Sebelum dia bekejar kebilik air sempat juga Nur Hidayah
mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang telah menyediakan air dan meggi.
Tetapi baru hendak menyudu megginya pula kalam kabut dia meletakknya kembali
dan terus bekejar kebilik air. Dia dibilik air terterewak-uweak muntah. Yang
keluar hanyalah air holack yang baru ditelanya. Bila muntah nya bagai tiodak
mahu berhenti yang keluar hanya air kuning dari isi perutnya. Badanya pula
lemah dan tidak mampu berdiri lagi. Fatihah menyangga dan mengheretnya kekatil
semula. Dia atas katil dengan baring mengerekut dan mengerang.
Entah mengapa selesai dia mandi tadi perutnya bagai
sudah tidak dapat berkomporomi lagi bila tiada makanan yang masuk. Sudah empat
hari dia hanya menjamah makanan dan air sebagai syarat untuk menyambung
kehidupanya sahaja. Hari itu dia makan sebuku
roti bersama air milo diwaktu pagi dan hingga kepetang tiada lagi makanan yang
masuk keperutnya. Tetapi yang hairannya ketika dilokap boleh pula dia bertahan.
Mungkin dia tidak terlalu memikirkan
keadaan perutnya menyebabkan perutnya yang kosong terlupa mahu minta diisi.
Melihat keadaan Nur Hidayah Nur Fatihah menjadi
tenggelam punca. Dia menangis ketakutan. Tiba-tiba melintas pesanan bosnya,
bila dia dapat berhubungan dengan Nur Hidayah. Dengan cepat dia menghubungi
Tengku Farid.
“Boss..tolong bos..Hidayah dah balik tapi dia
termuntah-muntah ni..saya tak tahu apa nak buat. Tolong datang bos”.
“Ok..ok..bertenang Fatihah. Sedut nafas..sedut nafas.. jangan
cepat cepat macam tu..sedut nafas dalam-dalam ..kemudian lepas perlahan-lahan
buat..sedut nafas lepas.” Dua tiga kali Tengu Farid mengajari Nur Fatihah
menyedut nafas agar dia dapat bertenang. Mendengar Nur Fatihah sudah tenang
dihujung talian barulah Tengku Farid menyuruhnya meneruskan ceritanya.
“Sekarang Hidayah kat mana?”.
“Ada kat bilik dia, tengah mengerang..saya tak tahu dia
sakit apa. Tapi tadi dia balik dia mandi..lama dia mandi..bila keluar mandi
terus sahaja dia terjelepuk didepan pintu bilik air. Saya tolong dia baring
atas katil. Lepas tu dia tertakan-tekan perut dia dan minta saya buatkan air
dan meggi. Lepas minum air yang saya
buat dia muntah-muntah sampai lembik..tolonglah bos bawakan Hidayah pergi
kehospital..tolong bos”. Nur Fatihah
sudah menangis lagi dihujung talian mungkin kerana ketakutan.
“ok..ok..bagi alamat rumah saya pergi sekarang”. Nur
Jannah yang menelinga di sisinya. Terus sahaja
menyaipkan diri, dia kelbilik nenek dan datuknya.
“Tuk nenek Jannah nak tolong abang pergi jenguk
Hidayah, tapi anak-anak Jannah tak bawa ye nek”. Anak-anak Nur Jannah sudah
empat orang termasuk Arif. Anak nya yang kecil baru berusia lima bulan.
“Ialah-ialah pergilah…” Tidak banyak soal nenek Bedah
dan atuk Ibrahim bila melihat kekalutan cucunya. Tengku Farid sudah menghidupkan
injin keretanya bila Nur Jannah keluar dari bilik nenek dan datuknya.
Baru sahaja kereta keluar dari pintu pagar kedengaran
telefon Tengku Farid berbunyi..
“Sayang angkat call tu”.
“Atuk bang..”.
“Sayang guna ‘loud-speaker’..Jawap
Jannah..bagi tahu atuk Hidayah dah balik rumah dia”. Rupanya Tengku Faizal
menghubunginya. Dia menceritakan sedikit tentang Nur Hidayah dari seseorang
yang tidak memperkenalkan dirinya. Dia mengatakan Nur Hidayah sudah dibebaskan
dan dia didapati tidak bersalah.
Yang sebenarnya yang menghubungi adalah doktor Johan
Hamdi kerana meminta Tengku Faizal membawah Nur Hidayah ke Hospital secepat
mungkin. Untuk memastikan darahnya tidak dijangkiti kuman Adis. Dimalam kejadian
dia melihat Nur Hidayah memangku kepala Tengku Faris yang sudah cedera. Malah
darah Tengku Faris membasahi separuh bahagian depan telekong yang dipakai oleh
Nur Hidayah.. ketika dia ditahan Nur Hidayah masih memakai telekung itu.
Mengikut dari cerita kawanya seorang Inspektor polis berkemungkinan besar jari
Nur Hidayah terluka dalam siasatan, ekoran paksaan mengaku yang dibuat oleh
pihak polis.
Untuk memastikan tiada jangkitan kuman melalui luka dia
mesti melakukan pemeriksaan darah. Apa yang disampaikan oleh Tengku Faizal
menjadi tanda Tanya kepada Tengku Farid suami isteri. Mungkinkah kehilangan Nur
Hidayah selama papanya koma dihospital kerana dia ditahan polis?. Oh sungguh misteri
Nur Hidayah ni.
“Bang!! Nur Hidayah kena tahan polis ke..abang tak
cerita pun dengan Jannah”.
“Abang pun tak tahu sayang..kalau abang tahu..abang
pergi jamin dia..kesian dia tak jumpa papa sampai kesudah”.
“Tak apalah bang perkara dah lepas papa pun dah selamat
dikembumikan..kita ni kena cepat..kawan hidayah tadi sampai menangis tenguk
keadaan dia tentu teruk tu kalau tidak tak kan dia panic macam tu”.
“Ialah..ialah”. ..tetapi mereka perlu cepat bila mendengar
kelakutan Nur Fatihah tadi. Mereka membayangkan Nur Hidayah dalam keadaan yang
serius itu sebabnya Nur Fatihah menjadi kalut.. Tengku Farid ke alamat yang diberikan
oleh Nur Fatihah di Taman Ceras Intan.
Masuk sahaja Tengku Farid kedalam apartment Nur Hidayah,
terus Nur Fatihah menunjukkan bilik Nur Hidayah. Dari pintu bilik mereka melihat
keadaan Nur Hidayah yang mengerekut seperti udang digoreng dan bunyi erangan
walaupun perlahan. Nur Jannah memeriksa badan Nur Hidayah yang mengerekot dahinya memercik peluh. Mengikut kata Nur
Fatihah tadi dia baru sudah mandi dan rambutnya masih basah. NurJannah
memanggil suaminya.
“Bang mehlah masuk, teruk betul keadaan Hidayah ni.
Rasanya kena bawa ke hospital hari ni juga ni”. Bila melihat suaminya
teragak-agak untuk memasuki bilik Nur Hidayah..sekali lagi Nur Jannah menoleh keluar
bilik dan mengamit suaminya yang masih berdiri dekat pintu masuk tadi...
“Bang! masuklah cuba tenguk adik abang..ini kan adik
abang..Jannah rasa dia tak mampu nak berjalan, abang tolong dukung cepat bang..jangan
sampai kita terlambat, tak guna nanti…”.
Tengku Farid masuk kebilik Nur Hidayah dihampiri katil
Nur Hidayah..diseru namanya perlahan…
“Hidayah..you ok ke”. Nur Hidayah tidak menyahut..
badan tetap mengerekut kerana lututnya menahan perut.
“Bang cepatlah angkat adik abang ni, kita bawa
kehospital”. Bila Tengku Farid masih termangu Nur Jannah mengesanya.
“ok..ok pakaikan dia tudung..nak salinkan dia baju
tak?”.
“Tak payah lah ini pun dah ok..” Nur Jannah membuka
almari pakaian Nur Hidayah mengambil sehelai tudung sarung yang tergantung
didalamnya. Pantas dia meyarungkan kekepala Nur Hidayah..
“Ok bang jomlah”… Tengku Farid mencempung badan Nur
Hidayah dan memabawnya kekereta…
“Berapa hari dia ni, tak makan agaknya” Sambil berjalan
sambil mulut Tengku Farid memberi komen. Tengku Farid berkesah menyamakan berat
badan Nur Hidayah seberat anaknya lelaki yang tua yang kini sudah berusia lima tahun.
“Kenapa bang..”.
“Macam berat badan Arif sahaja..”
“ia ke bang..”
Nur Janah berjalan mendahulu suaminya kepintu kereta
disebelah belakang.
“Sayang masuk dulu..pangku kepala dia”. Nur Jannah
mengikuti segala arahan suaminya. Nur Hidayah dibaringkan di belakang dan
dipangku kepalanya oleh Nur Jannah masih kedengaran eragan perlahan Nur Hidayah
namun matanya tidak terbuka langsung sedari tadi.
“Jannah call atuk Ijal cakap kita bawa Hidayah ni kat
kecemasan..nampak teruk dia ni”.
“Ok..”. Selepas memutuskan talian dengan isteri cucunya,
Tengku Faizal menghubungi nombor yang menghubunginya tadi.. mengatakan Nur
Hidayah mahu dibawa ke wad kecemasan. Tadi sebelum memutuskan tali orang
memberitahu tentang Nur Hidayah berpesan jika Nur Hidayah dibawa kehospital dia
meminta dihubungi dengan nombor yang tertera..supaya mudah dia menangani
sendiri keadaan Nur Hidayah. Terdetik Tengku Faizal yang menghubungi adalah seorang
doctor.
Ketika sampai di perkarangan wad kecemasan doctor Johan
sudah menanti dengan sebuah Stretcher. Sekali lagi Nur Hidayah dicempung oleh
Tengku Farid dan diletakkannya diatas stretcher yang telah disediakan. Nur
Hidayah diberi rawatan segera. Dia dimasukkan air kedalam badanya. Dan
luka-luka dijarinya yang sudah membengkak dibasuh dengan anti septik kemudian
dibalut rapi. Kemudian darahnya di ambil untuk pemeriksaan lanjut.
Sementara menanti titisan air yang dititiskan kedalam badan
Nur Hidayah habis doctor Johan datang
menghampiri Tengku Farid.
“Tengku keadaan Nur Hidayah sudah terkawal. I rasa dia
pun dah terlena tu. Dia perlukan sebotol air lagi. I rasa elok dia tidur wad sahaja malam ni.
Kalau Tengku dan isteri Tengku nak balik boleh lah..”. Doktor Johan juga
menerangkan serba sedikit keadaan Nur Hidayah kepada Tengku Farid..
“Ohh dia kena duduk wad ke?”
“Duduklah sekejap nak pantau keadaan dia..kalau ok
rasanya esok pagi dah boleh balik dah.”
Sedang mereka bercakap-cakap terjengul Tengku Faizal
dengan nafas yang masih tercungap..
“Hidayah macam mana Farid”. Kedengaran suara bimbang
Tengku Faizal.
“I pergi dulu”. Setelah bersalaman dengan Tengku Faizal
yang baru tiba doktor Johan meminta diri.
“Dia dah ok tuk tengah masukkan air, kata doktor
badannya kekurangan air..yang dia muntah tu sebab perutnya lama tak dimasukkan
makanan, itu yang menolak bila masuk air holick tu..ni sekarang dia tengah
tidur..biarkan lah dulu. Doktor kata lagi Hidayah kena duduk wad malam
ni..kalau ok, esok dia boleh balik.Tuk apa cerita Hidayah ni yang sampai dia
kena tahan dek polis ni tuk”.
“Entahlah Farid, atuk pun tak tahu juga, tiba-tiba tadi
ada orang call atuk, dia kata Hidayah dah bebaskan dan dia didapati tidak
bersalah. Kemudian dia suruh kita hantar dia pergi hospital sebab nak pastikan
dia dijangkiti ADIS atau pun tidak.Harap- harap tidaklah. Sebab pada malam
kejadian telekong Hidayah kena darah papa kamu Farid, lepas tu kemungkinan
besar jari-jari Nur Hidayah luka sebab kena paksa menangku masa siasatan. .entahlah
atuk bingung Farid. Kamu tenguk ada ke jari Nur Hidayah yang luka Farid..”.
“Memang luka tuk ada ada tiga ke empat jari dia yang
dah bengkak..yang lain luka juga mungkin tak berapa teruk. Tapi doktor dan cuci
dan balut luka-luka tu”.
“Atuk nak tenguk sekejap cucu atuk tu”.
“Tak payahlah tuk biar dia rehat, dia dah ok dah
tu..esok kita jenguk dia. Insyaa Allah dia dah ok tu”.Tengku Farid cuba
meyakinkan datuknya.
Ketika azan berkumandang Nur Hidayah terjaga dari
lenanya. Oh dah subuh. Bila dia memandang tangan kananya tertancap alat yang digunakan
untuk memasukkan air kedalam badan dibawah kulit belakang tanganya. Bila
dipandang kejarinya tujuh dari sepuluh jarinya berbalut dengan kain yang
kekunigan warnanya, munkin warna kuning itu ubat yang digunakan untuk menyembuhkan
lukanya. Ketika itu seorang nurse melalui katil baringnya dia memanggil.
“Nurse..boleh tak tanggalkan jarum yang kat tangan saya
ni”.
“Ohh..belum boleh lagi. Cik nak pergi mana?”.
“Saya nak ke tandas. Cik arah kiblat mana”.
“Pegang botol ni bawa sekali masuk ketandas..tandas
dekat sahaja tu”.
Subuh tu Nur Hidayah solat diatas katil hospital dengan
duduk berteluku mengadap kiblat yang telah ditujukkan arahnya oleh nurse tadi.
Selesai solat Nur Hidayah membaca surah Al-Ikhkas untuk kedua papa dan mamanya
yang sudah berlainan alam dengan dirinya. Kini dia menerima kenyataan papanya
sudah tiada untuk melindungi dirinya lagi. Dia mesti tabah untuk mengharungi
cabaran yang bakal diharungi sendirian selagi dia masih bernyawa.
Pada pukul 7.00 pagi lagi Tengku Farid suami isteri
datang menjengahnya dengan menjinjing
bakul.
“Asalamualaikum”..sapa ceria Tengku Farid suami isteri
bila melihat Nur Hidayah sudah menyandar dikepala katil. Biar pun mata nya
terpejam.
“Walaikumsalam..Ehh pagi nya bos sampai..pukul berapa
dari rumah..jalan tak jem ke”.
“Wahh dah sihat lah ni ye..tu yang soalan tak tahu mana
satu nak jawab dulu”.
“Alhamdullilah sihat sangat rasanya bos.”
“kalau rasa dah sihat doctor kata pagi ni dah boleh
balik”.
“Jannah bawa apa tu.. besar bakul yang boss bawa”.
“Hidayah I am your brothers call me ‘abang’ bila kat luar macam ni”. Ingat
Tengku Farid bila sudah tiga kali Nur
Hidayah memanggilnya bos.
Sedang Nur Jannah mengeluarkan isi bakul yang dijinjing
oleh suaminya Tengku Faizal tiba dengan senyuman cerianya.
“Asalamualaikum cucu-cucu atuk. Jannah bawa apa tu”.
“Bubur tuk.. untuk orang sakit”.
“Ada tak bahagian untuk orang yang tak sakit”. Tengku
Faizal memang ceria orang nya.
“Tunggu tuk, kalau Hidayah tak habis nanti adalah
bahagian untuk atuk.” Jawab Tengku Farid yang sudah tahu tingkah laku datuknya
yang suka bergurau.
”Jangan habiskan Hidayah ye, atuk nak sikit. Atuk ni
kalau Jannah yang masak rugi rasanya kalau tak makan”. Tengku Faizal pura-pura
berbisik ketelinga cucu perempuanya..saja dia bergurau begitu untuk
menghiburkan harti Hidayah agar dia tidak rasa terpinggir.
“Atukk” Tengku Farid menyeru nama atukknya.
“Banyak Jannah masak tuk..abang suruh bawa lebih sebab
dia nak rasa makan kat hospital. Kami tak minum pagi lagi ni tuk”. Akhirnya
mereka sama menikmati bubur yang dibawa untuk Nur Hidayah.
Memang terasa meriah pada Nur Hidayah makan pagi.. hari
itu. Nur Hidayah juga makan bertambah memang sedap bubur yang dimasak oleh Nur
Jannah..cukup semua ramuanya.. sayur campur (jagung kacang peas dan lobak
merah) ayam dan sedikit santan. Untuk bertambah wangi Jannah mencampurkan
dengan sedikit bawang goreng dan daun bawang dan daun sup. Seperti yang
dikatakan oleh doctor Johan, Nur Hidayah dibenarkan pulang pagi itu juga.
Ketika sampai ditempat pakir kelihatan pemandu Tengku
Faizal sudah tercegat disisi kereta Tengku Faizal..
“Hidayah you nak naik kereta siapa kereta atuk ke
kereta abang Farid kamu”.
“Tapi saya nak balik rumah saya”.
“Hissy budak ni orang tanya nak naik kereta siapa dia jawab
nak balik rumah dia pula. Balik dengan atuk ye”.
“Dato’”. Baru satu perkataan yang keluar dari mulut
Hidayah dia sudah ditegur.
“Hidayah panggil I atuk bukan Dato’..I ni atuk you.. Hidayah”.
“Ialah..ialah..Biar saya naik kereta Tengku..”
“Hidayah panggil I abang.. I abang you Hidayah”
“Ialah..ialah saya nak naik kereta abang Farid tapi
tolong hantar kan saya kerumah saya”.
“Ok Jom”..
Ketika jalan yang diambil tidak menuju keCeras Nur
Hidayah bertanya.
“Abang Farid ni bukan jalan ke rumah saya..”
“Untuk dua tiga hari ni you kena duduk rumah abang.. pulihkan
tenaga dulu baru balik rumah Hidayah.”
“Tapi saya takut kesihatan saya ada bersangkut paut
dengan virus ADIS..kesian anak-anak yang baru nak melihat dunia abang Farid”.
“Abang yakin you bebas dari kuman
tu..percayalah..Dengar cakap abang, duduk rumah abang dua tiga hari ni. Kalau
dah betul-betul sihat, baru balik rumah kat Cheras..lepas tu jangan lupa pergi
kerja..banyak kerja Hidayah yang tertangguh, kerja-kerja papa lagi.. teruk abang buat kerja sorang tau.”
“Abang ni Hidayah baru keluar hospital abang dah arah
dia pergi kerja”. Tengur Nur Jannah dengan sikap suaminya.
Kesihan sungguh pada Dayah, apa yang terjadi pada Tengku Faridah, tak ke dia menyalahkan Hidayah bila dia datang rumah nanti.
ReplyDeleteKesian dayah. Mana tengku Faridah????? Hiii geramnya perangai nenek dia ni.
ReplyDeletedibah
Baru keluar watak Jannah...
ReplyDeleteMak Teh, nak tanya sikit yer. Perempuan akan jadi mahram dengan anak tiri setelah dia bersama dengan suaminya kan? Pernah baca begitu tapi tak pasti.