“Sementara pak su ada ni Nuri nak ingatkan
sekali lagi, kalau dah habis lelaki kat dunia ni dan tinggal pak su sorang saja,
Nuri tak akan juga datang pada pak su ingat tu”.
“Ialah pak su ingat, pak su tak terniat pun
hanya terlepas cakap saja tadi sebab kesian sangat dengan penderitaan Nuri, pak
su minta maaf ya cakap yang tidak-tidak.
Tanamkan lah kat hati, kita ni anak beranak dunia dan akhirat”.
------------
Sarah dan Maryam tidak jadi makan ketempat yang mereka janjikan, kerana
kesuntukkan masa Maryam. Mereka hanya makan diretoren yang berhadapan dengan
tempat kerja Mariam. Setelah memilih tempat yang agak jauh dari pengjung lain
mereka memilih makanan pula. Sambil makan mereka berbual..
“Kenapa kak Sarah macam sedeh saja”.
“Akak nampak sedeh ke?”
“Nampak kak, kalau ada masaalah ceritalah Yam
boleh tolong pinjamkan telinga ni, lagipun
masaalah kalau dipendam seorang diri nanti susah jadinya”.
“Entahlah Yam, Yam kan tahu siapa akak ni, isteri
nombor dua, orang yang merampas kasih suami orang. Mana ada orang pandang baik
pada isteri nombor dua ni”.
“Kenapa kak isteri pertama abang Syuk cerca
akak ke?”.
“Hissy tak adalah.. dia baik. Tapi yang sebenar
akak tak pernah pun bersemuka dengan dia, cakap dalam telefon tak pernah, hanya
tadi pak cik dia datang marah-marah kat suami akak..”
“Dia kata apa dia cerca akak ke?..”
“Tak juga, tapi akak adalah terdengar berbincangan
mereka”.
“Suami akak kata dia nikah dengan akak hanya kerana kesian
kat akak saja ertinya rasa cinta dia
pada akak dulu dah tak ada”.
“Pada Yam itu semua dah tak perlu kak, janji
kita dah nikah dengan dia, dia pun dah bagi akak rumah untuk tempat berlindung,
kawin dua bulan dah bagi akak kereta. Itulah tandanya dia sayang pada akak”.
“Entahlah Yam akak rasa terkilan bila dengar
dia cakap macam tu, macam dia terpaksa saja terima akak.”
“Kak Sarah, ada tak dia tak balik jumpa
akak”.
“Dia tak balik masa giliran dia kat rumah
bini tua dia sajalah, kalau turn akak dia tetap balik.”
“Kalau macam tu oklah tu kita nak yang macam
mana lagi. Pada Yam janji dia tunaikan
tanggung jawab dia pada kita dan berlaku adil pada kita. Oklah tu”.
“Kahwin ni kalau sebab kesian dan simpati
lama-lama akan pudar Yam, akak takut nanti dia akan tinggalkan akak”.
“Kalau macam tu cepat-cepatlah akak
mengandungkan anak dia, ikat dia dengan anak-anak tentu dia tak dapat nak
lari”.
“Alah kami kahwin pun baru dua bulan Yam, mana
nak lekatnya. Ni ha bendera merah baru berkibar, pagi tadi keluarnya, ingatkan
dah lekat, dah lewat dua hari”.
“Alah kak, jangan lah stress sangat, jangan difikir tentang
sayang tak sayangnya atau cinta tak cintanya suami akak tu. Janji dia adil
dengan kita sudahlah”.
Itulah
adat orang bermadu, tidak pernah puas dengan apa yang ada. Itulah sesetengahnya
madu meminta itu dan ini untuk mencari kepuasan diri sendiri. Adakalanya bila
tersa diri lebih dari yang satu lagi mulalah meminta suami menceraikan yang
satu lagi bagi membuktikan cinta suami utuh untuk dirinya seorang.
Sudah tiba bulan Ramadan, bulan yang penuh Barakah. Seperti orang lain
juga Syukri, Nuri dan Sarah melakukan ibadah puasa. Sarah begitu teruja bila
mengenangkan tidak lama lagi mereka akan menyambut lebaran pula. Dan ini
merupakan lebaran pertama disambut dengan status isteri untuk dirinya.
Sepanjang bulan puasa ini Syukri bersyahur
dirumah Nuri walaupun malamnya dia giliran dirumah Sarah. Sarah tidak bersahur,
dia hanya bangun untuk meneguk segelas air kemudian dia akan menyambung
tidurnya. Bagi Nuri pula dia wajib bersahur dan sahurnya dia akan memasak atau
memanaskan makan.
Hari pertama berpuasa tahun itu terkena giliran malamnya dirumah Sarah.
Nuri pula bekerja giliran malam. Bila Syukri mengejutkan Sarah bangun untuk
bersahur.
“Sarah, bangun Sarah dah pukul lima ni kita
dah lambat,”.
“Emm..” Hanya itu yang keluar dari mulut
isterinya. Matanya masih terpejam rapat. Badannya juga tidak bergerak. Syukri
mengoyang bahu isterinya kuat sedikit.
“Sarah bangunlah, nanti tak sempat kita nak
bersahur hari nikan hari pertama kita puasa, Sarah dah niat ke?” Dengan
terpisat-pisat dan mata yang kelat Sarah bangun. Cuba dibuka matanya, untuk
melihat suami yang sudah duduk dihadapanya.
“Pukul berapa bang?”
“Pukul lima lima minit dah ni, nanti Sarah
tak sempat nak masak”.
“Nak masak apa baaang, kita tak ada apa pun
yang nak dimasak”. Bagi Syukri ketika serumah tangga dengan Nuri, Nurilah yang
beriya menyiapkan segala keperluan untuk bersyahur dan dia juga yang
mengejuktkan dia bangun.
“Tak ada lagi kelauk semalam yang nak
dipanaskan?”
“Tak ada bang, semalamkan kita makan kat
kedai”.
“Habis kita nak sahur apa pagi ni, kenapalah
Sarah tak bungkus sikit lauk semalam kalau tidak boleh kita panaskan makan
dengan nasi atau roti jadilah ada juga yang dimakan untuk kita bersahur”.
“Sebearnya Sarah tak biasa sahur makan, Sarah
biasanya minum air mati saja”. Kemudian tanganya mencapai sebotol air mineral
yang sudah siap sedia diatas almari soleknya.
Setelah meneguk hamper setengah botol kecil air mineral, Sarah menarik
bantal dan menyambung tidurnya semula. Melihat perilaku isterinya Syukri
bangun. Dia mahu kedapur melihat-lihat apa yang boleh dimasukkan kedalam perut
untuk sahurnya pagi itu. Ternyata tiada apa yang boleh dimakan didapur. Untuk
keluar mencari makanan tentulah sudah tidak sempat, jam sudah menunjukkan pukul
525 mint pagi. Akhirnya dia mengikuti cara Sarah meneguk setengah botol air
mineral baki Sarah tadi. Tetapi hari itu
seharian dia tidak berdaya untuk melakukan kerja.
Sejak itu, sahurnya dia akan kerumah Nuri. Jika Nuri bekerja malam
sekali pun dia akan pulang memanas apa-apa lauk yang ditinggalkan oleh Nuri
didalam peti sejuk. Perlakukan itu sudah biasa pada Syukri. Sebelum kedatangan
Sarah ketika dia ditinggalkan bekerja malam Syukri akan memanas lauk untuk
dirinya sendiri. Oleh kerana sahurnya dirumah Nuri, maka berbukanya nanti harus
dirumah Sarah, barulah adil itulah kata Sarah yang manja. Namun Syukri menuruti
kerana kerana terasa ada kebenaranya. Entah mengapa Syukri jadi kasihan dengaqn
watak manja Sarah.
Kehidupan yang harus diteruskan, diam tak diam Ramadan sudah
dipenghujung tidak lama lagi menjelang Sawal. Dua minggu sebelum berakhirnya Ramadan. Nuri
memberitahu suaminya, kerana masa itulah jadual kerjanya sudah dikeluarkan, dan
maklum pada ketetapan..
“Bang! raya Tahun ni, saya kerja. Saya kerja tiga
malam berturut-turut”.
“Eh!! kenapa pulak macam tu, bukan ke raya tahun lepas Nuri pun kerja, bukan
ke tahun turn Nuri dapat cuti raya”.
“Saja, memang saya minta kerja masa raya, tahun
ni tahun pertama Sarah beraya sebagai isteri, bagilah dia peluang. Bawalah dia
balik kampung abang kenal-kenalkan kat emak dan saudara mara abang.” Dengan
suara datar dan bergetar Nuri menuturkan apa yang telah dikarang sejak seminggu
lalu. Syukri jadi terkedu. Ada rasa
kasihan dihatinya melihat kesedehan isteri pertamanya. Dia tahu hati Nuri
terluka, tapi apakan daya nasi sudah menjadi bubur.
“Abang minta maaf Nuri, abang bersalah
lukakan hati Nuri”.
“tak payah minta maaf bang, kata-kata maaf
abang tambah mengoyakkan lagi hati saya, alang-alang abang toreh hati saya ni
torehlah biar sampai putus.” Makin terkedu Syukri mendengar apa yang terluah
dibibir isterinya. Syukri tidak menyangka ketenangan isterinya yang terpamir selama
ini hanya diluaranya sahaja.
Sebenarnya Syukri dari rumah Sarah, malam tadi adalah gilirangnya
dirumah Sarah. Dia sampai tadi Nuri sudah menyediakan sepinggan nasi goreng.
Diatas meja juga sudah terhidang semangkuk sambal udang dan sepiring timun.
Itulah sahur mereka berdua subuh itu. Setelah menghabiskan makanan mereka,
terus sahaja Nuria ketajuk hariraya. Dan itulah yang terkeluar dari bibirnya.
Syukri memeluk isterinya yang kelihatan tenang.
“Nuri abang betul-betul minta maaf, maafkan
abang Nuri”.
“Jangan minta maaf pada saya bang, itu hak
abang, abang berhak mencari yang sempurna, saya tahu saya tak sempurna. Dah lah
bang dah waktu imsak ni, kalau nak teguk air seteguk dua boleh lagi ni”. Nuri
memesong bicaranya. Mungkin untuk meredakan hatinya yang terhiris pilu.
Berita itu disambut sungguh gembira oleh Sarah.
Berita dia berhari raya dikampung Syukri di Pengkalan Hulu. Sehari sebelum
Syukri dan isteri keduanya Sarah bertolak ke Grid Perak dia bermalam dirumah
isteri pertmanya, petang ketika dia sampai dirumah isterinya.
“Ehhh, kenapa abang balik sini bukan esok abang dah
nak balik kampung?”
“Abang balik dari sini, abang dah pesan
siap-siap dengan Sarah lepas subuh kami bertolak, hari ni Nuri buka apa..”
“Biasalah bang Nuri buka dengan nasi saja, sebagai
alas perut Nuri buat bubur kacang, saya nak makan dengan roti sedap juga kan. Kalau
ada lebih nanti saya nak buat ais krim Malaysia kacan hijau”. Tentulah Nuri
terjut kerana sepanjang bulan Ramadan hanya sekali dua sahaja Syukri berbuka
bersamanya.
Entah mengapa sekarang ini Nuri selalu menginginkan makanan-makanan yang
dimakan ketika dia dialam remaja. Ketika arwah uminya masih ada. Aiskrem kacang
hijau adalah kegemaran along dan anaghnya dulu.
“Kalau buat tu jangan lupa tinggalkan abang
sebatang abang pun teringin juga dulu masa abang masih sekolah rendah emak
selalu buat untuk kami adik beradik.”
Melihat hidangan diatas meja Syukri akur isterinya yang ini sangat
simple bila berbuka puasa. Hanya ada sejug air mati atau air putih, sebekas
kurma, bubur kacang semanggkuk dan sebuku roti untuk alas perut. Nuri jarang
kebasar Ramadan membeli juadah. Buka hanya sekadar sedikit bubur atau sebiji
dua kurma, kemudian selesai solat Magrib mereka akan makan nasi seperti biasa.
Sudah tiga kali puasa caranya masih tidak berubah..itu detik hati Syukri ketika
meliaht hidangan Nuri diatas meja petang itu.
Tidak seperti Sarah, setiap kali berbuka dia akan membeli dua tiga jenis
kueh dan air, kalau tidak ditegur mahu satu bazar Ramadan habis dibelinya. sering
kali makan yang dibeli tidak habis dan akhirnya terjun ketong sampah.
Malam selepas solat Tarawihkh Nuri mula kedapur semula. Dia ingin
menyiapkan kek coklat kegemaran ibu mertuanya. Dihari-hari cuti sepanjang bulan
Ramadan, jika dia bersaorangan dirumah di membuat biskut Almond Landon dan juga
tat nenas untuk mengisi kesunyian. Tetapi pada kebiasanan hari-hari raya yang
lalu Syukri sama membatu menekap dan membakar.
Ketika itu riuh mulut mereka bercerita. Selepas solat Tarawikh dimalam Sabtu atau Ahad itulah hari
mereka bekerja sama membuat biskut. Kerana keesokkan harinya Syukri tidak
bekerja jadi bolehlah mereka melajakkan sedikit bagun paginya selepas solat Subuh.
Tetapi setelah kedatangan Sarah dalam hidup
suaminya, dia terpaksa melakukan seorang diri. Nuri terkenang kembali kisah nenek
busunya. Azam sudah tekad selepas hari raya aidil Fitri, akan menyelesaikan
halnya dengan Syukri. Dia mahu dirinya dilepaskan. Dia mahu mencari
kebahagiaanya sendiri.
“Nuri nak buat apa tu? meh lah kita tenguk tv
ni”. Selesai solat Tarawikh Syukri bereka disofa ruang tamu mereka.
“Abang tenguk lah saya nak buatkan mak kek
coklat”
“Tak payahlah, biarlah diorang buat sendiri,
Imah kan tengah cuti, alang pun ada kat rumah tu, tahun ni giliran dia raya kat
Pengkalan Hulu, Nuri kan dah buatkan emak Almond London dan tat nenas cukuplah tu”.
“Tak apalah hanya ini yang pandai saya buat,
lagi pun mak memang suka kek coklat ni , tak susah mana pun bahan-bahannya dah
ada. Biskut tat nenas dan almond London
abang dah masukkan dalam kereta ke?”
“belum ada kat atas meja rumah, nak letak
cepat-cepat dalam kereta takut coklat dia cair, nanti abang ingatkan Sarah
letak dekat beg yang nak bawa”. Ibu mertuanya memang mengharapkan dia
membuatkan biskut-biskut itu, jika dia dikampungnya dia akan membuatkan kek coklat itu juga.
“Emm..oklah.” Hatinya pilu bila mendengar
nama Sarah disebut oleh suaminya. Sambil dia memutar telur sehingga kembang
sambil dia melayan hatinya yang rawan.Tahukah suaminya hatinya yang menangis
kepedihan?.
Penyu menangis siapalah yang tahu.... Sedihnya.... Cepat2lah Syukri melepaskan Nuri.
ReplyDeletehati dah luka. kata maaf pun bukan boleh ubah keadaan.
ReplyDeletetak sabar nak baca bab seterusnya. apa reaksi mak syukri bila jumpa menantu baru.
teringat saya kisah pak sedara kejar anak lelaki nya dgn parang kerana bawa perempuan lain balik kerumah.. sedangkan dah beristeri. rupa2nya dia bawa isteri baru (kedua) ....hehehehe tp alhamdulillah sekarang dah bahagia dengan dua isteri..
ReplyDeletetu le lelaki ni kAta 9 akal 1 nafsu tp bila nikah lagi x pernah fikirkn perasaan isteri pertama...masa susah dgn isteri pettama dh senang nk dikongsi pulak dgn yg lain..si sarah dibelikn kereta dn apartment...nuri di blikn apa? memang lebur hati....dr tak ikhlas baiklah hidup sendiri.
ReplyDelete-dibah-
apartment Sarah tu masih sewa, tapi kereta memang dibelikan. Syukri belum lagi ditahap jutawan atau pun hartawan hanya senang sedikit dari dulu. Orng berbini dua ni bkan saja yang kaya, yg sedang-sedang macam kitani pun berhajat juga.
ReplyDeleteNak tahu rasanya crita joijoi pasal anak lelaki pak sedara yg bermadu tu bahagia. Adakah isteri tua nya bermasaalah atau sakit maka dia rela bermadu. Atau hanya suaminya sahaja yg bahagia.
ReplyDelete