~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Friday 31 October 2014

Bab 53 Tidak ku tahu kasih bermula





Sambil memandu sambil berbual tidak terasa perjalan mereka sudah sampai dihalaman rumah. Malam itu kelihatanya cikgu Nassir berlainan benar. Mungkin dia keletihan dengan majlis walimatulurus anak-anakya itu yang menyebabkan dia tidak banyak bercakap seperti kebiasaan.Tetapi sikap diamnya  sebelum majlis lagi, telah di sedari oleh Emil, tapi entah mengapa mulutnya berat hendak bertanya. Selepas solat dan makan malam dia berdahuluan meminta diri untuk kebiliknya. Setelah siap berkemas dimeja makan, Emil mengikuti langkah suaminya kebilik. Dilihat suaminya sudah baring dan berselimut. Ketika dia menghampiri katil..suaminya membuka mata dan bersuara..

“Mel abang letih sangat, rasa nak tidur ni.”

“Abang tidur dulu..kejap lagi Emil dating”.

 “Tapi sebelum tu abang nak minta maaf dengan Emil”.Mendengar permintaan suaminya, Emil cepat memanjat katil mendapatkan suaminya yang bersuara sayu.

“Kenapa bang..abang  macam lain sangat pula ni..abang sakit ke?”

“Tak lah abang rasa letih.Emil bahagia tak selama kita nikah Mel”. Ahh tu pula soalan yang keluar dari bibir suaminya. Makin terasa keluarbiasaan suaminya malam itu.Tapi yang sebenarnya cukgu Nassir menyembunyikan rasa sakit didadanya. Dia mahu meluahkan rasa sakitnya tapi tidak sampai hati kerana dia tahu isterinya juga penat, penat kenduri kahwinkan anak lagi dan penat seharian menunggu anak menantu nak bersalin lagi.

“Abaaang ..Emil bahagia dengan abang. Bahagia sangat. Dahlah bang, abang letih ni..tidur ye. Jangan lupa baca doa, baca selawat dan mengucap. Emil nak mandi sikit, sekejap lagi Emil datang. Tidur ye.” Sememangnya itulah ingatan mereka suami isteri sebelum mereka memejamkan mata. Itu pesanan Haji Mohd Noh suatu ketika dulu ketika mereka berbual-bual selepas majlis Yassin yang selalu di adakan setiap minggu.

Mereka suami isteri sejak ditinggalkan berdua oleh anak-anak yang sudah ada kehidupan sendiri, sering juga mengikuti majlis membaca Yassin dirumah Haji Mohd Noh. Walau pun tidak setiap minggu Emil dan Cikgu Nassir menyertainya. Tetapi setiap kali mereka berkunjung ada sahaja ilmu untuk ingatan mereka dititipkan oleh bapa mertuanya itu. Pada mereka jika perkara itu baik mereka akan mengamalkan. Kata Haji Mohad Noh ‘manalah tahu umur kita diambil ketika kita sedang tidur. Lagi pun tidur merupakan mati sementara bagi setiap insan.  Umat Muhammad seperti kita tak perlu harta mengunung, yang kita pentingkan segala amalan baik kita diterima Nya. Mati dalam kita mengingatiNya.Sebagai langkah berjaga-jaga sebelum kita tidur  melafaskan SYAHADAH itu penganan kita yang teguh, bacalah selawat untuk syafaat kita kat akhirat nanti. Pada ayah itu yang paling senang…tapi kalau nak lagi baik ikut ajaran Rasulullah kepada anaknya Aisyah  :
"Sebelum engkau hendak tidur bacalah: Al Ikhlas tiga kali. Amalan ini adalah seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
• Membacalah sholawat untuku, maka aku akan memberi syafaat untukmu di hari akhirat kelak.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
"Astaghfirullahalazim li wali waa lidaiya wali jami il muslimina walmuslimat wal mukminina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat "
Ertinya: Ampunilah aku ya Allah yang maha besar, kedua ibubapaku, semua muslimindan muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati."

 • Dan,perbanyakanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah "

Kalau larat amalkan sekurang-kurangnya tiga kali. Selepas itu bacalah bismillahirahmanirahim sebanyak 21 kali.’.Terasa ada kebenaran kata-kata ayahya Emil suami isteri mengamalkan dan mengingatkan antara satu sama lain.

“Ialah”.Sebelum meninggalkan suaminya Emil mengucup kedua belah pipi dan juga bibir suaminya. Sememangnya dia bahagia bersuamikan cikgu  MohdNassir. Walaupun pernikahan mereka pada mulanya di atas kehendak anak-anak mererka, namun setelah mereka sebumbung rasa kasih tumbuh dengan rimbun tapi tak tahu bila dia bertunas, tahu-tahu rasa kasihnya sudah begitu teguh dihatinya.

Ketika Emil masuk semula kebiliknya kelihatanya suaminya sudah tidur dengan lena. Sebenarnya dia juga keletihan dia merebahkan dirinya disisi sumainya.Dia memusingkan badanya lalu memeluk suaminya kejap.Tidak lama dia juga hilang kealam mimpi.

Terasa belum lama lenanya dia dikejutkan dengan bunyi dengkuran suaminya yang kuat. Tidak pernah suami berdengkur begitu kuat. Emil bangun mahu mengejutkan suaminya supaya membetulkan kedudukan bantal mungkin kerana lehernya tidak dikedudukan yang betul menyebabkan dia berdengkur kuat.

“Bang bangun bang” Lembut suara emil memanggil. Namun suaminya tidak memberi tindak balas, terus berdengur keras.

“Bang! Bangun bang”. Kuat sedikit suaranya dan makin kuat digoncangn dibahu suaminya. Namun cikgu Nasir tidak juga memberi tidak balas.Emil jadi cemas.

“Bang!bangun bang..abang!!! bangun bang, jangan takut Emul macam ni bang Bang!!!!! Bangun bang”. Emil mengoncang bahu suaminya bersungguh-sungguh hingga bergegar katil mereka namu tiada tindak balas dari suaminya.

“Aloong!!Adik!!tolong mama” Akhirnya Emil menjerit memanggil anak-anak tirinya di bilik berlainan. Bila mereka tidak muncul mungkin tidak mendengar jeritanya, Emil terjun dari katilnya dan membuka pintu bilik dari pintu bilik dia menjerit lagi sekuat hatinya.Untuk meninggalkan suaminya dia takut. Sangat takut. Bila mendengar suara jeritan Emil berkejaran anak-anaknya keluar dari bilik masing-masing.

“Kenapa ma?”

“Dik tolong tengukkan ayah..tolong dik..tolong dik”. Emil memberi laluan kepada Sofian masauk kebiliknya. Sofian memanjat katil untuk melihat keadaan ayahnya yang kelihatan tenang lenanya, namun dengkuran masih kedengaran walaupun sudah agak perlahan. Emil juga mengikut langkah anak tiri bungsunya suaminya.

“Macam mana dik..Tadi ayah berdengkur kuat, mama kejut dia tak bangun pun, ni dah ok dah perlahan dengkurnya”. Ahmad Sofian mula memeriksa ditekapkan telinganya ke dada  ayahnya untuk mendengar degupan jantung. Ada tetapi agak lemah. Denyutan nadi dileher dan dipergelangan tangan ayahnya juga ada.

“Abang long!! siapkan kereta kita bawa ayah pergi hospital cepat!!!”. Sepanjang perjalanan, cikgu Nassir cuba dibangunkan.

“Ayah bangun yah..ayah mengucap yah.” Ahmad Sofian berkali -kali mengulangi syahadahnya ketelinga ayah.

Tiba dihospital cikgu Nasir diberikan rawatan CPR . Namun sudah ditakdir Cikgu Mohad Nassir disahkan meninggal dunia dalam umur yang hanya 6 bulan sahaja lagi mencapai angka 60 tahun.

Bila diselidiki rupanya cikgu Mohd Nassir sudah lama tidak memakan ubat darah tingginya, itu menyebabkan jantungnya membengkak. Mungkin sejak mereka sibuk-sibuk menyiapkan kenduri kahwin anak-anaknya tempuh hari.Pada kebiasaannya Emil yang mengingatkan suaminya tentang ubatnya. Bila Emil mula sibuk menyiapkan keperluan majlis  dua orang pengantin perhatianya kepada suaminya sudah terpesong.

Yang sebenarnya sudah dua kali kejadian itu berlaku.  Dulu dia sempat dikejarkan kehospital dan dia selamat biar pun agak lama untuk pulih. Bila ditanya kenapa dia tidak memakan ubat..

“Bang kenapa abang tak makan ubat bang”.

“Abang nak bahagiakan Emil, Emil muda lagi tapi kalau abang makan ubat abang tak boleh…”. Ubat darah tinggi yang dimakan oleh cikgu Nassir mengurang daya tumpu ketika mereka bersama. Padanya dia tidak mahu isterinya merasai kekurangan pada dirinya.

“Baang Emil dah cukup bahagia kalau abang ada dekat Emil. Abang ada temankan Emil berbual-bual, makan minum kita sama-sama kemana sahaja kita sama-sama. Emil tak rasa sunyi bila abang ada dekat dengan Emil, itu sudah memadai untuk Emil, Emil bahagia bang. Emil tak nak yang lebih-lebih Emil hanya nak abang dekat dengan Emil sahaja. Ni macam ni abang duduk kat hospital dah dekat seminggu. Emil duduk sorang kat rumah tu. Abang tahu tak, Emil tak lalu nak makan. Ni cuba abang tenguk ni Nampak tak Emil dah kurus rasa melayang sahaja badan ni kalau berjalan. Dahlah rasa penat nak mengulang abang kat hospital ni.. Emil rasa sunyi betul bila balik mengajar,  abang tak ada.  Rasa nak tidur hospital sahaja ni.” Emil menuturkan dengan gaya manjanya. Emil saja berkata berlebih-lebih agar suaminya tidak terlupa dan jangan buat-buat lupa untuk memakan ubat jika dia sayangkan dirinya.

“Ialah-ialah lepas ni abang tak akan lupa makan ubat. Ni kalau tekan darah abang ok, mungkin esok abang boleh balik”.Ceria sahaja wajah cikgu Nassir mengingatkan janji doctor yang memeriksanya pagi tadi.
(Ini hanya pengalaman mak teh...tapi kalau ada doctor yang baca tentu dia marah sebab menakut-nakutkan orang makan ubat. Seorang kawan sekerja suami mak teh, sejak dia bertukar ubat darah tinggi menyebabkan daya tumpu ketika bersama isterinya menjadi lemah, untuk melakukan seminggu sekali pun susah.. Dia kehospital semula untuk mencari puncanya, doctor kata ubat itu puncanya..kerana ubat itu  terlalu tinggi dosnya. ‘Saya boleh tukar ubat dengan dos yang rendah.. tapi encik kena kawal makan.’  Dia seorang yang tidak mengawal permakanan walau pun sudah ada penyakit darah tinggi. Itu yang diceritakanya pada suami mak teh).

Itu janji cikgu Nassir yang sudah hampir seminggu duduk diwad hospital kerana menantikan tekanan darahnya stabil semula. Dia duduk dihaspital itu kerana tidak dapat menahan rasa teringinnya dengan makanan kegemarannya SUP TULANG. Yang sebetulnya janji cik gu Nassir memang susah untuk dipercayai terutama bila  dia teringat makanan kegemaranya.... Bila ditegur oleh isterinya..

“Bang janganlah abang..tak payahlah masak tulang lembu tu..tulang tu banyak kolestrol bang. Kalau dah dimasak nanti tak cukup semangguk abang makan, nanti mudharat pada abang..abang tak sayang Emil ke”. Emil mengumpan sayangnya kepada suami yang macam orang mengidam bila nampak tulang lembu korban didalam palstik. Ada orang yang memberi mereka tulang lembu korban hari  di hariraya korban tahun itu.

“Sayaang ..kan abang makan ubat.. sayang janganlah  bimbang, tak jadi apa kalau abang makan sikiiit aje. Abang teringin lah Mel”.

“Kalau makan ubat tapi tak pantang tak guna juga bang..macam kita campak ubat tu dalam longkanag sahaja. Dah makan ubat kemudian kita berpantang makan barulah ubat tu berkesan. Dengarlah cakap Emil bang..Emil sayang abang ..Emil tak mahu jadi apa-apa pada abang”.

“Alaaah Mel..abang teringin sangat nak makan sup tulang, dah lama sangat rasanya tak makan sup tulang..dulu masa arwah ada (Arwah isteri pertamanya) dia selalu masak sup tulang bila dapat tulang lembu korban.. masakkanlah  sikit  untuk abang yaang.” Lembut gigi dari lidah cikgu Nassir memujuk isterinya untuk menyampaikan keinginanya.

“Abang ni degillah tak mahu langsung dengar cakap”. Walaupun suara yang keluar bibirnya keras membantah namun tangan mencapai juga periuk untuk bersedia memasakkan apa yang diingini oleh suaminya. Yang sebenarnya Emil tidak sampai hati melihat wajah suami dan mendengar suara sayu suami yang berkeinginan. Hati isteri mana yang sampai hati bila mendengar pintaan suami yang bersungguh. Bagi  cikgu Nassir bila melihat isterinya mencapai periuk dia tahu dia berjaya memujuk isterinya memasakkan sup tulang untuk nya. rasa mahu melompat hingga kebintang bagi mengambarkan rasa sukanya.

“Ni yang sikit sahaja ni....abang nak lepaskan ketagih abang..tolong ye Yang”. Cikgu Cikgu Nassir mengambil sepotong tulang lembu diunjukan dihadapan mata isterinya. Emil mengalah dengan kehendak suaminya lalu periuk yang ditadah menerima seketul tulang pilihan suaminya.. Melihat hanya seketul kecil tulang korban didalam periuk, cikgu Nassir mengambil seketul lagi dan lagi.  

“Yaang yang ni yang.. yang ni banyak dagingnya.Ni sedapnya yaaang..haa yang ni pun ok ni, ni tulang rusuk ni,  sedap yaang daging kawasan ni lembut cepat sahaja masaknya”.Ahkirnya cikgu Nassir yang memilih tulang-tulang untuk supnya. Bila periuk sudah ditadah mana boleh untuk dimasak hanya seketul tulang, apatah lagi dibantu pula oleh orang yang berhajat.

Dari janji seketul tulang menjadikan setengah periuk pula. Emil mengeluh didalam hati. Bila tiba bab makan begitu juga.

“Abang makan semangkuk sahaja tau.” Ketika itu Emil mengoreng bawang  untuk dimasukkan kedalam sup yang sudah hamper masak. Bau sup semerbak memenuhi ruang dapur. Cikgu Nassir pula sudah mengambil sebiji mangguk.

“Ialah..habis yang banyak ni siapa nak makan..tak kan Emil nak makan sorang-sorang ni”.

“Ni yang lebih ni Emil nak bagi Muaz. Anak dia ramai bolehlah tolong habiskan sup ni”. Sementara menunggu masa untuk memberi sup kepada keluarga Muaz,  cikgu Nassir sudah menceduk dua mangkuk sup untuknya.  Ketika Emil menceduk sup untuk Muaz, berbunyi lagi suara cik gu Nassir dimeja makan.

“Sayaang  tinggalkan semangkuk untuk abang untuk makan malam. Abang nak makan dengan roti nanti.”. Sememangnyanya cikgu Nassir HANTU sup  tulang. Emil menurutkan kerana kasihkan suaminya.Tetapi kerana  kasihankan suaminya, akhirnya mereka ditimpa musibah bila tekanan darah cikgu Nassir mencanak hingga 200/180. Dia hamper hilang pengimbangan badan kerana tekanan darah yang terlalu tinggi. Bila diselidiki cikgu Nassir juga tidak memakan ubat. Sudahlah makan tidak berpantang ubatnya juga diabaikan. Dia dimasukkan kehospital. Seminggu dia dirawat untuk menurunkan tekanan darah tingginya.

“Sampai hati abang..abang tak sayang Emil kan”. Lawatan Emil dengan muka yang masam dan sedeh.

“Sayang abang sayaang Emil”.
“Habis kalau abang sayang Emil kenapa tak makan ubat. Dah lah melantak sup sampai tak ingat orang. Abang memang sajakan  tinggalkan Emil, abang suka lah duduk hospital macam ni.” Menceceh-ceceh Emil dipertemuannya dengan suaminya dihospital, hatinya geram dengan sikap suaminya yang tidak perihatin dengan kesihatan dirinya sendiri.

“Sorry ye yang, yang sebetulnya abang terlupa sangat..tapi baru tiga hari sahaja abang tak makan ubat tu..sorry ye abang terlupa sangat. Balik ni hari-hari abang mesti makan ubat..abang janji”.Itulah janji cikgu Nassir bila sudah terkedang diatas katil hospital.Tapi terlupa untuk kali entah keberapa menamatkan riwayatnya. Biar apa yang terjadi itu adalah ketentuan Allah. Terlupa hanya sebagai SEBAB sahaja  untuk Allah mencukupkan hayat seseorang hambaNya. Jika redha dengan ketentuannya kita akan mendapat pahala.


2 comments:

  1. Lovingnya cikgu nassir dgn Emil. Tp tu le jodoh x panjang dh jadi balu emil.
    Kesiannya dia.
    -dibah-

    ReplyDelete
  2. Maka bermulalah kisah emil n en.latif..ok la kalau derang bertemu jodoh semula sbb saya dpt rasakan kasih sayang memasing masih ada..buang yg keruh n ambil yg jernih..

    ReplyDelete