“Kenapa?? Tengku Nampak saya jahat sangat ke..kalau Tengku
curiga pada kejujuran saya, nanti sampai pejabat saya buat surat berhenti
kerja. JikaTengku nak berhentikan saya serta-merta pun tak apa”. Nur Hidayah
rasa marah bila Tengku Faris mempertikaikan kejujurannya.
“Tidak! Hidayah. Tidak, I tak curiga dengan you, tapi
kalau you ada niat nak balas dendam dengan I, you pukul sahaja I sekarang.
Kalau you nak bunuh pun tak apa bunah lah dengan cara yang paling
menyakitkan..I memang bersalah pada you dan mama you, I tak bertanggung jawab
pada apa yang telah I lakukan, hingga you dan mama you menderita dipandang hina
oleh masyarakat”.
“Saya dah redha..mama juga dah
redha. Pada kami itu memang dah jalan cerita kehidupan kami kat dunia ni. Maaf
sebab naik angin tadi”.
“Ok, I tak kisah you marah I, sebab
apa yang I buat pada you dan mama you tak terhukum rasanya. I memang patut
dimarah dan I memang patut dihukum Hidayah. I nak tahu sejak bila you tahu I ni
papa you Hidayah”.
“Masa Tengku datang memperkenalkan diri nama Tengku..Tengku Faris
Ikhwan. Saya Terkejut. Dan esoknya barulah saya bawa gambar mama dengan seorang
jejaka tu (Nur Hidayah menunjuk gambar lama yang masih ditangan Tengku Faris).
Saya belek mencari persamaan wajah dalam gambar tu dengan wajah Tengku tapi
rasanya berbeza..Dalam gambar tu wajah
jejaka tu Nampak panjang. Tapi wajah Tenku nampak macam tak sama”.
Patutlah
ketika dia memperkenalkan diri Nur Hidayah seakan terpegun memandangnya dulu.
Ketika itu hatinya melonjak gembira kerana seorang gadis muda terpesona melihat ketampanan
dirinya. Itu lah rasa bangga dirinya tidak pernah surut bila melihat ada gadis
yang terpegun melihat dirinya.
“Hidayah jejaka yang dalam gambar tu
memang I. I memang kurus dulu. Itu sebabnya muka I nampak panjang dan dulu I
berambut panjang macam tu. I rasa, I pun ada gambar tu. Sebab kamera yang ambil
gambar ni adalah kamera I tapi masih I simpan lagi ke tidak gambar ni.. Boleh
tak you cerita sikit macam mana you boleh kerja kat hotel daddy I Hidayah”. Nur
Hidayah menceritakan hikayatnya sejak di keluar dari kampong kerana diarahkan
oleh mak longnya hingga dia mula berkeja di hotel Dato’ Tengku Faizal…
“Baru dua minggu saya kerja di stesen
minyak.. setesen minyak tu kena rompak. Dan Encik Halim yang mencadangkan saya
bekerja dihotel tempat dia bekerja. Dia kata kerja dihotel lebih selamat dari
keganasan rompak merompak. Dia minta rezume saya.”.
“Ohh Halim lah yang perkenalkan you
pada daddy dan Farid. You biasa ke dengan Halim tu”.
“Nak kata biasa tidak juga. Dia hanya
pelanggan stesen minyak tempat saya bekerja tu sahaja. Tapi mungkin dia
prihatin keselamatan orang perempuan yang terdedah pada keganasan agaknya, itu
yang dia syorkan saya kerja dengan hotel Dato’. Mungkin sudah rezeki saya,
kebetulah pihak Dato’ sedang mencari akauntan untuk menggantikan kerja-kerja Encik
Halim kerana Encik Halim akan mengetuai barisan pekerja yang akan bekerja di
Pulau Pinang. Sekarang Tengku sudah tahu siapa saya, masih mahukan Tengku
meneruskan pernikahan dengan saya”. Kini Nur Hidayah pula yang bertanya..hal
pernikahan mereka.
“Kalau boleh I tak mahu nikah dengan
anak sendiri. I rasa hina betul bila kahwin dengan anak kita sendiri..diri I
terasa macam haiwan melepaskan nafsu dengan darah dagingnya. Tapi you kata tadi
kalau kita tak nikah, I bukan siap-siapa pada you. Kita duduk berdua macam ni
pun kita dapat dosa, apatah lagi kalau duduk serumah, hari-hari kita mengumpul
dosa. I tak mahu membuat dosa lagi Hidayah. Tapi I nak berkumpul dengan anak
perempuan I. Jadi I nak nikah dengan
you..tapi I minta kerelaan you..I minta maaf dengan you I tak mampu nak
melakukan tanggung jawab sebagai suami pada you..you rela ke?”.
“Saya rela Tengku..jadi tetapkanlah bila
tarikh kita boleh dinikahkan.”
”Terima kasih Hidayah..terima kasih
sangat-sangat. Kita nak buat majlis juga ke?”. Sambil Tengku Faris bertanya air mata laju terjun dari tubir
matanya. Dia sebak dengan kesanggupan
Nur Hidayah. Tengku Faris cuba menahan menangis
dia menaikkan dua belah lututnya teresak-esak dia melepas tangis disitu ..
“Kenapa Tengku mengngis. Sebetulnya
apa jawapan yang Tengku harapkan”.
“I mengangis bukan kesal dengan
jawapan you Hidayah. Tetapi I kesal
dengan perbuatan I sendiri. Selama ni I tak pernah memikirkan dosa yang I
perbuat. I malu dengan perbuatan I sendiri Hidayah. Pandai mama you mendidik
you hingga you tahu baik buruk untuk diri you dan yang paling I kagum you
takutkan dosa.. dan you tahu mana berdosa,
mana tidak Hidayah. Sayang you menjadi anak kepada orang yang tak tahu hukum
agama. Maafkan I Hidayah. I mengaku memang ini semua salah I.I yang suka
berseronok sejak dulu. I tak pernah ingat akan akibatnya. Dan penyakit ni pun
Allah beri sebab rasa seronok I. Sekarang you dah tahu betapa jahatnya I ni.
Jadi apa tujuan you mahu meneruskan pernikahan kita.”
“Saya tak ada apa-apa tujuan..hanya
ingin melekapkan kedidupan Tengku sahaja..yang memerlukan seorang wanita disisi
Tengku selama Tengku masih bernafas didunia ni. Selebihnya cuba membantu Tengku
mencari jalan pulang. Membantu Tengku bersedia menghadapi cabaran ujian dari
Nya. Itu pun kalau Tengku mahukan bantuan saya”.
“Perlu Hidayah, I sangat mengharap
bantuan you, untuk mengingatkan dan untuk semangat ”.
Sebab
Mengapa Rasulullah SAW Melarang Lelaki Bersentuhan Dengan Wanita Yang Bukan
Mahram. Bagi pasangan lelaki dan
perempuan yang sedang pacaran atau bertunangan, inilah alasan dan sebab mengapa
anda tak perlu bersentuhan dengan bukan mahram atau pasangan masing-masing di
luar sana.
Kajian menunjukkan jika lelaki dan wanita
bersentuhan, ada bahagian ditubuhnya badan mereka menghasilkan peningkatan suhu yang tinggi tetapi bahagian
lelaki dan perempuan itu berbeza. Jika berpegangan tangan, jantung seorang
perempuan akan berdegup kencang karena cinta dan kasih sayang. Sedangkan lelaki
berdegup di otak dan kemaluan kerana nafsu semata-mata.
Katakanlah kepada orang laki-laki yang
beriman: ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara
kemaluannya, yang demikian itu adalah
lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka
perbuat’.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
bersabda, :
Tidak pernah aku tinggalkan fitnah yang lebih
berbahaya terhadap kaum pria daripada fitnah para wanita.[HR Al-Bukhari no
5096]
Setelah kita mengetahui tentang larangan dan
bahaya bersentuhan dengan lawan jenis yang bukan mahram berdasarkan hadits di
atas. Maka jagalah pergaulan..kalau yang boleh dielak elaklah sebelum kita
dibalas dengan balasan api neraka.
- See more at:
http://eberita.org/3-sebab-mengapa-rasulullah-saw-melarang-lelaki-bersentuhan-dengan-wanita-yang-bukan-mahram.
Hidayah! Setelah you tahu I papa you.
You pun tahu I berminat untuk merapati you. Apa perasaan you ketika itu.”
“Yang sebetulnya saya tak berapa yakin
Tengku adalah bapa biolagi saya. Hanya setelah Tengku mengesahkan Tengku
megenali Syrifah Jamilah dan Tengku mengaku pernah menjadi kekasih mama tadi..barulah
saya yakin Tengku bapa biolagi saya”.
“Jadi kenapa you seperti mahu mengelak bila I ajak
you keluar makan atau minum”.
“Sebab status saya. Saya tidak mahu
memberi harapan pada hati saya, kemudian saya akan kecewa bila diri saya
ditolak kerana status saya”.
“Hidayah!! Setelah I tahu you adalah
anak I, tidak tergamak I nak memusnahkan
masa depan anak I sendiri..tak tergamak I nak menyebarkan kuman AIDS kedalam
darah anak I sendiri. Dahlah I tak pernah bertanggungjawab dengan kelahiran
you..ni I nak musnahkan lagi hidup you yang baru nak mengenali dunia Hidayah.
Sungguh you tak marah atau dendam dengan I. You tak marah I ke, sebab I you
lahir jadi anak luar nikah?”
“Saya tak pernah nak berdendam dan
marah dengan sesiapa. Pada saya, saya lahir dari hasil zina itu takdir saya. Saya
redha. Kalau Tengku bersungguh nak bernikah dengan saya..saya pun redha menjadi
isteri pada bapa biologi saya. Mungkin sudah tertulis jalan hidup saya yang
macam ni. Lagi pun hanya dengan bernikah sahaja kita boleh berkumpul sebagai
anak beranak..kalau kita tak bernikah saya bukan siapa-siapa pada Tengku. Saya
ingin ada pelindung, saya ingin ada mahram…”
“Memang sepatutnya I jadi pelindung
dan mahram you Hidayah. I papa you”.
“Tapi kalau kita tak ada ikatan
pernikahan, kita duduk berdua macam ni kita berdosa.”
“Allah…” seru Tengku Faris pada
tuhanya yang dulu jarang diingatinya.
“.. saya ikhlas nak tolong
Tengku..tapi kalau Tengku merasakan saya ada ajenda lain itu terpulang. Saya
pun tak kisah kalau tak jadi nikah dengan
Tengku. Saya tak akan ‘saman’ Tengku”.
“Nur Hidayah I memang berharap
pertolongan you..masa I kat dunia ni pun tak lama lagi..dosa I pula
berkepuk-kepuk..ya Allah ampunkan dosa-dosa ku ya Allah”. Bila melihat Tengku
Faris sudah beremosi Nur Hidayah memula kan perjalanan menghantar Tengku Faris
kerumah kedua ibu dan ayahnya.
Anak luar nikah (yang lahir kurang dari tempoh
6 bulan perkahwinan) boleh dinikahi oleh 'ayah biologinya' dengan hukum makruh
menurut Fiqh Syafi'iy (ia terpakai di Malaysia sekarang) tapi dibantah oleh
Rumah Fatwa Mesir dengan alasan yg kita berikan di atas. Allahu a'alam.
Persoalannya: setelah melakukan perzinaan, si
dara mengandung kemudian selepas dua bulan berlalu barulah pasangan terlibat
berkahwin, dari segi berdosa ia tetap dikira berdosa tetapi dari segi sabit keturunannya
anak itu layak dibinkan kepada pihak yang menzinahi perempuan tersebut yang
bernikah dengannya. kerana ulamak madhhab Syafii mensyaratkan sekurang-kurang
untuk menyabitkan keturunan seseorang anak itu mestilah lahir selepas enam
bulan dua saat dari tarikh ibubapanya berkahwin.
(Yang tertulis diatas mak teh ambil dari
Google)
Sampai di perkarangan banglo Tengku
Faizal..Ketika Nur Hidayah mahu turun dari kereta.
“Hidayah bila kita boleh nikah?”.
Pergerakkan Nur Hidayah terhenti bila mendengar soalan Tengku Faris yang masih
duduk dikerusi penumpang. ‘Hai dia ni
orang suruh dia yang cari tarikh..ni dia tanya kita pula.’ Lama Nur hidayah
memandag kearah Tengku Faris.
“Itu terserah pada Tengku..saya
mengikut sahaja”.
“Masuklah dulu jumpa mommy”.
“Tengku nak cakap tentang hubungan
kita dengan datin ke?”
“Tidak..I tak mahu mommy tahu I ada
HIV dan I tak mahu dia tahu you anak I..I tak mahu dia susah hati. Tolong ye
jangan bagitahu dia apa-apa pun tentang kita..Rasanya bila kita dah nikah I nak
duduk berasing dari mereka..apa pendapat you”.
“Apa pun saya tak kisah..saya ikut sahaja, apa-apa yang
Tengku rasa baik, saya ikut sahaja..hari
ni saya tak nak masuk…esok-esok sahaja, boleh.”.
“Kalau macam tu bawa sahaja kereta I. Nanti
petang biar Razali bawa balik”.
“tak apa lah saya naik taksi sahaja”.
“Kat sini susah teksi..bawa sajalah
kereta I, nanti petang biar Razali atau pun daddy yang bawa balik”.Tetapi
sebelum kereta Tengku Faris bergerak Tengku Faridah sudah terjengul dimuka pintu.Terpaksa
Nur Hidayah keluar dari kereta untuk menyalami bakal emak mertuanya.
“Masuklah Hidayah kita minum dulu …”
“Tak apalah datin saya ada kerja ni. Tadi
saya tinggalkan kerja yang tak siap”. Setelah bercakap-cakap sebentar Tengku
Faridah melepaskan Nur Hidayah pulang semula ke pejabat. Setelah kereta Faris
yang dipandu oleh Nur Hidayah berlalu pergi
..keluar juga isi hati Tengku Fariah bernada terkilan..
“Amboi Ris belum jadi bini lagi dia
dah berani bawa kereta Ris. Biar pun dia muda, Ris jangan nak ikut sangat
kerenah dia..nanti Ris akan dibawah telunjuk dia Ris”.
“Tak apa lah mommy, Ris yang suruh dia
bawa kereta Ris. Kat sini kan susah nak
dapat teksi..lagi pun nanti kereta tu akan jadi dia punya juga”.
“Ris pergi mana selama ni ni dah
hamper seminggu Ris tak balik rumah mommy risau tau”.
“Ris jumpa kawan-kawan”.
“Ris jangan buat perangai lama Ris
tu..tak lama lagi Ris nak kahwin dah”.
“Tak mommy ini yang last lah ni”.
Sebelum sempat mommy bertanya lebih banyak cepat-cepat Tengku Faris naik
kebiliknya dengan alasan mahu mandi dan merehatkan badan.
Malam
itu Tengku Faris berbincang dengan kedua daddy dan mommynya. Dengan kata
persetujuan mereka akan bernikah
dipejabat Khadi minggu berikutnya. Segalanya diuruskan oleh TengkuFaris dan
daddynya. Sehari sebelum mereka bernikah Tengku Faizal menjemput Nur Hidayah
datang kerumahnya untuk memastikan…
“Hidayah!! You tak ada saudara mara
yang nak diberi tahu ke? Kalau ada jangan malu bagitahulah, nanti I akan
aturkan bilik untuk mereka..”.
“Dato, rasa macam janggal sangat ke
kalau saya tak bawa keluarga saya?”.
“Tak lah macam tu..tapi hari bahagia you, tak kan tak ada saudara
mara Hidayah meraikan bersama”.
“Saya nak cerita pun terasa saya
mencari simpati, saya sebenarnya tak mahu orang rasa kesian dengan saya..Yang
sebenarnya memang itulah hakikatnya..saya memang sendiri”.
“Macam mana boleh jadi macam
ni..takkan semua ahli keluarga you tak ambil berat langsung tentang you, maksud
I saudara-mara sebelah mama you.” Soal Tengku Faizal ingin tahu..Tengku Faridah
dan Tengku Faris hanya memerhati sahaja. Tetapi dalam hati Tengku Faridah
merasa sangsi, dan lain pula didalam hati Tengku Faris. Dia merasa sangat kasihan melihat nasib darah
dagingnya sendiri yang dibnuang keluarga kerana status dirinya.
“Yang sebenarnya sudah lama saya hidup
sorang..di hari graduation saya dulu pun
tak ada sesiapa meraikan hari gembira saya”. Rasa perit juga bila terkenang
hari graduationnya…sungguh-sungguh dia kesaorangan. Mahu rasanya dia menjerit
ketika itu, namun pada siapa dia mahu meluahkan rasa perit hatinya.
Ketika
itu dia sudah jauh dari kampong halamanya, walaupun masih lagi di Negeri
Sembilan ..dia duduk diSeremban bekerja sebagai pramu saji sebuah syarikat katering
yang menyediakan makanan untuk majlis kenduri khawin dan juga jamuan
dipejabat-pejabat. Syarikat katering itu tidak jauh dari tempat dia dan mamanya
menyewa dahulu..untuk menampung kehidpanyan yang sebatang kara setelah disuruh keluar
dari rumah arwah neneknya oleh mak longnya. Tertayang kembali apa yang menyebabkan
dia terpaksa keluar dari kampungnya dulu…
Lamunan Nur Hidayah berderai bila suara Tengku
Faizal menerjah masuk ketelinganya.
“You lari dari rumah ke, itu yang
semua tak mahu ambil berat pada you”.Nur Hidayah tergelak kecil mendengar
Tengku Faridah mengatakan dia lari dari rumah.
“Tak adalah Datin..buat apa saya nak
lari dari rumah. Saya yang sebenarnya suka hidup berkeluarga. Tapi biasalah
bila mana yang kita suka itulah yang kita tak dapat. Pada saya itulah namanya ujian.Saya terima
ujian dari Allah dengan redha”.
“Hidayah!boleh tak you cerita sedikit
tentang kehidupan you dari kecil..I teringin sangat nak tahu”.Tengku Faizal
tersentuh juga bila mendengar kata-kata gadis yang bakal menjadi menantunya.
“Tak ada yang isteimewa dato’ tapi
kalau dato’ nak tahu saya ceritalah sikit.. Untuk pengetahuan dato’ dan datin
saya dah lama hidup sorang sejak saya di Tadika lagi. Bila mama pergi kerja
saya akan ditinggalkan sorang kat rumah..tapi sebelum dia pergi kerja dia dah
siapkan makan minum saya. Hanya dia berpesan pada jiran sebelah rumah tolong
tenguk-tengukkan saya masa dia kerja maklumlah masa tu saya baru berusia 6
tahun.”
“Mama Hidayah kerja apa?”.
“Mama seorang jururawat kat sebuah
hospital swasta di Seremban. Dia kerja kerja ikut syif, ada pagi, petang dan malam. Bila kerja petang
dia akan pergi kerja pukul 1 tengahhari dan balik pukul sepuluh malam. Bila
kerja malam dia akan pergi pukul 8 malam dan akan balik pagi esok nya. Kalau
dia kerja pagi, saya suka sebab dia pergi kerja sama dengan saya pergi sekolah
dan baliknya pun sama, pukul tiga petang dia sudah ada dirumah. Masa saya
tingkatan tiga mama menerima tawaran kerja di Arab Saudi ‘untuk menambah pendapatan’ katanya memang pendapatan dia kat sana
berganda-ganda banyaknya dari kerja kat Seremban..Tapi masa tu saya dah duduk
diasrama. Hanya pada cuti penggal sahaja saya akan duduk bersama nenek kat kampong kami
di Jelebu negeri Sembilan”.
“Ohh mama you orang Jelebu negeri
Sembilan”.
“Ya datin..tapi masa ditingkatan 4
nenek saya meninggal. Sejak tu saya dah
tinggal seorang kat rumah arwah nenek kalau saya balik bercuti penggal sekolah.
Masa saya diUiTM tahun tiga, mama berhenti kerja jadi jururawat kat Arab Saudi,
sebab dia disahkan mengidap barah paru-paru.Dia kata nak buat rawatan kat Arab
bayarannya sangat mahal, jadi dia balik Malaysia.Habis saya periksa ditahun
akhir, mama meninggal. Sejak itulah saya betul-betul tinggal sorang sampai
sekarang”.
“Tak kan tak ada saudara mara sebelah
ibu Hidayah, yang ambil berat takkan dia buang Hidayah macam tu sahaja..”
“Ada..adik beradik mama saya ada lima
orang campur mama..Tapi ialah saya kan anak luar nikah, anak yang memalukan
keturunan mama..jadi memang saya tak pernah diterima dalam keluarga mama. Yang
sebenarnya mak long saya duduk disebelah rumah nenek saya. Dan dia lah yang tak
benarkan saya balik kampong lagi”.
“Hai sampai begitu sekali kenapa? takkan sebab Hidayah anak luar nikah dia tak bagi
balik kampong.”.
“Yang sebenarnya macam ni..nampaknya
saya terpaksa juga membuka apa yang saya dah simpan. Tapi untuk tidak
menjadikan salah faham saya cerita sikitlah... Dato’ dan datin sedia maklum
saya adalah anak luar nikah..ada seorang anak mak long saya dia suka pada saya.
Untuk mengelakkan hubungan kami menjadi lebih serius, mak long saya yang suruh
saya pergi dari kampong saya tu. Itu sebabnya saya tak dibenarkan balik
kekampung saya lagi”.
“Dah berapa lama Hidayah keluar dari
kampung Hidayah tu”.
“Rasanya dah hampir lima tahun”.
Cekalnya hati hidayah. akan terbongkarkah rahsia siapa hidayah ni? tak sabar nak tahu seterusnya. Allah maha berkuasa, sanggup hidayah kahwin dengan ayah biologynya sendiri untuk menghalalkan sebuah hubungan..
ReplyDeleteHinanya kerana menikahi anak sendiri...macam binatang, itulah sebab Allah melarang zina.
ReplyDelete~k.min~
Ada terbaca kisah macam ni. Tapi berlaku diluar negara, dan bukan beragama Islam. Mereka bahagia. Tapi pandangan masyarakat sana tak sama macam kita.
ReplyDelete