~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Friday 29 March 2013

Bab 9 Bimbang




Lemak pedas sipulut panggang,
Lemak manis sipulut inti,
Emak ayah datang meminang,
Dapat sudah sijantung hati.



Musim pertunangan mereka yang telah dipersetujui selama sembilan bulan berjalan dengan lancer, walaupun tiada pertemuan tiada kata-kata mesra. Namun kedua mereka seakan redha dengan keadaan seperti itu. Kini hanya tinggal dua bulan sahaja lagi hari bahagia mereka akan menghampiri. Malam itu dibulatkan tekad.. Farhan cuba menghubungi tunangnya.

“Assalammualaikum orang disana apa khabar.”

“Waalaikumsalam..baik..kenapa tak SMS saja.” bila mendengar Fatin berkata begitu Farhan ingin mencari bicara bagai mana mahu Fatin melayani berbicara didalam telefonnya.

“Kakak janganlah letak telefon abang nak dengar suara kaka  malam ni. Lagi pun tidak lama lagi akan serumah, jadi abang rasa abang nak kepastian dari kakak.”

“Kepastian yang macam mana  tu?” jika didengar dari bicara suaranya..Farhan mengakui kata-kata Fatin sendiri tempuhhari..bahawa suaranya membayangkan dia seorang yang garang. Ahh..tak mengapalah aku dah kata aku suka orang yang macam tu.

“Pasti ke kakak terima  abang ni? Kakak tak menyesal nanti?  .”

“Habis tu, dah kakak hulur jari untuk disarung cincin ni, nak bukti apa lagi??.” Terdetik hati    Farhan bila mendengar suara tunaganyanya dihujung talian.      mungkin kah dia akan kena ‘Queen control’ bila mereka sudah sah menjadi suami isteri nanti.  Gaya bahasa Fatin menunjukkan dia seorang yang garang dan sombong. Tiada kelembutan dan tiada juga gaya manja mengoda.. Farhan mula bimbang namun dipujuk hatinya agar bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Itulah yang ada didalam  hatinya Farhan.
“Kalau macam tu apa perasaan kakak  pada abang sekarang ni..kakak sayang abang ke?.”beraninya Farhan bertanya terus ke dasar hatinya.

“Tak” sepatah perkataan yang keluar dari mulut Fatin… terkedu Farhan dihujung talian bila mendengar jawapan Fatin, tunangnya yang bakal serumah tidak lama lagi. Yang bakal berkongsi hidup selama hayat dikandung badan…mungkinkah nanti mereka akan duduk dibilik berasingan seperti yang dilihat cerita-cerita dikaca tv. Ohh sabarkah  dia nanti jika itu yang terjadi. Lama dia terkedu namun dia masih mahu mencari kepastian..

“Kasih pada abang?”

“Tidak juga..dan cinta pun tidak.” Fatin terus sahaja menyambung kalau itu yang akan ditanya oleh tunangnya. Hati Farhan mula bertanya kepada dirinya sendiri..mugkinkah Fatin menerima dirinya kerana paksaan dari ayah dan ibunya. Apakah yang akan terjadi dihari depan. Farhan makin bimbang.…

“Habis macam mana agaknya kita nak duduk serumah esok ye..kalau kakak tak sayang abang.”

“Dari dulu lagi saya dah tanamkan tekad..saya akan bercinta dan berkasih sayang selepas akad  nikah…saya juga dah cakap dengan ibu ..walaupun jika ditakdirkan saya tak kahwin sampai tua, saya tidak akan mencari cinta sebelum nikah..itu pegangan saya”. Farhan menarik nafas lega bila mendengar jawapan dari tunanganya. Tidak ke haru mau dia ‘frust menonngeng’ jika ditakdirkan sememangnya Fatin terpaksa menerima dirinya. Bertambah malang jika penerimaan dirinya di paksaan orang tua dan hingga keakhir cintanya juga tidak lahir untuk dirinya, sedangkan dia sudah teramat suka dengan gadis yang bernama Fatin Najihah.

“Ohh… Macam tu..abang juga macam tu, abang akan bercinta selepas nikah..tapi sekarang ni perasaan sayang abang dah ada untuk kakak..abang betul-betul mengharapkan Fatin dalam hidup abang ni dan  abang mengharapkan Fatin sudi menjadi teman abang di dunia dan akhirat.” Kerana terlalu gembira lintang pukang ayat yang tujukan kepada tunangnya…sekejap-sekejap kakak dan sekejap Fatin..Farhan ..oh cuba dibawa bertenang. Cool Farhan cool.

“Itu InsyaAllah..tapi sebelum tu saya nak tanya.. kenapa pilih saya?.” Soalah cepu emas dari Fatin disambut gembira oleh Farhan dihujung talian. Walau mereka berbicara panjang malam itu, namun Fatin tidak pernah memanggil abang untuk ganti nama Farhan…mungkin dia malu.

“Sebab tak ada yang nak pada abang ..dah lama abang tunggu tapi tiada gadis yang tersangkut hati kat abang ni. Agaknya dimata orang abang ni banyak kekurangan.”Jawap Farhan merendah diri.

“Ialah tu…entah-entah memilih..saya takut tersalah pilih nanti dari nak pilih tebu yang bersari manis tiba-tiba terpilih ruas tebu yang keras kedengkang… masa tu barulah terlopong. Saya bukan apa..yang sebetulnya saya ni banyak kekuranganya..saya cakap jujur..saya banyak sangat kuranganya..jangan mengharap sangat nanti kecewa pulak.”

“Kurang yang macam mana..kurang dari fizikal ke? kaki kakak panjang sebelah tapi abang tak nampak pun kakak jalan terdengkut-dengkut..tapi kalau pun macam tu abang tak kisah.”

“Kurangnya… jari kaki dan jari  tangan kakak tak  sama..ada yang panjang dan ada yang pendek tapi cukup sepuluh..dan tak lebih dari itu”. Lama Farhan diam terkedu mencerana apa yang cuba disampaikan oleh Ftain. Tetapi tiba-tiba terdengar suara Farhan mengekek dihujung talian..terdetik dihati pandai juga Fatin berjenaka..hatinya bahagia reda ketawanya...Farhan menyambung bicaranya..

“Ia ke kalau macam tu abang kurang jugalah sebab jari abang pun tak sama panjang..tapi cukup sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki…Tapi abang dengar kakak pandai masak.”

“Alah masak nak hidup..makan sendiri boleh lah…itu pun sebab ibu kerja..kalau tak pandai masak nasi, goring telur mati kebuluran jawabnya..masak macam tu adik saya yang kecik tu pun pandai dari tingkatan satu lagi dia dah pandai masak nasi.”

“Ialah tu ..atau kakak saja cakap kakak tak pandai masak.. supaya abang tak suka kakak.”

“Betul ke macam tu kalau saya tak pandai masak dah jadi tak suka kat saya”. Soalan Farhan dijawap dengan solan dari fatin pula.

“Tak ..abang tak macam tu, kalaupun kakak tak tahu masak pun abang suka juga..abang bukan nak jadikan kakak tukang masak abang, abang nak jadikan kakak teman hidup abang..lagi pun tadi kakak kata kakak tahu masak nasi… itupun jadiah, tahu juga  masak tuuu”.

“Jangan sekarag kata tak apa.. dah serumah menyesal pulak..sebab saya cakap betul, jujur ni ikhlas dari hati. Saya tak mahu diharapkan menggunung tinggi nanti kecewa pulak, saya cakap sungguh-sungguh..saya hanya pandai masak nasi, goring ikan atau ayam, tumis sayur dan masak kuah saja..saya tak pandai nak masak yang macam-macam lebih dari itu.” bersungguh-sungguh Fatin memperkatakannya kebenaran dirinya. Dia tidak mahu bakal suaminya mengharap dia pandai masak itu dan ini akhirnya kecewa sebab dia tidak tahu.

“Íalah tu abang percaya..tapi pandai jugalah masakkan..nanti kalau kita dah satu rumah kita makan nasi putih dengan kicap pun dah cukup..ertinya tidaklah abang kebuluran tak makan..sebab abang ni masak nasi pun tak pandai, maklumlah ibu abang kan suri rumah. Masak yang macam-macam tu masak apa?” Farhan ingin tahu.

“Ialah masak..korma ke, ayam tandore ke..nasi minyak ke nasi beriani ke semuanya saya tak tau … tahu makan saja.”

“Abang pun tak harap kakak pandai masak yang mcam tu. Lagi pun takkan nak makan hari-hari  makanan macam tu nanti gemuk gedempung abang ni. Kalau dah Obesti nanti, banyak pulak penyakit yang singgah kat kita”. Terdengar ketawa kecil dihujung talian..Fatin ketawa tetapi ditahan..Dia membayangkan Farhan yang menjadi gemuk gedempung. Sudah ada rasa bahagia menjengah dua teruna dara yang bakal serumah tidak lama lagi.


Hari bahagia Farhan dan Fatin tidak lama lagi akan menjelang tiba. Bila hariraya menghampiri ini bererti hari pernikahan mereka juga sudah hamper. Telah dipersetujui oleh kedua belah keluarga dua minggu selepas hariraya Aidil Fitri mereka akan disatukan. Kini hari raya juga sudah tiba harinya. Ini bermakna hanya tinggal 2 minggu sahaja mereka akan disatukan. Pada pagi hari raya pertama Farhan menyuarakan hasrat hatinya kepada ayah dan ibunya. Ketika itu mereka baru pulang dari bersembahyang sunat hariraya.

“Ayah ibu  kalau Han nak ajak kakak datang rumah kita boleh tak agaknya.”

“Han pergilah rumah ayah dan ibu dia tanya..majlis Han tu pun hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi, lagi pun Han tak pernah ajak kakak keluarkan selama ni..ibu rasa boleh kot. Lagi pun bukan pergi mana rumah kita sajakan atau Han nak ajak kakak pergi tempat lain.”

“Tak lah bu rumah kita saja..Yang sebenarnya bukan Han tak ajak dia keluar tapi Fatin yang mahu keluar dengan Han. Ada juga Han ajak dia pergi makan atau minum sama kat tempat kerja itu, pernah juga Han ajak naik kereta sama tapi tak pernah nak sudi kalau Han ajak..kenapa agaknya dia tak sudi nak sama-sama dengan Han bu.”

“Eloklah macam tu dia nak jaga batas-batas sebelum dia sah jadi isteri Han..ibu setuju cara dia yang menjaga maruah dia walau dia dah jadi tunangan Han..dia tahu menjaga batas dia”. Sokong ibunya kepada bakal menantu. Farhan hanya mendiamkan dirinya sahaja.

Diatas galakkan ayah dan ibunya Farhan memberanikan dirinya berkunjung kerumah bakal mertuanya pagi itu.

Ada debaran yang mengamuk didalam dadanya kerana menahan rasa malu. Ketika dia memberi salam, salamnya disambut oleh suara yang ramai dari dalam rumah. Bertambah berdebar hatinya.

“Ohh..Farhan..masuklah..masuklah..” dia disambut oleh abang Fatin yang tua..Farhan masih mengenali abang tunangnya itu. Dia menghulur tangan untuk bersalaman.

“Selamat Hari Raya, lama tak jumpa..apa khabar.”Melihat keramahan abang Fatin hatinya menjadi lega sedikit.

“Selamat Hari Raya ialah lama tak jumpa..khabar baik” jawap abang Fatin yang bernama Amal Hamry.

“Sekarang kat mana?”Setelah duduk diruang tamu Farhan bertanya berbasa basi supaya dia tidak terlalu canggung memasuki keluaraga yang bakal menjadi keluarganya juga nanti.

“Saya diIpoh itu yang jarang balik…kalau cuti panjang bolehlah balik jenguk keluarga, itupun kalau cuti lebih dari empat hari, kalau setakat dua tiga hari berat juga rasa nak balik..ialah terasa penat kat jalan saja, belum puas kita kat rumah dah nak balik kesana balik. Tapi sekarang Alhamdulillah sejak ada keretapi express senang sikit hanya nak sediakan duitnya saja.”

“Ialah kita dah ada kehidupan sendiri..kenalah berdikari.”

“Tapi macam Farhan untunglah dapat kerja dekat dengan ibu dan ayah..tak susah-susah nak balik kampong.”

“Alhamdullilah dapat yang dekat itulah kelebihanya.”

Kemudian muncul pula Haji Rasyid dan Hajjah Noraini, tidak lama kemudian keluar semua bakal iparnya. Terdiri seorang lagi abang  dan tiga orang adik Fatin kesemuanya lelaki. Mereka bersalaman dan bertanya kahabar. Keluarga ini lebih kurang keluarganya juga mereka mempunyai anak lelaki yang ramai, yaitu lima orang hanya bakal isterinya anak perempuan mereka. Setelah berbual-bual dan menjamah sedikit juadah hari raya..Farhan memberanikan diri untuk meminta izin membawa Fatin kerumahnya.

“Pak cik dan mak cik saya nak ajak Fatin kerumah saya sekejap boleh?” Itulah ayat yang telah dilancarkan sejak kakinya melangkah menuju kerumah Haji Rasid tadi. Alhamdullilah lancar sahaja bunyinya. Kalau tersangkut atau tergagap tadi tidak tahu dimana mahu disorokkan mukanya.

“Boleh..” jawab Haji Rasid tampa ragu..Hajjah Noraini bangun menuju kedalam rumah untuk memaggil anak daranya keluar. Kedengaran suara Hajjah Noraini

“Kakak sini kejap…” tidak lama kemudian Fatin muncul diambang pintu ruang tamu.

“Ada apa bu?”

“Kakak pergi siap.. ni Farhan ajak pergi rumah dia…” jelas Haji Rasid.

“Boleh ke?”Fatin bertanya kepada dua orang ayah dan ibunya.

“Boleh..pergilah.” jawab ayahnya lagi.

“Sekarang ke?.” Soal Fatin lagi.  Hajjah Noraini dan Hajji Rasid berpandagan dan kemudian memandang kearah Farhan.

“Bila kamu nak bawa Fatin kerumah kamu ni?”Soal Haji Rasid meminta kepastian.

“Sekarang boleh ke?” soal Farhan pula.

“Bolehlah sekarang..kakak cepat sikit siap.” Tidak lama menunggu Fatin bersiap.


            Mungkin dia sudah bersiap dengan baju rayanya menyebabkan Farhan tidak lama menunggu. Setelah Fatin bersiap alah kadar kerana dia sudah pun memakai baju raya. Mereka keluar dan berjalan beriringan menuju kerumah keluarga Farhan pula. Mereka hanya berjalan kaki sahaja. Dalam perjalan berjalan kaki Farhan cuba berbual, dia mengambil jalan disebelah kanan tunangnya, kerana dia suka melihat lesung pipit tunangnya bila dia bercakap atau tersenyum akan terselah lesung pipit yang menghiasi pipinya..

“Kakak dan bulat hati ke nak terima abang jadi suami ..kalau nak ubah fikiran masih ada masa lagi.” Berani Farhan menduga…namun didalam hatinya berdoa agar penyatuan mereka berjalan dengan lancer.

“Kenapa?..nak sangat ke orang tukar fikiran.” Garang suara Fatin menyoal. ‘Dia ni agaknya tak ada sifat manja kata anak perempuan tunggal tapi kenapa garang sangat…’ detik hati Farhan dengan orang yang beriringan disebelahnya. Fatin menggunakan ganti nama‘orang’ pula untuk dirinya.

“Tak lah macam tu..tapi abang saja nak bagi kakak pilihan..sebab kita kahwin nanti dengan tidak ada rasa apa-apa.”

“Kan kakak dah bagitahu haritu walau dengan siapapun  kakak nikah.. cinta, kasih mahupun sayang orang hanya selepas dinikahkan.”

“Oh kalau macam tu..abang pun sama abang akan bercinta selepas kita nikah..hanya satu abang harap terimalah abang seadanya..sebab abang ni banyak kurangnya.”

“Orang pun sama ..orang pun banyak kurangnya.” sudah tidak tentu arah Fatin menuturkan untuk ganti nama dirinya..sekejap-sekejak‘kakak’ sekejap-sekejap ‘orang’ Farhan tahu tunangnan gugup berhadapan dirinya dan dia juga tahu dari gaya percakapanya..tunanganya juga seorang yang pemalu. Dia juga malu tetapi dia lelaki dia masih mampu menyembunyikan rasa malunya.



Sunday 24 March 2013

Bab 8 Bimbang




Burung puyuh payah dijerat,
Larinya laju menyusup batang,
Pokok budaya, bunganya adat,
Dirisik dulu baru dipinang.


Makin hari Farhan merasakan Fatin makin menjauh darinya.Pagi itu alangkah berdebar hatinya Farhan melihat Fatin Najihah yang baru turun dari motosikal.Tetapi pagi ini dia dihantar oleh seorang jejaka. Farhan dengan debaran hatinya memandang Fatin yang sedang bercakap-cakap dengan pemuda itu dihadapan pintu masuk kehospital.  Setelah turun dari motosikal tadi dia tidak bergesa untuk merekod kedatanganya pula.Setelah menanggalkan topi keledarnya dia masih berbual dengan pemuda itu dihadapan pintu masuk. Mereka nampak sungguh mesra. Fatin  gelak besar kemudian ditutup mulutnya dengan tangannya, manakala tangan yang sebelah lagi menepuk bahu pemuda tadi. Reda gelaknya dia menghadiahkan  senyum dan lirikkan manjanya kepada pemuda itu. Pemuda itu pula tersengeh-sengeh dengan lirikkan yang diterima dari sigadis. Nampak manja sahaja tingkahlaku siFatin. Dia tidak sedar ada hati yang menanah melihat tingkah lakunya. Entah apa yang melucukan mereka berdua. Seperti pasangan yang bahagia sahaja pada pandangan mata Farhan. Cemburu dihati Farhan mula menyerang, dia mula membayangkan jika dia ditempat pemuda itu ohh..Dia tidak menunggu lama melihat sahaja adigan didepan matanya. Jam menunjukkan 10 minit lagi pukul 730 minit..mungkin sebab itu Fatin tidak bergesa untuk punch kad..masih awal lagi. Farhan menghampiri untuk memberi salam selebihnya hendak menyiasat siapakah gerangan pemuda itu kepada Fatin.

“Assalamualaikum awal sampai hari ini”.

“Waalaikaumsalam..Ohh Encik Farhan” Salamnya dijawap oleh mereka berdua.  Serentak.

“Teh ini anak Haji Bakar yang duduk sederet dengan rumah kita”.

“Ateh kenal…abang kerja kat sini juga ke?” Ateh dan Farhan bersalaman..tapi Fatin meminta diri sebelum berlalu dia berkata perlahan.

“ Teh..Petang nanti akak call..assalamualaikum.”

“OK..Waalaikumsalam.”Ateh masih tidak dapat bergerak bila Farhan mula bertanya itu dan ini.

“Oh ini adik Fatin..sekolah lagi ke?”

“Belajar lagi..saya baru dua hari balik dari MIRI cuti sebulan itu yang hantar kakak ni, sebab saya nak pakai motor hari ni. Petang karang saya ambil pulak dah motor satu saja, itulah yang pakai berganti-ganti.”

“Kalau macam tu petang nanti biarlah kakak Ateh tu balik dengan abang saja..kita pun berjiran satu taman perumahan satu lorong pulak tu.”

“Entah lah bang, kakak saya tu payah  sikit…mesti dia tak mahu.”

“Kenapa??dia tu anti lelaki ke?…atau dia dah ada pak we.”

“Anti lelaki tu tak tahulah..tapi kalau pak we rasanya tak ada, sebab lelaki yang nak rapat dengan dia pun takut”.

“Ehh..kenapa pulak”.

“Dia tu ganas sikit..pada saya dia tu garang semacam, cakap pun kasar takut lelaki nak rapat dengan dia”.ha ha ha Ateh mentertawakan tingkah kakaknya yang sememangnya agak kasar sedikit dari tingkah seorang gadis. Maklumlah hanya Fatin yang berlainan ganger dalam mereka berenam beradik.Tentulah dia terikut-ikut lasak adik beradik lelakinya.

“Ohh ye ke..tapi abang suka pulak orang yang macam tu..pandai mempertahankan diri.” Dalam hati Farhan dia ingin merapati adik Fatin yang seorang ini, supaya dia dapat merapati kakaknya pula nanti.

“Teh..boleh tak abang nak minta tolong”.

“Tolong yang senang-senang bolehlah bang”.

“Abang nak minta tolong Ateh, kalau kakak Ateh telefon petang karang minta ambil, cakaplah ateh ada hal lain..yang sebenarnya abang nak tanya dia sesuatu..tapi tak ada peluang nak tanya..tolong abang, Teh”.

“Boleh ke macam tu…nanti salah Ateh pulak tak jaga kakak sendiri.”Jawab Ateh jujur.

“Abang janji abang tak buat apa-apa kat dia..lagi pun  kita kan berjiran ..kalau ada apa-apa jumpalah ibu dan ayah abang..abang tak boleh lari Teh.. tolong abang Teh…sekali ni saja.” Bagai merayu Farhan meminta pertolongan, terbang semua malunya kerana desakkan hati.

“Ini nombor abang kalau kakak call minta ambil ..ateh call abang… bagi tahu kakak ateh dah nak balik..tolong ye Teh..abang mengharapkan pertolongan Ateh..minta tolong sangat-sangat.” Bersungguh-sungguh Farhan mengambil peluang yang ada, mungkin peluangnya tidak berulang dua kali.

“Ok InsyaAllah..tapi janji jangan buat apa-apa kat kakak Ateh tu..”

       Kalau hati dah suka lautan api pun sanggup direnangi..Walaupun bukan lautan api yang direnangi oleh Farhan, tetapi bukan mudah untuk Farhan melempar sifat malunya untuk merayu. Kini dia berpengang ‘kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya’. Mengenangkan dia tidak mahu berputih mata seperti apa yang terjadi kepada NurSaleha dulu dia menekan malunya jauh kedasar hatinya.

“Oklah tapi janji jangan buat apa-apa kat kakak Ateh dia seorang saja kakak yang Ateh ada..janji tau” sekali lagi Ateh meminta Farhan berjanji agar kakaknya tidak di zalimi.

“Dengan nama Allah abang berjanji ..abang hanya nak tanya dia saja”.

Hari Farhan bermula dan berlalu ceria.Harapannya yang layu tersiram dengan impian yang makin mengembu.Berkembangan berbagai harapan didalam hatinya.Dia berdoa didalam hati semoga ada jodohnya dengan gadis jiran setaman dan selorong dengannya.

  

Farhan sungguh gembira petang itu bila di hubungi oleh adik Fatin yang bergelar Ateh.Ateh menerangkan yang kakaknya sudah mahu pulang.Farhan keluar memerhati di pintu keluar yang selalu dilalui oleh Fatin.Dia melihat kelibat orang yang ditunggu, kelihatannya laju sahaja langkah Fatin mungkin menuju perhentian bas atau pun perhentian teksi. Farhan mula bergerak menuju kekeretanya.Bila dia berselisih dengan Fatin yang sedang berjalan dengan laju, dia memberhentikan keretanya dihadapan laluan Fatin, alangkah terkejutnya Fatin bila secara tiba-tiba sebuah kereta berhenti dihadapanya.Bila Farhan keluar dari keretanya dia mempelawa Fatin untuk menaiki keretanya.

“Assalamualaikum..sorang?..hari ni balik naik bas ke?”

“Waalaikum salam” Fatin terkelu tidak tahu apa hendak dijawabnya.

“Mehlah naik dengan abang..abang pun nak balik ni”.

“Terima kasih tak apalah saya balik naik bas saja.”

“Jomlah apa salahnya balik sekali dengan abang..kita pun satu taman perumahan..pada kereta abang kosong naik lah”.

“Betul tak apa..saya boleh balik naik bas..sampai nanti saya telefon adik saya ambil kat bas stand.”

“Kenapa kakak tak sudi ke naik kereta abang yang berjenama Malaysia ni?.”Kereta Farhan kereta Nasional SAGA FXL yang berwarna coklat.Terdengar sayu suara Farhan bila ajakkannya ditolak. Dia sebenarnya sudah malu bila ada dua tiga orang tertoleh-tolah kearah mereka.Terasa pula dirinya seperti hidung tak mancung pipi pula tersorong-sorong.

“Bukan macam tu”.

“Kalau tak macam tu… naiklah janganlah malukan abang dah dua tiga orang pandang kita..dia orang ingat,  abang jual minyak urat tak laku..naik lah.” Pohon Farhan sambil bergurau untuk membenamkan rasa malunya.Terdengar di telinga Fatin suara Farhan yang sayu seakan minta simpati dan dikasihani.Fatin menjadi serbasalah untuk menolaknya.‘Alah tumpanglah sekali..lagi pun dia jiran satu lorong’, detik hatinya, sambil itu dia tersenyum geli hati pula, bila mendengar Farhan berkata ‘dia jual minyak urat tak laku’..apakah maknanya…dia mengurat aku ke?? Tanya hatinya. Entah lah Fatin lu  fikirlah sendiri…

Farhan ingin kepintu sebelah untuk membukakan pintu keretanya yang disebelah penumpang.

“Tolong jangan buka kan pintu untuk saya ..tolong” pinta Fatin bersungguh.

“Ok ..naiklah.”Ketika Fatin masuk kekereta Farhan, Farhan sudah tersenyum ceria.’Akhirnya laku juga minyak urat aku’ detik hati Farhan yang nakal.

“Esok kalau Ateh nak pakai motor lagi tumpang abanglah…abang tunggu.” pelawa Farhan mencari satu lagi peluang, kok Fatin bersetuju alangkah indahnya dunia hatinya.Kereta Farhan sudah mula bergerak.

“Ehh..tak apalah esok mungkin Ateh tak guna motor lagi..pagi tadi tu makcik saya mintak tolong hantarkan dia pergi pasar..esok tentu tak lagi..lagi pun angah kata dia balik esok jadi bolehlah pakai motor angah pulak.” Ketika keretanya melalui sebuah taman bunga, Farhan membelok kesebatang pokok yang jauh sedikit dari jalan laluan kereta, Farhan memberhentikan keretanya.

“Ehh..kenapa berhenti kat sini..kereta ada masaalah ke?”Soal Fatin terpinga-pinga. Hatinya mula dipagut bimbang.Farhan tidak memberi jawapan kepada soalan Fatin.Selamba sahaja wajahnya lalu memberhentikan keretanya.

“Kakak ..abang nak tanya ni, jawab dengan jujur ye.”, Farhan tidak memandang wajah Fatin dia hanya memandang lurus kehadapan, dia tahu kalau dia memandang tepat kewajah Fatin mungkin Fatin akan menjadi tidak keruan kerana malu. Dia juga mungkin tidak terkeluar apa yang telah dia rancangkan didalam kepalanya, lagi parah jika tersalah ‘tanya’. Pada Farhan dia perlu bertanya mungkin hanya ini peluang yang ada.Kedengaran tegas suara Farhan memulakan misi hatinya.

“Nak tanya apa ni…macam polis penyiasat nak menyiasat saja bunyinya.” Fatin membuat leluncon untuk meredakan ketegangan hatinya. Farhan tergelak lepas ..pandai juga dia ni buat kelakar. Bila ketawanya reda dia bertanya dengan wajah serius menandakan dia benar-benar ingin tahu.

“Kakak..kenapa kalau abang ajak minum dan ajak tumpang kereta..kakak macam takut-takut..kakak ni dah ada yang punya ke?.”

“Mana ada..”

“Habis ..kita nikan jiran apa salahnya kita ambil berat antara satu sama lain..cakaplah dengan abang secara jujur betul ke hati kakak belum ada yang punya”.

“Tak ada…tapi saya ni tak nak mengutip dosa walau pun kecil..kita macam ni pun dah berdosa walaupun kita jiran dan kenal pulak tu, tapi kita tetap bukan muhrim..berdosa kan..Encik Farhan sekolah menengah agama tentu En.Farhan tahu..lagi pun saya macam dah terbiasa dengan undang-undang sekolah ..saya macam diperhatikan oleh ustaz saja kalau saya  bercakap dengan orang lelaki yang bukan muhrim saya.”

“Habis kalau pesakit lelaki kakak buat macam mana?.”

“Pesakit tu lain..itu dah tanggungjawab.”

“Ohh..macam tu, abang minta maaf kerana salah faham selama ni..ingatkan hati kakak dah ada yang punya..itu yang nampak sombong semacam dengan abang.Kakak abang akan jadikan kita tidak berdosa kalau kita duduk berduaan macam ni.” di dalam hatinya berdetik betul juga kata adiknya pagi tadi setelah berhadapan dan bercakap agak panjag terlihat Fatin seperti orang yang garang dan tegas.

“Apa maksud Encik Farhan.”

“Abang dah lama suka pada kakak..harap kakak dapat terima abang dalam hidup kakak.” Fatin jadi terpinga kerana tidak tahu akan maksud kata-kata jejaka disebelahnya. Farhan menghidupkan injin keretanya semula, hatinya berbunga riang.Senyum tersunging dibibirnya. Hingga sampai dihadapan rumah keluarga Fatin mereka tidak berbicara lagi. Tapi dihati Farhan nekad dia akan menyuruh ibunya meminang anak gadis Haji Rasid untuk dijadikan suri hatinya. Sebelum turun dari kereta Fatin mengucapkan terima kasih.

“Terima kasih kerana sudi tumpangkan saya.”

“Kalau kasih yang Fatin hulurkan memang sudah lama abang tunggu dan abang memang mengharapkanya dan sekarang ni abang dah terima.Terima kasih juga kerana sudi menerima ajakkan abang”. Bertambah terpinga Fatin mencari maksud kata-kata Farhan.
Entah apalah pakcik sorang ni merapu tak tentu pasal..kalau demam makan lah ubat, kerja kat ubat-ubatan apa pasal sakit tak nak makan ubat pulak..takut makan ubat apa ke??’.Itulah yang keluar dari mulut Fatin setelah pintu kereta Farhan ditutup.Laju langkahnya menuju pintu pagar rumah keluarganya.





Malam minggu berikutnya Haji Rasid suami-isteri terkejut diatas kedatangan jiran sebelah rumah mereka. Walaupun kedatangan tetamu itu  tidak dijangka-jangka mereka tetap disambut dengan ramah oleh kedua ibu dan ayah Fatin Najihah.

“Masuklah..masuklah” jemput Haji Rasid pada Encik Hakimi dan Puan Faizah yang merupakan jiran sebelah rumah mereka. Sudah berbelas tahu mereka berjiran sejak taman perumahan itu siap dibena dan mula menerima pembeli. Mereka adalah antara pembeli terawal yang menduduki taman perumahan itu. Pada mulanya Taman perumahna itu jauh terpencil dari Bandar  Seremban. Tetapi dek pembagunan  yang pesat, ditambah pembukaan Lapanganan Terbang KLIA di Sepang Selangor, Bandar  Seremban mendapat tempiasnya sedikit. Kini telah banyak taman-taman perumah yang dibina diatas permintaan orang ramai disekeliling taman  perumahan mereka. Harga rumah disitu juga sudah jauh lebih tinggi dari masa mereka membelinya dahulu.

“Oh Kimi dengan Fiza akak ingat siapa tadi. Duduklah dulu akak kedapur sekejap”.Setelah siap bertudung Hajjah Nor Aini menjenguk keruang tamu ingin memastikan siapa yang datang.  Dia mendengar orang memberi salam ketika dia dalam bilik tadi.

“Kak Ani jangan susah-susah kami lepas makan malam…dah tinggal berdua ni..makan pun rasa tak selera lah kak.”

“Tak ada susahnya Fiza..kita minumlah sambil cerita-cerita bukan senang kita nak jumpa dan duduk berbual macam ni.. akak ni kalau dah balik kerja tak ada cerita lain terpa dapur dulu”.

“Fiza macam akak juga dulu, tapi dah tinggal dua orang..ayahnyalah…suruh beli lauk kat kedai saja..hanya nasi saja yang saya masak..tu yang senang sangat”.

“Saya bukan apa akak kalau Fiza masak rasa macam tak berbaloi pula... balik kerja terkejar-kejar nak masak..makannya sikit,  lebih baik beli..rasa berselera dan rasa  lapar  beli banyak, rasa tak berapa nak makan  beli sikit taklah membazir “. Sampuk Encik Hakimi menyambug kata-kata isterinya.

“Eloklah macam tu esok kalau budak berdua tu balik cuti ..boleh lah masak semula..duduklah dulu akak kebelakang kejap”.Hajjah NurAini melangkah kedapur.

Hajjah NorAini kedapur untuk memberi tahu anak daranya agar menyediakan minuman untuk tetamu yang bertandang kerumah mereka. Begitulah adat Melayu yang menghormati tetamu  tidak mengira masa, walau pun hanya air kosong sahaja. Didapur dia mengarahkan anak daranya menyediakan air teh o dan keropok Kelantan sebagai hidangan..

“Kakak buatkan air teh O kemudian goring sedikit keropok Kelantan dalam peti sejuk tu”.

“Siapa yang datang bu.”

“Mak Cik Fiza dengan Pak cik Hakimi”.

“Apa halnya..datang nak jemput kita makan kenduri ke?”

“Kenduri apa pulak?”.

“Mana tahu kenduri doa selamat anak-anak diorang”.

“Ehh Helman dan Helmi tukan baru enam bulan pergi Austrila”.

“Ialah kenduri kesyukuran anak dia dah selamat sampai dan belajarlah”. Dua orang anak jiran mereka kembar diberi nama Muhammad Helman dan Muhammad Helmi. Selepas keputusan SPM diketahui mereka berdua mendapat peluang melanjutkan pelajaran mereka ke Austrlia.

“Kakak ni ada ke macam tu…dah lah cepat tenggek air tu jangan penuh sangat nanti lambat pula masaknya, ibu nak kedepan ni, kalau dah siap kakak hantarkan kedepan ye..Keropok Kelantan ibu letak dalam peti sejuk tau”.

“Ok kakak tau kat mana ibu simpan…pergilah ibu kedepan dah siap nanti  kakak hantarkan..nanti lama pulak makcik Faiza duduk tak berteman”.

Hajjah Nur Aini  kerunag tamu semula menyertai suaminya melayan tetamu mereka.


Setelah berbasa basi lebih kurang dan minum minuman yang dihidangkan oleh Fatin Najihah, kedua suami-isteri itu terus sahaja kemaksud kedatangan mereka malam itu.

“Abang Rasid, Kak Ani,..saya datang ni bawa hajat orang…boleh ke saya sampaikan dalam bahasa kita biasa saja..tak pandai rasanya nak berpantun-pantun dan berbahasa kiasan macam orang tua-tua tu. Saya ni sebetulnya tak biasa dengan perkara-perkara macam ni, tapi dah kawan minta tolong kita tolong lah.” terang Encik Hakimi suami Puan Faizah.Ohh..rupanya Puan Faizah dan Encik Hakimi yang datang bertandang membawa hajat. 

“Hajat apa tu Kimi macam besar hajat yang kamu bawa ni.” Sampuk Haji Rasid. Rasanya sudah tidak sabar ingin mendengar hajat yang diabawa oleh jiran sebelah rumahnya. Ditambah dengan kata-kata Encik Hakimi yang mahu berpantun bagai.

“Memang besar hajatnya bang… orang nak mencari tapak masjid..saya pulak tak berpegalaman, itu yang rasa berdebar takut tersalah cakap..” Puan Faizah merupakan sahabat baik Puan Hajjah Fatimah .Dengan persahabatan mereka itu, dia diberi kepercayaan untuk merisik anak gadis Haji Rasid dan Hajjah Noraini yang seorang itu.

“Hsyy kamu ni Kimi apa yang takut tersalah cakap dengan abang pulak ni..abang pun jadi takut kamu cakap macam tu..cakaplah kalau abang boleh tolong abang tolong..tanah kat mana yang Kimi suruh abang carikan?.” Encik Hakimi dan Puan Faizah tergelak kecil terasa lucu pula bila Haji Rasid  benar-benar tidak faham maksud kata-katanya tadi. Mungkin Haji Rasid dan Hajjah NurAini tidak menyangka anak daranya sudah mula diintai orang.

“Kita guna bahasa biasalah ye bang..saya ni pun bukanya padai sangat nak berbahasa macam orang tua-tua berkias dan berlapik”.Makin temangu Haji Rasid suamiisteri dibuatnya.

“Ialah takkan nak pakai bahasa orang istana pulak..Alah tak kisah lah kita ni pun bukan tak kenal, jiran sebelah rumah..apa-apa hal kita sama-samalah kan.”Jawab Haji Rasid..teringin benar rasanya ingin mengetahui hajat yang dimaksukkan oleh jiranya itu. Orang sebelah rumah ni pula asyik sibuk dengan bahasanya sajaha..Hai cepatlah..gerutu hatinya yang tidak sabar.

“Fiza lah yang cakap..orang perempuan ni kalau cakap didengar lembut sikitkan kan bang Aji.”  Encik Hakimi menyerahkan tugasnya kepada isterinya pula.Hai Kimi ni pun satu cakap main pas-pas pulak itulah yang terdetik di hati Haji Rasid ..Puan Faizah memulakan bicaranya.

“Macam ni kak Hajjah, abang Haji… Hajji Bakar dan Hajjah Fatimah tu berkenan sangat nak bermenantukan anak perempuan akak dan abang  yang sorang tu.”

“Ohh..barulah kami faham..ialah kita pun bukan biasa dengan perkara-perkara macam ni..inilah pengalaman pertama..esok-esok dah tak ada dah..Cuma sekali nilah nampaknya “ Panjang  sebutan o dibibir Haji Rasid suami isteri.

“Untuk anaknya yang mana satu, rasanya anak dia empat orang semuanya lelaki kan.” soal Haji Rasid meminta kepastian, Hajjah Aini hanya mendengar sahaja perbualan mereka bertiga. Tetapi terdetik juga dihatinya..Ohh..sudah besar anak dara kesayanganya,  sudah ada orang mirisik untuk meminangan anaknya. Sedeh pula rasa hatinya. Mereka bakal berpisah dengan anak dara yang cuma seorang. Tidak lama lagi segala tanggung jawab terhadap anak daranya bakal berpindah ketangan orang lain.

“Untuk anaknya yang nombor dua, rasanya dia kerja kat Hopital Tuanku Jaafar.”

“Ohh anaknya yang sekolah menengah agama kat bawah tu dulu ke..Tapi ada dua orang anak  Haji Bakar yang sekolah menengah agama kat bawah tukan?.”

“Haah bang, anak nombor dua dengan  nombor tiga yang sekolah kat bawah tu. Tapi yang nombor dua ni pemalu sikit orangnya..tapi baik  budaknya. Dia tu jarang keluar..kata ibunya kalau tak dipaksa keluar dia lebih suka duduk dengan ayah ibunya kat rumah. Itu yang liat sikit jodohnya.”

“tapi kalau akak suka budak yang tak keluar rumah senang nak jaga, tak lah nanti terjebak dengan perkara yang tak elok. Berapa umurnya”

“Kalau tak salah Fiza kak Timah cakap hari tu 28 tahun .. Tapi kalau terperap sangat susah pulak nak lekat jodoh dia..kawan-kawan dia ramai yang dah kahwin.Itu yang kak Timah bimbangkan. Bila anaknya cakap dia berkenan kat kakak, cepat saja kak Timah minta tolong  kami risikkan ni. Ialah kalau abang haji dan kak hajjah setuju tak susah nak tolong tenguk-tengukkan anak mereka. Lagi pun senang kita juga  kalau bermentukan orang dekat.”

“Abang kalau dengan budak tu setuju sangat  kan ibunya…tapi tak tahulah sikakak tu.”

“Iya kalau akak pun setuju juga, dah anak dara kita pun sorang saja kalau dekat ni boleh selalu lah balik jenguk kita tak gitu Fiza Kimi..tapi walau bagaimanapun kami kena berbincang dulu dengan tuan punya badan. Ikutkan kita orang tua-tua ni kalau cukup ugamanya ada pekerjaan tetap itu sudah memadai betul tak Fiza Kimi.”Hajjah NorAini mepersutujui kata-kata suaminya.

 “Kalau Fiza dan Hakimi macam mana pulak..kita dah macam adik beradik nak juga tahu pendapat kamu berdua.” sambung Hajjah Aini lagi ingin mencari pandangan jiranya yang sudah dianggap seperti saudara sendiri, maklumlah mereka hidup berjiran sudah berbelas tahun. Sedangkan Rasullah menghormati dan menyayangi jiran..itulah contoh terbaik untuk dijadikan panduan dan teladan.

“Saya macam akak juga kalau dah ada ugama dan ada pekerjaan tetap, yang menjadi dia lebih baik pada Kimi sebab dia kerja dekat sini juga, betul tak kak...lagipun anak mereka tu diajar menghormati orang tua.” 

"Ialah kami pun macam tu juga..tapi walau bagai mana pun kami tak dapat nak buat keputusan malam ni kena tanya kakak tu juga.." celah Haji Rasid. Dia sebenarnya tidak suka memaksa anak-anaknya mengikuti kehendak mereka walaupun mereka adalah ayah dan ibu yang mempunyai kuasa mutlak keatas semua annak-anak.

“Kalau macam tu eloklah bincang dengan tuan punya badan supaya tak terjadi perkara yang dikesalkan dikemudian hari. Nikah kahwin ni bukan untuk sehari dua kan bang. Lagi pun Haji Bakar suami isteri tidak tergesa mahukan jawapan. Dia bagi juga akak dengan abang bincang dulu dengan kakak kemudian dalam seminggu atau dua minggu ni bagilah jawapan..tapi bersarlah harapan diaorang tu agar hasrat mereka tu diterima.Yang diaorang berkenan sangat tu sebab dekat. Lagi pun anak lelaki dia yang tanyakan..maksudnya bukan pilihan ibu ayah tapi pilihn anaknya sendiri.”

“Macam mana boleh anak Haji Bakar tu berkenan dengan kakak ni..akak tak pernah pula dengar yang kakak cerita pasal budak tu?” Muskil Hajjah Noraini.

“Akak ni…mereka kan satu tempat kerja..mungkin adalah dia terpandang kat kakak tu kat tempat kerja mereka”. Tembak Puan Faizah.

“Ialah tu..InsasyaAllahlah..jika ada jodoh budak-budak tu tak kemana..mungkin dalam seminggu atau dua minggu nanti kami akan bagi jawapan” putus Haji Rasid ceria.

“Ini cincin belah rotan sebagai tanda.”Puan Faizah menghulur bekas berisi cincin merisik kepada Hajjah NorAini. Sebentuk cincin belah rotan.

Merisik merupakan satu adat orang Melayu sebelum teruna dara yang terlibat bertunang. Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Dalam budaya Melayu, adat ini merupakan tahap awal  proses penjodohan sepasang teruna dan dara. Adat yang menemukan  wakil keluarga teruna dengan orang tua pihak gadis. Pertemuan tersebut dianggap penting untuk menghormati keluarga pihak dara, sebagaimana ungkapan dalam adat Melayu kalau hendak meminang anaknya, pinanglah ibu bapaknya terlebih dahulu.Ungkapan tersebut menjelaskan bahwa pandangan dan restu orang tua perlu diperoleh terlebih dahulu dalam membuat keputusan yang besar seperti perkawinan.Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki atau orang yang dipercayai oleh pihak lelaki. Proses merisik dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan memelihara nama baik kedua belah pihak.








Friday 15 March 2013

Bab 7 Bimbang




Anak ikan berenag-renang,
Anak kucing dalam perahu,
Saya seorang terkenang-kenang,
Orang dikenang buat tak tahu.



Peristiwa menumpang motosikal telah dua minggu berlalu.Tetapi masih belum ada lagi bicara mesra antara Farhan dan Fatin seperti yang diharapkan oleh Farhan. Bagi Farhan dia sememangnya ingin mengembangkan lagi hubungan itu, supaya ianya lebih bererti. Dia mengharapkan hubungan itu berakhir dengan sesuatu yang  bahagia. Dia ingin mencari titik noktah itulah cintanya. Itulah tujuan lakonan ibu dan dirinya tempuhhari. Tetapi dia tidak tahu apa yang sepatutnya dilakukan untuk  tindakkan selajutnya. Tindakkan yang akan yang akan  merapatkan dirinya kepada Fatin. Tindakkan yang akan memesrakan mereka berdua. Dia tercari-cari jalan cerita seterusnya. Dia tidak tahu dan buntu sebenarnya. Tidak ada tempat lain dia hendak mengadu untuk dia meluahkan keresahan hatinya.  Seperti kebiasaan sahabat baiknya Arief Edlalah tempat bagi Farhan meluahkan masaalahnya. Itulah satu-satunya sahabatnya untuk Farhan berkongsi cerita suka dan duka. Satu-satu sahabat yang tahu cerita dirinya luar dan dalam. Kebetulan pula Arief Edalan sememangnya seorang sahabat yang suka sangat menyebuk dengan hal Farhan. Farhan apa lah lagi  bagai orang mengantuk disurungkan bantal tidak payah dia bersusah payah memikirkan bagaimana hendak bertanya tentang keresahan hatinya kepada Edlan…

“Han apa cerita kau dengan budak tu..ada apa-apa perkembangan ke?, jangan kau terlupa nak update dengan aku pulak kalau ada cerita baru antara kau dengan dia tu ye”. Kadangkala Edlan merasa lucu  bila difikirkan sahabat baiknya sedang memancing anak dara orang, untuk dijadikan penawar rindu hatinya hingga melibatkan ibunya. Tetapi bila difikirkan dia  kasihan pula dengan kelemahan yang ada pada diri Farhan..dia seorang yang pemdiam dan pemalu.

“Tak ada apa-apalah Lan….aku nak buat macammana, supaya dia nampak aku suka kat dia..Lan.” wajah Farhan nampak lemah dan mendung. Kelihatanya dia  tidak bersemangat.

“Sejak peristiwa kau tumpang motor dia..takkan tak ada cerita menarik lagi Han?.”Edlan agak terkejut dan memandang tepat wajah sahabatnya yang kelat.


Sebenarnya dia cuba merisik kisah sahabat baiknya itu kalau-kalau ada cerita terbaru, rupanya hampa. Kalau orang lain mungkin sudah dua atau tiga kali keluar makan minum bersama. Sudah duduk disatu motosikal yang sama takkan tiada kisah yang boleh melanjutkan lagi ceritanya.. kalau tidak berjumpa tentulah mereka sudah galak bertelefon atau berSMS…bertanya khabar atau bercerita tentang diri masing-masing.  Tetapi Farhan lain pula kisahnya bagai tidak mampu berkembang, tidak menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Untuk dua tiga hari ini pula wajah Farhan nampak mendung sahaja.


“Betul tak ada Lan..kalau aku terjumpa dia, aku yang senyum dulu, barulah dia senyum. Kalau aku buat-buat tak nampak, dia apa lagilah menonong saja..entah dijelingnya aku ni entahkan tidak.” Kedengaran keluahan hampa Farhan. Pada Edlan kisah Farhan sangat menarik..ada ke seorang lelaki meminta bantuan ibunya untuk memikat seorang gadis. Untuk menjerat cintanya. Puan Fatimah pula seorang ibu yang sangat memahami. Beruntung Farhan mempunyai ibu seperti itu.

“Memang macam tulah Han, takkan dia yang nak mulakan dulu, diakan gadis Melayu … gadis yang penuh dengan adat sopan, penyantun dan  tebal dengan sifat pemalu. Apa-apa hal kau kena mulakan dulu..kau tu lelaki kau kena buang sikit sifat malu kau tu”. Nasihat Edlan tulus.

“Aku nak buat macam mana?…cuba kau bagi aku jalan..aku ni bab-bab macam ni susah sikit lah Lan..aku tak pandai”. Farhan mengakui kelemahan dirinya. Dia meminta tunjuk ajar dari sahabatnya.

“Kau buat macam ni..” Edlan merapati Farhan dan berkata perlahan agar tidak didengari oleh kawan-kawan disekeliling, takut nanti Farhan malu pula jika perbualan mereka didengari oleh mereka. Dia cuba mengajar bagaimana Farhan harus bertindak.

“…kalau kau terjumpa dia tu cubalah sapa-sapa dia, kemudian ajak dia berbual.. cerita-cerita atau tanya dia baru sampai ke, hari cuti nak pergi mana ke..atau dah minum kebelum. Itulah cara cara orang bertanya”. Kadang-kadang Edlah rasa tidak percaya yang Farhan tidak tahu cara untuk memulakan perbualan pada seseorang. Walaupun kadang-kadang soalan yang kita ajukan seperti soalan bodoh atau tidak berkualiti tapi untuk memulakan cerita apa salahnya.

“…takkan nak tanya macam tu..macam tak sesuai saja, macam tak relevan sahaja soalan tu. Pasal cerita aku nak cerita apa kat dia?..takkan aku nak cerita sang kancil dengan buaya kut.. nak cerita tentang wayang, aku pun tak pernah masuk panggung..nak cerita filem dari ASTRO rumah aku tak ada Astro”. Terasa sungguh susah untuk Farhan memulakan satu perhubungan. Selebihnya untuk  mencari cintanya.

“Hisyy..kau ni Han..tak kan kau nak buka cerita sang kancil pulak itukan cerita budak-budak..kalau anak aku Ezza tu bolehlah.” Tidak tahan Edlan mendengar apa yang keluar dari mulut Farhan akhirnya ketawa besar Arief Edlah meletus juga. Sudahnya orang-orang disekeliling mereka berpaling kearah mererka berdua dengan pandangan hairan.

’Dah kau suruh aku cerita..apa salahnya pulak kalau cerita sang kancil dengan buaya..dah tu dia gelak macam tak ingat dunia pulak hsyy dia ni buat malu, orang pandang’. Gumam Farhan perlahan sambil menjeling sahabatnya yang sedang mentertawakan dirinya mukanya pula dimasamkan. Hatinya jadi jengkel. Sememangnya dia memang benar-benar tidak tahu untuk memulakan misinya, atau lebih tepat blagi memulakan satu perbualan dengan seorang gadis.

“Oklah..oklah aku tak gelakkan kau lagi. Han aku bagi cadangan ni..cubalah kau call ajak dia pergi minum ke atau makan tengahari ke”.

“Aku mana ada nombor dia”. Dengan dahi berkerut-kerut Farhan berterus terang. Dia tidak terfikir sehingga mahu mengambil nombor telefon Fatin tempohhari.

“Haa!! Kenapa kau tak minta nombor dia hari tu.” Bulat mata dan mulut Edlan, terkejut dengan tingkah sahabatnya. Farhan hanya termangu melihat wajah sahabatnya yang terkejut seakan dia memarahi dirinya pula, tetapi memang betul salah Farhan kerana lambat beritndak..


“ Jangkanya lepas kau tumpang dia hari tu kau mintalah nombor telefon dia..bagilah alasan…
nanti kalau kereta kau meragam lagi kau boleh call dia nak minta tumpang… bagilah alasan macam tu. Masa tu takkan dia tak bagi, lagi pun dia dah tahu kau jiran dia. Dah ada nombor senang lah kau nak beramah mesra. Kalau ada masa free kau call lah dia. Mula-mula memanglah janggal tapi kalau dah dua tiga kali call tentu banyak cerita Han…barulah ada kemesraan.” Pada hemat Edlan susah sungguh hendak mengajar Farhan memikat gadis… semuanya  dia tak tahu. Dia tidak tahu langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengekalkan perhubungan.‘Dahlah berat mulut yang nak dipikat pun berat mulut hai apa nak jadi ..’. Itu hanya keluhan Edlan didalam hatinya sahaja.

Dia teringat keadaan abangnya baru  bercinta dulu..telefon sentiasa melekat ditelinga..sesekali dia mencuri dengar apakanh yang mereka bualkan..rupanya segala aktiviti hari dilapurkan sehingga hendak masuk tandas pun tidak terkecuali. Bil telefon ketika itu usah nak cerita. Mulalah ayah dan ibunya membebel lalu menyegerakankan mereka berkahwin.


“Aku tak terfikirlah pulak masa tu, tapi kalau aku minta masa tu, tak ke rasa aku ni mengambil kesempatan. Aku malu pulak nanti dia kata aku nak jual minyak urat.”

“Laa kau ni Han..Itukan dah memang kenyataannya.Memang kau nak jual minyak urat apa..kalau tak kau tak dapat dia..Han..Han. Kau tu lelaki apa salahnya..kau memang digalakkan mengurat seorag gadis untuk mengisi borang cinta kau yang masih kosong tu. Haa kalau dia..memang patut menanti  jejaka yang sudi menghulur borang cinta untuk diisi..supaya tidaklah nanti dia dikatakan seperti perigi mencari timba. Walaupun sekarang ni dah tak ada perigi, semua orang dah ‘ado api dalam kaco dan air dalam bosi’ di setiap  rumah.”  Sempat lagi Edlan menyelitkan sedikit gurauan supaya sahabatnya tidak terlalu tertekan.

“Tapi aku malulah kalau dia perasan aku nak megurat dia.. Susahnya..dah dewasa macam ni susah pulak rasanya nak teruskan hidup macam orang lain..nampak kau dah kahwin dan ada anak, aku pun teringin juga, tentu kau bahagia denga Su kan Lan..balik rumah ada isteri dan anak menanti..Tapi aku ni entahlah...Kau rasa ada tak harapan aku dengan dia tu Lan..aku rasa macam dah buntu nak rapat dengan dia”. Hanya soalan itu yang terkelur dari bibir Farhan. Keluhan demi keluhan keluar dari mulut Farhan. Dia mengucapkan dengan lemah seperti orang yang putus asa dan tidak berkeyakinan sahaja.

“InsyaAllah ada..tapi kau kenalah usha sikit”. Jawab sahabatnya memberi semanagat agar Farhan tidak cepat berputus asa.

“Kau mesti ingat Han.. Kau tukan nak cari orang yang boleh bersama dengan kau dalam suka dan duka..orang yang boleh bersama-sama kita pada bila-bila masa saja kenalah usha yakinkan dia.” Tidak jemu-jemu Edlan memberi perangsang dan semangat kepada sahabatnya. Agar dia tidak patah semangat untuk mencari tempat dia menletakkan kasih dan cintanya, mencari Suri yang dapat menemani hidupnya…calon isteri didunia sampai akhirat.

“Tapi Han..betul ke kau nak jadikan dia tu bakal orang rumah kau ataupun saja nak jadikan kawan tapi mesra kat tempat kerja ni sahaja, ialah teman minum pagi dan makan tengahhari…”. Edlan baru tersedar perbincangan mereka sudah terlalu jauh sedangkan Farhan belum lagi mengenali gadis itu dengan sebenar-benarnya. Sudah diputuskankah didalam hati sahabatnya ..yang gadis MA itu akan menjadi suri hatinya suatu hari nanti.

“Kau ni Lan setakat minum dan makan tengahari kat sini, aku lebih suka pergi dengan kau. Aku ni  memang dah berkenan dengan dia tu..lagi pun buat apalah nak menjadikan dia tu teman tapi mesra, lebih baik aku jadikan isteri terus. Ni nak kenal dia pun susah..lepas tu bila dah kenal kita  tinggal macam tu saja, kan kerja bodoh tu namanya. Prinsip aku satu saja Lan..kalau dengan perempuan bukan sahabat atau kawan rapat namanya, kalau kawan ditempat kerja tak apa. Berkepit kehulu kehilir teman makan teman minum ..itu sebenarnya megundang dosa.. Pada aku kalau dengan perempuan yang tiada kaitan dengan aku, aku hanya akan bercakap atau bertanya kerana hal kerja sahaja..lebih dari itu tidak digalakkan.”Itulah Farhan,dia sememangnya jarang mahu berbual atau bergurau senda dengan rakan yang berlainan gender. Kadang-kadang dalam satu hari suaranya tidak kedengaran walaupun hari itu dia ada bekeja. Bertanya atau memberi arahan hanya pada yang perlu sahaja.

“Kalau dah macam tu, apa kata kalau kau terserempak..kau ajak dia pergi minum ..cakaplah kau nak belanja dia sebab nak ucapkan terima kasih tumpangkan kau naik motor dia hari tu, nanti masa kau duduk sama-sama tu jangan lupa tanya tentang diri dia ..dah berpunya kebelum..nak lagi bagus dan kalau kau tak rasa malu kau tanya sekali kalau dia sudi terima dirikau jadi teman istimewa dia. Haa kalau kau takut terlupa, tulis apa yang aku cakap ni… cepat”. Edlan memberi arahan tegas kepada sahabat yang dihadapanya. Begitu terperinci Edlan mengajar sahabatnya, siap, suruh ditulis apa yang diperkatakan tadi...

“Kau ni Lan..aku taklah sampai macam tu..aku boleh tapi hanya aku tak tahu sahaja”.

“Ialah mana tahu kalau kau rasa gugup pula bila berdepan dengan dia..terus terlupa apa yang nak kau tanya.” Edlan terpaksa menyatakan tindakkan selanjutnya agar Farhan tahu untuk mengatur rancangan jika dia berjaya membawa Fatin pergi minum atau makan nanti. Tetapi rasa lucu pula bila membayangkan Farhan mengeluarkan nota kecil bila berhadapan dengan sigadis  nanti. Seperti wartawan yang hendak menyoal siat pula. Takut-takut Fatin cabut lagi kerana salah faham…Farhan mahu menyoal selidik dirinya..

============================================================



Pada suatu pagi Farhan terserempak Fatin diparking motosikal. Dia cuba mengambil kesempatan cadangan dan nasihat yang diberikan oleh sahabatnya tempuhhari.. Farhan memberanikan diri untuk mengajak Fatin minum pagi hari itu..

“Assalamualaikum..rasanya lama kita tak jumpa ye, kenapa sekarang ni abang tak nampak kakak parking motor kat sini.”

“Waalaikumsalam..sekarang ni saya datang awal kerana hantar adik pergi sekolah, lepas tu saya parking kat sebelah hujung tu.” Kebetulan pula Farhan keluar awal dari biasa tadi. Kini harinya seperti sepi..oleh kerana bosan dirumah, dia ketempat kerjanya lebih awal dari biasa.

“Selama ni adik pergi sekolah naik apa?.”

“Biasanya adik tumpang ayah dan ibu naik kereta..tapi masa ni ayah dan ibu pergi kursus dan tinggal kat sana selama seminggu lebih..itu yang saya kena hantar adik dulu.”

“Kalau macam tu..bagilah adik pakai motor,  kakak tumpang kereta abang kita pergi kerja sama-sama”.

“Ehh tak apalah.. ayah dan ibu dah balik..mereka dah habis kursus tapi mereka masih bercuti sehari.”.

‘Asyik terlepas peluang saja aku ni..nak kena mandi bunga ke’’ detik hati Farhan yang kecewa mendengar jawapan gadis pujaan.

“Ohh..macam tu pulak..kakak rehat nanti pukul berapa?.”

 “Entahlah kitaorang rehat kena ganti-ganti entah yang first atau yang second..kenapa?”

“Kita pergi minum sama hari ni abang nak belanja kakak…sebab nak ucapkan terima kasih tumpang kan abang hari tu.”

“Terima kasihlah. Saya tumpangkan haritu tu ikhlas, tak payahlah nak balas..lagipun  saya dah bawa bekal sampai makan tengahari.”

“Kalau tak boleh hari ni besok boleh ?”

“Sebetulnya saya hari-hari bawa bekal ..sebab ibu dah masak pagi dia suruh saya bawa bekal”.

“Ohh macam tu” Hampa..hampa berganda hati Farhan bila mendengar jawapan Fatin.Terdetik dihati Farhan  ‘Macam manalah aku nak rapat dengan anak dara haji Rasid ni..ya Allah tunjukkanlah jalanya..aku mengharap pertolongan dariMu ya Allah’.

Sudah dua minggu berlalu sejak peristiwa ajakkanya ditolak, kini tiada lagi perkembangan tentang perhubungan mereka. Hatinya yang resah terlihat di wajahnya keruh. Hatinya buntu untuk mencari langkah seterusnya. Harapannya yang tinggi mengunug juga mula menyusut dah nak jadi macam anak bukit sahaja. Adakah harapanya untuk dia merapati gadis pujaanya sekarang ini. Itulah pertanyanaan yang sering berligar dikepalanya.Cemas hatinya jika perkenalan itu akan semakin hari semakin hambar dan akhirnya lenyap begitu sahaja, sedangkan dia sangat mengharapkan hubungan itu untuk menuju bahagia dimasa hadapan.

“Kenapa Han macam tak ceria saja aku tenguk..tak dapat jumpa buah hati ke?.”

“Bukan tak jumpa..aku jumpa tadi, tapi dia macam nak menjauhkan diri saja..aku perasan sejak aku ajak dia minum dengan aku hari tu, dia macam nak mengelak saja dari aku, kalau dulu 5 atau 10 minit sebelum 730 pagi aku nampak dia sampai, tapi sekarang ni tak ada pulak, pukul berapa agaknya dia datang kerja. Aku jengah-jengah juga kat parking motor tapi motornya pun tak  ada..” Dalam diam rupanya Farhan sampai awal dari biasa kerana dia menunggu Fatin diparking keretanya.

“Entah-entah dia dah masuk syift kot..itu yang tak jumpa tu”.

“Tak juga hari tu aku ada tanya dia..dia akan kerja waktu pejabat dalam dua atau tiga bulan ni. Rupanya dia baru habis kursus.Itu sebabnya dia kena ikut senior dulu sebelum betul-betul mahir nak buat kerja sendiri.”

“Kalau macam tu bila terserempak lagi cubalah kau tanya kenapa dia macam tu..entah-entah dia dah ada pakwe kot..itu yang dia nak jauhkan diri dari kau”. Betapa kecewanya hati Farhan mendengar jawapan sahabatnya. Sedih hatinya. Bertambah lagi rasa dihatinya. Hampa dan sedih hu..hu..hu wajahnya makin mendung..

“Entahlah Lan aku pun tak tau..nak tanya hati dia dah berpunya ke belum pun tak ada peluang ..aku ni macam bertepuk sebelah tangan sajalah Lan.. macam ni haa.. aku suka kan dia bagai nak rak dia pulak macam nak jauhkan diri dari aku pulak.. nak saja aku tanya dia, kalau padi katakan padi tidak aku tertampi-tampi”.

“kalau sudi kata sudi tidaklah kau ternanti-nanti” sambung Edlan, kerana pantun empat kerat sahabatnya tadi hanya tergantung tiada penamatnya. Dia sedeh melihat wajah muram sahabatnya yang didepan mata. Kemudian dia menyambung untuk memberi semagat agar sahabatnya tidak berputus asa…

“Sabarlah Han, kalau ada jodoh kau dengan dia tak kemana. Berserah dan berdoalah pada yang Maha Berkuasa..buatlah solat hajat banyak-banyak kita berserah pada yang Maha Berkuasa agar hatinya terbuka untuk engkau”.

“Aku dah buat Lan. Aku tahu juga bab hati dan perasaan hanya Allah yang pengang kuncinya.”

“Kalau macam tu tunggu saja..InsyaAllah. Kau pegang satu kalau dia baik untuk kau pada masa sekarang dan masa akan datang tentu Allah akan lorongkan untuk kau. Tapi kalau sebaliknya kau harus redha, sebab Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. Allah kan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang… Dia akan mendengar permintaan kau..berserah sajalah Han.” Lapang sedikit dada Farhan mendengar nasihat sahabatnya.



Rasanya tajuk ni tak berapa menarik..kalau sudi berkongsi cadangkanlah satu tajuk yang nampak menarik..kalau mat teh nak bagi tajuk GADIS DUA BODYGUARD. ok tak.




Thursday 7 March 2013

Bab 6 Bimbang



Awan bergulung di hari senja,
Nampak berbalam putih warnanya,
Tuan di gunung hamba di paya,
Mengharap dalam jambangan kasih dapat bersama.



                Seminggu telah berlalu sejak pertemuanya dikenduri kahwin kawannya Zaki tempuhhari. Farhan sudahmula  buntu untuk mencari  bicara mesra dengan Fatin. Serasa sudah tidak ada cerita untuk dia mencuri waktu Fatin diwaktu pagi. Dalam seminggu ini kalau dia terserempak dengansi gadis, dia hanya memberi salam dan berbalas senyum sahaja.  Terasa hubungan mereka tidak berkembang.Hati Farhan jadi resah. Kini dia akur akan nasihat sahabatnya Arief Edlan agar meminta bantuan ibunya untuk merapati anak gadis Pak Haji Rasid. Malam itu dibuangnya rasa malunya bertanyakan ibunya meminta pertolongan.


“Bu..ibu ada dengar tak cerita anak Pak Haji Rasid yang perempuan tu dah ada yang punya?.”


“Entahlah Han..tapi tak pernah pulak ibu dengar yang dia dah bertunang.Makcik Fiza yang duduk sebelah rumah Haji Rasid pun tak pernah cakap dengan ibu. Makcik Fiza selalu juga berjogging dengan ibu..pagi tadi pun kami jogging sama-sama. Kenapa Han..dia ada cakap dengan Han  dia dah bertunang ke?”.Ketika itu Hajjah Fatimah sedang menjahit  tempahan baju kurungnya di ruang tamu rumah mereka. Suaminya Haji Abu Bakar pula kesurau,dia berpesan akan pulang lewat sedikit malam itukerana memenuhi undangan membaca Yassin disebuah rumah kenalanya.Itulah aktiviti suaminya sejak berpencen.


“Nak cakap apanya…kami ni nama saja satu tempat kerja, tapi tak pernah pun duduk berbual, kalau terserempak pun..Han bagi salam, dia jawab salam suaranya pun tak dengar hanya bibirnya saja yang bergerak-gerak kemudian dia seyum itu aje.”


 “Mungkin dia nak jaga aurat suara dia..eloklah macam tu. Kenapa Han tanya..emm..Han suka pada kakak tu ke?”Hajjah Fatimah meneruskan sahaja jahitannya.Dia tidak memandang pun wajah anaknya. Takut pula jika dia memandang wajah anaknya akan terbantut pula hasrat hati apa yang mahu disampaikan… tapi mulutnya terpacul juga soalan cepu emas untuk sianak yang bertanya.Farhan terkedu..tadi walaupun dia merasa malu tapi kerana desakkan hatinya, terkeluar juga pertanyaan itudari mulutnya.


            Apabila soalan cepu emasnya tadi  tidak berjawab Hajjah Fatimah menghentikan jahitan ditanganya, lalu  memandang anak teruna keduanya.Anak yang dihadapanya sudah tidak tentu arah tingkahnya, mukanya juga sudah merah mungkin menahan malu.. Bila pandangan mata ibunya terarah kepadanya.. Farhan bangun menuju kebiliknya meninggalkan ibunya yang masih termangu..


          Walaupun anaknya berlalu kebilik dengan  soalan yang tergantung tidak berjawab namun dihati Hajjah Fatimah rasa sangat bersyukur kerana Farhan sudah mahu bertanyakan seorang gadis kepadanya.Ini menunjukkan ada satu perkembangan yang baik dan ada harapanya untuk menerima menantu seorang lagi.Hajjah Fatimah harus bertindak cepat sebelum hasrat hati anaknya terbantut.


          Makcik Fiza yang diperkata kan oleh Hajjah Fatimah merupakan sahabat baiknya yang tinggal disebelah rumah Haji Rasyid dan Hajjah Noraini. Dia merupakan jiran yang paling hampir pada kedua ibu dan ayah Fatin Najihah. Apabila tersedar dari rasa syukurnya Hajjah Fatimah mengekori anaknya yang telah masuk kedalam biliknya lalu duduk dibirai katil Farhan,Farhan pula sudah duduk mengadap computer riba dia atas meja belajarnya, mungkin untuk menyorokkan wajahnya kerana  malunya dengan pertanyaan tadi. Itulah Farhan, jika hatinya terusik sedikit dia akan masuk kebilik menyembunyikan dirinya.


“Han ibu nak tanya ni janganlah Han malu dengan ibu…emm..kenapa Han tanya tentang kakak tu..Han suka denagn dia ke?.cakaplah dengan ibu..kita nikan anak beranak apa salahnya Han cakap dengan ibu.” desak Puan Fatimah lagi.


“Emm..macam tulah kiranya..tapi Han tak tahu macam mana nak kenal dia…jadi Han mintak tolong ibu kalau dapat ibu bagi jalan kat Han ni.” Lama Puan  Fatimah memandang anaknya yang seorang itu..dia tahu dalam empat orang anak lelakinya..Farhan lah yang paling pemalu terutama untuk bertemu dengan perempuan.Dia terkenang semasa remajanya ..dia dan suaminya selalu menyuruh Farhan keluar berjalan di bandar atau bertemu kawan dikawasan perumahan mereka, tetapi Farhan lebih suka duduk memerap dirumah atau lebih tepat didalam biliknya. Bila digesa berulang kali dia akan menjawab…


“Ibu ni…Han duduk kat rumah supaya hati ibu tidak bimbang ..kalau Han keluar nanti terjebak dengan perkara-perkara tak elok..hati ibu dan ayah juga yang  susah nanti.” itulah jawapan yang selalu diberikan.


Dalam hati Puan Fatimah sangat besyukur kerana Farhan sudah mahu memikirkan pasangan hidupnya. Dia akan berusha membantu anaknya memancing hati anak dara Haji Rasid..jika pancingan anaknyan berjaya dia juga yang untung… dapat menantu dan besan yang dekat dan sudah dikenali.


“Han..dia pergi kerja naik apa?..”Puan Fatimah memandang wajah anak yang dihadapanya.Farhan masih mengadap komputernya mungkin mahu menghilanghkan rasa malunya.Hajjah Fatimah pula ligat mencari jalan untuk diutarakan kepada anaknya. Dia akan cuba membantu  anak terunanya memikat hati sigadis.


“Dia pergi kerja naik motor..bu.”Walaupun dia menjawap segalanya di soal oleh ibunya namun dia tidak memalingkan mukanya memandang ibunya disisi.


“Kalau Han ajak dia pergi kerja sama-sama naik kereta Han mahu tak agaknya.”Itulah rancangan yang pertama yang keluar dari bibirnya.Pantas Farhan memalingkan muka mengadap ibunya.Dia sudah menunjukkan minat dengan cadangan ibunya.


“Han rasa dia tak akan mahu..”


 “Kenapa pula Han cakap macam tu Han belum cuba tanya dia lagi”.


“sebab ..Han rasa dia ni jenis yang pemalu,ada juga sesekali Han bertembung dengan dia kat hospital tu tapi..ialah dia dah kenal Han tapi kalau bertembung pun dia tak akan tegur Han dulu..kalau Han tegur barulah dia balas, itupun hanya dengan tersenyum jawab salam dengan bibir bergerak-gerak suara tak dengar. Kalau Han pura-pura tak perasan laju saja langkahnya dia dan tak tegur Han pun.”


“Ibu dah agak pun, dia tu Han kalau tak salah ibu ..pendiam sikit. Dulu kalau ibu jalan dan duduk depan rumah dia, kalau dia ada duduk dengan kawan-kawan dia, ibu nampak dia hanya pandang saja kawan-kawan dia berbual, kalau ada yang lucu dia ketawa sambil menutup mulutnya. Kalau nak kata sombong tidak juga dia duduk sama tapi dia tak pandai nak berbual..”


“Kalau macam tu sesuai ke dengan Han bu”.


“Kalau ada jodoh Han dengan dia, bila dah jadi suami isteri duduk serumah ni lain. Ayah Han dulu tu pendiam juga..tapi bila dah jadi suami isteri banyak pula yang nak dibincangkan dengan ibu..dah duduk serumah dia dah tak jadi pendiam lagi dengan ibu..tapi Han tenguklah kalau ayah Han dengan kawan-kawan dia, dia cakap sepatah dua sahaja kan?”.

“Emm” Farhan membayangkan kata-kata ibunya tentang ayahnya..sememangnya Haji Abu Bakar pendiam orangnya. Dia lebih suka memerhati dari bercerita, dia juga akan ketawa jika ada yang lucu tetapi tawanya hanya sedikit sahaja. Bila teringat persolan yang sedang mereka bincangkan Farhan kembali bertanya kepada ibunya..


“Habis bu macam mana cerita Han dengan kakak ni… macam mana Han nak ajak dia pergi kerja sama-sama.”


“Kalau macam tu apa kata kalau Han saja yang tumpang motor dia…macam mana?.”Timbul satu idea yang bernas dikepala Hajjah Fatimah.


“Cuba Han tumpang motor dia”.


“Ehh ibu ni boleh ke macam tu, elok-elok orang naik motor atas jalan raya tiba-tiba Han terjun dalam longkang pula.”Farhan merasakan cadangan ibunya tidak masuk akal pula. Tidak terbayang dimindanya dia membonceng motosikal Fatin Najihah..terasa jatuh pula air mukanya seorang lelaki membonceng motosikal seorang gadis.Tidak terjangkau oleh akalnya.


“Kenapa pulak yang Han nak terjun dalam longkang.”


“Ialah tiba-tiba saja Han nak tumpang motor dia, tentu dia kata Han mengada-ngada mahu dia bagi Han flying kick  sekali..tak terjun dalam longkang Han ni…lagi pun, bagi ke dia bila Han nak tumpang motor dia tampa sebab.”


“Cubalah dulu…dia pergi kerja lalu depan rumah kita ke?biasanya pukul berapa dia lalu?”Hajjah Fatimah sudah seperti penyiasat persendirian pula mengumpul  data-data yang akan digunakan untuk memulakan misinya. Dia akan cuba meneruskan idea bernasnya.


“Han selalu terserempak kalau dia lalu depan rumah kita ni lagi lima minit pukul 700 pagi.”
Dalam diam rupanya Farhan telah lama memerhatikan Fatin dek desakkan hatinya.


“ok esok pagi kita tunggu depan pagar…kalau dia lalu nanti ibu tahan lah mintak tolong tumpangkan Han.”

“Betul ke ibu nak tolong Han ni? ..tapi boleh ke macam tu.?” Farhan mula merasa ragu dan cemas dengan rancangan  ibunya..apalah yang dirancang oleh ibunyadia tak tahu.


“Cubalah dulu, Han ni macam tak yakin dengan ibu… kita cubalah dulu..sebenarnya ibu pun suka kalau kakak tu jadi menantu ibu..ialah budaknya baik kalau berjalan-jalan ibu nampak dia pakai tudung labuh, tak bersolek.Lagi satu ibu dan ayah dia pun baik..ibu dia tu jenis orang yang tak bangga diri dengan anak-anak dia..ibu tak pernah dengar ibu dia membanggakan anak-anak dia Han, walaupun anak-anak diorang tu semuanya bagus-bagus, baik dari segi pelajaran mahupun tingkahlaku. Tak macam sesetengah ibu ni, kalau cerita anak dia saja yang baik, anak dia saja yang pandai..tapi Hajjah Ani ni tak pernah pulak ibu dengar dia membangga-banggakan anak-anak dia. Pada ibukan Han..kalau anaknya baik ibunya tak baik, susah juga kita nak masuk keluarga dia. Lagi satu kalau ibu tu jenis yang suka membanggakan anak-anak, sikit-sikit dia akan masuk campur dalam rumahtagga anak-anak dia..dan selalu memenangkan anakya kalau ada pertelingkahan antara suami isteri nanti. Ada ibu dengar orang dulu-dulu cakap,kalau nak kahwin anaknya kita mesti kenal ibunya dulu,tujuannya macam tulah kalau ibunya baik InsyaAllah rumah tangga anaknya akan kekal bahagia.”

================

           Seperti yang dirancang pagi itu Hajjah Fatimah dan Farhan meneruskan rancangan mereka.Dari pukul 645 minit pagi lagi Puan Fatimah sudah terpacak menjadi jaga dihadapan pagar rumah mereka.Farhan juga sudah bersedia dengan baju kerjanya dan sebuah topi keledar ditangan, menanti gadis idaman dengan sabar.Mereka berdua berdoa agar rancangan mereka membuahkan hasil. Seperti biasa bila jam menunjukkan 5 minit lagi pukul 7 pagi, terdengar bunyi motosikal dari atas bukit..cepat-cepatHajjah Fatimah keluardari pagar rumahnya dan melambai-lambaikan tanganya.Fatin yang menunggang motosikal dengan laju kerana menuruni bukit, agak terkejut bila ada orang melambai-lambai seolah-olah menahannya..dia memperlahankan motosikalnya dan berhenti di depan pagar Hajjah Fatimah.


“Kenapa mak cik??”


“Alhamdulliah ..nampak pun kakak kat makcik ni.”


“Nampak..tapi kenapa..ada orang yang sakit ke makcik?”


“Makcik minak tolong nak tumpang kan anak makcik ni haa..Abang Farhan meragam pulak pagi ni..tolong tumpangkan dia boleh tak..dia malas pulak nak jalan cari bas kat bawah tu.”  Ketika Hajjah Fatimah menyebut perkataan ‘Abang Farhan’ dia memalingkan wajahnya kebelakang, mencari anaknya yang masih tercegat dimuka pintu keluar..mungkin malu atau tidak yakin dengan rancangan ibunya. Kemudian dia memusingkan semula mukanya dan memandang wajah Fatin lalu menyambung dengan perkataan ‘meragam’.


Terkebil- kebil mata Fatin memandang Hajjah Fatimah.. Dalam hatinya tertanya juga, siapa yang meragam ‘Farhan atau keretanya..tapi tidak mendengar perkataan kereta pulak’ sedang Fatin terfikir-fikir apa yang didengarinya tadi..Hajjah Fatimah bertanya lagi…


“Boleh tak kakak tumpangkan abang Farhan ni.” bila dilihatnya Fatin hanya terkebil-kebil memandangnya, Hajjah Fatimah bertanya lagi meminta kepastian.


‘Mak cik oii meh sini nak pegang dahi demam ke..biar betul orang tua ni nak tumpangkan anak bujang dia tak takut kena culik dengan aku ke’tetapi persoaalan itu hanya bergema didalam hatinya sahaja.Bagai baru tersedar dari mimpi Fatin menjawab.


“Boleh..boleh..naiklah”. Tidak disangka perkataan yang tidak terkawal ..tetapi itulah bunyinya yang keluar dari bibirnya. Oh.oh. Keluh nya dalam hati.


        Bagi Farhan pula, bila dia mendengar perkataan..BOLEH  kali pertama laju dia mendapatkan ibunya. Perkataan ‘BOLEH’ kali kedua dia sudah berdiri disisi ibunya dengan membawa topi keledarnya  sekali. Dia menghadiahkan senyuman lawanya kepada Fatin di pagi hari, sebagai ucapan terima kasih.Farhan tidak bersuara dia hanya memandang dengan mata redup memohon simpati.


“Naiklah.”Fatin memandang wajah Farhan yang nampak ragu.Lama Fatin menunggu Farhan yang kelihatan serba salah dan teragak-agak. Puan Fatimah membantu anaknya lagi..dia bersuara bila melihat keadaan anaknya…


“Kakak biar abang Farhan  yang bawak motor.”Kini Fatin pulak yang rasa ragu-ragu ingin menyerahkan motornya kepada Farhan.


“Kakak jangan bimbang ..Abang Farhan ada lessen motor.” Puan Fatimah meyakinkan Fatin Najihah lagi, bila dilihat Fatin Najihah ragu-ragu.


             Diatas permintaan Hajjah Fatimah, Fatin turun dari motosikalnya untuk memberi laluan kepada Farhan membawa motosikalnya. Kini dia pula yang akan menjadi pemboncengnya. Farhan menyalami dan mencium tangan ibunya sebelum menaiki motosikal Fatin.Diikuti oleh Fatin menyalami dan mencium tangan Hajjah Fatimah.Kemudian mereka mula bergerak. Sebelum mereka bergerak  sempat lagi Puan Fatimah berpesan.


“Kakak peganglah abang Farhan tu nanti jatuh..Farhan baik-baik bawa anak dara orang jangan laju sangat..lambat sikit tak apa.” pesan ibunya. Dalam hati Fatin berdetik..’Hisyy orang tua ni pandai-pandai pulak suruh orang panggil anak dia abang..abang dari tadi, geli pulak nak dengar.’


           Sepeningalan kedua teruna dara tadi, Hajjah Fatimah tidak sempat masuk kedalam rumah  sudah menekan perutnya. Dia  ketawa geli hati dengan lakunannya tadi. Terasa sangat lucu bila dia menyebut ‘Abang Farhan meragam’ tadi..tapi jika disebutnya keretanya meragam takut-takut esok kereta yang baru enam bulan dibeli oleh anaknya itu meragam pulak.
Farhan membawa motor lebih laju sedikit dari kebiasaan Fatin membawanya sendiri. Dia tahu Fatin hampir terlambat gara-gara perlakuan dia dan ibunya.Sesekali Fatin terpaksa juga bersentuhan dengan belakang Farhan yang tiba-tiba memberek motornya secara tiba-tiba.


“Maaf ye tak nampak lubang tu..jangan marah.” Fatin hanya mendiamkan dirinya sahaja..’dah orang tak perasan takkan nak marah pulak’ itu detik hatinya.


            Sampai ditempat kerja  Farhan memakir ditempat biasa Fatin memakir motosikalnya. Setelah siap mengunci dan merantai motosikal Fatin, Farhan menyerahkan kunci motosikal Fatin yang ada ditangannyaDengan senyuman lawanya yang terpamir diwajahnya, dia mengucapkkan terima kasih….


“Terima kasih ..tapi petang ni abang nak tumpang untuk balik boleh..abang malaslah nak naik bas nanti kena jalan kaki pulak.” meremang bulu roma  Fatin mendengar Farhan membahasakan dirinya abang..terdengar romantic pula. Pada Farhan bila ibunya membahasakan dirinya abang untuk Fatin, dia menjadi suka pula dengan ganti nama itu..serasa dia sudah ada harapan..Diamemulakan angannya.


“Boleh..saya tunggu kat sini petang nanti..ok saya pergi dulu assalamualaikum” tampa menunggu lama laju langkahnyameninggalkan Farhan yang sedang bahagia..kerana dia sudah kesuntukkan masa. Farhan tersenyum ceria hari ini.Sepanjang jalan senyumnya tidak mahu surut dari bibirnya. Sampai ditempat kerja nya dia ditegur oleh Arief Edlan sahabatnya..


“AssalamualaikumHan..mimpi apa malam tadi..ni senyum berseri-seri muka kau tu.”

“Waalaikum salam..tak ada mimpi apa pun ..sebetulnya aku tidur tak lena malam tadi.”


“Kenapa??..kaukena ganggu dengan jin ke?.“


“ Kau ni mulut kau tu selalu celupar..kalau dah jin ganggu susah ubatnya tau. Mahu nanti aku kena kahwin dengan nenek jin.”


“Ialah sekarang ni cuba kau baca dalam surat khabar tenguk drama-drama kita, banyak cerita-ceritanya yang bersangkutan dengan jin.Tapi kenapa kau mengharapkan kau kahwin dengan nenek jin tak dengan cucu jin pulak.orang lain nakkan cucu dia nak nenek pulah Han..Han kau ni lain dari yang lain lah”.


“Dah nenek jin ni banyak ilmu..dah tua kereput pun manusia nampak cantik muda belia..jadi janganlah kau doakan aku macam tu.”


“Aku tak doakan kau macam tu…tapi apa pasal yang kau tak dapat tidur malam tadi ..dah tak cukup tidur datang kerja ni senyum memanjang macam orang angau saja aku nampak”.


Kau ni Lan kalau nak mengata aku main sedap mulut kau saja..tak toleh kiri kanan dengar dek orang malu aku..ada ke kau cakap aku angau.”Walaupun sahabatnya mengata dirinya namun senyum Farhan masih tidak mahu surut dari dibibirnya, seakan tiada perasaan marah dihatinya.


“Ialah kalau kau ada cerita bahagia ceritalah kat aku nihaa sikit … aku nikan sahabat kau.”


“Kau nak tau Lan..ibu aku buat rancangan dan rancangannya menjadi pulak tu..aku jadi heronya, itu yang aku bahagia ni.” Bertambah lebar senyum Farhan mengenang peristiwa yang baru berlalu..tidak disangka, dia menunggang motorsikal bersama Fatin. Dia akan mengenang peristiwa dalam sejarahnya itu hingga keakhir, detik hatinya yang bahagia.Terasa yang tadi tu mimpi sahaja.


“Kalau kau heronya siapa pulak heroinnya..ada ke gadis jiran kau yang tengah kau puja sekarang ini.”


“Dialah siapa lagi..bukan kau tak tahu siapa aku ni..susah sangat orang nak sangkut kat aku ni.”


“Alah bukan orang tak sangkut kat kau..tapi kau tu yang memilih.Apa yang ibu kau rancangkan tu ceritalah sikit kat aku ni.” Farhan menceritakan rancangan ibunya kepada sahabatnya..dia menceritakan juga bahawa petang nanti dia akan menumpang lagi motosikal Fatin Najihah. Tidak sabar rasanya menunggu petang…