Ayam
denak dipinggir hutan,
Kais-kais
mencari makan,
Adik
bukan abang pun bukan,
Hajat
hati nak jadikan teman.
Perubahan
watak Farhan menjadi tanda tanya pada sahabat baiknya.Farhan hari itu kelihatan
sangat bersemangat dan senyumnya tidak
kering dari bibirnya..dari sejak dia sampai tadi hinggalah kewaktu rehat
mereka.Untuk merungkai segala misteri,
Farhan harus disoal hingga keakar umbi.. biar terbongkar segala
rahsianya. Rahsia mengapa Farhan berubah
sejak seminggu lalu.
Pada
waktu rehatnya berkali-kali dia ditanya oleh sahabat baiknya.Akhirnya Farhan
mengalah, dia bercerita juga sebab-musabab perubahan pada dirinya...sejak seminggu
yang lalu.Sememangnya Farhan tidak dapat menyembunyikan sebarang rahsia
peribadinya dari sahabat baiknya, kerana sahabatnya yang satu ini sangat peka
pada setiap perubahan Farhan maklum bukan sekejap mereka berkawan..Lan ataupun Arief Edlan bin Hasbullah adalah
kawan seperjuangan Farhan dari Matrikulasi Kuala Pilah lagi hingga keuniversiti
dan kini bekerja dibawah satu bumbung.
Dia merupakan sahabat Farhan paling rapat..teman suka dan duka dan
sahabat yang paling mengenali dan memahami siapa Farhan.
Perkenalan
mereka bermula dari Matrikulasi Kuala Pilah. Dihari pendaftaran mereka berbaris
depan dan belakang tetapi tidak bertegur sapa. Wajah Farhan yang nampak sombong
menyebabkan tidak terlintas dihati Edlan
untuk berkenalan, walaupun dia tahu orang yang dibelakangnya juga satu negeri
denganya. Ketika mereka berbaris tadi ibu orang dibekakangnya menghampiri lalu
bertanya sesuatu, dia terdengar loghat yang digunakan.Terdetik juga dihati
Edlan agar mereka tidak ditempatkan satu bilik.Yang sebenarnya Edlan seorang
kaki bising dan suka berjenaka.Dia merasa tidak selesa jika kawan sebiliknya seorang
yang sombong dan pendiam.Tetapi entah mengapa bila itu yang diminta itu pula
yang dia dapat.Farhan ditempatkan sebilik denganya bersama dua orang lagi
pelajar dari berlainan negeri, hanya mereka berdua sahaja orang Negeri
Sembilan. Seorang lagi dari Pahang dan seorang lagi dari Kelantan.
Selain
sebilik mereka juga satu kelas. Setelah lama bergaul barulah dia tahu Farhan
bukan seorang yang sombong..dia seorang yang pemalu. Kerana sifat pemalunya dia
menjadi seorang yang pendiam. Dia juga
tidak pandai mencari kawan. Oleh kerana kasihan Edlan menemaninya walau kemana
sahaja, sama ada pergi makan, bermain ataupun belajar. Bagi Edlan jika dia bersama Farhan tiada pergaduhan ataupun
pertengkaran akan terjadi. Sifat Farhan sangat mudah jika sesuatu perkara tidak disukainya dia
tidak meninggikan suaranya atau bertengang urat . Dia mengambil jalan mendiamkan
dirinya sahaja. Dan jika sesekali perbuatan atau perkataanya dibantah, Farhan
juga akan mendiamkan diri. Dengan sikap itu Edlan merasa senang berkawan dengan
Farhan.Tak sakit hati itulah kenyataanya.
Dari
Matrik hingga tamat pengajian di Universiti mereka menjadi rakan sebilik.Mereka
jadi rapat kerana satu kejadian.Semasa mereka mereka menuntut di Matrikulasi
Kuala Pilah Negeri Sembilan.Waktu itu bulan puasa entah bagai mana makanan
untuk berbuka puasa amat terhad.Tetapi nasib menyebelahi Edlan ketika itu,
dalam berebut dia dapat membeli sebungkus nasi bungkus. Manakala Farhan dan
seorang lagi rakan sebilik mereka tidak dapat membeli apa-apa dan seorang lagi hanya dapat membeli
tiga biji kueh karipap. Mereka berempat berkongsi sebungkus nasi, kueh sorang
sebiji tetapi Farhan dan Edlan berkongsi karipap yang sebiji. Itulah pengalaman
pertama mereka berbuka puasa di tempat belajar, jauh dari ibu bapa.
“Han mu ambik karipap aku ni..aku ok
ni..makanlah”.
“Tak apa Fiz..esok aku
balik..kau makanlah”.Kebetulan malam itu malam Khamis..petang Jumaat nanti dia
akan meminta kebenaran untuk pulang kerumahnya diSeremban..
“Han nah ambil separuh
aku punya..aku balik juga Jumaat petang esok, kita balik sama ye”.
“Kau balik naik
apa..ada siapa-siap datang jemput ke Lan?”.
“Tak juga aku naik
bas..nanti sampai terminal aku minta tolong siapa-siapa yang free datang
ambil..nakminta abah aku datang Kuala Pilah kesian pulak…rasa jauh sangat”.
“aku pun balik naik bas,
ok kita balik sama ye.”
“kalau macam tu lepas solat
Jumaat kita tak payah balik bilik kita terus balik ok”
“Oklah kalau macam tu..jadi
siap-siaplah kita bawa beg sekali, kita balik dari Masjid saja.”.
“Mu berdua kalau balik
kampong tu balik sini bawaklah lebih sikit, kami nak tumpang..teruk betul
diorang ni..tahu student ramai masaklah banyak, diaorang tak terfikir ke kalau
tak kat tempat dia kat mana lagi kita nak makan lainlah kalau kat rumah boleh
kita masak..yang heran tu kalau hari biasa banyak pulak diaorang masak..”.
“Insyaallah..kalau ada
rezeki, aku bawak sampai sahur sekali.” jawab Edlan.
Edlan
terbayang keadaan keluarganya ketika berbuka puasa…juadah penuh satu
meja.Dengan pencuci mulut dan lauk pauk.Itu tidak termasuk dua tiga jenis
minuman.Air sirap dan air nescaffce yang tidak pernah tertinggal dalam hidangan
keluarga mereka.Keluarga Edlan membuka perniagaan mengambil tempahan untuk
majlis khenduri kahwin dan juga majlis jamuan dipejabat-pejabat.Seluruh ahli
keluarga tahu tentang masak memasak. Jadi tidak hairanlah jika mereka memasak
sendiri menu yang dihajati atau diingini
ketika itu.Kebiasaanya makan hingga kesahur tidak habis akhirnya semuanya
terjun ketong sampah.
Persahabat
itu perpanjangan sehinga mereka melanjutkan pelajaran keUiTM Shah Alam selangor.
Secara kebetulan pula Edlan dan Farhan diterima masuk ke UiTM Shah Alam dalam
bidang yang sama yaitu Farmasi. Arief Edlan telah pun berumah tangga hamper dua
yang lalu dan telah pun dikurniakan seorang cahaya mata perempuan baru berumur
6 bulan. Isterinya juga rakan mereka satu unversiti dahulu, tetapi junior setahun dari mereka. Dia bekerja dia
Putra Jaya sebagai pegawai Tadbir.Mereka bertiga merupakan kawan baik semasa
diuniversiti dulu.Farhan tidak mempunyai ramai kawan kerana dia seorang yang
pemalu dan pendiam.Dengan Arief Edlan mungkin mereka satu negeri dan kenal
sudah agak lama.Dari tahun satu lagi mereka serumah dan sebilik hingga ke akhir
pengajian mereka.Bagi Edlan segala rahsia Farhan semuanya ada didalam poketnya.
Ditahun
akhir pengajian mereka, Farhan meminati seorang pelajar wanita, yang satu kelas
dengan mereka.Gadis manis yang memikat hati Farhan berasal dari Pulau Pinang,
hidungnya mancung bak seludang, bulu matanya lentik original, pandangan matanya
lembut, kulitnya hitam manis dan tinggi lampai orangnya. Wajahnya pula
kelihatan sentiasa tersenyum..bak kata orang tidak jemu mata memandang. Gadis
ini bertambah sempurna dimata semua orang dengan tingkah laku yang lemah lembut
dan sopan. Jika di lihat sekali imbas
wajahnya ada iras-iras pelakon dan pengacara
Warnida Imran. Gadis idaman mana-mana teruna dan akan terteraik dengan
sekali pandang. Gadis ini tidak menggunakan alat solek untuk menyerlahkan kecantikannya,
kecantikkan adalah asli semula jadi. Sentiasa berpakai sebagai seorang muslimah yang menutup aurat dan melindungi
bentuk bandanya. Dia berbaju kurung dan
bertudung labuh.
Dengar cerita orang..sigadis manis berdarah campuran Arab disebelah ibu dan
Penang disebelah ayahnya. Jika sesekali dia bersuara..aduhai suaranya begitu
lembut gemersik membuai kalbu. Tetapi dia jarang bersuara..dia menjaga aurat
suaranya. Akan berbicara dengan perlahan
dengan kaum sejenisnya sahaja. Setiap hari Farhan hanya berani memandang
sigadis dari jauh sahaja . Itulah Nur Saleha binti Abdul Rauf yang memikat hati
Farhan.Tetapi apa hendak dikata urusan jodoh Allah yang menentukan. Gadis berjaya
membuka pintu hati Farhan di sunting orang. Farhan merana mengigit jari..sampai
sekarang belum lagi mendapat pengantinya.
=============
“Sampai hati kau Han
ada cerita bahagia tak nak cerita kat aku”.Edlah bagaikan merajuk bila ditanya
Farhan tidak mahu menceritakan kisah dirinya.
“Aku ni memang bahagianya selalu Lan. Macam yang kau
selalu kata bangun tidur ibu aku kejut , makan pakai dia yang uruskan.Jadi
memangnya aku bahagia sokmo”.
“Macam biasa bahagia
sookmo kau kata...aku yang tenguk kau..aku tahulah biasa ke tak biasanya kau
tu.”
“apanya yang luar
biasanya Lan..aku tak berubah apa-apa pun, tak berkurang tak bertambah takada
yang baru pun. Ini spek ni dah tiga tahun lepas, aku tukar. Baju aku ni dari
zaman diU lagi aku pakai..Apanya yang tak biasanya Lan”.
“Bukan penampilan dan pakaian
kau yang luar biasa Han..tapi perwatakkan kau tu. Sejak seminggu ni aku
perhatikan kau muram saja..macam hari tak cukup matahari mendung suram saja.Tapi
hari ini tiba-tiba kau senyum dari kau sampai pagi tadi sampai sekarang ni. Aku
tahu kau tengah bahagia jadi ceritalah dengan aku. Mahu diingat Han, kita ni bukan sepanjang masanya bahagia,takut
nanti hujan pulak ditengah hari… kalau aku dah tahu ceritanya dari mula,
bolehlah aku bagi nasihat atau bagi cadangan kat kau nanti. Kata orang tu
sediakan payung sebelum hujan.”
“Banyaklah kau hujan ditengah hari…Nak
sediakan payung sebelum hujan lah konon.. kau tu memang kaki penyibuk”.
“Kau lupa ke Han aku
nikan penasihat kau..tapi kalau kau taknak cerita kat aku tak apa lah.. tapi
kalau nanti kau ada masaalah jangan kau cari aku pulak..masa tu aku tak akan
dengar keluhan kau lagi.”
Ialah..ialah aku nak
ceritalah ni. Kau ni Lan tak bolehlah aku nak berahsia sikit dengan kau..”
“Kau memang tak boleh
nak berahsia dengan aku Han..sebab apa-apa hal pun kau akan rujuk pada aku juga
akhirnya. Cepat cerita waktu terhad ni”.
“Lan…tiga hari lepas
aku macam hilang semangat..hari ni aku rasa macam ada taman yang begitu indah
dan berwarna warni dalam hati aku ni.” Farhan menuturkan ayatnya dengan wajah
berseri dan mata bercahaya, sungguh mengambarkan dia benar-benar bahagia.Kalau
sekali pandang seperti orang yang tidak berpijak dibumi nyata.
“Wah dah ada taman
dalam hati kau ni..bahagia sungguh kau Han.” Edlan memandang kewajah
sahabatnya..dengan senyum simpulnya.
Pada pandangan mata Arief
Edlan, Farhan seperti sudah jatuh hati sekali lagi..kerana sikapnya
sama seperti sikapnyalima tahun dulu bila
dia memandang gadis pujaan dalam diamnya. Jika dia berbicara tentang gadis pujaan
hatinya wajahnya akan berseri dan mata bercahaya..mengambarkan kebahagiaanya..
tapi siapa agaknya. Arief Edlan cuba mencungkil rahsia hati sahabatnya sampai
Berjaya itu azamnya..
“Han ceritalah kat aku
niapa yang terjadi dengan kau dua tiga hari ni sampai kau kata ad ataman dalam
hati kau tu..”.
“Betul ke kau nak
dengar cerita aku ni Lan..nanti kau boaring pulak”.
“Ehh..kau ni janganlah
nak bagi alasan cepat cerita..aku tak akan boaring kalau cerita tentang kau.. mesti
menarik punya..lagi pun aku nak tolong kalau kau ada masaalah, sebab aku tenguk
kau ni macam makin tak betul saja”.
“Kau suka sangat kutuk
akukan..apanya yang tak betulnya, aku ok
apa..kau kalau nak mengutuk aku, sesedap
rasa saja kan”.
“Aku tak kutuk
saja-saja..aku cakap apa yang betul..Kau tu tak sedar apa yang dah terjadi pada
diri kau. Aku yang pandang kau hari-hari aku tahu ada yang tak kena pada kau
sejak seminggu ni..cuba kau pandang dirikau dalam cermin. Kau tahu tak sejak
kau masuk kerja pagi tadi sampai sekarang kau tu asyik tersenyum saja, selalu
kau tak macam ni…kalau aku yang macam kau sekarang ni maksudnya senyum
memanjang..kau fikir aku apa..aku grantee kau pun kata aku tak betul. Kita ni
Han yang menilai kita adalah ornag keliling. Bukan diri kita sendiri faham
tu..Haa sekarang cepat cerita.”.
“Aku seganlah nak
cerita kat kau..aku takut kau ketawakan aku nanti.Nanti kau kata aku yang
tidak-tidak”.
“Taaak aku tak kan cakap
macam tu..aku tak kira..aku nak kau cerita juga.. aku tahu tentu kau tengah
suka dan bahagia aku tak akan kacau kau.Ceritalah macam mana sampai dah ada
taman kat hati kau tu..cepatlah” gesa Edlan sudah tidak sabar.
Senyuman Farhan masih
tersungging dibibirnya. Dia tahu sahabanya sendang memancing cerita
darinya..itulah tujuan kata-kata sahabatnya tadi.
“Oklah..oklah..kau Lan
kalau pasal cerita aku..cepat saja kau nak tahu..tak boleh langsung aku nak ada
rahsia dengan kau”.
“Untuk apa kau nak
rahsia-rahsia dengan aku..aku nikan sahabat kau..nanti kalau apa-apa terjadi
dengan kau sekurang-kurangnya aku boleh tolong…cepatlah cerita” Pinta Edlan
lagi. Akhir Farhan terpaksa juga menceritakan kisah nya..tetapi sesungguh Edlan
merupakan kawan suka dan duka Farhan dan kawan yang paling memahami dirinya.
“Lan hari Isnin hari tu
aku terserempak dengan sorang MA kat parking motor tu..aku macam kenal.Kepala aku masih terfikir-fikir siapa dia..dia dah
pergi, jadi aku tunggulah besoknya nakkan kepastian..tak terserempak pulak.Dah
hamper seminggu aku tertunggu-tunggu dah putus harapan.Aku ingat dia tak kerja
kat sini..dia datang nak uruskan hal peribadi saja, alih-alih pagi tadi aku nampak dia lagi.” MA yang
dimaksukkan disini adalah Medical Assistant atau Pembantu Perubatan.Pakaian
seragamnya jika perempuan, tudung puteh, baju puteh, seluar biru gelap dan
kasut hitam.Bagi lelaki pula baju puteh, seluar biru gelap dan kasut hitam.
“Kau tak tanya siapa
diaatau nama dia Han”.
“Tak sempat aku nak
tanya..nama, dia dah terkocoh-kocoh pergi. Aku agak dia masuk 730 pagi lah Lan”.
“Kau tu yang lambat
sangat bertindak…slow sangat… Dahlah nak jumpa sikit punya susah..Ehh yang kau
beria sangat kenapa…budak tu lelaki ke perempuan.”
“Hsyyy kau ni ada ke
lelaki tentulah perempuan kalau lelaki kau kata aku ‘Gay’ pulak, kau tu kalau
nak mengata aku bukan kau nak kira elok ke tak elok perkataan tu”.
“Nauzubillahminzalik
..kau ni Han, cuba jangan sebut perkataan tak senonoh tu..sekarang ni susah nak
cari lelaki sejati tau..jangan kau nak menambah pulak.”
“Kau pun satu janganlah
doakan aku macam tu pulak..”
“Tak adanya aku nak
doakan kau macam tu..Haa dah mulalah kau nak pusing cerita… cepat
cerita..perempuan patutlah muka kau nampak lain macam saja..rupnya dah ada
gadis yang ketuk pintu hati kau ye.”
“Ahh kau tu baru cakap
sikit dah kata ketuk pintu hati konon..Ehh betul ke muka aku lain… muka
aku nampak macam mana ha… Lan?.”
“Muka kau nampak
berseri, mata ku tu bercahaya macam oarng tengah bahagia..macam kau nampak ..Saleha
dulu.”Bila AriefEdlan menyebut sahaja
nama Saleha wajah Farhan berubah keruh. Farhan mula terimbau kenagan lama gadis
yang benama Nur Saleha binti Abdul Gafur yang pernah singgah dihatinya dulu.
Walaupun dia suka gadis itu..tapi jodoh tidak menyebelainya. Gadis itu sudah
pun berkahwin dengan sepupunya yang kacak dan berkerjaya. Farhan tidak pernah
mengharapkan kehadirannya lagi untuk mengisi ruang dihatinya. Baginya bunga
bukan sekuntum..dia reda itu bukan
jodohnya. Dia menerima segala ketentuan Ilahi dengan hati terbuka.
“Ala..Han apa diingat
perkara lama..dah jadi sejarah, cari lah yang lain ..mungkin itu bukan jodoh
kau, itu yang tak terbuka hati dia kat kau dulu tu”.
“Hmm..Betullah cakap
kau Lan, aku pun tak pernah terkilan, jodoh dan ajal semua ketentuan Allah. Aku
pun tak terkilan dia bukan jodoh aku.Aku pun tak pernah harapkan dia datang
pada aku Lan. Aku doakan dia bahagia dengan pasangan dia sampai keakhir hayat. Lagi
pun aku bukan pernah bercinta dengan dia pun..hanya suka dalam diam saja apa
nak buat..dah aku macam ni.” Farhan menunduk..kemudian dia mendongak memandang sahabatnya dengan wajah yang
sedikit ceria.Setelah lama mereka berdiam diri mungkin mengimbau cerita lama.
Farhan bersuara perlahan antara dengar dengan tidak…
“ Lan..agaknya ada tak
jodoh aku kat dunia ni..”
“InsyaAllah ada.. Allah
kan dah janji setiap makluknya kat dunia ni ada pasanganya, tapi kau tu kena usha lah sikit.. Kau kenalah buka ruang,
untuk diri kau dikenali.. ramahkan sikit
mulut kau tu... Kau itu banyak cakap bila dengan aku saja dengan orang lain nak
dengar suara kau tu pun payah. kau tutup mulut kau itu macam dah kena gam gajah
Ushakan Han buang sedikit malu kau tu.. ”
“Entah lah, aku nak
cakap apa kalau dengan orang, kalau dengan kau lainlah banyak aku nak cerita..aku
macam tak ada modallah nak cerita ke nak tanya ke.. Diaorang pun bukanya suka
cerita dengan aku”.
“Dah kau macam
menjauhkan diri..kalau ada sama-sama pun bukannya kau nak bercakap, kau tu tak mesra dengan orang walaupun dengan kawan-kawan kat sini… kau cuba
lah belajar dengar orang bercakap kemudian kauncuba pulak bercakap. Aku cakap
jujur dengan kau Han kau tu nampk sombong tau”.Edlan mengajar sahabatnya yang seorang itu
beramah mesra dengan orang sekeliling.Entahlah tidak pernah dibuatnya mengajar
orang beramah mesra keluh Edlan didalam hati.
“Ye ke Lan aku nampak sombong habis nak buat macam mana?" .
“. mula-mula kau meramahkan diri kau dengan kawan kat tempat kerja kita kemudian baru lah dengan orang kat luar sana tu."
"Aku tak biasalah Lan”
"Biasakanlah.Habis macam mana kau nak tackle anak dara orang ni kalau memanjang tak biasa Haan”.
"Aku tak biasalah Lan”
"Biasakanlah.Habis macam mana kau nak tackle anak dara orang ni kalau memanjang tak biasa Haan”.
“Entahlah Lan aku malu
lah.” Wajah Farhan jadi muram kembali bila dia memikirkan akan kekurangan dirinya. Dalam pada bosan dengan sikap Farhan
ada juga rasa kasihan terselit dihati Edlan.
“Kalau susah sangat nak
fikir Han ..apa kata suruh saja emak kau
cari untuk kau. Biasanya calon orang tua ni lagi bagus. Kau cakaplah dengan mak
kau..kaunak yang macam mana ..tentu emak kau carikan. Umur kau pun bukan muda
lagi..kata orang kan Han, orang lelaki ni masuk saja umur 35 keatas rasa nak
kahwin tu akan pudar. Janganlah sampai macam tu..nanti sampai tua kau sendiri. Mak ayah kita ni bukan hidup menongkat
langit nak jaga kita.. Cari lah calon cepat-cepat aku ni dah ada anak
sorang..tak kan nak tunggu perempuan pinang kau pulak.”
“Lan aku ni tak handsome
ke sampai mustahil ada orang perempuan nak pinang aku.”
“Bukan pasal handsome
ke tak, tapi orang perempuan Melayu kita ni tebal dengan sifat pemalunya..kalau
tak takkan ada peribahasa Melayu cakap‘takkan
perigi cari timba’ itu menunjukkan
perempuanMelayu kita ni tidak akan memalukan dirinya mencari suami”.
Petang
itu Farhan mencari kelibat gadis dipakir motor pagi tadi tetapi hampa
..motosikalnya juga sudah tidak terpakir ditempatnya pagi tadi..Harap-harap Isnin esok jumpalah detik hatinya. Sudah
ditamam dalam hatinya kala ini jika dia terserempak dengan sidia, dia akan
bertindak dengan pantas..akan ditanya tentang sigadis sebanyak mungkin..itu
azam Farhan. Dia juga akan bertanya mungkin dia bekerja menyikut giliran atau
pun syift..Jadi tidaklah dia akantertunggu-tunggu pertemuan yang akan datang.
Lagi pun dia sudah pernah bertegur sapa mungkin tidak menjadi masaalah bagi
sigadis menjawap soalanya nanti. Itulah rancangan Farhan dalam hati.Farhan berjalan longlai
menuju kekeretanya kerana harapanya hampa, untuk bertemu gadis yang telah
singgah di benak hatinya.
No comments:
Post a Comment