Sebulan bukanya lama..akhirnya hari yang
ditunggu oleh Sarah tiba juga. Untuk memenuhi undangan dari Sarah, NorIza datang
dari Pengkalan Hulu seminggu sebelum majlis Sarah. Bila mendengar NorIza sudah
sampai dari Pengkalan Hulu, Sarah mengajak suaminya menemuinya. Oleh kerana Sarah bekerja hari itu mereka datang selepas Magrib.
“Bang
kenalkan ini abang angkat Sarah. Dia juga bekas suami Sarah dulu, ini isterinya
Nuri. Ini emak angkat Sarah”. Setelah berkenalan mereka berbual-bual dirunag
tamu. Tidak lama Syukri melayani tetamu diruang tamu dia kedapur membantu
isterinya menyediakan makan malam. Dia membiarkan emaknya melayani Sarah dan
suaminya.
Hari itu hanya mereka berdua sahaja yang
datang, Maryam tidak turut serta. Lagi pun tujuan Sarah membawa suaminya bertemu
puan NorIza adalah untuk memperkenalkan suaminya kepada Syukri dan Nuri. Pada
Sarah supaya tidak ada kekcohan dimajlisnya nanti mereka harus berkenalan. Dia
juga mahu memastikan sikap suaminya. Maklumlah dia dan suaminya kenal belum lama ditakuti
suaminya tidak dapat menerima kenyataan bila dia berhadapan dengan bekas suaminya nanti. Tetapi disebaliknya pula. Setelah
diperkenalkan kelihatan mereka boleh beramah mesra.Tidak terdapat raut tidak
puas hati diwajah masing-masing. Mizan Khir dapat menerima masa lalunya dengan
hati terbuka. Syukurnya kepada Illahi
bergema didalam hati Sarah.
“Cepatnya
emak sampai, majlis Sarah ada lagi seminggu mak.” Pangilan EMAK kepada bekas
emak mertuanya tidak diubah. Kerana merasakan bekas emak mertuanya sangat baik kepadanya
selepas dia dan Syukri berpisah.
“Saja
mak nak berkumpul dengan cucu-cucu mak kat sini. Sambil tu nak hantar Imah
sekali pergi KLIA minggu depan ni. Sarah!!kamu nak buat hantaran juga ke?. Kalau
nak boleh mak tolong gubahkan.”
“Bang
kita nak buat hantaran juga ke bang”. Sarah menoleh memandang suaminya
disisinya.
“Boleh
juga, kalau nak buat masih sempat lagi kan mak”. Bila mendengar Sarah memanggil ‘emak’
pada bekas emak mertuanya, Mizan juga turut memanggilnya emak. Pada Mizan jika
Puan NorIza sudah menjadi emak angkat Sarah, dia akan menjadi emak angkatnya
juga.
“Barangnya
belum ada ke? Kalau tak nak tak apalah”.
“Tak
apa mak, sebenarnya saya tengah cuti ni, esok lepas Sarah balik kerja boleh
jalan cari barang-barang saya dan Sarah.
Yang sebetulnya lama juga saya tak beli barangan sendiri, sejak tak ada isteri
tak terasa pulak nak melawa.” Mizan ketawa kecil dengan kelakarnya sendiri diikut
oleh Sarah dan juga puan NorIza. Itulah kebenarnya.Setelah isterinya meninggal
dua tahun lalu hidup Mizan rasa tak teruja. Tidak terfikir dibenaknya hendak
menukar bajunya yang baru. Hanya kasut jika terkoyak barulah dia menukarnya.
“Sekarang
dah ada Sarah, dah rasa nak melawalah ni Mizan”. Ujar NorIza memanjangkan cerita, Sarah memandang suaminya dan
memberi senyuman manisnya.
“Macam
tulah kiranya mak. Ialah Sarah dapat pandang saya ni pun hanya sebulan sekali
saja mak. Saya ni kerja sebulan kat atas kapal tak dapat nak balik, sebulan
kemudian barulah cuti. Sebulan sekali balik ni tentulah Sarah nak pandang saya
dalam keadaan kemas dan bersih.” Puan NorIza melayani tetamu di ruang tamu
manakala Syukri dan Nuri menyiapkan makan malam mereka. Mereka mahu menjamu
tetamu yang datang makan malam dirumah mereka. Anak-anak Nuri dan Syukri pula
didalam bilik bersama Mak su Imahnya. Masakkan mereka mudah sahaja. Goring
berlada ikan tenggiri, masak lemak labu
bersama daun kunyit dan ayam masak kicap untuk anak-anak.
“eloklah
macam tu Mizan, Sarah pun kena ikut cara Mizan kalau dah kahwin buat cara orang
dah kahwin, kemaskan diri dihadapan
pasangan, jangan masa bercinta saja kita nak kelihatan kacak atau pun cantik,
bila dan kahwin berserabai macam orang tak terbela.” Sambil berbual diruang
tamu ada juga nasihat dari puan NorIza pada anak angkatnya supaya dapat
dijadikan panduan.
“Kamu
kerja apa atas kapal tu Mizan?” soal puan NorIza memanjangkan cerita.
“Saya
jadi tukang masak untuk krew mak.”
“Waah
tentu Mizan ada skill memasak professional, malu abang nak suruh Mizan makan
ni, kami masak cara biasa saja ni”. Syukri terdengar perbualan mereka diruang
tamu menyampuk.
“Mana
ada bang, kalau masak cara kita lagi
sedap dari masakkan western. Entahlah tekak saya ni tekak orang Melayu..
sambal, masak lemak, asam pedas kalau
makan.. perut ni macam dah jadi tong dram, kadang tu dah kenyang tapi
tekak kata nak lagi.”
“tapi
tak apalah makan banyak pun badan still silm.. taugh lagi”. Sambung Syukri yang
sudah berdiri disisi meja makan. Makan sudah sedia berhidang tinggal menjemput
tetamu makan sahaja. Sememangnya fizikal Mizan kelihatan tegap.
“Atas
kapal tu bang semuanya ada, lepas kerja tak ada apa nak buat, saya pergi gim
buang masa”.
“ohh,
buang masa apanya kalau dapat keluarkan peluh membina badan.”
“Ialah
kalau kita kat darat ni mana nak sempat buat itu semuanya.Kerja menunggu kita,
nak layan kerenah anak-anak yang tengah nak besar lagi.”
“Betul
tu…Ehh meh lah jemput makan”. Syukri menjemput tetamunya kemeja makan.‘Ramah juga Sarah dapat jodoh, sepadan
dengan dia tu yang kalau dah cerita tak boleh nak berhenti’ detik hati
Syukri.
Seperti apa yang dijanjikan tiga hari lagi
majlis Sarah. Sekali lagi Sarah datang bersama barang-barang hantaran dirinya
dan juga suaminya. Dia meminta puan NorIza menggubahnya. Bila dia masuk kedalam
rumah disebelah peti televisyen tersusun cantik bunga pahar berwarna ungu. Hanya
belum ada telurnya sahaja. Yang sebetulnya puan NorIza tidak sempat untuk
menyimpan bunga telur tersebut. Sepatutnya bunga pahar itu untuk kejutan Sarah
dihari sandingnya nanti. Ni dah tak terkejutlah..Sarah dah nampak.
Setelah Sarah pulang dari menziarahinya
tempuh hari, terfikir pula mahu memberi sesuatu untuk anak angkatnya Sarah. Dia
mahu dihari persandinganya kelihatan sempurna dan istimewa serta dikenang. Puan
NorIza yang pernah duduk dan bergaul dengan orang orang Negeri Sembilan semasa arwah suaminya
bertugas diGemencih dahulu. Dia tahu juga serba sedikit adat perkahwinan orang
Negeri Sembilan.Yang dia tahu bunga pahar merupakan salah satu adat yang dipentingkan,
yang menjadi kebanggan bagi setiap keluarga pengantin.Tetapi mungkin Sarah
orang muda dia tidak begitu mengambil berat tentang adanya bunga pahar atau
mungkin Sarah tidak terfikir bunga pahar.
Jadi NorIza ingin menyediakan Bunga
Pahar itu untuk memaknakan hari bahagia Sarah. (Bunga pahar adalah bunga telur
yang diletakkan dihadapan pelamin)
“Nuri boleh tolong emak tak Nuri. Mak rasa
nak bagi Sarah bunga pahar. Mak nak beli kat Nilai tiga kata orang di Nilai 3
tu banyak pilihan.Tapi emak nak pergi dengan kamu saja tak mahu Syukri ikut.”
“Kenapa mak?”
“Sajalah kita pergi perempuan dengan
perempuan sahaja. Boleh?”
“Boleh
juga mak, lusa Nuri cuti bolehlah kita pergi”.Ketika itu anak-anak tidak
mengikuti Nuri. Kak Ton memberi pendapat agar anak-anak Nuri dia yang
menjaganya. Sampai diNilai bukan sahaja bunga telur yang dibeli oleh Puan NorIza.
Dia juga membeli dua helai telekung, dua helai tudung labuh dan tiga pasang
jubah bagi persediaannya pergi keMekkah tahun hadapan. Ketika Nuri mahu mengeluarkan
duit untuk membayar keperluan emaknya, dia dilarang.
“Yang
ni biar emak yang bayar. Nuri tahu duit ni adalah duit pemberian arwah suami
emak dulu. Emak simpan duit ni. Memang emak berniat kalau mak dapat keMekah mak
akan guna duit ni. Mak harapkan dapat sedikit menefaat pada arwah suami emak di
‘alamnya’ Nuri, bila kita guna duit dia untuk keMekah”. Berkaca-kaca mata Puan
Noriza menceritakan apa yang ada dihatinya.
“Mak
Nuri nak beli apa ye mak, untuk hadiah Sarah ni”.
“bagi
duit sahaja pun boleh. Nuri tanyalah pada Syukri.. pada emak biarlah kamu
sama-sama yang beri. Tak ada istimewa dari Syukri atau pun Nuri. Kitakan suami
isteri kalau boleh biarlah sama-sama”. NorIza berkata begitu supaya tidak timbul
salah faham atau pergeseran antara Nuri dan Syukri. Maklumlah Sarah pernah
hadir dalam hidup mereka berdua suatu masa dulu.
“Ialah
mak”.
“Nuri!!mak tanya
ni. Nuri jawap emak dengan jujur. Emak baik dengan Sarah ni Nuri tak rasa
apa-apa ke?”. Pada mata NorIza ada bayang kesedehan dimata Nuri, mungkin
hatinya berat untuk mengizinkan suaminya membantu bekas madunya atau pun dia
terkilan melihat kebaikan dirinya yang bersusah payah menyediakan bunga pahar
untuk bekas menantunya.Yang sebenarnya NorIza tidak mahu hati Nuri terguris
lagi. Kelukaan dulu pun rasanya baru hendak kering lukanya.
“Tak
lah mak. Nuri ok saja. Lagi pun Sarah dah anggap emak mak angkat dia”.
“Betul
ni?. Emak bukan apa mak takut Nuri terasa hati bila nampak mak baik dengan
Sarah. Emak tolong Sarah sebab dia dah tak ada emak lagi. Lagi pun dia nak juga
rasa macam wanita lain yang ada majlis bila mereka dinikahkan. Pada emak..emak
boleh terima Sarah hanya sebagai anak sahaja. Kalau sebagai menantu emak memang
mak tak boleh.”
“kenapa
pula macam tu mak? Sarah kan peramah, baik, cantik lagi”.
“Entahlah..Walaupun
dia cantik dari menantu emak yang sedia ada, emak pun tak boleh nak terima.
(Walaupun dia berkata begitu namun pada NorIza kecantikkan Nuri lebih lagi
dengan sifat keibuan dan wajahnya yang lembut. Wajah Nuri ada iras-iras Nurul
Izzah anak dato’ Seri Anuar Ibrahim). Emak hanya terima menantu yang pertama
menjadi isteri anak-anak emak sahaja. Nak kata emak ni anti poligami tak juga.
Poligami boleh tapi mesti ada sebab-sebab
tertentu yang kuat sahaja. Yang paling utama kalau anak-anak emak nak
berpoligami adalah ‘izin isteri pertama’ini
adalah kunci keharmonian sebuah keluarga yang berpoligami. Kalau mereka
izinkan..bolehlah kalau mereka nak berpoligami.
…Kalau
pun ditakdirkan mereka tak ada anak, kalau isteri yang ada tak mengizinkan pun
mak tak akan sokong.. kalau anak emak nak berpoligami. Sebab orang-orang yang tak
dikurnikan zuriat ni janganlah susah hati, sebab tak ada siap nak sedekahkan Al-Fatihah,
tahlil atau Yassin bila mereka meninggal nanti. Mak ada dengar..sesiapa yang
tak dikurniakan zuriat masa dia didunia, bila di akhirat nanti Nabi Muhammad
sendiri yang akan menanti mereka dipintu syurga. Tapi kita kena lah menjadi
hamba Allah yang taat, yang baik, yang rajin bersedekah. Kalau pun kita
mempunyai zuriat tapi kita nakal, tak didik anak dengan baik, tak dapat juga
kita berkat doa anak-anak yang soleh dan solehah.
…Lagi
satu kan Nuri ini pendapat emak saja..yang sebetulnya membentuk peribadi
abak-anak adalah ibunya. Sebab naluri ibu itu paling rapat dengan anak-anaknya.
Ayah ni hanya membantu, sebab anak-anak akan takut dengan ayahnya. Tapi yang
selalu mengingatkan adalah ibu. Emak ni dah mengharungi menjadi ibu..emak yang
kena selalu ingatkan anak baca doa, buat kerja sekolah dan yang mengajar anak buat
kemahiran hidup. (Makasud NorIza kemahiran hidup mengemas, memasak, membasuh
baju dalam kata lain membuat kerja rumah). Kalau seorang isteri yang sakit hati
dengan suaminya macam mana dia mahu membimbing anak-anak dengan baik. Tapi
kadang-kadang wanita ni lebih sayangkan anak..walau hatinya sakit pun boleh
membentuk anak-anak menjadi insan yang baik. kalau dapat ibu yang macam tu,
memang dia anak yang bernasib baik. Emak takut wanita yang marahkan suami
terus-terus tak dihiraukan anak-anaknya . Atau nak memikat hati suami dia
buatlah itu dan ini sampai anak-anak terabai dari pemerhatianya. ”. Sambil
membeli belah sempat juga NorIza memberi ceramah kepada anak menantu. Imah yang
mendengar hanya mendiamkan dirinya, tangannya sudah membelek-belek bunga terlur
warna kegemaranya. Warna Ungu.
========================
“Mak
bunga pahar ni untuk siapa mak. Bila mak beli?”. Sarah terus sahaja membelek
bunga pahar yang cantik tercacak didalam dua bekasnya diatas tepi peti talevisyon. Dimatanya
bunga itu sangat cantik buatanya . Sambil dia bertanya dan matanya tidak
berkalih dari terus menatap. NorIza tertawa kecil memandang gelagat anak
angkatnya.
“Bunga
ni untuk kamulah Sarah. Ingat nak buat kejutan dihari sanding kamu tu nanti. Ni
dah tak terkerjutlah nampaknya. Semalam tu lepas beli terus sahaja mak dengan
Imah cucuk kat bekas dia tu, nak tenguk cantik tak bunga yang Imah pilih. Kamu
suka tak warna ungu ni Sarah. Beria Imah nak warna ni. Ada warna tema tak kamu
masa bersanding nanti?”.
“Warna
tema tu tak adalah mak, tapi kebetulan kami pilih baju warna ungu hari tu.
Sebetulnya Sarah yang suka warna ungu ni. Mak! mak beli kat mana bunga pahar
ni”. Sambil membelek bunga telur sambil dia bertanya, sebenarnya hatinya
terharu dengan kebaikkan hati bekas emak mertuanya.
“Mak
beli kat NILAI 3 dengan Nuri dan Imah semalam.”
“Mak!
Sarah ni tak menyusahkan emak ke. Kesian mak dengan Nuri sibuk pula dengan hal
Sarah.”
“Tak
adalah..Sarah dah emak anggap macam anak perempuan emak. Jadi mak kenalah buat..
mak tak kisah, dapat juga mak berjalan kat Nilai 3 tu kalau tidak mak hanya
dengar namanya sahaja, lagi pun mak bukan beli bunga telur ni saja. Emak ada
juga beli barang-barang emak.”
“Ni
mak nak gubah barang hantaran lagi, kesian mak”.Sayu pandangan mata Sarah
tertuju pada bekas emak mertuanya.Hatinya sudah menangis menerima kebaikkan
puan NorIza.Menangis kesyukuran kerana disayangi.
“
Kalau dah ada barang nya macam ni senang aja mak buat, tapi taklah canggih
macam orang yang professional yang buat. Lipat-lipat lebih kurang saja lah
Sarah”.
“Ini
pun dah cukup berterima kasihlah mak, emak tolong buatkan”. Sambil Sarah
memeluk bekas emak mertuanya. Dia menangis dibahu NorIza.Tangisnya mesti
dilepaskan kerana hatinya sudah banjir dengan air mata. Mizan hanya memandang
isterinya yang dalam emosi sedeh. Ketika itu hanya puan NorIza dan Imah sahaja
yang ada dirumah. Kerana Nuri dan Syukri bekerja. Setelah reda tangisanya, Sarah
berkata lagi…
“Mak!!Sekarang
Sarah rasa Sarah kaya sangat. Mana ada orang yang memiliki tiga emak. Sarah ada
mak..Sarah merasakan tiga-tiga mak Sarah sayang Sarah mak”.
“Wahh
memang kaya kamu Sarah sampai tiga mak kamu”.
“Ialah
mak.. Sarah ada dua mak angkat, sorang mak mertua. Sejak abang Mizan masuk
dalam hidup Sarah. Sarah dapat semua yang Sarah nak, Sarah dah ada dua anak,
dua mak angkat emak dan ayah mertua, kakak
dan adik ipar, adik angkat dan abang angkat. Kaya Sarah kan mak”.Didalam
hatinya bergema ucapan terima kasih pada sang suami yang sedang memandangnya
dan makin membuak rasa kasih kepadanya.
Yang sebenarnya rasa kasihnya sudah melimpah
untuk suaminya. Walaupun pada mula pernikahannya dengan Mizan Khir tidak
disertai dengan sebarang rasa, namun kini dia merasakan bertimbun kasihnya
untuk sang suami. Tidak disedari bilakah rasa kasih itu bercambah dalam
hatinya.Tiba-tiba dia merasa bahagia bila disisi suaminya.
“Itulah
Sarah… bahagia ni kita yang cari, kalau kita memohon pada Allah dengan ikhlas
In Syaa Allah lambat laun Allah akan bagi. Kan kita semua menyakini Allah itu
Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Esok kita bertolak dari mana Sarah Mizan?”
“Macam
mana bang. Cara kita nak bertolak esok”.Sarah duduk semula disisi suaminya. Air
matanya sudah kering. Air mata terharu
campur bahagia dan gembira.
“Barang-barang
saya dan Sarah ni biar saja kat sini, rasanya elok kalau kita bertolak dari
sini kan mak.Mana kereta yang nak ikut berkumpul kat sini. Saya dan Sarah juga
akan datang sini dulu.”.
“Suka
hati kamulah mana yang senang”.
Dihari majlis..mereka menaiki tiga buah
kereta. Syukri suamiisteri bersama anak-anak emak dan adik bungsunya Imah. Kererta
Nuri pula diisi oleh Kak Ton serta anak-anaknya dan along anak kak Ton
yang tua jadi pemandunya. Dan sebuah
lagi kereta adalah pekerja Syukri. Mereka juga mengenali Sarah seorang lagi pekerja
Syukri membawa isteri dan seorang anak kecil. Mereka bertolak ke Melaka
mengekori kereta NISSAN ALMEERA kepunyaan Mizan yang menjadi petunjuk arah.
Rombongan dari pehak pengantin perempuan
duduk dirumah Mak angkat Sarah Puan Siti Nur Bahiyah.Disitu jugalah Sarah dan
Mizan Khir disolek dan dipakaikan dengan pakaian pengantin. Sungguh cantik
Sarah dimata Nuri, wajahnya jadi berubah bila disolek oleh mak andam yang
berpengalaman. Kemudian dia diarak kerumah pengantin lelaki. Barang-barang
hantaran sudah diletakkan dihadapan pelamin. Nampak cantik gubahan puan
NorIza.Manakala rombongan pengantin perempuan hanya membawa bunga pahar
sahaja. Dua bekas bunga pahar itu adalah hadiah dari puan Noriza. Bunga telurnya dibeli
diNILAI 3.
Hari bahagia Sarah sudah pun berlansung
dengan lancar dan meriah. Semua orang maklum Haji Marzuki ramai kenalanya. Dia
merupakan penduduk tetap kampong Paya
Rumput jadi ramailah saudara mara dan kenalan Haji Marzuki.
Hari yang berlalu tidak disedari, kini sudah
hampir setahun majlis sanding Sarah dan Mizan. Bulan Ramadhan yang penuh
barakah tiba lagi.Tekun semua umat Islam menjalani ibadah puasa disiang hari.
Malamnya pula untuk mencari lebih pahala mereka
melakukan solat sunat Terawikh.Terasa laju sahaja Ramadhan berlalu pergi
kini Syawal menunggu dihujung Ramadhan. Syawal yang bakal tiba seminggu lagi,
dinanti dengan hati yang gembira.Kebiasaan Nuri dan Syukri tidak berubah. Yang
berubah mungkin usia dan sedikit pada wajahnya. Anak-anak mereka semakin membesar. Kini anaknya Abdul Wafi
sudah menginjak usia lima tahun akan ke tadika tahun hadapan. Nuha Syuhadah 3 tahun
8 bulan manakala Abdul Hadi sudah berusia 2tahun 9bulan. Bila memandang anaknya yang kecil
sudah pandai berdikari timbul keinginan Syukri untuk mempunyai anak kecil lagi.
“tahun
ni bila Nuri mula cuti raya”.
“Sehari
sebelum raya bang. Tapi kalau kita balik hari tu mungkin jalan sesak. Lambatlah
nampaknya kita sampai kampung. Kalau kita balik pagi raya mungkin jalan dah lancar. Tapi
tak dapatlah Nuri nak tolong masak untuk raya, kesian pula mak kan bang.”
“Masa
tu Nuri balik pukul berapa?. Apa kata kita siap-siap dulu. Nuri balik kerja
saja terus kita balik nak?”.
“Nuri
kesian kat abang. Kalau balik dari kerja Nuri rasa penat, dalam kereta nanti
Nuri tertidur.Kesian abang memandu sorang-sorang, dengan mengadap jem lagi
nanti abang bosan”.
“Tak
apa..abang ni janji ada orang kat sebelah abang, abang kira dah ada kawan. Lagi pun balik raya
ni rasa gembira tu lain macam.. memang abang tak rasa letih pun kalau memandu”.
“Tenguklah
nanti kalau boleh balik cepat Nuri ushakan balik cepat sikit.Tapi kalau boleh
hari tu abang janganlah buka bengkel lagi. Abang tidur cukup-cukup, nanti
taklah mengatuk masa memandu.”
“Ok”..
Seperti hari raya yang lepas hari raya tahun
itu juga meriah bagi seluruh keluarga NorIza.Tetapi dua orang anak NorIza tidak pulang. Mereka memenuhi giliran
dirumah mentua mereka pula. Walau pun ada rasa terkilan dihati Nuri dan Syukri
kerana tidak dapat melihat ahli keluarga baru mereka yaitu anak Hassan dan anak NurAmisha yang baru lahir tahun itu.
Mereka berdua dikhabarkan mendapat anak perempuan.
“Hassan
dan Misa tak balik tahun ni Nuri. Tahun ni giliran mereka beraya kat rumah
mentua mereka. Raya haji nanti kalau kamu nak jumpa dia balik lah”.Terang NorIza kepada menantu yang baru sampai.
“Ohh
ingatkan nak tenguk baby diaorang. Kalau macam tu In Syaa Allah mak, raya haji
nanti kalau ada cuti Nuri balik.
Sekarang ni kat tempat kerja Nuri tu dah ada dua orang bukan Islam, jadi senang
sikit kalau nak minta cuti raya mak”.
“Ohh
macam tu. Ialah tahun lepas kan Nuri cuti, tahun ni pun Nuri dapat cuti lagi
mak bersyukur sangat. Ni Alhamdullilah Nuri balik kalau tak, mak raya dengan
keluarga along dan Imah sajalah nampaknya”.
“Tapi
tahun ni kuranglah anak dan cucu emak”.
“Tak
apalah..tahun depan kan ada lagi. Lagi pun kita ni tak boleh lah nak pentingkan
diri kita sendiri saja. Emak ayah diorag pun macam emak juga nak berkumpul
ramai-ramai dengan anak cucu masa raya ni”. Noriza sememangnya seorang yang
bertimbang rasa. Dia baik dengan kesemua besan-besannya.
Pada
NorIza jika dia bersikap baik pada besanya, tentulah besanya akan
melayan dengan baik anaknya. Itu yang ada dihati puan NorIza, agar anaknya
selesa dia rumah mertua, jika dia dilayan baik oleh keluarga mertuanya.
Yang sebetulnya NorIza tidak pernah
kesaorangan bila hari raya menjelma. Ada sahaja anak menantu yang pulang untuk
menolongnya memasak juadah hari raya. Ada sahaja seorang dua anak menantu yang
menemaninya dihari bahagia. Padanya itu pun sudah memadaikan. Bukan dia yang
memaksa anak atau pun memantu pulang untuk membantunya, tetapi bantuan mereka
dengan rela hati mereka sendiri. Bantuan mereka kerana rasa kasih sayang yang
sememangnya lahir dari hati untuk emak yang disayangi. Tidak pula pada Siti Khadijah. Tiada seorang pun anak atau
menantunya yang pulang awal untuk membantunya.
Anak dan menantunya pulang ketika semua makanan sudah siap dimasak..
Alahai mak teh, bestnya.. nak tau sangat cara macamana si syukri nak top up balik kasih dan perhatiannya yang telah terlanjur hilang buat nuri dulu. Makin kukuhkah ikatan kesetiaan ikatan mereka atau suam-suam kuku aje. Tak sabar juda nak juga tau kasih siapalah yang tak tau bila bermula tu. Heheheh
ReplyDeleteKsih yg bermula tu kasih Srah dan Mizan sikit..nanti akan ada stu lagi ksih yg bermula tpi kasih orng tua..tak apa ke.. mak teh crita tntang kasih orang tua agaknya tak rasa gatal ke klu orang tua mencari kasih... tpi agak lama skit nak jumpa heronya yg bnyak sikit critanya dari crita tntang Muaz, Syukri ataupun Mizan..
ReplyDelete