Tumbuh
betik di tepi laman,
Tumbuh
bersama pokok jambu,
Sungguh
cantik bunga di taman
Kumbang
jati merisik madu.
Kini perkahwinan Loqman dan Amirah buat kali kedua sudah
menjangkau usia tujuh tahun Amirah dalam pantang lagi. Anaknya kini sudah lima
orang. Jika mengikut persetujuan antara mereka berdua, mungkin ini adalah
anaknya yang bungsu. Supaya dapat mereka memberi tumpuan membesarkan anak-anak
dan menitikberatkan pelajaran mereka, Loqman mahu isterinya berhenti
bersalin. Sudah lima orang anak mereka
hanya AinNur Syifa sahaja perempuan, tetapi mereka tetap bersyukur masih ada
juga mereka dikurniakan anak perempuan walaupun seorang.
“Bang.. tak apa ke anak
dara abang sorang saja”.
“Alhamdulillah cukuplah
tu.. ada juga kita anak perempuan buat teman Mirah..bolehlah Mirah cerita
masaalah-masaalah perempuan dengan kak long nanti.”
“Abang tak nak cuba
seorang lagi, mana tahu kali ni perempuan, dapatlah kak long tu kawan.”
“Cukuplah..kak long
sorang pun abang dah bersyukur sangat-sangat kalau dia nak kawan, Mirah kan
ada”.
“Ia ke bang.. nanti
bila dah Mirah tak boleh mengandung lagi
abang menyesal pulak anak dara abang sorang saja.” ‘Hissy Mirah ni tak
faham-faham dah berkali-kali cakap cukup..cukuplah’ keluh Loqman didalam hati.
“Cukuplah tu..Abang
lagi risau kalau anak perempuan abang ramai. Nanti ramai sangat pula yang asyik
mengintai rumah kita ni, pening pula kepala kita dibuatnya”.
“Kenapa pulak macam tu??.”
berkerut-kerut dahi Amirah hendak memahami maksud kata-kata suaminya.
“Ialah.. kalau ditenguk
kakaknya… adiknya tentu cantik juga, anak perempun Loqman nikan cantik dan bijak. Nanti
banyaklah pemuda-pemuda yang tergila-gilakan anak perempuan kita nanti Mirah
hoii.”
“Ialah tu bang..atau
abang rasa serik mabuk Mirah mengandung?” Amirah tersenyum simpul bagai
mengejek suaminya.
“Mirah ni suka dia usik
abang ye.” Loqman memicit hidung mancung isterinya yang memandangnya sambil
tersenyum-senyum. Mereka bertiga didalam bilik, anak-anaknya yang lain duduk
dirunag tamu menonton television… maklumlah hari itu hari Sabtu hari cuti
sekolah pulak tu. Kebanyakkan saluran tv menyiarkan cerita-cerita katun. Bayi
kelimanya pula sedang menyusu dipangkuan isterinya.
Loqman teringat ketika isterinya mula hamil anaknya yang
kelima. Pulang saja dari kerja petang itu..dia meluru kebilik air
termuntah-muntah sehingga lemah seluruh anggota badanya.
“Kenapa bang??...abang
makan apa tadi?” Melihat kekalutan
suaminya yang laju berlari meluru kebilik air Amirah menjadi pelik dia mengekorinya jejak suaminya dari belakang. Dia
terkejut dan cemas melihat keadaan suaminya yang kelihatan teruk sekali
termuntah-muntah didalam bilik air. Diurut-urutnya belakang suaminya.
“Entah lah Mirah..abang
tak makan apa pun, makan masakkan yang Mirah hidang saja tengahhari tadi, tapi
lepas makan masak lemak daging salai tu tekak abang rasa tak selesa pulak,
lepas tu abang makan gula-gula hack hilang rasa loya tu. Ni bila abang masuk
rumah ni loya tu datang balik..abang keracunan makan ke Mirah?”
“Kalau keracunan
makanan abang tak makan kat luarkan..takkan makan daging tu?”
“ Entah lah
Mirah..daging tu rasanya baru saja kita belikan?”
“Kan semalam abang yang
beli dan terus masak sebab abang kata dah teringin sangat.” Mereka berdua sibuk
mencari punca mengapa Loqman jadi termuntah-muntah, seperti pasukkan
penyiasat..hendak menyiasat kejadian jenayah…mentang-mentang lah polis suasana
kerja juga dibawa sampai kerumah.
“Ialah..agaknya daging
dah lama pun diaorang jual juga. Mirah
ada asam atau buah yang masam sikit nak hilangkan loya abang ni.” dengan dahi
berkerut-kerut menahan sakit dan payau tekaknya akibat muntah. Amirah mencari
sesuatu didalam peti sejuknya untuk diberikan kepada suaminya. Amirah terbongkok-bongkok
mencari apa yang diminta oleh suaminya. Mulutnya tidak juga berhenti
bercakap...
“Tapi kalau kita tenguk
daging tu tak macam daging lama..warnanya masih merah lagi..nampak memang macam
daging segar. Bang nanti Mirah buatkan abang air limau kasturinya ye. Tak ada
buah pulak dalam peti sejuk kita ni, buah betik semalam adalah..yang masam
nilah limau kasturi boleh air limau kasturi?”
“Ok boleh juga..
bubuhkan air batu sikit ye Mirah”.
Keesokkan harinya
Loqman demam pula.
“Mirah! abang rasa nak
demamlah..sakit semua badan abang ni..kalau abang demam Mirah tak payah pergi
kerja ye.” Rengek Loqman memohon simpati…manja pula Loqman demam kali ini.
“Memang Mirah cuti
esok.” Kebetulan dia diberi dua hari public holiday dan sehari extra off. Ini
bermakna ada tiga hari dia bercuti. Cuti-cuti itulah digunakan untuk menjaga
suaminya yang tidak sihat.
“Alhamdullilah..abang
pun rasa nak ambil MC lah Mirah,kalau
tak dapat MC abnag nak ambil cuti segera. Tak larat abang nak pergi kerja,
lemah sangat rasa badan abang ni.”
“Ialah..kenapa agaknya
abang ni makan sikit muntah, makan sikit muntah..risau Mirah tengok, abang
pergilah klinik takut-takut abang keracunan makanan , kalau dah teruk sangat
nanti kena masuk wad pulak.Lagi pun
takut sakit lain pulak.. kalau awal kita tahu senang carikan ubatnya.”
“Ialah nanti abang
pergi klinik tapi pelik jugakan...Kalau keracunan makan tentu Mirah dan
anak-anak keracunan juga..abang tak makan kat luar Mirah. Ni abang sorang yang
termuntah-muntah pelik juga. Kalau sakit lain sakita apa ye Mirah.” Dahinya
berkerut-kerut memikirkan masaalah dirinya.
“Tak apalah, nanti Mirah buatkan abang
bubur..abang nak bubur kosong, ke bubur bubuh
ayam?”
“Entahlah.. abang tak teringin nak
makan..tapi kalau ada buah yang masam sikit rasanya abang boleh makan Mirah”. Loqman
kesupermaket mencari buah yang membangkitkan seleranya.Dipilihnya epal hijau.
Setelah sihat dari demam dia juga tidak berselera makan.
Segala masakkan kegemaranya tidak membangkitkan selera baginya lagi. Dia hanya
boleh makan buah-buahan, terutama epal hijau yang paling tidak disukainya
sewaktu dia sihat. Lama dia memikir penyakit misterinya. Perubahan pada diri
Loqman yang kelihatan tidak cergas, disedari oleh rakan sekerjanya yaitu suami kepada pemgasuh anak-anaknya.
“Kenapa encik nampak
letih saja dua tiga hari ni?”
“Entahlah ‘jen’ lepas
baik demam ni saya tak selera nak makan..dah seminggu saya tak ada selera nak
makan.Kalau saya makan saya rasa mual, kadang-kadang muntah, habis keluar
semula apa yang saya makan. Yang boleh saya makan hanya epal saja..perut ni
lapar tapi tak boleh nak makan pula.” sungut Loqman perlahan mengenai dirinya.
JEN adalah singkatan
perkataan sarjan kerana rakan setugas Loqman itu berpangkat sarjan. Sarjan
Rosdi namanya.
“Ia ke??...entah-entah
isteri encik mengandung tak?.”
“Hsyy ada ke macam
tu..dah empat anak saya tak pernah pulak saya mabuk bila isteri saya
mengandung.”
“Tiap anak lain encik,
mungkin yang ini encik pulak yang mabuk..saya dulu macam tu, masa dua orang
anak perempuan saya, teruk isteri saya termuntah-muntah sampai lembik..tapi
bila anak lelaki, saya pulak yang lembik. Itu yang saya serik nak anak
lagi..teruk saya masa tu encik.”
“Ia ke ‘jen’ tapi masa
Syifa dulu isteri saya juga yang lembik mabuk.”
“Mungkin yang ini lain
..tapi isteri encik mengandung ke?”
“Entahlah... tak pulak
ada tanda-tanda dia mengandung.”
“Encik ada merancang
keluarga ke?..kalau tak, ada baik pergi check kat klinik.” Sarjan Rosdi
menyiasat keluarbisaan pegawai atasanya merangkap jiran dan kawannya,..tetapi
selalunya dia menyiasat pesalah jenayah..ini lain pula yang disiasat.
“Tidak juga ..nantilah
saya cakap dengan dia ajak pergi klinik.”
Petang itu bila mereka keklinik dan disahkan Amirah
mengandung. Keluar dari klinik Amirah tidak tahan menahan lucu kisahnya yang
lain dari yang lain. Dia ketawa geli hati mengenangkan suaminya mabuk,kerana
dia mengandung.
“Suka Mirah gelakkan
abang ye. “ geram Loqman melihat isterinya mentertawakan dirinya. Sekarang ini
pula Loqman terlebih senitive jiwanya.. pantang ada yang tidak kena
dihatinya,dia akan merajuk..puas juga Amirah hendak memujuknya. Ialah merajuk
orang tua yang dah jadi ayah budak..susah pujuknya.
“Sorrylah bang..Yang
sebetulnya Mirah tak sangka ada juga kes macam ni, isteri yang mengandung suami
pulak yang mabuk..kesian abang.” cepat-cepat isterinya menghulurkan kemaafan
supaya suaminya tidak merajuk..nanti susah pula dia hendak memujuknya.
“Tapi abang sekarang
insaf sangat Mirah..mungkin Allah nak bagi abang rasa, macam mana Mirah
mengandung dulu..dengan rasa lemah, selera makan tak ada, abang pulak buat
perangai. Abang minta maaf Mirah..minta maaf sungguh-sungguh.” berkaca-kaca
Loqman mengucapkan maafnya.
Walaupun sudah dicuba mengikis kenangan lamanya, namun
sesekali kenangan itu tetap menyelinap dalam kenangannya dan setiap kali
kenangan itu bertandang rasa bersalah tetap menjerut tangkai hatinya.
Sesungguhnya kesalnya tidak pernah terkikis dari hatinya bila dia terkenag
kisah lama. Walaupun sudah berkali-kali Amirah memaafkan dan telah banyak kali
juga dia menyatakan dia sudah melupakan perkara itu. Benar kata senikata sebuah
lagu Aisyah sesungguhnya maaf adalah satu dendam yang terindah. Walaupun pada
Amirah tidak ada dendam dihatinya.Tetapi kemaafan yang dihulur menginsafkan
Loqman dan kemaafan nya juga menambah sayang Loqman kepadanya.
“Nampaknya anak dara
kita sorang saja lah bang…apa nak buat Mirah ni asyik dapat anak lelaki saja
untuk abang.” Loqman tersedar dari lamunan bila mendengar bicara isterinya.
“Tak apalah Mirah, bagi
abang lelaki ke perempuan sama saja…abang bersyukur sangat Mirah nak lahirkan
anak-anak untuk abang. Sebenarnya abang pun takut nak melalui mabuk Mirah
mengandug sekali lagi. Sampai dekat sembilan bulan abang menderita tau. Kalau
Mirah mabuk, rasanya tiga empat bulan Mirah dah ok..abang pulak sampai Mirah
nak bersalin baru abang boleh makan sedap... tak aci betul.” Mereka berdua ketawa bahagia.
“Abang ni ada ke macam
tu..abang nak kata tak aci pada siapa?.”
“Pada diri abang
sendirilah sebab abang yang buat. Ha..ha..ha.” Loqman ketawa lepas dengan
lawaknya sendiri.
“Abang ni...” Amirah
menampar manja peha suaminya yang duduk bersila rapat dengannya.
“Betul Mirah... abang
tak sanggup nak rasa lagi..lagipun kita dah janji lima cukuplah anak kita..kita
didiklah betul-betul supaya menjadi manusia yang berguna.”
“Ialah bang ..Mirah
teringat cerita ibu..dulu kata ibu keluarganya orang susah, kakak ibu yang dua
orang tu tak sekolah tau bang. Alhamdulillah nenek abang sanggup sekolahkan dan
jaga dia hingga dia kahwin dengan ayah. Masa dia dapat kami semua, dia ajar
kami sungguh-sungguh. Sebab dia tidak mahu anak-anaknya tercicir dalam
pelajaran. Dia mahu keluarkan kami sekeluarga dari kemiskinan dengan ilmu
didada. Ibu berpeganan kalau kita ada pelajaran apa-apa kerja pun boleh dibuat.
Kata ibukan bang.. waktu yang paling penting, bagi pembelajaran anak-anak,
ialah masa dia darjah satu dan dua..masa tu ibu akan ajar sungguh-sungguh kami
mengenal huruf dan angka. Sebab kata ibu kalau masa tu kita tak pandai kita
akan rasa jemu belajar kerana asyik nak mengeja sahaja, kita juga akan rasa
rendah diri bila kawan-kawan lain sudah pandai membaca dan menulis.
...Mirah ingat lagi
masa ditahun satu, belum habis lagi penggal pertama Mirah dah pandai membaca.
Uwah..masa tu Mirah rasa bangga sangat sebab kawan-kawan yang lain masih tak
pandai membaca lagi. Mereka bawakan buku cerita suruh Mirah baca, makin
lancarlah Mirah membaca, kalau nak ikutkan manalah mampu ayah nak belikan buku
cerita, masa tukan ayah bergaji kecik, anak pulak ramai. Mana duit nak makan
lagi, duit buku sekolah lagi. Alhamdulillah Allah bagi kelebihan pada Mirah,
tolong bacakan cerita untuk kawan, selebihnya kita makin lancar membaca. Bila
periksa pula Mirah akan dapat markah penuh, masa tu semangat nak belajar pun
berkobar-kobar sebab cikgu-cikgu asyik puji saja. Semua adik-adik Mirah ibu
buat macam tu, kemudian dijadikannya Mirah ni contoh untuk adik-adik supaya
adik-adik Mirah rajin belajar. Dari cerita ibu.. baru Mirah faham macam mana
ibu didik kami..dia didik kami masa peringkat awal..bukannya masa kita dah
besar. Abang pun tahu ibu sekolah hanya setakat tingkatan tiga sahaja. Kalau
nak dikira mana boleh dia ajar mata pelajar sekolah menengah yang makin kedepan
sekarang ni. Betul tak bang.” Loqman hanya mengangguk-anggukkan kepalanya
mengiakan kata-kata isterinya yang sememangnya ada kebenaranya. Loqman sudah
maklum Amirah dan adik-adiknya sejak dari kecil adalah anak-anak yang bijak.
“Kita pun akan didik
anak kita macam ibu didik Mirah dan adik-adik Mirah juga ye.”
Kebetulan
bersalin kali kelima ini Amirah diwaktu cuti sekolah hujung tahun. Mereka
merancang setelah Amirah dapat tujuh hari sahaja mereka akan pulang keKuala
Pilah, Amirah akan menghabiskan masa berpantang dikampungnya. Sementara Loqman
pula akan tetap bertugas dan duduk bujang selama sebulan.
“Tak apa ke abang kena
tinggal sorang-sorang ni.” Amirah menyuarakan kebimbanganya meninggalkan
suaminya seorang dirumah sepanjang dia cuti berpantangnya kali ini.
“Tak apa..sebulan saja
Mirah dan anak-anak tak ada…ada cuti nanti abang baliklah.”
“Kalau dah macam tu
kata abang tak apalah..tapi jangan lupa makan ye bang, nanti sakit abang
sorang-sorang kat rumah ni.”
“Ialah abang akan jaga
kesihatan sepanjang Mirah dan anak-anak tak ada ni.”
“InsyaAllah..kalau
Mirah tak lupa Mirah call kejutkan abang waktu pagi”.
Kini sudah dua minggu
Amirah di Kuala Pilah, dalam masa setengah bulan sudah dua kali Loqman
menjenguknya. Tinggal dua minggu lagi sekolah akan dibuka. Pulang cutinya kali
ini, Loqman ingin membawa isteri dan anak-anaknya pulang ke PD untuk duduk
dirumah papa dan mamanya pula. Amirah juga bersetuju untuk menghabiskan cuti
sekolah Syifa di sana.
Masuk sekolah kali ini Ain Nur Syifa anaknya yang sulong
akan masuk kedarjah enam, adiknya Ahmad Firdaus masih setahun lagi disekolah
tadika bersama adiknya Abdullah Hakim. Ahmad Hazril tiga tahun dan anaknya yang
baru lahir pula diberi nama Ahmad Fudhail sudah berumur hampir sebulan. Mereka
disambut riang oleh Puan Sharifah dan Encik Abdul Majid. Sudah dua minggu
mereka tidak mengujungi cucu mereka diKuala Pilah mungkin kerana sibuk. Ketika
mereka masuk kerumah milik keluarga Loqman… sampai diruang tamu, mereka
disambut oleh seorang lagi penghuni rumah yang tidak pernah mereka jumpa selama
ini. Loqman mungkin kenal kanak-kanak lelaki itu.
“Mirah… ini Nazrul Halim anak Loqman yang kat
Johor. Baru dua minggu dia duduk kat sini.” Puan Sharifah memperkenalkannya
kepada Amirah.
“Halim salam ibu.” Puan
Sharifah mengajar cucunya berbudi bahasa, kemudian dia menunjukkan pula semua
adik-adiknya yang lain. Ketika itu Ain Nur Syifa menolong ayahnya mengangkat
beg pakaian mereka di kereta Toyota Unser milik ayah dan ibunya. Untuk
keselesaan anak-anak mereka yang sudah bertambah menjadi lima orang, Loqman dan
Amirah sepakat membeli kereta yang lebih besar. Apabila AinNur Syifa masuk...
“Kak Long sini..nenek
nak kenalkan, adik kak Long yang tak pernah kak long jumpa…haa ini angah Nazrul
Halim.”
“Ehh..kak long ada
angah.”
Malam itu ketika semua
cucu-cucunya sudah tidur Puan Sharifah menceritakan perkara sebenar kepada
Amirah dan Loqman...
“Dua minggu lepas Liza datang sini, dia bawa
Halim. Dia kata sekarang ni Halim tak ada siapa yang nak jaga. Emak dia sibuk
menjaga ayahnya yang sudah lima bulan diserang angin ahmar. Keadaan ayahnya
yang lumpuh separuh badan, terpaksa diuruskan, makan dan minumnya semua kena
disuapkan, ketandas juga mesti diangkat..jadi dia minta pertolongan mama
menjaga Halim, lagi pun Halim ni cucu mama juga.”
“Itulah… masa Man nak
jaga dulu diaorang tak kasi.. cucu kesayanganya konon, Man nak jumpa dia pun
susah, disorok-sorokkannya budak tu..ini tak payah minta dia bagi pulak.”
Loqman menempelah perlakuan Liza dan keluarganya suatu ketika dulu.
“Tak apalah bang, bukan
salah abang tak jenguk, tapi mereka yang tak kasi, ni dah ada depan mata kita
jagalah baik-baik, dia anak abang juga…jangan sebab perkara lama abang benci
anak abang tu”.
Ketika Nazrul Halim berumur sembilan tahun ayah Liza di
serang sakit angin ahmar dan separuh dari badannya lumpuh. Liza dan Rosdi
terpaksa juga membawa Nazrul Halim
bersekolah dan tinggal bersama mereka di
Kuala Lumpur. Dikira baru setahun Nazrul Halim duduk serumah dengan mama dan
papa Roslinya. Tetapi disebabkan kenakalan dan sikap memberontak anakya
disertai rungutan suaminya menyebabkan Liza tidak sanggup menjaga dan
memelihara anaknya Halim. Walaupun itu
adalah anaknya sendiri,anak yang dikandung dan dilahirkannya…ditambah dengan
rasa sakit hati kepada bekas suaminya yang masih bersisa didalam hati.. rupanya
alam diam Liza masih menaruh dendam kepada bekas suaminya Loqman.
“Liza kenapa tak suruh
ayah siHalim tu saja yang jaga dia...budak tu dahlah degil, nakal, liar, bodoh
pulak tu. Cukup semuanya sifat-sifa yang abang paling benci tau.. cubalah awak
tenguk buku rekod kemajuanya merah memanjang markah kosong pun ada.. dah darjah tiga cuba suruh dia baca buku boleh
ke dia baca.. emm menyusahkan saja” Itulah rungutan Rosdi suami baru Liza.
“.. abang rasa elok
kita serahkan saja pada ayah dia, biar ayah dia rasa betapa susahnya nak jaga
anak dia, entah keturunan apalah agaknya dia tu..heey.” Bebel Rosli mengenai
anak isterinya dari suami lain.
“Tapi Liza tak tahu kat
mana dia duduk sekarang..lagipun dah lama dia tak jenguk anak dia.”
“Itulah padai buat anak
saja, jaga anak tak mahu..” berdesing
telinga Liza mendengar apa yang keluar
dari mulut suaminya. Tetapi dia hanya mendiamkan diri..suaminya yang ini jangan
dia berkata lebih sedikit, alamat kaki tanganya sekali naik. Dia jenis yang
panas baran seperti dirinya juga. Bak kata orang Liza sudah bertemu buku dengan
ruas kini. Melihat isterinya hanya mendiamkan diri dia pula memberi cadangan.
“bagilah kat emak dia..
kan Liza pernah pergi rumah emak dia dulu..kat mana Liza kata dulu kat Port
Dickson.. pergilah hantar..abang rimaslah dengan perangai Halim tu. Lagi pun
abang takut nanti diapa-apakan anak kita..kan bahaya.” Halim ketika itu ada disebalik pintu biliknya
mendengar perbualan ayah tiri dan mamanya. Begitu merbahayakah dirinya hingga
dia tidak dipercayai oleh ayah tiri dan mamanya sendiri.
“Bila nak hantar dia?”
“Liza ni.. takkan itu
pun tak tahu. Semua abang yang nak kena fikir, itukan anak awak. Pada abang
lagi cepat lagi bagus.”
“Ialah..ni masa cuti
sekolah panjang ni Liza hantar lah.”
“Eloklah..hari Sabtu ni
pergi hantar cepat.” Ohh..begitu benci ayah tirinya terhadap dirinya
rupanya..itulah yang terdetik didalam hati Halim.
Sebenarnya bukan Loqman tidak mahu memelihara anaknya
selepas perceraiannya dahulu.. tetapi emak
dan abah Liza yang beria-ia mahu menjaganya. Kalau boleh cucunya itu
tidak perlu mengenali ayahnya. Itulah
sebabnya apabila Loqman datang menziarahi anaknya dahulu berbagai alasan
diberikan supaya anak dan ayah tidak bertemu. Setelah Halim berusia tujuh tahun
ada sekali Loqman bertemu dengan Halim anaknya. Ketika itu dia diditugaskan
keJohor Baharu. Kesempatan itu tidak disiakan, dia singgah menziarahi anaknya dan bekas ibu bapa mertuanya
diSimpang Renggam Johor. Ketika itu
Halim sedang bermain dihadapan rumah, jadi emak
dan abah mertuanya tidak sempat untuk melarikan cucunya. Hanya sekali
itulah Loqman dapat memandang anaknya setelah dia besar. Kedatanganya disambut
dengan sidiran-sindiran tajam dari kedua bekas mertuanya.
Bersama suami barunya Liza juga telah memperolehi dua orang anak perempuan. Yang tua sudah
berumur empat tahun dan yang kedua berusia dua tahun lebih dan kini Liza hamil
lagi. Walaupun kandungan masih kecil tetapi Liza rasa sungguh terbeban dengan
kerenah anak lelakinya yang nakal dan degil disamping kerja-kerja pejabat yang
sentiasa sibuk. Akhirnya dia mengikuti saranan suaminya Rosdi. Dia kePort
Dickson meminta pertolongan keluarga bekas ibu mertuanya untuk memelihara anaknya Nazrul Halim, anaknya
yang bersama Loqman. Bila dia mendengar berita Loqman sudah kembali kepada
bekas isterinya, api kebenciannya makin membara. Bertambah tekadnya ingin melepaskan tanggung jawab menjaga anak
lelaki. Dia bertekad biarlah keluarga
atau bekas suaminya menjaga pula anak yang tidak boleh diharap. Dalam fikiranya
walaupun sekarang ini, bekas suaminya tidak tahu anaknya sudah berada dirumah
mamanya, tetapi lambat-laun bekas suaminya akan berjumpa juga dengan anaknya, biarlah
mereka pula yang merasa betapa siksanya menjaga anaknya yang nakal, bodoh dan tidak ada masa depan itu.
Harap Amirah&Loqman dapat didik Halim dengan baik seperti anak2 mereka yang lain. Biar Liza menyesal pulak...
ReplyDeleteitulah yg mak teh nak crita..kita ni biasanya bila dah bercerai anak jadi rebutan..tapi bila dah dapt hak penjagaan bukan terjaga pun..brebut sebab nak mempretahankan ego saja betul tak...bnyak anak tak bernasib baik terbiar dan jdi smpah masyarakat.
ReplyDeletecabaran utk mira dan loqman..masih muda lg si halim ..mungkin boleh dilentur
ReplyDelete