“Entahlah mak Su, Sarah yang
sebetulnya kagum dengan keluarga Maryam.Tenguk tu Yam mesra sangat dengan kakak
dan emak dia. Bergurau senda. Sarah teringin sangat ada keluarga macam ni.
Dahlah emak ayah tak ada kakak dan abang pun tak suka pada Sarah”.
“Kalau macam tu jadi anak mak su lah,
mak su ni pun tak ada anak. Kahwin dah tua peluang dapat anak agak susah Sarah,
lepas tu kahwin pula dengan suami orang.”
“Ohh mak su bermadu. Mak su isteri
yang keberapa??”. Terkejut Sarah dengan sikap terus terang maksu Yah.
“Emak
isteri nombor dua. Tapi isteri
tua dia tak tahu suaminya kahwin dengan mak. Entahlah Sarah, siapa yang nak
jadi madu orang Sarah. Mak rasa semua wanita tak mahu bermadu atau kahwin
dengan suami orang, tapi nak buat macam mana hanya ini jodoh yang datang pada
emak”. Terus sahaja Mak su Yah mengelar dirinya emak pada Sarah. Dalam hati
berharap agar Sarah dapat menerima dirinya sebagai emak, walaupun hanya pada
panggilan tapi ada juga rasa bahagia terselit dicelah hatinya.
“Masa dia ajak mak su nikah dia cakap
tak dia dah ada isteri”.
“Ayah Is kamu tak pernah berselindung
dengan emak dia dah ada isteri dan dah ada anak tiga orang. Hanya emak yang tak
ada pilihan. Nak menolak umur emak dah nak masuk warga emas. Masa itu emak fikir
sampai bila emak nak bergantung pada keluarga Maryam. Sebetulnya emak juga teringin ada keluarga sendiri, ada
suami itukan impian semua wanita kan Sarah. Lagi pun rasanya hanya dia jodoh
yang datang, jadi mak redha walaupun dia datang hanya beberapa kali sahaja
dalam sebulan, kadang-kadang datangnya hanya beberapa jam sahaja kemudian dia
balik. Ayah Is takut isteri tua dia tahu yang dia dah nikah sekali lagi”.
“Dah berapa tahu mak su kahwin, kalau
rasa taka da peluang nak dapat anak sendiri, kenapa tak ambil anak angkat”.
“Emak dah kahwin empat tahun. Yang
sebetulnya memang mak nak ambil anak angkat, tapi dari sehari ke sehari, tak jadi jadi, tapi
yang sebetulnya usia menyebabkan emak berfikir banyak kali nak ambil anak
angkat ni. Kalau nak ambil anak angkat kecil sekarang rasanya dah
terlamat.Takut umur kita tak panjang pula, lagi pun kata ayah Is dia selalu tak
ada nanti apa-apa hal akan menyusahkan abang emak dan keluarganya, itu salah satu sebab emak tak jadi nak ambil anak angkat..”.
“Betul ke mak su nak jadikan Sarah
anak angkat mak su. Sarah ni dahlah budi bahasa tak ada, kepandaian pun tak
ada. Yang sebenarnya Sarah baru belajar masak dengan Yam dalam sebulan dua ni
mak su”.
“Alahai Sarah pasal tu janganlah Sarah
nak bimbang tak pandai masak nanti mak ajar. Pasal budi mak dah tenguk Sarah
macam mana”.
Belum
lagi kata setuju Mak su sudah mengelar diri ‘emak’. Nampak sangat Mak su Yah
mengharapkan jawapan setuju. Ditambah lagi dengan kenyataan yang mak su sedia
membantu mengajarnya memasak menjadikan Sarah begitu terharu, lantas dipeluknya
mak su yang dengan rasa hiba. Hiba dirinya kerana ada ibu yang sudi menjadikan
dirinya anak. Sememangnya dia dahaga kasih sayang seorang ibu. Biar pun bukan
ibu kandung ibu angkat pun jadilah janji ada tempat dia bermanja. Sarah
menangis di dalam pelukkan mak su Yah begitu juga mak su Yah.
“Ehh orang dua orang ni kenapa??. Mata
pedih kena bawang ke?”.Sarah menegur perilaku dua orang wanita yang berpelukkan
ditengah dapur. Nak dikatakan lisbien takkan ditempat terbuka ditengah dapur
orang pula. Hsyy Maryam fikiran kotornya hasil dari tontonan yang tak berapa eloklah
tu. Suara teguran Maryam meleraikan pelukkan Mak su Yanh dan Sarah.. Dilihat
Sarah mengesat air mata begitu juga mak su Yahnya.
“Kak Sarah kalau tak tahan kopek
bawang janagn buat nanti Yam buat. Mak su Yah janagn tak tahu kak Sarah tak
tahan nak kopek bawang, dua biji bawang
pun mata dia dah berair. Ni tentu tak tahan sangat sampai peluk-peluk mak su,
tapi kenapa mak su pun menagis kesian sangat kat Sarah ke?”.
“oh ye ke. Haa badan banyak anginlah
tu. Jangan makan benda-benda berangin lagi Sarah”. Sambil bercakap mak su Yah
memandang tepat ke anak mata Sarah dengan pendangan penuh perhatian, sememangnya
sudah terbit rasa sayang dihatinya.
“Tak adalah mak sekarang ni dah boleh
dah. Sebab dah selalu masak. Dulu tu kopek bawang pun tak pernah itu yang jadi
macam tu. Yam jangan bimbang, akak dah boleh kopek bawang banyak pun tak apa.
Ni dari tadi akak tak rasa pedih pun. Akak menangis ni pasal lain”. Sambil
tersenyum manja dia melerik pada mak su Yah yang tersenyum penuh makna
dihadapanya. Bangga rasa hati Sarah ada yang ambil berat tentang dirinya.
“Kenapa akak menagis akak teringat
bekas suami akak ke?, atau akak teringat keluarga akak.” Pada Maryam, bila hari
lebaran menghampiri dia mesti dikelilingi oleh emak, ayah dan abang dan kakaknya.
“Hsyy Yam jangan ingatkan akak dengan
dia. Akak cuba nak lupakan dia, biarlah dia bahagia dengan keluarga dia. Akak
tak mahu ingatkan dia lagi. Dia dah jadi
sejarah akak”.
“Ialah..ialah tapi akak menangis
kenapa?”.
“Akak menangis kerana gembira!maksu Yah sudi jadikan akak anak
angkat dia Yam. Merasa juga kak kasih ibu akhirnya. Alhamdullilah tak sia-sia
akak balik dengan Yam ni, rupanya nak jumpa kasih ibu kat Melaka ni”.
Gembira
hati Sarah tak dapat nak digambarkan.Kalau boleh dia hendak melonjak sampai
kebintang. Kalau boleh juga dia hendak melaung untuk memberitahu semua orang
yang dia sudah mempunyai ibu tempat dia bermanja. Sememangnya sejak dia
menjejakkan kakinya kerumah Maryam semalam sudah ada kuntum bahagia yang
berputik dihatinya.
Masih
terngia-ngia ditelinganya perkataan Zurin malam semalam.. ‘ Ini mama kita, kita pun ada mama’ . Kalau bolehlah dia juga
mahu Zurin dan Zira menjadi angkatnya tapi malu pula hendak menanyakan .Tapi
cukuplah dia dapat bermesra kepada dua orang kanak-kanak perempuan itu.
Kasihsayangnya sudah tersangkut di situ.
Kini
kebahagiaannya berganda-ganda..Setelah dua hari Sarah dirumah keluarga
Maryam, anak saudara Maryam yang kecil
sangat suka meminta dukung kepadanya, malah tidur malamnya juga didalam dakapan
Sarah. Hati Sarah sangat bahangia dengan permintaan sikecil, sememang itulah
yang didambakan sejak dia memasuki alam perkahwinan dulu.
Tidak
disangka setelah ikatan perkahwinannya terlerai, dia dapat menikmati apa yang
tidak didapati ketika dia dialam perkahwinannya dulu. Sungguh tidak disangka
dia kehilangan kasih seorang suami namun diganti dengan kasih seorang ibu dan
dua orang anak. Dia sungguh bersyukur. Rupanya dalam dunia banyak tempat kita boleh
mencari bahagia. Kini dia sedar tidak harus dia menumpang bahagia
seseorang, jika tumpanganya membawa derita kepada yang seorang lagi. Janji
kepada dirinya dia tidak akan membina bahagia diatas penderitaan wanita lain.
Selama
hampir seminggu diMelaka memberi makna padanya, dia juga mula mengenali negeri
Melaka.. negeri yang penuh sejarah dulu. Maryam membawanya ke Jonker Walk pada malam hari raya keempat.
Sarah melihat orang berniaga berbagai barang. Dia membawa bersama dua orang
anak saudara Maryam yang sudah sangat serasi dengannya dan juga ibu angkatnya
Mak su Yah. Nama penuhnya Siti NurBahiah. Mereka semua gembira.
“Tak sangka ada pasar macam ni kat
Melaka ni ye Yam..semua barang ada”.
“Melaka ni apa yang tak ada kak Sarah..
‘macam-macam ada’. Akak tak pergi
lagi naik Melaka river Cruise, orang kata seronok tengok pemandangan Bandar
Melaka melalui sungai. Kemudian panjat Menara Taming Sari. Waaah.” Maryam
membayangkan keseronokkan melancong di Bandar tumpah darahnya.
“Alamak Yam.. esok kita dah nak balik.
Mak!esok Sarah balik tau mak..mak nak ikut kami balik KL.”
“Tak mahulah, takut ayah Is kamu balik
nanti dia marah pula kalau emak tak ada. Ni raya ketiga dia belum balik lagi
mungkin esok dia baliklah”. Dalam hati Sarah kasihan dengan emak anagkatnya. Dia
dimadukan oleh suaminya kedatangan suamiyang selalu dinanti, namun sang suami
tidak pula mengingati dirinya yang setia menanti. Setelah puas berjalan dan
melihat-lihat mereka pulang.
“Mak, Zurin dengan Zira dah tidur ke
Mak..senyap saja”.
“Ia Sarah, sorang dah terlentuk sorang
lagi tengah mamai ni, letih agaknya tadi siang pun mereka tak tidur,itu yang
cepat letih.” Berlalu sehari yang bermakna untuk Sarah. Biar pun penat hatinya
gembira.Dia bahagia.
Esok
petangnya Sarah dan Maryam pulang semula keDamansara. Mereka dihantar oleh
muka-muka yang sayu. Anak saudara Sarah yang tualah yang paling sayu. Dia sudah
berumur hamper emapt tahun dan sudah pandai berkata-kata.
“Bila mama nak balik sini lagi”.
Sarah menoleh kepada Maryam yang
sedang memasukkan bekalan kedalam kereta.
“Yam meh lah sini! anak awak ni nak
cakap kat kamu Yam oii” Tiba-tiba terasa ada tangan cilik memeluk kakinya. Sicilik
mendongakkan muka keatas dia bertanya
lagi..
“Bila mama nak balik sini lagi”.
“KakZurin salah orang ye”. Itulah
sangkaan Sarah mama bukan untuknya tapi untuk Maryam tapi Sarah tetap
membungkukkan badanya lalu mendukung sikecil. Sejak peristiwa pergaduhan antara
Zurin dan sepupu-sepupunya tempuh hari Zurin tidak pernah lagi memanggilnya
mama. Pada Sarah mungkin Zurin hanya mahu dirinya mempunyai mama ketika itu sahaja.
“Minggu depan makcik datang lagi ye.”.Hatinya berdetak keliru entah
untuknya atau pun untuk Maryam. Namun begitu hatinya jadi
tersentuh mendengar pangilan ‘mama’ itu lagi. Melihat kakaknya didukung adiknya
yang berumur setahun lebih juga berlari kearah Sarah lalu menghulur tangan
tanda mahu didukung juga. Sarah merendahkan badan.
“Adik Zira nak dukung juga ye.” Kini
keduanya didalam dukungan Sarah.
“Minggu depan makcik datang lagi ye.” Sudah
dua kali jawapan itu seperti minta diulang. Tetapi itulah yang ada didalam
hatinya dia kan kerumah Maryam minggu hadapan untuk memberi kasih kepada anak-anak
yang ingin bermanja denganya.
“Sarah!!! Sarah dah nak balik ke? bila
nak datang lagi”. Satu laungan pula kedengaran dari balik rumah. Sarah
berpaling kearah suara yang menyeru namanya kelihatan emak angkatnya Siti NurBahiah berlari-lari anak menerpa kearahnya.
“Ia mak Sarah dah nak balik, takut
jalan jem.Rasanya hari ni dah ramai orang balik mak”.Tadi Sarah tidak kerumah
emak angkatnya kerana suami emak angkatnya datang mengunjungi isterinya.
Mendengar cerita dari emak Maryam sudah sebulan suaminya adik iparnya tidak
datang menjenguknya.KASIHAN hanya itu yang terdetik dihatinya.
Anak-anak
saudara Maryam sudah diambil oleh neneknya untuk memberi peluang Sarah dan emak
angkatnya bersalaman dan berdakapan. Erat dakapan Emak Yah sama eratnya dakapan
dari Sarah, dalam hati mereka berdua sayang mahu melepaskan dakapan hangat yang
penuh dengan kasih sayang. Didalam kereta..
“Yam minggu depan balik tak?”.Baru
sahaja meninggalkan perkarangan ruamah keluarga Mayam, Sarah sudah mula rindu
emak dan dua ornag anak angkatnya.Terbayang-bayang telatah manja Zira dan Zurin.Terbayang
juga kasih sayang emak angkatnya. Semua menari-nari didepan mata.
“Kenapa?Akak nak balik sekali ke”.
“Akan rasa nak balik lah tak puas rasanya nak manja
dengan emak, lama tau akak tak rasa kasih emak. Bila dah dapat ni rasa susah pulak nak
dilepaskan..”
“Akak ni, ada ke macam tu. Pagi tadi
kenapa tak pergi rumah Mak su”.
“Suaminya kan ada, akak tak mahu gangu
diorang, lagi pun lamakan mereka tak jumpa tentu mereka tak mahu diganggu”.
“Ialah tu, tapi kalau mak su dah jadi
mak angkat akak, suaminya tentu jadi ayah anagkat akak juga.”
“ayah anagkat lain Yam, akak tetap
bukan muhrim dia. Itu yang jadi kekok. Itu sebabnya akak tak nak kerumah emak
kalau dia ada.”
“oklah kalau tak ada apa-apa kita
baliklah minggu depan. Yam suka saja kalau balik naik kereta macam ni, taklah
berhimpit macam naik bas. Penat tau kak kalau naik bas, dahlah himpit-himpit
kena jalan pergi bas station pula penat. Tapi Yam kesian akak drive sorang
tentu penat, Yam nak ganti Yam tak ada lessen”.
“Akak ok saja, kalau ada orang kat
sebelah temankan macam ni, kita
berbual-bual tak terasa daah sampai.”
Begitulah
Sarah hatinya memang sedang bahagia .Mana tak bahagia dia sudah ada seorang ibu
untuk dirinya bermanja. Walaupun hanya ibu angkat tetapi cukup bermakna bagi
Sarah.Dia juga sudah punya anak namun
hatinya sahaja yang mengakui itu adalah anak-anak angkatnya.
Kini
hari Sarah berlalu dengan rasa teruja. Hari Jumaat merupakan hari yang
ditunggu. Dia bercadang untuk pulang kekampung Maryam. Dia ingin menaiki Melaka River Cruise
untuk membawa anak-anak dan ibu angkatnya berjalan kali ini. Sudah dibayangkan
betapa indahnya pemandangan Bandar Melaka dipandang dari sungai. Pagi itu
ketika mereka bersiap-siap untuk ketempat kerja..
“Yam kita bawa baju sekali, akak rasa
nak balik lepas waktu kerja. Kita solat jamak zohor dengan asar sekali kat
office.Lepas tu kita terus balik nak”.
Hari itu Sarah bekerja dengan senyuman
ceria. Setiap jam matanya tidak terlepas dari memandang jam didinding atau pun
jam dipergelangan tanganya. Tepat sahaja pukul empat setengah dia bergesa
ketempat Maryam.
“Yam jom kita balik dah 430 ni, Yam
tadi solat Zohor Yam jamak dengan Asar tak?”.
“Yam uzur. Kak Sarah kenapa cepat sangat nak balik, Sabtu pagi pun ok,
nanti akak penat sangat balik kerja terus memandu balik Melaka. Jauh tu kak
Sarah.”
“Akak nak nak bawa emak akak, Zurin
dan Zira naik Melaka River Cruise hari Sabtu. Kalau balik pagi Sabtu suntuk
sangat masa kita Yam.”
“Yam boleh ikut tak kak, Yam ni orang Melaka tapi belum pernah naik River
Cruse tu lagi”.
“Hai kenapa tak naik lagi, hari tu
cakap macam dia dah pernah naik, sampai akak ni termakan dengan lakunan Yam tu,
ni haa tak sabar rasa nak naik. Bila Yam membayangkan seronok sangat naik River
Crues hari tu.”
“Yam dengar orang cerita lah, kata
kawan-kawan yang pernah naik tu seronok sangat. Yam nak pergi tak ada
kawan..jalan sorang-sorang tercangok-cangok tak bestlah kak Sarah. Lagi pun
ayah bukannya bagi Yam pergi berjalan
sorang-sorang.”
“Bawalah emak dan ayah awak tu”.
“Ayah Yam tu tak suka berjalan, mak
Yam pula tak boleh nak tinggalkan ayah. Yam ni hanya dalam mimpi sahaja kalau
bawa ayah dan mak Yam berjalan”.
“Romatik betulah ayah dan mak Yam kan.
Pasangan yang seia sekata sampai kehujung usia”.
“Yam kalau boleh nak cari suaminya
yang macam ayah Yam tu, lelaki yang hanya pandang isterinya sahaja. Tak kaya,
tak hansem pun tak apa. Biarlah kita hidup sederhana.Tapi yang penting hanya
Yam isteri dia”.
“Akak pun macam Yam juga, sekali akak
terkena serik rasanya. Menumpang kasih suami orang tak ada yang indah Yam, hati
akak ni baru rasa lega bila dah bercerai. Kalau tak hati sentiasa sakit bila
ingat dia kat rumah isteri yang satu lagi. Dahlah kita tak diterima oleh isteri
dia, keluarga dia juga tak tak terima kita. Kita rasa terhina sangat, bila
orang cop kita orang yang menggangu kebahagiaan rumahtangga orang lain. Kita ni
dianggap sebagai parasite. Hina sangat rasa diri Yam”. Itulah rasa wanita yang
dimadu. Walaupun pada mulanya rasa boleh menghadapi tetapi bila melaluinya
sendiri barulah kita tahu langit itu tinggi tak tercapai. Akan selalu
menyelinap rasa ingin memiliki suaminya tampa ada orang lain.
Dalam
asyik berbual tak terasa perjalanan mereka yang bersulam dengan kesesakkan
jalan raya memakan masa hamper 4 jam sampai juga. Seperti yang telah
dijangkakan hamper Magrib Sarah dan Maryam sampai dirumah keluarga Maryam.
Mendengar sebuah kereta berhenti dihalaman rumah berkejaran Zurin dan Zira
kemuka pintu. Sambil memekik-memekik dan terlonjak-lonjak mahu dibukakan pintu.
“Nenek!! buka pintu..mama balik”
ayahnya yang sedang bersiap sedia ditikar sejadah terpinga-pinga mendengar
anaknya yang tua menyebut ‘mama balik’.
Selepas
hari raya seminggu barulah Mizan Khir dapat pulang bercuti. Mizan Khir
merupakan abang kepada Maryam, dia adalah satu-satunya anak lelaki Haji Marzuki
dan Hajjah Nafisah. Setiap kali cuti dia kan bercuti selama sebulan. Mizan Khir
perupakan sorang cheff disebuah kapal yang beroperasi di perairan pantai
Labuan. Kerjanya sebulan diatas kapal dan sebulan dapat pulang bercuti, tetapi
akan juga pulang bertugas jika hidmatnya diperlukan kerana ketiadaan cheff lain
atau rakan setugas cuti segera.
Bila
mendengar kata-kata anaknya yang tua hatinya jadi berdebar. Mungkinkah roh
arwah isterinya yang meninggal setahun yang lalu yang datang. Teringat pula
kata neneknya dulu, anak yang masih bersih hati akan melihat makhluk-makhluk
halus. ..Ialah anak-anaknya menjerit memanggil ‘mama’ ditengah hendak masuknya waktu Magrib.
“Mana ada”. Neneknya juga
terpinga-pinga bila cucunya mengatakan mamanya (menantu yang telah meninggal
dunia balik ). Kata emaknya pula yang
baru sahaja keluar dari bilik air mengambil wudu’ menuju kearah cucu-cucunya
yang dua orang yang sedang terlompat-lompat nampak kegirangan. Atuknya yang
sudah siap dengan pakai sembahyangnya keluar dari biliknya, menuju kearah anak
lelakinya sedang memandang kearah anak-anak yang terlompat-lompat.
“Ada kereta masuk tadi emaknya, siapa
ye?”.Kata Haji Marzuki tenag bertanya kepada isterinya.
“Ia ke ayahnya, Fisa tak dengar
pun”..Kata siiateri tapi memanglah dia tidak mendengar, kerana dia didalam
bilik air tadi.
Tidak
lama kemudian kedengaran suara orang perempuan memberi salam dari luar rumah.’Bunyi macam suara Maryam’ detik hati
Hajjag Nafisah.Terus sahaja Hajjah Nafisah membuka pintu dan mejengahkan muka
keluar. Terbuka sahaja pintu cucunya sudah menerpa keluar..dengan panggilan…
“Mama..mama”. Maryam membungkukkan
badan namun sakaanya meleset yang diterpa oleh kanak-kanak dua orang itu adalah
Sarah. Maryam jadi hairan bila pula anak-anak buahnya mengelar Sarah sebagai ‘mama’. Tetapi pertanyaan itu hanya
bergema dihatinya sahaja.
Sarah
membungkukkan diri dan menciumi dua orang anak saudara Maryam. Dia yakin
panggilan itu untuknya. Hatinya tersentuh dengan panggilan itu. Sememangnya dia
mendambakan panggilan itu sejak dia berkahwin dengan Syukri dulu..tapi
segalanya hampa. Perkahwinannya selama dua tahun tidak menghasilkan apa-apa. Sedang
mereka kecoh diluar rumah kedengaran sayup laungan suara azan sahut-sahutan
dari beberapa buah surau dan masjid berhampiran.
“Yam beg akak biarlah dalam kereta
nanti akak angkat, Yam angkat beg Yam sahaja”.
“Habis bila akak nak angkat..”.
“Nanti akak angkatlah akak nak dukung
anak dara dua orang ni masuk dulu, dah Magrib ni tak baik budak kecil kat luar
rumah”. Sarah berkudrat lebih kerana hatinya gembira.
“Sampai hati kakak dengan adik tak
ingat mak su..”Kata Maryam merajuk sambil mencuit kedua pipi anak buahnya yang
sudah didukungan Sarah.
Keduanya hanya terkekek-kekek
mendengar bebelan mak sunya.Hongeh (bahasa negeri Sembilan Semput tak cukup
nafas) juga Sarah mendukung dua orang anak didukunganya. Walaupun masih kecil
namun tenaga wanitanya tidak sekuat mana, namun digagahkanya juga demi hatinya
yang sudah berbunga bila mendengar perkataan MAMA tadi. Sarah mendukung dua orang anak saudara Maryam hingga ke muka
pintu.
“Ok kakak dengan adik masuk ye.” Sarah
menurunkan dukunganya dengan nafas yang semput. Ketika itu Mizan memandang
wajah wanita yang sedang tunduk untuk meletakan anak-anaknya kelantai.
“Mama nak pergi mana?” Tanya Zurin
yang sudah petah berkata. Nampak bimbang kehilangan orang yang dipanggilnya
mama.
“Nak tolong mak su angkat beg baju”.
“Kakak tolong..” sikecil yang
bersemangat waja, menghulur bantuan. Sungguh lucu.. beg baju pun lebih besar
dari dirinya ada hati nak menolong.
“Tak payah..tak payah..kalau waktu
Magrib macam ni kat luar banyak han…” Hantu berkeliaran sepatutnya itulah
sambungan ayat Sarah namun perkataanya terhenti bila matanya bertembung dengan
mata seorang lelaki yang sedang merenungnya dengan garang. Lelaki itu sudah
duduk disejadah dan tanganya membilang biji tasbih.
“Zurin dengan Zira masuk dulu, biar
mak cik tu tolong maksu kamu angkat beg.” Haji Marzuki bersuara, mendengar
arahan datuknya Zurin dan Zira masuk dan menghampiri neneknya dengan muka
memuncung tanda protesnya. Sarah berpaling kekeretanya semula. Hatinya jadi
tidak sedap untuk masuk kerumah Maryam bila ada lelaki muda yang bukan muhrim
didalam rumah kawan baiknya.
“Yam akak nak pergi rumah emak akaklah
Yam kesian emak, tentu dia sorang malam
ni, tak ada pun kereta ayah Is, malam ni akak tidur sana ye”.
“Eh masuklah rumah Yam dulu, lepas
makan nanti barulah kita pergi sana”.
“Tak apalah Yam, kesian emak tinggal
sorang tu, kita pun bukan selalu balik sini seminggu sekali saja, akak pergi
sana ye”.
“Ialah, nanti lepas Isyak kalau Yam
tak tertidur Yam pergi sana sekejap”. Bila Maryam masuk hanya seorang, Haji Marzuki menegur anak bungsunya.
“mana siSarah tak masuk lagi Yam,
suruhlah dia masuk kita solat jemaah sekali.”
“Dia pergi rumah emak dia Yah, dia
kata nak temankan emaknya. Dia solat kat sanalah.Ehh abang bila abang balik?.”
“Dah dua tiga hari kat rumah ni Yam”.
“Abang cuti sampai bila”.
“Ehh..dah pergilah ambil wudu’ kita
solat. Nanti lepas solat sambung bual”.Arah Haji Marzuki kepada anak bungsunya
yang seakan terleka waktu solat bila terpandang abangnya.
No comments:
Post a Comment