Diruang tamu riuh kedengaran suara berselang
seli, bercerita itu dan ini. Kedengaran juga suara Syukri menjawab dengan
malas, tak teruja langsung menjawab soalan adik-adiknya. Yang sebenarnya
Imahlah yang paling sibuk bertanya mengenai barang-barang yang dibeli bila
mereka (abang dan kak iparnya) sampai disyurga membeli belah. Itu pada Imah.
Didapur pula berdengung bunyi blander mengisar sesuatu.
“Mana
baju dan handbag kak Nuri kata abang nak belikan akak handbag dan baju”.
Pandangan matanya memandang kearah abangnya yang sudah duduk menyandar disofa
ruang tamu bagai orang kepenatan. Anak perempuanya duduk dipangkuan sementara
abang nya duduk disisi ayahnya. Melihat sahaja baba mereka disoal oleh mak
sunya.
“Bang
!!ada lagi beg plastic yang tertinggal dalam kereta ke? Imah pergi ambil ye. Tadi
Imah buka bonet sahaja. Entah-entah ada lagi kat tempat duduk belakang”. Wahh
macam polis penyiasat soalan Imah keluar bertalu-talu.Yang sebenarnya Imah
bagai tak percaya hanya itu yang dibeli oleh abang dan kakak iparnya.
“Memang
itu aje lah Mah oii. Abang tak sorok apa pun dari Imah, kalau ada abang memang
nak suruh Imah checkkan qualitynya bagus tak bagus ori ke tipu yang kami beli
tu.” Kakak dan emak yang duduk diruang
tamu mentertawakan Imah bila dia dikenakan oleh Syukri.
“Tapi
takkan ini aje bang..Kalau setakat mangga harum manis ni kat KL pun ada kan
bang, mangga harum manis dari Perlis
lagi sedap kata orang.”.
“Bab
mangga ni abang tak tahulah tapi bab handbag dan baju..tu tanya tuannya tu, dia
yang pilih, agaknya tertinggal kat sana, banyak tadi abang tenguk..tak ada ke
Mah?”.Lakonan Syukri kelihatan menjadi, sebenarnya dia sedang memerli isterinya dengan wajah masam, bukan masam
kerana kepenatan tetapi masam kerana hatinya geram. Muncung bibirnya kearah
isteri yang baru keluar setelah siap
kerjanya didapur. . Nuri menatang
jug air yang besar dan sepinggan besar hirisan buah mangga yang dibelinya tadi
didalam sebuah dulang kecil. Rupanya dia mengupas mangga-mangga yang dibelinya
tadi. Sebahagianya dikisar untuk dijadikan jus mangga dan sebahagian lagi
dihiris-hiris.
Dia meletakkan diatas meja kopi. Kemudian di
mengambil gelas yang sememang tersedia disitu. Nuri menuangkan segelas jus
mangga lalu dihulur kepada suaminya yang sedang hangat hatinya kerana dia
tidak membeli tadi. Dia mengharapkan hati suaminya terpujuk dengan kelazatan
jus mangga buatanya.. Nuri tahu suamiya marah kerana sepanjang perjalanan balik suminya tidak bersuara.Tanda memprotes
sikapnya.
“Barang
jualan kat sana memanglah banyak abang Ngah..kenapa tak dibeli. Orang nak
tenguk yang abang dan akak beli”. Kata Imah sambil mengirai-ngirai tiga pasang
baju anak buahnya kemudian mencari lagi didalam semua beg plastic yang lain
dihadapanya..Muka tidak puas hati yang dipamirkan. Nuri yang mendengar dan
mandang muka Imah hanya tersennyum
gelihati dengan gelagat adik bungsu suaminya.
“Rambang
mata akak nak pilih lah Imah..semuanya cantik-cantik sampai tak tahu akak nak memilih yang mana satu.” Mendengar
jawapan isterinya Syukri mencebekkan bibirnya dalam hatinya mengomel. ‘orang
yang tak tenguk dia memilih tu boleh dia nak tipu’ hatinya geram dengan sikap
isterinya. Penat berjalan sahaja namun satu barang pun tak dibelinya. Nuri menuang jus mangganya kedalam
gelas-gelas lain untuk orang-orang yang ada dirunag tamu. Matanya mengerling
suaminya yang menyandar malas sambil memangku anak daranya dan anak bujang yang
tua mungkin mereka kepenatan. Dia mahu tersenyum namun ditahan takut suaminya
meletop..yang sebenarnya hatinya jadi lucu melihat memek muka suaminya yang
tidak puas hati.
“Ini
saja ke yang abang dengan akak beli??”..Alang seorang lagi adik Syukri
bertanya. Alang tergelak besar mentertawakan Syukri dan Nuri bila mererka tidak
membeli. Ada juga orang yang tidak membeli di pusat bebas cukai diSempadan
Thai rupanya. Sebenarnya dia terkejut
bila dibuka semua beg plastic, yang
didapati hanya tiga pasang baju anak buahnya, selebihnya
hanya buah-buah mangga sahaja.
“Ira
bagi Hadi minum jus mangga ni kok dia suka, akak nak ajar dia makan buah ni
Ira”. Nuri menghulur secawan jus mangga
kepada Ira didalam gelasnya sudah tercacak sebatang straw. Nuri menggambil dua
orang lagi anak-anaknya Wafi dan Su duduk rapat kepadanya.
“Meh
kakak dengan abang minum jus yang umi buat ni sedaaap.Imah alang minum dulu.
Tak lari quality baju anak-anak buah Imah tu. Mesti menepati quality yang
dikehendaki. Imah tenguklah siapa yang memilih..” Nuri berjenaka untuk
mengubati sakit hati suaminya secara halus dia memuji kerana baju-baju anaknya
tadi Syukri yang memilih. Sambil itu dia menjeling suaminya dengan ekor
matanya. Dia melihat cebikkan bibir suaminya. Ahh dia masih marah.
“Bang!tolong
hulurkanlah air untuk emak.” Lembut sahaja suara Nuri meminta pertolongan. Nuri
melebarkan bibirnya memberi senyuman, Syukri membalas dengan mencebekkan
bibirnya. Namun terus sahaja dia menegakkan badannya untuk mengambil jus mangga
buatan isterinya untuk emaknya yang baru keluar dari biliknya.
Mendengar ruih suara-anak dan menantunya
diruang tamu NorIza keluar dari biliknya. Yang sebenarnya dia juga teruja mahu melihat
apa yang dibeli oleh Nuri dan Syukri. Beria Nuri cuba mempromisi jus mangga
buatanya, bila dilihat orang yang diruang tamu bagai tidak teruja untuk
merasanya, mereka lagi teruja melihat barang yang dibelinya, tetapi kecewa
kerana hanya ada tiga pasang baju anak-anaknya sahaja.
“Sambil
tenguk-tenguk tu minumlah..Kalau tak cukup nanti akak ‘blend’ lagi. Akak nak tenguk pasaran dulu kalau banyak yang suka
akak ‘blend’ lebih lah”. Sambil dia mempelawa keluarga suaminya minum,
tersungging senyuman dibibirnya. Bukan apa dia merasa lucu melihat wajah kecewa
Imah bila dilihat hanya ada tiga pasang baju kanak-kanak sahaja.Terkekek Ira
mendengar gurauan birasnya Nuri, pandai juga dia berjenaka. Dia tahu mungkin
dia sedang menyejukkan marah suaminya
kepadanya.Tetapi pada Syukri dia melihat dengan jelas kini Nuri sememangnya
sedang gembira.
“Akak
ni tak pandai nak belilah, kalau Imah tadi entah-entah satu supermarket Imah
borong. Masa ni harga tengah murah tau bang. Promosi hari raya hari tu belum
lagi tukar harga.” Haa kan dah keluar kenyataan Imah yang masih belum puas
meluahkan rasa terkilanya. Akhirnya itulah yang terkeluar dari bibirnya, ada
nada kesal yang berbunyi.
“Kakak
kamu tu rabun matanya. Semua tak cantik kat mata dia”. Syukri bersuara. Dia juga ingin mengeluarkan rasa geram yang mendakap
hatinya sedari tadi. Geramnya dengan sikap Nuri yang tak pandai nak membeli
belah. Nuri hanya ketawa mendengar komen suaminya tentang dirinya. Walaupun
begitu Syukri berazam akan membelikan sesuatu untuk Nuri. Dia akan pergi
membeli sendirian bila mereka pulang
keKampung Subang nanti.
“Ialah
tu..kalau Imah yang pergi tadi mau dibelinya sekali dengan apek tukang jual tu
sekali.” Sampuk NorIza yang mahu duduk
menyertai mereka. Kha..kah kha kah..tawa berderai mentertawakan Imah yang
terkulat-kulat dikenakan oleh emaknya.
“Emak
ni nak buat apa orang Siam, susah nak cop visa tiap-tiap tahun nanti..kalau
handsom macam Min Ho tak apalah”. Sememangnya Imah pandai menjawap. Kakak dan kakak iparnya hanya mencebik bila
Min Ho menjadi pujaan Imah.
Kemudian Imah melihat ketiga-tiga orang anak
sudaranya yang tersedut-sedut jus mangga yang kelihatan sedap. Imah mencapai
gelasnya lalu diteguk seteguk jus didalam gelasnya.
“Hemmm
sedapnya jus mangga ni pekat dan lazat..mak!!cuba mak rasa ni mak!!”. Imah
terjerit kerana dirasakan jus mangga sangat sedap ditekaknya. Semua orang
termasuklah Syukri mengambil gelas masing-masing bila mendengar komen Imah. Dan
mulalah kedengaran…
“Hmmm..sedapnya”. Bila melihat setiap orang mula menuang sekali
lagi jus mangganya, Nuri bangun untuk mengisar lagi buah-buah mangganya
didapur..
“Abang
dengan kakak minum dengan baba ye.Umi nak kopek mangga lagi. Nanti pak de
dengan pak lang pun nak juga”. Nuri mahu
kedapur lagi untuk memenuhi permintaan pelangganya.
“Nuri!!untuk
Hassan dengan Pali biar bini diorang yang buat. Kamu duduk sini, dengar Imah
nak komen tu. Dia nak ajar kamu membeli belah pula lepas ni”. Ha..ha..ha kena
lagi Imah. Muncung bibir Imah bila diperli oleh emaknya.
Sebenarnya Hassan dan Pali kerumah Along
Muaznya, mengotakan apa yang diperkatakan kepada mak denya tadi. Pagi tadi
ketika Syukri dan Nuri keSempadan, keluarga pak denya datang berhari raya. Ketika
mereka melangkah hendak pulang Siti
Khadijah mengarahkan Seha mengikutinya pulang kerumahnya.
“Seha!!Jom
balik rumah, tolong mama masak. Ni adik dan kakak kamu ni balik tak ada siapa
yang nak masakkan diorang”. Arahan Siti Khadijah tegas tetapi cepat dipintas
oleh Muaz, bila matanya bertembung dengan mata Pak de. Dari isyarat mata pak de
Muaz tahu dia tidak setuju Seha mengikutinya balik kerumahnya.
“Mama!
tak boleh lah ma, saya nak ajak adik-adik saya ni datang makan kat rumah saya."
“Kamu
dengan adik-adik kamu tu makanlah kat rumah mak kamu ni kenyang-kenyang, baru
lah balik rumah kamu, Emak nak minta tolong Seha tu”.
Tak
mahulah ma..dah dua hari kami makan lauk raya dah jemu.Saya nak Seha masakkan
bayam masak ‘bening’.Makan dengan sambal belacan kemudian goreng ikan pekasam. Bayamnya
pun dah ada kat rumah tu.” Perkataan bening dikutip oleh NorIza semasa dia dan
emak angkatnya duduk di Selabgor dahulu. Bayam bening perkataan Jawa ertinya
rebus bayam bersama ikan bilis.
“Dah
lah tu Tijah.. Seha kan dah ada keluarga
biar lah dia dengan keluarga dia. Tijah mintalah tolong anak menantu yang ada
tercongok ni. Emil dan Farah nikan ada, awak tu semua nak harapkan Seha tu saja,
sampai anak sendiri tak tahu nak buat apa-apa.” Sebelum panjang leteran Pak de
memburukkan anak menantunya cepat-cepat
Mak de angkat kaki. Didalam kereta HONDA CRVmilik anak lelakinya dia membebel. Ditambah
pula dengan kata-kata Emil yang tidak puas hati dengan Muaz.
“Ma!!
Muaz tu macam nak halang sahaja siSeha datang kerumah kita kenapa?”. Cucuk Emil pada mamanya yang sedang memuncung
masam. Marah hatinya bila perintahnya tidak diikuti.
“Menyesal
mama bagi Seha tu kahwin dengan Muaz. Budak tu kecil lagi dah dipinang jadikan isteri. Ayah kamu ni pun satu datang
saja orang meminang terus sahja diterima”.
“Ayah
terima pinangan Muaz tu sebab ayah kesian kan awak Tijah.Makin lama awak bela
budak tu makin banyak dosa awak pada dia”.
“Apa
pulak Katy nak berdosa bang. Katy dah bela dia sampai besar tampa upah apa-apa
pun. Berdosa ke saya”.
“Ye
memang awak bela. Sepatutnya kalau awak dah bela dari kecil..awak jadikan dia macam
anak kita.Ni awak beza-bezakan kasih awak tu dengan anak yang awak
lahirkan.Kemudian bila dah besar awak
jadikan dia hamba”.
“Hamba
abang kata. Buat kerja rumah sikit macam tu dah abang kata saya jadikan dia
hamba”.
“Awak
kata sikit ? Abang ni belum buta lagi, abang
tenguk sejak dia boleh bekerja, awak suruh dia buat semua kerja rumah
dari buat sarapan, megemas rumah, mambasuh kain baju, megemop lantai dan masak
lagi makan kita.. awak kata sikit. Dah
tu kalau dia ada, semua orang yang kat rumah kita goyang kaki gelak ketawa
depan tv, awak tak suruh pun anak-anak awak buat kerja sama dengan dia. Abang
tenguk dia macam hamba awak sahaja Tijah. Lepas tu salah sikit awak herdek,
bukan mama sahaja yang herdek dia.. kamu pun sama Emil. Awak ingat dia tu apa
robot atau patung yang tak ada perasaan. Awak kena ingat Tijah, dia tu anak
sedara awak darah daging awak. Bukan orang gaji awak.. tapi saya rasa dia bukan
orang gaji awak tapi awak anggap dia tu hamba awak… Kalau orang gaji tentu awak
bagi dia gaji. Ni awak surh buat kerja upahnya hanya makan minum dan tempat
tinggal sahaja tak macam hamba ke macam tu.”.
“Alah
abang ni itukan latihan dia, sebelum dia jadi isteri yang tahu serba serbi
tentang kerja rumah.”.
“Kalau
itu latihan untuk jadi isteri yang tahu serba serbi..kenapa Emil tak buat? Emil
juga perlu tahu kerja-kerja rumah tangga.. Emil kan perempuan juga dah jadi
isteri pun. Emil dah pandai sangat ke jadi isteri yang tahu serba serbi..Ni tidak
ayah tenguk Emil pun sama macam mama, Emil mengarah dia saja. Kat rumah macam
mana Tif, ada ke Emil masak dan basuh
kain baju mengemas rumah untuk kamu Tif.”
“Adalah
sesekali, masa cuti Yah”. Latif cuba melindungi isterinya. Walau sesekali itu
amat jarang dijumpai, kerana masaknya hanyalah nasi sahaja. Lauk dan sayur tu, dia
beli di gerai atau warung atau pu kanten sekolah. Yang sebenarnya sikap Emil
lebih kurang mamanya juga kuat mengarah dan cerewit.
“Dengar
sini siapa yang ada dalam kereta ni. Terutama Tijah..tak lama lagi kita nak
keMekah, jadi mulai dari sekarang jaga
tingkah laku.. betulkan apa yang tak betul dari sekarang, takut lah balasan Allah. Banyak orang cakap
kalau kat Mekah balasan kejahatan kita..akan dibayar tunai disana.
…Awak
sedar tak, selama ni awak dah menganiaya anak yatim. Seha tu anak yatim piatu. Awak
perah tenaga dia dari dia pandai bekerja sampai dia dah ada keluarga sendiri. Kalau
awak ada peluang kudakan dia, awak dera dia cukup-cukup. Ingat saya tak nampak,
kalau dia datang segala kerja rumah awak serahkan pada dia. Muaz tahu apa yang
awak buat pada Seha selama ni. Itulah pasal dia cuba melindungi isterinya.
…Lagi
satu jangan makan harta anak yatim..Ingat Allah sayang anak yatim ni doa dia
mustajab tiada hijab. Kalau didoakan awak dengan perkara-perkara tak baik Tijah..habis
awak. Semua yang ayah cakap ni ada dalam Al-Quran bukan ayah saja-saja cakap.
Betul kan Latif..”Mohd Noh mencari sokongan kata-katanya kepada menantu yang
ada didalam kereta yang sama. Memandangkan
Abdul Latif bekas pelajar sekolah ugama tentu dia juga tahu tentang apa
yang diperkatakan. Bagi Abdul Latif dia sememangnya sering menasihati anak
muridnya dengan pengetahuanya, tapi entah dimana silapnya dia begitu sukar untuk
mendidik isterinya. Padanya dia boleh menasihati orang tetapi tidak pada
isterinya.
“Betul
yah, jangan makan harta anak yatim dan jangan sakiti hati anak yatim. Kalaupun
dia tak doakan kita dengan perkara-perkara tak baik tapi Allah akan balas dosa
kita dengan siksaan dialam kubur nanti”. Sokong menantu pak de, dia juga
mahu mengambil kesempatan memberi nasihat sementara ada peluang.
“Tahukah
kamu (orang) yang mendustakan agama?Itulah orang yang mengherdik anak yatim.Dan
tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.” (Al Maun : Ayat 1 – 3)
Rasulullah
SAW bersabda :
”Sebaik-baik
rumah orang Muslim, iaitu rumah yang di dalamnya ada anak yatim yang diasuh
dengan baik.Dan seburuk-buruk rumah orang Muslim, iaitu rumah yang di dalamnya
ada anak yatim yang tidak diasuh dengan baik.”
Rasulullah SAW bersabda lagi :
Sesungguhnya
di dalam syurga terdapat rumah yang disebut “Rumah Kesenangan”.Tidak ada yang
dapat memasukinya, kecuali orang yang menyenangkan anak-anak yatim mukmin.
Imam
Al Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub Al Muqarrabu Ilaa Allamul Ghuyub
ada memuatkan hadis-hadis berikut :
Sabda
Rasulullah SAW : Anak yatim apabila dipukul maka asrasy Ar Rahman bergoncang
kerana tangisan mereka. Allah SWT berkata kepada para malaikat “Wahai malaikat
ku, siapa yang membuat anak yang sudah kematian ayah ini menangis?”
Sabda
Rasulullah SAW : Barangsiapa menanggung makan dan minum anak yatim, Allah
menjamin dirinya masuk syurga.
Dituturkan
dari Ibn Abbas ra bahawa Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa memelihara anak
yatim di tengah kaum muslim dengan memberi makan dan minum, maka Allah akan
memasukkannya ke syurga kecuali ia melakukan dosa yang tidak diampuni Allah
(dosa musyrik).”( Al-Tirmizi)
Dituturkan
dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda, “Demi Allah yang
mengutusku dengan hak, Allah tidak akan menyiksa pada Hari Kiamat pada orang
yang mengasihi anak yatim, ramah, manis tutur katanya dan benar-benar
menyayangi anak yatim dan mengambil peduli kelemahannya. Juga tidak
menyombongkan diri terhadap tetangganya dengan kekayaan yang diberikan Allah
kepadanya.”( Al-Baihaqi )
Didalam hati Siti Khadijah timbul kesedaran.
Dia berjanji akan memulangkan harta peninggalan arwah ibu dan ayah NurSaleha
nanti. Sememangnya ada sedikit barang kemas dan wang simpanan arwah ayah dan
ibu NurSaleha didalam simpanan Siti Khadijah.
Mohd Noh mengetahui itu dan pada kesempatan yang ada dia menyampaikan secara halus. Dalam diam Siti
Khadijah berjanji pada dirinya sendiri, dia tidak akan memperkudakan NurSaleha
lagi.
=================
Cuti
untuk hari raya anak dan menantu NorIza sudah sampai kepenghujung, malam itu
dua keluarga anak-menantu NorIza
beransur pulang. Demi menyambung kehidupan sendiri mereka akur meninggalkan
emak tersayang. Jika ada rezeki dan masa mereka akan tetap pulang menjenguknya. Sambil berpelukkan itulah janji sebelum
meninggalkan dirinya tadi.Tetapi sememangnya itulah azam mereka didalam
hati.Tidak kira anak atau pun menantu mereka sememangnya menyayangi NorIza
seikhlas hati.Keesokkan paginya pula akan tiba giliran Syukri dan Nuri pula
yang pulang. Malam itu mereka merebahkan badan agak awal sedikit. Maklumlah
Syukri akanmemandu selama 6 hingga ke 7 jam untuk sampai semula keKampung
Subang.
Musim hari raya yang begitu bermakna bagi
Syukri dan Nuri sudah berlalu.Nuri sudah mula bertugas. Syukri juga sudah mula
membuka bengkelnya. Keduanya menjalankan tugas ayah dan umi pada anak-anak
dengan sempurna. Begitu juga tugas sebagai suami dan isteri berjalan dengan
lancar.
Sedang Syukri membelek alat ganti
dibengkelnya, dua orang gadis memasuki bengkelnya. Mereka sibuk bercerita tentang MEGA SALE yang sedang
berlangsung disebuah supermarket yang terkenal di Kuala Lumpur. Bila melihat
kelibat Syukri perbualan mereka terhenti. Bila ditanya akan keperluanya
memasuki bengkel rupanya Si dara mahu menukar sport rim keretanya. Syukri
melayani pelangganya dengan ramah itulah adat berniaga. Tawar menawar untuk
urusan jual beli.
Selesai melayani pelanggannya, tengahhari itu
juga Syukri kesupermarket yang dimaksudkan oleh dua orang pelangganya tadi. Kebetulan
Nuri bekerja syift pagi hari itu, jadi dia tidak pulang makan tengahhari. Dia
mahu membelikan Nuri sebuah beg tangan dan sepasang kasut. Dia tahu beg tangan
yang selalu Nuri bawa kehulu kehilir adalah beg tangan hantaran kahwin mereka 8
tahun dulu. Mungkin beg itu berkualiti tinggi sebab itulah tahan lama. Beg itu
adalah hadiah dari abang Nuri dan ianya di beli diAustrilia. Bag kulit begitu
juga dengan kasutnya.
“Hello
Asalamualaikum Nuri! Abang ni..hujung minggu ni kita keluar nak.Abang nak beli
kasut untuk hantaran kita”.Ketika itu mereka dialam pertunangan.Dia mengajak
Nuri keluar untuk mencari barangan hantaran untuk mejlis mereka nanti.
“Saya
rasa tak payah lah. Saya jauh ni malas rasanya nak turun KL”.
“Habis
macam mana abang nak beli kasut Nuri. Abang tak tahu saiz kasut Nuri, kalau
main beli saja nanti takut tak boleh pakai pula, kalau dah dibeli tak dipakai kan
sayang membazir saja.”.
“Macam
nilah.Untuk kasut kita beli sendiri.Abang beli abang punya..Nuri beli Nuri
punya lepas tu kita tukar boleh.”
“Ada
ke kedai kasut yang elok kat Kuala Selangur tu”.
“Hei!!
Jangan pandang sebelah mata tau. Kat Kuala Selangor ni semuanya
ada..Supermarket pun banyak, lagi satu hand beg biar Nuri yang beli ye. Jadi abang
belilah kasut dan baju abang nanti kita tukar. Boleh”.
“Habis
macam mana nak bayar?”
“Nuri
beli Nurilah yang bayar. Abang beli abanglah yang bayar”.Setelah berfikir
akhirnya Syukri bersetuju.
“Ok
kalau macam tu abang beli kasut dan baju abang. Nuri beli kasut dan handbeg
Nuri. Baju Nuri rasanya emak abang dah belikan kat kampong. Berkenan atau tak
berkenan kena berkenan lah ye”.
“Ok
Nuri ok saja. Semua yang abang belikan untuk
Nuri, Nuri berkenan saja”. Itulah Nuri. Memang senang berurusan dengan
Nuri detik hatinya ketika itu.
Oleh kerana Nuri tidak mahu mereka keluar
sebelum sah menjadi isterinya jadi mereka hanya bertukar barang hantaran. Nuri
membeli sendiri barangan yang di ingini begitu juga Syukri. Kemudian
barang-barang tadi ditukar. Ketika barang hantaran untuk Nuri dibawa pulang
kePengkelan Hulu untuk digubah, kecoh adik beradiknya bila melihat beg dan
kasut kulit dari Nuri.
“Abang
Syuk berapa ribu abang beli barang-barang untuk hantaran bakal isteri abang ni.
Abang pinjam along ke?”.Adik nombor tiga Syukri yang bergelar alang menyiasat. Dia
sudah tahu menilai sesuatu jenis barang. Dia sudah mahu menghabiskan kursus
KPLInya.(Kursus Pelajar Lepasan Ijazah untuk menjadi guru).
“Apanya
abang nak pinjam along. Along pun tengah kumpul
duit tu. Tak lama lagi Kak Seha kan dah nak bersalin, abang pun ada
sikap timbang rasalah lang.. abang tak
akan menyusahkan along. Bab barang
hantaran tu biasa saja. Bajunya kan emak yang beli. Kain baju dan
tudungnya yang kak Nah jual. Apanya yang
mahal. Abang masih mampu beli lah. Semuanya abang bayar dengan duit sendiri tak
ada hutang-hutang.”.
“Alang
cakap bukan abang Syuk pinjam dengan Along Muaz laaah..tapi dengan aaloong ceti
haram tu. Pasal baju hantaran dia tu alang tahulah… baju tu alang yang pilih
tau. Ni cuba abang Syuk tengok handbag dan
kasut dia ni, kulit ni”.
“Pasal
kasut dan handbag ni abang tak tahulah, dia yang beli sendiri sebab abang tak
tahu saiz kaki dia. Bila abang ajak keluar dia tak mahu, dia kata dia nak beli
sendiri. Kasut dan handbag ni kulit asli ke ni? Mana kamu tahu lang”.
“Laa..abang
tak tahu menilai betullah. Ini kulit asli ni bang. Mahal ni bang. Dia anak
orang kaya ke?Tinggi sungguh cita rasa dia. Dia beli abang bayarkan ke? Berapa
abang kena bayar?”.Bertalu-talu soalan yang keluar dari bibir NorAmisha ketika
itu. Mulalah adik-adiknya yang lain termasuk emaknya membelek beg dan kasuk
kulit bakal isterinya..sambil terpinga-pinga.
“Taak
kami tukar-tukar barang..Kasut dan handbag ni dia yang beli sendiri. Macam baju
dan kasut abang itu, abang yang beli sendiri. Tulah pasal abang beli kasut BATA
saja. Itu yang termampu dek abang”.
“Abang
dah selidik ke siapa dia ni, jenis yang macam mana orangnya..takut tak setaraf
dengan kita ni saja. Hssyy takut alang dengan sikap abang Syuk ni, macam
terdesak sangat nak kahwin. Kenal tak berapa hari daaah dipinang jadikan isteri
haa inilah jadinya.Tak terfikir dek alang kalau jadi macam dulu memang naya
abang (Merujuk pada pinangannya ditolak ketika melamar Sarah dulu). Jangan
nanti baju dan seluar dalam abang jadi macam roti kirai sudahlah”. (Mak teh
agak roti kirai tu roti jala ye ke?..sila komen mana yang tahu. Sampai sekarang
mak teh tertanya-tanya)Alang atau NurAmisha membebel pot pet bila membayangkan
bakal kakak iparnya anak orang berada yang bercita rasa tinggi. Ketika itu NorIza
juga diam tak terkata membayangkan apa yang diceritakan oleh anaknya alang.
“Seluar
dan baju dalam P.Ramlee dalam filem DO-RE- Mi tu ke?”Tanya Syukri mahukan
kepastian. Kha..kha. kha tiga adik-adik
Syukri (Hassan, Imah dan alang) termasuklah Puan Noriza mentertawakan Syukri
gamat rumah puan NorIza ketika itu. Dimata masing-masing terbayang seluar dan
baju dalam P.Ramlee dalam filem Do-Re-Me yang berlubang- lubang koyak kerana
sudah reput .
“Ada
ke alang ni… kenapa alang fikir abang sampai macam tu sekali.”.
“Ialah..dah
tak mampu nak beli seluar dan baju dalam asyik mengikut selera bini yang
berselera tinggi”.
“Alang
cakap macam ni abang jadi takut pula. Tapi kalau ikut dari cerita kawan baik
abang, dia ni anak yatim piatu. Buat masa sekarang ni pun dia duduk menumpang
kat rumah keluarga kawan baik abang ni. Dia ni anak sedara sepupu kawan baik
abang ni. Ayah emak dia meninggal dalam kemalangan jalan raya masa umur dia 18
tahun.”
“Agaknya
emak ayah dia tinggalkan banyak harta untuk dia kot. Kalau tak macam mana boleh
dia mampu beli barangan kulit macam ni. Alang tahu masa kat Universiti dulu kawan alang beli beg jenama nilah,
beratus harganya abang Syuk. Beg yang dia beli tu kecik bang..kalau besar macam
ni entah berapa harganya”.
“Dia
anak orang kaya ke?” Syukri menyiasat kawan adiknya yang membeli beg yang
berjenama sama seperti beg tangan bakal isterinya.
“Memanglah
kaya, bapa ahli perniagaan,kata dia datuknya yang kaya..ada pangkat DATO’. Adik
beradik tiga orang saja, dia anak perempuan tunggal. Emaknyalah yang selalu
pergi luar negara uruskan hal perniagaan. Itu yang dia dapat beli barangan dari
luar Negara tu. Kualitinya memang bagus sebab asli.”
Selesai barangan hantaran bakal isterinya
dibelek kemudian Syukri termenung didalam biliknya. Hari bahagianya bakal tiba
tak berapa hari lagi. Jika benar bakal
isterinya, seorang yang bercita rasa tinggi, apakah yang akan dihulur jika
isterinya meminta itu dan ini setelah mereka sah menjadi suami isteri. Bakal
kekal hingga keSyurgakah rumah tangganya nanti. Tetapi hatinya sudah tersangat
suka pada anak buah sahabat baiknya Lutfi. Oh NURIZANA nama itu bergema
dihatinya ketika itu.
Biasa isteri merajuk bila mintak, suami tak beli. Ni terbalik pulak, suami merajuk nak belikan isteri tak mau. Susah nk jumpa isteri mcm Nuri ni.
ReplyDeleteLogik tak ada isteri yang berperangai macam Nuri
ReplyDelete