~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Friday 21 December 2012

Bab 29 Tidak terkikis kesal dihati


                     

                    Ramai-ramai makan berhidang,
                   Angkatlah tangan tanda syukur  mengadap rezeki,
    Ada kambing tak masuk kandang...
    Biarlah... hari masih siang lagi. (Kata perumpamaan, untuk menegur seseorang, ada nasi tak masuk mulut)

           
            Sejak keluarganya pulang dari kuala Pilah bertanyakan Amirah untuk dirinya sekali lagi, jantung Loqman sentiasa berdegup kencang. Sudah tiga hari Loqman berperang dengan hatinya sendiri. Kalau mengikut kata mamanya sudah tiga hari  Amirah pulang bercuti. Loqman berkira-kira dalam hatinya. Mungkin Amirah sudah diKuala Pilah sekarang ini.   Mengenangkan penerimaan Amirah terhadap dirinya jantungnya berdegup kencang. Ahh makin difikir makin bercelaru fikirannya. Dia berdoa agar terbuka pintu hati bekas isterinya untuknya. Dia juga sedang bercuti.  Tidak sabar rasanya dia ingin berjumpa dengan Amirah, supaya reda gelombang yang membadai dalam hatinya. Biar apapun jawapan Amirah, dia sudah bersedia. Loqman sudah tidak tahan lagi dengan hatinya sendiri terus terusan bersengketa didalam. Sudah lama  tidurnya tidak lena memikirkan Amirah. Lagi bertambah hebat sejak dua tiga hari ini memikirkan jawapan Amirah.

            Loqman keKuala Pilah dengan hati yang berdebar. Dikotak fikirannya sudah terkarang ayat yang akan diperkatakan pada Amirah nanti. Rasa ingin sahaja dia menulis pada sehelai kertas segala apa yang hendak diluahkann nanti, supaya tidak terlupa atau lari dari tujuan asal. Dia sampai dirumah keluarga Amirah jam sudah menunjukkan pukul sepuluh pagi. Dia memberi salam…

“Assalamualaikum...” Salam Loqman disambut dengan suara garau dari dalam rumah.  Dihalaman rumah sudah terpakir sebuah kereta SAGA 1.3 berwarna ungu gelap milik Amirah. Rasanya sudah  hampir dua tahun Amirah membeli kereta itu.

            Sejak Amirah bekerja diKLIA dia terpaksa memiliki keenderaan sendiri. Kereta itu dibeli untuk memudahkan dirinya pergi dan balik dari tenpat kerjanya, kerana dari kuartersnya diNilai  kepejabatnya  dibangunan kerajaan KLIA masih belum ada lagi kemudah pengankutan awam. Mungkin penempatan baru itulah sebabnya masih belum lengkap dengan sepenuhnya. Mendengar cerita dari mamanya, Amirah merasa malu bila sering kali menumpang rakan untuk pergi ketempat kerja, terutama menumpang kereta kawan lelaki. Dia sedar, dirinya seorang janda yang sering dicurigai oleh setiap kaum hawa terutama para isteri.  Dia berusha membeli keenderaan sendiri untuk  kemudahan dirinya pergi dan balik dari tempat kerja. Sudah dua tahun lebih Amirah  ditukarkan keKLIA, walaupun sudah bertukar tempat kerja namun Amirah masih lagi berkerja mengikut giliran atau pun syift.

            Untuk melihat siapa yang datang, ayah Amirah yang menjenguk keluar rumah. Jika didengar dari suara yang memberi salam dia sudah boleh meneka siapa yang datang. Memang benar tekaan dalam hatinya tadi. Bekas menantunya yang datang. Dia juga sudah menjangkakan kedatanganya, kerana bekas besannya telah menghubunginya malam tadi. Dia mengambil cuti segera hari itu. Encik Abdul Rahim  mula memikirkan bagaimanakah caranya mahu menyuruh anak sulongnya berjumpa dengan bekas suaminya.  Dia sudah membaca sikap anak sulongnya, setiap kali bekas menantunya datang untuk menziarahi anak mereka, Amirah akan berbuat seribu dalih atau duduk didalam bilik untuk tidak berjumpa dengan bekas suaminya.

“Waalaikumsalam...Naiklah Loqman, murah rezeki kamu, kami tengah minum ni, naiklah jom kita minum sekali”.

 ‘ Lambatnya mereka minum pagi…’detik hati Loqman.

 “Tak apalah ayah, Man dah minum kat rumah tadi masih kenyang lagi ni.” Tetapi yang sebenarnya dia tidak berselera makan atau pun minum sejak dua-tiga hari lagi, memikirkan penerimaan dan jawapan bekas isterinya nanti. Selagi persoalan mereka belum selesai mungkin selama itulah seleranya akan tertutup. Loqman keruang tamu diiringi oleh bekas bapa mertuanya. Kemudian di berterus-terang tujuan dia datang kepada bekas bapa mertuanya.

“Ayah.. Man datang ni nak minta izin ayah….Man nak jumpa Mirah nak  bincang sikit dengan dia,’ pasal kami.’” Loqman menyatakan hasrat hatinya. Dia berterus terang tujuan kedatanganya. Dia tidak suka berselindung kerana kedua ibu dan ayah Amirah juga jenis yang suka berterus terang.

“Ialah.. nanti ayah panggilkan Mirah dia tengah masak untuk makan tengahari tu.” Ayah Amirah masuk kedapur, untuk memanggil anaknya.

“Kakak,  Loqman datang tu, kakak dah sudah minum, pergi temankan Loqman kat depan kejap. Tak baik membiarkan tetamu sorang-sorang.  Kita mesti menghormati tetamu, ayah nak minum dulu dengan ibu kamu.” sengaja ayah Amirah memberi alasan begitu supaya Amirah mahu menemankan Loqman. Encik Rahim walaupun lembut dan jarang memarahi anak-anak nya tetapi tegas. Tidak seorang anaknya berani membantah segala arahan yang keluar dari mulutnya. Begitu juga Amirah walaupun dia agak manja dengan ayahnya.

“ajaklah dia minum sekali ayah, nanti kakak ambilkan cawan.” Amirah  berhelah, untuk mengelak dari berberjumpa denga bekas suaminya.

“Dia kata dia masih kenyang lagi, biarlah nanti dia makan tengahhari  sekali dengan Syifa. Tentu Syifa suka makan dengan ayah dia. Dua tiga hari ni dia asyik sebut ibu dengan ayah dia saja agaknya dia dah  rindulah tu, sebab kamu dan Loqman lama tak balik.” terkedu Amirah mendengar jawapan ayahnya. Didalam kepalanya mencari-cari lagi alasan....

“Kakak  tengah kacau masak lemak nilah  ayah.” Amirah memberi alasan supaya dia tidak diarahkan melayan bekas suaminya. Kalau boleh memang dia tidak mahu berjumpa atau bertentang mata dengan bekas suaminya.  Dia tahu hatinya yang mudah bersimpati.

“Tak apa biar ibu sambung..kakak pergi keluar dulu. ” ibunya pula datang ingin menyambung kerja-kerja Amirah pula.

“Ibukan tengah minum dengan ayah..pergilah ibu minum, biar lah abang Man kat tu luar dulu.” Amirah berkata perlahan agar tidak didengari oleh ayahnya.

“Pergilah sekejap nanti ayah marah..ibu dah sudah tapi nak temankan ayah saja.”

            Amirah sudah tidak terkata, tiada alasan untuk dia mengelak lagi, ibunya bagai menyokong tindakkan ayahnya pula..lagi pun kerja-kerja memasak sudah hampir siap semuanya, hanya tinggal masak lemak cili api daging salai itu sahaja yang masih diatas dapur. Dengan rasa berat hati dia keruang tamu. Masak lemak itu adalah permintaan ayahnya yang teringin nak makan kerana sudah lama ibunya tidak memasakkan untuknya.

Amirah keruang tamu dan memberi salam kepada tetamu yang datang.

 “Assalamualaikum…abang Man nak minum apa.”  Wajahnya dimasamkan ketika Amirah menegur bekas suaminya. Kini oleh kerana Loqman bukan lagi suaminya, Amirah memanggilnya dengan menyebut nama di hadapan panggilan abang ‘ abang Man’ itulah panggilanya ketika dia masih remaja dan sebelum mereka nikah dulu, adik-adik Amirah juga memanggilnya begitu.

“Air mati cukuplah.” Amirah berlalu kedapur untuk mengambilkan air mati atau air kosong ada sesetengah orang memanggilnya air putih atau air jarang. Untuk keempat-empat istilah itu sama sahaja. Yaitu air yang telah masak dan dibiarkan sejuk pada suhu bilik. Amirah kedapur untuk mengambilkan air untuk bekas suaminya, kemudian keluar semula lalu meletakkan segelas air mati di atas meja kopi. Sebelum Amirah masuk semula, cepat-cepat Loqman bersuara.

“Mirah duduklah sekejap ..abang nak minta tolong dengan Mirah.” Loqman memohon.’Kan betul’...bisik hatinya. Tadi semasa ayahnya menjawab salam dia tahu Loqman yang datang terdetik dihatinya ‘Ni tentu ada- apa-apa dia datang masa Syifa pergi sekolah...apalah yang dia nak ni.’

“Abang Man nak minta tolong apa?…kalau nak bawa Syifa balik PD boleh, tapi tunggulah hari Sabtu dan Ahad..kita jangan biasakan dia ambil cuti masa waktu sekolah.. nanti dia terbiasa.” Walaupun perlahan tetapi kasar sahaja intonasi suara yang keluar dari mulutnya.. Amirah  takut jika ayahnya mendengar layananya terhadap tetamu tentu dia ditegur nanti. Kebetulah hari itu hari Isnin..hari permulaan minggu bersekolah.

“Duduklah dulu.. abang nak cakap ni.. kita bincang  sikit...” Amirah memandang bekas suaminyanya dengan pandangan tajam. Wajahnya dimasamkan kalau dilihat tahap kemasamanya, lebih masam dari asam gelugur. Tetapi dimata Loqman masih ada manisnya. Kalau hati dah suka yang busuk tu pun berbau wangi..betul ke?. Loqman  tidak tersinggung dengan layanan dingin bekas isterinya dia juga melihat raut wajah Amirah seakan bosan memandang kepadanya. Amirah tidak berganjak. Dia tetap berdiri.

“Mirah duduklah dulu, tolonglah abang Mirah..abang dah tak sanggup rasanya hidup macam ni..tolong terima abang Mirah..abang nak Mirah terima abang balik dalam hidup Mirah….. berilah abang peluang sekali lagi menjadi suami Mirah.  Abang mengaku semuanya yang terjadi selama ini memang salah abang, abang minta maaf banyak-banyak.”

            Amirah memandang Loqman dengan renungan yang bertambah tajam, kalau boleh renunganya itu mencederakan Loqman sudah tentu Loqman tergolek kerana cedera parah akibat renungan Amirah itu.  Dia sudah duduk bertentangan namun matanya masih merenung Loqman dengan mulut yang terherut herut menyatakan hati sedang marah. Tujuan renungan dan herotan mulutnya itu supaya Lqqman gentar atau terkelu untuk bertentangan mata dengannya.Dia juga  berharap  dengan renungan itu Loqman akan pulang sekejapan itu juga. Ingin sekali dia membalas kata-kata bekas suaminya ‘Dia benci dirayu begitu’. Tetapi jika  dia bersuara takut kata-katanya akan didengari oleh ayahnya pula, ayahnya tidak jauh dari tempat mereka bersidang hanya dipisahkan oleh dinding playwood sahaja . Jalan mudah dia mendiam diri sahaja mungkin dengan  menunjukkan bahasa matanya dan gerakkan mulutnya Loqman tahu dia sedang marah kepadanya. Loqman sengaja tidak mengerti bahasa yang dihantar oleh bekas isterinya. Bagi Loqman peluag bersemuka dengan Amirah akan digunakan sebaik mungkin... kemudian dia menyambung lagi kata-katanya.

“Mirah tolong lah terima abang ….abang nak hidup macam orang lain …abang nak serumah dengan Mirah dan anak abang Syifa.” Loqman memandang dengan pandangan sayu penuh pengharapan.

            Tetapi entah jampi apa yang dibaca oleh Loqman, pandang sayu yang penuh dengan harapan dan muka kesian yang dipamirkan oleh Loqman  mencairkan sedikit rasa yang berbuku dihatinya. Tidak disangka pandangan tajamnya tadi, tidak menggentarkan hati bekas suaminya, dia pula yang tertewas dengan pandangan memohon simpatinya. Amirah mula menundukkan pandanganya, jantungnya mula berdebar mendengar rayuan bekas suaminya.  Itulah sebabnya dia tidak mahu berjumpa. Dia tahu hatinya selalu lemah kalau dirayu. Walau dirinya nampak garang dan keras..tetapi yang sebenarya hatinya lembut, mudah kasihan dan cepat memaafkan dan mudah lembut dengan pujukkan. Dia tahu Loqman menanti jawapan darinya.  Mahu tidak mahu akhirnya Amirah menyatakan apa yang ada didalam hatinya..

“Pada Mirah perkara yang lepas biar lah lepas abang Man, Mirah bahagia hidup macam ni..Mirah takut Mirah tak boleh berubah seperti mana yang abang Man harapkan”.

“Abang tak pernah meminta Mirah berubah dan abang memang harap Mirah tidak berubah.. abang yang patut berubah,  abang dah janji pada diri abang ni abang akan berubah Mirah. Mirah.. abang dah sedar sekarang abanglah yang perlu berubah. Itulah sebabnya abang dah  mula mengubah diri abang ni sedikit demi sedikit, supaya hidup kita nanti tak kacau bilau macam dulu..Yang dulu tu memang  abang yang salah.”  bersungguh-sungguh Loqman menyatakan apa yang ada dihatinya. Dia sedar inilah peluangnya. Peluang sebegitu sangat sukar didapatinya jika berkaitan dengan Amirah. Dia akan menggunakan sebaik mungkin.

“Tapi  Mirah dah bahagia hidup macam ni..Mirah tak mahu fikir apa-apa lagi, yang lepas biar lah lepas..abang Man carilah kebahagian abang Man sendiri dengan wanita lain.” lembut sedikit kedengaran suaranya.

“Mirah tolonglah..kalau bukan untuk Mirah..berilah peluang untuk anak kita hidup dalam keluarga yang normal, biarlah dia merasa hidup dengan ibu dan ayah dia..macam kita.. tolong lah Mirah.”

“Nantilah Mirah bincang dengan ayah dan ibu dulu.” suasana sunyi sebentar. Disinilah kelemahan Amirah, jika untuk orang-orang disayanginya dia akan lemah dan sedia berkorban.

            Kedengaran bunyi injin motosikal masuk kehalaman rumah. Tidak lama kemudian kedengaran pula suara halus memberi salam dari luar. Anak mereka Syifa baru pulang dari sekolah tadika dijemput oleh datuk Rahimnya.  Encik Abdul Rahim juga memohon cuti rehat hari itu. Semalam bekas besan menghubungi, katanya jika tidak ada aral melintang dia akan menyuruh Loqman berjumpa Aimrah esok pagi. Ini bermakna hari ini. Kebetulan dia juga ingin bersama-sama anak sulongnya  yang telah lama tidak bercuti. Dia suamiisterin ingin makan-makan yang istimewa sedikit. Selepas menghantar cucunya kesekolah tadika, dia kepasar membeli seekor ayam  dan beberapa biji bacang muda, untuk juadah makan tengahari mereka sekeluarga.

 “Waalaikumsalam..”serentak Loqman dan Amirah menjawab salam anak mereka. Mata mereka berdua tertumpu kearah pintu.

“Syifa tahu ayah ada hari ini…seronoknya.” Syifa mencampak beg sekolahnya ketepi pintu lalu meluru kearah ayahnya. Dia menyalami dan mencium tangan ayahnya, kemudian dipanjatnya sofa yang diduduki oleh ayanhnya untuk memeluk dan mencium pipi ayahnya pula. Tapi perbuatanya ditegur oleh ibunya.
“Syifa kenapa campak beg sekolah macam tu pergi tukar baju dulu.”

“Syifa nak salam dan sayang ayah dulu.. Syifa rindu dengan ayahlah ibu, kenapa ayah lama tak datang.. Syifa rinnndu sangat kat ayah.” Dia memeluk leher ayahnya dan mencium pipi ayahnya sekali lagi. Kemudian Syifa menghampiri ibunya dan membuat perkara yang sama seperti apa yang dilakukannya kepada ayahnya tadi. Kemudian dia menambil beg sekolahnya dan berlalu kebilik mungkin untuk menukar bajunya seperti yang dia arahkan oleh ibunya sebentar tadi.

“Mirah pertimbangkanlah permintaan abang..abang berharap sangat-sangat…agar dapat Mirah terima abang menjadi suami Mirah semula..tolonglah  abang Mirah.”  tidak lama kemudian anakya muncul semula. Dia sudah bertukar bajunya, dengan girang keruang tamu..

“Ayah ..ayah jom kita makan..ibu masak ayam masak kicap..dengan masak lemak daging salai.”

“Mana Syifa tahu.” soal Amirah kepada anaknya. Ibunya yang meminta dia masak                     untuk mereka hari ini. Sepulang ayahnya dari pasar pagi tadi Amirah terus memasak untuk makan tengahhari mereka.. Bila semuanya sudah tersedia Amirah tidak tunggu lagi, dia terus memulakan misinya memasak untuk mereka sekeluarga. Didalam kepalanya dia sudah merancang sepulangnya  anaknya dari sekolah nanti dia ingin bersama anaknya membuat kerja sekolah. Dia ingin mendengar celoteh anaknya yang becok. Sepatutnya dia yang akan menjemput anaknya dari sekolah tadi..tapi tampa disedari masa yang berjalan tampa dapat ditangguh. Dia terleka kerana berbincang dengan bekas suaminya.

 “Mirah tengahari ini masakkan Syifa ayam masak kicap ye, dia kata nak makan ayam masak kicap..ni ayah kakak dah belikan ayam. Ayah kakak pula nak makan masak lemak cili api daging salai dengan buah bacang muda..ibu dah salaikan daging hari tu ada dalam peti sejuk .. memang ibu nak masak masa Mirah balik ni, Mirah masakkan ya.” tampa banyak soal Amirah mencapai barang yang hendak dimasak dan memulakan misinya..Amirah memang seorang yang tidak banyak kerenah, bila disuruh jarang dia membantah sedari kecil dia begitu.

 “Syifa dah buka tudung saji.. nenek dah hidang atas meja tu..jomlah kita makan, Syifa nak makan dengan ayah, Syifa nak makan dengan ayah dan ibu hari ni..jomlah Syifa pun dah lapar ni.” berulang kali menyatakan keinginanaya makan bersama ayahnya, sambil menarik tangan ayahnya, mereka kedapur..kemeja makan. Rupanya semasa mereka berbincang tadi ibu Amirah didapur menyambung kerja-kerja Amirah yang terbengkalai dan sudah siap berhidang. Bila dilihatnya ibunya masih duduk diruang tamu, Syifa kembali keruang tamu. Menarik tangan ibunya pula. Sebenarnya Amirah rasa keberatan untuk makan semeja dengan bekas suaminya.

“Ibu.. jomlah kita makan sama ayah bu.” dengan rasa berat Amirah bangun juga menuruti kehendak anak daranya.

             Buat pertama kalinya sejak mereka berpisah Amirah dan Loqman makan semeja ditemani oleh anak mereka. Mulut sikecil anaknya Syifa yang seperti  ‘berteh goring’ bercerita tentang kawan-kawan, cikgu dan pelajaranya di sekolah. Loqman melayani keletah anak daranya bercerita. Sesekali ketawa mereka berderai apabila ada yang lucu dari cerita anak mereka. Amirah tidak banyak berbicara, dia hanya ketawa bila ada yang lucu. Sedari dulu sememangnya Amirah pendiam orangnya.  Loqman merasa bahagia mendengar  tawa riang Amirah,  dia menaruh harapan untuk diterima kembali oleh bekas isterinya itu. Keadaan seperti itulah yang diangankan oleh Loqman selama ini. Sambil makan mereka bual-bual mendengar anak-anak berceloteh, terasa erat hubungan mereka sekeluarga. Loqman sudah mula bermimpi disiang hari, membayangkan perkara yang masih jauh dari jangkauan.

Sedang Syifa rancak berbual dengan ayah dan ibunya, tiba-tiba dia berhenti berceloteh. Dia memandang wajah ayahnya dengan penuh harapan.

“Kenapa Syifa …tercekik tulang ke…tapi Syifa tak makan ikan..takkan tercekek tulang ayam.”

“Tak.. Syifa tak tercekek tulanglah ayah…..tapi..”

“Tapi apa Syifa..anak ayah ni buat ayah takut saja..ingat tecekek tulang ayam yang besar ni.” kata Loqman dengan nada kelegaan.

“Besok pagi boleh tak ayah hantar  Syifa pergi sekolah...ayah tak pernah hantar Syifa pergi sekolah .. kawan-kawan Syifa kan,  hari-hari ayah dia hantar dia  pergi sekolah… Syifa teringin nak ayah hantar Syifa.”

“Biar ibu saja yang hantar Syifa esok pagi, ibu cuti ni sebab nak hantar Syifa pergi sekolah lah.” cepat-cepat Amirah bersetuju dia yang akan menghantar anaknya kesekolah esok pagi.

“Ibu dah selalu hantar Syifa pergi sekolah bila ibu cuti.  Syifa nak ayah yang hantar … Syifa nak tunjuk kat kawan Syifa, ayah hantar Syifa pergi sekolah. Dia orang kata Syifa tak ada ayah..  Syifa hanya ada atuk saja. Syifa dah cakap dengan dia orang,  Syifa ada ayah tapi mereka tak percaya sebab mereka kata mereka tak pernah jumpa ayah Syifa”.Ohh dia nak tayang ayah dia rupanya.

“Mana boleh ayah hantar Syifa..ayah kerja jauh nanti Syifa lambat masuk kelas cikgu denda tau.” Loqman memberi  alasan, kenapa dia tidak boleh menghantar anaknya ke sekolah.

“Kalau macam tu ayah ambil cuti macam ibu, tidur sini.. esok pagi-pagi bolehlah hantar Syifa pergi sekolah.” Anaknya memberi cadangan.

“Ayah tak boleh tidur sini Syifa. Kalau ayah nak tidur sini ayah kena kahwin dengan ibu.” lega hati Loqman dapat meluahkan apa yang tersirat dihatinya, sengaja dia berkata begitu.  Ha.ha.ha ambik kau .. terkejut beruk Amirah mendengar jawapan Loqman tadi, bulat matanya memandang Loqman..tapi Loqman tidak memandang  kearahnya..Loqman buat-buat tak mengerti saja.

“Kalau macam tu ayah kahwinlah dengan ibu..nanti bolehlah hari-hari ayah hantar Syifa pergi sekolah… Syifa pun nak belajar dengan ayah.” Duduk Amirah sudah tertegak matanya pula makin membuntang memandang Loqman bila mendengar jawapan  anaknya. Geram sungguh hatinya dengan bekas suaminya. Tiba-tiba anaknya menoleh kerahnya, bila dilihat pandagan mata ibunya seakan lain dari biasa memandang kearah ayahnya seperti orang marah...Syifa bertanya.

“Ibu kenapa ibu pandang ayah macam tu???” Kedengaran  marah suara Syifa mungkin dia tidak suka ayahnya dimarahi oleh ibunya.

“Ohh tak..tak tak  ada apa- apa..Cuma nak cakap  ada kambing tak masuk kandang kat ayah Syifa.” Kebetulan ada sebutir nasi terlekat dibawah bibir Loqman.

“Mana..ayah..mana ayah.. mana kambingnya ayah.” sibuk Syifa ingin melihat kambing ayahnya yang diperkatakan oleh ibunya. Loqman  hanya tersenyum sambil berkata...

“Biarlaah.. kan hari masih  siang lagi, kambing masih nak cari  makan.”  tetapi tangan kirinya menyapu di bahagian bibirnya.

“Mana ayah..” tanya Syifa lagi yang tidak tahu bahasa kiasan. Loqman mengambil nasi yang sudah ditangannya lalu ditunjukkan kepada anak dara kecilnya.

“Ni haaa.. ibu nak cakap ada nasi yang tak masuk dalam mulut ayah.”

“Oooo” bulat bibir anaknya tanda faham. Kemudian mereka berdua ketawa mentertawakan gelagat sikecil yang baru hendak mengenali hidup. Gaya sikecil agak lucu itulah sebabnyanya mereka berdua ketawa. Amirah sudah terlupa sebab mengapa hatinya geram tadi.

            Dari pandangan mata kasar,  Syifa lebih gemar berbicara dengan ayahnya, kerana Loqman pandai bercerita dan melayan, berbanding Amirah yang sentiasa tegas terutama tentang pelajaran.




p/s:      Mak Teh saja aje nak tahu pendapat anda..jika anda ditempat Amirah apakah tindakkan yang harus diambil.. patutkah   dia kembali kepangkuan Loqman???.  Untuk pengetahuan  mungkin hanya sampai disini sahaja cerita ini untuk sementara waktu. Jika ada rezeki mak teh akan sambung lagi....




7 comments:

  1. Please Amirah, berilah peluang kat Loqman tu... Nampak mcm dia dah menyesal sgt tu.... Kesiankan si Syifa tu yg sgt mengharapkan kasih sayang seorg ayah.... Warrrggghhh.....

    ReplyDelete
  2. patut bagi peluang kat lokman ... mira tu sebenarnya masih ada rasa sayang ... hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam, saya sangat suka novel ni. Rasanya biarlah beri peluang kedua kepada Lokman kerana dia telah menyesali perbuatannya yang lampau. Tambahan pula Amirah pun masih ada sayang pada Lokman. Satukan juga keluarga ini dengan anak Lokman di kampung Liza supaya dia mendapat kasih sayang dari keluarganya walaupun hanya beribu tiri. Amirah seorang ibu yang baik pasti dapat mendidik anak itu.

    ReplyDelete
  4. Tak marah ke dng perngai Loqman, tapi itulah hati wanita... yg mudah simpati dan cepat memaafkan. Bagus sifat begitu kerana kitalah yang membentuk sbab itulah perlu berbelas kasihan.

    ReplyDelete
  5. Kenapa stop Mak Teh? akan keluar dalam versi cetak ke?

    ReplyDelete
  6. Buat masa ni mak teh sibuk sangat..anak-anak nak balik belajar semula, kenalah luangkan masa bersama mereka.

    ReplyDelete
  7. owhh...ok².
    Memang Amirah patut kembali kepada Loqman
    memandangkan masing² pun solo dah. Tapi
    jangan la terlalu mudah nak terima. Kena
    macam main tarik tali sikit, baru best.

    ReplyDelete