Selesai
sudah urusan mereka hari itu. Sikembar mereka juga sudah lena dikatil yang
dikhaskan biar pun didalam bilik yang sama. Barulah mereka suami isteri menarik
nafas lega.
“Sayang meh duduk sini kita mulakan misi kita. Tapi
abang nak tanya Dayah dulu”. sambil
duduk santai menyandar dikepala katil Johan Hamdi mecapai tangan isterinya lalu
digengam. Dia merapatkan duduk disisi sang isteri.
“Nak tanya pendirian Dayah tentang nikah abang dengan
Natasya ke?. Bagi Dayah semuanya terserah pada abang, apa pun keputusan abang Dayah
ikut dengan hati rela.” Namun ada getar sebak disuaranya. Isteri mana yang
mampu suaminya dikongsi dengan wanita lain, tetapi para lelaki tak pernah
memahami hati seorang isteri.
“Taak, abang tak nak tahu yang itu..sebab abang dah ada
keputusan abang sendiri. Abang nak tahu
kedudukan abang kat hati Dayah”.
“Ehh sepatutnya Dayah yang tanya abang macam tu..sebab
ada wanita yang nak kan abang dan wanita ni dulu pernah duduk dalam hati abang,
masihkah dia dihati abang, jika dia
masih ada dimanakah letaknya, ditempat
nombor satu atau keberapa dan kedudukan Dayah
jatuh di anak tangga yang keberapa”.
“Untuk itu kedudukan Dayah dalam hati abang jatuh pada
tangga yang keempat lepas tu dikongsi pula dengan anak-anak. Untuk dia dah
terkeluar bekas nya pun abang dah kikis bersih maksudnya dah tak berbekas lagi.”.
“Tak apa lah bang, janji ada juga tempat Dayah kat hati
abang bawah sikit dari di..”.
“Haa jangan masukkan lagi cerita dia kan abang dah kata
dia dah terkeluar dan tak bekas lagi. Dayah nak tahu siapa tempat pertama dalam
hati abang..tempat pertama Allah, Nabi Muhammad, mommy lepas tu barulah Dayah
dan anak-anak”.
“Kalau macam tu samalah tapi keduduk abang naik satu
tangga dalam hati Dayah. Selepas Allah dan Rasul barulah abang dan anak-anak.
Puas hati..tapi kenapa abang tanya kedudukan abang dalam hati Dayah pula”.
“Sebab abang nampak Dayah macam tak cemburu langsung bila
ada wanita yang nak merebut abang dari hidup Dayah”.
“Ada rasa cemburu dan rasa tergugat tapi nak buat macam
mana, Dayah tak boleh nak menghalang perasaan orang supaya jangan suka abang. Perasaan
abang pun Dayah tak boleh nak halang kalau abang ada rasa suka pada seseorang.
Jika Allah memberi rasa suka abang pada wanita lain dan abang mengambilnya
menjadi isteri apa yang boleh Dayah buat..takkan nak menangis sampai bengkak
mata. Jalan mudah Dayah menyerahkan semuanya pada Allah. Jika itu yang Allah
bagi, Dayah redha dan andai suatu masa terlerai ikatan kita pun Dayah redha..
percaturan Allah siapa yang dapat menghalang. Dayah percaya rasa sakit rasa
pahit yang Allah bagi selalunya ada manisnya dibelakang hari. Kadang- kadang
rasa pahit dan rasa sakit adalah peringatan dari Allah kerana
kesalahan-kesalahan kita. Jika dengan
rasa itu dapat menghapuskan dosa dan lebih mendekatkan diri kita
kepadaNya, itukan lebih baik dari rasa
suka dan gembira yang hanya sementara kat dunia ni. Hanya satu yang Dayah
minta pada abang, ambillah keputusan
abang mengikut naluri abang. Jika abang rasa baik keputusan abang ikutlah,
jangan fikir orang keliling..kerana yang baik datangnya dari Allah.” Sungguh
insaf Dr. Johan mendengar kata-kata isterinya. Mengapa harus dia mengikuti
suruahan papanya hanya kerana mahu membalas budi. Ohh dia tidak sekalai-kali
akan mencari pesaing untuk isteri yang didepan mata. Itu azam Johan Hamdi
didalam hati.
“Ok ..abang cukup puas hati mendengar jawapan
Dayah..abang tahu Dayah sayang abangkan”.. sebuah ciuman singgah kedahi Nur
Hidayah.
“Haa..sekarang abang nak call Natasya sebelum tu cerita
sikit apa yang Tasya cakap dengan Dayah”.
“Dia tak cakap apa pun hanya dia ucapkan ‘thank you’ di
atas izin Dayah.. kemudian dia kata dia masih sayangkan abang dan dia hanya nak
menumpang kasih sahaja”.
“Ahh ialah tu..menumpang kasih atau merompak kasih”.
“Janganlah abang cakap macam tu, mungkin dia
betul-betul nak menumpang kasih”.
“Kenapa dengan Dayah ni asyik nak membela dia sahaja, macam
Dayah betul-betul nak dia jadi madu Dayah”.
“Bukan macam tu niat hati Dayah. Dayah tak mahu abang
berburuk sangka. Buruk sangka ni
berdosa..DOSA yang kita tak sedar. Buruk sangka sama dengan memfitnah
kalau apa yang kita cakapkan tu tak betul..Nak menghapuskan dosa buruk sangka
ni kena meminta maaf pada orang yang kita fitnah, kalau tak dapat minta maaf
didunia ni, merangkak kita dipadang Mahsyar mencari maaf..Dayah tak mahu abang
macam tu”.
Artinya: “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah
kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu
dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan
satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging
saudaranya yang sudah mati? Maka, tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan
bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha
Penyayang.” (QS. Al Hujurât [49]: 12).
“Betul kata Dayah tu abang akan ingat kata-kata Dayah ni. Ok
bersedia sekarang kita jalankan misi kita”. Dr Johan menekan nombor Diana
Natasya bekas isteri yang meminta dirinya di nikahi semula.
Bila nombor bersambung..kedengaran ceria suara Natasya
dihujung talian..
“Hai Jo.. apa khabar?”.
‘Emm Didi memang
masih tak berubah..dia masih Diana Natasya yang dulu..dia masih Diana Natasya
yang tak pernah pandai mengucapkan ASALAMMUALAIKUM
dengan dua ulas bibirnya, biar pun dia
Islam sejak lahir malah kedua orang tuanya adalah Islam sejak mereka
lahir kedunia lagi..apakah tidak pernah diajar anaknya megucapkan Assalamualaikum
bila mereka berdua berhubungan atau berjumpa. Detik hati Johan bila
mendengar sambutan panggilanya. Bila lama Johan berdiam dihujung talian..
“Kenapa Jo you terpegun ke dengar suara I..atau you
rindukan I itu yang you terpegun mendengar suara I”.
“Tak adanya I nak terpegun, hanya I bayangkan you memang
tak pernah berubah”.
“Ehh memang I tak pernah berubah Jo, perasaan I pada
you pun tak berubah langsung. Cinta dan sayang I pada you masih seperti dulu. You
yang tak pernah dapat I lupakan, biar pun berpuluh ribu batu I tinggalkan you.
Jo! Hidayah dah bagi tahu you ke?. Oh ye yang sebenarnya tengahhari tadi I ada
call dia, nak kepastian yang dia memberi keizinan pada you nak nikah dengan I
semula.”
“Ye… yang you cakap dia cerita kat I. Ni yang call
you..”. Makin berbunga-bunga hati Natasya di hujung talian tampa sedar laju dia
mintas kata-kata bekas suaminya.
“Ohh you dah tak sabar ye, jadi bila kita boleh nikah. I dah bersedia
bila-bila masa pun you, kalau you kata nikah malam ni pun I setuju..”
Kedengaran ceria suara Natasya dihujung talian.
“Siapa kata yang
I nak nikah dengan you?”
“Apa masaalah you Jo, kan isteri you dah bagi keizinan atau
dengan I dia cakap dia izinkan, supaya
tak nampak dia tu queen control. Tapi ehh tunggu.. tunggu.. sebelum you cakap
lebih banyak I nak tanya, you mesti
jawab terus terang..isteri you ada kat sebelah you tu ke”.
“Ada..memang I suruh dia duduk kat sebelah I ni”.
“ patutlah”.
“Patulah apa Didi”.
“You takut bini..jawapan you dipengaruhi oleh dia”.
“You jangan nak berburuk sangka berdosa. Keputusan I tak dipengarui oleh sesiapa. Untuk
pengetahuan you, selepas kata cerai I
lafazkan untuk you, I memang tak pernah
terniat I nak nikah dengan you semula. Sebab apa you nak tahu..sebab sikap you
sendiri. I harap you faham”.
“I dah berubah Jo. Kita nikah dan you boleh lihat I
berubah. I nak buktikan sebab kuatnya cinta I pada you, I boleh mengubah diri I
seperti mana yang you suka. Semoga dengan perubahan diri I akan memberi you
kebahagian. Jadi berilah I peluang sekali sahaja lagi supaya dapat I menyayangi dan mencintai you sebagai suami I. I nak buktikan yang cinta I pada you dapat
mengubah sikap I yang dulu..”.
“pada I sekali I lepaskan ikatan, itu bererti dah tak ada peluang kedua. Sebab I berpegang
pada prisip I tak akan jilat ludah I
semula.”
“Kenapa you tak nak mencuba. Mungkin perubahan pada
diri I akan membawa bahagia yang lebih pada you..kebahagiaan yang tak pernah you
kecapi selama ni”.
“Untuk pengetahuan you, I sangat bahagia sekarang. Kehidupan I dah cukup sempurna. I tak mahu nak mencuba mencari janji kebahagiaan yang tak pasti”.
“Depan bini you boleh lah you cakap…”
“Tidak Natasya..kalau dia tak ada dekat dengan I pun,
inilah yang I akan cakap dengan you, sebab memang I tak pernah mengharapkan you
lagi. Sudahlah untuk kebaikan kita
bersama, you carilah kehidupan you sendiri”.
“Baru I tahu sekarang, you orang yang tak pandai mengenang budi.
Watak sopan santun you, rupanya tak sama dengan apa yang you tunjukkan pada
orang ramai. I tak sangka Jo. Ingat Jo dulu
keluarga I banyak tolong mommy you. You nak tahu pertemuan semula papa dan
mommy you sekarang ni diatas daya usha I tau Jo”.
“I tak mampu nak balas jasa you dan keluarga you. Hanya
I mampu doakan semoga Allah yang membalasnya segala kebaikan you pada mommy dan
papa I”. Makin tegas kedengaran suara Johan dihujubg talian. Natasya tahu dia
tidak dapat untuk mengubah pendirian
bekas suaminya. Tapi dia mesti mencuba. Diana Natasaya bukan orang yang mudah
mengalah bila kehendaknya tidak dituruti. Dengan apa cara sekali pun dia mensti
menyampaikan hajatnya. Misinya mesti dicapai kerana bersangkutan hidup dan matinya.
“Johan berilah I peluag sekali sahaja lagi. Hanya
sekali sahaja I nak buktikan cinta I pada you susah sangat ke. You tak kesihan I ke..dah 30
lebih usia I, I masih hidup sendiri”.
“Ehh itukan pilihan you, you yang tak mahu ada lelaki
dalam hidup you. You kata dulu lelaki tak setia, cinta lelaki mudah berpaling
arah. Mana pasangan sejenis you, tak kan dia dah tak dapat membahagiakan you
lagi. Lagi pun tak mengamuk ke dia, kalau you mencari lelaki untuk you jadikan
suami”. Dr. Johan terpaksa membuka kisah bekas isteri untuk mengingatkan.
“Kenapa you nak ingatkan I dengan dia. Dia tu tak
guna..bila I dah macam ni dia cari anak ikan yang lain.. yang sihat. I dah lama
break dengan dia. I dah jadi wanita sejati sekarang ni.”.
“kenapa dengan you? you tak sihat?? you sakit apa?.
Atau you.. you dah dijangkiti HIV..itu yang you balik Malaysia”. Terkedu Natasya diuhujung
tali bila dia sudah terlepas kata.
“Tasya!!..you masih ada ke..kalau tak I letak fon”.
“Tunggu..tunggu Jo..I masih ada. I sebenarnya ada
masaalah Jo, tapi tidaklah sampai I ada
HIV. Kalau I ada HIV, I tak akan minta tolong
dengan you dengan nikah dengan I. I tak akan merosakkan hidup orang yang I
cinta dan sayang Jo.Tapi masaalah I ni beratlah juga, I tak tahu kat mana I nak
minta tolong selain dari you. I perlukan
suami untuk sama-sama menghadapi
masaalah hidup I..tolong lah Jo jadilah suami I, untuk tempat I berpaut. I
perlukan seorang suami untuk memberi I semangat.”.
“Cubalah you cerita apa masaalah you sebenarnya, sampai
you terdesak sangat nak nikah dengan I yang sengkek ni. Kalau boleh I tolong, I
tolong tapi tidaklah dengan cara
bernikah dengan you”.
“Jo! Sebenarnya I disahkan ada barah payu dara dah
tahap tiga. Entahlah doctor kata sel kenser I ni aktiv sangat, belum ada
setahun lagi dia dah merebak hamper separuh payu dara I. Mungkin kesan dari
silicon yang bocor dulu tu. I dah buat rawatan sebelum balik Malaysia habis
duit kerja I, sebab I dah kehabisan duit I terpaksa balik..tak
ada siapa yang boleh tolong I Jo. I masih muda, I tak nak mati lagi Jo. Kesiankan lah I”. Kedengaran esakkan perlahan
dihujung talian rupanya Natasya menangis. Entah tangisan lakonan meraih simpati
atau pun dia betul-betul sedeh dengan apa yang dilaluinya Johan Hamdi tidak pasti..
“agak-agak berapa ribu yang you perlukan Natasya”..
“Mungkin dalam RM50 ribu..I kena segera buat kimo untuk
mematikan sel kenser I.”
“Ohh banyaknya..Terus terang I cakap dengan you .. I
sebenarnya tak ada duit simpanan sebanyak tu.. Kalau I nikah dengan you, I pun
tak mampu nak tanggung kos rawatan susulan you tu”.
“Tapi dulu boleh pula you bayarkan perubatan I,”.
“Selepas I bagi mommy you sebagai duit dulu, simpanan I memang dah tinggal puluh
ringgit sahaja..dengar ye bukan puluh
ribu hanya puluh ringgit sahaja dan I belum sempat lagi mengumpul untuk
mengantikan apa yang dah I keluarkan untuk you dulu.”
“Ehh you kan doctor tak kan you tak mampu nak
mengadakan hanya setakat 50 ribu Jo”.
“Bagi you memang 50 ribu ringgit tu macam 50 ringgit
sahaja. Tapi bagi I yang bergaji hanya untuk makan pakai anak isteri dalam
ketogori sederhana, besar jumlahnya.
Bertambah sekarang ni, kos sara hidup kita kat Malaysia ni tinggi”.
“Dulu masa I masih jadi isteri you boleh pula you
simpan..apa isteri you yang sekarang ni buruk pinta ke”.
“You memang masih tak berubah rupanya. You masih suka
berburuk sangka dengan orang. You rasa you sorang sahaja yang baik, you sorang
sahaja yang sempurna. Untuk pengetahuan you
duit simpanan I dulu tu, ada duit yang I kumpul masa kat Abedeen. Duit
upah cuci tandas dan duit upah petik epal dan anggur masa cuti semesta. Sebab
itu agak lama masa belajar I.. sebab I ada
ulang semester dua kali.. pointer tak cukup. Asyik sibuk kerja cari duit, pelajaran
I terabai”.
“Jo..jangan nak bagi alasan kerana you tak nak tolong
I. You kan doctor, berapa ringgit sebetulnya gaji seorang doktor..I tenguk kebanyakan doktor hidup mewah”.
“Yang I cakap bukan alasan, tapi kenyataan, sebab I tak mampu I cakap terus terang, I tak mahu memberi harapan pada you. Bab
doctor hidup mewah, yang you tenguk tu doctor yang dah 10 tahun kerja atau doctor
yang ada kelinik atau hospital sendiri. Kalau doctor macam I, yang kerja dengan
kerajaan, kerja pula belum sampai 5 tahun sama sahaja dengan pekerja kerajaan
yang lain…gaji ciput hanya cukup untuk makan, pakai yang sederhana sahaja dan
bercuti setahun sekali”. Mendengar kata Johan, Natasya terdiam dihujung talian. Mungkin benar
kata-kata bekas suaminya. Dia tahu Johan
bukan dilahir di atas dulang emas. Dia anak yang lahir dalam perpecahan
keluarga. Ibunya juga terbiar tampa pembelaan dari suami. Keluarganya pula
telah membuang dirinya kerana dia memeluk ugama Islam. Sedang dia memikirkan
kisah perjalanan hidup bekas suaminya kedengaran suara dihujung talian…
“You tak kan tak ada simpanan langsung. You kata sekali
you dapat show sama dengan lima bulan gaji you kat sini.. Lagi pun abang you
kan bisnes man”.
“Simpanan I dah habis Jo. Kos raweatan yang I buat masa
kat luar Negara dulu sangat mahal untuk kita warga pendatang. Abang I pula kalau bab nak keluar duit untuk keluarga
memang payah sikit. Kalau untuk isteri kesayaganyan dia berapa ribu pun boleh. Entah apalah nasib I yang dapat
adik beradik yang macam tu. You tahu tak istgeri abang I tu cemburukan I sebab
I lebih cantoik dari dia. Kalau I minta tolong pada abang I tentu dia tak bagi
tentu dia akan dengar cakap bini dia. Tak tahu kat mana lagi I nak minta
tolong..memang I bergantung harap penuh dengan you. Jo! I tak sanggup nak
fikirkan kalau I mati muda macam ni.”.
“Nantilah I ushakan..In Syaa Allah kalau ada rezeki, I
tolong you”.
“kalau you dah dapat duitnya cakaplah, boleh kita cepat
nikah. Lepas ni SMSkan no. akuan I.”.
“I tolong ikhlas Tasya,
I tak harapkan balasan dari you. I hanya nak harap balasan dari Allah
sahaja”.
“Ehh tak kan you nak bagi I macam tu sahaja..tak sedap
lah”.
“Jangan you bayar budi dengan body you Tasya, tak semua orang mengharapkan bayaran kalau dah
berbudi”.
“Bukan macam tu, tapi I takut tak mampu nak bayar kalau you kira itu hutang.”.
“Kan I dah cakap tak perlu bayaran, I ikhlas nak
tolong, tapi jangan nak harap sangat sebab I pun tak tahu kat mana I nak minta
pinjaman ni”. Bila talian diputuskan, Dr. Johan berpaling dan bersila mengadap
isteri yang setia menemani sepanjang perbualan dengan bekas isterinya tadi.
“Dengan perbualan abang dengan Tasya tadi apa yang Dayah boleh bayangkan tentag sikap si Tasya
ni”.
“Entahlah bang Dayah ni tak padai nak menilai
orang..sebab Dayah tak kenal dia. Lagi pun tak elok kalau Dayah teka-teka
mengikut naluri Dayah..”
“Baiklah abang yang
lebih tahu dia sebab abang dah pernah duduk tiga tahun sebumbung dengan dia. Pada abang dia
masih Diana Natasya yang dulu. Diana Natasya
yang sanggup berbuat apa sahaja termasuk mengadaikan body untuk mencapai
apa yang dihajati, Diana Natasya yang
lembut bila dia tersepit dan mengigit bila ada peluang”.
“Amboi abang dasyatnya perumpamaan abang”..
“Memang betul
Dayah, Natasya sangat bijak memerangkap bila ada peluang. Dayah ingat tak
kejadian dua tahun dulu, yang dia kata dia masih isteri abang walau pun dia
tahu cerai yang abang lafaz itu sah untuk dia..sebab apa dia buat macam tu
sebab dia nak abang tanggung kos rawatan buang silicon yang bocor kat tetek
dia. Sampai kita terpisah..ingat kejadian tu abang serik. Abang tak akan masuk
perangkapnya sekali lagi Dayah. Abang rasa dia nikah dengan abang dulu sebab
nak mencari peluang kerja jadi model kat luar Negara. Sekarang abang harap sangat Dayah dapat
mempertahankan abang kalau papa minta yang tidak-tidak bila kita balik kampong
nanti”.
“Kalau macam tu yang abang minta In Syaa Allah..hanya
Dayah tak mahu abang buat keputusan diatas pengaruh Dayah. Macam yang Natasya
cakapkan tu.”
“Tidak Dayah,
abang tak dapat terima dia bukan sebab Dayah tapi sebab abang sendiri yang
tak mampu. Dia nak cakap apa cakaplah, abang tahu apa yang abang buat dan apa
yang baik untuk diri abang ”.
“Macam mana dengan bayaran rawatan kimo yang Tasya nak
tu bang. Abang nak keluarkan simpanan
abang ke?”.
“Sungguh Dayah, abang memang tak ada RM 50 ribu tu.
Kalau dah tak ada dalam simpanan mana abang nak cari..Dahlah jangan kita
risaukankan pasal dia, dia tak ada kena mengena dengan kehidupan kita. Esok abang cakap lah abang tak dapat nak
tolong dia.. Abang tak nak beratkan kepala fikir hal dia, dia bukan ada kena-mengena dengan abang lagi..dia bukan
tanggung jawab abang.”
“Kesian pula dia tu bang”.
No comments:
Post a Comment