Kalau berenag ketengah laut,
Jangan terkena siubur-ubur,
Jangan dikenang jangan disebut,
Umpama nasi dah menjadi bubur.
Ketika
Loqman ingin melangkah masuk setapak lagi, sambil menarik tangan isteri baru-
nya, tiba-tiba melengking lagi suara Puan Sharifah menegur garang. Dia yang masih tidak berganjak diruang tamu yang
agak terkedalam sedikit, matanya macam mata singa betina mengawasi mangsanya.
Liza yang belum kenal lagi ibu mertuanya rasa takut untuk bergerak tetapi
tarikkan tangan suaminya yang agak kuat menyebabkan dia melangkah juga. Tetapi
lengkingan suara Puan Sharifah menyebabkan langkah kakinya semerta terhenti.
Begitu juga suaminya.
“Man nak kemana tu?” Tanya Cikgu Sharifah
dengan suara yang keras. Kalau orang dengar macam suara ketua commander memberi
perintah. Encik Abdul Majid yang duduk memerhati terkejut juga dengan suara
garang isterinya. Tidak pernah dia melihat isterinya menyinga sebegitu..’ wahh boleh tahan juga Commander Sharifah
ni tunjuk garang.. kalau anak buah aku mesti dah kecut perut’ kata-kata itu
hanya didalam hati Encik Abdul Majid sahaja. Dia hanya jadi pemerhati.
“Nak masuk pergi bilik Manlah.”
“Berhenti kat situ. Aku tak hingin nak serumah
dengan perempuan yang merampas suami orang, perempuan yang tak ada sifat
perempuan, perempuan gatal, perempuan miang, perempuan yang tak ada hati perut…
tak ada keturunan aku yang jadi perampas
suami orang tau.” cukup semuanya Puan Sharifah memberi gelaran kepada menantu
barunya, terkedu Liza mendengar kata-kata ibu mertuanya..tapi jika di fikir
memang itulah kebenaranya. Dia tahu dialah yang mengapi-apikan Loqman ketika
Loqman lemah dengan perasaanya dulu. Dia juga tahu isteri Loqman sedang
bermasaalah kerana alahan mengandungnya yang teruk. Tetapi kerana dia inginkan
suaminya .. diperangkap hingga dia berjaya. Kini lelaki itu miliknya.
“Habis Man dan Liza ni nak duduk mana?.”
“Itu aku tak kisah kau nak bawak perempuan
tu duduk mana, nak duduk tepi jalan, tepi longkang atau dalam longkang memang
itulah tempat perempuan macam dia tu. Tapi jangan kau bawa dia masuk rumah
aku…aku benci.” jelas Puan Sharifah. Sungguh kasar kata-katanya mencarik rabit
hati dan perasaan Loqman dan Liza. Tidak tersebut langsung nama menantu barunya
walaupun sudah dua tiga kali Loqman menyebutnya.(Rabit disini bermaksud koyak
kalau tak salah dalam bahasa suku kaum Banjar).
“Sampai hati mama cakap macam tu.” Loqman
membela mencari simpati untuk isteri
barunya.
“Aku yang sampai hati atau Man tu yang
sampai hati atau betina gatal tu yang sampai hati?? Buka mata kamu tu Man”.
Jerit Puan Sharifah lagi..sudah boleh digelar ‘Tarzan’ Puan Sharifah pagi itu kerana jeritan-jeritannya yang meluahkan
rasa geramnya atas perbuatan anaknya sendiri. Ahh Loqman tersilap kata lagi..kini mereka
disembur lagi dengan kata-kata bercili padi yang berbahang, panas dan pedas.
“Aku tanya
ni!! kalau dia ditempat Amirah apa agaknya yang dia rasa.” Tajam pandangan mata
Puan Sharifah memandang Liza disebelah Loqman.
“Mama..” baru sepatah Liza bersuara..Puan
Sharifah sudah memotong.
“Jangan panggil aku.. mama.. aku tak sudi
nak dengar..aku tak sudi bermenantu perempuan macam kau..perempuan tak tahu
malu..perempuan tak berhati perut. Man bawa keluar cepat perempuan ni..aku
benci nak pandang.” lurus tangan Puan Sharifah menunjuk kepintu. Segala
perbuatanya tidak dibantah oleh Encik Abdul Majid, dia juga bersetuju dengan
apa yang dilakukan oleh isterinya.
Pedih
hati Loqman dan Liza dihalau sebegitu tampa pembelaan dari papanya. Walau pun
papanya juga ada diruang tamu ketika itu.
Pada kebiasaan bila dia marahi mamanya, papanya selalu membela dirinya. Kiranya
dahulu Loqman adalah anak manja papanya. Tapi untuk hari itu, dia dibiarkan
tampa pembelaan. Didalam kereta Liza menangis semahu-mahunya, dia rasa sungguh
terhina dan malu. Wajahnya sudah comot dengan kesan-kesan make-up yang cair
terkena air matanya. Jika Loqman tidak tahu itu isterinya mau dia lari membuka
langkah seribu..kerana wajah isterinya yang cantik tadi, sudah bertukar seperti
wajah hantu. Seperti wajah Maya Karen dalan filem Pontianak Harum Sundal malam,
tapi masa Maya Karen jadi pontianaklah. Dengan biji matanya yang merah akibat
menangis dan hitam pula disekeliling matanya.
Usha
menghias wajahnya pagi tadi menjadi sia-sia. Wajahnya yang telah disolek lebih
dari kebiasaanya tidak menarik perhatian kedua ibu dan bapa mertuanya. Hampir
dua jam dia duduk dihadapan cermin pagi tadi, untuk meratakan segala macam
lubung dipipinya. Dia mengenakan bulu mata yang lebih panjang dari biasa. Matanya
sudah seakan-akan mata Rozita Cik Wan. Bajunya pula bukan sebarang baju yang
dipakainya hari itu. Dia memakai baju itu hanya pada hari tertentu yang
istimewa sahaja. Baju itu dibelinya dari sebuah butik, agak mahal harganya
kerana dari jenis kain yang bermumut tinggi.
Dari
rumah lagi dia sudah membayangkan dia akan disambut dengan penuh kegembiran dan
kata puji-pujian..‘Bertuahnya Loqman
mendapat isteri yang cantik dan pandai bergaya..itulah yang akan
diperkatakan oleh emak suaminya, bila melihat penampilanya kelak. Kata-kata
itulah yang sering didengari olehnya, bila bertemu dengan kawan-kawan. Apa
tidaknya orang kata wajahnya mirip wajah Maya Karen yang lembut dan sentiasa
tersenyum. Tapi lain pula jadinya..dia menerima cercaan dan hinaan yang tidak
pernah tergambar oleh mindanya. Loqman disebelahnya tidak pula berminat untuk
memujuknya. Jadi dia menangis bersungguh-sungguh hingga cair segala mascara,
eyeliner dimatanya. Menjadikan keliling matanya menjadi hitam macam mata
beruang panda. Loqman cuba memandu dengan
tenang. Dia tidak menghiraukan isteri yang sedang beria menangis teresak-esak disebelahnya.
Tumpuanya keatas jalan Highway Serembah –Kuala Lumpur.
Fikirannya
cuba memperoses semula kata-kata mamanya. Apa yang diperkatakan oleh mama tentang
bekas isterinya semuanya benar belaka. Maklumlah bukan sekejap mamanya
mengenali bekas isterinya dari sejak dia bayi lagi. Sesunggunya itulah calon
isterinya yang terbaik untuk dirinya. Hatinya dengan yakin mengakuinya. Dia
juga sudah dapat menjangkakan sikap isterinya yang sedang teresak disisi, walaupun
baru seminggu mereka menjadi suamiisteri dan duduk sebumbung. Tetapi apakan
daya ‘ nasi sudah menjadi bubur’ bak
kata orang terlajak perahu boleh diundur terlajak perbuatan tanggunglah
sendiri. Secara tidak sedar dia mengakui didalam hati. Walaupun nampaknya dia
tenang memandu tetapi hati dan kepalanya berperang dan bersoal jawap didalam. Mereka
pulang semula ke Petaling Jaya dengan perasaan yang sebal dan perut yang lapar.
Untuk singgah tempat makan disepanjang Highway itu tidak mungkin, kerana
keadaan isterinya yang sudah comot kerana kesan make-up yang cair. Lagi pun masih
berdengung-dengung suara mamanya mencerca mereka tadi. Menyebabkan selera mereka juga tertutup.
========================================
Hari dan bulan berganti, kehidupan yang
penuh pancaroba perlu juga dituruskan. Sepanjang tempuh berpantang, Amirah
dijaga oleh ibunya diKuala Pilah. Dia menyusukan sendiri anaknya dengan susu
badan. Dia tahu banyak kebaikan susu ibu. Selain dari khasiat susu ibu yang tidak
dapat dinafikan lagi akan kelebihannya, dia juga dapat menjimatkan duit untuk
membeli susu berfomula dalam masa dua bulan itu. Sementara dia masih boleh
menyusukan anaknya dengan air susunya sendiri dia akan menyusukan. Itu
tekadnya. Kata ibunya lagi jika kita menyusukan anak dengan susu kita sendiri,
anak kita akan lebih menyayangi dan menghargai kita kelak. Itulah kata-kata
perangsangn dari ibunya.
“Bu..kakak nak susukan Syifa ni dengan
susu kakak cukup-cukup, nanti kalau kakak dah kerja tak boleh nak bagi lagi, jadi selama dua
bulan ni biar kakak susukan dia kan bu”.
“Eloklah tu. Allah dah bagi banyak khasiat pada
air susu seorang ibu, jadi jangan lah dipersiakan... Alhamdullilah banyak air susu kakak tu, tak
payah campur susu botol Syifa pun dah kenyang eloklah macam tu. Kalau kakak dah kerja nanti, mana
boleh nak balik sini selalu. Kakak.. kalau kita bagi susu kita pada anak kita,
esok besar dia sayang kat kita tau..tenguk kakak dan adik-adik kakak, ada ke
lupa kat ibu ni. Walau pun duduk jauh tapi masih ingat ibu dan ayah juga kan. Lagi
pun ikatan kita adik beradik rapat, ada rasa sayang antara satu sama lain.. maklumlah
kita minum dari susu yang sama.” Amirah hanya mendengar kata-kata ibu nya
sebagai nasihat lalu ditanamkan kedalam lubuk jiwanya. Jika diteliti memang ada
kebenaran nya kata-kata ibunya. Semua adik-adiknya termasuklah dirinya memang
sayang ibu dan ayahnya dan ada rasa sayang sesama mereka adik-beradik, itu
sebabnya mereka selalu mengambil berat antara satu sama lain.
“Kalau kakak kerja nanti tinggalkan Syifa kat sini
biar ibu yang jaga. Kat Kuala Lumpur tu susah nak cari pengasuh. Lagi pun masa
dia masih kecil ni biar kita jaga dia elok-elok, biar tumbesaran dia sempurna.
Kalau kakak ada cuti baliklah. Pada ibu biar anak kita terjaga dan selamat..
kita susah sikit tak apakan kakak.”
“Kakak pun fikir macam tu juga bu..Kakak
duduk ramai-ramai kat rumah sewa tu..rasa macam tak sesuai pula nak bawa
Syifa...lagipun kakak tak tahu mana nak cari pengasuh kat kawasan kakak tu..”
Mereka
sepakat, Syifa anaknya akan dijaga oleh ibunya diKuala Pilah. Walaupun berat
rasa hatinya meninggalkan anaknya, tapi untuk kebaikan anaknya.. Amirah rela.
“Nanti kakak susun cuti kakak, kalau ada
cuti lebih dari tiga hari rasanya kakak nak baliklah bu.” Amirah mula merangka
perjalanan hidup dihari mendatang.
“Suka hati kakak lah…kalau tak susah kan
kakak ibu lagi suka..tapi kalau rasa penat sangat tak payahlah balik selalu
..ibu boleh jaga…Mak Long tu pun selalu datang sini.”
“Berat rasanya nak tinggalkan Syifa ni bu,
dah selalu peluk dia macm ni.”
Ketika
itu Amirah sedang menyusukan anaknya, bila sudah kenyang diangkat lalu
dicimumnya pipi anaknya bertubi-tubi. Hati Amirah sebenarnya terasa pedih. Dia
diserbu pilu. Terfikir dibenaknya jika dia dan Loqman masih lagi suami isteri,
tentu dia tidak perlu berpisah dengan anaknya. Sudah tentu dia dan Loqman akan berusha mencari penjaga untuk menjaga
anaknya ketika mereka keluar bekerja, ataupun mereka akan bergilir-gilir
menjaganya. Matanya sudah mula berkaca-kaca dek genangan air mata yang akan
tertumpah bila-bila masa sahaja. Ibunya menyedari keadaan itu, lalu megubah
topik perbualannya.
“Ibu lupa nak cakap dengan kakak..adik
(panggilan adik Amirah yang bungsu sekarang dalam tingkatan dua) kata nak minta
tolong kakak tengokkan isi pidato dia..ada dia tinggalkan atas meja tempat
lampin Syifa tu. Dia pesan sebelum pergi sekolah tadi. Dia nak berpidatuh lusa.
Adik kakak tu nak masuk pertandingan pidatuh pulak. Entahlah...adik kakak itu
aktiv betul..masuk pertandingan berpidatolah, setiausha kelablah, main sukanlah.
Ibu takut dia tak terbawa nanti, gagal pula dalam pelajaran.” pandai sungguh
ibu Amirah membaca apa yang difikirkan oleh anaknya. Puan Halimah tidak mahu
Amirah bersedih hati selalu, ditakuti jadi gila meroyan pula. Sedaya yang boleh,
dia akan cuba membantu Amirah melupakan kisah sedehnya.
“Meroyan merupakan sakit kemurungan yang
sering di alami oleh ibu-ibu yang baru lepas bersalin, mungkin kerana kurang
keyakinan pada diri sendiri atau tekanan perasaan.”
“Ohh..kertas kajang tu..ingatkan ‘surat cinta’ siapa tadi. Tak apalah bu
adik macam tu, biar dia sibuk dalam hal pelajaran.. jangan sibuk bercinta dan
keluar dengan kawan-kawan sudah lah. Lagi pun berpidatuh ni bagus.” Puan
Halimah ketawa bila mendengar Amirah memperkatakan ‘surat cinta’, namun dia menyaggah juga kata-kata anaknya untuk memanjangkan
cerita.
“Hsyy bagus apanya..kalau menang nanti dah
cikgu suruh jadi wakil sekolah pulak.. kemudian wakil daerah..asyik kehulu
kehilir sajalah jawabnya.”
“Bu pidatuh ni boleh menguatkan lagi
penggunaan bahasa kita..tak kiralah bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia..lagi pun boleh menghilangkan rasa
malu dan gementar bila bercakap dikhlayak ramai. Macam masa kakak belajar kat Universiti
tu dulu, kena bercakap kat depan kawan-kawan dan pensyarah. Kemudian masa Mirah
dah kerja ni, kadang-kadang kena bercakap dengan orang ramai juga, kadang-kadang
kena pula membentangkan kertas kerja..jadi kalau kita dah biasa bercakap kat
depan orang.. kita tak lah gugup sangat.” Panjang lebar Amirah menerangkan
kebaikkan aktiviti adiknya..dia sudah lupa kesedehan hatinya, untuk sementara.
Setiap
hujung minggu pula ibu mertuanya akan datang menjaganya pula. Kerana hanya hari itu juga dia tidak mengajar.
Puan Sharifah ibu mertua Amirah merupakan seorang guru sekolah rendah, dia
bertugas disebuah sekolah berdekatan dengan tempat kediamanya dia Port Dickson.
Mengikut perhitungan hanya tinggal dua tahun sahaja dia akan bersara.
Tetapi
Amirah tidak boleh memijak kakinya kerumah ibu mertuanya di Port Dickson. Dia
akan menangis tidak boleh ditahan-tahan. Ada sekali ibu dan bapa mertuanya
mengajaknya tinggal barang seminggu dirumah mereka…kebetulan masa itu cuti
penggal persekolahan, dengan hati yang senang, tampa berfikir panjang Amirah
bersetuju. Bila sampai sahaja dia dimuka pintu, dia menangis tersedu-sedu tidak
boleh berhenti. Kakinya juga tidak berdaya untuk melangkah masuk, dia sudah
terjelepuk dipintu masuk. Alhamdullilah ketika itu anaknya didukung oleh Puan
Sharifah. Dengan rasa simpati, mereka menghantar Amirah pulang semula keKuala
Pilah..sepanjang jalan itu Amirah menangis tidak berhenti walaupun ditenangkan
oleh ibu mertuanya. Menurut ibunya sekembalinya dia dari PD hampir seminggu
Amirah duduk menyendiri, walau cuba diajak berbual oleh ibu, ayah dan
adik-adiknya. Sejak hari itu bekas ibu dan bapa mertuanya sahaja yang datang menjenguknya
diKuala Pilah. Mereka sekeluarga sedaya upaya menjaga emosi Amirah supaya tidak
bersedeh atau terkenangkan bekas suaminya.
sedihnya...cuma satu part lebih dari penulisan2u.
ReplyDeleteSabarlah Mak Teh baru nak cari idea ni..dah siap separuh mungkin dua atau tiga hari lagi adalah...
ReplyDelete