~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Tuesday 30 October 2012

Bab 23 Tidak terkikis kesal dihati


              
             
Cik Mahat orang di desa,
Mengambil upah membuat raga,
Luar sihat dalam bisa,
Cari bomoh ubatkan saya.


            Bila Amirah kedapur, rupanya ibu mertuanya sudah mula memasak. Daging yang sudah dihiris nipis-nipis sudah dijerah diatas dapur. Puan Sharifah  sudah mendengar permintaan anaknya tadi,  jadi untuk mempercepatkan proses  penyediaan  masakkan, dia berdahuluan melakukanya, bila bekas menantunya menghampiri dan berkata sesuatu kepadanya...

“Mama rasanya elok kalau kita buatkan air susu ke holick untuk abang Man, untuk alas perutnya dahulu, sebelum dia makan makanan keras, sebab kata Liza dah lama dia tak makan nasi.”

“Eloklah tu Mirah..pergilah buatkan..daging ni pun baru direbus..belum empuk lagi.” Amirah mencapai sebiji mug . Dia membuka kabinet tempat dia  menyimpan bahan-bahan  untuk minuman dulu, gula milo dan holick..keadaannya tidak banyak berubah. Masih ada holick di kabinet, dia masih mengingati itulah minuman kegemaran bekas suaminya dulu. Dia membancuhkan secawan. Dia keruang tamu semula untuk memberi bekas suaminya minuman itu.

“Abang Man bangun dulu minum ni, untuk alas perut sementara Mirah masak.” Loqman cepat membuka matanya bila mendengar suara Amirah..Encik Abdul Majid membantu anaknya duduk supaya dia dapat minum. Encik Abdul Majid yang membantu anaknya memegang cawan, kerana anaknya  tidak berdaya. Setelah dia merasa sedikit minuman itu dia memandang Amirah yang sedang berdiri merhatikan dirinya, mata sudah  berkaca-kaca. Dia berkata dengan perlahan..
“Terima-kasih Mirah..Mirah masih ingat lagi minuman kegemaran abang dan rasanya masih sama lagi macam Mirah buat dulu.” Loqman terus meneguk  minuman kegemaranya dulu dengan gelojoh.

“Man minumlah perlahan-lahan nanti tersedak.” tegur papanya bila melihat perlakuan anaknya.
“Ialah abang Man minumlah perlahan-lahan air tu panas.” sokong Amirah akan kata-kata bekas bapa mertuanya.

“Abang dah lama tak minum holick ni Mirah..rasa sedap sangat holick ni.”

“Ialah minumlah habiskan kalau tak cukup Mirah boleh buatkan lagi sementara dia ada kat sini.” kata papanya perlahan. Loqman menghabiskan minumanya.

Amirah kedapur semula untuk dia mula memasak. Ketika dia dapur bekas ibu mertuanya menghampiri...

“Mirah… mama nak solat dulu ya..papa tu pun entah dah solat entah belum tu. Zohor dah lama ni.”

“Pergilah..biar Mirah buat pula.” Amirah menyambung kerja-kerja bekas ibu mertuanya, manakala Puan Sharifah menghampiri suaminya yang sedang membaringkan anak semula setelah menghabiskan minumanya. Puan Sharifah mencuit bahu suaminya dan bertanya..

“Bang… abang dah solat ke..jomlah kita solat dulu..Mirah tengah masak tu.”

“Ialah papa pun belum solat lagi.” Puan Sharifah kedapur semula menemui Liza.

 “Liza bilik mana yang mama dan papa boleh masuk..kami belum solat zohor ni.” Liza menunjukkan bilik tetamu untuk kedua orang mertuanya.

“Mama masuklah bilik ni... ni ada telekung dan kain pelikat gunalah.”

            Liza kedapur semula, dia menghampiri Amirah yang sedang menumis bahan-bahan untuk masak kicap daging. Dua ulas bawang putih sebiji bawang merah sederhana besar, setengah inci halia dan sejemput lada hitam yang telah ditumbuk halus. Itulah bahan untuk masak kicapnya. Setelah tumisan tadi berwarna kekuningan dan berbau harum dituangnya daging yang telah direbus tadi, dimasukkan juga kicap kemudian dibiarkan mengelegak hingga air daging tadi hampir kering. Apabila daging betul-betuk empuk. Dia memasukan hirisan bawang besar dan sebiji lada hijau yang dibelah dua untuk hiasan masak kicapnya. Leka Amirah memasak diperhatikan oleh Liza disisinya. Untuk berbual dengan Liza dia tidak tahu apa yang hendak dibualkan. Tiba-tiba  Liza menegurnya...

“Mirah terima-kasih kerana datang.” dengan wajah yang ditundukkan memandang lantai.

“Kak Liza..saya juga minta maaf..saya datang ni bukan kerana apa, sebab suami kak Liza tu abang dua pupu saya..tiada niat dia hati saya untuk kembali bersama dia.. percayalah.” tiada niat dihati  Amirah untuk merebut Loqman kembali, baginya yang sudah lepas biarlah terlepas. Ikhlas hatinya mendoakan kebahagian Loqman dan Liza suami isteri.

“Taak kak Liza tak fikir pun macam tu..kak Liza tahu Mirah dengan abang masih sedara lagi. Kak Liza tak kisah Mirah..asalkan abang sihat semula itulah yang kak Liza nak cakapkan…kak Liza juga kesian tenguk dia macam tu.”

“Kalau kak Liza dah rasa macam tu eloklah ..esok-esok jagalah suami  kak Liza tu baik-baik, jagalah makan minum..abang Loqman ni anak bungsu jadi dia manja sikit”.

“InsyaAllah kak Liza ingat pesan Mirah tu.” mereka berdua saling membantu memasak didapur. Kemudian Liza bersuara..

“Sebetulnya kak Liza tak pandai sangat memasak..masak kicap pun kak Liza tak tahu..hari tu abang ada minta kak Liza masakkan masak lemak daging salai campur buah bacang..tapi kak Liza tak buat sebab kak Liza tak tahu macam mana nak masak, buah bacang pun kak Liza tak kenal macam mana benrut rupanya.”

“Kak Liza belajarlah dengan mama..saya dulu pun belajar dengan mama, mama tu banyak masakkan yang dia pandai. Masak kicap ni pun saya belajar dari dia.”
“Oh ye ke..ni mungkin dua tiga hari juga mama duduk sini..kak Liza nak belajar dengan dialah”. Kedengaran ceria suara Liza. Mereka berdua memasak didapur sambil berbual.

=========================================================
           
Selesai masak Puan Sharifah cepat-cepat menyedukkan makanan untuk anaknya dahulu. Dia maklum Loqman berselera makan kerana kedatangan Amirah. Inilah kesempatan menyuruh anaknya makan untuk memberinya tenaga.

“Man bangun ..makan sikit, ni Mirah dah masakkan daging masak kicap dan bayam masak rebus. Mama saja masak nasi ni lembik sikit, supaya perut Man tak sakit nanti..bangun Man.” Loqman membuka matanya. Matanya memandang sekeliling seperti tercari-cari sesuatu. Dia seolah-olah bermimpi kedatangan Amirah tadi..dia mencari lagi bayangan wajah yang dirinduinya.

“Kenapa Man makanlah ni ..mari mama suapkan.”

“Mama..Mirah mana…tadi rasanya Mirah ada kat sini..mama panggilkanlah Mirah datang sini.”  Apabila namanya disebut lagi oleh Loqman, Amirah memandang kearah Liza…lalu Liza berkata..

“Pergilah Mirah..dia abang Mirah juga..asalkan abang sembuh kak Liza tak kisah.” jika Liza sudah berkata dan menganggapnya begitu, Amirah senang hati. Amirah menghampiri Loqman.

“Abang Man makanlah supaya abang Man bertenaga..makanlah sikit pun jadilah.”

“Mirah ambillah kerusi bulat tu, duduklah sini..abang nak Mirah suapkan abang hari ini saja.. tolonglah Mirah.” Amirah menuruti semua kehendak Loqman. Dia mengambil bangku bulat dan duduk dihadapan Loqman perlahan-lahan dia menyuapkan Loqman, sambil diperhatikan oleh mama, papa dan Liza dengan hati yang sayu. Meleleh air mata Amirah  dipipinya menahan sendu dihati.

“Kenapa Mirah menangis.” tanya Loqman.. mereka yang lain sudah beredar, kerana tidak dapat menahan kesedehan melihat adegan itu. Terasa betapa peritnya, kasih yang terpaksa dipisah.

“Mirah gembira abang Man dah boleh makan..tak lama lagi abang Man sihatlah ni..jangan lupa makan banyak sikit nanti..supaya abang Man bertenaga. Abang Man banyak tanggungjawab.. abang Man kena ingat…banyak tanggung jawab abang Man sedang menanti.”

“Abang ingat Mirah…tak lama lagi anak abang akan lahir sorang lagi..abang akan cuba kuat… abang akan cuba Mirah..terima kasih Mirah..kali ini abang tidak salah memilih penasihat.” terkedu Liza mendengar perkataan akhir yang diucapkan oleh suaminya, terasa dirinya disindir.

“Satu lagi abang Man… “

“Apa dia Mirah..cakaplah.”

“Mirah tengok..abang Man sekarang ni macam Adam dalam cerita Nur Kasih tu.” sambil makan mereka bercerita.. sesuap demi sesuap nasi masuk kemulut Loqman di suapkan oleh Amirah. Dulu semasa mereka masih suami isteri drama bersiri Nur Kasih tidak pernah terlepas mereka ikuti bersama.

“Hensemlah abang ni.. Mirah tergodalah ye.”

“Tak langsung.. sebab muka abang ni macam Adam masa kena tawan dengan pengganas India tu.. berserabai dan comot.. sampai susah lah nak cari mulut abang Man ditutup dek misai abang Man ni... lepas ni kemaskan lah diri abang Man, kasihan Liza dia nak juga tenguk abang kemas dan rapi”.

“Yalah..abang akan pergi bergunting dan bercukur nanti.” habis sepinggan Loqman makan disuapkan  oleh Amirah.

=============================================
           
            Sudah tiga hari Puan Sharifah dan Encik Majid dirumah anaknya, sementara kedua mertuanya ada dirumah mereka, Liza meminta izin ibu mertuanya untuk ketempat kerja kerana sudah seminggu lebih Liza tidak bekerja.

“Mama..rasanya  Liza nak pergi kerja esok boleh tak mama, dah lama Liza tak kerja, takut ada apa-apa nanti.”

“Pergilah  nampaknya Loqman pun dah semakin sihat, mungkin lusa mama dan papa pun nak balik PD.”

            Pagi itu Liza ketempat kerja dengan memandu sendiri kereta suaminya. Keadaan Loqman juga sudah semakin pulih. Ketika minum pagi Loqman bertanyakan masak kicap yang dimasak oleh Amirah, dia hendak makan bersama nasi goreng buatan mamanya.

“Man.. masak kicap tu dah habis, nanti mama masakkan yang lain ye.” Loqman hanya memandang mamanya, nasi goreng yang hendak dimakan bersama daging masak kicap tidak jadi disentuhnya. Dia mengeleng-gelengkan kepalanya lalu bangun mahu meninggalkan meja makan.

Puan Sharifah memegang tangan anaknya yang mahu meninggalkan meja makan..

“Man..Man tunggu dulu ada masak lemak daging salai dalam peti sejuk tu .. Amirah juga yang masak hari tu.. nanti mama panaskan ye.” Loqman duduk semula menanti mamanya memanaskan lauk yang diperkatakan oleh mamanya. Selesai makan Loqman keruang tamu kembali.. dia baring disofa. Dia sudah sembuh tapi mungkin masih letih. Puan Sharifah masih lagi didapur berbincang dengan suaminya.
“Bang.. macam mana ni bang, Loqman tak mahu makan, jika tidak ada lauk yang dimasak oleh Amirah, tadi tu kalau tidak dia tak makan.. Alhamdullilah masih ada masak lemak daging salai dalam  peti sejuk Mirah juga yang masak hari tu dia makan lah.”

“Kita minta tolonglah Amirah masakkan lagi..kita belilah daging banyak sikit, suruh dia masak kicap dan masak lemak daging salai banyak sikit, biar boleh bertahan dua tiga hari…esok dah betul-betul sihat pandailah dia nak makan apa.” cadang papa Loqman

“Ialah nanti Pah telefonkan Mirah minta tolong dia masakkan.” Puan Sharifah menghububgi Amirah…

“Assalamualaikum…Mirah ..mama ni ..Mirah, Mirah kat mana ni..”

“Waalaikumsalam.. mama..Mirah ada kat rumah ni  petang nanti baru nak pergi kerja malam..kenapa mama.”

“Mirah nak tidur ke..mama nak minta tolong lah Mirah.”

“Tak lah mama..lepas Zohor nanti baru Mirah tidur..Mirah pergi kerja pun pukul lima petang. Mama nak minta tolong apa cakaplah kalau boleh Mirah tolong Mirah tolong.”

“Mama nak minta tolong Mirah masakkan lauk untuk Loqman..boleh tak Mirah.”

“InsyaAllah boleh.. kak Liza ada?”

“Liza pergi kerja hari ini …dah lama sangat dia tak kerja katanya, sementara mama dan papa ada ni, dia pergi kerja, mungkin esok atau lusa mama dengan papa dah nak balik PD..itu pun kalau Loqman dah beul-betul baik..hari ni nampak dah baik sikit..tapi tadi dia tanya masak kicap hari tu, bila dah habis dia tak mahu makan pulak. Mama nak masakkan dia tak mahu, mama bimbang baru nak baik dia dah tak mahu makan.”
“Boleh..boleh Mirah boleh masakkan tapi kena tunggu Mirah nak pergi beli daging dulu lah.”

“Nanti papa dan mama hantarkan  Mirah pergi supermarket..kalau naik teksi nanti lambat pulak.”

“Tak apalah mama Mirah pergi sekejap saja..nanti dah masak Mirah call mama.”

“Mirah tak nak masak kat sini ke?”

“Kak Liza tak ada kat rumah, jadi Mirah masak kat rumah Mirah ni, dah siap nanti Mirah call.”

“Kalau macam tu biar mama dan papa datang rumah Mirah ..mama rasa  nak masak banyak sikit. Selain masak kicap, masakkan juga masak lemak daging salai ..dan satu lagi Loqman minta masakkan sayor boncis  campur bunga kobis dan carrot dengan udang hidup, boleh Mirah. Mirah tunggu sekejap mama dan papa dah keluar pintu ni kita pergi supermarket sama-sama ye.”

“Ok.. Mirah tunggu.” setelah berpesan pada Loqman yang sedang baring dirunag tamu Encik Abdul Majid dan Puan Sharifah bergegas kerumah Amirah.

=====================================================
           
            Kini Loqman sudah beransur sihat. Kedua papa dan mamanya juga telah pulang ke Port Dickson. Dia juga sudah mula bekerja. Perubahan pada peribadi  Loqman sangat ketara.  Dia tidak seceria dulu. Kini gurau senda dan usik-megusiknya ditempat kerja bersama rakan dipejabat sudah tidak kedengaran keluar dari mulutnya lagi. Sifat cerianya hilang entah kemana. Dia menjadi seorang yang pendiam dipejabat mahu pun dirumah. Dia berkata-kata hanya pada yang perlu sahaja. Walau pun begitu dia menjalankan  tugasnya seperti biasa.

            Pada diri Liza perubahan pada sikap suaminya sangat dirasai. Untuk megembalikan sifat suaminya dia perlu berubah. Kini dia  juga sudah mengubah sikit dirinya.  Dia cuba memasak untuk suaminya. Mereka sudah jarang membeli atau makan diluar. Jika dia tidak tahu memasak sesuatu masakkan yang dikehendaki oleh suaminya, dia akan menghubungi ibu mertuanya diPort Dockson. Dia sudah belajar memasak jarak jauh dengan ibu mertuanya diPort Dickson.

            Dia juga sudah tidak pernah menyebut nama Amirah  lagi. Dia tahu dimana dirinya didalam hati suaminya. Dia akan berusha  mahu meletakkan dirinya dicarta teratas didalam hati suaminya. Kerana itulah dia berusha mengubah dirinya. Walau bagaimanapun Liza tetap tidak selesa dengan perubahan suaminya yang sudah jauh berbeza dari dulu. Terasa rumah tangga mereka hambar dari gurau senda dan gelak ketawa. Mereka tidak semesra sebelum mereka kahwin dulu. Hubungan suami-isteri terlangsung hanya kerana keperluan batin sahaja. Kehidupan harian terasa jemu. Walaupun kelihatanya rumah tangga mereka harmoni. Sering juga terfikir dibenaknya mungkinkah dia terlalu lambat mengubah dirinya..masih adakah sifat ceria dan mesra  suaminya untuk dirinya jika di melakukan semua kesukaan suaminya. Dicubanya juga berbual atau berjenaka dengan suaminya, tetapi terasa susah pula untuk mengembalikan sifat ceria suaminya, kerana suaminya kini begitu susah untuk membuka mulut berkata-kata seperti dulu.

=======================================
            Ketika usia kandungan Liza masuk sembilan bulan mereka ditukarkan ke Johor. Rupanya dalam diam Loqman meminta dirinya suamiisteri ditukarkan keJohor Bharu. Loqman berjumpa ketua jabatannya menceritakan masaalah dalaman dirinya. Dia memohon jasa baik ketuanya, supaya dia ditukarkan segera keJohor di negeri kelahiran isterinya. Loqman sungguh bertuah dan bersyukur kepada Allah, kerana mempunyai ketua yang bertimbang rasa. ..permohonanya diluluskan segera. Dalam diam  dan nampak sihat rupanya Loqman memendam rasa. Jiwanya masih tidak sesihat mana.

            Kenangan  bersama Amirah tinggal di rumah itu sentiasa mendera mindanya. Rumah itulah yang menyaksikan permulaan kehidupannya bersama Amirah suatu waktu dulu. Rumah  yang di anggap tempat honeymoon mereka selepas mereka diijabkabulkan. Rumah itulah juga yang menyaksikan pengalaman pertamanya menjadi suami. Dirumah itu jugalah dia mengecapi erti kebahagiaan kerana dapat bersama wanita yang diidamkan sejak dia remaja lagi.  Tetapi dirumah itu segala deritanya bermula diatas kesilapanya. Dia merasa sungguh-sungguh menyesal. Rasa kesal itu yang sentiasa mendera jiwanya kini. Dia merasakan selagi dia didalam rumah itu kenangan-kenangan itu sentiasa membelengu dan menyeksa diri dan mindanya. Untuk mengurangkan tekanan dan untuk mencari ketenangan Loqman minta ditukarkan ketempat lain.  Dia memilih negeri Johor untuk dia berhijrah. Itulah yang dilakukan.   

            Begitu juga kehidupan Loqman, dilihat dari luarnya dia sudah sihat sepenuhnya tetapi hatinya didalam tidak siapa yang tahu. Sesekali Loqman terasa dia ingin meluahkan derita batinnya tetapi kepada siapa?. Ingin dia meluahkan kepada mama dan papanya sudah tentu dia akan disalahkan. Memandangkan Liza tidak lama lagi akan melahirkan anaknya, tentulah Liza memerlukan perhatian dan penjagaan selepas bersalin nanti. Untuk dia mengharapkan mamanya mungkin Liza kurang selesa. Walaupun selepas dia sakit dulu hubungan mama dan isterinya berjalan dengan baik, tetapi dia tahu Liza bukan seorang yang mudah melupakan.. peristiwa di halau selepas hari pernikahan mereka dulu masih tersimpan kemas diingatan isterinya itu. Ini terbukti apabila Loqman mengajaknya pulang kePD untuk sehari dua Liza keberatan. Untuk mencari jalan penyelesiaan Loqman minta mereka ditukarkan keJohor. Dia mengharapkan jika dia berpindah keJohor mereka akan berdekatan dengan keluarga Liza, mungkin sedikit sebanyak mereka boleh membantu.    

            Hari dan bulan sudah pun berganti tampa bolih ditahan. Terbenam dan terbitnya sahaja matahari maka hari pun berganti dengan begitu cepat sekali. Liza pula sudah melahirkan seorang zuriat lelaki untuk  Loqman. Diberikan nama Nazrul Halim. Bapa mertuanya yang beria-ia mahu memberi nama cucu dari anak kesayanganya. Loqman hanya menuruti kemahuna keluarga Liza. Sebenarnya dia tidak mahu bertegang urat dengan abah  Liza yang pada pandagan matanya hanya mengikut kemahaunya sahaja  dan tidak mahu berbincang terlebih dahulu walau pun itu adalah anaknya. Mungkin dia seoang ketua kampung jadi sudah terbiasa dengan sifat tegasnya.

            Liza sungguh bangga dengan dirinya. Jika dibanding kan antara dia dan Amirah, dia lebih istimewa kerana dia melahirkan zuriat lelaki untuk suaminya, manakala Amirah hanya dapat memberi seorang anak perempuan.  Itulah yang ada difikiran Liza. Sebenarnya sikap Liza yang suka berbangga kepada dirinya tidak pernah berubah. Segala jenis ‘TER’ ada dalam dirinya. Baginya dirinya adalah yang teristimewa.

            Selama berpantang Liza duduk dan dijaga oleh ibunya diSimpang Rengam Johor. Pada hari-hari cuti sahaja Loqman akan menjenguk isteri dan anak lelakinya dirumah ibu dan bapa mertuanya. Setelah habis pantang bersalinnya Liza kembali kerumah yang telah disewa oleh Loqman di Johor Bahru. Liza sudah mula bertugas. Dia tidak lagi bekerja diJabatan polis, tetapi dia ditukarkan kejabatan kerajaan negeri Johor pula. Pada mulanya keluarga Liza mempelawa mereka tinggal serumah. Tapi  Loqman teringat pesanan mamanya dahulu, sebelum dia berhakwin dengan Amirah lagi. Setelah berkeluarga sendiri, paling elok duduklah berasingan dari ibu bapa untuk mencari pengalaman. Pengalaman menjadi ketua keluarga. Pengalaman mengenali pasangan dan pengalaman mencari harta untuk hidup suami isteri serta anak-anak yang bakal lahir. Pada pandang Loqman kata-kata mamanya ada benarnya.

“Bang...emak ajak kita duduk sini, senang kita tak payah nak cari pengasuh untuk Halim, emak sanggup jaga anak kita.”

“Tak payahlah.. kita kan dah ada rumah sewa..lagi pun bila lagi kita nak hidup berdikari.”

“Alah abang ni..lama-lama kita pandailah...lagipun Liza kekok lagi nak pegang budak kecil ni, nak mandikan baby pun Liza tak pernah buat lagi.”

“Belajarlah dari sekarang..Liza  masih ada masa lagi...ada dua minggu lagi Liza nak kerja..belajar hari-hari tentu pandai.”

“Liza takutlah bang..nanti apa-apa jadi kita menyesal tak sudah”.  

“Tapi kalau tak belajar sampai bila nak pandai..takkan selamanya emak nak buat untuk kita.” Setelah berbincang, Loqman masih berkeras mahu mereka hidup berdikari. Akhirnya Liza sudah tidak terkata bila alasan tidak diterima oleh suaminya. Tetapi masih ada juga azam dihatinya... bila tiba masanya suaminya akan mengikuti kehendaknya.
           

6 comments:

  1. Menyampah dengan si Liza tu.Dia ingat dia sorang je yang teristimewa hah.

    ReplyDelete
  2. Kesian pulak kat kedua2 Loqman & Lisa. Loqman - sbb dah terlajak perbuatan menceraikan "the greatest woman in his life" & tak mungkin dpt mengembalikan keadaan spt sebelumnya. Lisa - sbb sebenarnya terperangkap di dlm perkahwinan di mana suaminya Loqman tidak menyayanginya sepenuhnya, hanya sekadar menjlnkan tanggungjawab shj. What a sad life indeed!

    Mcm mana pulak hal si Amirah ni? Bila pulak dia nak berumahtangga dan mengecapi bahagia semula... Bagi peluang gak lah kat dia utk "berduet" pulak... Hihihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liza bukan terperangkap, tapi memerangkap Loqman supaya terkawin dengan dia. Kan dah padan dengan muka. he³...

      Delete
  3. Pada mak teh..kalau kita jadi Liza sedarlah diri sikit.kalau kita dah ambil hak orang dan tahu bekas isteri suami lebih baik dari diri kita sendiri..kita jadikanlah diri kita itu baik jangan sebut lagi nama x-isteri suami kita dan cubalah mengikuti apa yang suami kita suka..yang sebetulnya itulah yang mak teh nak sampaikan.

    ReplyDelete
  4. Mak Teh, Liza jadi macam tu sebab pindah kot.
    Dekat dengan mak&ayah sendiri, pastu jauh dari
    Amirah. Tapi memang menyampah pun dengan watak
    Liza ni. Mak mentua dah berbaik pun tak reti nak
    ambil hati.

    ReplyDelete
  5. Kita wanita ni kalau dah kahwin mesti menjadi matang..jangan nak manja2. kalau nak mnja pun ada tempatnya. Mat teh cakap macam tu kerana kitalah yang akan membentuk jenerasi akan dtg menjadi insan cemerlang, jenerasi yang akan memimpin..klu tidak negara pemimpin rumahtangga..kalau ibunya mnja dan kebudakan macam mana??.Liza ni jenis yg tak matang nak selalu suami cakap syng...sedangkan sikapnyalah yg membuat suaminya malas nak cakap syg.

    ReplyDelete