Sarah merangkap pembantu Syukri jika
di pejabat tidak sempat menghalang Ahmat Lutfi yang meluru memasuki bilik
Syukri dengan garang. Syukri tergamam.
“Eh..eh..eh encik..encik apa ni
enciki, bang Sarah tak…”
“Tak apa, tak apa, biar Sarah biar.” Bila mendengar panggilan abang
untuk Syukri yang dipanggil oleh wanita
dan nama Sarah yang disebut oleh Syukri. Mata Ahmad Lutfi mencerung menrenung
tajam kearah Sarah. Sarah jadi gerun melihat renungan bengis dari seorang
lelaki.
“Kau jangan main-main dengan aku Syuk,
aku tak sangka kau buat aku macam ni”.
“Hello bro, sabarlah kenapa ni macam
gajah naik minyak saja kau ni”.
“kau jangan main-main dengan aku. Tak
ada bro bro dia.”
“Ok, ok Sarah tolong belikan abang air
dan sedikit kueh. Lut kau nak air apa minuman sejuk ke panas?”.
“Tak payah pun tak apa, aku datang nak
kepastian kau, aku bukan nak minum.” Dimuka pintu Sarah terpinga-pingan dengan
kelakuan seorang dari pelanggan suaminya. Syukri mencapai daun pintu, sambil itu dia membuat pesanan kepada
isterinya.
“Sarah belikan abang teh dengan apa-apa kueh”.
“Kau bagi tahu aku, kau jangan nak
main-main, dengan aku Syuk..”
“Nanti dulu, nanti dulu aku tutup
pintu dulu aku boleh terangkan satu-satu”.. Syukri sudah menjangkakan mengapa
sahabatnya ini naik angin. Tidak lain dia sudah mendengar dia bernikah sekali
lagi.
“Kenapa kau buat Nuri macam ni
kenapa??..rasanya kau yang beria-ia dengan Nuri dulu. Syuk!! kalau kau masih dengan Sarah kenapa
kau teruskan nikah dengan Nuri dulu, aku tak sangka kau buat Nuri macam ni.” Anmad Lutfi rasa
amat terkilan anak saudaranya seakan dipermaikan oleh sahabat baiknya sendiri.
Dulu dirasakan Syukri jujur mahu kan Nuri,
tapi mengapa kini dia memandukan Nuri. Dan yang menjadi madu Nuri adalah
Maisarah. Maisarah yang katanya dulu
sudah pun dilupakan. Ahmad lutfi terbayang bagai mana Syukri mengenali Nuri.
Ketika itu Nuri menemaninya membeli barangan untuk pertunaganya. Dial ah yang
memberi nombor telefon Nuri kepada Syukri agar Syukri dapat berkenalan dengan
Nurizana. Dia kesal meletakkan Nuri
dalam keadaan sekarang.
“Kau kat mana sekarang ?” itulah soalan
pertama pak Sunya dengan jejaka kacak dihadapan mereka. Melihat dua jejaka berpelukkan Nuri menjauhkan diri sedikit dari mereka berdua.
Sememang itulah sifat Nuri, dia bukan jenis yang mesra alam dengan kaum yang
berlainan gander. Lelaki yang dia mahu rapat hanya saurada-saudara terdekat
sahaja, itu pun yang selalau balik kekampung mereka. Dia, Nuri dan dua lagi
saudara lelaki Nuri yang kini menetap diAustrilia rakan sepermainan dulu.
Setelah kedua ibu dan ayah Nuri meninggal kerana kemalangan, Nuri tinggal
bersama keluarganya sehinggalah dia berkahwin dengan Syukri. Pada Ahmad Lutfi
Nuri bukan sahaja anak saudaranya, malah teman rapat dan teman dia, meluahkan
masaalah.
“Aku dah buka bengkel membaiki kereta
kat Kampung Subang, nama pun kampong itu yang tak ada coverage telefon”.
Meledak lagi ketawa mereka bila Syukri membuat leluncun.
“Kau ni ingat aku ni ulu sangat ke tak
tahu kawasan negeri sendiri..hai Syu aku orang Selangor jangan lupa. Kau tu
baru duduk Selangor tak sampai satu dekat dah lupa diri”.
“Kau pulak kat mana hilang langsung tampa
khabar berita”.
“Dulu aku kat Kuantan, Ni dah tiga
tahun kerja kat perairan Malaysia. Sebulan kat kapal sebulan kat darat”.
“Ehh..bukan ke dulu kau ambil kos
nurse ke??”
“Memanglah.. aku habiskan kontrak aku
tiga tahun kat Kuantan Specialist.
kemudian aku memohon masuk satu Syarikat perkapalan. Sekarang aku jadi paramedic tapi kerja atas kapallah kerja kat perairan Malaysia. Tapi lecehnya
sebulan aku kerja kat kapal tak jumpa tanah tau”.
“Habis ni shopping sakan nampak, ehh
sebelah tu makwe kau ke?.” berbisik Syukri ditepi telinga Ahmad Lutfi sambil
matanya menjeling kearah Nurizana yang tidak jauh dari tempat mererka berbual.
Nampak ayu gadis yang bertudung kelabu, sedari yang nampak hairan dengan
perlakuan mereka berdua.
Yang sebenarnya dari jauh lagi sudah
memerhati perlakuan Ahmad Lutfi yang nampak begitu mesra dengan seorang gadis.
Lutfi merupakan kawan baiknya ketika mereka sama menuntut di sebuah metrikulasi
di negeri Selangor, tetapi diperternganahan pengajian Ahmad Lutfi mengambil
keputusan berhenti bagi membolehkan dia
mengikuti kursus untuk menjadikan dirinya seorang jururawat lelaki di sebuah
kolej swasta. Tapi persahabatan mereka tidak berhenti disitu sahaja mereka
saling berhubung dan menziarahi antara satu sama lain. Hubungan mereka terputus
apabila Ahmad Lutfi bertugas diKuantan. Mungkin kerana kesibukkan tugas pelajar dan pekerjaan mereka
terlalai untuk mengambil tahu diri masing-masing.
“Mana ada makwe, makwe aku aku simpan
dia kat rumah, tu anak sedara aku, aku minta tolong pilihkan barang aku nak
bertunang ni, ialah kita ni bukan makin muda, tahun depan dah 29 tahun”.
Melihatkan pak sunya ralit berbual dan
dia tercangok sendiri, Nurizana memanggil pak sunya.
“Pak su meh kejap”. Ahmad Lutfi
menghampiri
“Pak su Nuri balik dululah lagi pun
dah habis belikan, malam nanti Nuri ada disscusion group”.
“OK, OK jom pak Su hantar.”
“Tak apa, pak su pergilah sambung bual
dengan kawan pak su tu Nuri balik naik teks,
alah bukannya jauh Sah Alam saja”.
“Betul ke ni?”.
“Betul, ambil ni.. “ Nuri menyerahkan
barang paksu yang ada ditanganya
“Ok asaalmualaikum”.
“Nanti
nanti ambil ni tambang teksi”.
“Tak apa..tak apa Nuri ada duit..”
“Pak su kata ambil..ambillah buat
tambah-tambah belanja kat kolej”. Lalu diambil juga duit pemberian pak sunya.
“Terimakasih paksu asalamualikum”. Laju sahaja
langkahnya dia tahu dua jejaka itu memndang kearahnya, dia jadi tak keruan
berjalan. Setelah hilang bayangan Nuri,
Ahmad Lutfi dan Syukri menyambung bualannya.
“Wahh kau dah nak bertunang. Bila
harinya, jangan lupa jemputlah aku sekali”.
“Kalau bertunang sebelah lelaki mana
buat apa-apa pun Syuk, nak jemput kau bagai buat apa, bukanya kau tahu nak
lepat melipat dan gubah mengubah.”.
“Alah kau ajak lah aku pergi sebagai
waklil sebelah kau, bolehlah Lut bakal tunang kau tu orang mana?”. Dengan tak
malunya Syukri meminta dirinya dijemput untuk meramaikan masjlis pertunganan
kawan baiknya, tetapi sebenarnya dia ada ajenda lain. Ingin mengusha anak
saudara kawan baiknya Nurizana. Ahmad Lutfi tahu itu kerana walaupun mereka
berbual dan Nuri jauh dari mereka namun matanya tidak lepas dari menjeling
Nuri.
“Orang Seremban..”
“Haa!! aku tahu jalan pergi Seremban
dulu ayah bertugas kat Gemencih. Ayah aku selalu juga bawa kami kat Bandar
Seremban tu. Ehh Lut betul ke, yang tadi tu anak sedara kau, masa aku pergi
rumah kau dulu tak nampak dia pun”.
Semasa mereka menuntut di Metrikulasi Selangor diBanting Selangor ada dua tiga
kali Syukri kerumah Ahmad Lutfi. Ialah bila cuti yang tindak panjang hendak
balik kekampung diPengkalan Hulu rasa tidak berbaloi.
“ Dia baru tiga tahun saja duduk
dengan mak aku selepas mak ayah dia meninggal accident tapi aku memang rapat sejak kecil dengan
keluarga abang sedara aku tu. Aku dengan ayah dia sepupu kira sepupu kuat.”
Sepupu kuat bermakna datuk Nuri dan ayah Ahmad Lutfi adik beradik.
“Ohh macam tu. Dia tu anak yatim
piatulah. Aku tenguk dia itu cantek
berkenan aku, emm dia tu dah ada orang tunggu ke?”.
“Ahh kau tu pantang nampak
perempuan, cantik saja”.
“Mana ada aku macam tu Lut, perempuan
yang aku rapat Sarah saja,”.
“Haa kau kan dah ada Sarah yang kau
cerita tu, haah lama kau couple dengan
dia takkan kau nak tinggal macam tu saja.”
“sekarang ni dah tak ada apa-apa lagi
dengan dia. Aku dengan dia dah dekat dua tahun putus. Mak dia tak suka aku…”
“Bukan emaknya yang nak kahwin dengan
kau. Hairan aku muka hensem macam kau ni pun mak dia reject”.
“Orang sekarang bukan pandang muka,
diorang pandang tebal tak tebalnya poket aku ni, ada ke dia kata aku tak mampu
nak tanggung anak dia, mentang-mentang aku ni makenik kereta saja. Tapi aku pun
salah juga dengan keadaan tak stabil aku pergi pinang anak dara orang.”.
“Kau kecil hatilah dengan dia…”
“Aku ni telinga tebal, aku tak kisah
apa emak dia cakap apa kat aku. Tapi mak
akulah yang dah kecik hati dengan mak dia. Emak dia yang
membahasakan mak aku, masa mak aku pergi pinang dia dulu. Kesian aku tenguk mak
aku masa tu. Akibat peristiwa tu mak aku
jadi jeran nak berbesan dengan emak dia.
”.
“Mak dia yang tak suka kau, tapi dia suka kat kau kan, kalau aku kahwin
saja, kau pujuk dia kau ajak dia kahwin kat Siam apa susah. Apakata orang Tanam pinang rapat-rapat, biar senang puyuh
berlari. Kalau kau pinang, tapi tak dapat, kau pujuk-pujuk kau bawa lari. Kalau
orarg tanya siapa yang ajar kau buat
kerja gila tu, aku sanggup mengaku akulah mentornya”. Berderai ketawa dua
sahabat bila berjumpa ada sahaja cerita gembira yang timbul.
“Aku tak mahu macam tu, aku nak kahwin
yang ada restu mak bapak barulah ada keberkatan dan barulah kita bahagia, lagi
pun aku kesihan dengan mak aku, tak pasal-pasal dia pula yang kena. Lagi pun
Lut mereka tak yakin dengan aku. Mak aku
kata cari saja orang lain, bunga bukan
sekuntumkan. Emak aku pesan juga, kalau hidung tak mancung pipi pulak jangan
nak tersorong-sorang dapat malu saja
nanti, jadi aku ikut cakap mak akulah
ni. Aku dah lupa pun pada Sarah.. ”.
“Cepatnya kau lupa pada Sarah”.
“Itu mungkin doa mak aku, tapi memang
aku dah tak ingat kat dia la Lut. kalau tak sebut nama dia aku tak teringat
langsung kat dia Lut”.
“Jadi kau nak jadikan anak sedara aku
tu gantikan tempat Sarah lah”.
“Ialah macam yang kau cakap, kita ni
bukan muda lagi dah nak masuk tiga puluh setahun lagi, kalau atuk kita umur
macam kita ni tah dah berapa anak diaorang”.
“Orang dulu tu lain, orang sekarang ni
lain. Kita sekarang ni sara hidup dah tinggi, jadi kenalah bersiap sedia nak
tanggung anak bini kita”.
No comments:
Post a Comment