~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Sunday 28 July 2013

Bab 32 Tidak terkikis kesal dihati




Kain kapas di atas peti,
Ditekat jangan disulam  jangan,
Sudah ikhlas dalam hati,
Diumpat jangan dipuji jangan.

            Sepanjang jalan AinNur Syifa tak berhenti bercakap..gembira hatinya dapat sekereta dengan ibu dan ayahnya. Buat pertama kali dia bersama ibu dan ayahnya dalam satu kereta dia begitu teruja.
“Ayah…along nak tidur rumah nenek PD malam ni boleh tak. Nenek  kata rumah nenek PD ada adik kecik.”
“Siapa along??” tanya ibunya kehairanan.
“Syifalaah.”meleret sahaja jawapan dari anaknya. Loqman diam.. didalam hatinya tertanya-tanya..bila pulak orang panggil Syifa ni dengan ganti dirinya along. Rupanya Syifa memahami kehairann ayah dan ibunya lalu dia menerangkan...
“Alah ibu dan ayah niii…nanti kalau Syifa dapat adik tentulah ayah dan ibu panggil Syifa along kan.. kawan Syifa yang ada adik, orang  panggil dia along..dia kata sebab dia anak yang tua. Ayah!  Syifa macam tu jugakan, kalau Syifa dapat adik nanti  sebab Syifa anak yang tua.” Terkedu Loqman dan Amirah, mereka berpandangan lalu tersenyum. 
“Ialah…long” Loqman mengiakan kata-kata anaknya. Hatinya yang sedang bahagia, makin bahagia  mengenang kemeriahan hidup rumahtangganya dimasa yang mendatang.


            Kini sudah empat hari Loqman menjadi suami Amirah semula. Syifa  anaknya belum lagi mengikuti mereka, kerana hanya tinggal sebulan saja sesi persekolahan tahun itu. Tahun hadapan permulaan sekolah Ain Nur Syifa  akan didaftarkan kesekolah tadika juga di kawasan kuarters tempat tinggal mereka. Umur Syifa baru lima tahun, mengikut datuknya Abdul Rahim biarlah Syifa  kesekolah tadika dua tahun. Supaya mudah dia menyesuaikan diri bila kesekolah kebangsaan  kelak. Ini bermakna masih ada sebulan lagi Syifa duduk bersama datuk dan neneknya diKuala Pilah untuk meghabiskan sesi persekolahanya tahun itu. Loqman dan Amirah sudah mula bertugas. Sebelum mereka bertolak ke Nilai, Loqman berpesan kepada anaknya..

“Syifa duduk dengan atuk dan nenek dulu, bulan depan sekolah dah cuti, ayah dan ibu akan bawa Syifa  duduk sama ye.” Syifa melepaskan kedua ibu dan ayahnya dengan pandangan yang sayu dan lambaian tangan. Terlihat juga matanya berkaca-kaca tapi dia akur dengan keterangan ayahnya tadi. Sememangnya dia anak yang mendengar kata.
“Syifa  jangan bimbang tak lama lagi cuti sekolah tentu ayah dan ibu Syifa datang ajak Syifa duduk sama dengan mereka..sekarang ni duduk dengan atuk dan nenek dulu ye.” pujuk neneknya lagi. Mudah sahaja dia terpujuk denghan kata-kata neneknya.
“Ialah nek.. atuk mana nek? Syifa  nak ajak atuk baca buku cerita yang ibu belikan hari tu.”
“Ada kat dalam tu..kenapa Syifa tak nak baca dengan nenek.”
“Ialah kita bacalah sama-sama..nampaknya ceritanya sedap nek sebab gambarnya cantik.”


            Syifa masih belum boleh membaca dengan lancar, tapi semangat ingin tahunya tinggi, menyebabkan dia berusha untuk belajar. Datuk Rahimnya pula seorang yang penyabar dan rajin melayan permintaan cucunya. Mereka bertiga datuk,nenek dan cucu mula membaca buku-buku cerita yang dibeli oleh Amirah sebelum dia bercuti tempuh hari di ruang tamu.

              Dalam kereta, Amirah meluahkan pertanyaan yang berbuku dalam hatinya.
 “ Bang..Sekarang ni kita nak duduk kat mana?” Amirah memulakan persoalanya.
“Ikut Mirah lah.. kalau Mirah kata nak duduk kuarters Mirah abang ikut saja. Esok Mirah cuti sehari lagikan sempatlah kita kemas ni.” Soalan Loqman hanya dijawap oleh anggukkan sahaja.Setelah agak lama  mendiamkan diri Amirah mengajukan lagi soalan…
“Yang sebetulnya abang kerja kat mana?”. Selama ini Amirah sememangnya tidak pernah ambil tahu tentang Loqman. Dia tidak tahu dimana Loqman bertugas.
“Jadi selama ni Mirah tak tahu abang kerja kat mana ye..kenapa Mirah tak nak ambil tahu hal abang,  sebab Mirah tak sayang abang ke?” Amirah hanya mendiamkan diri sahaja  jika soalan sayang dia ajukan kepadanya. Padanya jika dia sudah setuju  bernikah dengan Loqman semula, itu menandakan dia juga sayang padanya, tidak perlulah kata-kata sayang terluah dibibirnya. Sepatutnya Loqman sudah faham dan mengerti. Bukankah dengan perbuatan telah mengambarkan  perasaan kita dan ianya lebih bermakna  dari ucapan sayang dan cinta yang berkali-kali tetapi tidak mengandungi erti.


            Loqman mengerti diam Amirah sejak dahulu lagi, jika bab sayang yang ditanya.. mesti Amirah mendiamkan diri. Loqman akur dengan sikap Amirah itu. Amirah seorang yang pemalu... malu memperkatakan sayang pada seorang lelaki walaupun dia suaminya kini. Walau pun dia susah untuk mengucapkan kata sayangnya, tapi dia tidak pernah mengabaikan dirinya. Waktu mereka suami-isteri dulu, makan pakainya sentiasa terjaga. Acap kali juga singgah ciuman dan kucupan di pipi dan bibirnya ketika dia hendak pergi kerja. Itulah tanda sayang Amirah kepadanya. Walaupun tidak terucap tetapi sudah memadai bagi Loqman. Loqman tidak terkilan dan mengharap kata-kata sayang selalu keluar dari bibir isterinya. Pada Loqman, dia diterima semula dalam hidup Amirah itupun sudah seribu Rahmat untuknya.

“Mirah..kita balik rumah Mirah dulu lah ya.. kita bincang kat sana.”  Tangan Loqman mencapai dan mengenggam jari jemari isterinya lalu dibawa kedadanya dan kemudian kebibirnya lalu dikucup lembut tanda sayangnya.


          Mereka sampai dikuarters  Amirah di Nilai Negeri Sembilan hari sudah  lewat petang. Amirah duduk seorang diri di kuartersnya. Jiran sebelah menyebelah rumahnya juga kaki tangan kerajaan, hanya berlainan Jabatan sahaja. Disebelah kananya pasangan kastam yang baru sahaja bernikah. Sementara disebelah kirinya pula suaminya bekerja di Jabatan kesihatan dan isterinya pula seorang guru dan telah mempunyai lima orang anak yang sudah meningkat remaja, tetapi kebanyakkan anak-anaknya duduk di asrama, hanya tinggal seorang anak perempuannya yang sedang belajar ditingkatan tiga. 


Amirah duduk seorang dikuartersnya. Kerana baginya mudah dia hendak membawa keluarganya jika sesekali berkunjung dan bermalam dirumahnya. Lagi pun  setiap kakitangan kerajaan layak memiliki sebuah kuarters. Dan potongan gajinya juga mengikut sebuah kuaters, walaupun mereka duduk melebihi  dari dua orang. Potongan gaji untuk sewa juga adalah diatas  nama kakitangan yang memohon.  Kuartersnya juga dijadikan tempat persinggahan keluarganya  setiap kali kelapanganterbang KLIA untuk menghantar adiknya yang bungsu pulang keMiri Sarawak.  Adiknya yang bungsu sedang belajar diIPG Miri  Sarawak selama lima tahun setengah. Dia mengambil kursus bahasa Inggeris (TESL). IPG bererti Institut Pendidikan Guru.


Di kuarters  Amirah tidak terdapat banyak perabut hanya terdapat sebuah meja makan, sebuah peti televisyen  dan sebuah katil bujang, tetapi terdapat banyak  selimut toto dan bantal. Ini bertujuan jika keluarganya datang bermalam,  Amirah hanya menghamparkan selimut toto untuk alas tidur dan bantal serta selimut. Selimut yang tertera jenama TOTO adalah sejenis kain nipis tetapi diantara dua helai kain itu diisikan dengan lapisan kapas menjadikan hamparan itu nampak tebal, sesuai untuk alas tidur ataupun selimut. Pada waktu hamparan itu diperkenalkan jenama TOTO tepampang besar dipermukaan hamparan. Tetapi sekarang terdapat banyak jenama yang mengeluarkan hamparan tersebut. Salah satunya selain TOTO adalah NARITA. Menurut sumber yang boleh dipercayai hamparan ini berasal dari negara jiran kita yaitu Thailand. Selesai makan malam dan solat Isyak,  Amirah membentangkan sehelai hamparan TOTO dihadapan peti  televisyennya untuk mereka beristirehat sambil menonton tv . 
 “Rumah Mirah ni tak ada apa-apa bang.”
“Abang tak nak yang lain, abang hanya nak Mirah saja..itu sudah memandai untuk abang.” Loqman menarik isterinya dalam pelukkanya. 
“Abang duduklah sini dulu ye.. Mirah nak kemas sekejap..tapi kena duduk kat lantai sajalah, rumah Mirah ni tak ada sofa atau kerusi... abang nak duduk kerusi nanti Mirah ambil kerusi meja makan.”
“Tak apa..tak apa abang lebih selesa duduk kat bawah, abang nak baring kat toto ni nak luruskan pinggang sekejap.” lama Loqman duduk sendirian menanti isterinya di ruang tamu  sambil menyandarkan dirinya kedinding, sedangkan  isterinya entah apa yang dibuatnya didalam bilik. Agak lama menunggu akhirnya Loqman bersuara memanggil isterinya..
“Mirah! dahlah tu mehlah duduk sini..esok kita kemaslah sama-sama.”  rupanya Amirah mengganti cadar katil bujangnya, dalam fikiranya biarlah suaminya tidur diatas katil bujangnya dan dia tidur dibawah beralaskan toto nanti.
“Ialah.. Mirah datang ni...” setelah menyelesaikan tugasnya, Amirah datang dengan membawa sehelai kain batik ditangannya. Dia duduk agak jauh sedikit dari suaminya, rupanya perbuatannya menimbulkan rasa jauh hati dihati suaminya.
“Kenapa sayang... duduk jauh sangat dari abang?” Loqman memandang isterinya sayu. Dia berkecil hati dengan tingkah isterinya.
 “Abang kata tadi nak baring luruskan pinggang.. baringlah, selimut kaki abang dengan kain batik ni.” jawab Amirah sambil menepuk-nepuk pehanya, supaya suaminya meletakan kepalanya di ribaanya. Dia sudah menyandarkan badan kedinding dengan kaki melunjur.
“Ohh... sayang suruh abang baring  kat riba sayang...tak mahulah sayang pun penat dari semalam tak rehat ...Kenapa  nak selimut kaki pulak.” 
 “tak apa tadi pun bukan Mirah yang pandu kereta..baringlah selimut kaki abang tu, rumah ni banyak nyamuk.” dengan rasa terharu dengan layan isterinya, Loqman merebahkan badannya dan kepalanya di pangkuan isterinya. Dia mengambil tangan isterinya lalu diletakkan dikepalanya. Amirah tahu itu tandanya Loqman mahu rambutnya dibelai dan kepalanya dipicit-picit.


            Loqman mula terbayang ketika diperkhawinanya yang pertamanya dulu, dia selalu baring di riba Amirah jika ada peluang mereka berduaan. Sebenarnya Loqman rasa terharu diatas penerimaan Amirah terhadap dirinya..diatas segala layanan yang diberi setelah hampir lima hari dia menjadi suaminya kembali. Tiada ungkitan kisah lalu yang keluar dari bibir isterinya. Terasa dirinya diterima dengan ikhlas. Amirah tidak mengungkit perkara lepas.


Pada Amirah pula setelah dia rela dinikahkan semula bersama Loqman  tiada dendam dihatinya. Untuk apalah dia berdendam bukankah Loqman kini sudah menjadi suaminya. Kalaupun dia berdendam pun tidak kemana. Bukankah perkahwinan itu mencari kebahagian mengapa harus ada duri dendam yang tertanam dihati..kini dia menerima Loqman seadanya. Kesilapan lalu tidak dikenang dan menganggap  sebagai satu kesilapan yang akan dilakukan oleh semua mahluk Allah yang tidak ada kesempurnaan. Itulah  juga kata-kata nasihat ibunya tempuh hari. Dia memegang teguh.

“Mirah terima kasih diatas penerimaan Mirah pada abang. Abang...” belum sempat Loqman menghabis kan berkata-kata mulutnya sudah ditutup oleh tangan isterinya.
“Bang, perkara yang lepas jangan disebut-sebut nanti kita terkenang...pada Mirah yang lepas biarkan lepas. Hadapilah perkara esok lusa dengan pengajaran dari pengalaman lalu. Dalam hati Mirah dah tak ada apa-apa, kalau maaf yang abang mahukan  lama dulu Mirah dah maafkan abang. Mirah yang rela dinikahkan dengan abang, tiada paksaan dari mana-mana pihak. Pada Mirah kalau abang terima Mirah seadanya ..Mirah pun terima abang seadanya”.


Loqman terharu dengan kata-kata isterinya. Sememangnya itulah sifat sebenar Amirah, seorang yang pemaaf dan penyayang. Walaupun jika dilihat dari air muka, Amirah seorang yang tegas kerana wajahnya yang nampak selamba dan jarang senyum. Loqman menggenggam  jari-jemari isterinya erat lalu mengucupnya dengan penuh kasih.
“Sayang..pasal kita nak duduk mana..kita tunggu esoklah. Kita tenguk keadaan sekeliling dulu,  tengok sekolah Syifa, tenguk orang yang nak kita tumpangkan Syifa masa kita kerja nanti, mana yang senang.. kita pilihlah sama-sama ye. Kalau kita nak duduk kuarters polis abang  tu, sekarang ni abang duduk berdua dengan kawan abang, abang kena memohon dulu mungkin paling cepat seminggu baru dapat.”
“Ok jugak macam tu.Mirah ikut mana  yang baik. Senang pada abang senang juga pada Mirah.” sedari dulu Loqman sudah menyedari Amirah memang seorang yang matang dari segi pemikiran. Mungkin dia anak sulung dan banyak tanggungjawab, menjadikan dia berfikiran buka, mudah diajak berbincang dan mudah pula bertolak ansur. Rasa kesal dengan kesilapan dulu, selalu menyelinap dalam hatinya. Dia  sering memikirkan apakah yang menyebabkan tingkah dan perbuatanya tergelincir dulu hingga mengguris hati banyak pihak. Sedari dulu juga dia sudah tahu, tidak ada yang kurang pada Amirah.

“Mirah dah malam ni jomlah kita tidur..esok banyak benda kita nak buat. Malam ni kita rehat cukup-cukup..jom sayang.” Loqman bangun dan menarik tangan isterinya untuk membantunya bangun.

“Abang pergi masuk bilik dulu, Mirah nak lipat toto ni.” ketika Amirah masuk kebiliknya, Loqman  sudah merebahkan dirinya diatas katil bujangnya. Loqman memerhatikan perbuatan isterinya yang membentang toto tadi di bahagian tepi katil.

“Kenapa sayang bentang toto tu pulak, kata nak lipat tadi?”

“Abang tidurlah kat atas biar Mirah tidur kat bawah ni, katil tu kecik tak muat untuk  kita berdua.”

“Kenapa Mirah, apa salahnya kecil sikit atau Mirah tak suka tidur dengan abang?.”

“Bukan macam tu, Mirah tak nak  nanti abang tak selesa tidur berhimpit-himpit.”

“Sayang.. kita kan dah jadi suami-isteri biarlah kita sama-sama. Kalau abang tidur kat atas katil, Mirah mesti tidur atas katil juga, biar sempit sikit janji kita sama-sama...meh sini sayang. “ Loqman bangun dan mendepangkan tanganya. Hati Amirah mula berdebar melihat tingkah suaminya.

“Ialah kalau macam tu abang tidur dekat dinding...dah sana sikit.. abang sebelah dalam, kalau abang kat tepi ni jatuh nanti susah pulak Mirah nak jawab pertanyaan pak Majid kenapa anaknya jatuh katil.” Dia cuba bergurau untuk meredakan debaran didadanya. Loqman ketawa lepas dengan jenaka isterinya, kini pandai juga Mirah buat kelakar. Detik hatinya.

“Mirah ni ada ke macam tu ..ialah abang ikut cakap Mirah.”  Loqman merebahkan dirinya semula ditepi berdekatan dinding. Ketika Amirah mula merebahkan dirinya, dia pula ditarik dalam pelukkan suaminya.

“Sini abang peluk nanti jatuh pula anak pak Rahim susah pulak abang nak jawab kat ayahnya kenapa anaknya jatuh katil, emm muat pun... sayang ni bukan besar sangat...Loqman  bangun sedikit melihat ruangan disebelah tepi isterinya, Amirah hanya mendiamkan diri. Dia terkaku dan terkedu.

“Emm ..masih ada ruang lagi, ok tak sayang.” sebuah kucupan singgah kepipinya..Amirah jadi terpana.

“Emm..” belum sempat Amirah memberi jawapan, sebuah lagi kucupan singgah kebibirnya lama.. kehangatan malam pengantin mula menjalar keseluruh ruang.


                     Ketika dirumah kedua orang tua mereka, Loqman hanya tidur memeluk isterinya sahaja. Dia tahu isterinya itu tidak selesa melakukan hubungan suami-isteri dalam keadaan orang yang masih ramai. Malam pertama mereka biarlah dalam keadaan yang damai.. itu lebih bermakna. Dia juga mempersetujui cara isterinya. Kini mereka hanya berduan.  Dua hati mula bergelora dengan kehangatan asmara yang membahang. Kedinginan malam yang selalu mendakap mereka kini hangat dengan cumbuan cinta dan kasih yang lama terpendam. Malam itu mereka lena dalam dakapan hangat kasih sayang yang bahagia. Sekali lagi bulan madu Loqman dan Amirah hanya dirumah. Kalau dulu dikuarters polis Loqman di Petaling Jaya, kini dikuarters Amirah diNiali Negeri Sembilan pula..ahhh nasib lah agaknya tiada  bulan madu di pulau-pulau percutian yang romantik atau di hotel-hotel yang selesa.


                         Mereka dikejutkan oleh azan Subuh  dari masjid yang sememangnya dekat dengan tempat kediaman mereka. Mereka bangun membersihkan diri untuk bersolat. Loqman menjadi iman isterinya dirumah. Selesai solat  Loqman  berdoa. Panjang doa Loqman pagi itu. Dia memohon agar rumahtangganya bersama Amirah kekal hingga kesyurga. Dia memohon agar dikurniakan anak-anak  yang sihat rohani dan jasmani dan mendengar kata. Ketika Amirah hendak menyalami tangan suaminya...

“Mirah abang nak kekalkan wuduk abang ni sekejap”.

“Eemm ialah” hanya itu jawapan Amirah dia akur permintaan suaminya tampa banyak soal. Dia menyalami tangan suaminya dengan tangan berlapik kain telekungnya. Selepas bersalaman, Amirah melipat sejadah dan telekungnya kemudian dia kedapur. Loqman masih melanjutkan sedikit lagi zikirnya disejadah.


Didapur Amirah memikir apakah sarapan mereka pagi itu. Sebelum dia pulang bercuti tempuh hari, dia menghabiskan semua bahan basah didalam peti sejuknya. Dia tidak mahu membazir. Jika ditinggalkan lama didalam peti sejuk semua bahan-bahan tadi akan rosak. Sedang dia memikir-mikir...

“Kat sini rupanya isteri abang ni, puas abang cari dalam bilik tak ada..dalam bilik air pun tak ada..rupanya dia termenung sorang-sorang kat dapur ni..sayang fikir apa?.” Loqman yang terjengul dipintu dapur merapati isterinya yang kelihatanya sedang mengelamun.

“Apalah abang ni duduk macam ni pun abang kata termenung..kalau ada Syifa bolehlah jerit-jeritkan dia,  dah Mirah sorang tentu Mirah diam saja.”

“Ialah kenapa duduk kat dapur ni sorang-sorang.”

“Mirah tengah fikir apa kita nak makan pagi ni.”

Loqman menundukkan sedikit badannya untuk  memeluk isterinya dari belakang, dikuaknya sedikit rambut isterinya yang masih basah dan berbau harum, sebuah ciuman singgah di pipi dan leher isterinya.

“Emm...masih pagi lagi jom kita baring-baring dulu..nanti kalau dah siang sikit, kita cari nasi lemak kat gerai nak tak.”  hembusan nafas  dan suara suaminya membisik ditelinga terdengar romantis menusuk kekalbu membuai naluri wanita Amirah. Amirah sudah kegelian bila suaminya mula menggesel-geselkan misai tebalnya dileher dan pipinya. Dia sudah tidak dapat menjawab. Gelora asmaranya kembali  menghangat. Loqman menarik tangan isterinya. Mereka menuju kebilik mereka. Didalam hati mereka hanya ada satu tujuan.. untuk mengulangi kehangatan malam pengantin mereka malam tadi sekali lagi.


            Pagi itu apabila Amirah terjaga dilihatnya jam sudah menunjukkan hampir pukul 830 pagi.  Dengan perlahan Amirah melepaskan dirinya dari pelukkan  suaminya. Dia menuju kebilik mandi, setelah selesai membersihkan diri, dia kedapur mencari apa-apa yang ada untuk sarapan mereka pagi itu. Dibuka peti sejuknya, masih ada sedikit lagi nasi yang dibawanya dari kampung semalam. Cukuplah untuk mereka berdua buat alas perut. Dia bercadang membuat nasi goreng sahaja pagi itu. Perutnya  sudah lapar. Sedang dia mengacau nasi gorengnya ada seseorang memeluknya dari belakang. Itu adalah kebiasaan suaminya dulu..ohh suaminya masih tidak berubah masih mengulangi perbuatanya dulu.

“Tak sempat abang nak cari makanan, Mirah dah masakkan nasi goreng.”

“Tapi nasi goreng cincai saja bang..Mirah  masukkan semua lauk lebih semalam.. ni tak tahulah sedap ketidak, perut dah  lapar ni, tak sabar tunggu abang bangun.” Loqman memeluk dan mengusap perut isterinya dari belakang pelukkannya makin kemas dagunya pula disangkutkan di bahu isterinya kemudian hidung dan bibir yang nakal mula singgah kepipi dan leher isterinya. Serasa Amirah tidak dapat melarikan dirinya.  Itulah Loqman perlakuanya masih seperti dulu. Dia suka memeluk isterinya dari belakang dan suka melakukan aksi romantis tak kira dimana..didapur  pun jadi juga.

“Kesian isteri abang ni  tak sempat kering rambutnya dah basah lagi..ni sekali lagi nak.”  Amirah melonggarkan  pelukkan suaminya kemudian dia mencari muka suaminya sebuah kucupan dihadiahkan kebibir  suaminya, kemudian dia mengeleng-gelengkan kepalanya. Loqman tersenyum bahagia, lama mereka bertatapan dengan pandangan kasih, didalam hati Loqman berdoa agar kehangatan bahagia rumah tangga mereka akan kekal hingga keakhir hayat. Dia berjanji akan menjadi suaminya yang membahagiakan mereka sekeluarga. Peluang kedua yang diberikan tidak akan disia-siakan.

“Nasi dah siap ni jomlah kita makan.. tapi Mirah belum buat air lagi, hari ini kita minum milo saja ye bang...nanti kita pergi supermarket beli apa yang tak ada..abang tolong ambilkan pinggan.” Tujuan Amirah  meminta suaminya mengambil pinggan supaya dia terlepas dari pelukkan suaminya.

“OK..biar abang buat air.. satu mug ni cukuplah ye.” Loqman tahu isterinya tidak suka minuman manis, jika dia minum pun setakat seteguk dua sahaja, dan selalunya dia hanya meneguk dari cawannya juga. Kebiasaan dulu masih diingati oleh Loqman.

“Boleh juga, abang punya saja ye..milo ni Mirah beli untuk Syifa kalau dia datang, dah keras ke bang..   Mirah malas betul nak buat air ...minum milo pun kalau Syifa datang sini kalau tak, Mirah minum air mati saja. ”

“Abang tahu tu..Mirah milo ni kena habiskan cepat kalau tak sayang.. membazir saja dah nak keras ni..lain kali kalau ambil milo ni jangan guna sudu basah nanti cepat keras macam ni”. Ketika dimeja makan, mereka makan sambil berbual.

“Sebetulnya abang  kerja kat mana sekarang ni..abang masih kerja kat PD lagi ke?” Amirah membuka persoalan yang masih menjadi tanda-tanya, sejak semalam soalan itu tidak dijawab oleh Loqman. Selama ini sememangnya Amirah tidak ambil tahu tentang Loqman. Dia tidak mahu memberi harapan kepada hatinya. Padanya kisah yang lepas biar lah berlalu, dia sudah pasrah tidak mengharap lagi alam rumahtangga. 

“Sejak pindah dari Johor abang kerja diIbu Pejabat Polis Daerah Sepang  diBandar Baru Salak Tinggi, abang tak pernah kerja kat PD..dah selalu juga pergi ke bangunan Kompleks kerajaan di KLIA. Abang ada juga nampak Mirah masa tu.”


             Loqman teringat... sudah setahun dia bertugas diPejabat Polis Daerh Sepang dan sudah acap kali ditugaskan pejabat polis KLIA di bangunan kerajaan KLIA tetapi dia tidak pernah terserempak dengan Amirah. Tetapi pagi itu sedang dia berdiri dianjung bangunan pejabatnya, sambil memandang pemandangan sekeliling. Ralet dia melihat petugas yang sibuk keluar masuk. Tiba-tiba dia terpandang seseorang yang tidak pernah padam didalam ingatannya. Dia terpandang Amirah yang baru keluar dari bagunan kerajaan mungkin baru pulang dari kerja giliran malamnya, sebab waktu itu baru pukul 830 minit pagi. Bergegar dinding dadanya oleh getaran jantung yang berdegup kencang.

“Ohh dia dah pindah kerja kat sini rupanya..ya Allah mudah kanlah jodohku dengan wanita itu. Mudahkanlah segala urusan ku terhadapnya”. Itulah doa Loqman didalam hati. Jeritan rindunya ketika itu menderu menyerbu ruang sukmanya. Bagai tidak tertahan tingkahnya ..ingin sahaja dia terjun dari bangunan itu untuk mengejar dan memeluk wanita yang sedang dirinduinya. Tetapi fikiranya  masih waras lagi. Dia menekori langkah Amirah dengan pandangan matanya hinggalah dia masuk kekeretanya. Setelah kereta yang dipandu oleh Amirah hilang dari pandanganya barulah Loqman memulakan tugasnya.Keinginan yang membuak-buak memaksa tengahhari itu dia menghubungi Amirah..  Ketika panggilan sedang disambungkan terdetik dihati Loqman..  ’Ohh dia masih pakai nombor dulu’.

 “Assalammualaikum...Mirah.. abang ni, Mirah apa khabar.”

“Walaikumsalam..baik..kenapa abang Man call..Mirah sibuk ni, baru balik kerja malam.”

“Tak ada apa.. saja nak berbual dengan Mirah tapi kalau Mirah sibuk tak apa lah...Jaga diri baik-baik assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.”   Masa itu kedengaran suara bekas isterinya bagai tidak mahu melayani dia berbual. Loqman  akur dia memutuskan talian. Azamnya dia akan mehubungi Amirah lagi dilain masa.


              Loqman merasa sungguh bahagia mendengar suara wanita yang sungguh dirindui. Walau pun kedengaranya Amirah tidak berapa mahu melayaninya dia tidak berkecil hati. Sejak itu rindu Loqman kepada bekas isterinya makin membara.  Dua minggu kemudian Loqman menghubungi Amirah lagi. Loqman sudah mencari cerita supaya mahu Amirah melayani dia berbual nanti..kali ini dia akan cuba bercerita mengenai anak mereka Ain Nur Syifa sebagai jambatan kasihnya untuk sampai kepada bekas isterinya....
“Assalamualaikum...Mirah apa khabar..tak kerja ke hari ni?”

“Waalaikumsalam..khabar baik..Mirah off hari ni...kenapa abang Man call ni.”

“Saja nak berbual dengan Mirah..Mirah tak balik Pilah ke?..Minggu lepas abang pergi Pilah jenguk Syifa..becok betul mulut dia, tak larat nak layan dia betanya..”

“Apa yang dia tanya kat abang Man?” senyuman Loqman sudah melebar..bekas isterinya mahu melayani dia berbual pada panggilannya kali ini..ohh tidak putus-putus hatinya  mengucapkan syukur kepada Allah. Dapat lama dia mendengar suara orang yang dirinduinya.
“Macam-macam..sampaikan dia tanya kenapa burung tu boleh terbang dan dia tak boleh terbang.. pening abang nak cari jawapan spontan masa tu..Allhamdulillah ayah yang tolong jawapkan.”  Mereka ketawa berdua, bila terasa lucu dengan perangai anak mereka.


 Setelah empat lima kali menghubungi Amirah, Loqman merasakan Amirah sudah boleh menerima dirinya.. sejak itu semakin kerap Loqman menghubungi bekas isterinya. Jika dia keKuala Pilah dia akan menghubungi bekas isterinya untuk bercerita tentang anak mereka.

“Assalamualaikum.. abang ni ..Mirah apa khabar.”
“Waalaikumsalam..baik..kenapa abang Man call Mirah ni?” hanya itu soalan bekas isterinya jika dia menghubungi melalui telefon...
“Saja nak tanya khabar Mirah...lama rasanya kita tak jumpakan.. hanya cakap-cakap dalam telefon saja..minggu lepas abang kePilah jumpa Syifa..dah kenal huruf anak kita Mirah..suka abang tenguk dia.. rajin betul dia belajar mungkin ikut perangai Mirah agaknya.”
“Tak juga...Syifa  tu memang semua dia nak tahu..lagipun ibu kata..mama yang rajin ajarkan dia. Hari tu dia kenal angka pun balik dari PD..kalau balik dari Port Dickson ada saja perkara baru yang dia dapat... pandai mama ajar Syifa, mungkin dia bekas guru pandai dia menarik minat Syifa belajar.” mereka bercerita tentang anak mereka di Kuala Pilah.
“Oh ye ke..tapi mulut dia becok betul..kalau abang datang semua buku-buku dia angkut tunjuk kat abang..ayah kata nak masukkan dia sekolah TADIKA tahun depan.”
“Ohh..ye ke? Tapi umur Syifa baru nak masuk empat tahun boleh ke?”
“Entahlah ayah dah tanya cikgu Tadika KEMAS tu, kata cikgu tu kalau tak pelat, dan dah boleh cakap dia nak buang air kecil atau besar cikgu dah boleh diterima.”
“Emm kalau macam tu elok juga..Mirah memang dah  lama tak jumpa Syifa. Rasanya dah dua bulan  Mirah tak dapat cuti, rindu benar Mirah pada Syifa hanya dapat dengar suara dia saja”.
“Kalau dah rindu baliklah jenguk dia..masa abang jumpa dia tu ada juga dia tanya Mirah, dia kata dia pun rindu kat ibunya.”
“Sekarang ni Mirah susah nak balik..kerja kat sini tak cukup orang."



                    Mendengar bekas suaminya bercerita tentang anak mereka, Amirah melayan bualan Loqman. Amirah jadi seronok dan gembira  berbual berkenaan buah hati pengarang jantungnya. Sebetulnya sudah agak lama dia tidak dapat pulang keKuala Pilah kerana tidak dapat bercuti. Dia mula terbayang sikap anaknya yang keletah dan manja tetapi banyak pinta juga..Ohh Syifa..rindu hatinya ingin bertemu. Mendengar rancak bual bekas  isterinya Loqman juga gembira dan bahagia.  Serasa harapan masih ada. Impianya membuai rasa.  Kini dia tahu jika mereka berbual tentang anak mereka Amirah jadi gembira. Sejak itu makin kerap Loqman menghubungi Amirah, tetapi hanya bercerita tentang anak mereka sahaja. Bagi Loqman itu tidak mengapa sekurang-kurang terubat juga rindunya  bila mendengar suara bekas isterinya. 


1 comment:

  1. Seronok membawa kisah kebahagiaan rumahtangga kali kedua Luqman/Amirah yg kembali ceria setelah dirempuh badai.

    ReplyDelete