Cik Mahat orang di
desa,
Mengambil upah membuat raga,
Mengambil upah membuat raga,
Luar sihat dalam
bisa,
Cari bomoh ubatkan saya.
Cari bomoh ubatkan saya.
Bila
Amirah kedapur, rupanya ibu mertuanya sudah mula memasak. Daging yang sudah
dihiris nipis-nipis sudah dijerah diatas dapur. Puan Sharifah sudah mendengar permintaan anaknya tadi, jadi untuk mempercepatkan proses penyediaan
masakkan, dia berdahuluan melakukanya, bila bekas menantunya menghampiri
dan berkata sesuatu kepadanya...
“Mama rasanya elok kalau kita buatkan air susu ke
holick untuk abang Man, untuk alas perutnya dahulu, sebelum dia makan makanan
keras, sebab kata Liza dah lama dia tak makan nasi.”
“Eloklah tu Mirah..pergilah buatkan..daging ni pun
baru direbus..belum empuk lagi.” Amirah mencapai sebiji mug . Dia membuka
kabinet tempat dia menyimpan
bahan-bahan untuk minuman dulu, gula
milo dan holick..keadaannya tidak banyak berubah. Masih ada holick di kabinet,
dia masih mengingati itulah minuman kegemaran bekas suaminya dulu. Dia membancuhkan
secawan. Dia keruang tamu semula untuk memberi bekas suaminya minuman itu.
“Abang Man bangun dulu minum ni, untuk alas perut
sementara Mirah masak.” Loqman cepat membuka matanya bila mendengar suara
Amirah..Encik Abdul Majid membantu anaknya duduk supaya dia dapat minum. Encik
Abdul Majid yang membantu anaknya memegang cawan, kerana anaknya tidak berdaya. Setelah dia merasa sedikit
minuman itu dia memandang Amirah yang sedang berdiri merhatikan dirinya, mata sudah
berkaca-kaca. Dia berkata dengan
perlahan..
“Terima-kasih Mirah..Mirah masih ingat lagi
minuman kegemaran abang dan rasanya masih sama lagi macam Mirah buat dulu.”
Loqman terus meneguk minuman kegemaranya
dulu dengan gelojoh.
“Man minumlah perlahan-lahan nanti tersedak.”
tegur papanya bila melihat perlakuan anaknya.
“Ialah abang Man minumlah perlahan-lahan air tu
panas.” sokong Amirah akan kata-kata bekas bapa mertuanya.
“Abang dah lama tak minum holick ni Mirah..rasa
sedap sangat holick ni.”
“Ialah minumlah habiskan kalau tak cukup Mirah
boleh buatkan lagi sementara dia ada kat sini.” kata papanya perlahan. Loqman
menghabiskan minumanya.
Amirah kedapur semula untuk dia mula memasak. Ketika
dia dapur bekas ibu mertuanya menghampiri...
“Mirah… mama nak solat dulu ya..papa tu
pun entah dah solat entah belum tu. Zohor dah lama ni.”
“Pergilah..biar Mirah buat pula.” Amirah
menyambung kerja-kerja bekas ibu mertuanya, manakala Puan Sharifah menghampiri
suaminya yang sedang membaringkan anak semula setelah menghabiskan minumanya.
Puan Sharifah mencuit bahu suaminya dan bertanya..
“Bang… abang dah solat ke..jomlah kita solat
dulu..Mirah tengah masak tu.”
“Ialah papa pun belum solat lagi.” Puan
Sharifah kedapur semula menemui Liza.
“Liza
bilik mana yang mama dan papa boleh masuk..kami belum solat zohor ni.” Liza
menunjukkan bilik tetamu untuk kedua orang mertuanya.
“Mama masuklah bilik ni... ni ada telekung
dan kain pelikat gunalah.”
Liza
kedapur semula, dia menghampiri Amirah yang sedang menumis bahan-bahan untuk masak
kicap daging. Dua ulas bawang putih sebiji bawang merah sederhana besar,
setengah inci halia dan sejemput lada hitam yang telah ditumbuk halus. Itulah
bahan untuk masak kicapnya. Setelah tumisan tadi berwarna kekuningan dan berbau
harum dituangnya daging yang telah direbus tadi, dimasukkan juga kicap kemudian
dibiarkan mengelegak hingga air daging tadi hampir kering. Apabila daging
betul-betuk empuk. Dia memasukan hirisan bawang besar dan sebiji lada hijau yang
dibelah dua untuk hiasan masak kicapnya. Leka Amirah memasak diperhatikan oleh
Liza disisinya. Untuk berbual dengan Liza dia tidak tahu apa yang hendak
dibualkan. Tiba-tiba Liza menegurnya...
“Mirah terima-kasih kerana datang.” dengan
wajah yang ditundukkan memandang lantai.
“Kak Liza..saya juga minta maaf..saya
datang ni bukan kerana apa, sebab suami kak Liza tu abang dua pupu saya..tiada
niat dia hati saya untuk kembali bersama dia.. percayalah.” tiada niat
dihati Amirah untuk merebut Loqman
kembali, baginya yang sudah lepas biarlah terlepas. Ikhlas hatinya mendoakan
kebahagian Loqman dan Liza suami isteri.
“Taak kak Liza tak fikir pun macam tu..kak
Liza tahu Mirah dengan abang masih sedara lagi. Kak Liza tak kisah Mirah..asalkan
abang sihat semula itulah yang kak Liza nak cakapkan…kak Liza juga kesian
tenguk dia macam tu.”
“Kalau kak Liza dah rasa macam tu eloklah
..esok-esok jagalah suami kak Liza tu
baik-baik, jagalah makan minum..abang Loqman ni anak bungsu jadi dia manja
sikit”.
“InsyaAllah kak Liza ingat pesan Mirah
tu.” mereka berdua saling membantu memasak didapur. Kemudian Liza bersuara..
“Sebetulnya kak Liza tak pandai sangat
memasak..masak kicap pun kak Liza tak tahu..hari tu abang ada minta kak Liza
masakkan masak lemak daging salai campur buah bacang..tapi kak Liza tak buat
sebab kak Liza tak tahu macam mana nak masak, buah bacang pun kak Liza tak
kenal macam mana benrut rupanya.”
“Kak Liza belajarlah dengan mama..saya
dulu pun belajar dengan mama, mama tu banyak masakkan yang dia pandai. Masak
kicap ni pun saya belajar dari dia.”
“Oh ye ke..ni mungkin dua tiga hari juga
mama duduk sini..kak Liza nak belajar dengan dialah”. Kedengaran ceria suara
Liza. Mereka berdua memasak didapur sambil berbual.
=========================================================
Selesai masak Puan Sharifah cepat-cepat
menyedukkan makanan untuk anaknya dahulu. Dia maklum Loqman berselera makan
kerana kedatangan Amirah. Inilah kesempatan menyuruh anaknya makan untuk
memberinya tenaga.
“Man bangun ..makan sikit, ni Mirah dah
masakkan daging masak kicap dan bayam masak rebus. Mama saja masak nasi ni
lembik sikit, supaya perut Man tak sakit nanti..bangun Man.” Loqman membuka
matanya. Matanya memandang sekeliling seperti tercari-cari sesuatu. Dia
seolah-olah bermimpi kedatangan Amirah tadi..dia mencari lagi bayangan wajah
yang dirinduinya.
“Kenapa Man makanlah ni ..mari mama suapkan.”
“Mama..Mirah mana…tadi rasanya Mirah ada kat
sini..mama panggilkanlah Mirah datang sini.”
Apabila namanya disebut lagi oleh Loqman, Amirah memandang kearah
Liza…lalu Liza berkata..
“Pergilah Mirah..dia abang Mirah juga..asalkan
abang sembuh kak Liza tak kisah.” jika Liza sudah berkata dan menganggapnya
begitu, Amirah senang hati. Amirah menghampiri Loqman.
“Abang Man makanlah supaya abang Man bertenaga..makanlah
sikit pun jadilah.”
“Mirah ambillah kerusi bulat tu, duduklah
sini..abang nak Mirah suapkan abang hari ini saja.. tolonglah Mirah.” Amirah
menuruti semua kehendak Loqman. Dia mengambil bangku bulat dan duduk dihadapan
Loqman perlahan-lahan dia menyuapkan Loqman, sambil diperhatikan oleh mama,
papa dan Liza dengan hati yang sayu. Meleleh air mata Amirah dipipinya menahan sendu dihati.
“Kenapa Mirah menangis.” tanya Loqman..
mereka yang lain sudah beredar, kerana tidak dapat menahan kesedehan melihat
adegan itu. Terasa betapa peritnya, kasih yang terpaksa dipisah.
“Mirah gembira abang Man dah boleh
makan..tak lama lagi abang Man sihatlah ni..jangan lupa makan banyak sikit
nanti..supaya abang Man bertenaga. Abang Man banyak tanggungjawab.. abang Man
kena ingat…banyak tanggung jawab abang Man sedang menanti.”
“Abang ingat Mirah…tak lama lagi anak
abang akan lahir sorang lagi..abang akan cuba kuat… abang akan cuba
Mirah..terima kasih Mirah..kali ini abang tidak salah memilih penasihat.”
terkedu Liza mendengar perkataan akhir yang diucapkan oleh suaminya, terasa dirinya
disindir.
“Satu lagi abang Man… “
“Apa dia Mirah..cakaplah.”
“Mirah tengok..abang Man sekarang ni macam
Adam dalam cerita Nur Kasih tu.” sambil makan mereka bercerita.. sesuap demi
sesuap nasi masuk kemulut Loqman di suapkan oleh Amirah. Dulu semasa mereka
masih suami isteri drama bersiri Nur Kasih tidak pernah terlepas mereka ikuti
bersama.
“Hensemlah abang ni.. Mirah tergodalah
ye.”
“Tak langsung.. sebab muka abang ni macam
Adam masa kena tawan dengan pengganas India tu.. berserabai dan comot.. sampai
susah lah nak cari mulut abang Man ditutup dek misai abang Man ni... lepas ni
kemaskan lah diri abang Man, kasihan Liza dia nak juga tenguk abang kemas dan
rapi”.
“Yalah..abang akan pergi bergunting dan
bercukur nanti.” habis sepinggan Loqman makan disuapkan oleh Amirah.
=============================================
Sudah
tiga hari Puan Sharifah dan Encik Majid dirumah anaknya, sementara kedua
mertuanya ada dirumah mereka, Liza meminta izin ibu mertuanya untuk ketempat
kerja kerana sudah seminggu lebih Liza tidak bekerja.
“Mama..rasanya Liza nak pergi kerja esok boleh tak mama, dah
lama Liza tak kerja, takut ada apa-apa nanti.”
“Pergilah
nampaknya Loqman pun dah semakin sihat, mungkin lusa mama dan papa pun
nak balik PD.”
Pagi
itu Liza ketempat kerja dengan memandu sendiri kereta suaminya. Keadaan Loqman
juga sudah semakin pulih. Ketika minum pagi Loqman bertanyakan masak kicap yang
dimasak oleh Amirah, dia hendak makan bersama nasi goreng buatan mamanya.
“Man.. masak kicap tu dah habis, nanti
mama masakkan yang lain ye.” Loqman hanya memandang mamanya, nasi goreng yang
hendak dimakan bersama daging masak kicap tidak jadi disentuhnya. Dia
mengeleng-gelengkan kepalanya lalu bangun mahu meninggalkan meja makan.
Puan Sharifah memegang tangan anaknya yang
mahu meninggalkan meja makan..
“Man..Man tunggu dulu ada masak lemak
daging salai dalam peti sejuk tu .. Amirah juga yang masak hari tu.. nanti mama
panaskan ye.” Loqman duduk semula menanti mamanya memanaskan lauk yang
diperkatakan oleh mamanya. Selesai makan Loqman keruang tamu kembali.. dia
baring disofa. Dia sudah sembuh tapi mungkin masih letih. Puan Sharifah masih
lagi didapur berbincang dengan suaminya.
“Bang.. macam mana ni bang, Loqman tak
mahu makan, jika tidak ada lauk yang dimasak oleh Amirah, tadi tu kalau tidak
dia tak makan.. Alhamdullilah masih ada masak lemak daging salai dalam peti sejuk Mirah juga yang masak hari tu dia
makan lah.”
“Kita minta tolonglah Amirah masakkan
lagi..kita belilah daging banyak sikit, suruh dia masak kicap dan masak lemak
daging salai banyak sikit, biar boleh bertahan dua tiga hari…esok dah
betul-betul sihat pandailah dia nak makan apa.” cadang papa Loqman
“Ialah nanti Pah telefonkan Mirah minta
tolong dia masakkan.” Puan Sharifah menghububgi Amirah…
“Assalamualaikum…Mirah ..mama ni ..Mirah,
Mirah kat mana ni..”
“Waalaikumsalam.. mama..Mirah ada kat
rumah ni petang nanti baru nak pergi
kerja malam..kenapa mama.”
“Mirah nak tidur ke..mama nak minta tolong
lah Mirah.”
“Tak lah mama..lepas Zohor nanti baru
Mirah tidur..Mirah pergi kerja pun pukul lima petang. Mama nak minta tolong apa
cakaplah kalau boleh Mirah tolong Mirah tolong.”
“Mama nak minta tolong Mirah masakkan lauk
untuk Loqman..boleh tak Mirah.”
“InsyaAllah boleh.. kak Liza ada?”
“Liza pergi kerja hari ini …dah lama
sangat dia tak kerja katanya, sementara mama dan papa ada ni, dia pergi kerja,
mungkin esok atau lusa mama dengan papa dah nak balik PD..itu pun kalau Loqman
dah beul-betul baik..hari ni nampak dah baik sikit..tapi tadi dia tanya masak
kicap hari tu, bila dah habis dia tak mahu makan pulak. Mama nak masakkan dia
tak mahu, mama bimbang baru nak baik dia dah tak mahu makan.”
“Boleh..boleh Mirah boleh masakkan tapi
kena tunggu Mirah nak pergi beli daging dulu lah.”
“Nanti papa dan mama hantarkan Mirah pergi supermarket..kalau naik teksi
nanti lambat pulak.”
“Tak apalah mama Mirah pergi sekejap
saja..nanti dah masak Mirah call mama.”
“Mirah tak nak masak kat sini ke?”
“Kak Liza tak ada kat rumah, jadi Mirah
masak kat rumah Mirah ni, dah siap nanti Mirah call.”
“Kalau macam tu biar mama dan papa datang
rumah Mirah ..mama rasa nak masak banyak
sikit. Selain masak kicap, masakkan juga masak lemak daging salai ..dan satu
lagi Loqman minta masakkan sayor boncis
campur bunga kobis dan carrot dengan udang hidup, boleh Mirah. Mirah
tunggu sekejap mama dan papa dah keluar pintu ni kita pergi supermarket
sama-sama ye.”
“Ok.. Mirah tunggu.” setelah berpesan pada
Loqman yang sedang baring dirunag tamu Encik Abdul Majid dan Puan Sharifah
bergegas kerumah Amirah.
=====================================================
Kini
Loqman sudah beransur sihat. Kedua papa dan mamanya juga telah pulang ke Port Dickson.
Dia juga sudah mula bekerja. Perubahan pada peribadi Loqman sangat ketara. Dia tidak seceria dulu. Kini gurau senda dan
usik-megusiknya ditempat kerja bersama rakan dipejabat sudah tidak kedengaran keluar
dari mulutnya lagi. Sifat cerianya hilang entah kemana. Dia menjadi seorang
yang pendiam dipejabat mahu pun dirumah. Dia berkata-kata hanya pada yang perlu
sahaja. Walau pun begitu dia menjalankan tugasnya seperti biasa.
Pada
diri Liza perubahan pada sikap suaminya sangat dirasai. Untuk megembalikan
sifat suaminya dia perlu berubah. Kini dia juga sudah mengubah sikit dirinya. Dia cuba memasak untuk suaminya. Mereka sudah
jarang membeli atau makan diluar. Jika dia tidak tahu memasak sesuatu masakkan
yang dikehendaki oleh suaminya, dia akan menghubungi ibu mertuanya diPort
Dockson. Dia sudah belajar memasak jarak jauh dengan ibu mertuanya diPort
Dickson.
Dia juga sudah tidak pernah menyebut
nama Amirah lagi. Dia tahu dimana
dirinya didalam hati suaminya. Dia akan berusha
mahu meletakkan dirinya dicarta teratas didalam hati suaminya. Kerana itulah
dia berusha mengubah dirinya. Walau bagaimanapun Liza tetap tidak selesa dengan
perubahan suaminya yang sudah jauh berbeza dari dulu. Terasa rumah tangga
mereka hambar dari gurau senda dan gelak ketawa. Mereka tidak semesra sebelum
mereka kahwin dulu. Hubungan suami-isteri terlangsung hanya kerana keperluan
batin sahaja. Kehidupan harian terasa jemu. Walaupun kelihatanya rumah tangga
mereka harmoni. Sering juga terfikir dibenaknya mungkinkah dia terlalu lambat
mengubah dirinya..masih adakah sifat ceria dan mesra suaminya untuk dirinya jika di melakukan semua
kesukaan suaminya. Dicubanya juga berbual atau berjenaka dengan suaminya,
tetapi terasa susah pula untuk mengembalikan sifat ceria suaminya, kerana
suaminya kini begitu susah untuk membuka mulut berkata-kata seperti dulu.
=======================================
Ketika
usia kandungan Liza masuk sembilan bulan mereka ditukarkan ke Johor. Rupanya
dalam diam Loqman meminta dirinya suamiisteri ditukarkan keJohor Bharu. Loqman
berjumpa ketua jabatannya menceritakan masaalah dalaman dirinya. Dia memohon
jasa baik ketuanya, supaya dia ditukarkan segera keJohor di negeri kelahiran
isterinya. Loqman sungguh bertuah dan bersyukur kepada Allah, kerana mempunyai
ketua yang bertimbang rasa. ..permohonanya diluluskan segera. Dalam diam dan nampak sihat rupanya Loqman memendam
rasa. Jiwanya masih tidak sesihat mana.
Kenangan
bersama Amirah tinggal di rumah itu
sentiasa mendera mindanya. Rumah itulah yang menyaksikan permulaan kehidupannya
bersama Amirah suatu waktu dulu. Rumah yang
di anggap tempat honeymoon mereka selepas mereka diijabkabulkan. Rumah itulah
juga yang menyaksikan pengalaman pertamanya menjadi suami. Dirumah itu jugalah
dia mengecapi erti kebahagiaan kerana dapat bersama wanita yang diidamkan sejak
dia remaja lagi. Tetapi dirumah itu
segala deritanya bermula diatas kesilapanya. Dia merasa sungguh-sungguh
menyesal. Rasa kesal itu yang sentiasa mendera jiwanya kini. Dia merasakan
selagi dia didalam rumah itu kenangan-kenangan itu sentiasa membelengu dan
menyeksa diri dan mindanya. Untuk mengurangkan tekanan dan untuk mencari
ketenangan Loqman minta ditukarkan ketempat lain. Dia memilih negeri Johor untuk dia berhijrah. Itulah
yang dilakukan.
Begitu
juga kehidupan Loqman, dilihat dari luarnya dia sudah sihat sepenuhnya tetapi
hatinya didalam tidak siapa yang tahu. Sesekali Loqman terasa dia ingin
meluahkan derita batinnya tetapi kepada siapa?. Ingin dia meluahkan kepada mama
dan papanya sudah tentu dia akan disalahkan. Memandangkan Liza tidak lama lagi
akan melahirkan anaknya, tentulah Liza memerlukan perhatian dan penjagaan
selepas bersalin nanti. Untuk dia mengharapkan mamanya mungkin Liza kurang
selesa. Walaupun selepas dia sakit dulu hubungan mama dan isterinya berjalan
dengan baik, tetapi dia tahu Liza bukan seorang yang mudah melupakan.. peristiwa
di halau selepas hari pernikahan mereka dulu masih tersimpan kemas diingatan isterinya
itu. Ini terbukti apabila Loqman mengajaknya pulang kePD untuk sehari dua Liza
keberatan. Untuk mencari jalan penyelesiaan Loqman minta mereka ditukarkan
keJohor. Dia mengharapkan jika dia berpindah keJohor mereka akan berdekatan
dengan keluarga Liza, mungkin sedikit sebanyak mereka boleh membantu.
Hari
dan bulan sudah pun berganti tampa bolih ditahan. Terbenam dan terbitnya sahaja
matahari maka hari pun berganti dengan begitu cepat sekali. Liza pula sudah
melahirkan seorang zuriat lelaki untuk
Loqman. Diberikan nama Nazrul Halim. Bapa mertuanya yang beria-ia mahu
memberi nama cucu dari anak kesayanganya. Loqman hanya menuruti kemahuna
keluarga Liza. Sebenarnya dia tidak mahu bertegang urat dengan abah Liza yang pada pandagan matanya hanya mengikut
kemahaunya sahaja dan tidak mahu berbincang
terlebih dahulu walau pun itu adalah anaknya. Mungkin dia seoang ketua kampung
jadi sudah terbiasa dengan sifat tegasnya.
Liza
sungguh bangga dengan dirinya. Jika dibanding kan antara dia dan Amirah, dia
lebih istimewa kerana dia melahirkan zuriat lelaki untuk suaminya, manakala
Amirah hanya dapat memberi seorang anak perempuan. Itulah yang ada difikiran Liza. Sebenarnya
sikap Liza yang suka berbangga kepada dirinya tidak pernah berubah. Segala
jenis ‘TER’ ada dalam dirinya. Baginya dirinya adalah yang
teristimewa.
Selama
berpantang Liza duduk dan dijaga oleh ibunya diSimpang Rengam Johor. Pada
hari-hari cuti sahaja Loqman akan menjenguk isteri dan anak lelakinya dirumah
ibu dan bapa mertuanya. Setelah habis pantang bersalinnya Liza kembali kerumah
yang telah disewa oleh Loqman di Johor Bahru. Liza sudah mula bertugas. Dia
tidak lagi bekerja diJabatan polis, tetapi dia ditukarkan kejabatan kerajaan
negeri Johor pula. Pada mulanya keluarga Liza mempelawa mereka tinggal serumah.
Tapi Loqman teringat pesanan mamanya
dahulu, sebelum dia berhakwin dengan Amirah lagi. Setelah berkeluarga sendiri,
paling elok duduklah berasingan dari ibu bapa untuk mencari pengalaman.
Pengalaman menjadi ketua keluarga. Pengalaman mengenali pasangan dan pengalaman
mencari harta untuk hidup suami isteri serta anak-anak yang bakal lahir. Pada
pandang Loqman kata-kata mamanya ada benarnya.
“Bang...emak ajak kita duduk sini, senang
kita tak payah nak cari pengasuh untuk Halim, emak sanggup jaga anak kita.”
“Tak payahlah.. kita kan dah ada rumah
sewa..lagi pun bila lagi kita nak hidup berdikari.”
“Alah abang ni..lama-lama kita
pandailah...lagipun Liza kekok lagi nak pegang budak kecil ni, nak mandikan baby
pun Liza tak pernah buat lagi.”
“Belajarlah dari sekarang..Liza masih ada masa lagi...ada dua minggu lagi Liza
nak kerja..belajar hari-hari tentu pandai.”
“Liza takutlah bang..nanti apa-apa jadi kita
menyesal tak sudah”.
“Tapi kalau tak belajar sampai bila nak
pandai..takkan selamanya emak nak buat untuk kita.” Setelah berbincang, Loqman
masih berkeras mahu mereka hidup berdikari. Akhirnya Liza sudah tidak terkata
bila alasan tidak diterima oleh suaminya. Tetapi masih ada juga azam dihatinya...
bila tiba masanya suaminya akan mengikuti kehendaknya.
Menyampah dengan si Liza tu.Dia ingat dia sorang je yang teristimewa hah.
ReplyDeleteKesian pulak kat kedua2 Loqman & Lisa. Loqman - sbb dah terlajak perbuatan menceraikan "the greatest woman in his life" & tak mungkin dpt mengembalikan keadaan spt sebelumnya. Lisa - sbb sebenarnya terperangkap di dlm perkahwinan di mana suaminya Loqman tidak menyayanginya sepenuhnya, hanya sekadar menjlnkan tanggungjawab shj. What a sad life indeed!
ReplyDeleteMcm mana pulak hal si Amirah ni? Bila pulak dia nak berumahtangga dan mengecapi bahagia semula... Bagi peluang gak lah kat dia utk "berduet" pulak... Hihihi....
Liza bukan terperangkap, tapi memerangkap Loqman supaya terkawin dengan dia. Kan dah padan dengan muka. he³...
DeletePada mak teh..kalau kita jadi Liza sedarlah diri sikit.kalau kita dah ambil hak orang dan tahu bekas isteri suami lebih baik dari diri kita sendiri..kita jadikanlah diri kita itu baik jangan sebut lagi nama x-isteri suami kita dan cubalah mengikuti apa yang suami kita suka..yang sebetulnya itulah yang mak teh nak sampaikan.
ReplyDeleteMak Teh, Liza jadi macam tu sebab pindah kot.
ReplyDeleteDekat dengan mak&ayah sendiri, pastu jauh dari
Amirah. Tapi memang menyampah pun dengan watak
Liza ni. Mak mentua dah berbaik pun tak reti nak
ambil hati.
Kita wanita ni kalau dah kahwin mesti menjadi matang..jangan nak manja2. kalau nak mnja pun ada tempatnya. Mat teh cakap macam tu kerana kitalah yang akan membentuk jenerasi akan dtg menjadi insan cemerlang, jenerasi yang akan memimpin..klu tidak negara pemimpin rumahtangga..kalau ibunya mnja dan kebudakan macam mana??.Liza ni jenis yg tak matang nak selalu suami cakap syng...sedangkan sikapnyalah yg membuat suaminya malas nak cakap syg.
ReplyDelete