Solat sunat Awwabin
Solat ini bagi memelihara keteguhan
iman dan menghapuskan dosa, adalah digalakkan melakukan solat sunat
Awwabin/Hizful Iman sebanyak 4 rakaat (2 salam) atau 6 rakaat ( 3 salam).
Dilakukan sebelum bercakap-cakap selepas fardhu Maghrib.
Fadhilat Solat Awwabin
Sabda Nabi saw yang bermaksud:
“Sesiapa yang bersembahyang enam
rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya
samalah pahalanya dengan ibadat dua belas tahun.’Riwayat Ibnu Majah, Ibn
Khuzaimah dan At-Turmuzi.
Sebelum mendirikan solat, sunat
membaca doa berikut ;
Doa awwabin Ertinya :
Selamat datang kepada malaikat yang
bertugas malam, selamat datang kepada dua malaikat pencatat yang mulia, tulislah dalam rekodkau bahawa Aku bersaksi
bahawa Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa
Muhammad itu hambaNya dan UtusanNya, Aku bersaksi bahawa syurga itu benar,
neraka itu benar, kalam itu benar, Aku bersaksi bahawa qiamat itu benar dan
pasti akan datang, tidak ragu-ragu lagi, Allah akan bangkitkan mayat dari
kubur. Ya Allah simpanlah di sisiMu penyaksian ini untuk hari yang aku perlukan
padanya.Ya Allah simpanlah dengannya amalanku, ampunlah dengannya dosaku,
beratlah dengannya timbanganku, yang baik, dan pastikanlah dengannya pencapaian
cita-citaku dan perkenanlah untukku Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.
Lafaz Niat Sembahyang Sunnat Awwabin
Pada solat pertama
niatnya
(Sahaja Aku solat sunat Awwabinn serta
memelihara iman, 2 rakaat kerana Allah Taala)
Pada rakaat pertama selepas membaca
Al-Fatihah baca
1. Surah al-Qadr 1 kali
2. Surah al-Ikhlas 6 kali
Rakaat kedua selepas membaca Al-Fatihah baca
1. Surah al-Falaq 1 kali
2.. Surah al-Naas 1 kali
selepas itu beri salam, baca doa ini..
doa sunat Awwabin
Ya Allah! Sesungguhnya Aku menyerahkan
imanku kepada peliharaan Mu, maka imanku itu, semasa hidupku, semasa matiku,
dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
Pada solat yang kedua
niatnya
Sahaja aku sembahyang sunnat awwabin dua
rakaat kerana Allah Ta’ala
Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat
yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah
bacalah surah al-Ikhlas.
c) Pada solat yang ketiga
niatnya
(Sahaja aku solat sunat awwabin serta Istikharah
2 rakaat kerana Allah Taala)
Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat
yang pertama, bacalah surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah
bacalah surah al-Ikhlas.
Selepas salam bacalah doa ini.
Ya Allah! Pilihlah untukku mana yang
ada padanya kebaikan dan keelokan dalam urusan agamaku dan duniaku; Dengan
Rahmat-Mu, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!
Sumber :
http://www.tayibah.com/eIslam/solatsunat.htm
“Nek masa atuk kahwin lagi apa
perasaan nenek ?”
“Tak tahu nak gambarkan macam mana
Nuri. Kalau boleh nak minta Allah tu hilangkan ingatan nenek. Rela yang
terpaksa, kalau nenek ada pendapatan lain, selain yang atuk beri, nenek lebih rela bercerai dari menanggung
rasa sakit ni. Tapi siapalah nenek ni,nene tak ada tempat nak bergantung hidup,
anak kecil-kecil semuanya masih nak sekolah. Nenek hanya ada ada atuk saja yang
boleh tanggung dan beri tempat tinggal. Nak mengadu dengan emak nenek, dia dah lama meninggal. Yang ada mak
tiri, mak tiri tulah yang jeruk nenek dengan
buat kerja rumah membasuh, memasak dan jaga adik-adik yang masih kecil, emak
tiri zaman dulu. Itulah sebabnya bila
ada orang meminang nenek, cepat-cepat
arwah ayah nenek kahwinkan nenek. Dia tahu nenek dikudakan oleh isteri baru dia,
tapi dia tak boleh nak buat apa. Sedeh juga hati nenek orang lain pergi sekolah
nenek kena jeruk dik emak tiri kat rumah…
…Tapi Nuri dugaan nenek tak pernah
habis, ingatkan bila dah kahwin kita bahagia, tapi tenguklah ni, hingga kita nak menutup mata, sakit pening
nenek sorang-sorang saja. Nenek berdoa andainya nenek dah dihujung nyawa
janganlah nenek sorang-sorang, adalah
atuk atau sorang-sorang anak nenek yang datang memberi bimbingan ditepi
telinga. Oh ye Nuri! kalau kita dengar azan berkumandang jangan kita berbual, takut-takut
masa kita sakaratul maut kita tak boleh nak bercakap”. Nuri zana melepaskan
nafas berat, mengenang nasib nenek busu dihadapanya. Mungkinkah nasibnya akan sama
seperti nenek busunya. oh..oh..berilah aku kekutan ya Allah dan tunjukkanlah
aku jalan yang benar.
“Nek kenapa agaknya atuk jarang nak
jenguk nenek…agaknya nenek muda tak bagi dia datang sini kot”.
“Jangan buruk sangka Nuri tak baik.
Buruk sangka ni mengumpul dosa yang tak sedar Nuri. Pada nenek memang atuk dah
tak sayang nenek, kalau dia sayang ditegah macam mana pun dia akan datang. Tapi
ialah ini mungkin kekurangan nenek, nenek ni dah tua. Yang sebetulnya nenek tak
harapkan sangat layanan atuk, tapi sesekali nenek nak juga teman berbual, teman
makan dan minum bergalak ketawa sama-sama. Bukan sekejap nenek menjadi isteri
atuk Nuri, sudah melebihi lima puluh tahun. Pak Long pun dah berusia 53 tahun
Nuri. Atuk kamu tu duduk lama sikit kat rumah nenek ni kalau ada anak-anak yang
balik berziarah nenek saja, kalau tidak macam nilah.
….Dulu Masa kami susah atuk selalu
keluar cari rezeki, nenek pujuk hati nenek ni, bila dah tua anak dah besar dah
bagi duit sikit sorang, tentu atuk tak keluar lagi cari rezeki. Nenek bayangkan masa tu tentu
atuk sentiasa disisi nenek, entahlah Nuri dah memang nasib nenek agaknya redha
sajalah agar janji Allah nak bagi payung emas dengan keredaan nenek sekarang…”.
Nuri merintih dalam hati mampu kah dia bertahan sepanjang hayatnya dengan
keperitan yang dipandang didepan mata. Lama keadaan menjadi sayu Nuri memikirkan
keadaan dirinya, nenek busu pula
memikirkan nasibnya juga. Tiba-tiba nenek bersuara dengan nada ceria..
“Nuri esok Nuri nak puasa tak?, dah
hujung bulan rejab ni, bulan rejab ni elok kita puasa Nuri..”
Bulan
Rejab adalah bulan ketujuh dalam kiraan taqwim Hijriyyah. Bulan ini termasuk
salah satu di antara bulan suci dan dinamakan sebagai bulan Allah. Nabi
Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud:”Bulan Rejab bulan Allah, bulan
Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.”
Bulan Rejab dianggap bulan istimewa
kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra’ dan Mikraj Nabi Muhammad
Sallallahu ‘alaihi wasallam.
Di antara amalan yang baik diamalkan
di bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah. Banyak hadis-hadis Nabi Sallallahu
‘alaihi wasallam menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab. Antaranya
sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa‘id bin Abu
Rashid bermaksud : (“Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia
seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab)
tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa
berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan
barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah
melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari,
menyeru orang yang menyeru dari langit : “ Sesungguhnya diampunkan bagimu
dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal”, dan barangsiapa menambah (hari
puasa), Allah menambahnya (kelebihan).”)
Dalam hadis yang lain telah
dikeluarkan oleh al-Khallal, daripada Abu Sa‘id (secara marfu’) bermaksud:
(“Bulan Rejab adalah di antara bulan-bulan haram (berbuat jahat), hari-hari di
dalamnya ada tertulis di pintu-pintu langit yang keenam, maka apabila seseorang
berpuasa sehari daripadanya (bulan Rejab) dan menyempurnakan puasanya dengan
penuh ketaqwaan kepada Allah, bercakaplah pintu dan hari tersebut seraya
berkata: “Tuhan ampunkan baginya
(dosanya)” dan jika dia tidak menyempurnakan puasanya dengan ketaqwaan kepada
Allah, maka pintu dan hari itu tidak akan memohonkan ampun baginya, dan
dikatakan padanya: “Kau telah ditipu oleh dirimu.”)
Niat puasa bulan Rejab ialah :
Maksudnya : “Sahaja aku puasa sunat
bulan Rejab kerana Allah Ta’ala”.
Demikianlah satu amalan yang baik
untuk diamalkan di bulan Rejab, bulan terbukanya pintu langit dan terbukanya
pintu syurga. Sama-samalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita akan
diterima oleh Allah Subhanahu Wata’ala.
“Boleh juga nenek kalau nenek bangun
sahur kejutkanlah Nuri, kita nak sahur apa pagi besok nenek”.
“Apa yang ada kat dapur lah Nuri,
entahlah dah banyak hari atuk tak jenguk nenek, barang dapur pun banyak yang
dah habis, nak pergi kedai nenek tak larat nak jalan kaki Nuri”.
“Oklah kalau tak ada nanti kita
buatlah nasi goreng dengan telur pun dah cukup kan nek”.
“Nenek ni kalau makan berkawan makan
nasi dengan garam pun sedap aje, tapi kalau dah makan sorng-sorang makan demgan
lauk sedap pun jadi tawar rasanya, tekak orang dah tua Nuri”.
“Esok pagi Nuri bawa nenek pergi beli
barang ye”.
“Ialah nak harapkan atuk nanti sampai
kering sangat barang kat dapur tu. Agaknya atuk kamu tu sibuk tu yang tak
sempat nak jenguk nenek”. Nenek berlapang dada. Lama mereka mendiamkan diri
mencerana dan memikir mungkin hal sendiri. Akhirnya nenek memecah kebisuan.
“Nuri nenek nak Tanya ni…kenapa kamu
balik sini sorang.. Syukri mana?” Sebenarnya sejak Nuri sampai siang tadi
soalan itu berlegar dikepala tuanya. Ditambah lagi dengan raut sayu yang
menepel di mata cucunya.
“Ada neek… dia kerja”.
“Kan kerja sendiri dia kan bos, cutilah, takkan tak percayakan anak
buahnya...”. anak buah yang dikatakan oleh nenek adalah para pekerja Syukri.
“Yang sebetulnya saja Nuri yang nak
balik sendiri dia nak ikut tadi. Saja Nuri nak cari ketenagan Nuri sendiri
nek.”
“Kenapa Nuri..Nuri ada masaalah dengan
Syukri ke? atau Nuri tengah bergaduh dengan dia.”
“Bergaduh tu tidak lah, tapi haritu
dia bagi tahu, dia dah nikah satu lagi, nampaknya nasib Nuri akan jadi macam
nenek juga”.
Tidak
tahan rasa hatinya bila menyampaikan kebenaran dan kenyataan kepada nenek nenek
busunya. Di menyembamkan muka kepangkuan neneknya melepaskan tangis. Nenek juga
terkedu hanya tangan tuanya saja yang mengelus-ngelus rambut cucu yang senasib
dengan nya. Dia sudah merasakan peritnya bila kasih suaminya harus dikongsi
dengan wanita lain yang juga bergelar isteri.
“Kenapa agaknya Syukri nikah lain
Nuri, kamu tak jaga makan pakai dia ke atau Nuri selalu melawan cakap dia atau
Nuri ada cabar dia”.
“Tak ada nek, kami ok saja dia cakap
Nuri ni sempurna untuk dia, tapi Nuri
rasa dia nakkan anak, kan kami kawin pun dah dekat nak emapat tahun, Nuri tak mengandung lagi mungkin sebab itulah
dia kawin dengan wanita lain, nek.”
“Rasanya empat tahun tu belum lama
lagi, tapi kamu dah pergi check kat hospital pastikan kamu mandul ketidak atau
pun dia yang ada masaalah”.
“Dah nek tahun lepas kami dah pergi
pakar sakit puan dah disahkan kami tak ada masaalah, pihak hospital bagi juga
ubat untk Nuri makan Nuri dah makan habis nek, hanya mungkin belum rezeki
lagi.”
“Kamu dah amalkan petua yang nenek
bagi tu”
“Dah nek rasa dah tiga kali Nuri baca”.
“Bacalah lagi, kalau tak dapat juga
kita dapat juga pahala kerana membaca ayat-ayat Allah”.
(Petua yang dia amalkan oleh Nuri
adalah membaca Surah Al-Fatihah 41 kali. Masanya adalah antara sunat subuh dan
fardhunya. InsyaAllah akan mendapat anak
yang soleh dan baik.)
“Rasanya Nuri dah tak mengharapkan
Nuri mengandung dengan abang lah nek, Nuri lebih rela berpisah saja. Nuri rasa
macam tak sanggup nak hadapi rasa sakit hati sepanjang hidup Nuri.”
“Nuri! Kalau Nuri nak berpisah sebolehnya
janganlah dalam bulan Rejab dan bulan Syaaban ye, lepaskanlah
bulan-bulan mulia ni dulu ye Nuri”.
“Ialah nek Nuri ingat pesan nenek tu.”
No comments:
Post a Comment