p/s; mungkin berulang sedikit ceritanya sorry ye...
Dua hari
Nur Hidayah duduk di penjara baju,
seluar dan telekung yang tidak berganti. Tumpukkan darah ditelekung memenuhi
setengah dari telekungnya yang berwarna putih. Dia diarahkan menukar pakainya
namun bila dilihat baju yang diberi berlengan singkat dan seluarnya juga
singkat dia tidak mahu. Biar lah dia
memakai pakaian yang dicemari darah tetapi menutup auratnya itulah
pendiriannya.
Sejak
dia ditahan reman dan disoal siasat kerana disyaki melakukan keganasan kepada
suaminya sendiri, dia melakukan solat dengan pakaian yang tidak bertukar..namun
rintihan perlahanya menghibakan hati sesiapa yang mendengar.. Rintihan Nur
Hidayah dengan suara perlahan selepas selesai solatnya boleh didengari dari
balik dinding kerana mereka sudah menempatkan sebuah kamera tersembunyi bagi
mengetahui apakan perlakuan setiap banduan untuk mencari bukti. Di hujung hari
kedua dia dijerkah oleh seorang pegawai polis kerana dia enggan menanggalkan
telekungnya.
“Kenapa awak degil sangat. Berapa bahagian
yang awak dapat dalam rancangan yang awak rancang ni. Kalau awak didapati
bersalah dengan siasatan kami, semua yang awak dapat tu tak guna juga. Jadi
awak bekerjasamalah dengan kami..kami
akan tolong awak. Dan awak nak apa sahaja kami sediakan. Cakaplah siapa dalang
yang memukul suami awak”. Yang sebenar sudah ada tangkapan untuk kejadian pukul
di pintu masjid. Kesemua mereka positiv dadah jenis yang sangat merbahaya.
Dadah yang diambil membolehkan seseorang itu tidak merasa takut dan bertenaga
lebih dari kebiasaan. Sesiapa yang mengambil dadah ni akan merasa dia ingin
berkuasa dan ganas. Tetapi dadah ini juga jika diambil berlebihan akan mengakibatkan
kematian. Maklumat dari Nur Hidayah bertujuan untuk mengkap pembekal dadah
tersebut.
“Puan..saya
betul-betul tak tahu siapa yang pukul suami saya. Macam mana saya nak cakap
kalau saya memang tak tahu.”
“Kami
tahu awak tahu siapa dia..mungkin orang itu adalah boyfrend awak itu yang awak
tak nak cakap..sekarang buka telekong
awak.. Buka!!!. Jangan nak tunjuk alim. Kat sini lakonan awak tak dapat
mengabui mata kami… sekarang buka
telekong awak.. Buka!!!.”..melihat Nur Hidayah tidak mengikuti arahannya dia
jerkah lagi. Boleh tahan juga suara polis wanita yang berbadan ‘tough’
bila menjerkah.
“Puan
membuka dan menunjukkan aurat kita dihadapan bukan mahram kita adalah berdosa.
Saya tak mahu dosa itu.. Kalau saya ikut arahan puan, mungkin saya akan terlepas dari deraan puan, tapi saya tak
akan terlepas dengan siksaan Allah diakhirat kelak. Tapi saya lebih rela didera
sekarang dari Allah yang mendera saya nanti.Ya Allah teguhkan hati ku untuk
menerima ujian Mu..kerana aku lagi takutkan siksaan mu”.Mendengar rintihan Nur
Hidayah pegawai yang menyoal siasat makin naik angin. Itulah kisah Nur Hidayah
dimalam kedua dia disoal siasat.
Tidak
disangka setelah dua hari dia didera suapaya mengaku dan memberitahu orang
memukul suaminya. Diawal pagi ketiga dia dikunjungi oleh orang cuba menolong
nya malam itu. Dia membawa sepasang telekung, baju dan seluar pinggang
bergetah. Namun kedatang penolong Nur Hidayah menjadikan kes Hidayah bertambah
menjadi sebutan. Mana tak menjadi sebutan pada malam dirinya dipaksa membuka
telekongnya kerana mahu dia tidur dalam keadaan kesejukkan..Nur Hidayah berdoa
meminta Allah menjaga dan melindungi aurat dan maruahnya. Dan pagi itu ada
seorang hamba Allah yang datang menghulur telekung dan pakaian untuk Nur
Hidayah.
“Ya
Tuhan ku, segala yang terjadi adalah ketentuan Mu dan segala yang bakal terjadi
juga dibawah kekuasaan Mu. Jika benar aku adalah hamba mu yang teraniaya maka
kasihanilah aku. Aku hamba mu yang tidak mempunyai kuasa untuk menghalang apa
yang akan dilakukan oleh hambamu juga. Aku memohon pertolongan Mu ya Allah ya
Tuhan ku… lidungilah maruahku, lindungilah aibku dan lindungilah aurat ku dari
pandangan bukan yang berhak.. Ya Allah.
Yang
sebenarnya penahan Nur Hidayah sudah menjadi bualan oleh para pegawai polis
yang berkawal, walau pun baru sehari semalam dia ditahan. Mana tak jadi
bisikkan antara mereka..Bila seorang perempuan muda yang disyaki oleh ibu
mertuanya sendiri bersubahat atau
merancang membunuh suaminya kerana hendakkan harta. Mereka membayangkan wanita
muda itu tentulah seksi bergaya dengan make-up yang tebal, kemudian berlagak
bongkak dan berbahasa kasar. Tetapi alangkah terkejutnya mereka, bila dilihat
dia seorang yang lembut dan berbungkus telekung, muda memang muda.
Dihari
pertama soal siasat wanita itu hanya berkata dia tidak tahu dan tidak
kenal..apabila dilakukan perkaranya yang menyakitkan dia hanya beristifar
berulangkali sambil memejamkan matanya. Bila disoal lagi tetap juga sama jawapanya..
dia tidak tahu dan tidak kenal. Ketika rehat sebentar dan waktu makan
tiba..pertama kali diberi makanan dia tidak menjamah makanannya, dia hanya meneguk
sedikit air yang diberi. Lebihan air diambil kembali. Bila tiba waktu solat dia
meminbta izin untuk ketandas untuk mensucikan diri dan berwuduk. Namun
permitaanya tidak dihiraukan.Bila permintaanya tidak dihiraukan dia akan berpaling menuju ke penjuru bilik lalu melakukan
seperti orang berwuduk dan terus mendirikan solat..
..tenang dia bersolat, selesai solat dia berdoa…Wahai
tuhan ku pandanglah aku yang tidak berdaya..aku tidak mampu walaupun dengan
sesama manusia..Ya Allah sesungguhnya kaulah yang Maha Berkuasa dan aku hamba
mu yang tidak berkuasa..terimalah solat ku yang tak berwudu’ dengan sempurna,
walau pun itu yang Kau wajibkan kepadaku.Namun aku tidak berkuasa melaksanakan
apa yang diwajibkan keatas ku. Aku memohon terimalah solat ku yang tak sempurna
syaratnya.
…Waktu makan tiba lagi kali kedua ..dia juga tidak menjamah
makanan, namun air minuman yang hanya segelas diambilnya lalu dijadikan air
untuk berwudu’..para pertugas yang menyaksikan berpandangan sesama sendiri. Walaupun
hati mereka tersentuh namun mererka tidak dapat melakukan apa-apa. Itu adalah
cara-cara untuk membuatkan para penjenayah memberitahu perkara yang sebenarnya.
Bila cara tekanan mental tidak berjaya mencungkil isi hati pesalah mereka
menggunakan cara kekerasan pula.
“Cuba awak bagi tahu kami siapa yang sebenarnya yang
pukul suami awak tu. Awak tahu tak mereka pukul suami awak sampai mati, kalau
mereka dibiarkan bebas, tak mustahil perkara suami awak akan berulang sekali
lagi. Jadi macam mana Negara kita nak aman..orang ramai tak bebas duduk diluar
rumah bila penjenayah berkeliaran. Awak berilah kerja sama untuk kita sama-sama
menjaga keamanan dan keselamatan orang ramai”.
“Sungguh-sungguh saya kata.. saya tak tahu dan saya tak
kenal mereka”.Ketika itu pegawai yang menyiasat mula mengepit jari-jari Nur Hidayah.
Dan di awal pagi hari ketiga Nur Hidayah dipenjara,
seorang hamba Allah datang membawa sepasang telekong baju dan keperluan lain
untuknya….
“Encik boleh saya jumpa dengan Nur Hidayah binti
Abdullah”.
“Encik siapa apa keperluan encik jumpa dia”.
“Nama saya Johan Hamdi bin Johari..saya kawan dia.
Hanya nak bagi telekung dan keperluan lain pada dia”.
“Yang sebetulnya banduan ni tak boleh ditemui oleh
sebarang orang”.
“Kalau macam tu boleh saya jumpa Inspektor Azrul Azam”.
Tidak lama terjengul kawanya menemuinya.
“Hai pagi lagi kau cari aku. Baru malam tadi kita lepak
dah nak jumpa aku balik rindu aku ke...tak kerja ke kau hari ni..”.
“Hssy ada ke kau cakap macam tu..dengar dek orang mahu
mereka salah anggap pada kita. Tak kerja aku nak rindukan kau..Aku kerja malam.
Ni aku nak bagi pada banduan kau yang bernama Nur Hidayah binti Abullah tu”.
“Hai sampai kau berbagi-bagi ni ada apa-apa ke”.
“Pada pandagan mata akulah, aku tak percaya dia sanggup
jadi pembunuh kerana gilakan harta,
mungkin hanya salah faham kita kot. Lagi pun kita bantu dia nak solat Zam,
membantu orang mengadap Allah dengan sempurna kan kerja baik..bukan kita
bersubahat pada kejahatan dia. Betul tak. Lepas kau cerita pasal dia malam tadi,
aku terfikir..apa salahnya kita bantu dia mengadap Allah dengan sempurna. Ni
kita nampak pakaian dia bernajis dan dia berusha juga nak bersolat kita
bantulah dia bersolat dengan sempurna. Kita sebagai pemerhati takkan nak pejam
mata sahaja. Untung-untung dapat juga kita pahala dia sikit.”. Lama Isnpektor
Azam memandang sahabat baiknya. Dia pernah terfikir sebegitu, namun dia
terhalang oleh peraturan ditempat kerjanya. Dia bersyukur sahabatnya terbuka
hati menghulur bantuan..dan akhirnya akal nya membenarkan kata-kata sahabatnya.
Yang
sebenarnya dirinya dan doctor Johan Hamdi berkawan sejak di sekolah lagi. Masa
itu mereka besekolah di MRSM Jerantut Pahang. Setelah lama terpisah bila dia diterima
masuk ke UIA dan Johan Hamdi meneruskan pengajianya keluar Negara. Tetapi bila
bekerja mereka bertemu semula di Kuala Lumpur. Walaupun seorang doctor dan seorang lagi
Inspektor polis mereka tetap berkawan. Bila ada waktu terluang mereka akan
bertemu bertukar-tukar pengalaman dan kejadian tentang kerja mereka. Semalam
sehabis waktu bekerja Azrul Azam
menghubungi Johan Hamdi untuk makan
bersamanya sebelum dia pulang kerumah..
“Hello kau kat
mana..”
“Asalamulaikum! salam kau mana Zam..salam tu kan wajib untuk
kita sesama Islam” Tengur Johan Hamdi. Biar
pun dia belajar diluar negara namun dia peganagan Ugama nya agak teguh. Dulu
dia seorang Islam yang biasa-biasa sahaja. Solat pun kadang-kadang ada yang
tinggal. Tetapi sejak dia belajar diluar Negara bercampur dengan
pelajar-pelajar Islam dari seluruh Negara matanya terbuka untuk mendalami
Islam. Tambah membantu bila rakan sebiliknya seorang pelajar yang begitu teguh
pegangan ugama Islamnya kerana ayahnya seorang Imam dikampungnya. Akhirnya
sehingga dia habis belajar, dia masih lagi mencari ilmu ugama dinegaranya
sendiri.
“Ialah..ialah Assalamulaikum..”
“Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh …ha yang kau macam tak menyempat-nempat tu
kenapa.”
“Kau kerja tak…jom kita lepak. Aku baru habis ni sebelum balik aku nak isi perut dulu. Kalau
dah sampai rumah ,malas pula nak keluar..”. Pertanyaan kawannya tidak
berjawab..dia mengesahkan pula hal dirinya.
“Kenapa? mak ayah kau tak ada kat rumah ke”.
“Itulah pasal.. mereka pergi rumah adik aku yang
bungsu..dia baru bersalin dah dua hari dah. Semalam baru balik hospital jadi
mak ayah aku kesana lah, nak menyambut cucu yang kesepuluh…mau seminggu mereka
duduk rumah adik aku tu. Seminggulah nampaknya aku berumah tangga kat kedai. Lagi pun Jo.. aku ada cerita nak cerita kat
kau”. Duduk sahaja sahabatnya
diahadapanya terus sahaja Azrul Azam berkesah tentang kes yang sedang
ditangainya. Yang mahu
diceritakan oleh Inspektor Azrul Azam adalah kes yang sedang ditanganinya berkenaan
seorang isteri muda yang merancang pembunuhan suaminya kerana harta. Isteri
muda itu bernama Nur Hidayah binti Abdullah.
“Jo aku heran
betul..sorang perempuan ni dituduh oleh emak mertuanya…”.
“Hai bergaduh dalam rumah sampai dibawa kebalai ke?”.
“Kau ni.. aku belum habis cerita dah potong cerita. Bukan
bergaduh kat rumah..tapi perempuan ni dituduh merancang pembunuhan suaminya.
Suaminya dipukul hingga mati dihadapan masjid. Yang aku heran dia ni muda lagi,
pikat sahajalah orang kaya tak payahlah merancang membunuh bagai, kan dah
susahkan diri. Dia ingat senang ke nak bunuh orang. Negara kita ni kan ada
undang-undang ingat boleh lepas ke perbuatan bodoh dia tu. Hai entah lah
kadang-kadang aku takut nak kahwin ..aku takut jadi macam nilah, orang yang
sekatil dengan kita pun mengancam nyawa”. Keluh Azrul Azam.
“Muda sangat ke perempuan tu..suaminya muda ke tua?”.
“Muda Jo, kalau tenguk dari segi wajahnya rasanya baru dipertengahan 20
han. Suaminya dah 54 tiga tahun. Aku baca dalam report tu dia merancang
pembunuhan suaminya kerana nak cepat dapatkan harta. Kau tahu siapa
suaminya..anak pengusha Hotel Dato’ Tengku Faizal”.
“Ohh..betul lah apa yang kau cakap tu, dia dapat pikat
anak orang kaya..tapi bila dah dapat
jadi isteri anak orang kaya yang dah tua cerewet pula. Agaknya tak tahan nak mengadap
kerenah orang tua itu, itu yang dia bunuhnya suaminya tu”.
“Ada kemungkin juga. Tapi hebat perempun tu. Jo! dia
berlakun pun nombor satu, masa diaorang
tahan dia.. dia pakai telekong yang penuh darah. Orang aku kata itu darah
suaminya. Solat tak tinggal walaupun telekungnya di penuhi darah dan tak ada
wuduk. Kata orang aku, masa solat subuh
dia nak pergi tandas tapi diorang tak hiraukan. Bila orang buat tak tahu, dia berlakun ambil wuduk dan terus solat subuh.
Solat zohornmya pula dia berwuduk dengan segelas air minuman yang diberi. Tahan
dia tak minum, sebab air segelas tu dia nak buat wuduk. Kuat betul perempuan
tu”.
“Aku rasa dia ni pandai dalam ugama. Aku ada pernah
dengar kalau keadaan dhorurat kita boleh berlakun ambil tayamum macam yang
perempuan tu buat”. (jangan cuba dibuat apa
yg mak teh tulis ni..nanti solat kita tak sah pula, sebab mak teh cuba cari dlm
google tak jumpa. Mak teh hanya pernah dengar sahaja).
“Tapi yang aku
kagum dia kuat betul orangnya. Kau tahu
kan cara siasatan kami nak korek rahsia macam mana. Pertama kali aku jumpa
orang perempuan muda yang lancar baca Yassin tampa buku Jo, kagum betul aku.
Rupa nya Jo banyak fadilat surah Yassin ni…aku baru google tadi. Kau tahu Jo,
bila kami kepit jari dia dia mula baca Yassin. Dia tak menjerit mengaduh pun,
lebih-lebih pun dia pejam mata. Patutlah dia boleh bertahan rupanya kalau kit baca
Yassin boleh mengurangkan rasa sakit tu. Dia tak makan dan tak minum dah dua
hari termasuk hari ni..rupanya denagn baca Yassin kita boleh menghilkangkan
rasa lapar dan dahaga”.
“Siapa nama
perempuan tu.”
“Nur Hidayah binti Abdullah”.
Aku rasa aku tahu perempuan tu”.
“Haa kau kenal ke? macam mana kau kenal dia?”
“Aku tak kenal dia tapi aku selalu nampak dia kat
masjid dengan seorang lelaki. Kalau kita pandang macam ayah dan anak..tapi tak
sangka pula mereka tu suami isteri. Kebetulan masa malam semalam kejadian tu, aku ada kat masjid tu. Perempuan tu panggil
orang yang kena pukul tu papa..tapi dia cakap dengan aku itu suami dia, mungkin
panggilan manja mereka kut. Suami dia tu ada HIV positive”.
“Haa betullah tu. Habis tak bahaya ke darah HIV bila
terkena tanganya yang luka”.
“Ikutkan memang bahaya. Luka ke jari perempuan tu kau
kepit.”
“Masa aku kepit tak luka Tapi kau tahulah si Azman dia
tu baran sikit. Lagi pun dah di kepit dua kali pecah jugalah hujung jari dia
tu..”.
“Kesian juga aku dengar kisah wanita tu. Tapi aku
tenguk dia tu bukan jenis yang jahat. Suaminya juga buka seorang yang cerewet
yang membolehkan dia nak bunuh suaminya. Kau kena berhati-hati korek rahsia Zam,
takut teraniaya orang yang tak bersalah. Aku ada dengar doa orang yang
teraniaya ni akan dimakbulkan Allah..nanti lain pula jadinya”.
“Entahlah Jo..aku rasa pun memang betul dia tak tahu
siapa yang pukul suaminya..Hanya tunggu esok ada sorang yang telah kami hubungi
nak mengenal pasti siapa Nur Hidayah sebenarnya. Kalau orang ni datang In Syaa
Allah kes ni boleh selesai”.
Dan dari
cerita itulah paginya doctor Johan Hamdi
menghulur sepasang telekung dan baju yang bersih untuk Nur Hidayah dan
dia juga berdoa agar wanita itu tidak dijangkiti virus yang tiada ubatnya..
“Asalamualaikum
apa khabar”.
“Walaikumsalam, Alhamdullilah masih bernyawa”. Nur
Hidayah terkejut dengan kunjungan orang yang membantunya ketika malam kejadian
Tengku Faris dipukul orang. Paling terkejut doktor itu membawa bersama pakaian
dan telekung bersih untuk membolehkan dia bersolat. Bagi mereka yang mendengar
rintihan Nur Hidayah malam tadi, yakin doctor itu datang kerana Allah mengabulkan doanya. Dan mererka percaya sesungguhnya NurHidayah teraniaya. Mungkin apa
yang diperkatakannya betul, dia tidak
mengenali orang yang menyebabkan suaminya maut kerana pukulan mereka.
“Mungkin puan
tak kenal saya, tapi tak apa, saya datang sebagai sesama Islam. Pada malam
kejadian saya ada dan nampak puan memangku kepala suami puan.”.
“Terima kasih, saya rasa saya masih ingat. Tuan yang
tolong menghubungi pihak hospital dan
cuba membantu malam tu kan..”
“ni.. saya nak bagi ni untuk puan, supaya puan dapat
mengerjakan solat dalam pakaian bersih. Semoga Allah menlindungi puan dan
menunjukkan kebenaran untuk puan”. Nur Hidayah menyambut huluran beg plastic
doctor Johan Hamdi. Bila diintai isinya.
“Alhamdullilah..Terima kasih..terima kasih
banyak-banyak, hanya Allah yang dapat membalas bantuan tuan.”
“Ini adalah
kerana Allah. Setelah saya tahu, saya wajib memberi bantuan. Saya mengucapkan
Takziah atas pemergian suami puan mengadap Illahi kerana kejadian tu”. Dan perbualan mereka sekali lagi didengari
oleh pegawai wanita yang bertugas ketika itu.
“Terima kasih sekali lagi saya ucapkan, kerana
memberitahu berita tentang suami saya.”. Kelihatan Nur Hidayah mengambil nafas
dalam dan menghenbuskanya perlahan, matanya juga berkaca-kaca bila mendengar
berita kematian Tengku Faris.
Seperti
yang diperkatakan oleh Inspaktor Azam pihaknya sudah menghubungi seseorang yang
boleh mengenal pasti siapa Nur Hidayah yang sebenarnya. Di sebelah tengahharinya
pula seorang lagi lelaki muda, gagah dan
tampan datang mengunjungi Nur Hidayah..wahh memang hangat balu Tengku Faris. Mana
tak hangat, orangnya masih muda, kelihatan lemah lembut dan bersopan tentulah
banyak pemintanya. Kali Ini Nur Hidayah dikunjungi oleh Syed Borhan sepupunya
pula.
Oleh
kerana kejadian pukul itu membawa kematian kepada mangsa kes Nur Hidyah diangap
kes berat. Pihak polis menyiasat bersungguh-sungguh. Jika dirasakan sesuatu itu
boleh menjadi bahan bukti mereka akan berusha mendapatkannya. Mereka telah
menjumpai nama dan nombor telefon antara bangsa di telefon tangan Nur Hidayah. Nombor itu yang menghubunginya dimalam
kejadian. Bila mereka menghubugi pemilik nombor mengatakan orang yang bernama
Syed Borhan sedang bercuti dari kerja nya selama sebulan. Bila mereka meminta nombor
talifon peribadinya. Orang yang menjawap
panggilan tampa ragu memberi nombor telefon tangan Syed Borhan. Makin senang
kerja mereka. Dapat sahaja nombor it
terus sahaja Syed Borhan dihubungi..
Terkejut
Syed Borhan bila dihubungi oleh Nur Hidayah. Sudah lama dia mencari jejak Nur
Hidayah namun tidak pernah dia membalas SMS nya apa tah lagi menjawab panggilan.
Entah apalah mimpi Nur Hidayah menghubungi pelalui panggilan. Undangan
perkahwinannya juga Nur Hidayah tidak hadir. biar pun dia sudah memaklumkan
melaui SMS nya.
Cepat
sahaja tangannya menekan butang hijau. dia melarikan diri kehujung jalan mencari
ruang untuk menjawab panggil orang yang dirinduinya. Kedengaran suara seorang
perempuan memberi salam dihujung talian tetapi rasanya bukan suara Nur Hidayah.
“Assalamulaikum..”
“Walaikumsalam..siapa ni, bukankah ini nombor Nur
Hidayah??”.
“Ye saya guna telefon tangannya untuk menghubungi
anda..anda Syed Borhan ke?”
“Ye saya..”
“Apa hubungan anda dengan dia”.
“Kenapa??? dia ada masaalah ke..saya abang
sepupunya..”.
“Ohh..”
“Cakaplah terus terang..saya sudi membatu jika ada
apa-apa masaalah dengan dia. Dia adik sepupu saya”.
“Encik..yang sebenarnya nombor encik yang tertera di
malam kejadian pukul hingga menyebabkan kematian dan kejadian itu telah menjadi
kes polis. Kami sedang menyiasat kejadian tersebut, Encik boleh membantu kami
mencari bukti”.
“Siapa yang kena pukul adakah Nur Hidayah?.”
“Bukan.. yang dipukul adalah suaminya..boleh tuan
memberi kerja sama untuk mencari bahan bukti”.
“In Syaa Allah saya boleh, apa yang perlu saya
bantu..katakanlah saya sedia bekerja sama”.
“Boleh encik datang kebalai polis**** untuk memberi
keterangan . Sebab kes ni kes bunuh jadi kami nak selesaikan dengan cepat. Ini
untuk keselamatan orang awam. Jika penjenayah bebas orang ramai tidak selamat
berada ditempat awam. Bila boleh tuan
datang”.
“Sebut sahaja bila, In Syaa Allah boleh datang kerana
waktu ini saya sedang bercuti.”.
Ya Allah kejamnya Tengku Faridah... moga Syed Borhan merungkaikan segala permasalahan dan dapat menghubungi keluarga Tengku Faris utk menyelesaikan permasalahan dan kerumitan tang berlaku.
ReplyDeleteMacam tu la bila manusia terlalu duniawi...hati selalu berpra-sangka, harta nenjadi sanjungan sampai sanggup memfitnah, semoga tengku faridah mendapat balasan yang setimpal
ReplyDelete