Seperti yang telah dirancang selepas
solat subuh Syukri menghubungi isteri keduanya Sarah agar bersiap sedia mereka
akan bertolak ke Pengkalan Hulu Grid Perak.
Syukri orang Pengkalan Hulu kampungnya berdekatan dengan sempadan Siam. Selepas
solat subuh Nuri dan Syukri bersalaman meminta halal dan ampun segala kesalahan.
Ketika di muka pintu sebelum Syukri melangkah Nuri berpesan..
“..masa kat sana nanti jangan call atau SMS
saya, cuti tu untuk Sarah memiliki abang sepenuhnya. Balik nanti saya nak abang
buat macam tu juga pada saya, boleh?.”
“Boleh, akan abang tunaikan.” Janji Syukri
dengan riang. Hatinya tidak terikat dengan Nuri lagi.
“Ok jalan elok-elok baca doa, sampaikan
Assalamualikum saya pada emak dan keluarga kat sana”.
“InsyaAllah, Nuri pun jaga diri, bawa kereta
elok-elok. Abang kat kampung seminggu tau Assalamualikum”.
“OK..waalaikum salam”.
Sepergian suaminya terasa kosong rumahnya sekosong hatinya, setelah dia
tahu suaminya berhari raya dan akan bergembira dikampung bersama isteri lain
selain dari dirinya. Itulah rasa yang
membelunggu hati Nuri walaupun dia
berlagak tenang tadi. Hatinya tambah terhiris melihat senyuman ceria diwajah
suaminya, mungkin suaminya sudah tidak sabar mahu memperkenalkan isteri barunya
yang cantik dan manja kepada keluarganya
diPengkalan Hulu. Air mata bergenang ditubir mata dibiarkan mengalir. Semoga
air mata itu dapat menyejukkan hati yang bergelora. Pada mula air matanya
mengalir lesu, tetapi lama kelaman beranak sungai dipipinya dek dia melayan
hatinya yang lara.
Syukri dan Sarah sampai diPengkalan Hulu pada pukul 2 petang. Mereka
disambut dengan wajah terpinga-pinga puan Noriza. Sehinggakan ucapan dan
huluran salam Syukri tidak disambut oleh
emaknya dimuka pintu.
“Nuri mana Syukri? Ini siapa??..bukan ke ini Maisarah budak Gemencih
dulu tu”. Dengan pandagan hairan puan Noriza memandag seorang gadis disisi
Syukri anak keduanya.
“Mak kita masuklah dulu nanti Syukri cerita, Sarah jom masuk, beg baju
biar abang yang angkat Sarah tolong bawa balang biskut dengan bekas kek tu
saja.” Syukri meminta bantuan adiknya yang bungsu bila dilahat adiknya juga
tercegat kehairanan seperti emaknya, bila dia membawa orang selain dari Nuri
sebagai kakak iparnya.
“Ehh Syukri bukan kau balik dengan Nuri, tahun lepas kan dia kerja raya,
tahun ni kamu balik dengan orang lain”.‘Kahwin
juga Syukri dengan budak ni ‘detika hati puan Noriza. Puan Noriza masih
bertanya, hatinya cukup tidak puas hati dengan apa yang dipandangnya. Mereka
sudah duduk diruang tamu. Syukri dikerumuni oleh keluarganya. Adik bungsunya
Imah Puan Noriza dan adik ketiganya alang.
“Tak mak dia saja yang minta kerja, dia nak bagi peluang Sarah
berkenalan dengan keluarga kita hari raya ni”.Syukri menerangkan satu persatu.
Kepada ahli kelurganya.
“Nampaknya tak adalah biskut tat nenas dan almond London untuk mak
Syukri”.
“Ada mak, jangan mak bimbang, haa tu Sarah dah bawa biskut emak, botol
besar lagi tu”.Sarah mengelek botol biskut kiriman Nuri, sambil berjalan masuk
menuju kearah suaminya.
Puan Noriza duduk diruang tamu yang masih bersepah dengan kain lansir, kerana
kerja-kerja memasang langsir belum selesai lagi. Ketika Sarah mencapai tangan
puan Noriza, Syukri cuba memperkenalkan isterinya barunya kepada emaknya.
“Ini Sarah. Memang Sarah orang Gemencih yang emak pinang dulu”.
“Tapi ditolak oleh emaknya sebab
kamu tak ada duit masa tu”. Sambung puan Noriza dengan geram. Hatinya sakit
mengenang sikap emak Sarah dulu.
“Mak janganlah cakap macam tu itu kisah dulu mak, lagi pun dah dua bulan
kami nikah mak.”
“Syukri kamu kena ingat emaknya tak suka kamu, dia tak rela kamu kahwin dengan anak dia”.
“Mak! emak Sarah dah tak ada, dia dah meninggal setahun dah”.
“Kenapa kau tak cakap masa nak nikah? mentang-mentang kau lelaki kau
belakangkan emak ye Syukri, habis Nuri macam mana?. Untuk pengetahun kamu
Syukri dan kamu, mak rasa tak boleh nak
terima menantu selain dari Nuri. Kamu faham tak perasaan emak?”.
“Nuri masih isteri saya mak, saya tak ceraikan dia”.
“Dia memang rela ke kamu nikah ni?”
“Rasanya dia dah boleh terima. Dia yang suruh Syukri berhari raya dengan
Sarah kat kampung kita supaya Sarah boleh berkenalan dengan kita semua. Itu
tandanya dia dah boleh terima Syukri nikah dengan Sarah mak.”
“Emak tak tahulah apa nak cakap.. Tapi bila emak letak diri emak ni pada
Nuri. Mak rasa sedeh sangat. Emak tak dapat nak terima perbuatan kamu ni
Syukri. Sampai hati kamu memadukan Nuri. Apa salah dia pada kamu? dia tak layan
kamu ke?”.
“Dia baik mak, tak ada apa salahnya pada Syukri. Tapi Syukri yang nak
kahwin dengan Sarah. Syukri yang ajak Sarah nikah”.
“kamu memang tak akan pernah tahu macam nama sakit hati seorang isteri
kalau suaminya kahwin lain. Kalau emak ditempat Nuri tak tahu apa emak nak
cakap, tapi mak cakap terus terang saja dengan kamu. Emak ni pada dimadu, lebih
baik tak ada suami. Emak rasa lebih senang
hidup sendiri, dari menahan hati yang sakit. Barmadu ni Syukri makin lama makin
sakit bukan makin lama makin baik hati kita”. Syukri hanya menundukkan wajah.
Dalam hatinya mengakuai sikap Nuri kadang-kadang katanya menusuk hati seperti
mengambarkan kesakitan hatinya.
“Syukri!! mak ni perempuan, emak dapat rasakan penihnya hati Nuri. Tapi
emak hairan kamu Sarah kamu tak fikir ke hati Nuri, kamu pun perempuan macam
Nuri kenapa kamu tak fikir sedehnya hati seorang isteri bila suaminya membahagi
kasihnya dengan wanita lain. Tak pernah ke kamu letakkan diri kamu ditempat
Nuri. Kamu ada pilihan nak yang bujang atau yang duda tapi kenapa kamu
pilih suami orang atau kamu nampak sekarang Syukri dah senang kamu nak
tumpang kesenangan dia. ” Puan Noriza meluahkan apa yang dihatinya.
“Tak mak dari dulu lagi walaupun emak dia tak bagi kami kahwin tapi
Sarah tetap tunggu Syukri mak”.
“entahlah Syukri mak dah tak tahu apa nak cakap”. Puan Noriza bangun
meninggalkan pasangan pengantin baru yang masih
temagu diruang tamu.
Untuk membiasakan diri bergaul dengan keluarga Syukri, Sarah turun juga
kedapur membatu mereka membuat juadah berbuaka puasa. Keadaan dirinya yang
kekok dengan kerja-kerja dapur diperhatikan oleh Puan Noriza. Sarah yang tidak penah kedapur tidak tahu apa yang harus dilakukan kerana
semuanya dia tidak tahu, yang sebenarnya mengopek bawang pun dia tidak tahu,
ini kan pula mahu menyiang ikan atau ayam. Akhirnya dia hanya duduk memerhati.
Mulalah keluar perkataan-perkataan pedas dari mulut Puan Noriza. Dan
menasihati Syukri supaya mengalakkan isterinya belajar memasak untuk keluarganya
juga nanti. Itu kata puan Noriza. Malam itu setelah selesai solat Tarawaikh
mereka sekeluarga duduk diruang tamu termasuklah Maisarah yang duduk bertimpuh
tidak jauh dari Puan Noriza. Imah anak bungsunya meletakkan biskut yang dibawa
dari Kampung Subang di hadapan emaknya. Puan Noriza membelek biskut didalam
botol plastic.
Tadi hatinya tidak teringin mahu melihat biskut bawaan Syukri dan Sarah.
Hatinya sebal. Dia terkenangkan Nuri yang telah menjadi mentunya hamper empat
tahun. Walau pun dari berlainan negeri (Selangor dan Perak) dialak percakapan
pun berlainan, namun dia serasi dengan menantunya yang tak banyak cakap itu.
Kemudian Puan Noriza meletakkan dirinya ditempat Nuri makin pedih hatinya. Kemudian
dia memandang wajah menantu barunya dihadapannya, entah apa yang ada dihatinya
dia serba salah. Untuk melihatkan dia mesra dan menerima Sarah walaupun hatinya
berat, diramahkan juga mulutnya berbasa-basi.
“Kamu buat buat ke kamu beli
biskut ni Sarah, tapi kalau biskut beli botolnya taklah besar macam
ni.”.
“Err..err Sarah tak tahu abang yang bawa semalam”.
“Mak ni kek coklat”. Hulur adik bungsu Syukri yang dipanggil Imah. Lalu
meletakkan sebekas besar kek coklat dihadapan emaknya.
“Pandai juga kamu buat kek coklat, selalunya kalau Nuri ada dia yang
buatkan untuk emak, terima kasih lah nampaknya dua-dua bini kamu ni pandai buat
kek coklat Syukri”.
Syukri yang baru sampai di hadapan emaknya jadi terkedu. Haruskah dia
berterus terang yang semua kueh itu atas kiriman Nuri. Jika dia berterus terang
ditakuti Sarah pula berkecil hati. Melihat suaminya yang sebasalah Sarah
memahami cepat-cepat dia meleraikan salah faham emak mertuanya.
“Mak yang sebetulnya kek ni Nuri yang buat, malam tadi abang tidur rumah
Nuri, itu yang sempat dia buat tu. Biskut ni pun rasanya dia yang buat juga, betul
ke bang?”.
“Haaah mak biskut dia juga yang buat. Dia buat masa dia tak kerja.”
“Alhamdullilah, ada juga kek coklat tahun ni ingatkan tak ada tadi, mak
sebetulnya dah janji dengan Dura, dia tu mengidam nak makan kek coklat, diakan
baru mengandung. Bila emak dia cerita kek Nuri sedap dia pun teringin sangat. Beria-ia
maknya pesan suruh Nuri buatkan, bila mak cakap Nuri akan balik raya ni, itu
yang emak harapkan sangat kek ni. Orang mengidam ni keinginan dia lain kalau
tak dapat rasa macam terkilan sangat tau”.
Cerita Puan Noriza ceria.
Seminggu di Pengkalan Hulu. Begitu siksa untuk Sarah terasa tidak
berhari raya rasanya. Sok sek sok sek adik-adik iparnya berbisik mengata
dirinya. Pot pet pot pet emak mertuanya menceritakan kebaikkan dan kepandaiaan
Nuri bagai sembilu menghiris hati. Namun untuk mengajak suaminya pulang lebih
awal itu tidak mungkin. Dia tidak mahu keluarga Syukri bertambah tidak suka
kepada dirinya. Jadi dia cuba bersabar, dia harus bertahan demi mahu dirinya diterima
oleh keluarga Syukri. Akhirnya berakhir juga seminggu berhari raya di Pengkalan
Hulu. Kini Syukri dan Sarah dalam perjalan pulang keKampung Subang. Hati Sarah merasa lega bila
terlepas dari pandangan ahli keluarga Syukri. Rupanya bukan mudah duduk disisi
Syukri menyaingi Nuri.
Seperti yang dijanjikan dalam
masa seminggu Syukri tidak lasung menghubungi isteri pertamanya. Begitu melekat
pesanan yang disampaikan oleh Nuri. Sebenarnya Syukri tidak sempat untuk memikirkan
Nuri. Hatinya sangat kasihan melihat
Sarah yang serba tidak kena dikalangan ahli keluarganya. Sarah belum boleh
diterima oleh emaknya lagi. Dia merasa sungguh simpati Syukri menggunakan waktu
itu sepenuhnya menunjukkan kasih sayangnya agar Sarah tidak begitu tertekan. Dia juga tahu Sarah tidak selesa diperlakukan
begitu tapi dibisikkan kata-kata semangat agar isterinya mudanya tidak berputus
asa. Diajar bagai mana mahu
menawan hati emaknya yang nampak garang tetapi baik, itu kata Syukri. Walaubagaimana pun sebenarnya
Sarah pandai membawa diri. Mungkin dengan kelebihan dirinya yang manja dan
peramah mampu menawan hati keluarga nya kelak.
Petang itu mereka sampai semula di kediaman Sarah. Sebenarnya rumah
Sarah dikawasan yang sama dengan Nuri hanya berlainan taman sahaja.
Setelah mengemas kain baju kotor dan beg yang
dibawa balik dari kampong.. selepas Magrib Syukri kerumah isteri pertamanya
Nurizana. Sebenarnya hari itu genap tujuh hari masa yang diuntukkan untuk Sarah
tamat. Dia meninggalkan Sara dengan pesanan biasa…
“Sarah! Kunci rumah elok-elok, ye. Abang
pergi rumah Nuri tiga hari jangan call abang. Abang dah janji dengan Nuri.
Seminggu di kampong abnang tak call dia kerana abang nak raya dengan Sarah
tampa ganguan dia.”
“Baik bang. Bila kita mula kerja?”.
“Sarah! Kan abang dah bagitahu dengan diorang
sekali, kita tutup bengkel dua minggu. Ingat ye mulai malam ni abang
akan duduk rumah Nuri. Abang tak balik tau dalam masa tu. Itu janji abang masa
kita balik kampong haritu. Satu lagi jangan call abang dan jangan SMS abang itu
pun janji abang pada dia juga. Itu sebabnya Nuri tak call abang masa kita kat
kampong dia nak bagi masa Sarah dengan abang tampa ganguanya, ingat ye tolong
abang menunaikan janji abang pada Nuri”.Berkali-kali Syukri mengikatkan Sarah
akan janjinya.
“Ok..assalammualaikum.”
Bermulalah hari yang dijanjikan. Percutian Syukri dan Nuri untuk hari
pertama dan kedua tenang, Nuri merasa rumahtangganya yang dulu. Dulu sebelum suamiya beristeri dua. Nuri
sengaja mengambil cuti dia ingin bersama-sama suaminya dalam masa tiga hari
itu. Begitu cepat dua hari yang bermakna untuk dirinya. Muncul hari ketiga
selepas bersarapan pagi, jam ketika itu menunjukkan pukul 1030 pagi, tetefon
bimbit suaminya brdering didalam bilik. Syukri bergegas mendapatkannya. Agak lama dia didalam bilik yang bertutup
pintunya. Ketika dia terjengul dipintu dapur.
“Siapa yang call bang.”
“Zali budak bengkel kata ada barang pelanggan
yang tertinggal kat dalam bengkel, dia nak ambil sebab pelanggan tu dah tanya”.
“Diorang tak pegang kunci ke?”
“Tak, untuk keselamatan masa nak cuti hari tu
abang pegang semua kunci, takut jadi
apa-apa. Abang nak pergi bengkel sekarang ye diorang dah tunggu kat bengkel tu,
Nuri masak sorang boleh”.
“Boleh..” Tetapi dalam hatinya sudah ada
kemuskilan.
Sememangnya Nuri sudah tidak mengenali pekerja Syukri, kerana sudah dua
tiga kali bertukar pekerja, namun dia tahu kebanyakkan pekerja Syukri bukan
orang Kuala Lumpur. Pada fikiranya tentulah mereka belum lagi pulang kerana
bengkel mereka akan hanya dia buka tiga hari lagi. Dengan gaya suaminya yang
tidak memandang tepat kewajahnya bila berkata-kata Nuri merasakan ada sesuatu
yang tidak kena. Terdetik dihatinya suaminya berbohong.
“Secepat mungkin abang balik. Nanti abang
tolong Nuri masak”. Janji Syukri sebelum keluar pintu, Syukri cuba menyakinkan
isterinya lagi. Timbul satu ajenda dihati Nuri dia mahu mengekori suaminya.
Mengapakah hatinya berbau curiga ketika itu.
betul kata mak syukri..dr bermadu baik hidup sendiri..tgk gaya syukri pun tak adil..dlm bln ramadhan pun brape kali je berbuka dgn nuri alasan sb bersahur dgn nuri tp tu sb bini no dua dia yg tak masak ...giliran tetap giliran.
ReplyDeleteini dh mula menipu nuri pulak. biar le nuri mnta dilepaskn dn pergi dudok dgn abang dia di australia.
-dibah-
Kesian nuri kn bohong. Huhu. Akak cpt la update lg. Kasi pnjng lg cite.Xsabar nk bace cite die. Hihi
ReplyDeleteHati isteri cepat menangkap bila suami tidak jujur bila berbicara. Hmmm.... bila dah pecah tembelang, apalah agaknya temberang yg akan dituturkan pula....
ReplyDeleteYess. Nuri dah mula jadi spy. Nanti takde alasan Syukri nak menolak bila Nuri tuntut cerai. Dah tak adil biarlah Nuri cari kebahagiaan lain. Sedih bila tengok orang bermadu macam ni. Lelaki ingat nak sedap jer. Tak fikir kat akhirat nanti senget sebelah.
ReplyDeletesebenarnya kita sebagai perempuan bila dah jd isteri ni adakala naluri kita dapat mengesan sesuatu.. tp kalau yg jenis kaki cemburu tu taktaula.. benda yg xder diada2 kan..
ReplyDeleteItu menyiksa namanya..tapi kadang macam tu lagi jadi. sbab apa yang kta cakap adalah doa. Kdng tu wanita tu grng tpi tetp dimadu oleh suaminya yang nak pak baik pula tu. Ini trjadi pd jiran mak teh, dia cemburu kata suaminya ada yg lain alih-alih betul sudah 10 thn dia dimadu. Entahlah kdang sumi ni jngan dicabar.
ReplyDeleteapa yg terjadi seterusnya ya mak teh? kerana terlalu di control pun boleh jadi laki buat perangai tu yg kahwin senyap2. tp kalau terlalu baik sgtpun susah juga.. apapun jaga seadanya.. kalau dah takdir bermadu gitu la gamaknya..kalau yg redha bertahanlah rumahtangga..kalau tak mmg bercerai berai @ merana memendam rasa
ReplyDeleteMg best citer ni,sedih bila kasih nuri d khianati.mak teh cpat2 update next n3
ReplyDelete