Sampai sahaja Natasya dirumahnya, mommynya mengekori langkahnya dari hadapan
pintu pagar hingga kedapur kerana Natasya merasa dahaga.. dirumah bekas
keluarga mertuanya tadi dia tidak minum kemudian duduk disofa ruang tamu.
Tujuan Puan Syakila mengekorinya hanya mahu menyiasat apa kah hasil pertemuan
anaknya dengan bekas suami.
“Didi macam mana..setuju ke Johan nikah semula dengan
lu”.
“tak mommy..dia tak nak”.
“Bini dia ikut sekali ke”.
“Ada, dia salam Didi juga tadi”.
“Tentu dia takut kena marah bini dia, kalau dia setuju
nikah dengan lu”.
“Biarlah mommy Didi pun bukan harap sangat Jo nikah
dengan Didi.Lagi pun tiga hari lepas dia dah masukkan duit untuk Didi.”
“Berapa ribu dia masukkan?”.
“50 ribu mommy”.
“Amboi banyaknya dia bagi hutang kat lu ka. Janagn
nanti bila Didi dah pergi luar negara dia tagih hutang kat mommy..mana mommy mampu nak bayar”.
“Tak mommy, dia kata tak payah bayar dia tolong
ikhlas”.
“Didi lu tak nampak betapa kayanya Johan sekarang.
Tentu gajinya besar itu sebab itu dia boleh bagi lu 50 ribu. Kalau mommy, mommy
akan berusha dapat nikah dengan dia. Senang kita nanti Didi, lu tak payah lagi
pergi kerja, makan pakai dia tanggung,
lu duduk sini dengan mommy kita pergi shopping hari-hari. Sesekali minta dia
tanggung shopping kita di London atau pun Paris. Kan seronok Didi”. Puan
Syakila membayangkan keseronokanya bermenantukan orang kaya, sambil tanganya
terangkat-angkat dan matanya memandang keatas.
“Dia kata itu duit simpanan bini dia, bukan duit dia”.
“Lu jangan jadi bodoh Didi, dia cakap sikit lu sudah
percaya. Itu hanya alasan dia tak nak tunjuk dia dah bergaji besar. Lu fikirlah
bini dia kerja hanya jadi kerani sahaja, mana dia dapat simpan duit banyak tu.
Lu fikirlah. Didi!! ingat dulu dia susah dengan kita, sekarang gaji dah banyak
dia mahu bersenang-senang dengan perempuan lain, mana boleh macam tu. Mommy tak
kira lu mesti cuba sampai Jo mahu bernikah dengan lu semula.”
“Mana dia ada gaji banyak mommy..dia sendiri cakap
dengan Didi, gajinya ciput”.
“Itu lah lu percaya sangat dengan apa yang dia
cakap..Didi dia cakap gaji ciput sebagai alasan sahaja. Cuba lu pandang dia
betul-betul.. sekarang dia dah pakai kereta besar..entah-entah kat KL tu dia
dah beli rumah atau beli condo..kita tak
tahu, sebab kita tak pernah lagi ke rumah dia. Uncle Johari ada cerita dengan mommy, Jo duduk rumah besar”.
“Jo kata dia duduk rumah keluarga bini dia”.
“Ha..haa
tenguk tu dia beli rumah diangkutnya seluruh keluarga bini dia duduk dengan
dia..memang bini ni pandai ubat- ubat supaya Jo dengar cakap dia. Sekarang
mommy nak lu cuba sampai boleh Jo nikah semula dengan lu”.
“Didi
dah malas lah nak terhegeh-hegeh dengan dia. Didi dah dapat 50ribu pun jadilah. Lepas buat kimo ni Didi rasa nak
pergi lagi..kerja setahun dua baru Didi duduk
sini dengan mommy”.
“Didi..
Didi senang sangat lu kena bodohkan dek Johan tu. Mommy rasa duit tu memang
duit dia. Cuba lu fikir, boleh ke dengan
senang hati bini dia yang tak ada kena mengena dengan lu bagi 50 ribu. Dia cakap itu duit bini dia, supaya
lu tak minta lagi, kenapa lah lu tak boleh nak fikir Didi. Nantilah mommy call uncle
Johari cakap dengan dia. Macam mana sekali pun Jo mesti kena nikah juga dengan lu”.
“Suka
hati mommylah”.Cepat sahaja Puan Syakila menghubungi sahabat baik arwah
suaminya. Tampa salam tampa basa basi terus sahaja dia menyampaikan hasrat
hatinya yang panas..
“Johari!! Lu tak ajar anak lu cara membalas budi
ka..tak guna jadi lelaki kalau dia takut kan bini nanti dia jadi suami dayus.
Lu ajar anak lu jadi jantan sikit, biar bini dia ikut cakap dia, jangan dia
kena ikut cakap bini…”.
“Apa ni
Killa..kenapa cakap anak aku macam tu..cuba cakap elok-elok”.
“Tak aku
tengah geram ni.. Didi kata Jo tak nak nikah dengan dia. Sedangkan Didi dah
susah payah buang rasa malunya pergi jumpa Jo kat rumah lu. Lu tak kesian
dengan anak aku Ri”.
“Aku
sebenarnya tak tahu apa-apa, Johan pun tak cakap apa dengan aku tadi. Ingatkan
perkara dia dah selesai aku nampak mukanya gembira sahaja”.
“Lu
tolonglah cakap dengan Johan supaya dia nikah dengan Didi. Gertak sikit menantu
lu tu, supaya jangan jadi queen control”.
“Ialah
nanti aku cakap dengan dia..tapi sanggup ke Didi jadi bini nombor dua, aku rasa
Johan tak akan ceraikan bini pertama dia tu”.
“Janji
Johan jadi suami Didi, dia tak kisah jadi nombor berapa pun.Yang sebetulanya
aku kesian dengan anak aku tu..dia tak dapat nak terima lelaki lain dalam hidup
dia sebab dia masih sayangkan Johan”. Hanya perkataan itu yang diulang oleh
puan Syakila memancing simpati sahabat baik arwah suaminya.
“Ialah
nanti aku cakap dengan Johan”.
“Cepat
sikit Ri, aku takut kalau Didi tunggu lama sangat dia akan pergi lagi. Aku dah
tak sanggup dia tinggalkan aku lagi”.
“Siapa
bang, Killa ke”. Tegur Puan Maria yang baru keluar dari dapur setelah selesai
mencuci pinggan mangkuk.
“Haah”.
“Apa dia
nak”.
“Nanti
abang cerita, abang nak call Johan
dulu”.
“Tak
boleh ke call malam saja, ni mungkin dia baru sampai..biarlah dia rehat dulu”.
“Ini
penting Yah..tunggu ye”. Puan Maria hanya mampu memanandang perlakuan suaminya,
namun dia tetap menyertai suaminya diruang tamu rumah mereka.
“Helo
Asalamualaikum..kenapa papa, saya baru sampai ni belum keluar kereta lagi”.
Memang benar dia sekeluarga baru sahaja sampai. Perjalanan dari Melaka ke
Petaling Jaya memakan masa hamper dua jam kerana Johan memandu dengan kelajuan
sederhana sahaja.
‘Dayah bawa anak-anak masuk dulu, abang nak cakap
dengan papa’
‘Ialah’
Kedengaran suara Johan dihujung talian berkata-kata dengan isterinya sebelum
dia melanjutkan perbualan dengan papanya.
“Emm
Hidayah dah masuk kerumah ke?”.
“Dah..
tu tengah angkat Ikhsan yang tertidur. Ada apa pa ada kecemasan ke papa”.
“Tak
adalah tadi papa tak sempat nak tanya, bila mommy kamu tak habis ceritanya dengan Jo.
Ni papa nak tanyalah”.
“Tanya
apa pa”.
“Taak,
papa nak tanya hasil perbincagan nikah Jo dengan Didi tadi..apa keputusanya”.
“Ohh
pasal nikah tu saya dah jelaskan pada Didi hari tu lagi..saya tak dapat nak
bernikah dengan dia, sebab saya tak mampu nak memikul tanggung jawab kalau
sampai nak mengendalikan dua bahtera”.
“Kenapa
Jo tak cuba dulu, belum cuba dah kata tak mampu. Cuba lah, kesian Didi dia
masih sayangkan Jo. Tadi dia datang menebalkan mukanya jumpa Jo minta nak nikah
dengan Jo, boleh pula Jo tolak permintaannya. Mana nak letak air mukanya kalau
orang tahu Jo buat dia macam tu, dia seorang wanita yang ada maruah dan harga
diri Jo”.
“Itu tak
salah saya..saya dah cakap dah hari tu saya memang tak boleh nak ikut rancagan
dia, kenapanya yang dia datang juga. Dah lah papa, saya memang tak boleh nak
nikah dengan dia, saya tak mahu menambah tanggung jawab yang sedia ada. Saya
nak tumpukan membesarkan anak-anak saya sebaik mungkin..tak lama lagi bakal tiga anak
saya papa”.
“Apa
yang nak digaduhkan sangat pasal anak-anak..Hidayah kan ada, papa tahu dia
boleh menguruskan anak-anak Jo dengan baik”.
“Papa..tanggung
jawab anak-anak adalah diatas bahu ayahnya bukan ibunya. Jadi anak-anak saya adalah
tanggung jawab saya, kalau saya tak tunaikan tanggungjawab saya saya berdosa,
lain Dayah dia tak ada apa-apa tanggungjawap keatas anak-anak kami tapi kalau
dia bantu saya membesarkan anak dia dapat pahala.”
“Tapi Jo
tak kesian kat Didi ke..dia tak dapat nak terima orang lain sebab dia masih
sayangkan Jo”.
“Saya
nak kesiankan diri saya dulu. Saya tak mampu nak kehulu kehilir menggilir masa
isteri kemudian nak tenguk anak-anak lagi. Lagi pun gaji saya pun tak mampu nak
menanggung dua isteri. Dah lah papa bab nikah dengan Didi ni saya tak mahu diungkit lagi. Perkara ni saya dah
jelaskan dengan Didi dan dia faham. Tadi dia kata OK.”..
“Apa
yang Jo risaukan soal duit Jo, kata untie Killa tadi Didi masih nak jadi model
nak cukupkan duit simpanan dia. Dia balik sekejap sahaja sebab dia rindukan
Jo. Hatinya tak tenang kalau diri tak
terikat dengan Jo, jadi ikat dia dulu. Mommy dia kata tadi Didi tak kisah jadi
isteri nombor 2, janji Jo mahu nikah dengan dia. Papa rasa Jo tak akan
menghadapi masaalah kan kalau Didi tak duduk dengan Jo..kat sini pun Jo dah ada
Dayah yang boleh jaga makan pakai Jo, sementara
tu boleh Jo didik anak-anak tampa perlu membahagi masa dengan Didi, kan
senang macam tu. Jo!! mana nak cari wanita yang mahu bertolak ansur sanggup
bermadu. Jo nampak tak, betapa dia mengharapkan Jo nikah dengan dia. Kalau dia
dah habis jadi model barulah Jo duduk serumah dengan dia, bolehkan macam tu”.
“Maksud
papa walaupun selepas kami nikah dia nak teruskan kerja jadi model juga?? Jadi
apa gunanya Jo jadi suami dia”.
“Jooo..
yang papa faham aunte Killa cakap, buat masa ni Didi hanya nak Jo menjadi suami
dia, sebab dia masih sayang kan Jo”.
“Yang
macam tulah yang saya tak nak. Saya nak
isteri saya ada didepan mata saya”. Kedengaran ketawa kecil dihujung talian
“Kenapa
papa ketawa..papa ingat saya kuat sex. Papa, saya nak isteri saya didepan mata
sebab saya boleh nampak segala apa yang dia buat. Saya boleh menegur apa
kesalahan dia. Sebab apa saya nak yang macam tu, sebab perbuatan isteri yang
mendatangkan dosa saya akan mendapat sahamnya juga, apatah lagi kerja model yang
tayang aurat kat depan orang, tak kira perempuan ataupun lelaki. Dia tu bukan
model untuk pakaian muslimah papa, dia akan tayang baju musim panas, baju musim
sejuk, baju tepi pantai dan macam-macam bajulah. Saya tak mahu menguitp dosa
yang bukan diatas perbuatan saya.”
“Kalau
macam tu cakaplah dengan Didi supaya dia jangan jadi model. Rasanya dia boleh
dengar cakap Jo. Lagi pun itulah yang ditakutkan oleh aunte Killa, dia tak suka
Didi pergi luar negara cari duit lagi”.
“Saya
dah kenal siapa Diana Natasya binti Sufian papa. Tiga tahun kami
sebumbung..pada saya cukuplah pengalaman tiga tahun tu. Dah lah papa saya tak
nak dengar lagi cerita tentang nikah saya dengan Didi. Sekarang azam saya satu
sahaja, nak didik anak-anak saya sesempurna mungkin. Saya nak bagi sepenuhnya
kasih sayag tanpa dibahagi masa mereka dengan wanita lain disisi saya, kerana
saya tak mahu anak-anak saya mengulangi apa yang saya lalui. Asalamulaikum
papa”. Bila panggilan diputuskan masih ada rasa tidak puas hati dihati encik
Johari.
“Kenapa
lah dengan Johan tu Yah”.
“Kenapa
dengan Johan”.
“Yah tak
dengar ke dia menolak bila kita suruh dia nikah dengan Didi..takut sangat dia
dengan Hidayah tu entah apalah jampinya sampai Johan tak pandang lagi gadis
yang cantik macam Didi tu”.
“Kalau
dah Johan tak mahu biarkanlah, dia tahu apa yang dia hendak dalam hidupnya”.
“Yah janganlah
macam ni, rugi kita kalau kita lepaskan wanita cantik macam Didi tu jadi
menantu kita. Abang bayangkan tentu cucu kita cantik dan kacak kalau beremakkan
Didi. Abang sebenarnya berkenan sangat kalau Didi jadi menatu kita. Yah tolong
lah pujukkan Johan tu supaya terima cadangan kita. Mugkin bila Yah yang cakap
dia akan ikut cakap Yah”.
“Dalam
hal ni Yah tak nak masuk campur bang. Biarlah Johan sendiri yang menentukan apa
yang dia nak. Dia dah besar tentu dia tahu apa yang baik dan apa yang buruk
untuk dirinya”.
“Kenapa
Yah, abang tenguk Yah macam tak suka sahaja dengan Didi. Pada abang kalau nak
dibandingkan, cantik Didi lagi dari Hidayah. Cuba tenguk Didi tu tinggi lampai
orangnya memang padan dengan Johan. Lagi satu dia tu pandai, belajar sampai luar
Negara macam Johan juga, nanti kalau ada anak tentu anak-anaknya pandai juga
ialah mereka berdua pandai tentu otak
anak-anak mereka akan pandai juga”.
“Yah tak
pandang cantik dan pandainya Didi bang. Muka dan badan sahaja cantik tapi kalau
tak berbudi bahasa tak guna juga. Kalau Yah pandang cantik biarlah cantiknya
luar dalam. Muka biarlah cantik sikit pun tak apa, tapi budi bahasa nak cantik banyak
dan bonosnya amalan solatnya juga cantik.
Yah bersyukur sangat Jo dapat berjodoh dengan Hidayah”.
“Yah tak
tahu siapa Hidayah tu, itu yang Yah cakap macam tu. Abang sahaja tak nak
membuka keburukkan dia, sebab orang kata membuka aib orang, Allah akan balas dengan membuka aib kita”.
“Apa
yang abang tahu pasal Dayah”.
“Yah!!
kawan abang ada kerja di balai masa dia kena tahanan reman dulu. Yah tahu tak Hdidayah
pernah masuk lokap sebab dituduh membunuh suaminya sendiri bukan itu sahaja,
dia adalah anak luar nikah. Yang abang fikirkan sekarang apalah corak keturunan
kita kalau semua zuriat Johan dilahirkan hanya oleh dia..sedangkan hanya Johan
sorang anak lelaki abang. Kalau dia kahwin dengan Didi ada juga harapan abang
keturunan abang dilahirkan oleh wanita sempurna macam kita”.
“kita
sempurna ke bang..Yah ni dulunya kafir dan dalam perut Yah ni ada masuk makanan
yang diharamkan oleh Islam BABI..tapi Yah dapat juga melahirkan Johan..tak baik
ke Johan tu pada mata abang”.
“Yah
lain sebelum masuk Islam memang Yah makan tapi selepas Yah Islam Yah tak makan
kan. Jadi selepas Yah Islam benda-benada tu Allah dah hapuskan dari darah daging
Yah. Sebab apa kata orang selepas seorang kafir masuk Islam dia akan sebersih
kain putih tak ada dosa. Dosanya akan
dikira masa selepas dia masuk Islam, itu yang bang fahamlah. Ini dia anak yang
tak sah taraf anak luar nikah. Orang kata anak luar nikah ni akan melahirkan
keturunan yang suah nak dijaga. Sekarang Yah dah tahu siapa Hidayah tu, jadi
tolong abang pujukkan Johan supaya mahu bernikah dengan Didi”.
Jangan la Johan jadi bodoh untuk kedua kali..kalau kahwin juga ceraikan je Dayah tu
ReplyDeleteJohan dah jentik pun papa dia tak sedar lagi. Kan Johan dah bagitau tak mau anak dia alami nasib yang sama macam dia. Rasa nak luku² je orang tua ni.
ReplyDeleteJohari ni tak faham bahasa betul. Dah la tak tau hukum, pastu nak paksa² pulak. Tak sedar diri betul.
ReplyDelete