p/s: untk mlm ni tak ada ye bab sterusnya tak siap lagi...
“Entahlah mommy, bila tahu dia anak Ris, Ris tak ada nafsu
dengan dia.Walaupun Ris peluk dia ataupun dia peluk Ris, Ris tak ada rasa apa
pun.Ris sayang dia tapi bukan sayang seorang isteri atau sayang dia sebagai seorang perempuan. Ris tak ada rasa nak
jadikan dia isteri Ris. Lagi dengan kesihatan Ris yang macam ni, Ris dah tak
teringat nak berseronok lagi”.
“Mommy bukan apa, mommy kesian anak mommy yang terpaksa
menahan nafsunya. Sepatutnya Ris kahwin untuk merasa gembira sementara Ris
masih sihat ni”.
“Sihat apa nya mommy. Ris batuk dah dekat dua minggu
ditambah demam. Macam ni haa walaupun demam Ris ni, Ris rasa dah baik tapi Ris
rasa tak bertenaga. Rasa tak larat dan lemah
sangat badan Ris ni”.
“Kalau dah tak larat janganlah puasa..cuti lah puasa dua
tiga hari, pulihkan tenaga dulu nanti sambunglah puasa tu”.
“Tak apalah mommy, hutang Ris banyak sangat. Ris berusha akan
membayarnya sebelum Ris mati. Pada Ris..
keadaan Ris sekarang Ris yang buat sendiri..Ris puasa yang sebetul nak
menyatakan yang Ris bersyukur pada Allah. Ris tak sangka Ris ada anak sorang
lagi selain dari Farid. Ris rasa gembira mommy. Hanya pada mereka Ris
mengharapkan sedekah Yassin dan Fatihah bila Ris dah dalam kubur nanti.” Tengku Faridah hanya memandang wajah anak yang
suram bila menyebut alam kuburnya. Untuk tidak kelihatan dia sedeh Tengku Faris
memesongkan ceritanya…
“Mommy..Sekurang-kurangnya
Ris ada anak lelaki dan perempuan. Dan Ris dapat hidup sebumbung dengan anak
perempuan Ris. Mommy nak tahu perasaan Ris bila pandang Hidayah..Bila dia tersenyum ceria Ris bahagia
sangat. Bila Nampak dia petah berceloteh Ris rasa terhibur.. Bila dia
manja-manja dengan Ris rasa seronok sangat. Mommy nak tahu sebab apa..sebab Ris
terasa Ris sangat diperlukan oleh anak perempuan Ris. Dia memerlukan Ris untuk dia
mencari kasih. Rasa seronok tenguk anak dah besar. Ris bangga anak Ris sempurna, cantik dan
pandai. Mommy nak tahu, Hidayah ni dari kecil lagi dah pandai, rugi rasanya tak
dapat tenguk dia masa kecil. Masa tadika dah pandai maca buku cerita, UPSR
dapat 5A, PMR dapat 8A dan SPMnya pun pun sama..ada dia tunjuk gambar dia masa
dapat dia dapat anugerah. Dia ada tunjukkan gambar dia pada Ris Detik-detik
kecemerlanganya. Masa jadi pelajar UiTM beberapakali dia dapat anugerah Dekkan
pandai anak Ris mommy. Kalau ada masa
nanti Ris minta dia tunjukkan gambar-gambar dia tu pada mommy ye. Nanti mommy
boleh tenguk wajah dia tu mengikut sebelah kita.” Dapat juga Tengku Faris melepaskan rasa
bangganya dengan kebijakkan anaknya. Tengku Faridah hanya memandang anaknya
yang berwajah bangga.
“Jadi Ris memang tak ada niat nak jadikan dia isteri Ris yang sebenarnyalah. Kalau macam tu apa
kata kita cari wanita lain. Ris nikah dengan dia, tentu Hidayah tak marah kalau Ris madukan dia. Jadi adalah orang nak
jaga Ris”…Tengku Faridah tidak putus asa untuk mencari kan anaknya jodoh buat
melepaskan nafsu batinya.
“Entah lah mommy.. Ris rasa tak perlu. Mommy jaga Ris pun
dah cukup. Ris sudah cukup puas hidup
macam dulu.”
“Mommy jaga lain, anak jaga pun lain dan kalau isteri jaga
juga lain rasanya Ris”.
“Memang lain mee. Tapi bila Ris ingat kematian Ris tak lama
lagi, Ris dah tak fikir rasa nak berseronok Mommy. Ris sedar hidup Ris hanya ada beberapa tahun sahaja lagi.
Kemudian Ris akan tinggalkan wanita itu dengan satu gelaran BALU.”.
“Tak apalah nanti
kita bagilah harta sikit pada dia. ”
“Ris tak mahu dia
datang pada Ris hanya kerana harta sahaja. Nanti kalau penyakit Ris ni dah
teruk dan Ris tak dapat memenuhi kemahuan batin dia, dia cari jantan lain depan
mata Ris. Tak mampu Ris membayangkan isteri curang didepan mata Ris. Lagi pun Ris
dah rasa tahap kesihatan badan Ris dah mula lemah. Dan keinginan Ris pada
wanita pun dah tak ada mee. Ris tak nak fikir lain. Sekarang Ris ingat
hanya nak meraih kasih sayang dan belas kasihan Allah pada Ris. Ris nak
minta ampun pada Allah sungguh-sungguh supaya taubat Ris diterima oleh Allah
mommy.”
“Mommy tak dapat nak tolong Ris. Yang mommy boleh tolong
hanya mencarikan Ris wanita yang boleh dijadikan isteri Ris sahaja. Kadang-kadang
mommy kesian juga dengan Hidayah tu, sayang dengan hidup muda dia. Selagi Ris
tak lepas kan dia, dia tak ada peluang nak
jadi isteri pada lelaki lain”.
“Ris ada juga cakap macam tu dengan dia, umurnya akan
terbuang selagi Ris tak lepaskan dia. Tapi katanya sebab dia sayang dengan
umurnyalah dia nikah dengan Ris..”
“Pulak dahh..sayang yang macam mana tu kalau dia nikah tapi
tak dapat apa-apa.. dan peluang dia mendapat kebahagian seorang isteri dengan
lelaki lain pun terlepas…sayang umur apanya macam tu”.
“Hidayah kata dengan Ris dulu..kalau dia tak nikah dengan
Ris, umur yang Allah dah bagi pada dia akan terbazir macam
tu sahaja. Sedangkan Allah hidupkan seseorang hamba untuk berbuat kebajikkan.
Dia tak pernah mengharap dirinya dijadikan isteri oleh seorang lelaki kerana
statusnya mommy. Jadi pada hidup nya terbazir tak buat apa-apa dia nak bantu
Ris bertaubat, itu juga satu kebajikkan katanya.
… Memang sebelum kami nikah, Ris ada cerita dengan dia
kehidupan Ris dulu macam mana. Ris ada juga cakap dengan dia, Ris betul-betul
nak bertaubat. Masa tu Ris belum tahu
lagi Ris ada HIV dan Ris belum tahu lagi dia anak Ris. Bila dengar Ris cakap
macam tu, dia terus setuju nikah dengan Ris.Dia berjanji nak bantu Ris
bertaubat. Bila Ris tahu Ris ada HIV, Ris berterus terang dan tanya dia sekali
lagi, nak ke dia bernikah dengan Ris. Dia masih nak teruskan janjinya, sebab dia dah janji nak bantu Ris..dia tak
nak jadi orang munafik kerana mengingkari janjinya. Dia memang ikhlas nak
membantu Ris membetulkan diri Ris
mommy”.
“Tapi mommy rasa dia ada ajenda lain..mommy tak percaya dia
ikhlas nak tolong Ris. Pada mommy setelah dia tahu keadaan Ris, dia dah siap merancang..ialah
tak lama lagi dia akan menjadi balu Ris, ini bermakna dia akan dapat bahagian harta selepas Ris tak ada nanti. Dia nak cepat
senang. Dia nak cepat jadi janda berhias yang kaya …”
“Mommy, Ris ada tanya dia kenapa dia nak juga teruskan
pernikahan dengan Ris..kalau dia nak duit Ris boleh bagi sebanyak mana yang dia
nak. Dia tak nak.. yang dia nak seorang papa yang boleh melindungi dia. Tapi
sebab dia anak luar nikah Ris dari segi hukum dia bukan mahram Ris. Kalau dah
mahram kami bersentuhan atau kamu duduk berduaan kami akan berdosa. Hanya satu
cara sahaja yang boleh kami mengelakkan dosa NIKAH..jadikan dia mahram Ris.”
“Entahlah Ris manusia ni kadang-kadang sangat pelik.Tapi
mommy rasa tak percaya dengan kebaikkan dia..”
“Selama dia duduk dengan kita..ada ke mommy nampak dia macam
tu. Nampak dia gila kan harta”.
“Dia pandai berlakon Ris.. Ris jangan mudah tertipu”
“Tapi Ris memang percayakan dia.Dengan sebab itu juga Ris
tak nak meninggalkan dia dengan rasa gersang seorang isteri. Sebab.. Ris takut
selepas kematian Ris tak ada lelaki yang sudi kutip dia jadi isteri apatah lagi
bila orang tahu bekas suaminya pengidap ADIS. Mommy Ris nak tinggalkan Hidayah
dengan kenangan Ris adalah papanya bukan suaminya mommy.” Yang sebenarnya hari itu Tengku Faris tidak
kepejabat. Sudah hamper seminggu di terkena selsema. Tiga hari kemudian
mungkin kerana selseme nafasnya pula menjadi sesak. Dia diserang asma
pula, doctor menasihatkan agar dia berehat untuk menghidarkan dari bertambah
teruk. Daya ketahanan badanya sudah lemah, dia tidak boleh berada di kawasan
yang dipenuhi oleh manusia-manusia lain yang kita tak tahu entah kuaman apa
yang dia bawa.
Sedang mereka
bercakap-cakap kedengarn deruman kereta dihalaman rumah. Mereka tahu Tengku
Faizal dan Nur Hidayah sudah pulang dari kerja. Tengku Faris yang baring cepat
sahaja menegakkan badan duduk. Tidak lama kemudian kelihatan pintu dibuka dari
luar..dan suara lembut menyapa telinga memberi salam..
“Assalammulaikum..”Hidayah menghampiri Tengku Faridah bersalaman
lalu mencium tangannya, kemudian Tengku Faris pula dengan perlakuan yang sama.
Dia duduk disebelah Tengku Faris. Tangannya secara spontan belakang tanganya
melekap kedahi Tengu Faris..sambil itu mulutnya menyoalah keadaan papanya lagak
macam doctor sahaja Hidayah….
“Papa macam mana hari ni, rasa sihat tak..”
“Papa rasa ok dah ni hanya rasa letih sahaja.”
“Papa teringain nak makan apa buka ni..Dayah boleh masakkan.
Alang-alang atuk balik cepat ni biar Dayah masak untuk papa”.Sambil mulutnya
bertanya sambil dia membetulkan duduknya tanganya pula menggengam tangan
papanya.Perilakunya memang seperti seorang anak gadis yang manja disisi papanya
“Pa! kalau rasa letih, tak payah kita pergi masjidlah malam
ni”.
“Papa dah rasa ok.Papa nak pergi masjid juga sebab malam ni
ada ustaz..entah apalah namanya papa lupa..ustaz yang putih-putih tu yang dia
kata hari tu, dia 10 tahun duduk Jordan.”
“Ohh ustaz tu ialah kita akan pergi nanti tapi kena tenguk
keadaan papa nanti ye, kalau masih rasa letih tak bertenaga jangan pergi ye.
Ikut nasihat doctor untuk kebaikkan papa juga..Ehh papa puasa tak hari ni.Pa Kalau
tak larat tak payah lah paksa diri. Dayah tenguk papa letih muka pun pucat...”.
“Puasa ini yang letih ni..nanti kalau dah buka segarlah
badan ni”.
“Haah Hidayah papa kamu ni dari tadi tergolek kat sofa ni,
suruh baring kat bilik tak mahu, dia nak tunggu kamu balik katanya”. Tengku
Faridah menceritakan perihal anak tunggalnya.
“Papa boring, baring
sorang dalam bilik tu. Mata pun tak nak pejam baik baring kat luar ni
boleh juga jadi teman mommy berbual”.
“Emm.Papa nak buka apa hari ni. Dayah masakkan”.
“Papa nak makan sup ayam bubuh potato ye..tapi masak potato
nya biar sampai lembik ye Hidayah”.
“Lagi papa nak makan apa lagi…”
“Hidayaah kamu tu kan dari luar papa kamu baru nak baik,
pergilah mandi dulu, pakai baju bersih barulah dekat dengan papa kamu
tu”.Melihatkan Nur Hidayah seperti mahu berceloteh panjang dengan papa
merangkap suaminya, Tengku Faridah
terpaksa menegurnya..
“Oh..ialah..ialah
Dayah mandi dulu. Dayah pun tak solat asar lagi. Tadi atuk ajak
balik kalau sampai empat setengah atuk
kata jalan jem jadi keluar awal sikit. Atuk kata nak pergi rumah Tengku Farid
nak ikut baca Yassin dengan atu Ib..”.
“Hadayaah panggillah abang Farid dia abang Hidayah..dah
pergi mandi..”
“Ialah..ialah”. Sambil dia tersenyum-senyum manja…memang
manja kelakuan Hidayah ni.. Terus sahaja dia bangun menuju kearah tangga untuk
naik kebiliknya.Mandi. Selepas mandi dia turun semula keruang tamu..sebelum
masuk kedapur untuk menyediakan makan malam.
Selepas solat magrib dirumah, Tengku Faris mengajak Nur
Hidayah kemasjid. Ketika pintu bilik anak dibuka Nur Hidayah masih bertelekung.
“Hidayah jomlah kita ke masjid nanti terlepas pula usrah
ustaz tu”.
“Papa sihat ke nak pergi masjid ni”.
“Alhamdulillah dah sihat dah..lepas makan rasa bertenaga
pula papa ni. Kan banyak papa makan tadi sedap betul Hidayah masak sup untuk
papa..”.
Dalam perjalan kemasjid
sempat juga Tengku Faris menyatakan rasa kesalnya. Yang sebenarnya rasa kesal
itu sering diluahkan bila perkara lama melintas dikepalanya. Dia memang sungguh
menyesal dengan perbuatanya. Dan dia juga menyesal keadaan anaknya adalah hasil
dari salah laku dirinya dulu.
“Tak apa papa..pada
Dayah kelahiran Dayah yang macam ni ada hikmahnya.. mungkin Allah nak memberi
kesedaran pada papa. Papa nak tahu erti Nur Hidayah dalam bahasa Melayu.
Nur erti nya CAHAYA dan Hidayah makna nya PETUNJUK..Nur Hidayah
maknanya cahaya petunjuk. Mungkin kelahiran Dayahnya menjadi Cahaya Petunjuk
pada papa. Yang sebnarnya Dayah dah lama redha dengan kelahiran Dayah yang
macam ni”.
“Tapi dengan memegang status anak tak sah taraf..Dayah
dipandanng hina”
“Dayah tak harapakan
pandagan manusia pada Dayah tapi Dayah mengharapkan pandangan Allah pada Dayah.
Itu sebabnya Dayah berusha menjadi hamba yang baik dan taat pada perintahNya
dan menjauhi apa yang di larangNya. Papa jangan salahkan diri, itu semua
ketentuan hidup Dayah yang Allah dah tetapkan. Papa nak tahu Dayah bahagia
sangat bila Dayah ada papa. Hanya satu
Dayah minta papa bertaubatlah bersungguh-sungguh. Jangan rasa ralat, jangan
rasa terkilan dengan apa yang Allah bagi pada kita. Anggap itu ujian dan kita
reda dengan segala ujian, kalau kita reda dengan ujianya kita dapat pahala tau
pa. Ambil peluang yang Allah bagi..masa yang Allah beri pada papa. Kita menefaatkanlah bersungguh-sungguh. Semuga kita dikurniakan
nikmat kasih sayangNya kalau tak didunia kat akhirat ye pa.”
“Terima kasih..sayang..Papa sayang Hidayah..sayang pada anak
perempuan tunggal papa. Terima kasih Mel..kerana melahirkan anak gadis yang
sangat baik untuk I.”. Tersedu Tengku
Faris mengucapkan terima kasihnya pada bekas kekasihnya. Sebenarnya sudah lama
dia kagum dengan kematangan anak perempuanya menangani beban dugaan dari Allah.
Yang dia kagum tidak pernah Nur Hidayah menyalahkan takdir dirinya. Dan dia
juga tidak pernah menyalahkan dirinya kerana salah lakunya hidupnya dipandang
hina.
“Siapa Mel pa”.
“Mel tu Syarifah Jamilah..Papa nak istimewa..jadi papa
panggil dia Mel..kawan-kawan panggil dia Syarifah kalau orang kampong, dia akan
dipanggil Milah katanya.”
“Haah nenek dan mak cik-mak cik Dayah panggil mama.. Milah”.
Sejak Tengku Faris sudah bertukar kepada hamba yang sedang
bertaubat, dia bersungguh-sungguh dia mahu kemasjid kalau boleh setiap waktu solatnya akan
dimasjid demi utnuk meraih kelebihan
jika kita bersoalat berjemaah dimasjid.
Memang waktu sentiasa maju kehadapan jika anak kecil dari
merangkak akan pandai bertatih kemudian berjalan. Begitu juga dengan Tengku
Faris, masa yang berjalan mengubah sedikit fizikal badannya. Dulu badannya yang
tegap dan agak berisi sudah kelihatan agak menyusut. Mungkin kuman Adis yang
bersarang didalam badanya yang menyebabkan fizikalnya jadi begitu. Ubat yang ditelan tidak mampu
melawan keaktivpan kuman yang sudah dua tahun bersarang didalam badanya. Jika
dia dijangkiti batuk, batuknya akan
berlarutan hingga berminggu-minggu dan kini satu lagi penyakit yang singgah
kebadannya SEMPUT. Jika dia diserang
selsema dia akan diserang sesak nafas atau semput atau lelah juga. Tengku Faris
tahu kini daya tahan tubuhnya sudah mula berkurangan.
Petang itu ketika turun dari pejabatnya dia meminta Hidayah yang
memandu keretanya.
“Hidayah!”.
“Ye pa”..
“Kenapa pa..” Secara spontan tangan Nur Hidayah medarat
kedahi.Kemudian dicapainya pula tangan papanya….
“Ehh panasnya. Tangan papa pun panas..papa demam ke?.”
“Demam sikit lah kot”.
“Memang papa demam. Sejak bila papa demam ni? Pagi tadi rasanya elok sahaja kan
pa.”
“Tadi..balik zohor papa rasa tak selesa. Mungki hari ni
panas sangat itu yang panasnya meresap dalam badan papa..”
“Ni lepas asar papa baringlah..Magrib nanti tak payahlah
kita pergi masjid. Rasanya papa baru sahaja demam ni dahh demam lagi.. ”.Sungut
Hidayah berkenaan kesihatan papanya.
“Hidayah masa untuk papa dah suntuk..selagi papa boleh
berjalan papa nak merebut apa yang papa tak pernah peduli dulu.Papa minta
tolong Hidayah temankan papa ye..In Syaa Allah papa tak jadi apa..kita pergi
ye”. Sayu sahaja suara Tengku Faris mengucapkan..sungguh dia merasa waktunya
didunia sudah makin menghampiri waktu tamatnya. Begitu bersungguhnya Tengku
Faris mencari keredaan Allah. Dia memohon taubatnya di terima.
“In Syaa Allah, Dayah akan teman kan papa. Tapi balik nanti
lepas Asar papa baring..”. Dalam pada berbual kereta yang dipandu oleh Nur
Hidayah sampai di perkarangan bangle Tengklu Faizal. Mereka masuk kerumah, namun perlahan sahaja
langkah Tengku Faris, kerana dia merasa
dadanya agak sesak. Melihat pergerakkan suaminya agak tidak bermaya Nur Hidayah
menoleh memberi perhatian.
“Papa ok ke ni.” Perilakunya spontan memegang lengan Tengku
Faris dan sama berjalan perlahan..Itulah Nur Hidayah anak gadisnya yang
prihatin dan penyayang. Tetapi dia manja dan sentiasa ceria bila bersamanya.
“Ok..letih sikit mungkin hari ni agak panas tu yang papa
rasa dahaga...nanti lepas buka oklah”.
“Lepas buka nanti papa jangan lupa makan ubat..jangan sampai
melarat nanti susah pula”.
“Ilah”..Begitulah keadaan Tengku Faris sudah sering diserang
demam, selsema dan batuk secara tiba-tiba.
Selepas berbuka dan solat
magrib..Tengku Faris dan Nur Hidayah
bergesa kemasjid pula. Itu diatas permintaan Tengku Faris sendiri. Walaupun
berulang kali mommynya melarang dia kemasjid.
“Ris tak payahlah kamu ke masjid..kamu kan tak sihat.”.
“tak apa me..Ris ok dah ni”.
“Ok apanya mommy nampak kamu tu lemah sangat..muka pun
pucat. Nanti terjadi apa-apa kan susah”.
“Tak apa mee..Hidayah kan ada”.
“Tak apalah mummynya biar lah Ris pergi Hidayah ada jaga
dia”.
“Haa Hidayah jaga papa Dayah ni takut jatuh pula nanti. Daddynya
kita pergi rumah Farid ye..Idah nak ikut
diorang baca Yassin. Idah nak minta doakan Faris ni cepat sembuh.”
“Kalau macam tu jomlah cepat saying..biasanya En Ib tu lepas
solat magrib terus dia baca Yassin”.
“Amboi daddy bersayang-sayang dia dengan mommy”.
“Ehh memang daddy sayang mommy dari dulu lagi apa”. Tengku
Faizal bersayang bagai kerana mahu meredakan sedikit resah hati sang isteri
bila melihat si anak makin kerap diserang demam dan batuk sejak akhir-akhir
ini.
“Ialah tu.. daddynya!! call Farid suruh dia tunggu kita
kejab”. Mana kala Tengku Faizal suami isteri pula kerumah Tengku Farid untuk
menyertai datuk Ibrahim membaca Yassin. Terdetik juga dihati Tengku
Faizal..mana nak cepat sembuhnya.. demam dan batuk anaknya disebab kan daya
tahan badang sudah lemah kerana virus ADISnya. Tetapi tidak terluah untuk menyatakan
kebenaran..dia hanya mengikuti kemahuan isterinya.
Tengku Faris bersugguh
kemasjid malam itu kerana kebiasaannya malam Jumaat selepas solat maghrib akan
diadakan ceramah hingga menjelang waktu Isyak. Dia pernah mendengar Nur Hidayah
memberitahu dirinya..
“Pa kita hadir dalam satu majlis ilmu ni bagus pa..selain
kita dapat ilmu kita akan di doakan mendapat kebaikkan oleh para malaikat. Malaikat
pun suka hadir dalam majlis ilmu manusia kat dunia ni pa. Jika kita berdoa doa
kita pun InSyaa Allah akan dimakbul kan pa..”.
“Oh ye ke..banyak betul kelebihan orang yang duduk dimasjid
ni kan Hidayah”.
“Memang banyak pa kalau kita tahu. Itu sebabnya Dayah dari
dulu suka duduk kat masjid ni. Rezeki pun murah pa. Dulu masa belajar memang
selalu kami pergi masjid. Tambah-tambah masa bulan puasa..selalunya memang ada
orang yang bersedekah makanan untuk
orang berbuka. Bagi Dayah duduk kat masjid selain kita dapat ilmu, kita dapat
pahala dan dapat doa dari malaikat..dan yang kita nampak pada mata..kita dapat
rezeki makanan. Masa tu memang jimat duit makan Dayah. Tapi Dayah tak niatkan
kemasjid tu hanya dapat itu sahaja. Kita niatlah kita kemasjid KERANA ALLAH TAALA. Sesuatu yang kita buat kerana
Allah..Allah akan beri kita pahala pa.”
“Macam mana kita nak niat pergi masjid kerana Allah”.
“Niatkan dalam hati sahaja aku beriktikaf dimadjid ini
kerana Allah Taala..itu sahaja kan senang.”
“emm. Semua pengetahuan ni Hidayah dapat dari masjid juga
ke”.
“Haah pa..bukan susah pun kita dengar sahaja..dah kita dapat
pengetahuan. Bukan bayar pun. Walau sesibuk mana pun kita mengejar kehidupan
dunia, jangan sesekali kita melupakan akhirat kerana kenikmatan hidup di dunia
hanyalah sementara tetapi akhiratlah yang kekal abadi...Betul tak pa”. Tengku
Faris tidak mejawap soalan anaknya. Kerana hatinya sibuk mebidas sikapnya dulu.
Yang hanya ingat untuk bersuka ria sahaja.
Maka hadirilah MAJLIS ILMU...InsyaAllah dengan ilmu itu
kelak yang akan membimbing kita menuju jalan yang diredhai olehNYA...Aaaminnnn.
(Saja diletak untuk menyatakan mengapa majlis ilmu itu
sangat baik)
Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda :
"Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk
membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada
mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka
dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para
malaikat)." (hari. Muslim)
Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si
Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk
bersama mereka."
Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua
adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan
mendapatkan celaka." (hari. Bukhari Muslim)
Kebaikan ketika berada di majlis ilmu
Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh Allah
mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis
zikir, apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk
berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan
sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit
dunia.
Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para
malaikat itu naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla
padahal Allah telah mengetahuinya :
"Dari mana kalian datang ?"
Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi
yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu."
Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?"
Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga."
Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?"
Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"
Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?"
Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan."
Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?"
Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu."
Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?"
Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"
Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?"
Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada-Mu."
Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan
memenuhi permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka
mohon untuk diselamatkan."
Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si
Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, pada mulanya hanya melintasi kemudian
ikut duduk bersama mereka."
Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua
adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan
mendapatkan celaka." (hari. Bukhari Muslim)
No comments:
Post a Comment