Mizan
Khir menelinga dirunag tamu. Hatinya merasa kasihan pada anak-anaknya yang
masih kecil, kelihatan anak-anaknya sangat mengharapkan huluran kasih
seorang wanita yang bergelar mama atau ibu atau emak.
Berbaki
tiga hari lagi cuti Mizan Khir untuk bulan itu. Malam itu dia menghubungi Sarah
dengan SMSnya.Nombor Sarah diambil dari telefon bimbit emaknya secara
curi-curi. Ada juga rasa malu dihati Mizan jika emaknya tahu dia mahu
menghubugi janda muda tak ada anak tu. Takut emaknya tersalah anggap.
“Assalammulaikum.Mungkin awak tak
kenal siapa saya.Tapi saya kenal awak.Kalau pun saya kata saya adalah ayah Zurin dan Zira awak tetap tak kenal
siapa saya. Saya hanya nak bagi tahu esok saya akan balik bertugas.. jadi saya
berharap awak baliklah jenguk anak-anak angkat awak tu. Saya harap setelah awak
menghulurkasih awak pada mereka janganlah awak permainkan perasaan
mereka.Jangan lupa jenguk mereka ye. Saya mengharap”.
Ketika
itu sebenarnya Sarah sudah lama berbaring untuk tidur.Tetapi entah mengapa
lenanya tidak mahu berlabuh dimatanya. Dia terkejut bila tiba-tiba telefonnya bergetar. Siapalah yang gatal menghubungi ditengah malam buta ni detik hatinya. Tetapi bertambah segar matanya bila membaca SMS
dari seseorang yang dia tahu tetapi tak kenal. Terpinga-pinga, terfikir-fikir
dan rasa tidak tidak percaya ayah anak-anak angkatnya mengSMSnya meminta dia
balik menjenguk anak-anaknya. Berbagai soalan timbul dibenaknya, lama dia
terkebil-kebil mencari kepastian yang menghubunginya sebetar tadi adalah Abang
Maryam.
Seperti
yang diminta bulan itu setiap minggu Sarah balik keMelaka bersma Maryam. Kali
pertama dia sampai setelah sekian lama tidak menjenguk anak-anak saudara Maryam..
Sarah menangais sambil mencangkung di depan pintu grill yang masih berkunci.
Hanya tanganya sahaja yang bejaya mencapai badan sikecil disebalik grill pintu.
Yang diluar gril menagis yang didalam gril juga menangis. Menangis kerana
melepas rindu yang tertahan selama ini.
Petang
itu ketika dia sampai terus sahaja membuka pintu kereta dengan injin yang masih
hidup, Sarah berkejar kepintu rumah, anak-anak angkatnya menangis sambil
menjerit-jerit memanggil neneknya minta dibukakan pintu grill yang
berkunci. Maryam yang memandang juga
turut menangis sedeh melihat drama sebabak jejak kasih, macam cerita dalam
filam pulak satu kat luar dan satu lagi dalam grill yang berkunci.
“Nenek!! Mama balik cepatlah buka
pintu ni. Nenek! Nenek!”. Tidak sabar-sabar anaknya angkatnya ingin menyambut
kepulanganya. Tangan mereka sudah dihulur keluar dari jerejah besi grill mencapai tangan Sarah diluar grill. Sebenarnya
Sarah juga begitu tidak sabar untuk mendakap anak-anaknya. Kelihatan sahaja jalan menuju kerumah Maryam
hati menlonjak riang serasa tidak sabar mahu memakir keretanya. Sampai sahaja dihalaman rumah
Maryam dibukanya pintu kereta dia melompat keluar dan berkejar kepintu rumah, injin kereta masih menderam kerana tidak dimatikan injinnya. Yang paling mengejutkan anak saudara Maryam yang kecil juga sudah
pandai memenggilnya mama.
Terbuka
sahaja pintu grill Sarah diterpa hingga dia jatuh terduduk hamper
sahaja dia tertelentang. Alhamdullilah Maryam sempat mengampu belakang badan Sarah kalau
tidak mungkin kepalanya terhenpas kesimin.
“Ya Allah sabarlah kakak ngan adik
kesian mama kamu ni dah terduduk dia”.
Tidak
sempat bangun Sarah turus sahaja menarik anak-anak angkatnya kedalam
pelukkanya. Bertubi-tubi hidung hinggap kepipi dua orang kana-kanak itu. Lama
mereka berkeadaan begitu rasa tidak puas rasanya mencuiumi anak-anak angkatnya
untuk melerai rindunya.
“Rindunya mama dengan kakak ngan
adik. Kakak ngan adik rindu mama tak”. Air matanya masih berjejeran itu pula yang keluar
dari mulut Sarah.
“Winduuu sangat.Kenapa mama lama tak
balik”.
“Mama banyak kerja tak sempat nak
balik”.
“Ni kerja mama dah habis, ni mama
balik ni”.
“Ialah mama buat kerja cepat-cepat
supaya mama dapat balik jumpa adik ngan kakak.” Seharian itu Sarah tidak dapat
melakukan kerja kerana digayuti oleh dua orang anak-anaknya.
Hari
berlalu minggu berganti, dah sebulan. Kini tiba pula cuti untuk Abang
Maryam. Dutynya akan diganti dengan
orang lain, giliran dia pulang bercuti selama sebulan pula.Tetapi dengan kepulangan
Mizan Khir menyebabkan Sarah tidak dapat pulang keMelaka menziarahi anak-anak
dan emak angkatnya. Siksanya menaggung rindu itulah yang ditanggung oleh Sarah. Bukan rindu untuk sang kekasih tetapi rindu pada anak-anak angkat dan emak yang
menagih kasih. Dan rindunya juga untuk melayan manja emak dan anak-anak
angkatnya. Untuk menghilangkan rindu dia hanya menghubungi anak-anak dan
emaknya melaluli telefon sahja. Seminggu berlalu dengan kemuraman diwajah
anak-anak Mizan Khir. Bergitu juga Sarah harinya muram seperti tidak
bersemangat. Mereka sekeluarga menyedari tu.
“Kakak ngan adik meh sini kita tenguk
tv” Ajak ayahnya bila melihat-anak-anaknya yang
asyik memerhati jalan. Dia tahu anaknya menanti kepulangan orang yang
dipanggil mama. Lemah sahaja langkah anak-anaknya menghampiri ayah yang
memanggil.
“Kenapa anak ayah ni. Macam tak
bersemangat sahaja”. Anaknya yang kecil sudah dipangkuan. Anaknya yang kecil
masih belum petah bercakap, walaupun unmurnya sudah mencapai umur 2 tahun.
“Ayah! Mama tak balik ke yah”. Tanya
sikakak mencari kepastian mungkin untuk menyedapkan hatinya.
“Taak, kan mama ada call kakak dia tak
balik minggu ni, mama banyak kerjalah tu”. Mendengar perkataan mama yang
sikecil menyampuk dengan bahasanya yang tak difahami, tetapi berbunyi juga
perkataan mama dihujung kata. . Apa yang difahami oleh Mizan adalah pertanyaan
anak kecilnya ‘Kenapa mama tak balik.’ Dengan pertanyaan itu meruntun hati
kasih seorang ayah. Walaupun dia nampak garang dan tegas namun jauh disudut
hatinya sedeh melihat rindu anak-anaknya pada belaian kasih seorang mama.
Mencapai
dua minggu Sarah dan Maryam tidak pulang, kerinduan anak-anaknyanya sudah mula
tidak tertanggung. Tidur malamnya juga kadang-kadang mengigau-mengigau memanggil nama mama. Sepanjang hari Sabtu Zurin dan Zira duduk dimuka pintu memandang
jalan. Bagai mahu menangis Hajjah Nafisah melihat gelagat cucu-cucunya. Dia
tahu isi hati cucu-cucunya. Mereka
mengharapkan orang yang dipanggil mama pulang memberi belaikan kasih
seorang ibu kepada mereka. Akhirnya terluah juga permintaan Hajjah Nafisah
kepada anak lelakinya.Tidak sampai hati membiarkan cucu-cucunya menanggung
rindu pada orang yang dipanggilnya mama.
“Zan esok pergilah kerumah Yam kesian
mak tenguk budak bedua tu asyik pandang jalan saja dari petang semalam. Ialah
biasanya Sarah denagn Yam balik petang Jumaat. Kesian mak tenguk makan pun tak
berapa lalu, dah tu.”
“Mak tiap-tiap minggu kah Yam dan siSarah
tu balik.Sampai rindu sangat budak berdua tu dengan dia.Entah-entah Sarah tu
memang nak pernagkap Zan jadi laki dia”.
“Kalau dia perangkap kamu pun apa
salahnya dia tu janda, kamu tu dah dekat dua tahun duda. Emak suka juga sebenarnya kalau kamu
dengan Sarah tu”.
“Entahlah mak. Mizan rasa kekok pula
nak hidup beristeri.Teringat arwah Zaharah rasanya baru lagi dia pergi
tinggalkan Zan”.
“Yang pergi biarlah pergi Zan. Mak
bukan apa mak kesian tenguk budak berdua tu tertunggu-tunggu ternanti-nanti
macam tu. Mak tahu mereka rindukan belaian seorang ibu, Zan”.
“Emak tenguk Sarah tu macam mana orang
nya, yang sampai melekat sangat Zurin dan Zira tu dengan dia. Zan takut dia
saja memancing budak-budak tu, bila budak tu dah suka lain pula jadinya. Lagi
pun macam ni haa kalau betul dia sayangkan budak-budak tu kenapa tak datang
saja. Bukan dia tak tahu budak-budak tu rindukan dia”. Geram hati Mizan dengan
tindak tanduk Sarah. Padanya mengapa harus Sarah memepermain-mainkan perasaan
anak-anaknya jika benar dia sayang datang jenguk seperti kebiasaan.
“Dia baik Zan. Dia memang sayang kan
kakak dengan adik, tapi nak datang masa
kamu ada ni, mungkin dia malu agaknya. Mak tenguk dia ni pandai jaga maruah
dia, Zan. Lagi pun dia bukan jenis perempunpuan yang tergedik-gedik.Mak rasa
dia sayang kakak dan adik ikhlas, tak sebab dia nak pikat kamu. Kalau dia betul
nak pikat kamu tentu dia datang bila tahu kamu ada kat rumah. Yam ada cerita
dengan mak kalau dia telefon kakak dengan adik dia menangis, katanya dia pun
rindu anak-anak kamu Zan.”.
“Kalau dah tahu rindu kenapa tak
datang saja.Tapi ialah pada Zan Kita tak boleh nak tenguk luaran saja mak.Zan
takut bila Zan dah terikat dengan dia, budak berdua tu kena naya kat dia
saja.Zan bukan selalau ada kat rumah kalau dideranya budak-budak tu nanti
menyesal tak sudah kita mak”.
“Tak baik buruk sangka kat orang
Zan.Sarah tu baik kata Yam, dia tu memang nak sangat anak, dia suka
budak-budak.Dia bercerai pun sebab nak anak sendiri. Dengan suaminya dia tak
boleh ada anak”.
“Kenapa mak suami dia ada masaalah ke
mak?”.
“Bukan suaminya ada masaalah .Tapi
emaknyanya yang sumpah dia tak mahu Sarah tu mengandungkan anak bekas
suaminya.Takut anak yang lahir dari keturunan bekas suaminya habiskan harta
keluarga Sarah”.
“Ehh macam mana cerita si Sarah ni mak
macam berbelit-belit pulak.Tak faham Zan”.
“Yam cerita macam ni.. Sarah ni kahwin
dengan kekaksih dia dulu. Kekasih dari zaman mereka sekolah menengah. Habis
belajar kolej kekasihnya ni pinanglah dia, tapi emak Sarah tak terima sebab
kekasihnya ni belum ada kerja tetap lagi. Itu yang arwah emak dia sumpah sampai
bila bila pun emak siSarah tak rela
siSarah ni kahwin dengan kekasihnya. Sebab dia tak rela Sarah mengandungkan
anak kekasihnya ni, takut keturunan dia akan mengjhabiskan harta keluarga
Sarah. Bila emak dia meninggal dan Sarah berjumpa balik kekasihnya, mereka
nikan juga. Ialah kadang kita ni tak percaya apa yang kita dengarkan. Dua tahun mereka kahwin dia tak dapat anak,
tapi kekasihnya ye ni dapat anak dengan isteri yang lain”.
“Ohh Sarah ni dulu bermadu dia bini
nombor berapa?
“Kata Yam dia bini nombor dua. Masa
mereka jumpa bekas suaminya dah lama kahwin tapi tak dapat anak. Mak rasa itu
sebabnya bekas suaminya kahwin dengan Sarah mungkin dia nak anak.Tapi bila
mereka kahwin tup-tup isteri tua suaminya mengandung pula”.
“Kalau suaminya dapat anak dengan
isteri lain, Sarahlah yang bermasaalah.
Kejam sungguh bekas suaminya..tak mengandung sahaja dia diceraikan”.
“Jangan cepat hukum orang Zan tak
baik. Kata Yam siSarah ni dah pergi check dan dia tak mandul. Kalau dia tak
bermasaalah dan suaminya juga tak bermasaalah jadi dia kata mungkin kata-kata
emak ni yang menyebabkan dia tak mengandung.”
“Senangnya… dah nikah bila tak
menagdung minta cerai. Entahlah mak Zan macam tak setuju saja cara macam tu.
Macam perkahwinan ni satu permainan pula”.
“Bukan macam tu Zan, ikut cerita Yam,
Sarah meminta cerai, sebab dia kesiankan bekas suaminya. Yang sebetulnya isteri suaminya tak pernah rela dirinya
dimadukan, bila dia minta cerai suaminya jadi susah hati, muka dia sentiasa
murung badan pun susut. Kita tak boleh juga salah kan isteri tua dia. Mungkin
dia tak tahan dengan rasa yang dia tanggung itu sebabnya dia minta
cerai...ialah Zan mana ada perempuan yang suka dirinya dimadu. Mana ada isteri
yang suka kasih suami berbagi-bagi.
..Kita dengan pasangan kita bukan nak
seronok sahaja yang sama-sama. Tapi kalau boleh kerja nakkan berdua duduk
senang-senang nak bersembang biarlah sama-sama.
Jaga anak sama-sama.Yang sebetulnya waktu kita suami isterinya tak
pernah terluang Zan.Macam emak dengan ayah kamu. Masa kamu adik beradik
kecil-kecil kami jaga sama-sama, kamu masuk sekolah tenguk pelajaran anak
sama-sama, pergi ambil repot kad berbincang dengan guru tentang masaalah
anak-anak pun sama-sama. Apa perasaan Zan bila emak dengan ayah datang ambil
reportkad jumpa guru sama-sama masa Zan sekolah dulu”.
“Bangga mak.Zan bangga dengan guru dan
kawan-kawan, emak ayah Zan ambil bertat pada Zan, sayang pada Zan.Masa tu
timbul rasa bersungguh nak belajar”.
“Haa tulah kalau orang bermadu boleh
ke dia buat macam tu, lagi lah madu yang disorok macam Mak su Yah kamu tu.
Nasib baik dia tak ada anak, kalau ada anak kan kesiah anak-anak ayah mereka
jarang datang jenguk”.
“Entahlah mak. Kadang-kadang Zan heran
juga lelaki ni, kenapa mereka sanggup lukakan hati orang yang mereka sayang.
Mungkin kerana nafsu mereka tidak puas
dengan seorang isteri. Pada Zan isteri lebih dari satu kena banyak tenaga.
Bukan tenaga atas katil sahaja.Tenaga nak melayan keperluan zahir pun kena
kuat. Ialah kalau nak berbelanja dua rumah. Zan dulu berbelanja satu rumah yang
sebulan sekali pun rasa penat sangat. Ni nak melaksanakan tugas pada dua rumah
atau tiga rumah.Entahlah banyaknya tenaga mereka ye Mak.”
“Tapi ialah beristeri dua ni ada sebab
juga. Kadang-kadang bukan nya mereka suka- suka berbini lebih. Macam pak su Is
tu dia kahwin dengan Masu Yah kamu tu katanya kerana dia nak merasa dirinya
berfungsi sebagai suami”.
“berfungsi apanya, dah tiga tahun
kahwin mak su masih tak mengandung
lagi”.
“Fungsi seorang suami hanya yang tu
saja ke? Tak macam tu. Mungkin dia nak isteri yang akan mendengar kata-katanya,
isteri yang tak kuat melawan atau isteri yang melayan makan minum dan pakainya.
Atau pun isteri yang akan berkata dengan lemah lembut bila mereka bercakap atau
bercerita. Banyak fungsi isteri kepada suami ni Mizan, bukan ke seorang isteri
tu penghibur kepda suaminya. Suami pula adalah penjaga atau penwal isteri.
Setiap yang Allah jadikan ada fungsinya tersendiri.”
“Betul juga kata emak tu, dengar
cerita isteri tua pak su Is tu anak orang kayakan mak”.
“Mak dengar macam tu juga. Dahlah kaya
cantik pulak, itu kata mak su Yah. Tapi kenapa suaminya nak kahwin lain dah tu
secara rahsia pula tu, lagi pun kalau kita tenguk mak su pun bukan cantik
sangat, hanya putih sahaja”. Siti NurBahiah tidak termasuk dalam ketegori wanita
cantik tetapi sederhana. Hidungnya tidaklah mancung tetapi tidaklah kemik, matanya agak sepet sedikit dan berfizikalnya agak gempal. Tetapi wajahnya manis lembut dan nampak penyabar orangnya. Tutur kata dan tingkah lakunya lemah lembut.
“Entahlah mak macam-macam orang ni
kalau dia dah nak.Berbalik pada cerita siSarah ni, mak kata dia sendiri yang
minta diceraikan kerana kesiah pada suami dia. Kenapanya yang jadi macam tu”.
“ini kisah orang Zan. Kata Yam
suaminya tu dulu kahwin dengan Sarah sebab dia kesiankan Sarah yang dah tak ada
tempat bergantung. Kemudian bekas suaminya pula kahwin dah dekat empat tahun
tak ada anak. Kira dia khawin two in onelah, selain kesian dia nakkan anak dengan siSarah ni. Tapi silapnya dia tak bagi
tahu dulu dengan isteri pertama dia. Dah lepas nikah baru dia bagi tahu, mereka
nikah pun kat sempadan Siam. Bila isteri tua dapat tahu dia minta cerai. Tapi
entahlah dah rezeki Allah nak bagi, dalam masa bergaduh bergeser laki
bini…Tup-tup isteri tua dia mengandung. Itulah kuasa Allah kan Zan, masa
elok-elok tak ada pula rezeki dapat anak, bila kahwin lain bergaduh dia
mengadung pula.. Jadi permintaanya minta diceraikan ditangguhkan dulu. Sebelum
terjadinya perceraian antara suami dan isteri tuanya, Sarah dengan suka relanya
minta diceraikan dulu dengan harapan bila dia dah bercerai, isteri tua suaminya
tu tak jadi minta cerai dengan suaminya”.
“Oh macam tu. Pada Zan bekas suami
Sarah ni tak sabar. Sebelum berusha bersungguh-sungguh dah cari lain. Kalau
betul dia sayangkan isteri tuanya apa salahnya ushakan dulu bersungguh-sungguh,
tunggu sampai lima enam tahun kalau tak dapat juga mintalah izin kahwin lain
atau suruh isterinya sendiri carikan jodoh untuk dia kan mak. Orangkan
mak..entah apa yang difikirkan. Tapi baik juga siSarah ni ye mak”. Ahh dah
masuk juga jarum Hajjah Nafisah. Yang sebenarnya sengaja dia menceritakan
kebaikkan Sarah agar pintu hati anak dudanya mahu terbuka dia mencarikan mama
pada cucu-cucunya. Dia yakin pada Sarah yang sudah mendapat tempat dihati
cucu-cucunya.
“Itulah mak kata dia ni baik,
bertimbang rasa. Bila dia rasa dirinya yang menyebabkan pergolakkan dalam rumah
tangga suaminya dia mengundur diri bagi memulihkan keadaan”. Yesss Berjaya itulah perkataan yang bergema
dihati Hajjah Nafisah. Rasa gembira. Macam rock sahaja Hajjah Nafisah ni.
“OHH macam tu kisahnya”.
“Apalah dua beranak ni asyik mengumpat
orang saja ye emaknya”.
“tak lah megumpat ayahnya. Cerita untuk tauladan kita kan Zan”. Mizan hanya
terseyum bila ditegur oleh ayahnya.
Sehabis
sahaja Mizan berbual dengan emaknya dia bangun menuju bilik tidurnya. Dia hati
mahu menghubungi Sarah, menyuruhnya pulang. Kali ini dia menghubungi melalui
panggilan.
“Asalammualaikaum. Saya ni ayah Zurin
dan Zira. Kalau tak jadi keberatan dan tak menyusahkan awak balik lah, anak-anak
angkat awak tu asyik pandang jalan saja, tak kesian kat mereka ke?.” Sarah
dihujung talian terkedu dengan sergahan suara lelaki dihujung talian yang
memperkenalkan diri sebagai ayah Zurin dan Zira. Sahlah abang Maryam.
“Tak apa ke?.Saya tak mahu ganggu masa
awak dengan anak-anak awak, awak pun hanya sebulan sekali dapat berkumpul
dengan anak-anak awak”.
“Tak apa, awak pun hanya dua hari sahaja kat rumah ni
kan. Dapat hilangkan rindu anak-anak pada awak pun jadilah. Saya masih ada lagi
dua minggu bermain dengan diaorang”.
“Ok saya siap sekarang mungkin
tengahari saya sampai dengan Yam”. Laju tangan Sarah berkemas apa yang patut
untuk dia pulang kerumah Maryam diMelaka. Di melaung memanggil Maryam yang
sedang leka menonton kartoon kegemaranya. Itulah Mayam umur dah dua puluh lima
tahun tetapi masih meminati siri kartoon.
“Yam cepat siap Yam, kita balik Melaka
sekarang!!”.
“Kenapa kak ada apa-apa hal dengan mak
su Yah ke?”.
“Tak ada apa-apa dengan emak akak tu
tapi akak yang tak tahan rindu nak pandang muka diorang.Tak boleh tak balik
nanti akak asyik terkenang kat mereka sahaja. Nanti
buat kerja pun tak betul. Jom lah cepat. Rasanya Yam tak payah tukar
bajulah sarung sahaja cardigan bukan orang nampak pun kita pakai baju rumah.
Akak ni pun pakai baju ni sahaja”. Ketika itu Sarah memakai baju t-Shirt lengan
panjang dan seluar tracksuit.
“Hai kak??Kenapa terkocoh-kocoh sangat
ni”.
“Alaah tak apalah kita bukan nak
singgah mana pun. Terus tuju rumah Yam sahaja”. Maryam akur dengan cadangan
Sarah. Bila dia sudah mendapat kebenaran hatinya sudah tidak sabar-sabar hendak
melayani kerenah manja akak-anak angkatnya. Dia sudah tidak terfikir keadaan
kekok bila berhadapan dengan ayah Zurin dan Zira nanti.
Dengan
ucapan Bismillah dan doa naik keenderaan mereka memulakan perjalanan.
Walaubagai mana pun Sarah tetap berhati-hati ketika memandu. Keadaan jalan yang
agak lengang memudahkan pemanduanya. Sememangnya jalan kearah selatan tanah air
agak berkurangaan keenderaan jika dibandingkan dengan jalan yang menuju keKuala
lumpur ketika itu. Mugkin hari Sabtu dan waktu juga sudah menjelang tengahhari tidak
ramai orang menuju keselatan. Biasanya keadaan agak sesak petang Jumaat waktu
lepas kerja jalan menuju selatan agak padat ialah mungkin hujung minggu orang
mula pulang kekampung.
Perjalanan
yang memakan masa dua jam lebih akhirnya sampai juga. Sarah disambut dengan
jeritan tangis dua orang anak-anak angkatnya. Mizan Khir hanya memerhati di
ruang tamu melalui tingkap rumah keluarganya sahaja. Bila pintu grill dibuka
oleh emaknya berkejaran anak-anaknya mendapatkan Sarah yang baru keluar dari
kereta. Sarah mencangkung mendakap dan menciumi anak-anaknya sambil dia
menangis juga. Mizan menyaksikan tiga insan yang sedang melepas rindu..Wahh
macam jejak kasih pula nampaknya.
“Amboi kakak ngan adik bila jumpa mama
dia dah tak nampak maksu ni lagi ye” Tegur Yam kepada dua orang anak saudaranya
yang sudah didukungan Sarah.
“Meh sorang dengan mak su, mama kau
orang ni tak makan lagi dari malam tadi tau.Tak lalu nak makan rindukan kakak
ngan adik”. Cerita Yam kepada anak-anak saudaranya macam lah mereka faham apa
yang diperkatakan. Namun tidak seorang pun rela dirinya turun atau beralih dari
dukungan Sarah.
“Kenapanya tak makan Sarah Yam.Tak
elok tak makan perut kosong nanti masuk angin.Kalau kena gastrik lagi teruk
nanti”.Sampuk Hajjah Nafisah yang
mengekori cucu-cucnya tadi bila mendengari cerita anaknya Maryam.
“Yam makan sampai bertambah-tambah. Ni
mak budak sorang ni asyik ingat emak dan anak-anak angkat dia dah tak lau nak makan”.
“Yam ni pandai aje, akak makanlah masa
yang dah tidur malam tadi. Sedap lauk
malam tadi makcik..kami baru belajar masak kerabu taugeh dengan kacang botor,
belajar dengan Encik google, kemudian masak sambal udang kering”.
“Ialah tu akak makan tak habis, pagi
tadi Yam nampak nasi akak kat atas meja”.
“Allah Yam ni itupun nak mengadu.
Manja betul Yam ni kan makcik, mentang-mentag dia ada emak. Nanti kejap lagi
akak nak mengadu dengan mak akak pula”.. He he he tiga wanita ketawa dihalaman
rumah sambil menuju kepintu masuk.
Assalamualaikum Mak Teh.
ReplyDeleteDah mula menjadi pengunjung blog ni lagi sebab dah ada cerita baru. Bab² permulaan ni rasa biasa jer, tapi sebab dah kenal Sarah versi yang lama tetap la nak tau kisah selanjutnya. Dipertengahan nanti baru boleh buat pembaca emo.