Di
Tanjung Katung airnya biru,
Disitulah
tempat mencuci mata,
Duduk
sekampung lagikan rindu,
Inikan
pula jauh dimata.
Hari
raya Haji akan menjelang beberapa hari saja lagi.Inilah hari raya pertama Farhan dan
Fatin setelah menjadi suami isteri.Sehari sebelum hari raya menjelma Hajjah
Fatimah menghubungi Farhan.
“Han esok pagi boleh tak
datang sini cepat sikit..ibu nak mintak tolong isteri kamu tu masak untuk raya
kita.”
“Kenapa kakak kena masak
untuk kita pulak bu?..ibu nak masak banyak atau nak buat kenduri ?”
“Hyssy..kamu ni Han
banyakn tanya pulak..tak boleh ke ibu nak minta tolong dengan menantu ibu tu?”
“Bukan
tak boleh..tapi tahu ke dia masak..nanti
Han tanya dia..boleh ke dia tolong ibu..tapi yang sebetulnya kenapa ibu nak
minta tolong isteri Han ni?”.Soal Farhan dengan nada tidak puas hatinya. Yang
sebenarnya dia tidak suka jika tidak dipedulikkan oleh isterinya..Farhan sudah
dapat membayangkan jika isterinya sibuk membantu ibunya memasak tentu dia akan
terbiar tampa perhatian dari isterinya
nanti.
“Tadi
abang Fali (merujuk Ahmad Fazdli anak sulung Hajjah Fatimah) kamu telefon..kak
Hanum mabuk teruk sangat..sampai tak boleh nak bangun ..muntah-muntah dah dekat
seminggu..dia minta tolong ibu datang sana, tengukkan anaknya, kesian Azmil tak ada siapa nak tengukkan...abang kamu kata
dah seminggu dia duduk kat rumah pengasuh.. tapi lusakan nak hari raya pengasuh dia tu nak balik kampong
pulak.. Pengasuhnya nak juga bawa
siAzmil tu balik kampong dia tapi takkanlah cucu ibu tu nak berraya kat
kampong orang Han.. kesian dia..abang kamu tak terlayankan dia.. ialah mana nak
jaga anak lagi kak Hanum lagi..ibu nak
jenguk sekejap..boleh ye Han minta tolong isteri kamu tu.” rayu Hajjah Fatimah.
“Ohh
ibu nak pergi Cheras lah ni.”
“Ia
ye Han..tapi kalau ibu pergi tak dapatlah ibu masak..kesian pulak nanti adik-adik kamu yang dua orang tu balik nak makan apa?..jadi
ibu minta tolong kakak masakkan sikit jadilah..ibu dah siapkan
bahan-bahannya..boleh ye Han”
’ Tamak pulak Farhan ni kita nak pinjam isteri dia macam macam dia
tanya..dulu macam tak sayang ni nak pinjam sekejap pun banyak soalnya pulak’ bisik hati Hajjah Fatimah.
“Kalau
macam tu bolehlah esok pagi Han datang”.
“Datang
pagi sikit ye Han, jangan kamu datang pukul sepuluh pulak..sebab ibu dan ayah
nak bertolak lepas subuh esok,rasanya.”
“Amboi
paginya.”
“Tak
adalah lepas subuh szup..zup terus pergi dalam pukul tujuh pagi..sebab apa pada
ibu cepatsampai cepat lah ibu dapat tengukkan siAzmil tu..ibu kesiankan dia,
entah abang Ali bagi makan ke tidak.. dia tu makanya susah sikit.”
“InsyaAllah
..Han akan datang secepat mungkin”.
Kesokkan
pagi nya ..Farhan sampai pukul tujuh pagi dirumah ibunya.Ketika itu ibunya
sudah bersiap-siap untuk bertolak keKuala Lumpur kerumah anaknya yang sulong.Haji
Bakar dan Hajjah Fatimah merasa kasihan mengenangkan cucu sulungnya yang mungkin terambai kerana masaalah mamanya yang sedang mabuk
mengandung.Setiap kali mengadung menantunya yang sulong tu akan mabuk hingga mendapat cuti sakit..Kadang-kadang
dalam sebulan hanya beberapa hari sahaja dia dapat ketempat kerja.Masa
menagdungkan Azmil juga dia begitu tetapi keadaanya akan beransur pulih ketika umur kandunganya mencecah tiga
bulan.
Sampai
sahaja Farhan dan Fatin diruang tamu Hajjah Fatimah terus sahaja mennyampaikan
hatjat kepada menantu yang baru sahaja menyalami dirinya.
“Kakak
ibu mintak tolong sangat-sangat… tolong
masakkan ibu rendang ayam dengan rendang daging. Ayam dan daging semuanya ibu
dah keluarkan dan dah rendam pun kat dapur tu”.
“Tapi
kakak tak pandai nak masak rendang..kakak tak biasa sebetulnya selalu ibu atas yang
masak.”
“Kalau
kakak tak tahu ..nanti masa nak masak telefon ibu..ibu tunjukkan cara-caranya.”
Hajjah Fatimah menoleh kepada anaknya Farhan pula.
“Han
tolonglah isteri kamu masak ye..jangan tidur saja pulak..pagi ni tolong pergi
pasar sebab ayah tak sempat beli santan semalam.” Farhan merenung kepada
ibunya, tanda tidak puas hati.
“Apalah
ibu ni ada ke kata Han tidur..dulu memang lah Han tidur tapi sekarang dah lain.”
Dia mengerutu perlahan..tapi suaranya masih boleh didengari.
“Ialah
sebab dululah ibu cakap macam tu nanti isteri kamu masak sorang-sorang kat
dapur kamu sedap tidur pulak..tapi petang nanti adik kamu balik.. dia kata nak
balik petang ni.”
“Ibu
dan ayah balik bila?” Tanya Frahan pula.
“Mah
kita balik petang nanti tau ..ayah malas
nak tidur sana…ayah suka lagi solat sunat raya kat taman kita ni, dapat jumpa jumpa kawan-kawan..lagi pun Haji
Derus buat korban dia minta tolong dengan abang hari tu”.
“Kalau
ayah dah kata macam tu ibu ikut saja ..tapi kita tenguk cucu kita yang kat sana
dulu kesian pulak entah makan entah tidak.” Setelah bersiap-siap Haji Bakar
suami isterinya bertolak kerumah anak lelaki sulong mereka di Cheras Kuala
Lumpur.Sebelum bertolak sempat lagi Hajjah Fatimah berpesan kepada menantunya.
“Kakak
kalau tak tahu nanti call ibu ye..kesian menantu ibu ni kena masak pulak untuk
raya ni.”
“Tak
apa..esok-esok kena masak juga..biarlah belajar dari sekarang.”
Sepeninggalan
kedua orang ibu dan ayahnya Fatin dan Farhan berbincang apakah yang akan
dimulakan dahulu. Walau Fatin tidak juga biasa dengan masak-masak yang laindari
biasa tetapi pengalaman didapurnya banyak membantu dia melakukannya.
“Bang berapa ekor ayam yang nak di masak ni..jomlah kita kedapur tengok apa yang ibu dah keluarkan.”
Mereka
berdua menjengah kedapur dilihat ada dua ekor ayam yang berendam dialam sebuah
periuk dia atas meja dapur dan mungkin dua kilo daging masih beku lagi didalam
besen yang berisi air. Farhan juga turut sama melihat-lihat kedapur.
“Sementara
nak tunggu ayam dan daging ni cair baik kita kepasar dulu, kita beli santan dan
kelapa parut untuk dia buat kerisik lagi pun kalau pagi rasanya orang belum
ramai lagi.” Farhan memberi cadangan kepada isterinya
“Oklah
jom kita pergi sekarang..kita pergi naik motor ayah sajalah..naik mkereta nanti
susah nak cari parking..kalau dapat parking jauh penat pulak kita nak
menapak..dahlah kita puasa ni” kata Farhan lagi. Mereka berdua menjalani puasa
9 Zulhijjah.
Puasa ini sangat baik…Bagi orang-orang yang
tidak mengerjakan Haji, marilah kita sama-sama berpuasa sunat pada hari ARAFAH
PADA 9 ZULHIJJA,. Jika kita melakukan dengan ikhlas dan niat semata-mata kerana
ALLAH SWT . Allah menjanjikan akan menghapuskan dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang. Berita
gembira ini dari sabda Nabi Muhammad S.W.A. (Hadis riwayat Muslim).
Mereka
berdua kepasar yang berhampiran dengan rumah mereka..membeli keperluan untuk
mereka memasak juadah hari raya. Ketika sampai dipasar, dilihat orang sudah
ramai..mungkin semuanya sedang mencari bahan untuk masakkan untuk dimasak untuk
menjamu di pagi raya esok. Ketika
melintasi orang menjual daun kelapa untuk membuat ketupat isterinya bersuara..
“Bang
apa kata kita buat ketupat daun kelapa..Ha..tak berapa suka nasi impit.. lagi
pun nasi impit ni lama nak rebus.”
“Abang
tak tahu nak anyam ketupat..nanti Ha terkejar-kejarsorang mana nak masak lagi
nak anyam keyupat..sempat ke?”
“Kalau
setakat tiga puluh biji boleh..nanti abang tolong isikan, Ha akan ajarkan macam
mana nak isi ketupat tu nanti. Kita beli seikat cukuplah.Bang beli kacang tanah
sedikit..kalau-kalau ibu nak masak kuah kacang nanti..walaupun ibu tak cakap
tapi ada setengah orang kalau dah ada ketupat mesti nak makan dengan kuah
kacang.”
“Ialah..Fitri
lah yang tak dapatnak tinggalkan kuah
kacang ni biasanya…sekilo cukup tak,”
“Cukuplah…ibu
kata masak rendang ayam dan rendang dagingkan.”
“Rendang
ayam tu untuk ayah dan ibu..sebab diaorang tu ada darah tinggi..kena jaga-jaga
sebelum teruk..rendang daging ni untuk kita orang..kita orang ni memang lebih
suka rendang daging dari ayam.”Farhan
menerangkan kerpada isterinya satu persatu agar isterinya faham keadaan
keluarganya.
“Ohh..Ok
kalau macam tu kita beli dua kilo santan, tiga ikat serai, lengkuas daun kunyit dan daun kelapa untuk dibuat
ketupat.”
“Tapi
serai kan banyak kat tepi rumah tu, rasa nya
ada lima rumpun serai ayah tanam..kalau yang segar tu lagi elokkan Ha.”
Farhan memberI candangan kepada isterinya.
“Okjuga
kalau macam tu nanti kita ambil yang kat
rumah saja.. lengkuas ada tak.”
“Abang
tak tahu macam mana rupa pokok lengkluas.”
“Kalau
macam tu kita beli saja…kalau tak ada nanti sudah juga.” Setelah membeli apa
yang perlu mereka bergegas pulang kerumah.
Sampai
sahaja mereka dirumah terus sahaja Fatin dan suaminya kedapur.Buat pertama kali
Fatin memberi arahan kepada suaminya.
“Ok..mula-mula
sekali abang tolong kopek bawang..Ha nak potong ayam, sementara kita sediakan
bahan-bahannya, kita goreng ayam dulu.”Fatin menghulurkan bekas yang berisi bawang
merah, bawang putih kepada suaminya.
Halia dan lengkuas juga dihulurkan sama.
“Nak
kopek berapa banyak ni?” Farhan bertanya lagi, dia sebenarya tidak biasa lagi
membuat kerja-kerja dapur maklumlah anak lelaki, ibunya pula seornag suri rumah
sepenuh masa. Dahulu masa mereka masih kecil lagi mereka akan kedapur jika
dipanggi dan bila waktu makan sahaja, bab masak memasak diserahkan kepada
ibunya sepenuhnya. Hanya sekali-sekali membasuh pinggan dan cawan yang telah
digunakan itu sahaja.
“Bawang
merah tu kopeklah dua puluh biji bawang putih tu kopeklah dua labu.”
Farhan
mengikuti segala arahan isterinya..dalam hatinya mungkin ibunya mahu mencuba
menantu barunya tentang kerja-kerja didapur agaknya..kesalhatinya kerana menceritakan
kepada ibunya yang isterinya tidak tahu memasak dulu. Lamunannya terhenti bila
mendengar suara isterinya memberi arahan lagi.
“Halia
dan lengkuas ni cuci dulu baru kita potong-potong.”
“Nak
siang semua ke?banyak ni” Farhan bertanya lagi. Melihat dari gaya
isterinya..rasanya dia bukan tidak tahu memasak hanya mungkin tidak mahu
menunjuk pandai sahaja.
“Kita
kena buat banyak sebab nak masak dua jenis kan kena banyak sikitlah.”
Setelah
selesai isteriya memotong dan
mengaramkan ayam dia mengambil alih tugas Farhan pula.
“Abang tolong
goreng ayam ni. Ha nak keluar ambil serai kat luar..ambil banyak tak apa
ke?.”
”Tak
apa… takkan ayah dan ibu nak marah bukan kita nak jual..kita nak masak untuk
diaorang juga.”
“oklah..Ha
keluar dulu ambil serai..tapi tengok minyak dah panas tu masukkan ayam
perlahan-lahan jangan sampai terperecik kena tangan pulak nanti.” Fatin keluar
mengambil serai ditepi rumah yang ditanam oleh ibu dan ayah Farhan.
Rumah
keluarga Farhan adalah tumah teres dibahagian tepi sekali.Ada sedikit ruang
untuk bercucuk tanam. Ayah dan ibunya memenefaatkan untuk menam serai pokok ubi
kayu dan cili api. Ketika isterinya terjengul
di pintu dapur Farhan bertanya kemuskilan didalam hatinya…
“Ha..kenapa ayam ni digoreng dulu… ayam ni nak
masak rendangkan.. abang rasa ibu tak goreng kalau dia nak masak rendang.”
Ketika itu ayamnya sudah pun berenang didalam minyak panas didalam kuali...baru
dia teringat cara ibu memasak rendang ayam.
“Ha
rasa elok goreng dulu sebab kita masak pagi lagi ni, takut daging ayam ni cepat
hancur bila selalu dipanaskan nanti..kata ibu kat atas kalau kita goreng ayamnya
dulu rendang kita tak cepat basi. Lagi pun ayam ni ayam kurung.. dagingnya
lembut..kalau ayam kampong atau ayam telur lain sikit dagingnya keras.” Panjang lebar Fatin menerangkan cara
kelurganya memasak rendang. Ialah setiap orang lain caranya…tetapi bahanya dan
rasanya juga mungkin tidak banyak berbeza.( Ayam telor sama dengan ayam pencen
(pencen bertelor)).
“Ohh
macam tu…”
“Abang
tolong mesinkan ni kalau dah agak hancur masukkan pula bawang ni ye. Ha nak mula mengayam pula.” Fatin
menghulur jag yang mengandungi serai lengkuas dan halia yang sudah diricih
tadi.
Fatin
mengambil daun kelapa yang dibelinya tadi. Dia mula mengayam ketupat pula. Dia diperhatikan oleh suaminya
dengan terpengun…berdetik dihati suaminya ..sungguh cekap isterinya mengayang
ketupat. Bersimpul-simpul daun ketupat ditanganya, sementara jari jemarinya bagai menari dengan rancak.
“Macam
dah biasa Ha mengayam ni. “
“Ialah
dah tiap-tiap tahun mengayam ..lagi kan baru raya hari tu mengayam, skillnya
tak hilang lagi.Ini yang laju ni “ Farhan tersenyum mendengar jawapan
isterinya.
“Kat
rumah atas tu siapa lagi yang pandai mengayam ketupat.”
“Kat
rumah atas banyak yang tahu..ayah, ibu dan adik pun pandai..hanya abang Ha yang
dua orang tu sahaja yang tak tak tahu nak ayam..diaorang berdua tu malas nak
belajar tapi bahagian dia kena isi ketupatlah pulak.. yang sebenarnya mengayam
ketupat ni seronok kita orang berlumba-lumba siapa banyak dulu tau. Kat sini
takada orang nak lawan dengan Ha tapi tak apa ni nak tunjuk keistimewaan Ha
pada abang….bertambah tak, sayang abang
pada Ha.” Farhan menhampiri isterinya dia memeluk isterinya dari belakang.
“Bang
janganlah Ha dah berpeluh ni busuklah.”
“Abang
nak bagi tahu Ha ni..Ha busuk ke.. Ha
tak pandai ayam ketupat ke, memang abang tetap sayang sangat dengan Ha..tak
sebabnya Ha ada kelebihan baru abang sayang
Ha tau, abang sayang Ha sebab Ha isteri abang..bukan sebab lain”.
“Ialah-ialah..Ha
percaya..abang tengukkan ayam dalam kuali tu nanti hangit pula”. Fatin mencari alasan
supaya pelukkan dirinya dari dilepaskan oleh suaminya.
Walaupun
sudah sebulan mereka menjadi suami isteri, dia masih malu dengan perlakuan
suaminya..apatah lagi diluar bilik dan dirumah mertuanya pula. Tetapi didalam
hatinya dia merasa sangat besyukur
walaupun mereka baru sahaja mengenali antara satu sama lain, baru sebulan usia
pernikahan mereka, namun terasa kasih sayang antara mereka berdua melimpah ruah.
Belum ada lagi pertelingkahan antara mereka lagi. Dia sangat bahagia.Dan
menharapkan keadaan itu berkekalan hingga keakhir hayat.
Hampir
tengahhari kerja-kerja mengoreng ayam dan mengayam ketupat selesai.Fatin
mengajar suaminya mengisi ketupat pula. Ketupat diisi dengan beras yang telah
dibasuh dan ditoskan dulu airnya terlebih dahulu.
Tadi
sampai sahaja mereka dari pasar tadi Fatin memasukkan kelapa parut kedalam
dapur pembakar. Begitulah cara ibunya membuat kerisik. Dengan cara itu kelpa
parut akan lebih garing, dan akan berwarna perang pekat dan tahap kehangusan
juga akan berkurangan berbanding digoreng didalam kuali tampa minyak..Ketika
dia memasukkan kelapa parut didalam dapur pembakar perbuatanya juga ditegur
oleh suaminya..
“ha
nak buat apa pasang api kat oven tu..kita nak bakar kek ke?..kalau ada kek raya
ni sedap juga kan Ha.” Rupanya Farhan pengemar kek.
“Abang
nak makan kek ke? Abang suka kek apa?”
“Apa-apa
kek pun tak apa asal kan kek..tapi abang tak makan kek kat bekery..takut ada
bahan yang tak halal..walaupun ada cop halal kat situ. Tapi kalau tak sempat
nanti tak payahlah. Ni nak buat apa Ha pasang oven ni.”
“Ha
nak goring kerisik”
“Bukan
ke kerisik tu kelapa parut yang digoreng tampa minyak dalam kuali.” Farhan
terbayang orang bergotong royong mengacau keresik ketika kehenduri perkahawinan
abang Fadlinya dahulu.
“Betullah
tu..tapi Ha nak masak kerisikkali ni pakai oven ..senang tak payah nak kacau selalu..masak nya pun
rata..jadi tak banyak ambil masa kita”.
==========================================================
Fatin
mula menghubungi ibu mertuanya.cara-cara
memasak rendang.
“Assalamulaikum..ibu
nak masak dua ekor ayam ni kan, guna
cili apa?
cili
kering ke… cili api..bu.”
“Waalaikumsalam..cili
kering..semuanya ibu dah mesinkan ada dalam peti sejuk tu yang mangkuk besar
sikit tu untuk rendang ayam dan yang kecil sikit tu untuk rendang daging..tapi
kalau kakak nak pedas sikit masukkan cili api pun ada kat situ.”
“Ok
kakak nak masukkan sikit cili api..Ibu masak rendang ni pakai kerisik tak?.”
“Suka
hati kakak lah pakai pun tak apa, tak pakai pun tak apa..ikut kakak macam mana
nak buat lagi pun ibu terlupa nak beli kirisik
semalam..oh ye kakak, ibu lupa nak cakap kalau tak sempat nanti, nasi
impit ibu yang rebus..kita rebus malam nanti..biasa pun ibu rebus malam.”
“Oklah
bu.. kalau kakak tak tahu nanti kakak call lagi ye..assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam”
Kemudian Hajjah Fatimah meluahkan rasa bimbangnya kepada suaminya.
“Entahlah
bang..ada ke rendang kita raya esok.”
“Kenapa
Mah..Fatin kata dia tak tahu nak masak ke?.”
“Tidaklah
juga dia kata tak tahu nak masak tapi..Mah rasa macam dia tak tahu..betul kata
Farhan hari tu isteri dia tak tahu masak yang lain dari biasa.. sebab kalau
masak yang agak susah ni emak dia yang
buat.”
“Alah
Mah sepatutnya kita dah tahu itu… diakan anak perempuan seorang, kalau
kita pun entah-entah awak tak kasi dia kedapur langsung, takut terpotong jari
atau melecur tangan” Kedua-dua mereka ketawa terasa lucu pula.
“Syyy
perlahan sikit bangun pula Azmil nanti..yang macam tu abanglah.. nasib baik kita
tak ada anak perempuan kalau ada tentu manja.” Ketika itu mereka berdua sedang
menidurkan cucu mereka yang berusia dua tahun, didalam buanian. Kedua anak dan
menantu mereka keklinik berdekatan mencari ubat untuk alahan mengandung isteri Ahmand
Fadli yang baru hamil tiga minggu.
Hampir
pukul empat petang kerja-kerja memasak Farhan suami isteri selesai. Masak rendang
ayam , rendang daging dan juga ketupat mereka. Ketika Fatin sedang mengangkat
ketupat..
“Bang
semuanya dah masak..kalau abang nak rehat pergilah rehat sementara tunggu asar
ni.”
Farhan
kelihatan keletihan seharian menolong isterinya didapur.Kebetulan pula mereka
berdua berpuasa sunat 9 Zhulhijjah. Farhan menuju kebiliknya dahulu, tetapi
sekarang ini bilik itu di huni oleh adiknya yang bungsu kerana dia sudah duduk
menyewa bersama isterinya.
Manakala
Fatin didapur meneruskan misinya dia
ingin membuat kek coklat kegemaran keluarganya. Resipi itu diajar oleh ibunya
ketika dia tingkatan lima. Buat masa sekarang ini dia lebih mahir memasak kek
itu dari ibunya sendiri. Setiap kali hariraya ibunya akan menunggu dia pulang
untuk memasak kek itu. Dia mecari bahan yang mahu digunakan untuk membuat kek
didalam almari dapur ibu mertuanya.Semua bahan yang diperlukan ditemuinya lalu
dia memulakan misinya. Hampir pukul lima petang keknya juga telah masak. Dia
mengejutkan suaminya yang tertidur..
“Bang
bangunlah..kita solat asar” Ketika mereka mahu memulakan solat kedengaran orang
memberi salam diluar rumah..bila dijengah adik Farhan yang bungsu tiba dengan
menaiki sebuah motorsikal. Ahmad Fitri yang sedang belajar di Universiti Tun
Hussin On di Johor.
“Assalamualaikum…ehh
kak Fatin..ibu mana?.”
“Waalaikumsalam
ibu pergi KL dengan ayah..akak dengan abang Han baru nak Asar ni”.
“Oklah
ET pun belum sembayang lagi ni.”
“Nak
jemaah ke?..akak cakap dengan abang Han tunggu dulu.”
“Boleh
juga..tunggu sekejap, ET ambil wuduk” Farhan dan Fatin menunggu adik
mereka diruang tamu. Selesai bersolat Fatin menyambung kerjanya dia dapur.
“Dahlah
tu sayang..rehatlah tak penat ke dari pagi tak berhenti.” Farhan menegur
isterinya yang masih didapur entah apa yang dilakukan. Dia menegur isterinya
diambang pintu biliknya yang berdekatan dapur.
“Kejap
lagi sebab nak buat ‘topping’ untuk
kek coklat ni.”
“Ehh
Ha masak kek juga ke? Kan abang kata kalau tak sempat tak payah buat”.
“Dah
masak pun bang..tinggal buat toppingnya sahaja..Ehh bang ...kita nak masak
makan malam juga kan bang.”
“Ia
tak ia kan… tak kan nak makan ketupat saja buka nanti..Ha nak masak apa?” Soal
Farhan ingin tahu menu berbuka mereka nanti. Mereka berdua terlupa untuk menyediakan makan untuk berbuka petang nanti..
“Nampak ada pujuk ubi ibu gemuk tepi rumah tu ..kita masak lemak pucuk ubi
untuk kuahnya, untuk lauknya makanlah rendang ayam boleh tak bang?.” Laju sahaja Fatin mengerjakan masak malam
mereka yang dirasanya sudah terlambat, mungkin tidak lama lagi ibu mertuanya
akan sampai pula. Ketika itu adik iparnya Wan menjengah kedapur.
“Kak
Fatin masak apa hari ni?.”
“Akak
masak rendang ..tapi terlupa pulak nak masak makan malam kita nanti..ni akak
baru jerang nasi ni..nak keluar ambil pucuk ubi..kita masak lemak ubi pulak,
lepas tu kita gorenglah sikit ikan kering tentu sedapkan?.”
“ET
dah lapar ni..ehh akak dengan abang tak makan tengahari ke?.”
“ Kami puasa..itu yang terlupa tu.. Kalau ET lapar makanlah ketupat tu dengan rending
boleh ET rasakan sekali rendang tu..tapi panas lagi...”. Ketika Fitri merasa
masakkan kakak iparnya.Terdetik didalam hatinya.Sedap juga masakkan kakak ipar
barunya lebih kurang masakkan ibunya sahaja tetapi lebih pedas sedikit.
“Ok…sedaplah
ni. Masinya cukup manisnya pun cukup.” Farhan menjengah kedapur bila terdengar suara orang bercerita didapur,
tiba-tiba hatinya menjadi cemburu pula dengan adiknya sendiri. Walhal bukan dia
tidak tahu adiknya yang seorang ini, seorang yang peramah dan manja.Dia cepat
mesra walau dengan siapa dia bergaul.Inikan pula kakak ipar yang dikenalnya.
Ahmad Fitri mengenali Fatin semasa di sekolah rendah lagi. Mereka bersekalah
disekolah yang sama.
Dua
tahun mereka bersekolah di sekolah yang sama. Ketika Fatin didarjah lima dan enam dan Fitri ketika itu di darjah satu dan dua. Lagi
pun Fitri berkawan dengan dua adik Fatin Najiha Ateh dan Uda. Ateh tua setahu
dari Zakuan manakala Uda pula muda setahun dari Zakuan.Hanya adik Fatin yang kecil sekali tidak berapa
rapat kerana adik mereka yang kecil agak pemalu dan jarang keluar rumah. Sesekali mereka ada juga
bertegur sapa ketika terserempak disekolah.. kerana mereka jiran selorong.
Tetapi rasa cemburu dipendamkan sahaja dia dalam hatinya.Walau bagai manapun
rajuknya datang mengusik hatinya.
“Bang
lepas masak ni rasanya Ha nak naik atas nak jumpa ibu boleh.” Oleh kerana
kedudukkan rumah keluarga Fatin dia atas bukit manakala kedudukkan rumah
keluarga Farhan pula dibawah bukit jadi selalu mereka akan mengatakan ibu atau
ayah atas dengan ibu atau ayah bawah.
“Pergilah..dah
siap masakkan.”
“Dah
untuk makan malam Ha masak lemak pucuk ubi tak payah sayur ye bang..pujuk ubi
tu Ha masak banyak, lauknya Ha rasa
cukuplah makan rendng ayam tu saja ye bang.”
“Oklah
tu..pergilah kalau dah siap.” Tujuan dia mengesa isterinya kerumah ibu dan
ayahnya supaya dia tidak dapat berbual-berul dengan adiknya..Ahh Farhan cemburunya
tidak dapat diduga..Ketika Fatin melintasi ruang tamu dia bertembung dengan
adik iparnya Fitri.
“Ehh
akak nak pergi mana tu..”
“Akak
nak pergi rumah ibu akak kat atas..ohh ye kalau kek tu dah sejuk nanti ET tolong
taburkan coklat rise yang berwarna-warni tu atasnya ye ..Coklat ries ada akak
letak atas meja tu..tinggal tabor saja.”
“Ok..abang
Han tak ikut ke?.”
“Entahlah..tak
payahlah agaknya, bukannya lama nak naik
sekejap saja.. lepas tu akak turun
balik”. Farhan hanya mendengar perbualan isteri dan adiknya diruang tamu, dia
sendiri masuk kebilik untuk merehatkan badan yang terasa lesu mungkin kerana dia
berpuasa. Oleh kerana rajuknya dia
membiarkan isterinya seorang diri kerumah
ayanh dan ibunya. Fatin pula masih belum memahami tingkah dan kesukan
atau kebencian suaminya ialah maklaumlah mereka baru sebulan sahaja duduk
sebumbung.Tampa menghiraukan rajuk suaminya ditinggalkan suaminya sendirian
dirumah.
Fatin
memberi salam dan masuk kerumah ibu dan ayahnya yang berselang hanya sepuluh
buah rumah dari rumah ibu mertuanya. Didapatinya ibunya sedang berselimut kesejukkan
tetapi masih kedapur juga kerana tiada siapa untuk membantunya.Haji Rasid pula sedang
mengacau rendag.
“Ohh..kakak
kenapa tak balik pagi..ibu kau ni kena sejuk pulak tak ada siapa yang nak masak.”
“Kakak
ada dari pagi tadi lagi tapi masak kat bawah, ibu mertua kakak pergi KL, kakak
ipar Farhan tak sihat. Mereka ke sana sebab cucu dia tak ada siapa nak jaga
mereka risaukan cucunya...ibu dah siap masak ke?.”
“Belum
lagi kakak..ni ayah kau tengah kacau rendang dah nak kering tu kakak cuba rasa
masinnya.”
“Kakak
puasa hari ni bu… ibu dan ayah tak puasa ke?”
“Puasa
juga…tak apalah nanti lepas buka rasalah ayahnya.”
“Ibu
dah masak untuk buka.”
“Dah
kakak..ayah yang yang masak nasi tadi..tapi makan lauk semalam saja..semalam
ibu masak lemak cili api udang dengan pegaga itu yang masih ada lagi, kemudian
ayah dah asingkan sedikit ayam goring untuk lauknya. Hari ni semuanya ayah yang
buat..ibu hanya tenguk-tenguk sikit saja..ketupat pun belum diisi lagi tapi tak
apa kita masukkan dalam presser cookermasak malam pun ok.”
“Kesian ayah…mehlah kakak kacaukan pulak
rendang tu. Tadi kat rumah bawah kakak rebus ketupat juga guna presser cooker dua
jam dan masak dalam periuk biasa satu jam kakak dah angkat agak-agak masak tak
bu. ”
“Masaklah
tu..biasanya ibumasak macam tu juga dua jam guna presser cooker sejam
lagi guna periuk biasa.”Itu adalah kebiasaan Hajjah NorAini memasak ketupatnya.
Setelah ketupat dimasak didalam presser cooker. Dia akan mengankat dan
membuang air rebusan tadi. Digantikan
pula dengan air bersih keperiuk besar
yang lain dan merebusnya sekali lagi selama satu jam.
“Kakak
nak tolong apa ni lagi yah”. Fatin menanti tugas yang akan diarahkan oleh
ayahnya.
“Kakak..kalau
kakak nak tolong..tolong ayah gorengkan ikan masin yang dah ayah basuh tu.”
“Yah..goreng
lebih sikit boleh tak yah, nak bagi ibu dan ayah kat bawah, tadi kakak lupa masak untuk buka itu yang tak
asingkan sikit ayam goring untuk lauk buka ni..tapi kuahnya dah siap lah kakak
masakan masak lemak pujuk ubi saja kalau jodohkan dengan ikan kering sedapkan
yah.”
“Sedap
tu..Gorenglah ambil lagi dalam peti sejuk sebelah atas.”
“Ibu
memang nak bagi ikan masin tu tapi lupa pulak nak cakap dengan kakak hari
tu..Ateh beli banyak …ayah kakak ni bukan boleh makan banyak sangat, nanti naik
darah tingginya tapi kalau dah nampak asyik nak oreng saja ayah kakak ni.” Fatin
menyambung kerja-kerja memasak ibu dan ayahnya.Ketika azan berkumandang
dimasjid berdekatan telefon bimbitnya berdering minta diangkat.Apabila dilihat
nama ibu mertuanya tertera.
“Assalamualaikum..ibu
kat mana ni?”
“Waalaikumsalam
ibu dah sampai tadi lagi..adah ada kat rumah ni..Fatin tak buka sini ke?”
“Rasanya
tak lah bu.. kakak nak tolong ibu sini masak pulak..ibu tak sihat ni dia tak
siap masak lagi.”
“Kakak
rasanya kakak kena balik kejap, buka kat sini..suami kamu tu tak nak makan
kalau kamu tak ada..dah azan ni dia masih dalam bilik..balik kejap kakak.. tapi
nanti jangan cakap kat Farhan ibu yang
panggil kakak balik ye.” lembut Hajjah Fatimah menuturkan takut kalau-kalau
menantunya yang baru ini kecil hati.
“Ialah
kakak cakap dengan ibu dan ayah dulu.”Fatin bergegas pulang kerumah ibu
mertuanya kembali. Sampai dipintu rumah keluarga mentuanya Fatin memberi salam.
Apabila mendengar suara menantunya Hajjah Fatimah memanggil anaknya Farhan.
“Han
pergi bukakan pintu isteri kamu tu, pintu berkunci agaknya.”Farhan pura-pura
tidak mendengar panggilan ibunya.Dia hanya mendiamkan dirinya sahaja didalam
bilik. Rajuk hatinya minta di pujuk sebenarnya.
Bila terasa lama ditinggalkan isterinya hatinya yang merajuk sedikit
tadinya, makin bertambah. Dia terasa
dirinya sudah dilupakan oleh isterinya..Hai Farhan begitu pula yang ada didalam
hatinya.
No comments:
Post a Comment