“Is! aku
cukup bersyukur mama sudi jadi isteri ayah aku.Yang aku tenguk sejak ayah nikah
dengan mama, hidupnya gembira setiap hari. Yang sebetulnya ayah dah lama tak
gembira..sejak ibu aku disah kan sakit. Dia sebenarnya susah hati dan sedeh tenguk
keadaan ibu. Suami mana yang tak sedeh bila tenguk isteri tak berdaya, tak
boleh nak makan. Kau tahu Is, lepas ibu menjalani rawatan kimoterapi, ibu aku
nak angkat tangan pun tak boleh Is. Masa tu aku pernah tenguk mata ayah merah
bila dia keluar dari bilik air dia menangis tapi menangisnya dalam bilik air”.
“Kenapa
dia malu ke kalau orang Nampak dia menangis”.
“Tak dia tak malu.. hanya dia tak mahu ibu nampak
dia sedeh dan lemah. Dia nak kita tunjuk kuat didepan ibu supaya ibu bersemangat
melawan penyakitnya. Itu yang dia selalu cakap dengan aku. Tapi memang betul
ayah kalau depan ibu.. dia buat-buat ceria sahaja. Mungkin juga ayah tak nak ibu rasa bersalah kerana
dia sakit.. Itu sebabnya selepas ibu meninggal aku berniat nak carikan pasangan
untuk ayah, sebab aku rasa ayah dah puas jaga ibu sakit jadi aku nak ayah gembira.
….Tak
sangka mama serasi jadi teman ayah berbual, sejak dari dulu memang ayah suka berbual, makan pakainya mama
jaga dengan baik. 10 tahun mama menyempurnakan kehidupan ayah, aku sangat
bersyukur. Dulu aku takut juga, ayah dan mama tak sesuai jadi pasangan bila
dengar kau cakap, mama garang. Tapi
Alhamdullilah mama yang kau gambarkan, tak sama bila dia dah jadi isteri ayah. Lagi
pun mama dah tolong ayah melaksanakan tanggung jawabnya sebagai seorang ayah yang
mencarikan semua anak-anak nya kehidupan sendiri. Dan yang paling kami tak sangka
mama kumpulkan duit pencen arwah ayah..kemudian suruh angah daftar haji..bukan
untuk ayah sahaja tapi untuk ibu kami sekali. Kami sungguh terharu Is. Mama
ingat ibu kami”. Dihujung talian sayu Sofian bercerita.. Uwais hanya menadah
telinga mendengar.
…Is! Yang
sebenarnya aku tak terkilan ayah pergi
cepat.. sebab dia dah merasa bahagia dengan kehidupan rumah tangga dia. Sekarang
ayah dah tak ada, jadi biarlah mama
meneruskan kehidupan dengan fitrah manusia hidup. Hidup berpasangan, hidup yang
nak kan teman.” Uwais ralit mendengar luahan hati sahabatnya. Tapi hatinya
berdetik juga kalau kita berbuat baik pasti akan dibalas baik juga.Dia melihat
adik-beradik Sofian sayang dan sangat baik kepada mamanya, walaupun mamanya
merupakan mama tiri mereka.
“Terima
kasih Pian kerana memahami aku. Lega rasanya bila dengar cerita kau.”
“Sama-sama
Is, kau jangan bimbang,kau pergilah kerja elok-elok ye ..mama kat sini biar aku
yang uruskan”.
Dua minggu Uwais diatas kapal menyambung tugasnya.
Emil didatangi oleh dua orang anak perempuan tirinya. Kakak Long (Asma Hadija) dan
kak Lang (Aisyah Humaira). Emil menyambut mereka dengan gembira sekali. Rindunya
menggunung kerana lama sudah tidak berjumpa.
“Alolo..kenapa
cucu nenek datang tak cakap. Rindunya nenek pada Arif…Adam dah pandai apa ni”.
“Dah
pandai ketawa mengekek nenek.”Jawap ibunya Asma Hadija.
“Mehlah
masuk..masuk.. mak buyung dah berapa
bulan..bila bersalin ni lang”.
“In
Syaa Allah lagi 4 bulan ma”
“Hiaah
macam tak nampak sahaja perut alang ni dah 5 bulan?.Kosong sebulan ye lang? alang
dah pergi buat pemeriksaan ibu mengandung.”
“Dah
ma, nurse kata 4bulan lebih. Tapi alang ni tengah tak lalu nak makan ma. Makan
sikit uweek..makan sikit uweek.mana nak berisinya ma. Memang tak berhoneey moon
ma, kosong sebulan dah lekat..tapi adik belum ada apa-apa pula. Dah 6 bulan
dah.” Semua soalan untuk alang kakaknya along yang tolong menjawab.
“Lain
orang lain lah long biar lah dia berdua puas-puas. Ni alang pun dah lain dulu
macam berteh goring tak sempat panas dah meletup-letup dalam kuali. Ni asyik
menyengeh saja. mulut pun dah pindah ke mulut along pulak. Kenapa Lang”.
“Mama
jangan tak tahu..dia kalau buka mulut katanya dia jadi loya..dia tak boleh ada
angin masuk dalam mulut dia..macam-macam ragam orang mengandung ni kan ma”.
“Patutlah
jadi pendiam simulut murai ni.. walau macam mana pun makan sikit ye lang, nanti
anak tak cukup zat nanti. Cari makanan yang kita boleh makan, kemudian kalau
masak jangan gunakan minyak banyak sangat”. Bila sampai diruang tamu kelihatan
Hajjah NorIza keluar dari biliknya.
“Mak
ngah!ni anak-anak Emil datang mak ngah”.
“Apa
khabar nek”.
“Alhamdullilah
baik..Duduklah..oh dah ada yang kecik ye.” merujuk anak along yang kedua yang
diberi nama Adam. Emil kedapur menyediakan minuman sementara Hajjah NorIza
melayan tetamu diruang tamu. Along mengekorinya kedapur.
“Ma
janganlah susah-susah ma..kita datang nak jumpa dia, dia pula sibuk kat dapur”.
“Mama
goreng mihoon perencah udang kering pagi tadi..tapi tak habis, banyak lagi ni
ha..agaknya mama masak tak sedap, nenek pun tak lalu nak makan.. along tolong
bawakan ke depan. Ni bawakan sekali sosnya kalau alang nak makan pedas bubuh
sos ni.” Seingat Emil anak tiri yang bergelar alang suka pedas.
“Sekarang
dia tak makan pedas lagi ma..tak tahan katanya sejak dia mengandung makan yang
dia suka semua jadi tak sedap ma..berubah betul dia tu”. Tetapi bila makan
dihidang di meja kopi ruang tamu..tidak menyempat alang menyenduk mihoon buatan
Emil.
“Laju
kau makan lang ok pula mihoon mama ni.”.
Huusyt..dia
tengah nak makan jangan ditegur..biar dia makan”.
“Alang
rasa sedap mee hoon ni ma, siapa masak nenek ke?”Sambil makan mereka berbual
memang anak-anak tiri Emil menyenangi dirinya.Selesai makan mula along
meluahkan apa yang telah mereka rancangkan.
“Ma..hari
tu Pian ada call along..dia minta tolong sampaikan rayuan dia pada mama. Dia
nak balik jumpa mama tapi tak sempat asyik on call memanjang maklumlah doktor
baru belajar”.
“Ada-ada
saja along ni kalau nak mengata adik tu..rayuan apa long”.
“Adik
kata hari tu Uwais ada call dia”.
“Haa Abang
cakap apa dengan adik”. Cepat sahaja
Emil meminta hendak tahu apa cerita Uwais pada anak tiri bungsunya.
“Dia
kata dia nak berhenti kerja kat kapal..nak cari kerja dekat-dekat sini”.
“Kenapa
dia nak berhenti kerja kapal tu, dia kena buli ke..mama tenguk elok sahaja tak
macam stress atau pun sedeh kalau dia balik cuti..sekarang ni lagi teruk dia
kerja, asyik nak over time sahaja..nak
kumpul duit katanya. Dia ada cerita dengan adik dia nak kahwin tak long”.
“Bukan
dia kena buli tapi dia kesiankan mama tak ada kawan”.
“Ehh
apa pula mama tak ada kawan long, nenek ngah ni kan ada. Kalau malam anak pak long Muaz yang bungsu tu datang sini,
dia tu pun dah tingkatan tiga.. dah besar, lebih tinggi dari mama ni. Sambil
belajar dengan mama dia tolong teman kami kat sini”. Anak Muaz yang bungsu
sudah ditingkatan 3. Dia akan mengambil peperiksaaan PMR tahun itu. Dia belajar
bahasa Ingeggeris dengan Emil.
“Lagi
satu ma..adik cerita abang tak nak kahwin. Dia susah hati nanti mama dengan
papa kekok menyambut tetamu, sebab mama dengan papa tak ada ikatan. Dia tak nak
menyusahkan mama dan papa jadi dia ambil keputusan tak nak kahwin”.
“haa..apa
abang ni. Hee geramnnya mama..abang ni nak kena dengan mama. Suka betul dia
ugut mama”.
“Dia
ugut mama kenapa ma..dia cakap yang betul tu ma. Abang tu kalau ada masaalah,
tempat dia nak melepaskan rasa hatinya mesti adik. Macam tu jugalah adik.Tapi
kenapa mama kata dia ugut mama”.
“Sebelum
dia naik kapal..dia ada bawa nenek dia datang jumpa mama. Rupanmya nenek abang
nak mama nikah balik dengan anak dia. Tapi mama rasa berat hati..”
“Anak
nenek tu papa abang ke ma. Kenapa mama berat hati ma..”
“Ialah..janda
mama”.ha..ha..ha Lepas kuat suara along dan Emil bila terasa lucu kata-kata
yang keluar dari bibir mama tirinya. Alang pula menutup mulutnya dengan tapak tangan
takut masuk angin kedalam mulutnya kalau dia ketawa lepas seperti kakaknya.
Hajjah Nor Iza juga turut ketawa geli hati dengan kenyataan Emil. Bila tawa
along reda…
“Ok
lah tu ma”.
“Tak
nak lah. Mama masih ingat arwah ayah..”
Bertukar sayu pula suara Emil bila teringat arwah suaminya.
“Maa
yang pergi biarlah pergi ma..lagi pun ada cara lain yang lebih afdal untuk mengingati
ayah. Tiap-tiap minggu mama bacakan Yassin untuk arwah ayah itu sudah cukup memadai ma. Mama bagi lagi duit
untuk haji arwah ayah dan arwah ibu. Angah kata dia dah pergi daftarkan upah
haji ayah dan ibu kat Tabung Haji. Ni bulan haji tak lama lagi.. In Syaa Allah tertunailah
haji mereka. Terima kasih ma di atas ingatan mama pada arwah ibu. ”
“Yang
sebetulnya duit tu duit pencen arwah..mama tak tokok pun dengan duit mama”.
“Kami
bersyukur mama terima ayah jadi suami dan tak salah Pian carikan teman untuk
arwah ayah dulu. Tapi sekarang ayah dah tak ada…kita yang hidup wajib meneruskan
kehidupan dengan cara orang hidup ma. Terima lah papa abang, mama pun dah kenal
dia dah lama. Dulu abang ada cerita dengan along, masa along nak nikah..kata
nya mama kenal papa dia, sejak mama belajar diIPG lagi.”.
“Yang
sebenarnya mama tak boleh nak melupakan apa yang papa abang buat pada mama”.
“Maa
memaafkan.. kan suruhan Rasullah.Selalu kita dengar orang cakap sedang kan nabi
pun boleh memaafkan umatnya inikan kita manusia biasa. Manusia ni kan tak
sempurna selalu buat silap. Jadi maafkanlah dia..mungkin dia tersilap, diakan
manusia biasa yang tak sempurna dan selalu tersilap. Semoga Allah memberkati
kita ma”.
“Yang
along beria ni kenapa??” Emil sudah naik angun bila digesa..Sifat kepala anginnya,
akan muncul kembali semula bila rasa dirinya tidak disokong.
“Adik
yang suruh along sampaikan rayuan dia. Dia kesiankan abang. Kalau abang tak
kahwin dengan siapa dia nak menumpang hidup kalau papa, mama dan nenek-nenek dia dah tak ada nanti. Nak tumpang
pada kami, anak kami bukan mahram dia, nanti dia sorang-sorang kat dunia ni.
Lagi pun Pian kesian kan mama juga, nanti mama tak ada cucu. Anak-anak kami tak
sama dengan cucu dari darah daging sendiri ma”.
“Kenapa
baik sangat dengan mama ni, along alang”
“Sebab
mama baik sangat dengan kami. Kami tak pernah rasa mama emak tiri kami ma,
walaupun hakikatnya ibu sendiri tak sama dengan ibu tiri tapi kami tak rasa
macam tu, mama bagi kami kasih sayang
ibu, disaat kami memerlukan Ma. Terima kasih kerana sudi jadi mama kami
walaupun sekejap.” Emil menekup mukanya menahan tangisnya. Bangun dua anak tiri
mendakap untuk melegakan hati masing-masing.Selesai sesi meluah perasaan dua
anak tiri Emil memohon diri. Sebelum pulang sekali lagi rayuan disampaikan.
“Ma
terima balik ye papa abang”.
“Ialah
nanti mama fikirkan. Kesian anak mama ni tak berbuyi lansdung dari tadi…rindu
mama dengan suara alang”. Emil cuba memesongkan kata malas dia mahu mendengar
kata-kata berkaitan dengan bekas suaminya.
“Sunyi
ma ..sejak dia ada ‘roommate’
tertutup mulut dia tu, kalau tak ada hal yang penting memenag dia tak bercakap.
Kalau room mete dia ada pun, roommate
dia yang bercakap bagi pikhak dia”. Laju tangan alang menampar sayang kakak
disebelahnya. Untuk membela diri bersuara juga alang.
“Serkarang
ni tak boleh bercakap sangat kalau buka
mulut angin masuk dalam mulut rasa loya pula…”.Uweeek kedengaran dihujung kata
terkejut semua orang.
“Dah..dah
jangan cakap..ok..ok alasan diterima”.
Emil menutup bualan sambil mengosok-gosok perlahan belakang anak tirinya
yang bergelar alang.
Pulang
sahaja anak-anak tiri Emil Hajjah NorIza pula mengambil peranannya.
“Mel
kita duduk kat sini sekejap Mel”.
“Ada
apa mak ngah”. Dia bertanya begitu, namun dalam hati sudah dapat menjangka apa
yang mahu diperkatan oleh emak tiri merangkap emak saudaranya. Setelah Emil
duduk dihadapan emak tirinya…
“Mel
mak ngah rasa betul kata anak-anak perempuan Emil tadi tu. Yang dah pergi
biarlah dia pergi, bukan kita nak melupakan dia.. tapi ingati ‘dia’ dengan sedekahkan Yassin, Al
Fatihah atau Al-Ikhlas pada dia. Emil berilah peluang kedua untuk Latif..mungkin
dengan peluang kedua Emil dapat kebekatan. Mak ngah bukan nak menyibuk tapi
kita anak beranak perlu ingat mengingati antara satu sama lain. Mak ngah dah
tua Mel berapa hari sahajalah lagi umur mak ngah. Nanti kalau mak ngah dah tak
ada, Emil nak duduk dengan siapa. Mak ngah takut dengan apa yang disampaikan
oleh along tadi”..
“Takut
apa mak ngah”.
“Takut
abang tak kahwin kerana bimbangkan mama nya, yang tak ada siapa nak jaga. Dahl ah anak Emil
hanya sorang tu sahaja.”.
“Emil
akan paksa dia mak ngah..mahu tak mahu nanti kalau dah ada calun Emil akan panggil tuk Khadi”.
“Jangan
buat macam tu Mel, nanti jadi macam Latif..dua-dua menderita kerana mengikutkan
kat kita. Mak ngah tenguk Uwais ni ikut tingkah laku Latif tapi hatinya keras
ikut macam Emil. Nampak lembut tapi keras kat dalam. Emil nak tahu sayang Uwais
dengan Emil..dulu kalau giliran dia berhari raya rumah papanya, dia tak
berhenti dia talipon suruh orang tengukkan Emil. Bila tanya kenapa call kami,
dia kata Emil tak angkat pasal dia guna telefon papa dia. Gary pernah mengadu
dengan arwah ayah, sebab abang gesa dia balik cepat suruh temankan Emil kat
rumah. Tu sebabnya ada sesekali arwah ayah Emil temankan Emil tidur kat rumah, sebab
kesian dengar dia bimbangkan Emil yang duduk sorang kat rumah.”.
“Ia
ke mak ngah”.
“Iaaa
buat apa mak ngah nak tipu..kalau tak kena gaya, apa yang along cakap tu akan
dibuat oleh Uwais Mel. Emil tak sayang ke kalau dia berhenti kerja, kerja bukan
senang nak dapat sekarang. Lagi pun gaji dia dah banyak kalau kerja tempat lain
dapat ke, dia dengan gaji yang sebanyak tu. Pada mata mak ngah abang ni akan
lebih sayangkan mama dia dari duit Mel. Bertuah sangat Emil dapat anak macam
Uwais walau pun sorang tapi dia anak yang sangat baik dan sangat sayangkan
orang tua nya.” Emil menundukkan
kepalanya. Namun dikepalanya menimbang kira akan kebenaran kata-kata Hajjah
NorIza.
“Yang
sebetulnya abang tak perlu bimbangkan Emil..mak ngah kan ada..kan sejak arwah abang Nassir tak ada mak ngah tak
pernah tinggal Emil”.
“Apa
yang nak diharapkan mak ngah yang dah tua ni Mel sehari dua boleh lah, untuk
tahun tu mak ngah tak jamin..bila-bila pun kalau dah sampai umur mak ngah kita
tak boleh nak minta tunggu walau sesaat pun. Emil nak tahu mak ngah dengan
arwah ayah Emil hanya berbeza dua hari
sahaja. Tarikh lahir arwah ayah Emil 2
hb Feb. mak ngah 4 hb Feb tahun yang sama. Kalau umur mak nagh sampai pun mak ngah redha..sebab mak ngah nak
mati macam arwah ayah Emil..tak menyusahkan anak-anak dengan sakit kita Mel”.
“Mak
nagh kenapa cakam macam tu ..Emil dah tak ada sesiapa dah”.
“Itu kenyataannya
Mel. Hari yang berganti menyebabkan umur kita berganti juga..kalau kita sedar
itu adalah peringatan untuk kita bersiap
sedia untuk mati Mel. Jadi terimalah permintaan emak Latif ye. Arwah suami Emil
pun suka kalau kehidupan Emil terjaga.”.Lembut sahaja Hajjah NorIza memohon
persetiujuan Emil, supaya dengan bahasa lembutnya dapat melembutkan hati Emil
yang agak keras bila bersangkutan dengan bekas suaminya. Emil hanya tunduk
membisu mungkin memikirkan baik buruknya jika dia mengikuti kata-kata orang
disekililingnya.
Kesian Uwais. Kesian juga Emil. Setia rupanya Emil ni pada Cg. Nasir. Alhamdulillah sikap baik Emil pd anak tirinya dibalas dengan penuh kasih sayang oleh mereka. bertuah Emil. Tak sabar nak tahu keputusan Emil. Kalu tak jadi bujang terlajaklah Uwais.
ReplyDeleteK. Mid
Baiknya dn syg sungguh anak dn anak anak tiri Emil dgn Emil. Emil ni sebenarnya penyayang dn mudah median. CIA keras hari kerana ditipu. Oleh cikgu Latif.
ReplyDeleteKlu akak pun rasa tertipu dn hancuss hati. Mcm tiada màaf bagimu.
X sabar ni tunggu selanjutnya.
-dibah-
Harap2 Emil terimalah bekas suaminya semula. Cikgu Nasir pandai mendidik Emil utk mendengar nasihat2nya sementara Cikgu Latif (dulu2) hanya mengikut telunjuk isteri2nya. Itulah semasa perkahwinan Emil dgn Cikgu Latif, Emil hanya menurut perasaan shj. Dgn pengalaman pahit, Emil berubah dan dgn kasih sayang Cg Nasir, dia berubah menjadi wanita yg lebih baik.
ReplyDeleteDemi Uwais, Emil mesti terima cikgu Latif. Takut pulak anak tunggalnya terus membujang...
ReplyDeleteSkrg mak teh pos petang plk.
skrang tak ttap masa, mana yang smpat. kat rmah tak smpat mak teh post kat tmpat kerja. crita ni dah nak habis mungkin 1 atau 2 bab lagi tu yg nak cpat hbiskan.
Delete