~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Saturday 8 September 2012

Bab 13 Tidak terkikis kesal dihati







Kerat-kerat kayu di ladang,
Hendak dibuat batang cangkul,
Berapa mata memandang,
Berat lagi bahu memikul.


Selepas solat subuh pagi itu Puan Sharifah menghubungi besannya ibu Amirah merangkap adik sepupunya juga.

“Assalamualaikum..Kak Long ni, Limah apa khabar.”

“Waalaikumsalam..Alhamdulliah.. Limah sihat kak..kak Long kat mana ni..pagi lagi dah telefon Limah.”

“Kak Long kat Petaling Jaya ni. Ni nak bagitahu Amirah dah selamat bersalin..dapat anak perempuan..atuk dia nak bagi nama..Ain Nur Syifa boleh tak Limah, kamu tolong tanyakan pada Rahim setuju ke dia dengan nama tu.”

“Alhamdulliah..bila dia bersalin Kak Long katanya hari tu nak bersalin kat Pilah dah bersalin kat sana pula ye kak long”.

“Katanya malam tadi memang cadangnya nak bersalin kat Pilah..dia tercepat seminggu lebih .. tak apalah mungkin cucu kita tu nak jadi orang KL agaknya Limah, akak bersyukur sangat Mirah dengan cucu kita tu selamat tak ada apa-apa masaalah dengan merejka berdua Limah.. jangan lupa tanya kan kat Rahim nama cucu kita tu ye Limah, setuju tak dia dengan nama Ain Nur Syifa”.

“Rasanya ayah dia setuju tu... nama tu sedap. Yang sebetulnya  bila dia bersalin kak.”

“Dia bersalin lebih kurang pukul sebelas malam tadi. Limah... kak long call Limah ni sebetulnya kak long nak bagitahu satu berita sedeh ni Limah..akak harap Limah jangan terkejut ya..” Walaupun rasa berat hati Puan Sharifah ingin menyatakan kebenaran tentang anak dan menantu mereka tetapi Puan Sharifah terpaksa juga berterus terang kepada adik sepupunya. Masaalah mereka adalah sama. Loqman dan Amirah adalah anak-anak mereka.

“Ehh berita apa kak??” berdebar hati puan Halimah apa yang hendak diperkatakan oleh kakak pupunya merangkap besanya juga.

“Limah beristifar banyak-banyak dulu, setelah dengar berita ni kita tetap adik beradik ye Limah..kak long merayu pada Limah jangan buang Kak Long sekeluarga. Mungkin dah takdirnya begitu..tapi yang sebetulnya kak long memang tak boleh nak terima. Akak sedeh sangat.” Makin laju denyutan jantung Puan Halimah bila mendengar suara sayu Kak Longnya siap merayu lagi.

“Ialah Limah janji dan Limah dah bersedia..cakaplah Kak Long.” Tidak sabar-sabar Puan Halimah hendak mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh kak longnya dihujung talian.

“Limah..Loqman dengan Amirah dah bercerai. Ikut kata kawan-kawan dia, dah tiga bulan mereka bercerai..sebabnya Kak Long pun tak tahu.. Mirah ada bagi tahu kamu ke Limah sebab atau pun masaalah rumah tangga mereka.” Puan Sharifah merisik khabar dari adik sepupunya, sebab-sebab kenapa anak dan menantu mereka bercerai-berai kalau-kalau dia tahu.

“Astagfirullah.. Astagfirullah.. Astagfirullah. Mirah tak cakap  apapun dengan Limah..kak long dapat tahu mereka bercerai dari siapa, dari Loqman ke? Kenapa mereka bercerai???.” Terkejut besar puan Halimah dihujung talian.

“Kak long tahu pun sebab kak long call Loqman petang semalam, tapi kak long tak percaya.. malam tadi bila kak long tanya kawan-kawan Mirah  memang sah mereka dah bercerai.. Loqman  tak pernah pulak cakap mereka ada masaalah selama mereka nikah..kot- kot Mirah ada cerita kat Limah”.

 “Dengan Limah pun Mirah tak pernah cakap apa-apa kak long dia hanya cakap dia mabuk teruk macam mana nak buat.. itu saja.”

“ Ada satu lagi rahsia yang kak Long nak bagitahu tapi tak tahu macam mana nak cakap. Rasa susah sangat nak cakap pada Limah..akak rasa sedeh sangat anak-anak kita jadi macam ni. Akak mengharapkan rumah tangga anak-anak kita kekal hingga keakhir hayat tapi tak sangka pula macam ni jadinya...Limah.”

“Cakap saja lah kak long budak-budak ni banyak betul rahsianya dengan kita.. pening kita dibuatnya.”

“Ialah kak Long nak cakap ni…Kak Long terus terang saja dengan Limah sebab kita adik beradik kita hadapi sama-sama. Kak long tak pernah terfikir sampai macam ni jadinya..Kak Long sebenarnya tak tahu, tapi petang semalam Kak Long telefon Loqman nak tanya khabar Mirah, sebab kak long kira Mirah dah sembilan bulan..masa tulah Loqman kata dia dah bercerai dengan Amirah..satu lagi Limah..Loqman kata dia dah nikah satu lagi..akak tak tahulah Limah… anak akak dah menyusahkan anak kamu Limah. Maafkan kami Limah.” teresak Puan Sharifah menceritakan masaalah yang dihadapi oleh anak dan menantu mereka.  Dihujung talian puan Halimah juga menangis mereka tidak menyangka rumah tangga anak-anak mereka runtuh ditengah jalan. Bak kata pepatah ‘Harapkan panas hingga kepatang rupanya hujan ditengahahari’.Kemudian puan Sharifah menyambung kata-kata yang terputus dek esakkanya.

“Limah ..Mirah ada tak cerita apa-apa dengan kamu tentang perkara ni atau dia cerita dengan kamu Loqman ada perempuan lain.”

“Mirah tak pernah cerita apa-apa dengan Limah Kak Long..dia hanya tanya tentang  kisah mabuk dia saja.”

“Kak Long pun tak tahu Limah…mereka tak pernah bercerita apa-apa dengan kami..satu lagi Limah, kalau Mirah balik nanti jangan tanya dia tentang Loqman ye …Kak Long kesian dia Limah, masa akak jumpa dia, masa tu dia dah selamat bersalin malam tadi, dia menangis sedeh sangat, bila abang Long kamu sebut nama Loqman dia menangis lagi..” Kedua orang ibu menangis dihujung talian mengenangkan nasib anak-anak mereka, yang dirasakan bercelaru kehidupanya.

“Ialah kak Long, nanti Limah bagi tahu ayah dia..bila agaknya Mirah keluar hospital kak…”

“Kamu tak payah datang sini Limah, kalau dah keluar nanti Kak Long akan hantar dia rumah kamu..Limah fikir macam mana.”

“Elok juga tu Kak Long …kalau duduk rumah akak nanti tentu dia sedeh teringatkan Loqman.”

“Kalau macam tu ..akak nak minta maaf banyak-banyak pada kamu Limah kerana anak kami dah meyusahkan kamu sekeluarga.”

“Dah takdir dia, nak buat macam mana, kita terima sajalah.. kita yang ada ni berilah sokongan pada Mirah supaya dia dapat menghadapi duagaannya dengan tabah.”

“Limah.. Kak Long nak bersiap ni nak pergi hospital jenguk dia, kesian dia sorang-sorang kat sana, lagi pun abang long kamu nak buat pendaftaran untuk nama cucu kita tu. Kira setujulah dengan abang long kamu nak bagi nama Ain Nur Syifa Limah...”.

“Limah setuju kak rasanya Rahim pun setuju jugalah kak, terima kasih kerana bagitahu kami hal ini”.

“Kalau macam tu oklah..Assalamualaikum”

“Waalaikumsalam” talian diputuskan. Puan Halimah termenung memikirkan musibah rumahtangga anak menantunya dan nasib  cucunya.


================================================

      Encik Abdul Manjid suami isteri makan dihotel hari itu. Makan paginya merangkap makan tengahari sekali. Mana tidaknya ketika Encik Abdul Majid suami isteri turun jam sudah menghapirim pukul sebelas pagi. Pada mulanya Encik Abdul Majid rasa keberatan untuk makan dihotel..sebab tidak biasa...

“Pah lapar betul perut abang ni..kita makan tengahhari sekali lah Pah..mana kita nak cari makan ni Pah”.

“Kita makan kat hotel nilah bang.. semalamkan dia kata..pakej kita ni termasuk dengan minum pagi sekali..nanti abang makanlah banyak sikit...biasanya kalau makan kat hotelnya dia sediakan cara layan diri.”

“Abang tak pandai rasanya makan kat hotel ni..tentu yang disediakan makan cara barat abang bukanya suka makan yang macam tu”.

“Kita cubalah dulu..mana tahu menunya nasi goreng , mee gorang ..kalau tak pun tentu diaorang sediakan roti.” Ketika mereka turun keruang makan alangkah leganya perasaaan Encik Abdul Majid dengan menu yang tersedia. Nasi lemak sambal udang, mee goreng dan beberapa jenis kueh Melayu. Untuk menu yang lain juga terdapat roti kaya dan kacang merah. Bersungguh-sungguh Encik Abdul Majid suami isteri menjamu selera kerana laparnya. Maklumlah waktu bersarapan mereka telah lari beberapa jam, dari pukul tujuh setengah pagi pada hari kebiasaan mereka.. kini sudah mahu menjangkau pukul sebelas pagi baru mereka dapat  mengisi perut.

Selepas makan kedua bekas ibu dan bapa mertua Amirah datang menjenguknya, dihospital.

“Assalamualaikum..dah rasa sihat Mirah.” ibu mertuanya menyapa..ketika itu Amirah baru habis menyusukan anaknya.”

“Waalaikumsalam..dah sihat rasanya mama.” Amirah menghulur tangan untuk bersalaman dengan ibu dan bapa mertuanya.

“Dah pandai menyusu anak kamu Mirah.”

“Dah mama dari malam tadi lagi dia dah mula menyusu..tapi air susu Mirah tak banyak lagi..masih cair ..nampak macam warna kuning cair lagi.”

“memang macam tu, tapi air susu yang cair itulah yang paling elok.”

“Pah, abang nak kebawah dulu nak daftar nama cucu kita ni…Betul Mirah tak kisah papa bagi nama Ain Nur Syifa ni.” bapa mertunya meminta kepastian Amirah untuk meletakkan nama Ain Nur Syifa kepada cucunya.

“Betul papa Mirah suka nama tu..nampak macam lembut saja orang yang mengunakan nama tu” sambil membelai rambut anaknya yang keriting seperti rambutnya.

Sepeninggalan bapa mertuanya Amirah bercerita..

“Mama kata doktor kalau Syifa ni dah buang air kecil dan buang air besar nanti boleh lah Mirah  balik. Pagi tadi Syifa dah buang air kecil tunggu dia buang air besar saja bolehlah Mirah keluar hospital hari ni.”

“Minta-minta cepatlah dia buang air besar ye Mirah, tapi Mirah rasa macam mana? Mira dah rasa sihat ke?”

“Mirah dah rasa ok ni dah tak rasa sakit dah.”setelah lama mendiamkan diri Amirah mula bercerita.

“ Sepatutnya Mirah rancang nak bersalin kat Pilah,..kalau ikutkan due kat kad mengandung tu, ada lagi dua belas hari.. tak sangka pula dah selamat Mirah bersalin. Petang semalam dalam perjalanan balik kerja Mirah rasa sakit kat bawah perut ni, bila Mirah usap perlahan-lahan perut Mirah..hilang pula rasa sakitnya. Setengah jam kemudian datang lagi sakitnya,  tapi makin lama makin kerap dan makin kuat sakitnya. Rupanya macam tu sakit nak bersalin ye mama”.

“Alhamdulliah tak bersalin kat rumah... kalau dah semakin kerap datang sakitnya tandanya budak dah keluar tu Mirah.”

“Ohh ye ke?? Mirah bersyukur sangat..tak terbesalin kat rumah..Mirah tak tahu rasa sakit nak bersalin macam tu, lagi pun dalam kad mengandung tu masih ada 12 hari lagi baru Mirah bersalin.. Kawan Mirah Sitilah yang gesa Mirah pergi kekelinik, dia takut Mirah terbesalin kat rumah semua orang tak mahu jadi bidan, bila doktor kat kelinik tu check pintu rahim Mirah dah terbuka 4cm.”

“Kalau dah 4cm tu memang dah nak bersalin sangatlah tu..Mirah tak turun tanda ke?”

“Turun tanda tu macam mana mama.”

“Keluar air..bukan macam kita kencing tapi keluar air yang tak boleh kita tahan..ada orang keluar air sikit..ada orang sampai basah kain..”

“Tak ada lah pulak..tapi masa kat tempat kerja petang semalam, masa Mirah nak buang air kecil ada nampak macam ada lender campur darah sikit kat seluar dalam, tapi masa tu Mirah hanya rasa sakit pinggang sikit saja.”

“Itu pun tanda juga..”sedang mereka bercakap-cakap Ain Nur Syifa merengek-rengek mungkin hendak menyusu  dengan cepat ibu mertuanya  mengangkat cucunya yang didalam katil bayi.

 “Cucu nenek nak susu lagi ya.” diciumnya pipi sekecil dengan rasa sayang  dan dihulurkan kepada bekas menantunya merangkap anak saudaranya juga.

“Apabila disuakan puting susu kemulut sikecil tidak pula dia mahu membuka mulutnya tapi masih juga  merengek.

“Cuba tenguk lampinya Mira, entah-entah dah basah.” arah ibu mertuanya pula. Ketika itu juga kawan-kawan serumah Amirah datang menjeguknya, kali ini tiga orang pula Ida Helmi diperkenalkan kepada ibu mertua Amirah.

“Ohh..mak cik dah sampai” tegur salah seorang kawan Amirah.

“Makcik baru saja sampai..Ain Nur Syifa makcik-makcik Syifa dah sampai ni.” Puan Sharifah berjenaka. Ketika itu Amirah sedang membuka lampin anaknya.

“Dia buang air besarlah mama…kenapa warnanya hitam..mama”, Amirah tidak pernah melihat najis bayi baru pertama kali buang air besar selepas dilahirkan, walau pun adik-adiknya ramai, tetapi ketika itu dia masih kecil dan tidak mengambil endah hal-hal seperti itu.. dia terlepas pandang. Semua mata terarah kepada Amirah dan bayinya.

“Tenguk..tenguk..” kata kawan-kawan Amirah, ingin melihat najis anaknya..sebagai satu pengalaman.

“Ialah kenapa warnanya hitam..dulu adik kecil saya najisnya tak macam tu.” Tanya salah seorang dari mereka, mata mereka terarah kepada bekas ibu mertua Amirah menanti jawapan.

“Najis pertama bayi memang macam tu, lama kelaman dia akan bertukar menjadi kuning pula.” Puan Sharifah menerangkan.

“Ohh macam tu..yang saya tenguk tu adik saya dah sebulan, patut lah lain.” jawab kawan Amirah tadi.

“Petang ni aku boleh balik agaknya..”Amirah menerangkan kepada kawan-kawanya.

“Kenapa kau dah bosan ke duduk hospital..kan seronok duduk hospital  makan pun atas katil.” tanya Siti sambil ketawa, mereka yang ada disitu pun turut ketawa.

“Aku bosan betul tak boleh nak buat apa..nak pergi bilik air pun jauh..nak buka tudung pulak orang lelaki..tak tentu  masa ada yang masuk”.

“Ohh ingatkan seronok makan atas katil. Layanan istimewa tu.”

“Banyaklah kau punya layanan istimewa makan atas katil konon.”..balas Amirah sambil tersenyum dia tahu kawan-kawanya cuba menceriakan keadaan.

“Bila doktor buat  pemeriksaan Mirah ni nanti cakaplah dengan doktor yang anak Mirah ni dah buang air besar.” kata ibu mertuanya mengajar menantunya.

“Ialah mama, Mirah pun tak ada masaalah kesihatan...rasa dah ok ni.” sedang Amirah membersihkan punggung anaknya dibantu oleh ibu mertuanya, bapa mertuanya sampai. Urusan pendaftaran untuk kelahiran cucunya sudah diselesaikan dibahagian kaunter.

“Papa dah daftar nama anak Mirah..ni surat beranaknya..papa pegang dulu ya, takut hilang pulak nanti.”

“Ialah papa..Nur Syifa ni pun dah buang air besar papa..mungkin petang ni Mirah boleh balik kan mama.”

“Kita tunggu doktor periksa dulu…”kata Puan Sharifah, mengingatkan bekas menantunya supaya jangan berharap sangat, kalau tak boleh balik  kecewa pulak nanti.

Pemeriksaan doktor petang itu mengesahkan Amirah dan anaknya sihat dan dibenarkan pulang, petang itu juga. Setelah selesai semua urusan, kawan Amirah membantunya membawa pakaian Amirah menuju kekereta bapa mertua Amirah.

“Marilah Pakcik hantar keapartment..kamu semua.”

“Tak payahlah pakcik, makcik kami balik naik teksi saja, tak jauh pun.”

“Yang tak jauh tulah yang pakcik dan makcik ajak ni, jomlah satu jalan saja. Boleh lama sikit tenguk anak sedara kamu ni, kalau dah balik kampong nanti susah pulak nak jumpa lagi sikecik ni.” Mereka ketawa mendengar gurauan Puan Sharifah. Lalu mereka masuk kekereta Proton Wira bapa mertua Amirah. Lima orang ditempat duduk belakang, termasuk sikecil Ain Nur Syifa dipangkuan ibunya.

“Muat pun.. semuanya masih kurus lagi ..dulu makcik kamu pun kurus macam ni juga.” ramah bapa mertua Amirah menceriakan suasana. Keramahan bekas ibu dan bapa Amirah, menyenangkan hati kawan-kawan Amirah, mereka tidak kekok berbual dengan kedua orang tua itu. Dalam hati mereka bertuah Amirah mendapat ibu  dan bapa mertua yang kelihatanya sangat menyayangi Amirah.

“Ialah itu dulu…sekarang ni kalau duduk belakang macam mak cik ni muat dua orang saja jadi sebelum kembang macam makcik ni jagalah badan.” mereka hanya tersenyum mendengar gurauan namun ada nasihat untuk mereka, tidak tersebut langsung nama Loqman petang itu.

Dipertengahan jalan, lebuh raya Seremban Kuala Lumpur, Puan Sharifah bersuara.

“Mirah nak balik mana..nak balik Pilah ke nak balik PD.” Ibu mertuanya memberi pilihan kepada Amirah.

“Mirah rasa nak balik Pilahlah mama..sebab nanti susah ibu nak jenguk Mirah..ayah tak ada kereta, lagi pun adik Mirah ada dua orang masih bersekolah kalau ibu tak ada kat rumah susah pula mereka nak makan nanti.”

“Kalau macam tu kita terus pergi Pilah, nak ulang alik pergi PD kesian pulak pada Syifa ni kecil lagi.” sambung bapa mertuanya.

Sampai di Kuala Pilah mereka disambut dengan gembira oleh kedua ibu dan ayah Amirah, rupanya ibu Amirah sudah menyediakan makan malam untuk mereka sekeluarga. Puan Halimah menghidangkan masak lemak cili api kepala ikan tenggiri bersama daun pucuk asam gelugur dan pucuk ubi rebus dicicah sambal belacan. Untuk Amirah dia merebuskan ikan tenggiri bersama lada hitam yang ditumbuk halus dan beberapa keping asam gelugur pula.

 “Kak Long.. Limah masakkan Mirah lauk orang bersalin macam kita dulu saja... Kak long. Sebetulnya Limah dah lupa apa yang boleh kita makan masa kita dalam pantang. Dah lama sangat tak bersalin lupa pula”.

“Kalau kak long..kak long  tak makan ikan sardin atau ikan kembung yang tu gatal, jangan makan..kak long hanya makan ikan gelama atau  tenggiri saja. Sayurnya pula bayam dengan sawi. Kalau buah pulak buah betik sahaja. Kita bukan apa.. yang takut jahitan tu jadi gatal.. nanti takut bernanah pulak, masa awal-awal ni..berpantanglah sikit.” terang Puan Sharifah.

“Ialah kak long.. Limah takut yang itu jugalah.”

“Yang lain-lain tunggulah kita dah dapat sebulan barulah boleh makan tapi jangan makan banyak.. makan sikit dulu, kalau Mirah dan Syifa tak apa-apa..bolehlah makan banyak sikit”.

 “Tambahlah kak Long..abang Long jangan segan, Limah masak untuk kita makan. Ni nanti sampai PD, tentu akak dah letih.. tak payah masak lagi.” sambil menghulurkan mangkuk nasi tambah kepada kakak Longnya suamiisteri. Memang nampak berselera sungguh dua keluarga itu makan. Menu yang kena pada selera mereka masak lemak cili padilah katakan. Amirah hanya duduk di sebuah kerusi memandang mereka sambil memangku anaknya yang sedang tidur lena. Setelah mereka selesai makan dan mula menyertainya duduk diruang tamu, Amirah mula terfikir untuk memberitahu apa yang berlaku dalam rumah tangganya bersama Loqman.

‘Rasanya elok aku bagitahu perkara sebenar pada mereka, sementara tengah ramai ni’ Amirah berkata-kata didalam hatinya, dengan adanya sikecil dipangkuan dia merasakan dia sudah cukup kuat untuk memberitahu perkara sebenar, mungkin anak yang dipangkuan menyalurkan semangat kepadanya. Setelah dilihatnya kedua ibu dan bapa mertuanya  serta ibu dan ayahnya duduk semula disofa ruang tamu mereka, ibu mertuanya bersuara.

“Bagi mama  anak kamu tu Mirah .. Mirah pergi makan pula.” Puan Sharifah bangun dan mengambil cucu dipangkuan Amirah.

“Papa,mama,ayah dan ibu..Mirah nak bagi tahu satu perkara ni..harap maafkan Mirah ya.” Kelihatanya Amirah tenang. Semua mata tertumpu kepada Amirah tetapi semuanya tidak bersuara. Didalam hati mereka, mereka sudah boleh meneka apa yang mahu disampaikan oleh Amirah.

 “Sebenarnya dah tiga bulan Mirah dan abang Loqman bercerai….” setelah dia meluahkan rahsianya matanya mula berkaca-kaca. Ibunya menghampiri Amirah dan memegang bahunya, lalu di cium  kepala anaknya.

“Ibu nak tanya kalau kakak kuat nak jawab.. jawablah.. kami nak  tahu saja tapi kalau rasa tak kuat, jangan jawab.” lembut suara ibu bersuara.

“Tanyalah rasanya kakak dah kuat nak jawab ni.”

“Kenapa sampai bercerai…” sambung ibunya.

“Mirah pun tak tahu..tengahari tu Mirah terserempak abang dengan seorang perempuan di supermarket, tapi Mirah buat-buat tak nampak sahaja. Petang tu bila abang balik kami ada bertengkar sikit dan abang lafazkan kata cerai pada Mirah. Seminggu lepas tu baru kami buat pengesahan dipejabat kadi, masa dipejabat kadi abang ada cakap..dia dah tak sehaluan dengan Mirah lagi dan dia kata Mirah pentingkan diri sendiri itulah alasan yang dia bagi masa kat pejabat ugama tu dulu”.

“Masa kamu  bertengkar tu apa yang kamu cakap?..kamu ke yang minta cerai.” Tanya ibu mertuanya pula.

“Mirah tak sebut pun perkataan cerai.. pertengkaran kami tak lah teruk sangat rasanya.. hanya bila Mirah tanya dia dah makan ke belum.. dia ‘kata dah makan dengan kawan’..Mirah tanya kawan lelaki keperempuan dia marah. Abang Loqman sebenarnya  rasa curiga bila Mirah kerja malam,  dia suruh Mirah berhenti kerja. Mungkin sebab itulah dia keluar dengan perempuan lain,  nak balas perbuatan Mirah agaknya. Pada Mirah....kerja Mirah sekarang ni taklah teruk sangat, walaupun ada syift malam, tapi Mirah dapat juga rehat waktu tu.. lagi pun lepas syift malam, Mirah diberi cuti dua hari..salah ke keputusan Mirah tak berhenti kerja. Lagi pun kalau nak berhenti  kena bagi notis tiga bulan..kalau nak berhenti hari itu juga kena bayar sebulan gaji.  Sebenarnya Mirah dah fikir.. bukan senang nak kerja dengan kerajaan itulah sebabnya Mirah tak ikut cakap abang.. suruh Mirah berhenti kerja. Mirah dah rasa kerja kerani masa kerja di Cheras dulu, kerjanya penat sangat tapi gajinya tak berpadan dengan tenaga yang kita curahkan, jadi salahkah Mirah tak ikut cakap abang?. ”

“Keputusan Mirah tu betul..bukan senang nak dapat kerja dengan kerajaan, sekali kita berhenti dari kerja dengan kerajaan kita tak akan ada peluang lagi sebab nama kita dah disenarai hitamkan itu yang selalu orang cakap betul kan Rahim..kalau papa pun papa tak galakkan Mirah berhenti kerja”.

“Saya dengar macam tu jugalah.” Ayah Amirah mengiakan kata-kata bekas besannya.

“Kalau dah macam tu..agaknya dah jodoh Mirah tak ada dengan Loqman..tapi mama harap Mirah tak buang mama dan papa ni, walaupun Mirah bukan menantu mama lagi..kami dah anggap  Mirah  seperti anak kami ..Mirah tetap anak papa dan mama. Mama harap Mirah bersabarlah banyak-banyak, mama dan papa akan pastikan Loqman bertanggung jawab kepada anaknya.”

 “Tak mengapa mama..Mirah ada kerja boleh tanggung anak Mirah ni.. Mirah tak mahu susahkan abang Loqman dan Mirah tak harapkan abang Loqman bagi duit.. mungkin ini semua salah Mirah yang tak dengar cakap dia… Mirah redha.” kedua ibu dan ayah Amirah hanya mendiamkan diri sahaja.

“Jangan salah kan diri Mirah..mama rasa Loqman yang salah dalam hal ni kerana tak sabar dan terburu-buru mengambil tindakkan, tapi anak Mirah ni perlu juga kasihsayang ayahnya.”

“Betul tu Mirah.. kami dah jadi papa dan mama kamu, jadi apa-apa masaalah jangan malu cakap saja dengan kami..jangan anggap kami orang luar tau.” sambung bapa mertuanya pula.

   Dua berbesan cuba bantu membantu meringankan sedikit beban derita anak-anak yang sedang bermasaalah. Walaupun bak kata orang berapa berat mata memandang.. berat lagi bahu memikul... Tetapi sekurang-kurangnya dengan ambil berat mereka yang ada disekililing merengankan sedikit penderitaan yang ditanggung oleh Amirah.


No comments:

Post a Comment