Sarah berusha mahu menjadi menantu yang baik dimata
mentuanya. Pulang berhari raya kali ini dia membawa biskut tat nenas buatanya
sendiri. Dia tahu biskut itu kegemaran emak mertuanya.
“Yam!! Yam pandai buat biskut raya tak?” soalan itu
diajukan kepada Maryam kawan baiknya ketika dia mengubungi dipertegahan bulan puasa.
“Pandai tapi
tak lah pandai sangat, tau lah sikit-sikit saja, tapi bila kita dah tahu
‘basic’ nya kemudian tenguk resepi bolehlah
kalau nak buat. Dulu Yam selalu tolong mak Yam buat kueh raya ni, tapi tolong
terap dengan tolong bakar ajalah”.
“Kak Sarah teringin nak buat tat nenas lah Yam. Yam
pernah tak buat tat nenas?”
“Pernah juga tapi tat nenas ni payah sikit nak buat
jem nya, tu Yam tak berapa nak pandai. Tapi kata orang boleh pakai jem nenes
yang kat pasar raya kak Sarah”.
“Jem nenas ni ada jual kat pasar raya ke?”.
“Ada, sekarang ni apa yang tak ada kat pasaraya
diMalaysia ni, semuanya ada. ‘Macam-macam
ada’”. Jawab Marya sambil berleluncun.
Dengan usha bersungguh, dibantu pengetahuanya
dengan Encik Google akhirnya jadi juga tat nenas Sarah dan Maryam . Tat itu
besar mandadnya mahu dipersembahkan kepada emak mertua Sarah diPengkalan Hulu.
Dua hari sebelum menjelangnya Syawal, Syukri dan Sarah bertolak. Seperti tahun lepas Sarah bersiap dirumahnya
manakala Syukri pula akan bertolak dari rumah Nuri.
Ketika
dirumah Nuri, sudah tersedia dua botol biskut raya yang disediakan. Dua botol plastik
yang besar tat nenas dan biskut Almond London, terletak cantik diatas meja
makan. Syukri sudah tahu itu untuk siapa. Ketika dia sampai tadi Nuri juga
sedang sibuk memukul telur dengan mesin
pemukul telur didapur untuk kek coklatnya. Dia maklum esok pagi selepas subuh
Syukri dan madunya akan bertolak pulang kePengkalan Hulu.
Serba salah
Syukri mahu menyampaikan apa yang bergolak di hatinya. Hati dan kepalanya
sedang berperang, kerana mahu menjaga perasaan dua orang isterinya. Yang
seorang sedang cuba memikat dan seorang lagi sememang hasil tanganya sedang
dinanti oleh emaknya. Yang mana satu harus didahulukan perasaanya, Nuri atau
Sarah. Tetapi pada Syukri, Sarah dia lebih kasihan. Biarlah Sarah dapat meraih
perhatian emaknya kali ini. Sebab Nuri sudah pasti dimana tempatnya dihati
emaknya. Nak tanya! mudah kah beristeri dua???.
Dengan lembut Syukri memberi tahu isteri tuanya,
ditakut apa yang disampaikan akan mengecilkan hati Nuri. Walau selembut mana
tutur katanya, sememangnya dia sudah mengecilkan hati isterinya yang satu ini.
Walaupun pernyataanya disambut dengan senyuman olehnya.
“Nuri! tahun ni abang rasa tak payahlah bagi emak
biskut dan kek coklat Nuri ye”.
“Kenapa bang?, saya dah siapkan tat nenas dan
Almond London dah ada pun atas meja makan tu. Ni saya tinggal nak buat kek
coklat saja”.
“Tahun ni Sarah dah buat biskut tat nenas dia, biskut
Nuri tak payah lah ye. Boleh tak Nuri
bagi peluang pada Sarah pula.” Selembut dan sedingin salju Syukri melontarkan suaranya. Namun lontaran suara
suaminya diterima oleh hati Nuri seperti simbahan asid. Dari perkataan yang
keluar dari mulut Syukri, Nuri sudah nampak kasih Syukri dipihak mana.
Namun dijawabnya dengan tenang.
“Oh! kalau macam tu oklah, kalau tak payah bawa
pun tak apa, saya boleh bawa tempat
kerja saya nanti..” rendah sahaja nada suranya, diiringi dengan senyuman tawar.
Syukri terhiris dengan senyuman itu, namun dia terpaksanya menyatakan demi
untuk Sarah mencuba.
“Nuri janganlah kecik hati dengan abang atau pun
Sarah ye”.
“Taklah saya tak kisah bang, kalau tak bawa pun tak
apa. Kawan-kawan saya boleh makan, saya ok jangnlah abang bimbang”. Datar suara
yang keluar dari mulut Nuri tetapi ada getar disitu. Syukri tahu hati Nuri
terhiris dengan permintaanya.
Seperti yang dirancangkan selepas Subuh selepas
menciumi anak yang masih lena Syukri bertolak.
Perjalanan yang jauh disulami dengan trafik jam akhirnya lewat petang
dia selamat sampai diPengkalan Hulu. Sarah begitu teruja. Dia tidak terlena pun
kerana menemai suaminya memandu dengan bercerita agar suaminya tidak bosan
sepanjang perjalanan. Dia teruja mahu menunjukkan kepandaian nya menghasilkan
Biskut Tat Nenas kepada keluarga Syukri.
Tetapi sampai sahaja kakinya dirumah emak merutanya
lain pula soalan yang didengari oleh telinganya. Berpusu-pusu orang menjenguk
keluar untuk melihat dengan siapa Syukri pulang. Setelah keluar dari kereta
Syukri menyalami tangan orang-orang yang menyambutnya pulang terutama emaknya.
Dari tersenyum gembira tetapi bila dia terpandamg wajah mentunya seyum ceria
tadi automatik menjadi kelat.
“Inagtkan kamu balik dengan Nuri. Nuri tak dapat
cuti ke Syukri”. ‘Oh mereka menunggu Nuri
rupanya’ detik hati Sarah. Rupanya
tidak siapa yang menanti kehadiranya.
Walau hatinya terguris namun dilayangkan jupa senyum manis untuk memikat
hati keluarga suaminya. Senyuman Sarah memang manis bergula namun tidak dimata
emak Syukri dan ahli keluarganya.
“Dia tak dapat cuti banyak mak. Tahun ni memang
giliran dia kerja. Dia kerja malam malam raya nanti.”
“Habis Wafi siapa yang jaga?”.
“Dia kata nak bawa Wafi pergi kerja”.
“Boleh ke bawa anak pergi kerja”.
“Dia dah tanya pada pengarah dia, katanya boleh.
Dia dibagi kelonggaran sebab masa raya, tentu pengasuh tak ada nak jaga anak.
Kalau dia tak kerja tak ada pula yang nak buat kerja pula. Itu yang dibolehkan
tapi masa raya sajalah. Hari lain tak boleh”.
“Oh macam tu ke kesianya dia, Haa masuklah.” Bagai
hendak tak hendak sahaja pelawaan mengajaknya masuk huluran tangannya juga
bagai berat sahaja disambut emak mertuanya.. Syukri mengambil bag pakaian dan
biskut tat nenas buatan isterinya. Setelah botol kueh diletakkan diatas meja.
“Rajinnya Nuri, sempat juga dia buatkan tat nenas untuk emak
Syukri? Almond Landon dan kek coklat tak
ada ke Syukri, agaknya tak sempatlah ye. Ialah dah ada Wafi macam mana pulak
nak but ye tak? Alhamdullilah ada satu ni dah cukup bersyukur emak”. Seba salah
Syukri mahu menjawab yang biskut buatan Nuri sengaja tidak dibawa kerana mahu
memperkenalkan biskut buatan Sarah pula.
“Tak mak, biskut ni Sarah yang buat, Nuri tak sepat
pun nak buat kueh tahun mak”. Menipu
lagi Syukri, malah memburukkan nama Nuri lagi tetapi demi kerana kasihankan
Sarah, Syukri terpaksa. Betul ke isteri kedua biasanya lebih disayangi dan
lebih dikasihani kerana situasinya yang tidak berapa disenangi oleh
keluarganya. Tetapi keadaan itu isteri kedua lah yang meminta. Kalau dia tidak
menempil menagih kasih suami orang tentu perkara itu tidak terjadi pada
dirinya.
“oh..ye ke, kamu tak tolong jagakan Wafi ke Syukri.
Wafi dah
pandai apa?”.Soalan hanya berkisar tentang Nuri dan Wafi sahaja, menantu
yang didepan mata tidak ditanya khabarnya oleh puan Noriza.
“Dua tiga hari ni dia cuba angkat punggung mak”.
Sarah melihat dengan jelas ceria dan
teruja wajah-wajah yang mendengar cerita tentang anak tirinya Wafi termasuklah
suaminya. Dia membayangkan jika dia mempunyai anak akan begitu juga keadaanya
tentu dia merasa sungguh bahagia. Anaknya menjadi kebanggan keluarga suaminya.
“Teringin mak nak tenguk muka dia dah besar ni, dah
nak masuk enam bulan anak kamu tu mak kira betul Syukri..”.
“Kenapa abang tak bawa kesini, pada bawa ketempat kerja baik
bawa kesini, ramai yang nak tolong jaga. Kat tempat kerja Nuri entah macam mana
tempatnya. Kesian dia kecik lagi dah pergi kerja.”..tanya adik Syukri yang
bergelar Alang, yang lalu ditepi mereka.
Dia sedang sibuk melayan anaknya berumur tiga tahun, tetapi telinga sibuk juga
mendengar apa yang diceritakan oleh abang dan emaknya diruang tamu.
“Uminya tak bagi dia ikut kami, Wafi kan menyusu
badan kalau ikut balik Wafi nak menyusu apa, tong susu dia kat umi dia. Nak
sedut susu awak tu awak tak menyusukan anak, Kalau ada pun abang tak bagilah
lang, nanti manalah tahu anak abang tu berkenan dengan anak kau, tak boleh pula
mereka kahwin kan susah.”
“Bagilah dia susu botol”.
“Ehh apa pula macam tu lang, elok lah menyusu badan, zat dalam susu badan
ni memang terjamin. Dia masih menyusu badan Syukri?” Sokong Puan Noriza dengan
apa yang dilakukan oleh Nuri. Pada puan Noriza tindakkan Nuri sangat baik
selain dapat menjimatkan duit membeli susu, cucunya juga mendapat zat vitamin
yang diperlukan oleh seorang bayi. Mana ada susu sebaik susu ibu. Itu anugerah
dari Allah. Sungguh rugi sesiapa yang tidak dapat menilai betapa berharga
anugerah dari Allah.
“Haah mak “
“Pandai Nuri bagi yang terbaik untuk anak dia, lagi
pun dapat juga jimat duit susu. Cuba Tanya alang tu anak dia hisap susu
berfomula sebulan berapa ratus kena beli susu.”.
Sarah mula merasakan kehadirannya tidak dirasai,
tiada siapa yang bertanya tentang diri sejak dia sampai tadi. Semuanya asyik
memuji dan bercerita tentang Nuri sahaja. Dia mengeluh dalam hati, namun
keluahanya ditahan jangan sampai kedengaran, dia cuba bersabar.
Syukri
menyedari sambutan dingin ahli keluarga terhadap isterinya Sarah. Dia juga
menyedari tidak seorang pun yang betanya
atau menegur. Syukri juga mengeluh
didalam hati kerana kasihankan Sarah. Untuk membolehkan Sarah tidak terus menjadi patung dihadapan ahli keluarganya
Syukri cuba memberi peluang Sarah melarikan diri.
“Sarah kalau letih pergilah masuk bilik, bawa beg
baju ni sekali, mak bilik tengah tu dah ada yang duduk tak mak?.”
“Tak ada,
masukklah kat situ. Abang long kamu kata dia berulang dari rumah dia tak
bermalam kat sini, Ani dengan Hassan
(Hassan adalah adik dibawah alang dan Ani merupakan isterinya, mereka baru
berkhawin masih belum lagi dikurniakan cahaya mata) tumpang rumah along kamu. Dia
tahu rumah ni tak cukup bilik, esok mungkin mereka berkumpul kat sini tapi
malam nya mereka balik rumah along kamu.”
“Oklah Syukri masuk bilik tu ye, Sarah angkat beg ni masuk bilik tu,
rehat sekejap. Kami tadi bertolak lepas subuh tadi mak.” Syukri cuba menerangkan kepada emaknya
akan keletihan yang dialami oleh mereka berdua. Syukri cuba membantu Sarah untuk tidak
dipandang serong oleh emaknya. Tetapi perbuatannya menambah jengkel hati puan
Noriza. Dia tidak suka Syukri membela Sarah dihadapanya. Sarah mengikuti arahan
suaminya dia masuk kebilik sambil membawa beg baju mereka.
“Ialah masa buka nanti mak panggil. Dah pergilah kamu rehat”. Seakan perli pula suara puan Noriza dipendengaran Sarah.
Setelah Syukri dan Sarah masuk kedalam bilik emak dan
dua adik Syukri (Nur Hasimah dan Nur Amisha) mula membuka botol plastic berisi
biskut tat nenas buatan Sarah. Kelihatanya cantik dan berseri kuning kunyit
masak. Tujuan mereka hendak memasukkan kedalam balang kueh untuk dihidang
dimeja tamu.
Setelah meletakkan beg pakaian di sudut bilik Sarah
menuju kepintu untuk keluar. Syuri sudah merebahklan badan diatas katil. Dia
sungguh penat memandu selama 8 jam sendirian. Bila melihat langkah isterinya
dia menegur.
“Sarah nak pergi mana tu, mehlah kita baring sekejap,
tak letih ke”.
“Sarah nak keluar lah bang nak tolong diorang apa
yang patut”.
‘Tak payahlah, biarlah diorang buat, emak tahu
Sarah letih, kitakan baru sampai”.
“Tak mahu lah bang, Sarah tak letih pun abang yang
bawa kereta tadi Sarah duduk saja”. Melihat kesungguhan Sarah yang mahu
membiasakan dirinya dalam ahli keluarganya akhir nya Syukri mengalah. Sungguh
Sarah mahu memperlihatkan tingkah yang baik dihadapan keluarga Syukri agar dia
diterima.
“Ialah pergilah, abang nak tidur kejap”.
Ketika itu dia disebalik dinding sedang menuju
kedapur..
“Ehh Imah macam mana nak masukkan dalam baling ni,
repoi betul baru angkat dah berderai, nak kena makan dengan sudu ni”.
“Ialah kak Lang tak boleh nak angkat, cantik boleh
tahan tapi repoi betul, tapi tat nenas kak Nuri ok pula kan, walau pun tak
cantik tapi sedap. Kata orang kalau repoi macam ni dia guna banyak butter,
kalau banyak butter tentu sedap, lemak dan masin sikit, lepas buka nanti kita
rasa.”
“Tapi kalau akak biar tak cantik, tapi sedap dan
jimat. Kalau banyak butter macam ni tentulah kosnya lagi tinggi, Butter kan
mahal. Esok kalau Imah jumpa kak Nuri cuba tanya resepi dia, kak lang pun
teringin buat, abang Pali (Fadzli) tu biskut
lain dia tak makan kalau tat nenas pantang jumpa pulak. Beli mahal tau Mah.”
“Ialah tu kak Lang nak buat, mengejar si QiQi saja
hangus semua biskut akak tu nanti. Kak Lang macam mana nak alih biskut ni?”
“biarlah dulu dalam botol dia tu..Kalau nak hidang
nanti kita keluarkan saja botol ni”.
Mereka dua beradik bercerita tidak
tahu ada orang disebalik dinding sedang menelinga. Mendengar komen biskut buatanya
hatinya bagai disiat. Sarah tidak jadi kedapur dia berpatah masuk semula
kedalam bilik.
“Tak jadi nak tolong ke?” Tegur suaminya yang masih
berbaring menghilangklan penat kerana seharian memandu.
“Sarah rasa letih lah bang nak baring sekejap.
Kejap lagi Sarah keluarlah”. Untuk meredakan hatinya yang kecewa itulah yang
keluar dari mulut Sarah.
Bencinya kt Syukri.....
ReplyDeletesyukri bkn suami dn bapa yg btanggugjwb. dh tahu nuri kerja tak de org jaga wafi pun dia masih sanggup tinggalkn dn bw sisarah blk kg beraya.
ReplyDeletedh tu memburukn nuri tak sempat buat kuih padahal nuri dh siapkn utk mertuanya. asyik nk jaga hati sisarah je hati nuri dihiris hiris.
giliran nuri yg slalu genjut sb bila blk cuti raya dia tinggalkn nuri seminggu tp bila smpi smula kl dgn nuri cuma dua hari je...sepatutnya seminggu juga...menyampah betul...
bila pulak abang nuri di australia dn pak su dia nk dtg tgk wafi?Menyampah tahap tujuh petala langit dgn perangai si syukri dn sisarah...sisarah ni pun tak sedar diri..dh tahu ambil suami org jgn le nk monopoli...dasar tamak..patutnya dia blh ckp dgn sisyukri thn ni giliran nuri ni tak pantang dpt peluang samale dgn si syukri.
-dibah-
Memang berat sebelah si Syukri nie. tak habis2 lebih kan bini muda. si Nuri langsung tak ambil berduli. sungguh tak adil. kenapa terlalu sikit sangat bab Nuri nie. bila dia nak bertindak balas. anak pun membesar dengan cepat. boring lah ep last 2 nie.
ReplyDeletejngalah boring, ksah ni ksah biasa yg mk teh pndang, stakat sthun dua dimadu mreka blum boleh mlepaskan diri dri iktn perkhawinan. kdng hingga kehujung nyawa mreka bertahan tpi smua itu brsbab. lari ikut abng diAustralia juga tk membawa kebaikan, ikut pk sunya juga tak elok kran mreka pk sedara sepupu. mreka bkn muhrim, silap2 jdi isteri no2 pk sunya lagi haru.buat msa skrang nuri kena sbar dulu.ok jngan marah ye.
ReplyDeletemngapa syukri membela sarah, sbab kesian.sarah dibenci oleh adik2 dan emaknya. dia knal sarah sudah lama jadi dia terpnggil untuk membela sarah. sdangkan nuri ramai yg menyanginya abang pak su nenek dn ahli keluarganya menyayangi nuri. Syukri sbnarnya tdak sdar dng prbuaatanya.kasih orang sekeliling tidak sama dengan kasih seorang suami.
ReplyDeleteMelampau betul Syukri ni. Kalau pun tak nak bawak tat, bawak la yang lain. Sian Nuri. Apa saja untuk sarah, sampai sanggup kecewakan mak yang menunggu kuih Nuri. Padan muka tat nenas jadi sagon. Puan Noriza belum komen lagi. Hehe...
ReplyDeleteSedar la wahai Syukri, bini muda yang tua tu cuma ada bakat menggoda aje. Sampai awak abaikan isteri yang cukup baik.
Betul mak teh. Kerana kesian sarah dilebihkan. Tapi perbuatannya menyebabkan keluarga bertambah membenci, ditambah dgn kisah lalunya. Dan saham Nuri pulak semakin naik dikalangan keluarga.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTpi sham naik dikalangan keluarga tak samakan saham naik kat mata suami. Yg sbtulnya Syuikri syng nuri hnya buat masa ni dia tak sedar kerana kesiankan sarah.bab strusnya mk teh nak buat syukri psng cctv kat rumah nuri. nak tahu knapa tunggu ye.
ReplyDeletecemburu le tu smpi nk pasang cctv di rumah nuri.. atau nk mengintip bgmana kehidupan nuri seharian dirumah....atau pun nk tahu samada nuri mengandung sb ialah nuri tu kan kurus je jadi tak persan lagi
ReplyDelete-dibah-
Tak sabar nk tgg next n3......
ReplyDeletecctv rumah Nuri je. rumah sarah tak ke. payah bini dua ni. macam takde beban batu digalas.
ReplyDeleteEmm rs bkn sbb kasihan dh nim xp sbb terlampau syng smpai prasan nuri pn xjaga passtu snggup plak burukkan nama nuri dpn kluarga semata bini muda. Sudah la nuri, nk tngggu apa lagi. Awk dh ade anak pn xmampu nk ikat kasih syng suani awk. Somi awk snggup blk kmpng bwk bini muda padahal anak xde yg jaga. Xde plak prssaan kasihan kt anakbini awk. Prasaan kasihan tu utk bni muda awk je. Huhu
ReplyDeletesakit hati saya baca bab ni..wah...berapa bab lg yg membuatkan hati saya sakit lg.... huhuhu.... janganla nuri pendam ..nanti meletup payah...
ReplyDeleteJgn kata Sarah suruh pasang cctv sbb nak belajar masak dan mengetahui aktiviti Nuri.
ReplyDeleteSyabas mak teh. Mak teh, Tuhan tu mahal adil dan penyayang kan? Takkanlah Nuri sentiasa berada di bawah. Pasti kesabaran dan ketakwaannya akan mendapat keredhaanNya jua. Sakit dada bila dia sentiasa teraniaya. Biarpun kita semua tahu situasi yang mak teh paparkan ini memang ada kebenarannya. Kesabaran itu ada tahapnya. Kita manusia biasa tak lari dari realiti itu. Terima kasih kerana selalu update cerita ni. Rasa lega. Best sangat mak teh.
ReplyDeletehuaaaaa... betul2 tak patut syukri ni.. rela memburukkan nuri nak bela si sarah. Sampai hati. Kesian Nuri... Begitulah agaknya sisuami kat luar ni yang beristeri lebih ya.. kesiannya isteri pertama. Baik macamana sekalipun rendah aje di mata suami demi membela isteri muda... huhuhu. Mak teh janganlah biarkan nuri memendam rasa lama sangat...
ReplyDeleteMana lama, kejdian tu hari sja. bkn buln atau thun. tpi kalu drita memang terasa lamakan. Klu hdip kta bhagia dan gembira, tak sedar kpla dah putih dng uban. tpi rsanya kita kawin baru bulan lepas atau tahu2 dua bln lagi dah nak bermenantu ye tak?
ReplyDelete