kat sini lagi, walau pun Yam kerja kat Damnsara, tapi kena keluar
awal, penatlah sikit . Nanti kalau dah tahu selok belok kat sana barulah cari
rumah yang dekat dengan tempat kerja. makan sebulan dua juga agaknyakan nak
cari rumah yang termampu oleh kita kan kak. Takut juga sewa rumah kawasan tu
mahal”.
“Kalau
mahal sewa rumah kita sewa bilik pun tak apa asalkan dapat tempat berlindung.”
“Ialah
betulah cakap akak tu”. Sedeh juga hati Sarah kawan yang boleh mendengar
masaalahnya berpindah kerja ketempat lain.
Kini
Syukri sering termenung. Bila dipejabatnya dia jarang keluar berbual-bual atau
menolong pekerja membaiki kereta di bengkel. Raut wajahnya sentiasa mendung.
Pagi itu dia datang kerja dari rumah Nuri. Masuk sahaja kedalam biliknya dia
terus memerap. Bila dilihat dari sebalik dinding kaca dilihat dia tidak membuat
sebarang kerja. Sarah mengambil kesempatan ini menyiasat masaalah suaminya.
Tadi pun suaminya lalu dihadapannya tetapi tiada teguran suaminya seperti
selalu.
“Bang!!
boleh Sarah masuk?”.
“Ehh
Sarah!! baru sampai ke?” Wahh sudah teruk masaalah penglihatan suaminya ni, dia
tercegat disitu ketika suaminya masuk tadi, suaminya boleh tidak perasan akan
kehadiran dirinya. Pertanyaan suaminya tidak dijawap, rasa malas pula dia mahu
menjawap soalan bodoh suaminya tadi.
“Boleh
Sarah duduk? lama rasanya kita berbual-bual kan bang”.
“Abang
minta maaf Sarah kalau Sarah rasa terabai. Lima enam bulan ni abang sibuk
uruskan hal Nuri, sampai Sarah tak sempat abang nak ambil tahu. Abang balik
rumah Sarah pun hari dah malam, maafkan abang ye”. Kelihatan mata suaminya
berkaca-kaca, sesungguhnya dia meminta maaf dari hatinya yang ikhlas kerana
terasa dirinya bersalah.
“Oklah
bang, tak ada apa lah. Tapi sejak seminggu dua ni kenapa abang Nampak muram
saja. Kerja pun macam tak bersemangat sahaja”.
“Entahlah
Sarah, makin dekat bulan Nuri nak bersalin ni abang rasa takut pula”.
“Apa nak
ditakutkan bang, dia ada masaalah kesihatan ke?, diakan dah ada dua kali
pengalaman bersalin. Lagi pun peralatan hospital sekarang canggih, doctor pula
banyak yang terlatih. InsyaAllah selamat”.
“Amin,
abang harap pun selamat. Dari segi kesihatan Nuri memang tak ada masaalah.
Kedudukan kandungan pun normal, walaupun kurus tapi darah dia cukup.
Tiap-tiap bulan abang tenguk kad pemeriksaan dia. Hb dalam darah dia melebihi 12gm. semua
anak-anak dia dari Wafi sampai yang ni HB dia melebihi 12gm Sarah”.
“Itulah
hasil dari pemantauan abanglah tu,kan setiap hari abang suruh dia makan makanan yang berzat. Habis
apa yang abang risaukan”. Syukri menarik nafas panjang.
“Dia minta
dilepaskan lepas dia bersalin nanti”.
“Habis
abang nak lepaskan dia?”.
“Sarah!
abang tak tergamak nak sebut lafaz cerai untuk dia Sarah. Dia terima abang dulu
dari abang tak ada apa-apa…masa tu abang buat semuanya sendiri, abang kuli
abanglah bos. Bangunan ni pun disewa sahaja. Bila semuanya dah teguh patut ke
abang ceraikan dia walaupun dia minta….
…Awal
pernikahan kami abang bawa dia tinggal kat sini. Bilik tu, bilik yang Sarah
duduk masa Sarah mula tiba kat KL dulu tu bilik kami. Dekat setahun kami duduk
situ sebab abang tak mampu nak sewa rumah,
pendapatan tak menentu masa tu. Kami berjimat Sarah, dari sekecil barang
kami jimat. Kami tak pernah makan luar masa tu. Dia berusha masak makanan kami,
Dia masak pakai periuk nasi eletrik. Masak lauk masak sayur kemudian baru dia
masak nasi.”
“Boleh ke
rice cooker masak lauk bang?”
“Abang
tenguk boleh saja, dia masak kari, rebus sayur..tapi tak pernahlah masak yang
bergoreng. Kemudian untuk paginya kari
yang berbaki dia masukkan pula mee hoon atau pun mee untuk makan pagi, atau pun
dicicah dengan roti .” Memang benar apa yang diceritakan oleh suaminya sudah
dua kali Sarah mendengar cerita itu diulang, jalan ceritanya tetap sama.
“Lauk itu
saja ke yang dia masak, abang tak jemu pula”.
“Masa
tu abang tak kisah janji perut kenyang
dan dapat tenaga untuk buat kerja dah
cukup bersyukur abang pada Allah. Yang penting dia tak meminta-minta, dia
pandai ikat perut tahan nafsu nak makan yang sedap, demi untuk membantu abang. Sebab
itu abang kena faham, kami hanya ada rice cooker saja
dan abang sangat bersyukur dia memahami abang yang tak mampu ketika itu. Bukan
abang tak nak beli dapur kalau beli
dapur gas takut lari perbelanjaan lain. Satu hari dia tanya abang..
“Bang macam mana nak lagi untung kalau kita
baiki kereta pelanggan”.
“Kalau kita ada alat ganti sendiri”.
“Caranya?”
“Kita beli alat ganti banyak mestilah harganya lagi
murah dari kita beli satu-satu, dari
situlah kita untung”.
Dia
keluarkan duit simpanan dia, untuk beli alat ganti, tak lama lepas tu pelanggan
makin ramai sebab abang boleh cepat siapkan kereta. Ialah sekali abang keluar
beli alat ganti banyak-banyak, kemudian abang
dah tak payah lagi keluar cari alat ganti bila semuanya dah ada kat
bengkel sendiri. Bila pelanggan makin ramai abang cari pekerja untuk tolong
abang. Dari sorang sekarang dah ada tiga orang pekerja abang. Lepas tu tuan
punya bangunan ni nak jual bangunan bagunan ni, kalau bangunan ni terjual kat
mana abang nak buka bengkel, nak beli duit abang belum terkumpul banyak. Dia guna
loan kerajaan dia, beli bengkel ni...”.
“Masa tu
dia dah kerja ke?”
“Dia dah
kerja dengan kerajaan rezeki agaknya. Dua bulan lepas kami kahwin dia dipanggil
untuk temuduga untuk sebuah jabatan kerajaan, dua bulan lepas tu dia pergi
lapur diri. Masa abang beli bengkel ni dia dah kerja tiga tahun itu yang dia boleh apply loan
kerajaan. Walaupun sekarang abang bayar pada dia banyak mana gaji dia yang kena potong.
... Bila
bangunan sebelah pun nak dia jual, dia suruh abang beli sebab katanya alat
ganti makin banyak tak ada tempat nak letak. Dia bagi lagi semua duit insyuran
ibu dan ayah dia, untuk bayar duit muka, jadi abang pinjam kat bank tak banyak.
Secara kasar ni memanglah bengkel ni abang punya, tetapi disebaliknya tu
bengkel ni, dan duit gaji kita kat sini semua adalah hasil dari duit dia
Sarah…”
“Jadi
abang takutlah kalau abang ceraikan dia dia akan tuntut semua yang dia bagi kat
abang. Dia ada ungkit ke duit yang dia
bagi kat abang?”
“Ada,
Minggu lepas dia bangkitkan hal ni..”
“Abang ada
duit ke nak bayar?”
“Dia tak
suruh bayar, hanya dia kata janji abang
bayar setiap bulan gaji dia yang di potong sebab loan perumahan seperti biasa
sahaja, yang lain dia halalkan. Sebab dengan duit gaji tu nanti dia nak makan
dan nak besarkan anak-anak. Duit-duit yang lain kalau abang terambil atau
terpakai dia kira sedekah. Lagi pun untuk bagunan sebelah tu dia guna duit
Insuran ibu ayah dia jadi pahala sedekah tu dia niatkan pada arwah ibu an ayah
dia. Yang abang jadi takut dia begitu beria-ia nak kan perpisahan Sarah, sampai
dia tak nak tuntut apa-apa dari abang. Sebenarnya abang tak mampu hidup tampa dia dan
anak-anak Sarah, abang takut Sarah”. Syukri sudah menaangis teresak-esak dan
menangkupkan wajahnya kemeja.
Dek
hatinya yang sedeh Syukri tidak mampun untuk menahan air mata lelakinya tumpah dihadapan
Sarah. Dia sudah tidak malu Sarah melihat air mata lelakinya.
Walaupun
melihat kesedihan suaminya Sarah tetap meneruskan sesi soal siasatnya, dia
ingin mengetahui sejauh mana keppentingan Nuri dalam hidup Syukri. Dari situ
dia boleh menilai dimana pula kedudukanya pula.
“Habis
duit simpanan dia yang dia keluarkan untuk beli alat ganti kereta dulu tu dia
tak cakap, banyak ke duait simpanan dia yang dia bagi kat abang”.
“Banyak tu
memanglah banyak rasanya dua puluh ribu lebih. Entah itu tak pulak dia sebut..”
“Banyak
juga simpanan dia ye bang, masa tu dia belum kerja lagi kan bang”.
“Dia kata
simpanan tu dari dia kecil lagi, lepas ayah dan ibunya meninggal pencen arwah ayah dia, dia yang dapat sampai
umur dia dua puluh satu tahun, ditambah dengan duit biasiswa dan duit
abang-abang bagi setiap bulan sebelum dia kahwin dengan abang”.
“Ohh, ayah
dia dulu kerja apa?”.
“Dia kata
ayahnya bekas guru sekolah rendah”.
Sarah
mencerana cerita yang disampaikan oleh suaminya.
“Jadi pada
pandangan Sarah patut ke abang cerai kan Nuri waktu abang dah stabil ni,
tidakkah abang jadi kacang lupakan kulit kalau abang turutkan permintaannya.”.
“Tapi dia
yang minta, bukan salah abang”.
Lama
mereka mendiamkan diri. Sarah juga menilai dirinya dialam perjalan hidup
Syukri. Akhirnya dia meluahkan kesal hatinya tentang kejadian dulu.
“Bang!!.Sarah
kesal dengan sikap arwah emak Sarah dulu, Sarah tak membantu apa-apa untuk
membantu hidup abang selama ni. Abang dah senang macam ni baru Sarah hidup
dengan abang. Sarah tak merasakan susahnya hidup abang dulu. Kalau arwah emak
Sarah tak sombong dan tak memandang kekayaan tentu kita tak tersepit macam ni”.
“Abang tak
minta apa-apa dari Sarah, abang pun tak merasa kesal dengan apa yang berlaku,
dah memang ketentuanNya. Janganlah Sarah sebut-sebut orang yang dah pergi,
kesian arwah emak Sarah. Dia buat macam tu pun untuk kebaikan anak dia juga”.
“Kenapa
agaknya Nuri minta cerai bang,sebab Sarah ke?” Sarah pura-pura tidak tahu permintaan
Nuri.
“Entahlah,
abang tak boleh nak baca hati dia. Selama kita nikah dia tak banyak cakap lagi
dengan abang. Dia tak pernah cerita masaalah dia dan masaalah anak-anak. Abang
tahu keadaan dia sejak abang pasang CCTV kat rumah dia. Dari situ abang nampak
betapa susah dan mencabarnya membesarkan anak. Ehh lupa abang nak cakap
sekarang abang dah buka CCTV tu abang takut kalau Nuri terjumpa nanti lagi
teruk pergeseran kami”.
“Abang tak
takut Nuri pergi hospital sorang lagi masa dia nak bersalin nanti?”
“InsyaAllah tak, sekarang ni abang kena selalu pergi rumah dia sebab
Nuha. Nuha ni sejak kandungan umi dia bertambah besar makin banyak ragamnya,
nak berdukung saja, sekejap sekejap tak sihat. Mungkin Wafi dulupun macam tu
juga, tapi abang yang terlepas pandang.
Ialah abang balik rumah Nuri masa tu Wafi dah tidur, paginya dia belum bangun
lagi dah hantar pergi rumah pengasuh, adalah sekali dua terjumpa Nuri dukung
Wafi kat ruang tamu, tapi masa tu abang buat tak kisah saja. Abang lagi layan
mengantuk abang. Semuanya salah abang Sarah. Tak prihatin. Kalau abang fikirkan
abang beria-ia nak anak, tapi bila dah
ada tak dijaga pula. Mungkin sebab itulah abang lambat dapat anak agaknya. Mungkin juga kita belum mampu
menjadi ayah ibu yang baik sebab itulah kita belum diberi rezeki anak lagi
Sarah.”
“Ia ke
abang, sebab itu ke? tapi Sarah rasa Sarah dah cukup bersedia nak jadi ibu”.
“Sarah
sanggup ke berjaga malam bila anak sakit, Sarah sanggup ke sedut hingus anak
dengan mulut sendiri?”
“Yeek..jangan
cakap yang tulah bang, Sarah jijik lah bang.”..Sarah mula terbayang bagai mana
Nuri menyedut hingus anaknya dengan mulutnya sendiri kemudian diludahkan hingus
tadi kedalam tong sampah.
“Bang
mungkin Nuri minta saja-saja nak gertak abang, banyak yang dia dah labur pada
abang tak nak tinggal macam tu saja bila dah bercerai”.
“Entahlah
Sarah, Tapi dah dah buat satu surat, apa yang dia cakapkan dengan abang.
Katanya, bila sampai masa kami bercerai surat ni abang boleh bawa ke mahkamah
tandatangan depan peguam.” Syukri mengeluarkan dua kepaing surat dari dalam
lacinya, yang ditulis oleh Nuri dan menunjukkan kepada Sarah. Bila Sarah
membacanya dia terkedu.
Apabila
perceraian terjadi saya Nurizana Bt Hj. Mohd Zain tidak akan menuntut 1. Harta sepencarian
2.
Nafkah untuk anak-anak.
3. akan menjadikan rumah kedai diNo….
Menjadi sewa beli kepada Encik Mohd Syukri bin Abdul Razak.
Saya juga akan
sering mengingatkan siapa ayah mereka dan Encik Syukri boleh dan bila-bila masa
sahaja jika hendak melawat atau membawa anak-anak bercuti.
Itulah
antara isi kandungan surat yang diberikan kepada Syukri agar Syukri bersetuju
menceraikan dirinya.
“Nampaknya
dia bersungguh nak abang cerai kan dia. Abang rasa macam mana?”
“Entahlah
Sarah tapi walaupun dia yang bersungguh meminta, abang tak tergamak ucapkan perkataan cerai tu
untuk dia. Lagi pun kami dah ada anak-anak, abang nak anak-anak abang membesar
depan mata abang. Abang nak didik mereka dan yang penting anak-anak abang
mendapat kasih-sayang ayah dan ibu kandung”.
Melihat Sarah mendiamkan diri Syukri tersedar apa yang diperkatakan.
“Sarah!
Sarah jangan salah faham dengan abang, maksud abang. Abang dengan Sarah didik
anak-anak kita sama-sama. Nuri dengan abang didik anak-anak kami sama kan adil
macam tu.” Syukri cuba mempamirkan wajah cerianya walaupun masih terbias wajah
sedehnya ditubir mata.
Sarah
mempamirkan senyuman manis dibibirnya tanda setuju dengan kata-kata suaminya
sebentar tadi tetapi dihatinya sudah ada keputusan untuk dirinya. Sambil
berjalan keluar dari bilik suaminya kepalanya mencerana apa yang diceritakan
oleh suaminya tadi.
Dihatinya
bertambah nekad akan minta dirinya dilepaskan dalam waktu terdekat ini. Pada
fikiranya biarlah dia yang berundur demi untuk menyelamatkan rumahtangga suami
dan isteri tuanya Nuri. Dia tidak memberi sumbangaan apa-apa tentang jatuh
bangun suaminya. Dia datang ketika suaminya sudah senang. Arwah emaknya juga
menolak pingangan kerana kesusahan Syukri waktu itu. Emaknya tidak yakin Syukri
dapat memberi makan dan tempat tinggal kepada dirinya dulu. Yang sebenarnya dia
juga begitu dulu setelah pinangan Syukri ditolak dia tidak menghubungi Syukri
lagi kerana tidak yakin dengan kemampuan Syukri dan juga tidak mahu memberi
harapan kepada Syukri. Tetapi bila keadaan mendesak setelah kejadian
dikampungnya, dia mengambil kesempatan dengan kasih Syukri yang masih bersisa
untuknya.
Terima kasih mak teh poskan entry terbaru..walau bagaimana nak tunjuk baik si sarah dan syukri saya tetap tidak bersimpati pada mereka berdua setelah apa yang dibuat terhadap nuri..soriiii...
ReplyDeletehehebetultu.. sarah mmg ambil kesempatan..dlm kesusahan baru cari syukri kan
DeleteYe Sayang Mak Teh!!!! Lepas makan tengahari dan solat zohor dapat baca new n3 tapi nak comment sikitlah. Hope fully si Sarah tu dilepaskan n dapat jodoh orang susah jadi baru menyesal tak sudah. tengok last line dia mengaku juga yg dia tak contact Syukri sebab takut susah. opportunist betul.
ReplyDeleteSalam sayang n 10Q ari Zurich
Jahatnya sarah.kan batul sarah tu hipokrit.bila tgk syukri kaya baru menagih kasih.blh blah sarah.kau tak layak nak jd ibu pun.apa pun nuri kenapa baik hati sangat.
ReplyDeleteWow n3 ni just citer Sarah je
ReplyDeleteThanks mak teh
Syikri nih asyik mengeluh aja.. bila masa masalah nak selesai.. solat tak tinggal... Mintak la petunjuk dari Allah SWT...
ReplyDeleteBaru abaikan sarah brp bulan tau plk mintak maaf. Dr pg smpi ptg dgn sarah juga. Dgn Nuri bertahun, asal Nuri bagi hint mintak cerai buat muka tak malu dtg mengadu lapar. Tetap tak puas hati dengan syukri ni. Biar dia terdera dgn permintaan Nuri. sib baik dah bukak cctv.
ReplyDeletetq mak teh.
Tu la kan..mcm bagus sgt perempuan tu siap minta maaf bagai..padahal buat nuri mcm2 xde lak nak rasa bersalah.. itu semua poyo!!!!
DeleteTu la yang dikata sayang pada Nuri tak boleh menandingi 'kasihan' pada sarah. Ingat segala pengorbanan Nuri pun sarah tetap terbaik. Kalau Nuri tak mintak cerai sampai sekarang terabai.
Delete-misza-
Oooooooooo sarah terabai kau nampak yg nuri terabai tak pulak ambik tahu.2 tahun merana.memang tak sedar diuntung syukri.jenis suami apa mcm ni.heiiiiiiiiii geram betul dgn syukri selam dlm telaga baru tahu.oooooo takut org kata sebab tu tak nak ceraikan nuri.bukan sebab sayang.memang teruklah syukri
ReplyDeleteamboi..kemain memuji laki dia si gedik ni..seorang bertanggung jawab le..solat tak culas le..mmg la dia bertanggung jawab tapi kat engkau je..pantang dengar rengetan kau, walaupun turn nuri..mencanak2 dia baliknak bg service kat kau..kau je tak reti tanggung jawab sebagai isteri selain nak merendek je...kira padan2 le kau berdua...
ReplyDeletemenitis baca surat perjanjian nuri selepas perceraian mereka di mahkamah... ketara yang amat2 hati nuri betul2 terluka..betul2 dia membawa diri...
ReplyDeleteNuri betul2 dah bersedia nak hidup tanpa suami. Dah siap doc lg. Chaiyok Nuri, chaiyok.... Yang sisarah tu makin menyampah la plk dgn perangai bajet bagus dia tu. Dah agak, klu dlu dia nak syukri yg miskin takdenya ptus hbungan. Bila dah susah baru cari syukri semula. Dah mcm ni pun syukri tak blh fkr lg.
ReplyDeleteamboi siyam ni..macam perli kita2 je bila dia ckp kesian nasib si gedik sebab kata sesetengah orang isteri kedua perampas suami orang..terasa ai tawww... ;-)
ReplyDeleteala yam..takde baiknya bakal kakak ipar kau tu sebab perangai tak semengah dia buat nuri terseksa..kalau kau tau perangai sebenar dia selama 2 tahun tu, ntah2 kau pun sama tumpang maki dia..siap pergi ludah muka dia lagi sebab kau selalu jumpa dia...
Siyam ni pun sama, dah tau sebab dia Nuri bersalin sendiri pun takde rasa bersalah. Harap dia akan terima nasib macam Nuri nanti, baru tau isteri kedua perampas ke tak.
DeleteBaru padan muka syukri... lama dah nuri memendam rasa melihat kebahagiaannya dengan sarah hingga nuri mat2 terabai. 2 kali bersalin sendirian kerana kepentingan sarah... Biar mereka pula yang rasa tertekan dengan ketegasan nuri.. Sewel betul siyam ni , jadi batu api pulak... Biorlah sarah nak tarik diri.. dah sayang sangat pada sarah pinang ajelah untuk abangnya yang duda tu.. lagipun dia kata sarah tu baik sangat eloklah dijadikan kakak ipar dia pulak..
ReplyDeleteTQ mak teh atas pos baru... Ternanti-nanti selalu... You're the best.
Maryam ni pun sama sengal dgn sarah. Kan dia yg sruh sarah honeymoon ke dyg bunting tu sampai Nuri bersalin bwk keta sendiri. Anak dara bajet bagus gak dia ni. Memang patut beripar kan sarah.
ReplyDeleteakhirnya mengaku jugak sarah di dalam walaupun di dalam hati yang dia tidak yakin dengan kemampuan syukri ketika syukri susah..boleh tak mak teh create yg dia berbual2 dgn mariam pasal benda ni dan kebetulan syukri terdengar..saya memang nak sangat yang syukri tahu yang mana satu kaca dan yang mana satu permata..sarah memang jenis muka tak malu sebab kesenangan yang dia dapat berpunca dari nuri...
ReplyDeleteHuaaa... Kalau syukri ceraikan nuri memang dia seorang yang tak sedar diri tahap petala keseribu... Bukan setakat kacang lupakan kulit malah manusia tak kenag diuntung.. Kalau dia ceraikan juga nuri lebih bagus dia jadi papa kedana lepas tu... Agak2 masih ada tak lagi perempuan lain yang sanggup berkorban padanya seperti nuri.. Sekarang baru dia sedar sayang akan nuri, dulu tak ingat dunia bila ada dekat sarah... Hah hambik kau.. Sekali penangan nuri, belum lagi bercerai dah hampir gila dibuatnya... Bercerai nanti tak mustahil gila talak pulak..
ReplyDeletesemuga nuri bertemu dengan lelaki yang betul2 baik akhlaknya, bagus kedudukannya dan menyayangi nuri dengan sepenuh hati selepas dia bercerai dengan syukri..biar syukri menyesal sampai ke mati sebab mengkhianati nuri..tiap2 kali syukri ingin bertemu dengan anak2nya, dia cuma boleh pandang sahaja kebahagian nuri bersama anak2 dan suami baru..bak kata pepatah menyesal kemudian tiada gunanya...
ReplyDeletetak faham apa maksud syukri pada sarah yang dia hendak sarah mendidik anak2 mereka bersama2..adakah anak2 dia bersama nuri..maklum la dah namanya perkongsian kan..kalau betul la anak2 nuri pun nak di ajaknya sarah mendidik bersama2 memang syukri seorang lelaki yang paling teruk sekali di dalam dunia selepas apa yang dia buat pada nuri..memang hancur la nanti perangai budak2 tu kalau sarah pun sama mendidiknya...
ReplyDeleteMksudnya sarah akan dpat ank juga dng syukri
DeleteMksudnya sarah akan dpat ank juga dng syukri
DeleteMaknanya nanti sarah akan dapat juga anak dgn syukri.ahhhhhhh tak sanggup rasanya kalau sarah dot anak dgn syukri.biar sarah bercerai dgn syukri...benci betul
DeleteOwh tidak...
DeleteKira sumpahan mak sarah tak menjadi eh..
Mak teh, jgn buat sarah ada anak dgn syukri..
Tolong..tolong..tolong...
Takut anak2 dengan nuri terabai nanti...
Sarah pandai menggunakan kelemahan syukri supaya syukri akan focus pada dia sahaja..
Sekarang pn syukri dah menjadi tukang basuh, tukang kemas, tukang masak dan bila ada anak jd bibik pulak..
Memang makin haru biru lagi kehiduoan nuri..
Kesian..
Dan jugak mak teh..
DeleteSarah masih x layak menjadi ibu dengan sifat buruk dia tu..
Dah tu kunun2 penggeli sangat padahal dia la seorang yang pengotor dalam dunia ni..
X bole bayangkan kalau dia ada anak..
Mau anak asik keluar masuk hospital...
Dan makin terabai la anak2 dengan nuri nanti...
Ha! sampai sarah ada anak dengan Syukri, tapi dengan Nuri tak bercerai? Ohh Tidak! Biarlah Nuri dengan orang lain @ hidup sendiri. Tak sanggup dah tengok Nuri bermadu. Sedih sangat.
DeleteAdakah ini bermakna sarah akan hidup bahagia dgn syukri dan bakal ada anak......arhhhhhh tidak
Deletesibuk je la siyam ni..
ReplyDeletedah macam mentor dgn protege pulak derang ni..
mau siyam ni bole sangkut dgn laki orang gak kalau gedik yg perangai teruk pun dia kata baik..
padahal dia tahu time nuri sarat menunggu hari je bila dia yang cadangkan gedik menggedik dgn laki dia pergi langkawi...
Nampak sangat Syukri tak pernah kenal perangai sebenar Sarah, selama ni berpura-pura cintakan Syukri. Semoga kebenaran terserlah dan Syukri celik akan perangai Sarah sebenarnya.
ReplyDeleteSyukri memang tak pernah kenal dua² isterinya. Benci laki macam syukri.
DeleteMak Teh, sampai bab berapa nak jumpa Nuri+anak². Rindu la. Menyampah sangat dah dengan sikap bermuka² si gedik ni.
ReplyDelete