~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Saturday 28 February 2015

Nur Hidayah 35


  p/s; mungkin berulang sedikit ceritanya sorry ye...



          Dua hari Nur Hidayah duduk di penjara  baju, seluar dan telekung yang tidak berganti. Tumpukkan darah ditelekung memenuhi setengah dari telekungnya yang berwarna putih. Dia diarahkan menukar pakainya namun bila dilihat baju yang diberi berlengan singkat dan seluarnya juga singkat  dia tidak mahu. Biar lah dia memakai pakaian yang dicemari darah tetapi menutup auratnya itulah pendiriannya.

Sejak dia ditahan reman dan disoal siasat kerana disyaki melakukan keganasan kepada suaminya sendiri, dia melakukan solat dengan pakaian yang tidak bertukar..namun rintihan perlahanya menghibakan hati sesiapa yang mendengar.. Rintihan Nur Hidayah dengan suara perlahan selepas selesai solatnya boleh didengari dari balik dinding kerana mereka sudah menempatkan sebuah kamera tersembunyi bagi mengetahui apakan perlakuan setiap banduan untuk mencari bukti. Di hujung hari kedua dia dijerkah oleh seorang pegawai polis kerana dia enggan menanggalkan telekungnya. 

 “Kenapa awak degil sangat. Berapa bahagian yang awak dapat dalam rancangan yang awak rancang ni. Kalau awak didapati bersalah dengan siasatan kami, semua yang awak dapat tu tak guna juga. Jadi awak bekerjasamalah  dengan kami..kami akan tolong awak. Dan awak nak apa sahaja kami sediakan. Cakaplah siapa dalang yang memukul suami awak”. Yang sebenar sudah ada tangkapan untuk kejadian pukul di pintu masjid. Kesemua mereka positiv dadah jenis yang sangat merbahaya. Dadah yang diambil membolehkan seseorang itu tidak merasa takut dan bertenaga lebih dari kebiasaan. Sesiapa yang mengambil dadah ni akan merasa dia ingin berkuasa dan ganas. Tetapi dadah ini juga jika  diambil berlebihan akan mengakibatkan kematian. Maklumat dari Nur Hidayah bertujuan untuk mengkap pembekal dadah tersebut.

“Puan..saya betul-betul tak tahu siapa yang pukul suami saya. Macam mana saya nak cakap kalau saya memang tak tahu.”

“Kami tahu awak tahu siapa dia..mungkin orang itu adalah boyfrend awak itu yang awak tak nak cakap..sekarang  buka telekong awak.. Buka!!!. Jangan nak tunjuk alim. Kat sini lakonan awak tak dapat mengabui mata kami… sekarang  buka telekong awak.. Buka!!!.”..melihat Nur Hidayah tidak mengikuti arahannya dia jerkah lagi. Boleh tahan juga suara polis wanita yang berbadan  ‘tough’ bila menjerkah.

“Puan membuka dan menunjukkan aurat kita dihadapan bukan mahram kita adalah berdosa. Saya tak mahu dosa itu.. Kalau saya ikut arahan puan, mungkin saya akan terlepas dari deraan puan, tapi saya tak akan terlepas dengan siksaan Allah diakhirat kelak. Tapi saya lebih rela didera sekarang dari Allah yang mendera saya nanti.Ya Allah teguhkan hati ku untuk menerima ujian Mu..kerana aku lagi takutkan siksaan mu”.Mendengar rintihan Nur Hidayah pegawai yang menyoal siasat makin naik angin. Itulah kisah Nur Hidayah dimalam kedua dia disoal siasat.
   

           Tidak disangka setelah dua hari dia didera suapaya mengaku dan memberitahu orang memukul suaminya. Diawal pagi ketiga dia dikunjungi oleh orang cuba menolong nya malam itu. Dia membawa sepasang telekung, baju dan seluar pinggang bergetah. Namun kedatang penolong Nur Hidayah menjadikan kes Hidayah bertambah menjadi sebutan. Mana tak menjadi sebutan pada malam dirinya dipaksa membuka telekongnya kerana mahu dia tidur dalam keadaan kesejukkan..Nur Hidayah berdoa meminta Allah menjaga dan melindungi aurat dan maruahnya. Dan pagi itu ada seorang hamba Allah yang datang menghulur telekung dan pakaian untuk Nur Hidayah.

“Ya Tuhan ku, segala yang terjadi adalah ketentuan Mu dan segala yang bakal terjadi juga dibawah kekuasaan Mu. Jika benar aku adalah hamba mu yang teraniaya maka kasihanilah aku. Aku hamba mu yang tidak mempunyai kuasa untuk menghalang apa yang akan dilakukan oleh hambamu juga. Aku memohon pertolongan Mu ya Allah ya Tuhan ku… lidungilah maruahku, lindungilah aibku dan lindungilah aurat ku dari pandangan bukan yang berhak.. Ya Allah.

               Yang sebenarnya penahan Nur Hidayah sudah menjadi bualan oleh para pegawai polis yang berkawal, walau pun baru sehari semalam dia ditahan. Mana tak jadi bisikkan antara mereka..Bila seorang perempuan muda yang disyaki oleh ibu mertuanya sendiri  bersubahat atau merancang membunuh suaminya kerana hendakkan harta. Mereka membayangkan wanita muda itu tentulah seksi bergaya dengan make-up yang tebal, kemudian berlagak bongkak dan berbahasa kasar. Tetapi alangkah terkejutnya mereka, bila dilihat dia seorang yang lembut dan berbungkus telekung, muda memang muda.

           Dihari pertama soal siasat wanita itu hanya berkata dia tidak tahu dan tidak kenal..apabila dilakukan perkaranya yang menyakitkan dia hanya beristifar berulangkali sambil memejamkan matanya. Bila disoal lagi tetap juga sama  jawapanya.. dia tidak tahu dan tidak kenal. Ketika rehat sebentar dan waktu makan tiba..pertama kali diberi makanan dia tidak menjamah makanannya, dia hanya meneguk sedikit air yang diberi. Lebihan air diambil kembali. Bila tiba waktu solat dia meminbta izin untuk ketandas untuk mensucikan diri dan berwuduk. Namun permitaanya tidak dihiraukan.Bila permintaanya tidak dihiraukan  dia akan berpaling  menuju ke penjuru bilik lalu melakukan seperti orang berwuduk dan terus mendirikan solat..

..tenang dia bersolat, selesai solat dia berdoa…Wahai tuhan ku pandanglah aku yang tidak berdaya..aku tidak mampu walaupun dengan sesama manusia..Ya Allah sesungguhnya kaulah yang Maha Berkuasa dan aku hamba mu yang tidak berkuasa..terimalah solat ku yang tak berwudu’ dengan sempurna, walau pun itu yang Kau wajibkan kepadaku.Namun aku tidak berkuasa melaksanakan apa yang diwajibkan keatas ku. Aku memohon terimalah solat ku yang tak sempurna syaratnya.

…Waktu makan tiba lagi kali kedua ..dia juga tidak menjamah makanan, namun air minuman yang hanya segelas diambilnya lalu dijadikan air untuk berwudu’..para pertugas yang menyaksikan berpandangan sesama sendiri. Walaupun hati mereka tersentuh namun mererka tidak dapat melakukan apa-apa. Itu adalah cara-cara untuk membuatkan para penjenayah memberitahu perkara yang sebenarnya. Bila cara tekanan mental tidak berjaya mencungkil isi hati pesalah mereka menggunakan cara kekerasan pula.

“Cuba awak bagi tahu kami siapa yang sebenarnya yang pukul suami awak tu. Awak tahu tak mereka pukul suami awak sampai mati, kalau mereka dibiarkan bebas, tak mustahil perkara suami awak akan berulang sekali lagi. Jadi macam mana Negara kita nak aman..orang ramai tak bebas duduk diluar rumah bila penjenayah berkeliaran. Awak berilah kerja sama untuk kita sama-sama menjaga keamanan dan keselamatan orang ramai”.

“Sungguh-sungguh saya kata.. saya tak tahu dan saya tak kenal mereka”.Ketika itu pegawai yang menyiasat  mula mengepit jari-jari Nur Hidayah.

Dan di awal pagi hari ketiga Nur Hidayah dipenjara, seorang hamba Allah datang membawa sepasang telekong baju dan keperluan lain untuknya….

“Encik boleh saya jumpa dengan Nur Hidayah binti Abdullah”.

“Encik siapa apa keperluan encik jumpa dia”.

“Nama saya Johan Hamdi bin Johari..saya kawan dia. Hanya nak bagi telekung dan keperluan lain pada dia”.

“Yang sebetulnya banduan ni tak boleh ditemui oleh sebarang orang”.

“Kalau macam tu boleh saya jumpa Inspektor Azrul Azam”. Tidak lama terjengul kawanya menemuinya.

“Hai pagi lagi kau cari aku. Baru malam tadi kita lepak dah nak jumpa aku balik rindu aku ke...tak kerja ke kau hari ni..”.

“Hssy ada ke kau cakap macam tu..dengar dek orang mahu mereka salah anggap pada kita. Tak kerja aku nak rindukan kau..Aku kerja malam. Ni aku nak bagi pada banduan kau yang bernama Nur Hidayah binti Abullah tu”.

“Hai sampai kau berbagi-bagi ni ada apa-apa ke”.

“Pada pandagan mata akulah, aku tak percaya dia sanggup jadi pembunuh  kerana gilakan harta, mungkin hanya salah faham kita kot. Lagi pun kita bantu dia nak solat Zam, membantu orang mengadap Allah dengan sempurna kan kerja baik..bukan kita bersubahat pada kejahatan dia. Betul tak. Lepas kau cerita pasal dia malam tadi, aku terfikir..apa salahnya kita bantu dia mengadap Allah dengan sempurna. Ni kita nampak pakaian dia bernajis dan dia berusha juga nak bersolat kita bantulah dia bersolat dengan sempurna. Kita sebagai pemerhati takkan nak pejam mata sahaja. Untung-untung dapat juga kita pahala dia sikit.”. Lama Isnpektor Azam memandang sahabat baiknya. Dia pernah terfikir sebegitu, namun dia terhalang oleh peraturan ditempat kerjanya. Dia bersyukur sahabatnya terbuka hati menghulur bantuan..dan akhirnya akal nya membenarkan kata-kata sahabatnya.

            Yang sebenarnya dirinya dan doctor Johan Hamdi berkawan sejak di sekolah lagi. Masa itu mereka besekolah di MRSM Jerantut Pahang. Setelah lama terpisah bila dia diterima masuk ke UIA dan Johan Hamdi meneruskan pengajianya keluar Negara. Tetapi bila bekerja mereka bertemu semula di Kuala Lumpur.  Walaupun seorang doctor dan seorang lagi Inspektor polis mereka tetap berkawan. Bila ada waktu terluang mereka akan bertemu bertukar-tukar pengalaman dan kejadian tentang kerja mereka. Semalam sehabis waktu bekerja  Azrul Azam menghubungi  Johan Hamdi untuk makan bersamanya sebelum dia pulang  kerumah..

 “Hello kau kat mana..”

“Asalamulaikum! salam kau mana Zam..salam tu kan wajib untuk  kita sesama Islam” Tengur Johan Hamdi. Biar pun dia belajar diluar negara namun dia peganagan Ugama nya agak teguh. Dulu dia seorang Islam yang biasa-biasa sahaja. Solat pun kadang-kadang ada yang tinggal. Tetapi sejak dia belajar diluar Negara bercampur dengan pelajar-pelajar Islam dari seluruh Negara matanya terbuka untuk mendalami Islam. Tambah membantu bila rakan sebiliknya seorang pelajar yang begitu teguh pegangan ugama Islamnya kerana ayahnya seorang Imam dikampungnya. Akhirnya sehingga dia habis belajar, dia masih lagi mencari ilmu ugama dinegaranya sendiri.

“Ialah..ialah Assalamulaikum..”

“Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh  …ha yang kau macam tak menyempat-nempat tu kenapa.”

“Kau kerja tak…jom kita lepak. Aku baru habis ni  sebelum balik aku nak isi perut dulu. Kalau dah sampai rumah ,malas pula nak keluar..”. Pertanyaan kawannya tidak berjawab..dia mengesahkan pula hal dirinya.

“Kenapa? mak ayah kau tak ada kat rumah ke”.

“Itulah pasal.. mereka pergi rumah adik aku yang bungsu..dia baru bersalin dah dua hari dah. Semalam baru balik hospital jadi mak ayah aku kesana lah, nak menyambut cucu yang kesepuluh…mau seminggu mereka duduk rumah adik aku tu. Seminggulah nampaknya aku berumah tangga kat kedai.  Lagi pun Jo.. aku ada cerita nak cerita kat kau”.  Duduk sahaja sahabatnya diahadapanya terus sahaja Azrul Azam berkesah tentang kes yang sedang ditangainya. Yang mahu diceritakan oleh Inspektor Azrul Azam adalah kes yang sedang ditanganinya berkenaan seorang isteri muda yang merancang pembunuhan suaminya kerana harta. Isteri muda itu bernama Nur Hidayah binti Abdullah.

 “Jo aku heran betul..sorang perempuan ni dituduh oleh emak mertuanya…”.

 “Hai bergaduh dalam rumah sampai dibawa kebalai ke?”.

“Kau ni.. aku belum habis cerita dah potong cerita. Bukan bergaduh kat rumah..tapi perempuan ni dituduh merancang pembunuhan suaminya. Suaminya dipukul hingga mati dihadapan masjid. Yang aku heran dia ni muda lagi, pikat sahajalah orang kaya tak payahlah merancang membunuh bagai, kan dah susahkan diri. Dia ingat senang ke nak bunuh orang. Negara kita ni kan ada undang-undang ingat boleh lepas ke perbuatan bodoh dia tu. Hai entah lah kadang-kadang aku takut nak kahwin ..aku takut jadi macam nilah, orang yang sekatil dengan kita pun mengancam nyawa”. Keluh Azrul Azam.

“Muda sangat ke perempuan tu..suaminya muda ke tua?”.

“Muda Jo, kalau tenguk dari  segi wajahnya rasanya baru dipertengahan 20 han. Suaminya dah 54 tiga tahun. Aku baca dalam report tu dia merancang pembunuhan suaminya kerana nak cepat dapatkan harta. Kau tahu siapa suaminya..anak pengusha Hotel Dato’ Tengku Faizal”.

“Ohh..betul lah apa yang kau cakap tu, dia dapat pikat anak orang kaya..tapi  bila dah dapat jadi isteri anak orang kaya yang dah tua cerewet pula. Agaknya tak tahan nak mengadap kerenah orang tua itu, itu yang dia bunuhnya suaminya tu”.

“Ada kemungkin juga. Tapi hebat perempun tu. Jo! dia berlakun pun nombor  satu, masa diaorang tahan dia.. dia pakai telekong yang penuh darah. Orang aku kata itu darah suaminya. Solat tak tinggal walaupun telekungnya di penuhi darah dan tak ada wuduk. Kata orang  aku, masa solat subuh dia nak pergi tandas tapi diorang tak hiraukan. Bila orang buat tak tahu, dia  berlakun ambil wuduk dan terus solat subuh. Solat zohornmya pula dia berwuduk dengan segelas air minuman yang diberi. Tahan dia tak minum, sebab air segelas tu dia nak buat wuduk. Kuat betul perempuan tu”.

“Aku rasa dia ni pandai dalam ugama. Aku ada pernah dengar kalau keadaan dhorurat kita boleh berlakun ambil tayamum macam yang perempuan tu buat”. (jangan cuba  dibuat apa yg mak teh tulis ni..nanti solat kita tak sah pula, sebab mak teh cuba cari dlm google tak jumpa. Mak teh hanya pernah dengar sahaja).

 “Tapi yang aku kagum dia kuat betul orangnya. Kau  tahu kan cara siasatan kami nak korek rahsia macam mana. Pertama kali aku jumpa orang perempuan muda yang lancar baca Yassin tampa buku Jo, kagum betul aku. Rupa nya Jo banyak fadilat surah Yassin ni…aku baru google tadi. Kau tahu Jo, bila kami kepit jari dia dia mula baca Yassin. Dia tak menjerit mengaduh pun, lebih-lebih pun dia pejam mata. Patutlah dia boleh bertahan rupanya kalau kit baca Yassin boleh mengurangkan rasa sakit tu. Dia tak makan dan tak minum dah dua hari termasuk hari ni..rupanya denagn baca Yassin kita boleh menghilkangkan rasa lapar dan dahaga”.

 “Siapa nama perempuan tu.”

“Nur Hidayah binti Abdullah”.

Aku rasa aku tahu perempuan tu”.

“Haa kau kenal ke? macam mana kau kenal dia?”

“Aku tak kenal dia tapi aku selalu nampak dia kat masjid dengan seorang lelaki. Kalau kita pandang macam ayah dan anak..tapi tak sangka pula mereka tu suami isteri. Kebetulan masa malam semalam kejadian  tu, aku ada kat masjid tu. Perempuan tu panggil orang yang kena pukul tu papa..tapi dia cakap dengan aku itu suami dia, mungkin panggilan manja mereka kut. Suami dia tu ada HIV positive”.

“Haa betullah tu. Habis tak bahaya ke darah HIV bila terkena tanganya yang luka”.

“Ikutkan memang bahaya. Luka ke jari perempuan tu kau kepit.”

“Masa aku kepit tak luka Tapi kau tahulah si Azman dia tu baran sikit. Lagi pun dah di kepit dua kali pecah jugalah hujung jari dia tu..”.

“Kesian juga aku dengar kisah wanita tu. Tapi aku tenguk dia tu bukan jenis yang jahat. Suaminya juga buka seorang yang cerewet yang membolehkan dia nak bunuh suaminya. Kau kena berhati-hati korek rahsia Zam, takut teraniaya orang yang tak bersalah. Aku ada dengar doa orang yang teraniaya ni akan dimakbulkan Allah..nanti lain pula jadinya”.

“Entahlah Jo..aku rasa pun memang betul dia tak tahu siapa yang pukul suaminya..Hanya tunggu esok ada sorang yang telah kami hubungi nak mengenal pasti siapa Nur Hidayah sebenarnya. Kalau orang ni datang In Syaa Allah kes ni boleh selesai”.

Dan dari cerita itulah paginya doctor Johan Hamdi  menghulur sepasang telekung dan baju yang bersih untuk Nur Hidayah dan dia juga berdoa agar wanita itu tidak dijangkiti virus yang tiada ubatnya..

 “Asalamualaikum apa khabar”.

“Walaikumsalam, Alhamdullilah masih bernyawa”. Nur Hidayah terkejut dengan kunjungan orang yang membantunya ketika malam kejadian Tengku Faris dipukul orang. Paling terkejut doktor itu membawa bersama pakaian dan telekung bersih untuk membolehkan dia bersolat. Bagi mereka yang mendengar rintihan Nur Hidayah malam tadi, yakin doctor itu datang kerana Allah mengabulkan doanya. Dan mererka percaya sesungguhnya NurHidayah teraniaya. Mungkin apa yang diperkatakannya betul, dia  tidak mengenali orang yang menyebabkan suaminya maut kerana pukulan mereka.

 “Mungkin puan tak kenal saya, tapi tak apa, saya datang sebagai sesama Islam. Pada malam kejadian saya ada dan nampak puan memangku kepala suami puan.”.

“Terima kasih, saya rasa saya masih ingat. Tuan yang tolong menghubungi pihak  hospital dan cuba membantu malam tu kan..”

“ni.. saya nak bagi ni untuk puan, supaya puan dapat mengerjakan solat dalam pakaian bersih. Semoga Allah menlindungi puan dan menunjukkan kebenaran untuk puan”. Nur Hidayah menyambut huluran beg plastic doctor Johan Hamdi. Bila diintai isinya.

“Alhamdullilah..Terima kasih..terima kasih banyak-banyak, hanya Allah yang dapat membalas bantuan tuan.”

 “Ini adalah kerana Allah. Setelah saya tahu, saya wajib memberi bantuan. Saya mengucapkan Takziah atas pemergian suami puan mengadap Illahi kerana kejadian tu”.  Dan perbualan mereka sekali lagi didengari oleh pegawai wanita yang bertugas ketika itu.

“Terima kasih sekali lagi saya ucapkan, kerana memberitahu berita tentang suami saya.”. Kelihatan Nur Hidayah mengambil nafas dalam dan menghenbuskanya perlahan, matanya juga berkaca-kaca bila mendengar berita kematian Tengku Faris.

Seperti yang diperkatakan oleh Inspaktor Azam pihaknya sudah menghubungi seseorang yang boleh mengenal pasti siapa Nur Hidayah yang sebenarnya. Di sebelah tengahharinya  pula seorang lagi lelaki muda, gagah dan tampan datang mengunjungi Nur Hidayah..wahh memang hangat balu Tengku Faris. Mana tak hangat, orangnya masih muda, kelihatan lemah lembut dan bersopan tentulah banyak pemintanya. Kali Ini Nur Hidayah dikunjungi oleh Syed Borhan sepupunya pula.

             Oleh kerana kejadian pukul itu membawa kematian kepada mangsa kes Nur Hidyah diangap kes berat. Pihak polis menyiasat bersungguh-sungguh. Jika dirasakan sesuatu itu boleh menjadi bahan bukti mereka akan berusha mendapatkannya. Mereka telah menjumpai nama dan nombor telefon antara bangsa di telefon tangan Nur Hidayah.  Nombor itu yang menghubunginya dimalam kejadian. Bila mereka menghubugi pemilik nombor mengatakan orang yang bernama Syed Borhan sedang bercuti dari kerja nya selama sebulan. Bila mereka meminta nombor talifon peribadinya.  Orang yang menjawap panggilan tampa ragu memberi nombor telefon tangan Syed Borhan. Makin senang kerja mereka.  Dapat sahaja nombor it terus sahaja Syed Borhan dihubungi..

             Terkejut Syed Borhan bila dihubungi oleh Nur Hidayah. Sudah lama dia mencari jejak Nur Hidayah namun tidak pernah dia membalas SMS nya apa tah lagi menjawab panggilan. Entah apalah mimpi Nur Hidayah menghubungi pelalui panggilan. Undangan perkahwinannya juga Nur Hidayah tidak hadir. biar pun dia sudah memaklumkan melaui SMS nya.

Cepat sahaja tangannya  menekan butang hijau.  dia melarikan diri kehujung jalan mencari ruang untuk menjawab panggil orang yang dirinduinya. Kedengaran suara seorang perempuan memberi salam dihujung talian tetapi rasanya bukan suara Nur Hidayah.

“Assalamulaikum..”

“Walaikumsalam..siapa ni, bukankah ini nombor Nur Hidayah??”.

“Ye saya guna telefon tangannya untuk menghubungi anda..anda Syed Borhan ke?”

“Ye saya..”

“Apa hubungan anda dengan dia”.

“Kenapa??? dia ada masaalah ke..saya abang sepupunya..”.

“Ohh..”

“Cakaplah terus terang..saya sudi membatu jika ada apa-apa masaalah dengan dia. Dia adik sepupu saya”.

“Encik..yang sebenarnya nombor encik yang tertera di malam kejadian pukul hingga menyebabkan kematian dan kejadian itu telah menjadi kes polis. Kami sedang menyiasat kejadian tersebut, Encik boleh membantu kami mencari bukti”.

“Siapa yang kena pukul adakah Nur Hidayah?.”

“Bukan.. yang dipukul adalah suaminya..boleh tuan memberi kerja sama untuk mencari bahan bukti”.

“In Syaa Allah saya boleh, apa yang perlu saya bantu..katakanlah saya sedia bekerja sama”.

“Boleh encik datang kebalai polis**** untuk memberi keterangan . Sebab kes ni kes bunuh jadi kami nak selesaikan dengan cepat. Ini untuk keselamatan orang awam. Jika penjenayah bebas orang ramai tidak selamat berada ditempat  awam. Bila boleh tuan datang”.

“Sebut sahaja bila, In Syaa Allah boleh datang kerana waktu ini saya sedang bercuti.”.








Friday 27 February 2015

Nur Hidayah 34




Mak teh cuba nak bayangkan siasatan orang yang ditahan reman..tpi rasanya tak berapa menjadi kalau tak btul jngan marah ye...Mak teh hanya pernah dngar sikit2 sahaja. Nak tnya pd orang pernah mengalami rsa tak sampai hati sbab dia sekarang dah jdi orng baik dan dia nak mlupakan saat hitam tu...


Demi untuk mendapatkan maklumat mereka terpaksa melakukan tekanan fizikal dan mental pada yang disyaki melakukan jenayah.Nur Hidayah pun diperlakukan begitu kerana disyaki merancang melakukan keganasan hingga mampu membawa kematian kepada suaminya kerana mahukan harta. Itulah yang diperkatakan oleh ibu mangsa terhadap menantunya. Jejak kaki  dibalai sahaja tekanan fizikal dan mental telah mula diberi kepada Nur Hidayah.  Pagi itu Nur Hidayah terpanggil-panggil seorang petugas meminta dirinya dibawa ketandas, untuk dia menyucikan diri sebelum dirinya mendirikan solat subuh. Namun tiada siapa yang menghiraukan. Akhirnya Nur Hidayah mendirikan solat tampa wuduk dan telekong yang dicemari oleh darah. Petugas disitu hanya memandang perlakuan nya. Diakhir solat Nur Hidayah merinteh pilu kerana solat yang didirikan tidak memenuhi syarat yang telah ditentukan.. berwuduk dengan sempurna dan suci dari segala najis..sedangkan telekung yang dipakai  tercemar dengan  darah Tengku Faris.

“Ya Allah Engkau yang Maha Berkuasa dan Engkaulah yang Maha tahu apa yang terjadi pada hamba-hamba Mu. Dan Engkau tahu keupayaan ku sebagai hamba yang sangat terbatas. Ya Allah terima lah solatku yang tidak sempurna ini..aku tahu solat ku perlu berwuduk dan suci dari segala najis, namun aku tidak dapat melaksanakan apa yang telah Kau perintahkan kerana aku adalah hamba mu yang lemah. Ya Allah jika kerana dosa-dosaku Kau turun kan kesukaran aku untuk mengadap Mu dengan tujuan supaya  aku tidak dapat menyembah Mu dengan sempurna ampunkanlah aku. Dan jika kerana  dosa-dosa ku menyebabkan kebencian Mu kepada ku maka ampun aku Ya Allah..aku mengharapkan belas kasihan Mu, terima lah aku dan pandanglah aku sebagai hamba yang telah Kau ciptakan. Aku merayu keampunanMu dan permudahkanlah urusan ku mengadap Mu Ya Allah”…

Yang sebenarnya apa yang dilakukan dan diperkatakan oleh Nur Hidayah akan didengari oleh pegawai yang bertugas disebalik dinding. Pagi itu dia diberi minuman pagi. Namun bekas untuk makanan itu sungguh menjijikkan. Hanya bekas untuk makan orang tidak berfikiran atau berperasaan sahaja yang mampu menjamah makanan yang dihulurkan. Untuk pertama kalinya dia diberi makan didalam bilik tahanan tekak Nur Hidayah tidak dapat menerima. Dia tidak memakan makanan itu. Yang sebenarnya itu adalah permulaan soal siasat yang mendera mentalnya.

Selepas minum pagi Nur Hidayah dibawa kesebuah bilik yang kelihatan suram sahaja. Ada dua orang pegawai sudah menanti dia disitu. Wajah dua pegawai itu pun garang semacam. Permulaan soal siasat lagi dia sudah diberi tekanan. Dia disoal bertubi-tubi, diherdek dan dijerkah bila jawapan tidak seperti yang diigini. Buntu hendak menjawap akhirnya Nur Hidayah menjawap tidak tahu sahaja pada soalan yang sememang nya dia tidak tahu.

Melihat kedegilah Nur Hidayah, mereka merasakan pasti  tidak akan mendapat tahu apa yang menjadi rahsia didalam hati Nur Hidayah. Untuk mengorek apa yang ada dihatinya, mereka harus mengenakan tekanan fizikal. Langkah permulaan jari-jari tangan Nur Hidayah dikepit satu persatu. Pada mulanya Nur Hidayah menjerit kesakitan.

“Kalau awak tak nak kami buat macam ni jawab soalan kami dengan jujur”. Namun ugutan mereka juga tidak membantu untuk mendapat jawapan yang mereka inginkan dari mulut Nur Hidayah.Jawapan ‘saya tidak tahu’ pada semua soalan mengecewakan mereka yang menyoal. Sebagai hukuman kukunya dikepit lagi dan lagi. Akhirnya Nur Hidayah hanya memejamkan mata dan mulutnya menyebut Astagfirullah berulang kali bila jarinya dikepit.

Tengahhari itu sekali lagi Nur Hidayah diberi makanan tengahhari, namun seperti diwaktu pagi keadaan bekas makannya umpama bekas untuk memberi kucing atau anjing  makan. Biar pun dipaksa Nur Hidayah tidak dapat menyuap kemulut  makan yang diberi. Pada Nur Hidayah mungkin itu petanda bahawa makan itu tidak suci untuk dimakan. Itulah sebabnya nalurinya menolak makanan yang  tidak suci untuk dijadikan darah dagingya. Makan sememangnya tidak dapat dijamah, namun air minuman yang segelas diambil, lalu dia menyisih ketepi dinding dan dia mengunakan air yang segelas itu untuk berwuduk. Selesai berwuduk dia mengangkat tangan berdoa. Dia kesudut bilik ketempat yang agak kering dan mendirikan solat zohor disitu..usai solat dia berdoa
“Ya Allah terimalah solat ku..dengan keadaan pakaian yang kotor ini..dan teguhkan lah iman ku agar tidak bersangka buruk pada Mu ya ALLAH..kerana tiada tempat lain aku menyerah diri ku hanya pada Mu Ya Allah yang Maha Mengetahui segalanya. Keterlaluankah permintaan ku kerana aku tahu solat ku tidak kulengkapi dengan wudu’ yang sempurna, dan pakaiku yang kotor bernajis... Namun apalah daya ku, aku hanya seorang hamba yang hanya tahu memohon kepada Mu. Ampunkan dosa-dosa ku, terimalah solat ku dan permudahkan diriku mengadap Mu disetiap waktu seperti yang telah Kau perintahkan..”.Itulah doa untuk solat Zohornya, tidak seperti doa yang selalu baca..

Selepas waktu makan tenggahari sekali lagi soal siasat dilakukan, oleh pegawai bertugas yang lain pula. Penderaan fizikal tetap dilakukan keatas  dirinya. Nur Hidayah sudah tahu jari tanganya akan dikepit dan ulangan kepitan dijari yang sudah cedera tentu akan  lebih sakitnya. Ketika dia ditanya Nur Hidayah memandang  wajah pegawai yang bertanya. Dia sudah bersiap sedia..dia dengan rela menghulur tanganya. Bila alat pengepit sudah dihujung jarinya dia mula memejamkan mata dan mulutnya membaca Bismillah seterusnya surah Yassinnya bermula. Seorang pegawai yang bertugas bagai tidak sabar dengan tingkah Nur Hidayah, dia bangun dan menghentak meja.

“Heii..awak ingat dengan bacaan Yassin awak boleh menakut-nakut kami ke..awak tak akan terlepas walau pun berpuluh kali awak bacakan Yassin untuk kami”. Namun Nur Hidayah tetap meneruskan bacaan Yassinnya. Dia bagaikan tidak mendengar jerkahan dihadapannya. Memang mahu naik hantu pegawai yang panas baran itu. Sebelum tindakkan yang lebih kasar dilakukan kepada Nur Hidayah, dia ditarik oleh rakan setugasnya keluar dari bilik siasatan untuk ditenangkan.

“Lee sabar lah..jangan kau main-main dengan surah Yassin. Malaikat akan memohonkan doa orang yang membaca  Yassin ni terima oleh Allah. Kalau dia doakanya kita dengan perkara-perkara tidak baik, macam mana  Lee.  Jaga percakapan kita, jangan takbur dengan surah-surah Allah.Kalau kita buat kerja berpada-padalah  tak lut cara macam ni, kita guna cara lain pula.”

“Aku tak tahan perangai dia tu yang tunjuk alim, tapi kejam dengan laki sendiri. Mentang-mentang dirinya muda..Angin betul aku..”.

“Kita kena sabar..memang kerja kita kerja yang mencabar perlukan kesabaran menagani kes-kes macam ni..sabar ye. Aku tak nak kita buat kerja melulu dan main hentam keromo nanti kita tak dapat apa, dapat bala adalah. Yang  sepatutnya kita tak boleh menghalang orang nak beribadat, biar pun dia tu penjenayah, baca Quran ni, macam kita berzikir juga itu kata ayah dan emak aku Lee. Lagi pun kita tak tahu lagi dia tu bersalah ke tidak. Aku rasa aku nak bagi dia..telekong emak akulah”.

“kau jangan nak bersubahat dengan dia pula Zam..”. Pegawai yang dipanggil Lee bernama Azli dan yang dipanggil Zam bernama Arul Azam. Dua orang Inpaktor bahagian jenayah berat.

“Bersubahat apanya sekurang-kurang aku menolong dia nak mengadap Allah dengan pakaian bersih. Aku tolong kerana Allah.Dah jom kita masuk.”. Ajak Azrul Azam untuk menyambung tugas mereka yang terhenti. Ketika mereka masuk semula kedalam bilik siasatan kedengaran Nur Hidayah sudah menghabiskan bacaan Yassinnya. Duduk sahaja dua pegawai penyiasat dihadapannya.. Nur Hidayah membuka mulut.

“Tuan maafkan saya..saya tidak membacakan Yassin untuk tuan berdua, saya baca Yassin untuk diri saya dan untuk suami saya..saya mengahrapkan kami reda dengan dugaan yang diberi dan meneguhkan pendirian dan iman kami, agar tidak bersangka buruk kepada Allah.”  Tidak diambil hirau segala kata-kata Nur Hidayah..siasatan diteruskan.

“Kenapa awak lebih rela dikepit jari dari memberi tahu apa yang awak dah rancang terhadap suami awak”. Nur Hidayah membisu. Sebenarnya dia tak tahu mahu menyatakan perkara yang dia tidak tahu.

“Cuba awak cakap, siapa yang awak upah untuk memukul suami awak. Mereka tu penagih dadah. Mungkin kalau awak bagi tahu kami siapa mereka, kami boleh menangkap bos mereka. Awak tahu tak perkara dadah ni mengacam Negara..merosakkan anak bangsa. Awak suka ke Negara kita jadi huru hara? Dan  orang awam terancam keselamatanya.”.

“Saya pun tak mahu Negara kita huru hara tapi saya memang tidak tahu siapa mereka encik.”  dengan jawapan itu jarinya dikepit hingga pecah hujung jarinya. Sebutan Astagfirullah berlagu di bibir Nur Hidayah dalam nada bergetar, pegawai wanita ditepi pintu yang berkawal  sudah mengeluarkan air mata bila dia mendengar suara sayu mendayu Nur Hidayah berlagu menyebut istifarnya. Sepanjang hari itu Nur Hidayah diberi tekanan..namun mereka tidak mendapat apa-apa klu untuk menyabitkan kesalahan terhadap Nur Hidayah.

“Berhenti dari beristifar. Ingat dengan istifar awak boleh menolong awak yang dak buat jahat ke?.. Janagn nak tunjuk alim tapi hati jahat macam hantu. Awak sedar tak awak sanggup membunuh kerana nak harta. Lagi pun macam mana awak bersolat.. telekong awak yang kena darah, bukan sikit. Awak tak tahu ke darahkan najis dan pakaian awak  dah dekat dua hari tak bertukar. Boleh  sah ke solat awak itu.Kalau dah tak sah solat awak boleh ke doa awak tu diterima..Dah tak guna nak berlakon.”

“Apa yang kita mampu buat kita buat kita buat dengan ikhlas..penerimaannya urusan Allah dan Dia Maha Mengetahui apa  yang ada didalam hati hambanya. Dan dia juga tahu apa  lakukan oleh semua hamba-hambanya..kita ikhlas melakukan untuk Nya lepas tu kita bertawakal, selebih urusan Dia.” Tenang sahaja jawapan Nur Hidayah kepada pegawai yang mempertikaikan tindakkanya. Bagi Nur Hidayah bab ibadat harus diperkatakan dengan jelas tidak perlu takut untuk menyatakan kebenaran  jika kita ikhlas melakukan.

“Pandai awak berlakon baik ye, tapi sampai hati awak upah orang  bunuh suami awak sendiri.  Isteri jenis apa awak ni. Cakap siapa yng awak upah untuk bunuh suami awak tu. Cakap!!!”. Tengking pegawai yang menyiasat mendiamkan kata-kata Nur Hidayah. Namun terdetik di hatinya adakah Tengku Faris sudah meninggal dunia maka dia dituduh menjadi pembunuhnya.

“Jawap!!!. Kalau tidak malam ni bogelkan dia biar dia tidur diatas simen biar dia kesejukan..” Jerit pegawai bertugas..

“Apa yang saya nak jawab kalau memang  saya tak tahu..”.. Sememangnya dia tidak tahu dan tidak kenal.Sekali lagi  hujung jarinya tadi dikepit dengan kuat tadinya hanya  pecah sedikit tetapi kepitan dengan hati yang geram menyebabkan lukanya bertambah besar dan berdarah dengan banyak.. Nur Hidayah beristifar berulang kali bagi menahan kesakitan.. dia merintih dengan perlahan seakan berbisik dengan dirinya sendiri.

“Ya Allah jika ujian ini untuk menghapus kan dosa-dosa ku aku reda ya Allah. Aku lehih rela disiksa oleh hambamu, dari bakaran api neraka Mu di akhirat kelak.”

==============
Kemudian kedua pegawai menyisih kehujug bilik dan berbisik-bisik. Mereka keluar dari bilik siasatan meninggalkan Nur Hidayah yang menahan denyutan dijari-jarinya.

“Aku rasa memang dia tak tahu lah Li..kalau tak takkan dia tak cakap. Kebanyakkan pesalah kena kepit sekali dua sahaja dia dah ikut apa yang kita nak”.

“Ahh mungkin ketua pengadar tu boyfriend dia, itu yang sanggu bertahan tu.. mana tahu. Jangan kau tertipu dengan gaya alim dia tu Zam”.

“Aku rasa tak Lee..kalau boyfriend sekali pun tak kan dia mampu bertahan sampai pecah jari-jari dia. Lee apa kata kita guna cara lain pula”

“Cara apa??”.

“Cuba kita check telefon dia kalau-kalau ada klu kat situ”.  Ketika dia mula melangkah kakinya ke penjara, semua barangan peribadinya diambil dan disimpan oleh pegawai yang bertanggung jawab.   Mereka mula mengambil dan memeriksa semua panggilan masuk. Pada malam kejadian mereka telah menujumpai sebaris nombor telefon antara bangsa membuat panggilan untuk Nur Hidayah.

“Ni aku rasa bukan line kita ni.. Rasanya line Singapore..kau check dengan Talecom 

================
Malam itu selepas solat magrib Nur Hidayah didatangi oleh seorang pegawai polis wanita menyuruh membuka telekongnya..

“Buka telekong awak tu..” Lama pegawai wanita menanti Nur Hidayah menanggalkan telekongnya..namun Nur Hidayah hanya membatukan diri..

“kenapa awak tak nak ikut arahan kami..buka telekung tu..”

“Kalau puan bagi saya tudung lain dan jaminan aurat saya tidak siapa yang akan melihat”. Begitu berani Nur Hidayah menjawab.

“Malam ni kami akan paksa awak buka telekong awak..Malam ni buka telekong dia dan biarkan dia kesejukkan tidur atas simen( pegawai tadi berpaling memberi arahan pada orang bawahanya yang ada ditepi pintu sebagai pengawal) Saya tahu bila saya datang telekong awak dah tak  membungkus awak faham!!..”.

Selesai solat Isyak, sekali lagi para petugas mendengar rintihan Nur Hidayah memohon pertolongan dari yang Maha Mengasihinya. rintihan sayu meminta kepada Allah dalam doanya..

“Ya Tuhan ku, segala yang terjadi adalah ketentuan Mu dan segala yang bakal terjadi juga dibawah kekuasaan Mu. Jika benar aku adalah hamba mu yang teraniaya maka kasihanilah aku. Aku hamba mu yang tidak mempunyai kuasa untuk menghalang apa yang akan dilakukan oleh hambamu juga. Aku memohon pertolongoan Mu ya Allah ya Tuhan ku… lidungilah maruahku, lindungilah aibku dan lindungilah aurat ku dari pandangan bukan yang berhak.. Ya Allah.

Rintih Nur Hidayah dengan esakkan mengadu kepada Tuhannya. Sayu rintihannya didengari oleh semua petugas sebalik dinding kaca. Semuanya  terkaku dan terkedu mendengarnya. Malam itu tiada siapa yang berani untuk menanggalkan pakaiannya, seperti apa yang telah diperintahkan oleh ketua mereka tadi. Diawal pagi lagi mereka dikejutkan dengan pelawat yang mahu berjumpa dengan banduan yang bernama Nur Hidayah binti Abdullah. Dia membawa sepasang telekong, T-shirt muslimah dan seluar bersama pakaian-pakaian kecilnya sekali.





Tuesday 24 February 2015

Nur Hidayah 33






                  Memandangkan Tengku Faris tidak sihat malam itu Nur Hidayah yang memandu kereta.Dia memakai skirt labuh tetapi didalamnya dia masih memakai seluar panjang dan T-Muslimah, namun telekung sudah siap tersarung di badannya. Pada kebiasaannya selepas mereka berbuka dan solat Magrib dirumah akan mengambil masa juga, itu menyebabkan ketika mereka sampai ustaz sudah bersiap sedia untuk menyampaikan ceramah. Jadi tabir yang yang memisahkan  antara Jemaah lelaki dan wanita sudah diselak bagi memudahkan para Jemaah wanita mendengar dan melihat ustaz yang mnemberi kuliah. Untuk memudahkan dirinya Nur Hidayah sudah bersiap memakai telekungnya dari rumah lagi, bila sampai nanti dia terus solat sunat tahyatul masjid dua rekaat kemudian terus sahaja mendengar apa  yang  disampaikan oleh ustaz.

Malam itu ustaz menyampaikan tentang kelebihan seorang hamba  yangsentiasa beristifar (Mak teh copy bulat-bulat dari: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/10/25-manfaat-istighfar.html#ixzz3SbjXmlI3)

Di zaman yang serba mencabar ini ada baiknya kita menjadikan Istighfar sebagai salah satu amalan kita, Untuk lebih membuat kita bersemangat melakukannya, berikut adalah huraian kelebihan dan manfaat dari berIstighfar.
1. MENGGEMBIRAKAN ALLAH
Rasulullah s.a.w bersabda, “Sungguh Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya daripada kegembiraan salah seorang dari kalian yang menemukan untanya yang hilang di padang pasir.”(HR. Bukhari dan Muslim).
2. DICINTAI ALLAH
Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri.” (QS.al-Baqarah: 222). Rasulullah bersabda, “Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah.Orang yang bertaubat atas dosanya, bagaikan orang yang tidak berdosa.” (HR.Ibnu Majah)

3. DOSA-DOSANYA DIAMPUNI
Rasulullah bersabda, “Allah telah berfirman, "Wahai hamba-hamba-Ku, setiap kalian pasti berdosa kecuali yang Aku jaga.Maka beristighfarlah kalian kepada-Ku, nescaya kalian Aku ampuni.Dan barangsiapa yang meyakini bahwa Aku punya kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli (beberapa banyak dosanya).” (HR.Ibnu Majah, Tirmidzi)
Imam Qatadah berkata,”Al-Qur’an telah menunjukkan penyakit dan ubat kalian.Adapun penyakit kalian adalah dosa, dan ubat kalian adalah istighfar.” (Kitab Ihya’Ulumiddin: 1/410).
4. SELAMAT DARI API NERAKA
Hudzaifah pernah berkata, “Saya adalah orang yang tajam lidah terhadap keluargaku, Wahai Rasulullah, aku takut kalau lidahku itu menyebabkan aku masuk neraka’.Rasulullah s.a.w bersabda,’ Dimana posisimu terhadap istighfar?Sesungguhnya, aku senantiasa beristighfar kepada Allah sebanyak seratus kali dalam sehari semalam’.” (HR. Nasa’i, Ibnu Majah, al-Hakim dan dishahihkannya).
5. MENDAPAT BALASAN SYURGA
“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.”(QS. Ali’Imran: 135-136).
6. MENGECEWAKAN SYAITAN
Sesungguhnya syaitan telah berkata,”Demi kemuliaan-Mu ya Allah, aku terus-menerus akan menggoda hamba-hamba-Mu selagi roh mereka ada dalam badan mereka (masih hidup). Maka Allah menimpalinya,”Dan demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku senantiasa mengampuni mereka selama mereka memohon ampunan (beristighfar) kepada-Ku.”(HR.Ahmad dan al-Hakim).
7. MEMBUAT SYAITAN PUTUS ASA
Ali bin Abi Thalib r.a pernah didatangi oleh seseorang, "Saya telah melakukan dosa’. 'Bertaubatlah kepada Allah, dan jangan kamu ulangi’, kata Ali.Orang itu menjawab,’Saya telah bertaubat, tapi setelah itu saya berdosa lagi’.Ali berkata, ‘Bertaubatlah kepada Allah, dan jangan kamu ulangi’.Orang itu bertanya lagi,’Sampai bila?’Ali menjawab,’ Sampai syaitan berputus asa dan merasa rugi.” (Kitab Tanbihul Ghafilin: 73).
8. MEREDAM AZAB
Allah berfirman, "Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka.Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.”(QS.al-Anfal: 33).
9. MENGUSIR KESEDIHAN
Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
10.MELAPANGKAN KESEMPITAN
Rasulullah s.a.w bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka,”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
11. MELANCARKAN REZEKI
Rasulullah s.a.w bersabda,”Sesungguhnya seorang hamba boleh tertahan rezekinya kerana dosa yang dilakukannya.”(HR.Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah).
12. MEMBERSIHKAN HATI
Rasulullah s.a.w bersabda,”Apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah noda hitam di hatinya.Apabila ia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, maka bersihlah hatinya.”(HR.Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tirmidzi).
13. MENGANGKAT DERAJATNYA DI SYURGA
Rasulullah bersabda,”Sesungguhnya Allah akan mengangkat derajat seorang hamba di syurga. Hamba itu berkata,’Wahai Allah, dari mana saya dapat kemuliaan ini?’Allah berkata,’Kerana istighfar anakmu untukmu’.”(HR.Ahmad dengan sanad hasan).
14. MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH
Abu Hurairah berkata,”Saya telah mendengar Rasulullah bersabda, 'Demi Allah, Sesungguhnya aku minta ampun kepada Allah (beristighfar) dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali’.”(HR.Bukhari).
15. MENJADI SEBAIK-BAIK ORANG YANG BERSALAH
Rasulullah bersabda,”Setiap anak Adam pernah bersalah, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah yang segera bertaubat.”(HR.Tirmidzi, Ibnu Majah, al-Hakim).
16. BERSIFAT SEBAGAI HAMBA ALLAH YANG SEJATI
Allah berfirman,”Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Yaitu) orang-orang yang berdo’a:”Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka,”(iaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap ta’at, yang menafkahkan hartanya (dijalan Allah), dan yang memohon ampun (beristighfar) di waktu sahur.”(QS.Ali’Imran: 15-17).
17. TERHINDAR DARI MENJADI ORANG YANG ZALIM
Allah berfirman,”…Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”(QS. al-Hujurat: 11)
18. MUDAH MENDAPATKAN ANAK
Allah berfirman,”Maka aku katakan kepada mereka:”Mohonlah ampun (istighfar) kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS.Nuh: 10-12).
19. MUDAH MENDAPATKAN AIR HUJAN
Ibnu Shabih berkata,”Hasan al-Bashri pernah didatangi seseorang dan mengadu bahwa lahannya tandus, ia berkata, ‘Perbanyaklah istighfar’. Lalu ada orang lain yang mengadu bahwa kebunnya kering, ia berkata, ‘Perbanyaklah istighfar’. Lalu ada orang lain lagi yang mengadu bahwa ia belum punya anak, ia berkata,’Perbanyaklah istighfar’. (Kitab Fathul Bari: 11/98)
20. BERTAMBAH KEKUATANNYA
Allah berfirman,”Dan (dia berkata): "Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.” (QS. Hud: 52)
21. BERTAMBAH KESEJAHTERAANNYA
Allah berfirman,”Maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.”(QS.Nuh: 10-12).
22. MENJADI ORANG YANG BERUNTUNG
Allah berfirman, "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(QS.an-Nur: 31).
Aisyah berkata,”Beruntunglah, orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka.”(HR.Bukhari).
23. KEBURUKANNYA DIGANTI DENGAN KEBAIKAN
Allah berfirman, "Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan.Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. al-Furqan: 70).
“Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam.Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk.Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.”(QS. Hud: 114).
24. BERCITRA SEBAGAI ORANG MUKMIN
Rasulullah bersabda,”Tidak seorangpun dari umatku, yang apabila ia berbuat baik dan ia menyedari bahawa yang diperbuat adalah kebaikan, maka Allah akan membalasnya dengan kebaikan. Dan tidaklah ia melakukan suatu yang tercela, dan ia sadar sepenuhnya bahwa perbuatannya itu salah, lalu ia mohon ampun (beristighfar) kepada Allah, dan hatinya yakin bahawa tiada Tuhan yang boleh mengampuni kecuali Allah, maka dia adalah seorang Mukmin.”(HR.Ahmad).
25. BERKEPERIBADIAN SEBAGAI ORANG BIJAK
Seorang ulama berkata,”Tanda orang yang arif (bijak) itu ada enam. Apabila ia menyebut nama Allah, ia merasa bangga. Apabila menyebut dirinya, ia merasa hina. Apabila memperhatikan ayat-ayat Allah, ia ambil pelajarannya. Apabila muncul keinginan untuk bermaksiat, ia segera mencegahnya. Apabila disebutkan ampunan Allah, ia merasa gembira. Dan apabila mengingat dosanya, ia segera beristighfar.” (Kitab Tanbihul Ghafilin: 67).

Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya” - http://segalaceritera.com/atik/2010/11/13/istighfar-kelebihan-yang-tidak-dipandang/#sthash.gSKIrtRe.dpuf
Rasulullah bersabda, “Allah telah berkata,’Wahai hamba-hamba-Ku, setiap kalian pasti berdosa kecuali yang Aku jaga.Maka beristighfarlah kalian kepada-Ku, niscaya kalian Aku ampuni. Dan barangsiapa yang meyakini bahwa Aku punya kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya  See more at: http://www.arrahmah.com/kajian-islam/25-dahsyatnya-istighfar.html#sthash.M46Rkahu.dpuf

              Tiba waktu Isyak mereka berjemaah menunaikan solat Isyakberimamkan ustaz tadi.Sungguh indah ustaz membaca surah didalam rakaat pertama dan kedua.Tidak lama selesai doa dibaca terasa getar telefon didalam poket seluar Nur Hidayah, rupanya Tengku Faris menghubungi melalui SMS nya ..mengatakan dia mahu berlama sebentar menantikan para Jemaah menyusut. Dia mahu bertemu ustaz untuk bertanyakan kemuskilanya kepada ustaz.

Nur Hidayah memandang Tengku Faris dari bahagian wanita dengan menyelak sedikit tabir yang memisahkan jemaah lelaki dan wanita.  Dia memerhati tingkah Tengku Faris yang duduk tenang sambil menyambutsalam para Jemaah yang mahu bersalaman dengannya. Hidungnya sudah ditutup semula dengan ‘mask’ yang dibawanya tadi.Yang sebenarnya Tengku Faris agak keberatan untuk bersentuhan dengan orang. Dirinya rasa bersalah..mana lah tahu kuman yang bersarang dibadanya akan menjangkiti orang lain. Tetapi perkara itu sering diingatkan oleh NurHidayah..sesungguhnya kuman AIDS tidak akan berjangkit , kerana bersalaman dan bersentuhan atau berkongsi bekas minuman atau makanan atau menghidu pernafasan pesakit.. Belum pernah dilaporkan penularan HIV melalui batuk atau bersin penderita maupun melalui gigitan nyamuk.

Bila para Jemaah sudah beransur kurang Tengku Faris mendekati ustaz yang memberi ceramah tadi.Kelihatan mereka berbalas kata.Nur Hidayah juga melihat Tengku Faris mengangguk-anggukkan kepalanya. Bila merasakan Tengku Faris sudah mahu menghabiskan pertayaannya, Nur Hidayah bangun keluar dan terus menuju ke kereta  yang di pakir tidak jauh dari pintu masuk masjid. Sambil berjalan dia melihat telefon bimbitnya yang  diperlahankan sejak dia mula menjejakkan kaki kedalam masjid. Ada dua panggilan dari Syed Borhan tidak berjawab malam itu.

Sejak akhir-akhir ini selalu juga Syed Borhan menghantar SMS bertanya khabar. Syed Borhan seperti dirinya juga..sudah mendirikan rumah tangga bersama sepupu mereka Syarifah Nur An-Nisa setahun yang lalu.Dan kini sedang menanti kelahiran anak sulong mereka dijangkakan enam bulan lagi.Walaupun tidak ditanya namun Syed Borhan tetap menyatakan setiap cerita diri dan isterinya didalam SMSnya.Untuk tidak memanjangkan lagi kisah mereka Nur Hidayah tidak pernah membalas SMS dari Syed Borhan.Pada Nur Hidayah dia tidak mahu memberi harapan pada Syed Borhan mahu pun hatinya sendiri.Dia tidak suka kecewa dan dia tidak suka hatinya terhiris dengan rasa cinta yang tiada restua orang tua. Sedang Nur Hidayah membelek telefonnya tiba-tiba telefonnya berdering dan nama Syed Borhan yang tertera. Malam itu lain pula Syed Borhan menghungi melalui panggilan.

Sedang dia berkira-kira mahu menjawab panggilan atau pun tidak.. telinganya menangkap deruman motor yang kuat diperkarangan masjid, kemudian mendengar orang menjerit meminta tolong bercampur dengan deruman motor yang membingitkan telinga.Kepala Nur Hidayah cepat menoleh kearah bunyi motor. Kelihatanya Tengku Faris sudah tertelentang dilaman depan pintu masjid.Sepantas kilat dia musing badannya dan membuka langkah seribu menuju kearah suaminya. Ada tiga orang yang menuju kearah Tengku Faris, ustaz yang memberi ceramah tadi, Nur Hidayah dan seorang lelaki mungkin jemaah yang bersama mereka tadi. Dua buah motor dan empat lelaki pula bertindak menjauhi Tengku Faris. Sampai sahaja Nur Hidayah disisi papanya dia duduk dan terus mengangkat dan memangku kepala Tengku Faris yang sudah mengelurkan darah.

“Papa..papa..mengucap papa..”Kelihatan raut muka Tengku Faris seperti mamai-mamai namun dia mengikuti arahan NurHidayah, kedengaran suara Tengku Faris mengucapkan  Syahadah  perlahan.

“Beristifar pa. Astagfirullah..Astagfirullah..Astagfirullah.” Perlahan-lahan Nur Hidayah mengajari papanya beristifar, Tengku Faris juga mengikutinya.Ustaz dan seorang lagi yang mahu membantu datang menghampiri  NurHidayah..

“Cik, saya doctor boleh saya tenguk papa cik…” Bila mendengar Nur Hidayah memanggilnya  papa doktor itu menganggap itu adalah anak mangsa. Tetapi ketika itu Tengku Faris yang menjawab..

“Doktor saya pesakit ADIS..nanti tolong tengukkan anak saya..dia dah kena darah saya tolong ye doctor”.Nur Hidayah memangku kepala Tengku Faris Telekungnya sudah dibasahi oleh darah.

“Papa jangan bimbangkan Dayah..papa beristifarlah.Tolong panggilkan ambulan..”. Rayu Nur Hidayah kepada orang yang mahu membantunya.Nur Hidayah terus mengajari Tengku Faris beristifar.Tidak lama kedengaran bunyi siren ambulan. Sebuah van ambulan dan sebuah lagi kereta polis peronda yang sedang meronda melalui perkarangan masjid. Bila melihat ada kekecohan mereka singgah untuk menyiasat.Numun Nur Hidayah tidak menghiraukan kehadiran polis dan keadaan sekeliling. Dia sibuk mengajari Tengku Faris  Syahadah dan Istifar baginya itu lebih penting.

Tengku Faris diberi pertolongan oleh sepasukan paramedic. Setelah dia beri sedikit rawatan awal Tengku Faris diusung masuk kedalam ambulan. Nur Hidayah dan juga orang yang mengaku doktoryang masih berbaju melayu dan berkain pelikat turut masuk kedalam Ambulan. Sehingga didalam van ambulan Nur Hidayah masih mengajari Tengku Faris Istifar dan Syahadah.


Tiba di UNIT KECEMASAN mereka disambut oleh pasukkan kecemasan dan seorang doctor.Dan kedengaran doctor tadi bercakap-cakap dengan rakan setugasnya.Tengku Faris ditolak dengan laju ke dalam bangunan kaki Nur hidayah berlari selaju troli ditolak sambil mulutnya tidak berhenti mengajari papanya istifar. Nur Hidayah berhenti disebuah pintu bila ada petugas yang menghalang dari dia terus mengikuti Tengku Faris.

“Cik ..cik tak boleh masuk..”

“Tapi saya nak tenguk keadaan suami saya”.Terkejut doctor yang menemaninya didalam ambulan tadi, bila Nur Hidayah menyebut perkataan SUAMI.

“Tak apa doctor kan ada nak tolong tu..puan tunggu kat sana ye”.Terus sahaja panggilan ganti namanya bertukar menjadi puan yang disebut oleh jururawat bertugas.  Sementara menunggu diluar bilik kecemasan dia teringat menghubungi Tengku Faizal suami isteri.

“Assalamualikum daddy, Tengku kemalangan kami ada di unit kecemasan hospital ****, datang ye”.

Tidak lama Nur Hidayah duduk seorang diri dibangku yang disediakan, dia didatangi oleh doctor yang ingin membantunya tadi. Dia sama duduk  tidak jauh dari Nur Hidayah.  Hasrat hatinya mahu bertanya namun terhenti bila melihat mulut Nur Hidayah terkumat-kamit sambil mata terpejam. Keadaannya tak ubah sepeti dukun yang sedang membaca mentera. Tidak lama kemudian datang lagi seorang doctor yang bertugas yang menyambut kedatanganya  tadi dengan borang ditangan. Doktor tadi memberi salam untuk menyapa Nur Hidayah yang memejamkan mata.

“Assalamualaikum..puan” Bila Nur Hidayah membuka mata terus sahaja dia bangun..

“Waalaukumsalam..Dok tor macam mana keadaan suami saya”. Memang sah dia tidak salah dengar tadi dia mahu menemani suaminya tapi..
“ Suami puan agak kritikal, sekarang dia koma. Dia perlu dibedah untuk membuang darah beku dikepalanya.Saya perlukan tanda tangan puan.Lagi satu saya nak kepastian ..betul ke suami puan pesakit ADIS”.

“Betul”..

“Ok tanda tangan disini”. Doktor tadi menghulur sekeping borang untuk ditandatagani oleh Nur Hidayah. Bila doctor yang bertugas berjalan meninggalkannya Nur Hidayah, Nur Hidayah menghampiri  doctor yang berkain pelikat duduk tidak jauh dari tempatnya berdiri. Dia ningin mel;uahkan apa yang terkandung dihatinya.

“Doktor!  tadi suami saya elok sahajakan..dia boleh bercakap lagi..betul ke dia koma sekarang”. Doktor yang berkain pelikat jadi terpinga, mendengar pertanyaan Nur Hidayah. Hatinya berkata memang tidak salah pendengaran tentang  perkataan suami yang disebut oleh wanita ini didepan pintu bilik kecemasan tadi. Tetapi yang menjadi tanda tanya adalah perkataan anak yang disebut oleh mangsa. Dia meminta  tolong memeriksa anaknya yang terkena darahnya..tapi kini wanita muda itu mengatakan lelaki itu adalah suaminya mana satu yang betul. Belum terjawap  soalan Nur Hidayah dirinya dipanggil dan dilambai  oleh rakan sekerja yang meminta pertolonganya.

“Jo kejab Jo…” Dia memandang sekilas kearah Nur Hidayah kemudian bangun mengikuti langkah rakan setugasnya. Sambil  berjalan beriringan semopat lagi ‘Jo’Bertanya tentang perbuatanya tadi.

“Man!! tadi masa kau nak bagi perempuan tu borang kenapa kau bagi salam”.

“Aku rasa dia tengah baca Yassin untuk suaminya..aku bagi salam lah. Kata atuk aku kalau nak berhentikan oramg sedang baca Quran seeloknya kita bagi salam”.

“Oooo. Ehh kau panggil aku kenapa aku ni tak kerja malam ni. Ni tak Nampak ni aku pakai kain pelikat datang sini..”.

Nur Hidayah ditinggalkan sendirian lagi dibangku yang disediakan.dan dia memulakan semula bacaan Yassin sambil duduk dengan mulut terkumat-kamit dan mata nya terpejam. Dia memohon pada yang Maha Berkuasa  mengurangkan sedikit kesakitanya  yang ditanggung oleh Tengku Faris. Selesai bacaan Yassinnya di diterpa oleh Tengku Faridah yang baru tiba bersama Tengku Faizal.
KEBERKATAN SURAH YASSIN
Rasulullah SAW telah bersabda: “Bacalah Surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan.“
Berikut adalah beberapa keberkatan dan kebaikan yang dimaksudkan:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwinakan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akandibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan
siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa dahaganya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.


“Macam mana Faris, Hidayah..Macam mana hanya Faris sorang yang cedera? masa tu kamu kat mana kenapa hanya dia sahaja yang cedera..kamu tak cedera ke kata kemalangan?”. Bertalu-talu dan berterabur soalan yang keluar dari mulut Tengku Faridah pada sang menantu.

“Masa nak balik tadi ada orang pukul papa..Masa tu Dayah keluar dulu..papa masih bercakap-cakap denga Ustaz yang bagi ceramah.Papa kena pukul depan puntu masjid. Masa tu Dayah dah sampai kat kereta”.



“Kena pukul??? Kamu tak dicederakanya pula...kamu upah orang pukul  dia ke???”. Nur Hidayah terkebil-kebil mendengar pertayaan Tengku Faridah.Selepas menyoal Tengku Faridah menjauhkan diri. Nur Hidayah hanya dapat memandang tingkah ibu mertuanya dengan keadaan bingung. Bingung dengan pertanyaannya yang sebetulnya. Tengku Faizal pula masuk kebilik doctor setelah dia dipanggil untuk membincangkan berkaitan pembedahan Tengku Faris yang akan dijalankan.

Kebetulan kereta polis yang melihat kejadian Tengku Faris dipukul berjaya memberkas penunggang motosikal yang keluar dari perkarangan masjid.Pada mulanya mereka diberkas kerana menunggang secara merbahaya.Tetapi setelah siasatan dijalankan ada tiga pekara yang boleh disabit kesalahankan kepada mereka.Pertama menunggang motosikal secara merbahaya.Kedua positive dadah merbahaya dan ketiga memukul orang. Dihospital mereka menemui Nur Hidayah sebagai saksi kedua untuk kejadian pukul.Saksi pertama adalah ustaz yang memberi ceramah tadi.

Ketika polis sedang mengambil pernyataan dari Nur Hidayah tiba-tiba Tengku Faridah menghampiri mereka.Tampa diminta dia mula mengeluarkan pendapatnya.

“Encik..boleh tak saya nak bagitahu satu perkara tentang isteri anak saya. Saya ni adalah emak pada Tengku Faris mangsa yang dipukul dimasjid tadi.”.

“Boleh cubalah puan bagi kenyataan..kami akan menyiasat hingga tertangkap penjenayah yang menyebabkan kecederaan kepada anak puan..kami memang ditugaskan untuk menegakkan keadilan dan memastikan semua penjenayah tidak berkeliaran dan membahayakan nyawa orang awam seperti puan sekeluarga”.

“Dan dia (lurus jari telunjuk Tengku Faridah menunjuk kearah Nur Hidayah) adalah menantu saya. Saya rasa dia yang mengupah orang untuk memukul suaminya. Supaya dia tidak lama sangat menunggu suaminya mati untuk mendapat hartanya. Tuan nak tahu anak saya ni dah berumur 54 tahun. Dan menantu saya ni baru berumur 29 tahun. Tuan tak tanya  kenapa dia sanggup kahwin dengan lelaki setua itu dan yang paling menjadi tanda Tanya.. anak saya tu mengidap AIDS. Saya sebenarya merasa ragu tentang penerimaanya terhadap anak saya yang berganda-ganda lebih tua dari dirinya.Anak saya berusia 52 tahu masa dia berkahwin dengannya  sedangkan dia baru berusia 27 tahun ketika itu. Ada kemungkinankah dia bersubahat membunuh suaminya sendiri kerana nakkan harta dengan cepat”. Dengan keterangan itu Nur Hidayah dibawa kebalai untuk tahanan reman. Pihak polis berusha mencari orang yang bersubahat dengan Nur Hidayah membunuh suaminya demi untuk mendapatkan harta.

Sememangnya terkaku Nu Hidayah mendengar tuduhan Tengku Faridah. Namun dengan tuduhan itu polis mengehendakinya kebalai untuk sisatan lanjut. Ketika Nur Hidayah dibawa pergi oleh dua orang pegawai polis, Tengku Faizal  masih sibuk berbincang dengan doctor untuk urusan pembedahan Tengku Faris. Setelah selesai perbincangan Tengku Faizal keluar dari bilik doctor.

“Macam mana bang apa kata doctor..Faris ok ke”.

“Mana Hidayah abang nak cakap sikit dengan dia”.

“Entah dia pergi mana tah..cakaplah cepat Idah nak tahu pasal Faris ni”.

“Doktor kata kepalanya perlu dibedah untuk membuang darah beku”.

“Haa kalau macam tu bedahlah cepat asalkan dia selamat sudah lah.”

“Tadi doctor tanya abang dah berapa lama dia dijangkiti Adis..abang jangkakan dah lima tahun..”

“Apa pasal sampai lima tahun abang cakap kan baru nak masuk dua tahun”.

“Dia cerita dengan abang bulan lepas, dia dapat ADIDS tu dari Katerina Ida. Dia kahwin dengan Kat pun dah lima tahun, ni di dicampur dua tahun dia bersama kita tak tujuh tahun..ni abang cakap hanya lima tahun sahaja. Kemudian  doctor tanya lagi keadaan kesihatan dia..abang cakaplah sekarang dia mudah batuk, selsema dan demam. Doktor kata itu tandanya virus Adis nya dah mula aktiv dan daya tahan badannya dah mula berkurangan”.

“Apa kena mengenanya dengan pembedahan yang nak diorang buat tu”.

“Ialah Idah kalau badan dah lemah tentu bahaya kalau diaorang nak buat pembedahan..Risiko tinggi Dahh.. Kalau pembenadah gagal yang tanggung Faris juga. Jadi pada Idah..nak buat pembenadahan juga ke ataupun tak payah..itu abang nak bincang dengan Hidayah apa kata dia”.

“Bang teruk sangat ke Faris tu, Idah nak pergi tenguk keadaan dia”.

“Doktor tak bagi tenguk lagi, tapi abang tadi tenguk sekejap dia dalam keadaan koma..dia tak sedar tu sebab ada tiga kesan luka disebabkan hentakkan kuat kat kepalanya. Darahnya pun banyak keluar.. Abang nak call Farid lah Idah..”.

“Call lah bang”. Kalut keluarga Tengku Faizal dengan kemalangan yang yang menimpa anak tunggal mereka.

“Tuk mana Hidayah..kata atuk masa kejadian Hidayah ada bersama papa kan ni dah tegak matahari  dah ni tak Nampak batang hidung pun. Entah-entah dia tertidur kat surau..”. Terkeluar juga pertanyaan yang bersarang dihati Tengku Farid bila bayangan Nur Hidayah tidak kelihatan, sejak dia sampai tadi.

“Malam tadi masa atuk sampai dengan nenek tu ada..dia masih pakai telekung. Atuk Nampak telekungnya penuh dengan darah, agaknya darah papa kamu lah tu”.Sedang mereka bercakap-cakap doctor keluar menghampiri mereka. Cepat sahaja Tengku Faridah bangun dari duduknya lalu menerpa kearah doctor yang menghampiri…

“Doktor macam mana keadaan anak saya..boleh saya tenguk sekarang”.

“Minta maaf dato’ datin Tengku..saya doctor yang mengndalikan kes ni nama saya Amir Rahman..saya minta maaf bagi pehak hospital. Kami telah berusha bersungguh-sungguh namun Allah lebih menyayangi anak puan…”. Mungkin badannya yang sudah lemah menyebabkan dia tidak mampu untuk bertahan.Akhirnya Tengku Faris yang koma meninggal dunia.

Pihak hospital mengeluarkan kenyataan Tengku Faris meninggal kerana tiga kecederaan dikepala dan tulang pinggang yang patah. Tengku Faridah tumbang dan pengsan di pangkuan cucunya kerana tidak dapat menerima  bila mendengar berita kemaitan anaknya terlebih dahulu dari kematian dirinya.