“Yang sebetulnya sebelum Johan nikah dengan Dayah lagi,
Yah dah tahu siapa Dayah, Johan dah
cerita dengan Yah. Yah terima Dayah bukan paksaan dari sesiapa..tapi Yah terima
dia sebab Yah percaya dia boleh bahagiakan Johan dan tak membuang Yah yang tak
berdaya ketika tu”.
“ Yah tahukan hanya Johan seorang sahaja anak lelaki
kita. Dia tu penyambung keturunan kita. Apa akan jadi dengan keturunan kita
kalau dah emaknya dari keturunan tak
baik. Bab dia
terima kita lain cerita, walau macam mana keadaan kita kalau dia dah jadi
menantu tentu dia akan terima kita seadanya. Abang terkilan sebab Yah tak fikir betul-
betul sebelum Yah terima perempuan yang
macam tu”
“Mana abang tahu dia dari keturunan yang tak baik”.
“Kalau dia tu anak luar nikah baik ke tingkah laku emak
dan bapaknya”.
“Ingat bang, kita nikan manusia yang tak sempurna, mungkin emak
ayahnya tersilap... Tapi sekali silap tak semestinya terus sentiasa silap.
Sebab yang Yah tenguk tingkahlaku Hidayah tak lah menunjukkan dia dari
keturunan yang tak baik. Dari Yah mula Yah kenal dia dia seorang gadis yang
menutup aurat, sopan santun, dan hormat
orang tua. Dan sejak dia jadi isteri Johan dia jaga Johan dengan baik. Tak
penah Yah dengar dia meninggi suara dengan Johan, tak buruk pinta. Apa yang
Johan cakap dia ikut.”.
“Dia sekarang memang baik, tapi zuriat yang bakal dia
lahirkan macam mana. Abang bimbang dengan keturunan kita yang akan datang,
macam manalah peranaginya cucu-cucu kita nanti”.
“Tapi pada Yah tingkah laku emaknya adalah cemin pada
anak-anaknya akan datang. Kalau baik tingkah laku emaknya anaknya InSyaa Allah
akan baik juga, sebab emaklah yang akan mendidik anak-anak. Kan banyak dah para
ulama cakap semua bayi dilahirkan
sebersih kain putih. Yang mencorak kehidupannya adalah ibu dan ayahnya.
…Abang nak tahu sepanjang dia serumah dengan Yah, Dayah
tak pernah tinggal solatnya. Malah di ajaknya Yah solat sama. Dia tak malu
menolak Yah pergi masjid mencari pahala..mengejar keredean Allah. Punya
bersungguh dia memastikan Yah tak tinggal solat, dia balik waktu zohor dan
menjadi imam Yah. Dia ajar Yah melancar surah lazim yang senang-senang untuk
persediaan Yah solat sendiri. Yah nampak betapa sabarnya dia mengajar Yah yang dah keras lidah ni bang. Selalu dia
memperdengarkan bacaan Yassinnya ketelinga Yah supaya Yah ni terang hati
katanya. Abang tahu sebab apa dia buat macam tu”.
“Kenapa??..dia nak beli jiwa Yah supaya sayang kat dia,
nanti senanglah dia nak ‘pengang tengkuk
Yah,” Yah ikut sahaja cakap dia”.
“Kenapa abang suka buruk sangka dengan dia bang. Dia
buat Yah macam tu sebab dia kata solat tu tiang agama, supaya Yah tidak ditimpa
siksa dunia. Kalau kita selalu tinggal solat kita akan ditimpa siksa dunia. Abang
nak tahu siksa dunia tu apa, rezeki yang tak berkecukupan, rasa tak gembira dan
bahagia biar pun harta banyak itulah siksa
dunia bang. Kemudian dia cerita pada Yah Rahsia
solat, rupanya perlakuan yang kita kerjakan dalam solat akan membantu kita
didalam kubur. (anggaplah tazkirah bagi yang sudah tahu)
Niat sembahyang
memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.
Berdiri tegak fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam
kubur.
Takbiratul Ihram fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
Fatihah sebagai
pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
Rukuk sebagai
tikar kita di dalam kubur.
Iktidal akan
memberi minuman air dari telaga al-kauthar ketika di dalam kubur.
Sujud memagar
kita ketika menyeberangi Siratul Mustaqim.
Duduk di antara 2 sujud akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
Duduk tahiyat awal menjadi
kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
Tahiyat akhir sebagai
penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Mungkar & Nakir di dalam kubur.
Selawat nabi sebagai
pendinding api neraka di dalam kubur.
Salam
memelihara kita di dalam kubur.
Tertib
fadilatnya pertemuan kita dengan Allah s.w.t.
Itu sebabnya dia memastikan Yah tak tinggal solat.
Supaya Yah tidak disiksa didalam kubur”. Bila melihat suaminya terdiam mendengar
ceritanya, puan Maria menyambung lagi ceritanya.
“Bang! yang Yah nampak
Dayah tak rasa susah bila menguruskan Yah ..Yang Yah paling tak dapat nak
lupakan bila dia menguruskan Yah dalam bilik air, masa
Yah tak upaya untuk menguruskan diri Yah sendiri. Yah ada tanya dia.. tak rasa jijik ke uruskan
Yah yang bukan emak kandung dia. Dia kata menguruskan emak mertua sama ganjaran
pahala yang Allah dah janjikan dengan
meguruskan emak kandung sendiri. Yah bersyukur sangat dapat menantu yang tak
hanya nakkan anak kita sahaja, tapi dengan kita-kita sekali dia ambil. Dia
ambil Yah bukan ketika Yah sihat segarbugar, tapi ketika yang tak berdaya langsung..masa tu
Yah nak gerakkan badan sendiri pun tak berdaya. Apa yang dia buat pada Yah
menjadikan Yah rasa dia anak kandung Yah bang. Dulu sebenarnya Yah terkilan kerana tak dapat anak perempuan yang
boleh Yah bergantung hidup masa kita tak berdaya tapi sekarang tak lagi ”.
“Anak-anak perempuan abang kan anak peremupan Yah
juga”.
“Memang betul anak abang dengan isteri abang yang lain,
adalah anak Yah juga. Tapi bukan abang tak tahu anak-anak abang yang tak mahu
terima Yah sebagai ibu. Dia kata Yah
merampas kasih sayang abang untuk mereka
dan emak mereka.” Bila di tunjuk kan
kebenaran tentang tingkah laku anak anak perempuannya Encik Johari mengubah
tajuk perbualan..
“Yah macam mana Johan boleh ceraikan Didi”..
“Yang sebenarnya sudah lama Johan menahan sabar. Kata
Johan dari masa mereka diluar negara
lagi dia dah selalu kena tinggal, sebab Didi lebih mementingkan kerjayanya
sebagai model. Sampai diMalaysia pun sama, baru balik tak sampai seminggu dia
dah tinggalkan Jo balik Melaka, alasanya dia tak pandai duduk dirumah setinggan
yang serba kekurangan ditambah nak jaga Yah yang baru kena strok ketika tu.
Masa tu lagi Johan dah meminta pendapat Yah dia nak bercerai dengan Didi, tapi Yah
yang melarang. Yah tak mahu kerana Yah mereka bercerai.
… Yah minta Johan siapkan keperluan untuk kemudahan
Didi. Yah minta Johan beli kereta PESONA yang baru dan sewakan rumah di kawasan
bandar supaya Didi tak rasa hidup diceruk.. kurang kemudahan. Tapi rupanya apa
yang dilakukan oleh Johan juga tidak berupaya menambat hati Didi untuk tinggal
dengan kami. Dia sekali lagi mahu keluar
negara menjadi model untuk mencari duitnya sendiri. Dia mahukan hidup yang mewah.
Ketika tu Johan belum lagi menjadi doctor dia kerja distesen minyak untuk
menampung kehidupan kami. Memang betul gaji Johan tidak dapat memewahkan dirinya ketika
tu. Tapi Didi ni bukan seorang isteri yang mampu bersabar hidup susah bersama
suami. Didi bukan tak tahu Johan hanya menanti tiga empat bulan untuk
menentukan hospital mana dia dikehendaki bertugas, itu pun dia tak sabar.”
“Dari mana Johan dapat duit beli kereta”.
“Duit muka kereta dan duit muka sewa rumah Johan guna
duit simpanan dia. Masa belajar kat luar negara Johan tak pernah balik bila
cuti. Siang-siang hari dia cakap dengan Yah, kalau cuti panjang dia akan
mengambil ubah petik anggur atau pun epal. Kalau cuti pendek dia ambil upah
cuci tandas. Dan dengan duit itu juga dia kirim kat Yah untuk menambah duit belanja Yah kat sini.
Masa tu Yah kerja kat gerai makan..”. Oh susahnya kehidupan anak dan isterinya
yang diabaikan. Bisik hati encik Johari. Untuk tidak mendengar lagi cerita penderitaan
anak dan isterinya Encik Johari memesongkan cerita.
“Kenapa tak dihalang Didi pergi jadi model, Johan kan
suami dia boleh sahaja menghalang kalau isterinya nak keluar dari rumah”.
“Susah kalau beristeri yang pandai tetapi tak tahu
dimana letaknya kehidupan seorang isteri. Sebab dihalanglah mereka bercerai.
Sebetulnya Johan
dah tak boleh nak bersabar lagi, bila Didi
kata dia nak ikut kawanya keluar Negara menyambung kontraknya menjadi model.
Johan kata ‘kalau Didi pergi juga dan
dalam masa sebulan dia tak balik akan jatuh talak satu untuk Didi’ . Biar
pun Didi dengar apa yang Johan cakap, dia tetap pergi juga..dua tahun lepas tu baru Didi balik.”
“Masa yang dia cakap talak satu tu ada saksi ke?”.
“Masa dia cakap tu depan Yah. Tapi dua dua tahun lepas
masa Didi balik sini mereka ada pergi pejabat ugama tanya masaalah mereka.
Pegawai tu kata lafaz yang Jo cakap tu sah. Ertinya dari saat Didi pergi mereka
memang dah sah bercerai. Sekarang baru
Yah sedar, sakit Yah ni rupanya ada hikmah yang sangat baik untuk Johan dan
Yah..”.
“Apa hikmahnya
yang Yah suka sangat jadi lumpuh separuh badan dulu”.
“Peritnya kehidupan kami masa tu rupanya mahu
menjumpakan Jo dengan jodoh yang baik. Allah menjodohkan Johan dengan wanita
yang boleh menerima Yah walaupun Yah sangat tidak berdaya ketika tu.
Mengenangkan apa yang Dayah buat dulu, membuatkan Yah tak mampu nak melukakan hatinya dengan
memujuk Johan memadukan dia. Kadang-kadang anak sendiri pun tak boleh nak
menguruskan emak ayah yang tak berdaya ni bang. Inilah Rahmat Kasih-Sayang Allah yang Dia kirimkan untuk Yah. Jadi
Yah tak akan mensia-siakan Rahmat yang Allah dah bagi untuk Yah. Yah tak
akan membantu untuk menyakiti hatinya, Yah tak akan membantu menjadikan hatinya
menjadi sedeh.”.
“Yah! abang ni bukan apa, jangan sampai Killa kata kita
tak pandai mengajar anak mengenang budi. Kita jumpa semula ni pun diatas daya
usha Killa yang SMS alamat Yah kat PJ tu. Abang bersyukur sangat dapat jumpa
Yah semula. Dah lama abang cari Yah tapi tak jumpa. Sekarang ni dia minta
tolong jagakan anaknya kita tolonglah. Abang bukan nak minta tolong Yah suruh
Johan ceraikan Dayah..hanya nak minta Yah pujukkan Johan supaya nikah dengan
Didi..payah ke”.
“Kalau abang yang menerima budi, abanglah yang
membalasnya kenapa pula harus Johan yang membalasnya..”.
“Macam manalah abang nak membalas budi Killa tu Yah.
Tak kan abang yang dah pencen ni kahwin dengan Didi, kena sumpah seranah abang dengan Killa nanti,
Yah bukan tak tahu mulut bisa si Killa tu”.
“Janganlah abang nikah dengan Didi tentulah tak padan,
nikahlah dengan Killa. Killa pun dah lama sangat menjadi balu. Tentu Didi pun
suka dan senang hati nak tinggalkan mommynya bila mommynya dah ada orang yang
jaga”.
“Yah ni..Yah
macam tak kisah pula bermadu”.
“Berpuluh tahun Yah bermadu bang dan sekarang ni Yah
masih bermadu. Abang jangan lupa isteri abang yang kat Tanjug Rambutan tu, dia
masih isteri abang yang sah. Mungkin abang dah lama tak jenguk Laila,
menyebabkan anak-anak abang kata Yah yang tak kasi abang pergi jenguk emak
mereka. Pergilah abang jenguk, walau pun dia macam tu, dia masih isteri abang,
dia masih ada perasaan. Mungkin dengan jengukkan abang dia akan merasakan kasih
sayag abang masih ada untuk dia. Mungkin bila abang jenguk dia dapat meredakan sedikit tekanan dalam jiwa dia.
Mana tahu bila reda tekanan dalam jiwa dia dia boleh menjadi isteri seperti
isteri-isteri yang lain”. Terkedu Encik Johari mendengar apa yang keluar dari bibir isterinya. Disebabkan
peristiwa hitam yang meragut dua nyawa menyebabkan Nur Laila isteri kedua Encik
Johari ditahan kerana sakit mental yang boleh membahayakan orang lain. Dia
dimasukkan di pusat rawatan sakit mental di Tanjung Rambutan Ipoh Perak.
Memang
benar sejak dari dulu lagi Maria Ong
Abdullah bermadu, dia bernikah sekali lagi dengan pilihan emaknya. Biar pun
tidak diceraikan namun Maria terbiar
tampa nafkah zahir dan batin dari dirinya kerana larangan emaknya. Dia membiarkan seorang isteri terkontang
kanteng mencari kehidupan sendiri dua
puluh tahun lamanya. Sekarang baru dia tersedar kejamnya dirinya. Dengan apa yang keluar dari dua ulas
bibir isterinya menguci dirinya dari berkata-kata.
Sudah
tiga bulan kehidupan Dr Johan tenang dari permintaan papanya untuk dia membalas
budi yang dihulur oleh bekas ibu mertuanya. Malam itu ketika dia dan isterirnya
sudah mahu merebahkan diri telefon bimbintnya berbunyi.
“Sayang capaikan handfon abang tu.. Tengukkan siapa yang call sayang”. Hidayah
mengikuti suruhan suaminya, kebetulah telefon tangan suaminya berdekatan dengan
dirinya.
“Diana Natasya bang”.
“Emm apalah yang dia ni pulak”. Dengan rasa berat
panggilan dijawab juga.
“hallo asalamualikum..I ni. You tak kerja hari ni”.
Orang hujung talian memberi salam dengan
suara ceria.
“Waalaikumsalam..I baru balik kerja, tadi I kerja petang. You apa cerita sekarang, dengar ceria sahaja suara you”. Rasa hairan
berdetik dihati Johan bila bekas isterinya memberi salam tadi.. seperti bukan
Diana Natasya binti Suffian pula.
“I ok..saja call nak bagitahu you, yang esok I nak pergi buat kimo untuk kali yang ketiga. I rasa kimo kali yang terakhir untuk I.
Selesai semuanya I akan pergi jauh Jo. Jadi sebelum I buat kimo ni I nak
ucapkan terima kasih pada isteri you dan jangan bimbang duit dia tu I akan
bayar secepat mungkin”.
“You tak payah tergesa-gesa nak bayar. You rehat cukup-cukup
biar kesihatan you baik sepenuhnya, barulah you pergi kerja. Duit tu tak apa..”
“Tak, tak, memang selepas kimo kali ni I akan sihat
sepenuhnya Jo. I tahulah keadaan diri I sendiri, you jangan bimbang”.
“Ok take care..assalamulaikum”. Dr Johan menutup
perbualan.
“Waalaikumsalam”. Kedengaran suara dihujung talian
menjawab salamnya.
“Buang tebiat ke dia ni”. gumam Dr. Johan perlahan.
“Kenapa bang? Sampai abang sebut buang tebiat”.
“Tak..rasa janggal pula bila Natasya ni bagi salam dan jawab
salam”.
“Ehh abang ni, bagi salam tu kan memang dituntut oleh
Islam..kenapa pula kata buang tebiat pula”.
“Ialah tak pernah-pernah nak bagi salam, ni bagi salam
pula. Dia ni yang abang tahu hai..hai bye..bye sahaja yang dia tahu”.
“Manusia ni kan boleh berubah bang. Kalau berubah
kearah kebaikkan kan satu perkara yang bagus. Jadi kita bersangka baik sahaja
lah, mana tahu dengan musibah yang diberi
menjadikan dia ingat dia umat Islam, jadi doakanlah dia dengan perkara
yang baik-baik.”.
Pagi itu
usai solat subuh Jo dan Hidayah sudah bersiap-siap mengemasi sedikit pakaian
untk mereka bawa pergi bercuti. Cadangnya mereka mahu ke Cameron Highland
membawa anak-anak bercuti. Kebetulan pula dia sedang bercuti tiga hari. Bila
melihat telefon diatas meja solek isterinya bergetar.
“Siapa pula lah ni janganlah ada
yang suruh ganti tugas, kita baru nak bercuti”. Sungut Dr. Johan perlahan. Hati
Johan sering berdebar bila telefon berbunyi. Kerja sebagai seorang doktor tidak
menentu bila berlaku kecemasan atau tiada doktor atau kawan-kawan ada kecemasan
mereka akan dipangil untuk betugas, biar pun ketika itu mereka sedang bercuti. Setelah berbicara dengan pemanggil
dihujung talian Dr. Johan merenung ke screen telefonnya yang sudah gelap..
“Siapa yang call bang”.
“Papa”.
Johari nak kawen dengan kila ke makteh?
ReplyDeleteHahaha...baru tau langit tu tinggi ke rendah.
Baru nak bercuti ada saje yang mengganggu.