~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Saturday 10 August 2013

Bab 37 Tidak terkikis kesal dihati




Tumbuh betik di tepi laman,
Tumbuh bersama pokok jambu,
Sungguh cantik bunga di taman
Kumbang jati  merisik madu.

            Kini perkahwinan Loqman dan Amirah buat kali kedua sudah menjangkau usia tujuh tahun Amirah dalam pantang lagi. Anaknya kini sudah lima orang. Jika mengikut persetujuan antara mereka berdua, mungkin ini adalah anaknya yang bungsu. Supaya dapat mereka memberi tumpuan membesarkan anak-anak dan menitikberatkan pelajaran mereka, Loqman mahu isterinya berhenti bersalin.  Sudah lima orang anak mereka hanya AinNur Syifa sahaja perempuan, tetapi mereka tetap bersyukur masih ada juga mereka dikurniakan anak perempuan walaupun seorang.

“Bang.. tak apa ke anak dara abang sorang saja”.

“Alhamdulillah cukuplah tu.. ada juga kita anak perempuan buat teman Mirah..bolehlah Mirah cerita masaalah-masaalah perempuan dengan kak long nanti.”

“Abang tak nak cuba seorang lagi, mana tahu kali ni perempuan, dapatlah kak long tu kawan.”

“Cukuplah..kak long sorang pun abang dah bersyukur sangat-sangat kalau dia nak kawan, Mirah kan ada”.

“Ia ke bang.. nanti bila dah Mirah tak boleh mengandung  lagi abang menyesal pulak anak dara abang sorang saja.” ‘Hissy Mirah ni tak faham-faham dah berkali-kali cakap cukup..cukuplah’ keluh Loqman didalam hati.

“Cukuplah tu..Abang lagi risau kalau anak perempuan abang ramai. Nanti ramai sangat pula yang asyik mengintai rumah kita ni, pening pula kepala kita dibuatnya”.

“Kenapa pulak macam tu??.” berkerut-kerut dahi Amirah hendak memahami maksud kata-kata suaminya.

“Ialah.. kalau ditenguk kakaknya… adiknya tentu cantik juga,  anak perempun Loqman nikan cantik dan bijak. Nanti banyaklah pemuda-pemuda yang tergila-gilakan anak perempuan kita nanti Mirah hoii.”

“Ialah tu bang..atau abang rasa serik mabuk Mirah mengandung?” Amirah tersenyum simpul bagai mengejek suaminya.

“Mirah ni suka dia usik abang ye.” Loqman memicit hidung mancung isterinya yang memandangnya sambil tersenyum-senyum. Mereka bertiga didalam bilik, anak-anaknya yang lain duduk dirunag tamu menonton television… maklumlah hari itu hari Sabtu hari cuti sekolah pulak tu. Kebanyakkan saluran tv menyiarkan cerita-cerita katun. Bayi kelimanya pula sedang menyusu dipangkuan isterinya.


            Loqman teringat ketika isterinya mula hamil anaknya yang kelima. Pulang saja dari kerja petang itu..dia meluru kebilik air termuntah-muntah sehingga lemah seluruh anggota badanya.

“Kenapa bang??...abang makan apa tadi?”  Melihat kekalutan suaminya yang laju berlari meluru kebilik air Amirah menjadi pelik dia  mengekorinya jejak suaminya dari belakang. Dia terkejut dan cemas melihat keadaan suaminya yang kelihatan teruk sekali termuntah-muntah didalam bilik air. Diurut-urutnya belakang suaminya.

“Entah lah Mirah..abang tak makan apa pun, makan masakkan yang Mirah hidang saja tengahhari tadi, tapi lepas makan masak lemak daging salai tu tekak abang rasa tak selesa pulak, lepas tu abang makan gula-gula hack hilang rasa loya tu. Ni bila abang masuk rumah ni loya tu datang balik..abang keracunan makan ke Mirah?”

“Kalau keracunan makanan abang tak makan kat luarkan..takkan makan daging tu?”

“ Entah lah Mirah..daging tu rasanya baru saja kita belikan?”

“Kan semalam abang yang beli dan terus masak sebab abang kata dah teringin sangat.” Mereka berdua sibuk mencari punca mengapa Loqman jadi termuntah-muntah, seperti pasukkan penyiasat..hendak menyiasat kejadian jenayah…mentang-mentang lah polis suasana kerja juga dibawa sampai kerumah. 

“Ialah..agaknya daging dah lama pun diaorang  jual juga. Mirah ada asam atau buah yang masam sikit nak hilangkan loya abang ni.” dengan dahi berkerut-kerut menahan sakit dan payau tekaknya akibat muntah. Amirah mencari sesuatu didalam peti sejuknya untuk diberikan kepada suaminya. Amirah terbongkok-bongkok mencari apa yang diminta oleh suaminya. Mulutnya tidak juga berhenti bercakap...

“Tapi kalau kita tenguk daging tu tak macam daging lama..warnanya masih merah lagi..nampak memang macam daging segar. Bang nanti Mirah buatkan abang air limau kasturinya ye. Tak ada buah pulak dalam peti sejuk kita ni, buah betik semalam adalah..yang masam nilah limau kasturi boleh air limau kasturi?”

“Ok boleh juga.. bubuhkan air batu sikit ye Mirah”.

Keesokkan harinya Loqman demam pula. 

“Mirah! abang rasa nak demamlah..sakit semua badan abang ni..kalau abang demam Mirah tak payah pergi kerja ye.” Rengek Loqman memohon simpati…manja pula Loqman demam kali ini.

“Memang Mirah cuti esok.” Kebetulan dia diberi dua hari public holiday dan sehari extra off. Ini bermakna ada tiga hari dia bercuti. Cuti-cuti itulah digunakan untuk menjaga suaminya yang tidak sihat.

“Alhamdullilah..abang pun rasa nak  ambil MC lah Mirah,kalau tak dapat MC abnag nak ambil cuti segera. Tak larat abang nak pergi kerja, lemah sangat rasa badan abang ni.”

“Ialah..kenapa agaknya abang ni makan sikit muntah, makan sikit muntah..risau Mirah tengok, abang pergilah klinik takut-takut abang keracunan makanan , kalau dah teruk sangat nanti kena masuk  wad pulak.Lagi pun takut sakit lain pulak.. kalau awal kita tahu senang carikan ubatnya.”

“Ialah nanti abang pergi klinik tapi pelik jugakan...Kalau keracunan makan tentu Mirah dan anak-anak keracunan juga..abang tak makan kat luar Mirah. Ni abang sorang yang termuntah-muntah pelik juga. Kalau sakit lain sakita apa ye Mirah.” Dahinya berkerut-kerut memikirkan masaalah dirinya.

 “Tak apalah, nanti Mirah buatkan abang bubur..abang nak bubur kosong, ke bubur bubuh  ayam?”

  “Entahlah.. abang tak teringin nak makan..tapi kalau ada buah yang masam sikit rasanya abang boleh makan Mirah”. Loqman kesupermaket mencari buah yang membangkitkan seleranya.Dipilihnya epal hijau.


            Setelah sihat dari demam dia juga tidak berselera makan. Segala masakkan kegemaranya tidak membangkitkan selera baginya lagi. Dia hanya boleh makan buah-buahan, terutama epal hijau yang paling tidak disukainya sewaktu dia sihat. Lama dia memikir penyakit misterinya. Perubahan pada diri Loqman yang kelihatan tidak cergas, disedari oleh rakan sekerjanya  yaitu suami kepada pemgasuh anak-anaknya.

“Kenapa encik nampak letih saja dua tiga hari ni?”

“Entahlah ‘jen’ lepas baik demam ni saya tak selera nak makan..dah seminggu saya tak ada selera nak makan.Kalau saya makan saya rasa mual, kadang-kadang muntah, habis keluar semula apa yang saya makan. Yang boleh saya makan hanya epal saja..perut ni lapar tapi tak boleh nak makan pula.” sungut Loqman perlahan mengenai dirinya.

JEN adalah singkatan perkataan sarjan kerana rakan setugas Loqman itu berpangkat sarjan. Sarjan Rosdi namanya.

“Ia ke??...entah-entah isteri encik mengandung tak?.”

“Hsyy ada ke macam tu..dah empat anak saya tak pernah pulak saya mabuk bila isteri saya mengandung.”

“Tiap anak lain encik, mungkin yang ini encik pulak yang mabuk..saya dulu macam tu, masa dua orang anak perempuan saya, teruk isteri saya termuntah-muntah sampai lembik..tapi bila anak lelaki, saya pulak yang lembik. Itu yang saya serik nak anak lagi..teruk saya masa tu encik.”

“Ia ke ‘jen’ tapi masa Syifa dulu isteri saya juga yang lembik mabuk.”

“Mungkin yang ini lain ..tapi isteri encik mengandung ke?”

“Entahlah... tak pulak ada tanda-tanda dia mengandung.”

“Encik ada merancang keluarga ke?..kalau tak, ada baik pergi check kat klinik.” Sarjan Rosdi menyiasat keluarbisaan pegawai atasanya merangkap jiran dan kawannya,..tetapi selalunya dia menyiasat pesalah jenayah..ini lain pula yang disiasat.

“Tidak juga ..nantilah saya cakap dengan dia ajak pergi klinik.”


            Petang itu bila mereka keklinik dan disahkan Amirah mengandung. Keluar dari klinik Amirah tidak tahan menahan lucu kisahnya yang lain dari yang lain. Dia ketawa geli hati mengenangkan suaminya mabuk,kerana dia mengandung.

“Suka Mirah gelakkan abang ye. “ geram Loqman melihat isterinya mentertawakan dirinya. Sekarang ini pula Loqman terlebih senitive jiwanya.. pantang ada yang tidak kena dihatinya,dia akan merajuk..puas juga Amirah hendak memujuknya. Ialah merajuk orang tua yang dah jadi ayah budak..susah pujuknya.

“Sorrylah bang..Yang sebetulnya Mirah tak sangka ada juga kes macam ni, isteri yang mengandung suami pulak yang mabuk..kesian abang.” cepat-cepat isterinya menghulurkan kemaafan supaya suaminya tidak merajuk..nanti susah pula dia hendak memujuknya.

“Tapi abang sekarang insaf sangat Mirah..mungkin Allah nak bagi abang rasa, macam mana Mirah mengandung dulu..dengan rasa lemah, selera makan tak ada, abang pulak buat perangai. Abang minta maaf Mirah..minta maaf sungguh-sungguh.” berkaca-kaca Loqman mengucapkan maafnya.


            Walaupun sudah dicuba mengikis kenangan lamanya, namun sesekali kenangan itu tetap menyelinap dalam kenangannya dan setiap kali kenangan itu bertandang rasa bersalah tetap menjerut tangkai hatinya. Sesungguhnya kesalnya tidak pernah terkikis dari hatinya bila dia terkenag kisah lama. Walaupun sudah berkali-kali Amirah memaafkan dan telah banyak kali juga dia menyatakan dia sudah melupakan perkara itu. Benar kata senikata sebuah lagu Aisyah sesungguhnya maaf adalah satu dendam yang terindah. Walaupun pada Amirah tidak ada dendam dihatinya.Tetapi kemaafan yang dihulur menginsafkan Loqman dan kemaafan nya juga menambah sayang Loqman kepadanya.

“Nampaknya anak dara kita sorang saja lah bang…apa nak buat Mirah ni asyik dapat anak lelaki saja untuk abang.” Loqman tersedar dari lamunan bila mendengar bicara isterinya.

“Tak apalah Mirah, bagi abang lelaki ke perempuan sama saja…abang bersyukur sangat Mirah nak lahirkan anak-anak untuk abang. Sebenarnya abang pun takut nak melalui mabuk Mirah mengandug sekali lagi. Sampai dekat sembilan bulan abang menderita tau. Kalau Mirah mabuk, rasanya tiga empat bulan Mirah dah ok..abang pulak sampai Mirah nak bersalin baru abang boleh makan sedap... tak aci betul.”  Mereka berdua ketawa bahagia.

“Abang ni ada ke macam tu..abang nak kata tak aci pada siapa?.”

“Pada diri abang sendirilah sebab abang yang buat. Ha..ha..ha.” Loqman ketawa lepas dengan lawaknya sendiri.

“Abang ni...” Amirah menampar manja peha suaminya yang duduk bersila rapat dengannya.

“Betul Mirah... abang tak sanggup nak rasa lagi..lagipun kita dah janji lima cukuplah anak kita..kita didiklah betul-betul supaya menjadi manusia yang berguna.”

“Ialah bang ..Mirah teringat cerita ibu..dulu kata ibu keluarganya orang susah, kakak ibu yang dua orang tu tak sekolah tau bang. Alhamdulillah nenek abang sanggup sekolahkan dan jaga dia hingga dia kahwin dengan ayah. Masa dia dapat kami semua, dia ajar kami sungguh-sungguh. Sebab dia tidak mahu anak-anaknya tercicir dalam pelajaran. Dia mahu keluarkan kami sekeluarga dari kemiskinan dengan ilmu didada. Ibu berpeganan kalau kita ada pelajaran apa-apa kerja pun boleh dibuat. Kata ibukan bang.. waktu yang paling penting, bagi pembelajaran anak-anak, ialah masa dia darjah satu dan dua..masa tu ibu akan ajar sungguh-sungguh kami mengenal huruf dan angka. Sebab kata ibu kalau masa tu kita tak pandai kita akan rasa jemu belajar kerana asyik nak mengeja sahaja, kita juga akan rasa rendah diri bila kawan-kawan lain sudah pandai membaca dan menulis.
...Mirah ingat lagi masa ditahun satu, belum habis lagi penggal pertama Mirah dah pandai membaca. Uwah..masa tu Mirah rasa bangga sangat sebab kawan-kawan yang lain masih tak pandai membaca lagi. Mereka bawakan buku cerita suruh Mirah baca, makin lancarlah Mirah membaca, kalau nak ikutkan manalah mampu ayah nak belikan buku cerita, masa tukan ayah bergaji kecik, anak pulak ramai. Mana duit nak makan lagi, duit buku sekolah lagi. Alhamdulillah Allah bagi kelebihan pada Mirah, tolong bacakan cerita untuk kawan, selebihnya kita makin lancar membaca. Bila periksa pula Mirah akan dapat markah penuh, masa tu semangat nak belajar pun berkobar-kobar sebab cikgu-cikgu asyik puji saja. Semua adik-adik Mirah ibu buat macam tu, kemudian dijadikannya Mirah ni contoh untuk adik-adik supaya adik-adik Mirah rajin belajar. Dari cerita ibu.. baru Mirah faham macam mana ibu didik kami..dia didik kami masa peringkat awal..bukannya masa kita dah besar. Abang pun tahu ibu sekolah hanya setakat tingkatan tiga sahaja. Kalau nak dikira mana boleh dia ajar mata pelajar sekolah menengah yang makin kedepan sekarang ni. Betul tak bang.” Loqman hanya mengangguk-anggukkan kepalanya mengiakan kata-kata isterinya yang sememangnya ada kebenaranya. Loqman sudah maklum Amirah dan adik-adiknya sejak dari kecil adalah anak-anak yang bijak.

“Kita pun akan didik anak kita macam ibu didik Mirah dan adik-adik Mirah juga ye.”       


Kebetulan bersalin kali kelima ini Amirah diwaktu cuti sekolah hujung tahun. Mereka merancang setelah Amirah dapat tujuh hari sahaja mereka akan pulang keKuala Pilah, Amirah akan menghabiskan masa berpantang dikampungnya. Sementara Loqman pula akan tetap bertugas dan duduk bujang selama sebulan.
“Tak apa ke abang kena tinggal sorang-sorang ni.” Amirah menyuarakan kebimbanganya meninggalkan suaminya seorang dirumah sepanjang dia cuti berpantangnya kali ini.

“Tak apa..sebulan saja Mirah dan anak-anak tak ada…ada cuti nanti abang baliklah.”

“Kalau dah macam tu kata abang tak apalah..tapi jangan lupa makan ye bang, nanti sakit abang sorang-sorang kat rumah ni.”

“Ialah abang akan jaga kesihatan sepanjang Mirah dan anak-anak tak ada ni.”

“InsyaAllah..kalau Mirah tak lupa Mirah call kejutkan abang waktu pagi”.


            Kini sudah dua minggu  Amirah di Kuala Pilah, dalam masa setengah bulan sudah dua kali Loqman menjenguknya. Tinggal dua minggu lagi sekolah akan dibuka. Pulang cutinya kali ini, Loqman ingin membawa isteri dan anak-anaknya pulang ke PD untuk duduk dirumah papa dan mamanya pula. Amirah juga bersetuju untuk menghabiskan cuti sekolah Syifa di sana.


            Masuk sekolah kali ini Ain Nur Syifa anaknya yang sulong akan masuk kedarjah enam, adiknya Ahmad Firdaus masih setahun lagi disekolah tadika bersama adiknya Abdullah Hakim. Ahmad Hazril tiga tahun dan anaknya yang baru lahir pula diberi nama Ahmad Fudhail sudah berumur hampir sebulan. Mereka disambut riang oleh Puan Sharifah dan Encik Abdul Majid. Sudah dua minggu mereka tidak mengujungi cucu mereka diKuala Pilah mungkin kerana sibuk. Ketika mereka masuk kerumah milik keluarga Loqman… sampai diruang tamu, mereka disambut oleh seorang lagi penghuni rumah yang tidak pernah mereka jumpa selama ini. Loqman mungkin kenal kanak-kanak lelaki itu.

 “Mirah… ini Nazrul Halim anak Loqman yang kat Johor. Baru dua minggu dia duduk kat sini.” Puan Sharifah memperkenalkannya kepada Amirah.

“Halim salam ibu.” Puan Sharifah mengajar cucunya berbudi bahasa, kemudian dia menunjukkan pula semua adik-adiknya yang lain. Ketika itu Ain Nur Syifa menolong ayahnya mengangkat beg pakaian mereka di kereta Toyota Unser milik ayah dan ibunya. Untuk keselesaan anak-anak mereka yang sudah bertambah menjadi lima orang, Loqman dan Amirah sepakat membeli kereta yang lebih besar. Apabila  AinNur Syifa masuk...

“Kak Long sini..nenek nak kenalkan, adik kak Long yang tak pernah kak long jumpa…haa ini angah Nazrul Halim.”

“Ehh..kak long ada angah.”

Malam itu ketika semua cucu-cucunya sudah tidur Puan Sharifah menceritakan perkara sebenar kepada Amirah dan Loqman...

 “Dua minggu lepas Liza datang sini, dia bawa Halim. Dia kata sekarang ni Halim tak ada siapa yang nak jaga. Emak dia sibuk menjaga ayahnya yang sudah lima bulan diserang angin ahmar. Keadaan ayahnya yang lumpuh separuh badan, terpaksa diuruskan, makan dan minumnya semua kena disuapkan, ketandas juga mesti diangkat..jadi dia minta pertolongan mama menjaga Halim, lagi pun Halim ni cucu mama juga.”
“Itulah… masa Man nak jaga dulu diaorang tak kasi.. cucu kesayanganya konon, Man nak jumpa dia pun susah, disorok-sorokkannya budak tu..ini tak payah minta dia bagi pulak.” Loqman menempelah perlakuan Liza dan keluarganya suatu ketika dulu.

“Tak apalah bang, bukan salah abang tak jenguk, tapi mereka yang tak kasi, ni dah ada depan mata kita jagalah baik-baik, dia anak abang juga…jangan sebab perkara lama abang benci anak abang tu”.


            Ketika Nazrul Halim berumur sembilan tahun ayah Liza di serang sakit angin ahmar dan separuh dari badannya lumpuh. Liza dan Rosdi terpaksa juga membawa  Nazrul Halim bersekolah dan tinggal  bersama mereka di Kuala Lumpur. Dikira baru setahun Nazrul Halim duduk serumah dengan mama dan papa Roslinya. Tetapi disebabkan kenakalan dan sikap memberontak anakya disertai rungutan suaminya menyebabkan Liza tidak sanggup menjaga dan memelihara anaknya Halim.  Walaupun itu adalah anaknya sendiri,anak yang dikandung dan dilahirkannya…ditambah dengan rasa sakit hati kepada bekas suaminya yang masih bersisa didalam hati.. rupanya alam diam Liza masih menaruh dendam kepada bekas suaminya Loqman.

“Liza kenapa tak suruh ayah siHalim tu saja yang jaga dia...budak tu dahlah degil, nakal, liar, bodoh pulak tu. Cukup semuanya sifat-sifa yang abang paling benci tau.. cubalah awak tenguk buku rekod kemajuanya merah memanjang markah kosong pun ada..  dah darjah tiga cuba suruh dia baca buku boleh ke dia baca.. emm menyusahkan saja” Itulah rungutan Rosdi suami baru Liza.

“.. abang rasa elok kita serahkan saja pada ayah dia, biar ayah dia rasa betapa susahnya nak jaga anak dia, entah keturunan apalah agaknya dia tu..heey.” Bebel Rosli mengenai anak isterinya dari suami lain.

“Tapi Liza tak tahu kat mana dia duduk sekarang..lagipun dah lama dia tak jenguk anak dia.”

“Itulah padai buat anak saja, jaga anak tak mahu..”  berdesing telinga Liza  mendengar apa yang keluar dari mulut suaminya. Tetapi dia hanya mendiamkan diri..suaminya yang ini jangan dia berkata lebih sedikit, alamat kaki tanganya sekali naik. Dia jenis yang panas baran seperti dirinya juga. Bak kata orang Liza sudah bertemu buku dengan ruas kini. Melihat isterinya hanya mendiamkan diri dia pula memberi cadangan.

“bagilah kat emak dia.. kan Liza pernah pergi rumah emak dia dulu..kat mana Liza kata dulu kat Port Dickson.. pergilah hantar..abang rimaslah dengan perangai Halim tu. Lagi pun abang takut nanti diapa-apakan anak kita..kan bahaya.”  Halim ketika itu ada disebalik pintu biliknya mendengar perbualan ayah tiri dan mamanya. Begitu merbahayakah dirinya hingga dia tidak dipercayai oleh ayah tiri dan mamanya sendiri.

“Bila nak hantar dia?”

“Liza ni.. takkan itu pun tak tahu. Semua abang yang nak kena fikir, itukan anak awak. Pada abang lagi cepat lagi bagus.”

“Ialah..ni masa cuti sekolah panjang ni Liza hantar lah.”

“Eloklah..hari Sabtu ni pergi hantar cepat.” Ohh..begitu benci ayah tirinya terhadap dirinya rupanya..itulah yang terdetik didalam hati Halim.


            Sebenarnya bukan Loqman tidak mahu memelihara anaknya selepas perceraiannya dahulu.. tetapi emak  dan abah Liza yang beria-ia mahu menjaganya. Kalau boleh cucunya itu tidak  perlu mengenali ayahnya. Itulah sebabnya apabila Loqman datang menziarahi anaknya dahulu berbagai alasan diberikan supaya anak dan ayah tidak bertemu. Setelah Halim berusia tujuh tahun ada sekali Loqman bertemu dengan Halim anaknya. Ketika itu dia diditugaskan keJohor Baharu. Kesempatan itu tidak disiakan, dia singgah menziarahi  anaknya dan bekas ibu bapa mertuanya diSimpang Renggam Johor.  Ketika itu Halim sedang bermain dihadapan rumah, jadi emak  dan abah mertuanya tidak sempat untuk melarikan cucunya. Hanya sekali itulah Loqman dapat memandang anaknya setelah dia besar. Kedatanganya disambut dengan sidiran-sindiran tajam dari kedua bekas mertuanya.


            Bersama suami barunya Liza juga telah memperolehi  dua orang anak perempuan. Yang tua sudah berumur empat tahun dan yang kedua berusia dua tahun lebih dan kini Liza hamil lagi. Walaupun kandungan masih kecil tetapi Liza rasa sungguh terbeban dengan kerenah anak lelakinya yang nakal dan degil disamping kerja-kerja pejabat yang sentiasa sibuk. Akhirnya dia mengikuti saranan suaminya Rosdi. Dia kePort Dickson meminta pertolongan keluarga bekas ibu mertuanya  untuk memelihara anaknya Nazrul Halim, anaknya yang bersama Loqman. Bila dia mendengar berita Loqman sudah kembali kepada bekas isterinya, api kebenciannya makin membara. Bertambah tekadnya  ingin melepaskan tanggung jawab menjaga anak lelaki. Dia bertekad  biarlah keluarga atau bekas suaminya menjaga pula anak yang tidak boleh diharap. Dalam fikiranya walaupun sekarang ini, bekas suaminya tidak tahu anaknya sudah berada dirumah mamanya, tetapi lambat-laun bekas suaminya akan berjumpa juga dengan anaknya, biarlah mereka pula yang merasa betapa siksanya menjaga anaknya yang nakal, bodoh  dan tidak ada masa depan itu.


3 comments:

  1. Harap Amirah&Loqman dapat didik Halim dengan baik seperti anak2 mereka yang lain. Biar Liza menyesal pulak...

    ReplyDelete
  2. itulah yg mak teh nak crita..kita ni biasanya bila dah bercerai anak jadi rebutan..tapi bila dah dapt hak penjagaan bukan terjaga pun..brebut sebab nak mempretahankan ego saja betul tak...bnyak anak tak bernasib baik terbiar dan jdi smpah masyarakat.

    ReplyDelete
  3. cabaran utk mira dan loqman..masih muda lg si halim ..mungkin boleh dilentur

    ReplyDelete