Sarah
sudah sebulan lebih bekerja sebumbung dengan Maryam.Harinya tidak pernah sunyi.
Ditempat kerja ramai kawan-kawan yang mengelilinginya.Maklumlah bekerja
disyarikat besar tentulah ramai pekerjanya. Dirumah juga dia tidak akan
kesunyian, Maryam dan dua lagi rakan serumah mereka ada membingitkan harinya.
Maryam memang suka bercakap, bangun sahaja dari tidur ada sahaja yang mahu
diceritakan.Namun itulah yang membantu dirinya menghilagkan rasa kehilangan
seorang suami yang sudah tiada disisinya.Bila siang sudah kepenatan malamnya
juga dia mudah terlena.Hanya dihujung minggu sahaja harinya jadi sunyi bila
Maryam pulang kekampungnya diMelaka.
“kak Sarah jom ikut Yam balik
kampung”.
“Akak ni masih dalam iddah..bukan
boleh sewenang-wenangnya keluar berjalan..akak kena jaga diri”. Maryam makin
kagum dengan pendirian Sarah. Dia sangat
menjaga diri.
Saat wanita bercerai dengan suaminya
tanpa dalam keadaan hamil, maka masa Iddahnya selama 3x suci. Seperti yang
diterangkan dalam Alqur’an.“Perempuan-perempuan yang di ceraikan suaminya
hendaklah menahan diri mereka (menunggu) selama 3x suci”. [QS.Al-baqarah: 228]
Contohnya, ketika bercerai dalam
keadaan suci, maka Iddahnya akan berakhir saat haid yang ke tiga kalinya.
“Bila Iddah kak Sarah habis..”.
“dalam dua bulan lagi”.
“Ertinya raya nanti iddah kakSarah dah habislah kan..ikut Yam
balik kampung ye, kita raya kat kampung Yam sama-sama”.Maryam sangat suka
Sarah.Walaupun beza umur mereka agak jauh namaun Sarah pandai meyesuaikan diri
denganya.Lagipun Sarah peramah. Dia tidak sombong walaupun jika siapa tidak
kenal orang akan mengatakan Sarah agak sombong sedikit, tetapi tidak pada
Maryam.Setelah tinggal sebumbung Maryam merasakan Sarah seperti kakaknya
sendiri.
“InsyaALLAH tapi emak dan ayah Yam tak
kisah ke? Akak ni orang luar. Biasanya masa raya orang tua-tua lebih suka berkumpul
dengan ahli keluarga sahaja.”
“Ehh tak lah mak ayah Yam tak kisah.
Lagi kalau mereka tahu akak ni anak yatim piatu lagi mereka tak kisah”.
“Akak seganlah Yam”.
“Apa nak disegankan, kan dulu akak dah jumpa emak dan ayah
Yam ”.
Hari-hari
hari berganti dengan hari yang baru. Jika nombor dapat dilhat dengan nyata dari
satu bertukar dua kemudian tiga dan seterusnya. Kini Hari raya Adilfitri
menghampiri lagi. Umat Islam sudah dipertengahan bulan Ramadan. Maryam sibuk
membuat persiapan untuk menyambut hari raya. Dia kekedai kain untuk membeli
kain baju untuk membelikan sepasang dua baju untuk ibu dan ayahnya, juga tidak
ketinggalan untuk anak saudaranya yang tinggal bersama ibunya dikampung.
Mendengar cerita Maryam abangnya tidak dapat berhari raya bersama anak-anaknya
pada hari raya tahun itu.
“Kak
Sarah raya ni mehlah raya kat rumah Yam, bukan ada siapa pun, ayah emak dan
Zurin(Zurin Adwa) dengan Zira (Zahira Azra), kalau ada pun nanti Kak Maya
dengan tiga orang anaknya.Dia tu kalau balik raya sekejap saja lepas itu dia
kena pergi rumah emak mertuanya yang tak jauh dari kampung kami. Suami kakak
Maya di pergi kursus kat Jepun seminggu
raya baru dia balik dan Abang Mizan (Mizan Khir) memang tak balik,dia macam
abang ipar Yam raya dah seminggu nanti baru dia dapat cuti.
Sarah
hanya mengiakan sahaja kata-kata Maryam.Dia tidak dapat membayangkan nama-nama
yang disebut oleh Maryam kerana dia tidak pernah bertemu dengan mereka.Yang dia
kenal hanya ayah emak dan dua orang anak saudara Maryam Zurin dan Zira..
Gembira Sarah dengan ajakkan Maryam, ada
juga tempatnya untuk berhari raya tahun itu itu detik hatinya. Dengan rasa
gembira Sarah bersetuju mengikuti Maryam pulang kekamungnya di Melaka tetapi
yang paling menguja dirinya adalah dua
orang anak saudara Maryam yang sungguh comel dimatanya. Lagi pun jika dia tidak
mengikuti Maryam, dia akan kesaorangan dirumah
hampir seminggu. Kawan yang dua orang lagi juga pulang kekampung mereka.
Seorang diKelantan dan seorang lagi orang Sabah.
Dua
hari menjelang hari lebaran mereka bertolak dari Damansara menuju keMelaka
dengan menaiki kereta Sarah. Maryam belum lagi mempunyai keenderaan. Bukan
sebesar mana gaji kerani yang hanya berkelulusan SPM sepertinya. Gaji Sarah
agak lebihsedikit kerana dia mempunyai diploma akuantan, lagipun Sarah pernah bersuami dan kereta itu adalah
pemberian bekas suaminya ketika mereka menjadi suami isteri dulu.
Sampai
di Melaka mereka disambut mesra oleh ibu Maryam wanita setengah baya dalam
lingkungan akhir puluhan dan dua orang kanak-kanak seakan-akan hamper sama baya
bekas anak-anak tirinya. Tetapi kedua-duanya anak perempuan comel sungguh anak
saudara Maryam.
“Alah anak mak su dah pandai lari
ye”.Maryam mengambil anak saudaranya yang kecil sekali mungkin sebaya Nuha
detik hati Sarah. Walaupun jalannya masih terkedek-kedek namun mak su kata
sudah pandai berlari.. sungguh mak sunya tak pandai menilai detik hati Sarah. Ialah
ketika dia datang dahulu sikecil baru pandai meniarap. Maryam membungkuk lalu
mendukung dan mencium pipi gebu sikecil yang comel dan montel. Kemudian datang
lagi seorang, yang sudah besar sedikit, mungkin lebih kurang Wafi umurnya anggar hati Sarah. Yang sikakak sudah petah
berkata-kata.
“Nak dukung juga.” rengek sikakak pula
sambil menghulur tangan kepada Maryam. Maryam merendahkan semula badan untuk
mendukung sikakak pula. Singgah lagi hidung Maryam kepipi kanak-kanak tadi.
Ahhh nikmatnya dapat mencium pipi anak-anak, yang harum baunya detik hati
Sarah. Sarah memandang dengan rasa ‘teringinnya’.Sekarang kedua-duanya sudah
didukungan Maryam.
“Mak su tak larat lah kakak, kakak dah
besar ni dah berat, dukung dengan mak cik ni ye” Melonjak hati Sarah
kegembiraan mendengar kata-kata Maryam. Penuh harap sambil menghulur tangan Sarah menanti serahan dari Maryam. Maryam
memusingkan badannya mengadap Sarah.
Sebenarnya
Sarah begitu berkeinginan untuk mendukung, ketika kanak-kanak itu keluar dari pintu rumah lagi
tadi. Bila disuakan sikakak, sikakak tidak mahu. Dia malu. Malu dengan orang asing yang pernah dijumpai hanya sekali sebelum ini.
Sarah cuba mengambil siadik pula. Walaupun ada pandagan hairan tetapi siadik tidak
menolak atau menangis bila Sarah mengambilnya dari dukungan Maryam. Sampai
sahaja tubuh kecil itu didalam pelukkanya dia mencium pipi gebu dengan perasaan
penuh kasih. Biasanya anak-anak yang masih bersih hatinya dapat merasakan kasih
ikhlas dari seseorang yang mendampingi mereka.
“Ahh lega mak su. Kak ni apalah mak su
puasa tau hari ni. Dah besar masih minta dukung pula.” Bebel manja Maryam. Anak
yang diduklunganya hanya tersipu-sipu malu.
“Mak suu.” meleret suara sikakak
menagih kemanjaan dari mak sunya.
“Apa..adalah kakak ni kalau
manja-manja dengan mak su ni”. Walaupun cuba digarangkan suara mak sunnya namun
anak saudara Maryam tidak gerun kepadanya.
“..nenek dah siapkan baju kakak,
cantik mak su” Sikakak hendak membuat lapuran kepada mak sunya rupanya. Adiknya
masih belum boleh berkata-kata hanya menyampuk dengan bahasa kanak-kanaknya
sahaja . Sarah tidak mengerti apa yangg diperkatakan . Walaupun begitu hatinya
Sarah tetap terhibur dengan perlakuan dua anak saudara Maryam..
“Meh masuk tunjuk kat mak su, maksu
nak tenguk baju kakak dengan adik. Kak dengan adik suka tak color baju tu.”
“Suka” jawap sikakak.
Maryam memberi salam diambang pintu
masuk. Bila emaknya terjengul diruang tamu dia terkejut melihat kemunculan anak
bungsunya.
“Ehh Yam bila kamu sampai. Mak tak
tahu pun ada orang kat depan.”
“Baru sampai mak. Mak ni bahaya
biarkan pintu grill tak berkunci, kalau ada orang ambil kakak dan adik tadi tak
siapa pun yang perasan. Lain kali kalau mak kat dapur kuncilah grill pintu”.
“Tadi budak-budak ni dengan ayah kamu,
Ayah kamu Yam pun satu juga dibiarkannya cucunya kat luar tak berteman. Mana dia pergi, tak cakap dengan emak pun dia
nak pergi mana. ”.
“Ayah ada saja ni haa, ayah tenguk mangga muda yang baru
nak besar kat pokok mangga depan tu saja, banyak pula dia berbuah kali ni. Ayah
nampak ada kereta masuk.Tapi bila nampak kamu yang keluar kereta, ayah biarkan
saja lah adik dan kakak tu. Kamu balik dengan siapa ni, Yam”.
“Ohh ayah ada kat luar rupanya,
patutlah grill rumah tak berkunci.Yam tak nampak tadi. Yah!Yam bawa kawan satu
rumah beraya kat sini boleh Yah. Dulu kak Sarah pernah datang rumah kita
sekali. ”
“Ohh dulu ..ye.ye ayah ingat”.Maryam
menghampiri ayahnya dicapai lalu diciumi
tangan ayanya. Sarah hanya melemparkan senyumanya kepada ayah Maryam.
“Boleh apa salahnya. Kalau kita bawa
tetamu ertinya kita bawa rezeki masuk kerumah kita Yam”.
Alhamdullilah ucapan syukur Sarah
bergema didalam hati, kedatanganya disambut baik oleh keluarga Maryam. Kemudian
Maryam menghampiri emaknya pula dan melakukan perkara yang sama kepada ayahnya
tadi dikuti oleh Sarah.
“Yang adik dengan kakak ni berdukung
pula kenapa ni. Dah turun..turun kesian makcik ni baru sampai dah kena dukung
kamu lah Zira oii”. Ehhe..heee gelak sikecil berdua bila ditegur oleh neneknya.
“Nenek mak su nak tenguk baju raya
kakak ngan adik”.Sarah dipersilakan duduk diruamg tamu.Sambil duduk emak Maryam
Hajjah Nafisah memulakan temuramahnya.
“Anak ni orang mana?kenapa tak balik
raya dengan emak ayah?”.
“Saya orang Gemencih mak cik”.
“ehh melintas saja nak kesini kenapa
tak singgah kampong saja”.
“Mak!ni lah kak Sarah, yang selalu Yam
cerita kat emak tu, dulu kan ada sekali dia datang rumah kita,mak ni cepat
sangat lupalah.”.
“Haah mak baru ingat.kenapa tak beraya dengan emak ayahnya.”
“Emak ni, kak Sarah ni anak yatim
piatulah mak.Lagi pun dia tak rapat dengan pak cik mak cik dia, itu sebabnya
dia ikut Yam balik.Dia nak beraya dengan kita”.
“Oh anak yatim piatu.Dah lama ke mak
ayah Sarah meninggal?”
“Arwah ayah meninggal masa saya
tingkatan empat, emak baru 3 tahun lepas.Tapi lepas ayah meninggal, ibu pindah
dari kampung arwah ayah, itu yang Sarah tak rapat dengan keluarga sebelah
ayah. Emak pula tak pernah kenalkan
Sarah pada keluarga dia. Kami duduk kat tanah yang arwah ayah beli
sahaja”. Sewaktu Sarah datang dulu Hajjah Nafisah tidak sempat untuk
menemurahanya. Lagipun masa tu Sarah asyik duduk didalam bilik sahaja.
“Oh macam tu”.
“Mak cik tak suka ke saya raya kat
sini?”
“ehh taklah macam tu, makcik yang
sebetulnya suka ramai-ramai lagi meriah. Makcik ni tak ramai anak, abang siYam
ni pun tak balik, dah kerja jauh. Hanya mungkin kakak si Yam ni saja balik esok
pun sekejap sangat petang raya dah kena pergi rumah emak mertuanya pula. Itu
yang untungnya kawin dengan orang dekat. Raya boleh balik kedua-dua sekali”.
Kedatangan dulu juga Sarah tidak bertemu dengan abang Maryam rasanya.
Bila
petang, mereka mula turun kedapur untuk menyiapkan hidangan berbuka puasa pula,
tidak ketinggalan Sarah, dia juga menolong kerja-keja dapur. Sekarang dia sudah
pandai, sejak duduk bersama Maryam dia sudah selalu masak. Dia tidak kekok
lagi. Masa berbuka makin terasa seronoknya berbuka beramai-ramai. Ahh indahnya
kehidupan orang bekeluarga. Setelah penat didapur kini mereka menikmati
hidangan yang mereka masak tadi beramai-ramai. Makan sambil bercerita. Semasa
hendak berbuka datang seorang lagi ahli keluarga Maryam. Mak su Yah itu yang
Sarah dengar bila Maryam memanggilnya tadi.
Dulu
dirumah bekas emak mertuanya. Sarah tidak dapat merasakan nikmat berbuka
beramai-ramai.Kerana kehadiranya bagai tidak disenangi oleh ahli keluarga bekas
suaminya.Maklumlah dia isteri kedua suaminya.Mana ada orang memandang jujur
pada isteri nombor dua. Rata-rata orang bertanggapan isteri kedua adalah perampas
kebahagian wanita lain. Tanggapan mereka dia wanita yang sengaja menempel untuk meraih kesenangan. Entahlah
adakah dia begitu.
Akhirnya
setelah dua tahun lebih menjadi madu seorang wanita yang begelar isteri, dia
meminta diceraikan walaupun hatinya masih sayang. Kerana sayang yang masih
bersisa didalam hati sebulan setelah mereka bercerai, dia menghubungi bekas
suaminya untuk merisik kahbar.
Cerita pilu yang dikisahkan oleh bekas
suaminya menimbulkan keinginan untuk tinggal sebumbung lagi. Timbul juga
keinginan memeiliki secara total bekas suaminya yang telah ditinggalkan. Ialah
hati mana yang tidak tersentuh orang penah menyayangi kita berkeluh kesah, dia
tetap ditinggalkan walaupun mereka telah berpisah. Padanya jika jika isteri
pertama sudah tidak mahukan suaminya lagi dia seribu kali sudi untuk menerima
bekas suaminya sekali lagi.
Tetapi
alangkah hampanya bila dia meyampaikan hasrat hatinya dia DITOLAK dengan baik oleh bekas suaminya. Mengapa dia
ditolak?? Itulah pertanyaan yang sentiasa berlegar didalam kepala. kerana masih
ada kasih dihati dia menebalkan muka menagih simpati agar dirinya diterima
semula. Tetapi dia ditolak sekali lagi dengan alasan. Kini dia yakin perceraian yang diminta telah membuang dirinya
dari hati bekas suaminya. Kini dia nekad mencari bahagianya sendiri. Dia tidak
akan menggangu lagi kehidupan keluarga
bekas suaminya. Biarlah kasih sayangnya dijadikan sejarah. Dia kan menguburkan
rasa itu jauh didasar hatinya. Dia akan mencari bahagia dengan caranya sendiri.
Walaupun dengan tiada huluran cinta dari seorang lelaki yang bergelar suami.
Selesai
berbuka mereka solat berjemaah berimamkan Hajjah Nafisah. Ayah Maryam ke surau
yang berhampiran rumah mereka. Tetapi yang sangat membahagiakan Sarah adalah
dua orang anak saudara Maryam yang begitu comel dan manja. Tidak sampai
setengah hari dia dirumah Maryam dua
kanak-kanak itu sudah tidak takut dan malu lagi kepadanya. Mungkin sikap Sarah
yang lembut dan suka memanjakan kanak-kanak dia disukai oleh dua orang anak
buah Maryam.
Selesai
solat Isyak mereka duduk diruang tamu.Hajjah Nafisah keluar membawa selonggok
kain langsir.
“Mak nak tukar langsir malam nilah
Yam, esok kok tak sempat. Nak anyam ketupat nak masak lauk lagi, kalau kamu penat tak payah tolong Yam. Pergi
ajak Sarah dan anak-anak buah kamu tu tidur kat bilik kamu”.
“Emak ni baru pukul Sembilan setengah
dah suruh orang tidur.Mehlah Yam tolong emak. Kakak tolong mak su cabut besi
ni, adik pun tolong sama ye”. Maryam meminta bantuan dua orang anak buahnya.
“Ehh tak payah lah minta tolong kakak
dengan adik ni Yam, kan mereka masih kecil lagi. Meh akak yang tolong Yam”.
“Tak apa Sarah biarkan mereka buat,
mak cik bukan nak diorang tu buat kerja sangat.. tapi saja nak menanamkan sifat
suka menolong. Elok kanak-kanak kecil dilatih membantu agar besar nanti mereka tidak
hanya pandai memandang orang membuat kerja sahaja. Tanamkan sifat suka membantu
sedari kecil lagi, walaupun hanya sebatang besi yang berjaya dicabutnya” Ohh Itu prinsip emak Maryam rupaya detik hati
Sarah.
Maryam
memanjat untuk menurunkan langsir lama untuk diganti dengan yang baru.
Sarah pula sambil memangku dua orang anak buah Maryam sambil dia
mengajar sikecil mencabut besi-besi dikain langsir lama kemudian tangannya
sendiri laju membuat kerja. Rasa seronok pula melakukan kerja-kerja rumah
tangga yang jarang sekali dilakukan.
Sedang mereka sibuk bekerja kedengaran sebuah
kereta berhenti dihalaman rumah. Hajjah Nafisah bergegas memasang lampu luar
rumah.Untuk memastikan siapa yang datang.Kemudian kedengaran riuh suara
berselang cakap.
“Maya!!..Alhamdullilah dah selamat
sampai, mak ni dari tadi tak senang perut bila dengar kamu sendirian memandu
dari Ipoh. Lain kali kalau tak ada Jamil balik naik bas sahajalah. Ni buat mak susah
hati saja. Kamu mana pernah memandu
jauh-jauh”.
“Kalau tak dicuba mana nak tahu mak. Maya
bertawakal pada Allah. Kemudian baca ayat Kursyi banyak-banyak ni kan dah
selamat sampai mak. Mak apa khabar mak”.
“Alhamdullilah Baik Maya” Maya
mencapai tangan emaknya dan menciumnya dan kemudain dipeluk erat emaknya
melepaskan rindu.
“Cucu emak mana? tak keluar-keluar
lagi ni”.
“Tak bangun lagi lah tu.” Maya
kebahagian belakang keretanya untuk melihat tiga orang anaknya.
“Anak-anak ibu bangun kita dah
sampai.Salam nenek”.Ketika itu juga Haji Marzuki muncul di ambang pintu dan bersuara.
“Alhamdullilah dah selamat sampai”. Itulah
ucapan Haji Marzuki yang terjengul dimuka pintu dia menghampiri kereta PROTON WAJA anaknya.
Riuh
Haji Marzuki suamiisteri menanyai anak dan cucu-cucnya yang baru sampai. Kemudian
mereka diarak kedapur untuk mengisi perut.
“Kesiannya
cucu nenek buka makan apa tadi?”.
“Sebelum
balik tadi Maya singgah belikan mereka burger Mc Donald”.
“Kamu
buka burger juga ke?”
“Tak
Maya makan kurma saja mak ayah..ni memang lapar betul ni”.
“Hissy
kamu ni kenapa tak singgah kat R&R sahaja.”
“Malas nak singgah mak orang ramai, nanti
lambat pula sampai rumah”.
“Dahlah
tu makan cepat, meh cucu-cucu nenek.. nenek suapkan”.
“Taka
pa mak meh sini Mak su suapkan anak-anak buah mak su ni” Maryam mengambil alih tugas
menyuapi anak-anak buahnya.
Selesai
makan Maya anak beranak menyertai Sarah diruang tamu manakala, Maryam dan emaknya
masih didapur mungkin berkemas. Riang hati Sarah melihat anak-anak saudara
Maryam yang kelihatan akrab. Lima orang kanak-kanak menjadikan ruang rumah
Hajjah Nafisah dan Haji Marzuki meriah. Maya menghampiri Sarah yang sedang leka
memasukkan besi-besi kecil dikain langsir baru
Hajjah Nafisah. Dia memulakan sesi suai kenalnya.
“Ni kawan serumah Yam, dah lama kenal
Yam?”.
“lama juga dah dua tahun rasanya”.
“Orang mana?”
“Saya orang Gemencih”.
“Ohh tak lah jauh sangat kampong kita
kan”.
Sedang mereka berkenalan datang
berlari-lari anak Maya yang tua gadis kecil mungkin tua sedikit dari Zurin.
“ini mama kita. Reen mana ada mama. Adi,
Adam meh kita duduk kat mama kita. Kita ada mama”.Zurin dan Zira terpinga-pinga
melihat sepupu-sepupunya duduk diriba mamanya. Kemudian Zurin memimpin tangan
adiknya lalu menghampiri Sarah. Lalu dia duduk dipangkuan Sarah ditarik tangan
adiknya supaya duduk bersamanya di pangkuan
Sarah.
“Ini mama kita. Kita pun ada mama”.
“Kak Illa kenapa suka gaduh ni tak
baik adik beradik gaduh, esokkan dah nak raya Zurin dan Zira tukan adik kak Ila
juga. Jangan cakap macam tu tak baik. Kak Illa abang Adi dan adik Adam pergi
salam Zurin dan Zira minta maaf. Jangan gaduh”.Mendengar kata-kata mamanya tiga
orang anak-anak Maya menghampiri Zurin dan Zira menghulur tangan meminta maaf.
Tidak lama rupanya pergaduhan anak-anak mereka sudah melupakan dan bermain
semula.
“Budak-budak ni ada saja yang nak
digaduhkan belum beberapa jam berjumpa dah nak bergaduh”.
“Biasalah budak-budak kak. Ehh boleh
ke Sarah panggil kakak, entah-entah
Sarah lagi tua”.
“Umur berapa”. Soal Maya.
“32, tahun ni.”
“Ohh akak dah 36.Bolehlah panggil
kakak”.
“Ehh ye ke 36 tahun,nampak muda lagi”.
“Badan saja kecil tapi umur dah
tua”.He.he he.Sememangnya Mahaya Iffa bertubuh kecil molek.Maryam lebih besar
dan tinggi dari kakaknya.
Itulah
Sarah jika dia sudah kenal banyak juga bualnya. Lagi pun Sarah pandai bercerita
dan mengambil hati. Bertambah lagi bila hatinya ceria. Sebenarnya dia sungguh
bahagia apabila Zurin memanggilnya mama tadi, terasa dirinya sudah mempunyai
anak pula. Laju tanganya mengenakan besi-besi kecil penyakut lansir. Cepat
sahaja selesai kerja-kerja memansang langsir Hajjah Nafisah malam itu
dikerjakan oleh Sarah. Kerana hati nya yang bahagia tak terasa penat Sarah
membuat kerja-kerja rumah.
Sungguh
hari hari raya kali ini sungguh bermakna bagi Sarah. Dia sungguh gembira.
Suasana raya itu sudah lama tidak dirasai. Rasanya sejak ayahnya meninggal
dunia ketika dia ditingkatan empat suasana itu pergi bersama ayahnya. Ramadan
masih berbaki sehari lagi.Keluarga Maryam yang tidak besar, begitu sibuk
menyediakan juadah hari raya. Bertambah meriah bila lima orang sikecil
berkejaran, bermain dan menangis bila diusik. Kata mereka hanya abang Maryam
yang tidak dapat bersama mereka. Dia bekerja. Itu kata Hajjah Nafisah bila
bercerita ceritanya asyik mengingatkan sianak yang tidak dapat berhari raya bersama
keluarga. Walaupun berulang kali Hajjah Nafisah menyebut perihal anak lelakinya
seakan kesal kerana tidak dapat menyambut lebaran bersamanya. Bagi Sarah dia tidak dapat menbayangkan fizikal
mahu pun wajah orang yang disebut-sebut, kerana dia tidak pernah berjumpa. Tapi
yang lebih mengembirakan hati Sarah dia mendapat seorang ibu angkat.
Ketika mereka bersiang-siang didapur
Sarah dihampiri oleh Mak Su Yah. Orangnya masih muda mungkin diawal empat
puluhan.
“Ini kawan Maryam ke?”
“Ia mak su Yah, Sarah satu rumah dan
satu tempat kerja dengan Maryam”. Jawap Sarah ramah.
“Katanya anak yatim piatu”. Ahh sessi
temuduga Mak su Yah pula bermula dahh jika ada sepuluh orang yang ingin
berkenalan dengan Sarah maka sepuluh kali jugalah jawapan yang sama akan keluar
dari mulut Sarah. Mungkinkah mereka ini tidak mempercayai dirinya itu yang dia
disoal berulang kali dengan soalan yang sama itulah detik hati Sarah. Namun Sarah
tetap menjawap dengan sopan dan senyuman ramahnya.
“Ia mak su”.
“Dah lama mak ayahnya meninggal. Adik
beradik lain tak ada ke?” Macam polis bahagian jenayah yang sendag menyiasat
mak su Yah memulakan siasatan dengan suara terang dan jelas.
“Lama juga, ayah meninggal masa Sarah
tingkatan empat. Emak baru tiga tahun lepas. Sejak emak meninggal adik-beradik
halau saya kerana berebutkan harta. Malu Sarah dah tercerita keburukkan
keluarga Sarah.” Sarah menundukkan mukanya kerana malu setelah terkeluar cerita
yang tidak sedap didengar.
“Pasal harta ni kat mana-mana pun
sama. Adik beradik bergaduh hingga putus
hububngan. Kadang-kadang suamiisteri pun boleh bercerai berai pasal harta, emak
ayah dan anak-anak pun boleh bergaduh juga pasal harta. Itulah kalau orang
hanya memandang dunia dan kemewahan semuanya boleh terjadi Sarah”.
wah ...mak teh..ader kisah baru ttg sarah ye... sarah di sisi yg baik ..
ReplyDeleteTq mak teh..
ReplyDeleteMak teh mmg x menghampakan...
Muwaahhhh..:-P
TAHNIAH MAK TEH. RASA RINDU PADA NURI-SYUKRI. APA CERITA MEREKA YA. HARAP SARAH TEMUI KEBAHAGIAAN ABADI. SAYANG MAK TEH.
ReplyDeleteCerita ni tak ,banyak mungkin tak sampai 10 bab. mak teh saja aje sebab rindu nak baca komen anda mak teh post cerita yang tak berapa menarik ni.
ReplyDelete