~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Friday 24 August 2012

Bab 5. Jangan ada rahsia



Sayur terung berjenis terung,
Terung panjang dipotong serong,
Kalau hidung rasa  tak mancung,
Janganlah pipi tersorong-sorong.


Sepanjang dimeja makan NurJannah membisu. Dia hanya mengambil sedikit saja makanan dan menyuapnya perlahan seperti orang yang tidak berselera. Selesai makan mereka mengatur langkah kerumah datuk Tengku Farid. Sepanjang perjalanan ke rumah datuk Tengku Farid Nur Jannah tidak juga bersuara. Dia hanya membuang pandanganya kekiri-kanan jalan sahaja. Sebenarnya diua tidak tahu apa yang mahu dibualkan. Hendak bertanya dia juga tidak tahu apa yang hendak ditanya. Jalan terbaik dia hanya membisu.

Tetapi lain pula yang muncul dibenak Tengku Farid.. Timbul kemuskilan dihati nya. Dengan dahi berkerut suaminya mengerling ke arah sang isteri dengan ekor matanya. ‘Bisu ke dia ni? Tak bercakap pun dari tadi. Kalau betul dia ni bisu, memang sampai hati betullah grandpa’, kata-kata itu hanya didalam hatinya sahaja. Tengku Farid teringat sewaktu dibawa berjumpa dengan Nur Jannah dua tiga minggu yang lalu oleh datuknya dan nenda Nur Jannah. Dia dipaksa oleh datuknya untuk mengikuti ke pejabat Tengku Khalidah di mana Nur Jannah bekerja. Ketika diperkenalkan, gadis itu tidak menyapa atau menegurnya walaupun dengan perkataan “hai” sekali pun. Juga tidak menyambut huluran tanganya, seperti yang selalu dilakukan oleh kawan-kawanya tidak kira lelaki ataupun perempuan. Ketika itu NurJanna hanya mengangukkan kepalanya seperti orang Jepun memberi salam.

               Kemudian kenangannya mengimbau kembali ketika jamuan rumah terbuka sempena hariraya yang di adakan oleh datuk dan nenek Tengku Farid beberapa bulan yang lepas. Sengaja datuknya mengundang Tengku Khalidah dan Nur Jannah, supaya Tengku Farid dapat mengenali bakal isterinya. Waktu datuknya menunjukkan bahawa gadis yang berbaju kurung warna hijau muda dan bertudung labuh itu, yang akan di jodohkan dengannya, bagai terhenti dunianya berputar. Datuknya pula bersungguh-sungguh, memuji akan kebaikan cucu kenalanya itu. Tengku Farid juga diberi tahu gadis itu adalah cucu tunggal kepada kenalan baik datuknya. Neneknya mempunyai pasaraya yang terkenal di Kuala Lumpur. Kalau Tengku Farid bersetuju untuk berkahwin dengan gadis itu, segala harta gadis itu akan menjadi miliknya suatu hari kelak.

“Kalau Farid setuju grandpa akan tambah sikit lagi elaun Farid dan grandpa akan hadiahkan sebiji banglo pada Farid untuk Farid tinggal lepas kahwin nanti.”

“Nantilah Farid fikir dulu.” Bila dia berkata begitu datuknya menyambung kata-katanya lagi..
“Kalau Farid tak setuju..semua yang grandpa bagi selama ini..grandpa akan ambil balik. Garandpa hanya bagi gaji pokok saja..itupun atas kerja yang Farid buat saja.”

“kenapa pula grandpa buat macam tu..Farid kerja apa selama ni” Bentak Tengku Farid tidak puas hati..Dia merasakan datuknya tidak berlaku adil kepadanya.

“Selama ni grandpa dah terbagi terlalu banyak pada Farid, tak setimpal dengan apa yang Farid buat…sekarang Farid pun dah cukup dewasa, jadi grandpa nak Farid ada rasa bertanggungjawab pada kerja. Grandpa harap Farid dapat menghargai apa yang Farid buat secara jujur”.

Dengan rasa berat kerana tiada pilihan lain dia setuju. Di dalam hatinya pula tersenarai agenda lain yang memihak kepada keuntungannya. Tengku Farid hanya memerhati dari jauh sahaja gadis yang dipilihkan oleh grandpa untuk dijadikan suri rumahtangganya. Ketika itu dia juga tidak nampak NurJannah bercakap-cakap dengan orang sekeliling nya.
Dan  kemudian perjumpaan di restoran seminggu sebelum mereka dinikahkan. NurJannah juga tidak bercakap,’haru kalau betul dia ni bisu’ kebimbangan Tengku Farid menujuh-nujah hatinya. Kemungkinan-kemungkinan tentang isteri yang baru dinikahinya berperang di dalam kotak fikiranya.

Hatinya yang gundah megeluh lagi.. Dahlah dia ni bisu tak pandai nak bergaya.. Macam budak kampung aja, pakai tudung labuh, baju kurung pula jenis longgar kalau masuk seorang lagi pun masih muat agaknya, lepas tu tak ber’make-up’bibir dia nampak pucat saja tak berseri.. Dulu masa belum kahwin dengan aku, pakai macam ni, ni dah kahwin pun macam ni juga tak nak berubah langsung.’ Berkeluh kesah fikirannya berperang dalam dada.

Tengku Farid megerling lagi isterinya disebelah. Dari segi rupa paras, dia tergolong dari gadis yang sederhana dan boleh tahan. Dari segi ketinggian dia tidaklah terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi, tadi dia berdiri berdekatan denganya hanya separas dagunya sahaja. Wajahnya lembut. Tetapi hanya pakainya sahaja ‘yang dia tidak boleh tahan’, tidak menepati citarasanya. Sempat juga hatinya yang gundah mengutuk penampilah isterinya. ‘tapi tak apa jika semuanya dah jadi milik aku tahu lah apa aku nak buat’ pujuk hatinya. Dalam benaknya dia mula berfikir, ‘jika dua tiga bulan kahwin tapi tak serasi aku akan cari alasan supaya bercerai dengan dia’. Begitu mudah Tengku Farid membuat keputusan dengan menjadikan harta sebagai keutamaan dan pernikahan itu satu perjudian. Bagai ikatan dua jiwa diatas nama Allah itu tidak bermakna untuknya.

Khayalan Tengku Farid terbang melayang, apabila sebuah kenderaan membunyikan hon lalu memotongnya dengan laju keretanya.

“Celaka punya orang, ingat dia saja pandai bawa laju ke? kau tak tahu aku siapa!!” maki Tengku Farid perlahan dengan perasaan marah. Tengku Farid mula untuk memecut keretanya untuk membalas kembali kereta yang telah memotongnya tadi. Tiba-tiba Nur Jannah memegang stereng keretanya sambil mengeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak bersetuju dengan tindakan suaminya. Tengku Farid terkedu tapi hatinya berkata ‘Bisu ke dia ni, dari tadi aku tak dengar suara dia. Apalah nasib aku dapat bini bisu ni’. Rasa marah kerana perbuatan pemandu tadi tenggelam dalam benaknya bila memikirkan keadaan gadis yang baru sahaja menjadi isterinya disebelah.

Sampai sahaja mereka di rumah datuk Tengku Farid, mereka di sambut dengan ramah oleh nenek Tengku Farid, Tengku Faridah. Sudah menjadi kebiasaan Nur Jannah yang menghormati orang tua, dia meng hulurkan tangan untuk bersalam dan mencium tangan datuk dan nenek suaminya. Bila melihat kemesraan suaminya dengan datuk dan neneknya.. Nur Jannah terbayang wajah datuk neneknya dikampung. Rupanya kedatangan mereka sudah dinantikan oleh kedua orang tua itu, mereka dipelawa terus kemeja makan untuk menikmati minum pagi, pagi itu.

“Kami dah minum tadi kat hotel grandma.” terang Tengku Farid sambil memandang hidangan yang sudah terhidang di atas meja.

“Itu kat hotel..kat sini minumlah sikit lagi…Jannah minumlah jamah sikit..penat haa bibik masak roti jala ni” pelawa nenek suaminya. Menu Tengku Faridah pagi itu ialah roti jala bersama kari daging dan roti bakar disapu kaya dan butter.

Selesai minum, mereka berempat keluar ke taman mini banglo dua tingkat yang mewah dan indah. Mereka duduk di bangku batu bersebelahan kolam ikan yang terdapat di taman mini itu. Manakala Nur Jannah terus sahaja ketaman orked tanaman nenek suaminya. Leka melihat-lihat tanaman orked dihujung pagar yang sedang cantik berbunga. Jika didilihat dari jauh kelihatanya NurJannah terteleng-teleng kepalanya meneliti bunga-bunga orked yang berbagai jenis.

“Grandma” itu adalah kebiasaan Tengku Farid memanggil neneknya… dia diam sebentar seolah-olah berfikir..
“hmmm…”, Tengku Farid memandang grandpa dan grandmanya silih berganti lalu menyambung “…Nur Jannah tu… bisu ke?…” tanya Tengku Farid perlahan.

Tengku Faizal dan Tengku Faridah berpandangan. Seingat Tengku Faizal, Nur Jannah tidak begitu. Sudah lebih dari tiga kali dia bertemu Nur Jannah di pejabat nendanya, ketika dia berkunjung di pejabat Tengku Khalidah. Dengan penuh sopan Nur Jannah menghidangkan air dan bertanyakan khabar. Suaranya lembut selembut orangnya dan bersopan santun. Seperti yang di katakan oleh nendanya, cucunya itu amat tegas dengan pendirianya tentang pakaian nya. Nendanya sering risau kerana cucunya tidak pandai langsung mengikuti peredaran fesyen pakaian masa kini. Itulah yang sering diadukanoleh Tengku Khalidah  kepada Tengku Faizal tentang cucunya yang seorang itu. Dia tidak akan bertolak ansur jika dia di suruh memakai pakaian yang tidak mengikut citarasanya seperti sekarang ini. Setiap kali berkunjung kepejabat Tengku Khalidah, Nur Jannah akan  memakai baju kurung yang longgar seperti sekarang ini hanya warna dan coraknya sahaja berbeza. ‘Bukankah cara pemakaian mencerminkan keperibadian’, itulah balasan kata-katanya bila dia mendengar aduan nendanya kepada Tengku Faizal suatu ketika dahulu. Kemudian Tengku Faizal memikirkan soalan cucunya sebentar tadi.

Setelah dua tiga kali bertemu dengan cucu sahabatnya itu Tengku Faizal amat yakin gadis itu amat sesuai untuk dijodohkan dengan cucunya. Kebetulan Tengku Khalidah bertanya mengenai penampilan cucunya.

“Zal… apa pendapat you tentang cucu I tu.”

“Apa maksud you… Kal ?”

“Ialah apa pandangan you tentang cucu I.. pandangan seorang lelaki kota macam you ..tak nampak macam orang kampung yang kolot ke…dahlah pakai baju gedoboh…pakai tudung macam mak nenek.. tak bermake-up…you tenguklah dari atas sampai kebawah..kalau ikutkan dia, dia nak pakai kasut yang leper.. macam selipar nak pergi tandas saja… itu I yang paksa pakai kasut yang ada heel sikit ..I tak tahulah nak cakap, buntu I memikir macam mana I nak ubah dia..Zal.”

“Pada I oklah tu…cucu you cantik asli Kal..walaupun dia macam tu… tak pakai make-up tapi I masih nampak dia cantik dan manis. Orangnya lemah lembut dan sopan santun…bertuah lelaki yang dapat cucu you tu Kal.”

“Janganlah sebab I ni sahabat you you cakap macam tu..I nak pendapat you yang jujur Zal..sebab I ni tengah susah hati..I tak boleh nak ubah cara dia berpakaian..itu yang menjadi masaalah I Zal”.

“I cakap yang betul Kal…susah nak cari gadis muda yang pandai menjaga aurat dia..kat kota sekarang ni Kal”.

“Yang I takutkan  ada ke lelaki yang nakkan dia tu kat KL ni..orang tua mungkinlah ada…tapi kalau orang muda..tak tahulah.”

“Kal kalau you tak keberatan… I nak jodohkan dengan cucu I yang seorang tu..boleh tak.” Tengku Faizal memancing Tengku Khalidah. Sebetulnya bukan Tengku Faizal yang memancing tetapi Tengku Khalidahlah yang memancing sahabatnya itu. Kalau pun mahu dikatakan kedua-duanya cuba memancing untuk cucu tunggal mereka.

Bagi Tengku Khalidah pula memang itu tujuannya tapi sebagai orang timur yang beradat, tidak manis dia menyuarakan hasrat yang terpendam..’seperti perigi mencari timba pula’ sudahlah dia tahu keadaan cucunya bangaimana, nanti dikata orang pula ‘sudahlah hidung tak mancung pipi pula tersorong-sorong.’

“Nak ke cucu you dengan cucu I tu.”

“Kal pandailah I pujuk dia, pada I cucu you ni kalau kena pada tempatnya, kalah orang yang pakai make-up tau. I yang sebetulnya dah lama berkenan dengan cucu you tu, tapi takut you tak setuju..manalah tahu jadi macam anak-anak kita dulu pulak nanti” Itulah hakikatnya.

Setelah bertegur sapa dan berjumpa Nur Jannah dua tiga kali Tengku Faizal amat tertarik dengan peribadi Nur Jannah, suaranya lembut orang bersopan santun dan menghormati orang tua. Dari kaca mata Tengku Faizal, NurJannah juga penyabar orangnya… Dia tahu sikap tegas sahabatnya..tetapi cucunya masih boleh bertahan hidup sebumbung dan bekeja dibawah jagaanya. Calang-calang orang tentu sudah lari meninggalkan neneknya seperti anaknya Tengku Raihana.

“Anak I tu lain dia tu keras kepala dan berani …tapi
cucu I ni lain, dia lembut tapi cara penampilan dia yang I takut..you tanya Ida dulu..kalau Ida setuju, berbesanlah kita.” Itulah kenangan Tengku Faizal.

Itulah sebabnya perkahwinan antara cucunya dan cucu sahabatnya sangat diharapkan. Semoga dengan perkahwinan ini dapat mengubah sikap cucunya Tengku Farid. Jika dilihat dengan mata kasar sikap cucunya pun seperti papanya juga. Terlalu mementingkan kawan dan hiburan. Semoga dengan perkahwinannya nanti akan mengubah cara hidupnya dan akan lebih bertanggunjawab dari suka berpoya-poya. Setiap hari setiap kali selepas bersolat tidak pernah Tengku Faizal lupa berdoa mengharap supaya cucunya boleh berubah menjadi orang yang bertanggung jawap kepada kehidupanya dan hidup dalam landasan ugama. Hati Tengku Faizal sering resah bila teringatkan cucunya akan mengikuti tingkah laku papanya dia tidak mahu menjadi ‘bapanya borek anak rintek’ untuk cucunya.

Tengku Faridah pula mengenang kembali ketika Nur Jannah datang ke rumahnya beberapa bulan yang lalu bersama nendanya Tengku Khalidah, bagi memenuhi undangan jamuan dirumah mereka. Ketika itu Tengku Faridah dan suaminya mengadakan rumah terbuka sempena hari raya AidilFitri. Undangan itu juga bertujuan supaya cucunya dapat mengenali gadis yang bakal menjadi isteri kelak. Bila dia menghampiri dan menjemput mereka makan nendanya bercerita tentang cucunya yang seorang itu…

“Akak tak tahulah dengan Jannah ni. Suruh dia pakai cantik sikit, dia tak mahu. Minggu lepas akak ajaklah dia pergi butik suruh dia pilih baju. Bila akak tunjukkan dia baju kebaya, dia tak mahu. Yang dia ambil baju kurung juga. Bila akak tunjukkan warna yang ceria sedikit, dia tak nak, warna orang tua jugalah yang dipilihnya pening akak dibuatnya Ida. Kalau tak bagi mana yang dia suka, alamat dia tak akan beli Ida, kalau kita belikan juga tak akan dipakainya. Kalau bab baju, dia memang tak boleh nak bertolak ansur dengan akak. Tapi kalau suruh benda lain dia tak pernah nak membantah. Kat office tu kadang-kadang akak suruh dia jadi tea lady pun tak apa. Kalau jadi kerani pun dia tak kisah. Tapi kalau bab baju dia kata suka yang itu, itulah yang dia nak pakai. Akak bukannya apa Idah…akak takut cucu Idah tak berkenan dengan cara dia. Tenguklah cara berpakaiannya macam orang kolot saja”, rungut Tengku Khalidah sambil mengeluh dengan perangai cucunya mengadu kepada Tengku Faridah.


            Bila difikir-fikir dan diingat-ingat hanya nendanya saja yang bercerita ketika itu. Nur Jannah bersalaman dan tersenyum sahaja kemudian sedikit-sedikit dia menjauhkan diri dari mereka dan duduk di tepi kolam berseoarangan. Ketika itu tidak juga dia bercakap dengan orang lain dan dia tidak nampak pula Nur Jannah bercakap-cakap dengan orang yang ada disitu. Dia duduk ditepi kolam leka memandang ikan didalam kolam agaknya.

‘Nanti aku selidik’ detik hati Tengku Faridah mencari kepastian. Jika dilihat memang ada kemungkinan kerana sejak mereka sampai tadi hingga mereka habis minum Tengku Faridah tidak langsung mendengar suara Nur Jannah. Yang dilihat hanya senyumanya yang manis menghiasi bibir munggilnya. Apabila dia melihat isteri cucunya leka membelek sepasu orked ditepi pagar dia berjalan perlahan menghampirinya. Jika di pandang dari luaranya NurJannah seperti orang yang suka berfikir.

“Jannah suka bunga orked ya?” lembut Tengku Faridah menyapa.

“Suka… yang ni cantik. Jannah suka bunga orked kerana ia cantik dan tahan lama, tapi orked susah nak jaga. Kata nenek Jannah dikampung, orang yang betul-betul rajin saja yang tanam orked boleh berbunga” jawab Nur Jannah sambil memandang Tengku Faridah dengan senyuman manisnya.

“Apalah Farid ni, ada ke dia kata budak ni bisu. Suaranya punyalah lembut”,Tengku Faridah berkata perlahan untuk dirinya sendiri.

“Grandma cakap apa, Jannah tak dengarlah…” Nur Jannah bertanya apabila dia tidak berapa jelas butir bicara nenek suaminya. Nur Jannah memandang ke arah nenek suaminya, tetapi soalannya tidak berjawab malah dia memanggil cucunya pula.

“Farid sini kejap…”, panggil Tengku Faridah. Kebetulan Tengku Farid sedang memandang ke arah mereka.

“Ada apa grandma? Nak suruh Farid tanam orkid ke atau nak carikan orkid lagi ?” Sambil Tengku Farid berjalan kearah grandmanya.

“Tak… ni ha, Jannah kata grandma rajin. Tu yang grandma tanam orkid boleh berbunga… tapi grandpa kamu tak pernah puji grandma pun.” rajuk Tengku Faridah. Ketika itu Tengku Faizal juga datang menghampiri isteri dan isteri cucu mereka. Tujuan Tengku Faridah memanggil Tengku Farid agar dia dapat mendengar sendiri suara isterinya.

“Alah grandma ni, baru puji sikit dah perasan”, sampuk grandpa bila sudah hampir kepada mereka di taman orked Tengku Faridah.

“Nenek Jannah kat kampung ada tanam bunga ..bunag apa?” soal Tengku Faridah lagi
.
“Ada…nenek Jannah tanam pokok bunga kertas dan pokok bunga ros saja… bunga rosnya pun kecil-kecil, tak boleh nak besar macam bunga ros di Cameron Highland…” Nur Jannah menyambung ceritanya.

“Nenek Jannah bubuh baja apa?”

“Tanah bakar saja”.

“Kat rumah nenda kamu ada tanam pokok bunga juga tak, Jannah?”

“Ada juga, tapi bukan nenda yang tanam. Nenda upah orang untuk tanamkan dan jaga. Jannah hanya tolong siram saja”.

‘Pandai juga budak ni bercerita. Ingatkan bisu tadi’, detik di hati Tengku Farid lega,. Dia meninggalkan mereka berdua lalu masuk ke dalam rumah di ikuti grandpanya. Tengku Farid duduk di sofa lalu mengambil surat akhbar The New Straits Times di atas meja kopi. Tengku Faizal menghulur dua keping tiket percutian kepada cucunya.

“Farid… ini ada tiket ke Venice untuk kamu berdua…sebagai hadiah pernikahan kamu.”  Tengku Farid melipat surat khabar sambil tersenyum menyambut tiket tersebut.

“Berapa hari grandpa nak suruh Farid pergi honeymoon ni?” dalam fikirannya terbayang wajah Diana yang akan di bawanya ke percutian itu kelak. Kemudian datuknya menyambung katanya lagi.

“Grandpa akan hadiahkan juga sebuah banglo sebagai hadiah perkahwinan kamu, tapi masih dalam pengubahsuainya sikit..dua atau tiga bulan lagi siaplah tu. Sementara tu Farid duduklah kat rumah grandpa ni, tapi apa-apa pun bincanglah dengan Jannah dulu, kat mana dia nak duduk.”  makin lebar senyuman Tengku Farid, dimatanya terbayang lagi wajah Diana. ’Itu juga akan di hadiahkan kepada Diana’, detik hatinya.






                                                                                                                                                                                               

No comments:

Post a Comment