Kini Uwais sudah mula belajar di UIA Gombak Selangor. Dia mengambil jurusan FIZIK itulah yang tertulis dalam surat tawaran tempuh hari. Dia juga melepasi ujian EPT (English Placement Test) dan APT (Arabic Placement Test) yang membolehkan dia hanya menduduki foundition selama setahun sahaja.
Ketika baru sebulan Uwais belajar di UIA,
satu lagi panggilan untuk pengambilan
guru-guru mendatanginya. Jika dia lulus dalam temuduga itu nanti, dia akan
layak untuk belajar dimana-mana IPG
(Institut Pengajian Perguruan) seluruh Malaysia termasuklah Sabah dan Serawak.
Bagi Emil dia mahu melihat Uwais mengambil bidag lain dari kebanyakkan keluarga mereka. Dia lebih suka Uwais dengan cita-citanya menjadi seorang Jurutera. Tetapi ayah tirinya pula suka jika Uwais menjadi seperti mereka... Tetapi mereka sebagai orang tua tidak
mahu memaksa anak-anak mengikuti kehendak mereka. Mungkin pada mereka baik tetapi tidak pada anak-anak. Mereka berdua berbincang untuk mencari apa yang terbaik untuk Uwais.
“Bang!
apa pendapat abang tentang temuduga ni..nak bagi tahu Uwais ke. Atau nak diam
kan sahaja. Emil rasa biarlah dia dengan apa yang dia dapat sekarang. Asyik
semua nya jadi cikgu. Ayah dengan mama cikgu kita ni haa cik gu. Emil rasa biar
dia lain dari kita ok kan” .
“Sayang,
kita tak boleh suruh anak ikut apa yang kita fikirkan..ini masa depan dia..kita
bagilah dia kebebasan memilih jalan hidup mereka sendiri. Kalau dia terpaksa
memilih pilihan kita, mungkin suatu hari mereka akan memberontak tak elok juga.
Manalah tahu dia suka jadi cikgu. Setidak-tidaknya
habis belajar di IPG dia akan jadi cikgu macam kita..tak payah lagi
tercari-cari kerja lagi. Kalau belajar Universiti pun kadang-kadang sampai dua
tiga tahun tak dapat kerja”.”
“Betul juga cakap abang tu..Jadi
abang rasa elok kita bagi tahu Uwais, tentang temuduga ni”.
“Haah
macam tulah.. Kalau tak bagi tahu takut dia pun suka jadi cikgu. Cepatlah Emil call
dia, takut tak sempat pula dia nak buat persediaan. Kalau Uwais nak pergi temuduga tu dia kenalah
minta kebenaran atau cuti dari pihak UIA, tak boleh nak main keluar sahaja, nanti jadi satu kesalahan pula pada dia.”.
“Ehh
tak kan dia tak tenguk Internet bang..Emil rasa biar dia tenguk sendiri..kalau
dia nak, tentu dia call kita minta pendapat.”.
“Tak
boleh macam tu Mel..mungkin sekarang diaorang tengah sibuk..kadang-kadang minggu
suai kenal mereka lama..mana nak sempat tenguk Internet. Dulu angah kata
tempat dia masa minggu suai kenal dia, sampai nak rehat sekejap pun tak
sempat..baju pun pakai dua tiga kali baru basuh, punya padat aktiviti diaorang.”
“Emil rasa sayang pula kalau Uwais keluar UIA ni, kalau betul-betul dia nak jadi
cikgu dia kena kelur dari UIA kan. Pada Emil kursus yang dia ambil bagus juga..Fizik..banyak cabang kalau dia nak
kerja nanti. Lagi pun hari tu dia kata dia minat nak jadi jurutera. Rasanya
dari kursus yang dia ambil ni, boleh juga jadi jurutera kan bang”. Emil seperti teragak-agak hendak memberi tahu
anaknya. Sifatnya yang hendak menyuruh anaknya mengikut kata-katanya kadang-kadang timbul
juga. Emil yang seperti sudah terbiasa semua ornag mesti mengikuti
kata-katanya, susah untuk dia mengubah kebiasaanya. Cik gu Nassir tahu sikap
isterinya lalu dia memberi cadangan..
“Cuba
Emil tanya pendapat papa dia pula, apa dia kata..kalau kita sorang-sorang memang
pening nak fikir, kalau dah dua orang
tentu lagi elok keputusanya..”. Berlembut sahaja cikgu Nasir menasihati
isterinya.
“Ehh..boleh
ke?..abang tak marah kalau Emil call dia”.
“Apa
yang nak dimarahkan, inikan soal masa depan anak. Papa Uwais pun ada hak nak
tentukan masa depan anak dia..kita jangan lupa tu. Setakat nak tanya tentang
anak apalah yang nak dimarahkan. Abang
bukan nak cemburu tak tentu pasal sayang..abang percaya pada sayang.”.
“Emil
tak suka ada rasa yang abang ‘tak suka’
yang abang sembunyikan dari Emil.. kalau abang rasa tak selesa Emil tak akan
buat. Kita bahagia selama kita nikah, jadi Emil tak mahu ada rasa yang akan
menggangu gugat kebahagian kita”.
“Emiiil
abang percaya kesetiaan Emil dan abang sayang Emil.” Emil memusingkan badan
lalu memeluk suaminya yang duduk disisnya sedari tadi. Sejak dia mula membuka
computer ribanya cik gu Nassir sudah duduk disisinya. Itulah kebiasaan mereka,
walau pun masing-masih ada computer namun mereka suka berkongsi, duduk
rapat-rapat. Sementara masih ada peluang mencari kebahagiaan, mereka wajib
mencarinya. Untuk kebahagian mereka juga, biar pun usia sudah meningkat.
Bahagia bukan untuk pasangan muda sahaja..pasangan yang hangat bercinta. Betulkan.
Setelah dia meleraikan pelukkanya, suaminya melihat birai mata isterinya basah.
“Emm
Emil ni dah jadi macam budak tadika pula..sikit-sikit basah mata dia..manja.”.
Cikgu Nassir menyapu air mata isterinya
kemudian memicit hidung isterinya yang tak berapa nak mancung untuk menceriakan
hati isterinya yang sedang beremosi.
“Terima
kasih bang,yang sebetulnya sayang abang tu untuk semangat Emil..Emil pun sayang abang.
Dulu masa Uwais suruh Emil kahwin dengan abang, Emil tak yakin.. sebab hati Emil
dah tawar nak bagi sayang Emil pada seorang lelaki..tapi tak sangka Emil
boleh sayang abang... entah bila rasa sayang ni bermulanya..yang Emil tahu sekarang Emil sayang sangat
kat abang dan Emil bahagia dengan abang”.
“Abang
tahu tu. Dah lah call papa Uwais..sebelum Uwais yang call minta pendapat sayang
nanti..susah pula sayang nak jawab”. Sebuah ciuman hinggap dikedua belah pipi
suaminya, dan yang ketiga singgah sekejap dibibir suaminya. Bahagia kalau hidup
berkasih sayang. Tetapi kasih sayang perlu dipupuk..Ia nya tak akan tumbuh
sendiri. Betul kan?.
“Baiklah..Emil
call dia sekarang..tapi abang temankan
Emil ye”. Emill mencapai tangan suaminya dan dilekapkan kedadanya..sambil
dia menunggu panggilanya disambungkan.. sambil juga mereka bermain mata sambil
mereka tersenyum-senyum. Yang sebenarnya cinta halal orang yang dah berumur ni lagi
seronok..duduk berdua tampa ganguan. Jadi berushalah mengekalkan ikatan
perkahwinan hingga kehujung nyawa.
Bila mendengar deringan perlahan dari telefon
bimbitnya yang diletakkan di sebelahnya cepat sahaja tangannya mencapai dan
memeriksa untuk menetahui siapa sipemanggil. Bila terpandang sahaja nama Emil yang terpapar. Dengan spontan
Abdul Latif yang sedang mengajari
anak-anaknya bangun. Laju langkahnya menuju ke biliknya mencari ruang
bersendirian. Zila yang memandang disatu sudut jadi tanya-tanya, sementelah dia
hatinya tidak pernah terhakis rasa ingin tahu sayang dihati suaminya milik
siapa. Tampa sedar dengan tindakkanya.. dia juga bangun dan mengekori langkah
suaminya. Dihatinya membuak-buak ingin tahu siapa gerangan sipemanggil hingga
suaminya mencari ruang untuk menjawap panggilan itu.
Bagi
Abdul Latif bila melihat nama yang
tertera discreen telefon, hatinya jadi
berdebar. Mulalah rasa rindunya menyerbu keseluruh ruang hatinya. Rasanya
inilah panggilan pertama setelah Emil bernikah setahun yang lalu. Dia menjawab
dengan hati yang berdebar. Debar apakah..entahlah debar rindu agaknya. Nur
Fazila berdebar juga.. debarnya takut-takut yang memanggil adalah orang yang
membuat cemburunya naik mencanak. Entah mengapa curiga yang berkampung dihatinya tidak pernah pudar. Entah mengapa dia merasakan kedudukan disisi suaminya tidak pernah selamat jika dihati suaminya masih menaruh kasih pada bekas isterinya.
“Hello
Assalamualaikum…ini abang ke?” Tanya Emil bila panggilan bersambung.
“Walaikumsalam
ye ..ada apa Mil”. Zila mendengar suara
suaminya begitu lembut menjawab salam dan menyebut nama yang sangat sensitive
di telinganya. ‘Haa kan betul patutlah dia masuk
bilik rupanya nak berkasih sayang dengan jandanya’ itulah bisikkan yang
membisik. Dia menelinga dipintu bilik yang tidak sempat ditutup oleh Cikgu
Latif. Bila tidak kedengaran suara suminya Zila ingin mengintai tingkah laku
suaminya pula. Dari celahan pintu dia melihat suaminya hanya melekapkan telefon
ditelinga..’mungkin sedang menghayati
suara merdu jandanya’ bisik suara hati yang membakar.Agak lama dia
mendengar kemudian dia mendengar suara lembut suaminya berbalas kata dengan
jandanya dihujung talian. Mengapa harus mencipta sesuatu yang kita tidak pasti
nahh!! hasilnya rasa cemburu menbuatkan darahnya panas mencanak naik hingga
MENGELEGAK.
“Emil
nak tahu pendapat abang tentang Uwais, dia dapat panggilan temuduga untuk mask ke
IPG..apa pendapat abang”.
“Emil
dah bagi tahu Uwais ke, dia dapat panggilan temuduga untuk ke IPG tu”.
“Belum..
nak tanya pendapat abang dulu..”.
“Bagi
abang biar Uwias yang tentukan, kalau dia nak pergi temuduga tu abang ok
sahaja. Abang suka juga kalau dia nak jadi cikgu macam kita”. Hatinya Zila makin terbakar bila mendengar perkataan ‘ Macam kita’ begitu mesra di pendengaran telinga Zila...Dek
kerana cemburunya yang meluap-luap tingkahnya juga tidak terkawal, tampa sedar dia
mengikuti bisikkan syaitan yang menyuruhnya merampas telefon yang sedang
menghubungkan antara suami dan bekas isterinya. Laju tanganya menyambar telefon
ditangan suaminya. Disertai dengan kata-kata yang tak pernah terjangka oleh
Abdul Latif atau pun Emil dihujung talian…
“Hei..kau
tak tahu tak yang kau ni kacau laki orang, sedarlah diri sikit jangan nak mengganggu rumah tangga orang
lain..jaga rumah tangga sendiri, jaga laki kau tu supaya dia tak cari orang
lain.” jerkah Zila dihujung talian.
Zila
terlupa pada tindakkannya dulu yang merelakan dirinya menerima lamaran dari
puan Rabiah juga mengganggu rumah tangga orang. Dan akhirnya rumahtangga itu
musnah. Emil tergamam bila disergah
sebegitu. Dia terdiam dan terkedu. Dia
tidak menduga disergah begitu dan dia tidak menyangka mendengar perkataan itu
dari mulut Nur Fazila bekas madunya.
Tetapi waktu itu dirinya bukan lagi Emil yang
cengil, Emil yang garang, atau Emil yang tidak tahu mahu menjaga perasaan
orang. Sekarang Emil sudah berubah, Emil yang sekarang adalah emil yang lembut
hati dan Emil yang sudah ada rasa sabar. Dia tidak menjawab jerkahan bekas
madunya. Abdul Latif juga terpegun, dia tidak menyangka Zila begitu berani
merampas dan menggangu perbualanya, dan dia tidak menyagka isterinya begitu
biadab dan dan tidak menghormati dirinya
sebagai suami. Bila dia tersedar ringan tanganya melayang kepipi sang isteri
yang sedang bertempik garang memarahi orang dihujung talian.Tamparan pertama
Abdul Latif.
Bila tangan suaminya sampai kepipinya barulah
Zila tersedar dari buruk lakunya. Terasa pijar lima jari suaminya walau pun
tangan itu tidalk lagi melekat dipipinya. Tetapi kerana egonya dan merasakan
dirinya benar dia tidak meminta maaf akan keterlanjuranya, malah dia merenug
garang kearah suaminya yang juga berwajah garang. Makin hangat hati Abdul Latif
dengan isterinya sekarang yang terasa tingkahnya berlebih lebih. Berhamburan soalan-soalan garang keluar dari mulutnya
yang pendiam.. khas ditujukan kepada sang isteri dengan nada yang tinggi
“Zila!!!Kenapa
Zila begitu biadap pada abang..kat mana rasa hormat Zila pada abang..abang ni
siapa pada Zila..adik atau orang
suruhan..sedar dirilah sikit selama ini abang yang bagi makan Zila..abang yang
tanggung semua keperluan Zila, jangan sampai tak tahu nak hormatkan abang
sebagai suami”. Laju tangan Abdul Latif merampas telefonya ditangan isterinya
selaju kata-kata yang keluar dari bibirnya. Segala perkataan Abdul Latif kepada
isterinya didengari oleh Emil dihujung talian. Kemudian cepat-cepat Emil
memutuskan taliannya. Dia tidak mahu mendengar pertengkaran bekas suami dan
bekas madunya. Dia juga tidak mahu campur dalam masaalah mereka.
“Tergamak
abang tampar Zila kerana janda abang tu”.
“Untuk
sedarkan Zila supaya tahu hormatkan abang. Abang ni suami Zila bukan adik Zila
dan juga bukan budak suruhan Zila..”.
“Dah
dia gatgal kacau laki orang..Zila hanya nak sedarkan dia sahaja”.
“Sia
pa yang gatal dan siapa yang kacau laki orang. Sedar diri sikit. Lagi pun gatal
apanya..Emil call sebab nak bincang pasal Uwais ..pasal anak gatal ke?? Dan
kemudian fikir siapa yang gatal agaknya..kenapa bercakap tu tak fikir dulu..ingat cermin dulu diri sendiri.” Tinggi suara Abdul Latif tidak dapat diperlahankan, memang
dia sudah telah hilang sabarnya..sudah hilang sifat berat mulutnya selama ini
dek perangai isterinya yang sangat mencabar kesabaranya.
Zila
juga tidak mahu berusha meredakan kemarahan suaminya. Suaminya bersuara tinggi
dia juga bersuara tinggi. Kalau boleh suaranya lebih tinggi dari suara
suaminya. Dia terus sahaja meluahkan yang berbuku dihatinya. Dia tidak
mengambil kira 'kemarahan jangan dilawan dengan kemarahan' bukan itu adalah salah
satu petua untuk kerukunan hidup berumah tangga. Kekecoh didalam bilik membawa
hingga seluruh ruang rumah. Puan Rabiah memandang diluar pintu bilik yang sedia
terbuka.
“Nak
bincang apanya lagi..diakan dah pergi belajar..lagi pun dia dah besar dah tahu
bawa diri sendiri dan tahu baik buruk untuk dirinya. Sepatutnya abang fikir
anak-anak yang kat rumah ni..mereka masih kecil lagi”.
“Selama
ini abang tak fikir ke pasal anak-anak yang kat rumah ni..Zila tak Nampak macam
mana abang ambil berat dengan diorang. Pernah ke mereka terabai dari pemerhatian
abang”.
“Memang
itu yang sepatutnya..yang abang nak mempertikaikan dan mengungkit-ungkit dengan
apa yang apa abang buat pada mereka kenapa..mereka masih kecil ..Yang adah
besar tu yang sepatutnya abang tak payah nak ambil tahu lagi. Dia pun dah masuk
Universiti dah pandai hidup sendiri. Ni asyik beratkan yang dah besar panjang,
terabai pula yang kat rumah ni. Atau sebab dia anak dari Emil itu yang abang
ambil berat sangat”.
"abang tak mengungkit.. yang mengungkit Zila. Zila yang mempertikaikan anak-anak kita terabai. Rasanya abang bagi perhatian sama rata pada semua anak-anak abang. Biar pun apa keadaan Uwais..dia tetap anak abang yang perlu diberi perhatian. Biar pun Uwais tu bukan Zila yang melahirkan dia adalah anak abang. Biar pun ditakdirkan abang menjadi geruda kat angkasa dan dia menjadi ikan bilis kat lautan..kalau hadirnya dari benih abang.. dia tetap anak abang sampai bila-bila. Zila tu yang patut berhati-hati..terlerai sahaja ikatan perkahwinan kita Zila dah bukan siapa-siapa pada abang.. aurat Zila pun haram abang pandang tau”.
"abang tak mengungkit.. yang mengungkit Zila. Zila yang mempertikaikan anak-anak kita terabai. Rasanya abang bagi perhatian sama rata pada semua anak-anak abang. Biar pun apa keadaan Uwais..dia tetap anak abang yang perlu diberi perhatian. Biar pun Uwais tu bukan Zila yang melahirkan dia adalah anak abang. Biar pun ditakdirkan abang menjadi geruda kat angkasa dan dia menjadi ikan bilis kat lautan..kalau hadirnya dari benih abang.. dia tetap anak abang sampai bila-bila. Zila tu yang patut berhati-hati..terlerai sahaja ikatan perkahwinan kita Zila dah bukan siapa-siapa pada abang.. aurat Zila pun haram abang pandang tau”.
Akhirnya
pertengkaran yang hangat berbahang reda juga bila NurFazila beralah dan mendiamkan diri.
Pertengkaran kali ini dia tidak dapat mengunci mulut suaminya. Dan dari pertengkaran itu NurFazilah merasakan suaminya sudah berubah. Suaminya tidak seperti selalu
lagi yang akan mendiamkan diri bila mereka bergeser..yang masih mampu bersuara
perlahan bila mereka bertengang urat dan yang masih takut terdengar
perbalahan mereka ketelinga ibunya. Suaminya sekarang sudah tidak takut semua
itu. Masih meneruskan perbalahan mereka biar pun dia melihat emaknya juga ada tercegat diluar pintu bilik mereka.
Mengapa suaminya berubah sekarang? Hanya kerana
perbualan dengan bekas isterinya terganggu.. Bila perkataan itu melintas
dihatinya. hatinya sangat sakit bagai disiat-siat... Sakit dipipinya kerana
tamparan tadi tidak sesakit hatinya yang
membayang kan dihati suaminya masih ada kasih untuk bekas isterinya. Mungkinkah
mereka masih mengharap dapat hidup
bersama semula.
Padan muka zila....baru le CG Latif ni nk bertempik. Mmg x sedar diri siapa yg sebenarnya gatal si Zila ni.
ReplyDeleteKesian juga CG Latif in merana DLM senyap SB no membahagiakn mak dia supaya brkahwin dgn zila yg penuh dgn sifat brpura.
Kesian Emil terkedu dgr jerkahan zila. Segarang garang Emil dia sndiri x pernah mnyerang zila bila dia tau CG Latif brkahwin dgn zila.
Tp zila gatal yg nk Sgt kahwin dgn suami org ni lupa diri pulakkk.
-dibah-
Alhamdulillah Emil dgn CG nassir bahagia.
ReplyDeleteBerkat kesabaran Emil dn kluarga yg byk membantu.
-dibah-
-dibah-
Itulah kesilapan org tua..sepatutnya hal rumah tangga anak2 jgn dicampuri..biar mereka menentukan jodih mereka..siapa kita unt menentukan jodoh terbaik unt anak sepatutnya yang tua seharusnya menasihati bukan meruntuhkan rumah tangga mereka...sebagai anak lelaki memang betul anak lelaki syurganya ibu.tp latif berhak menolak cadangan ibunya dan merubah serta baiki emil...tp itulah jdnya bila ego memakan diri
ReplyDeleteKarya makteh mmg selalu ku nanti2kan. Syabas makteh.....
ReplyDeleteMana mak cikgu latif..
ReplyDeleteDulu tu kemain lagi nampak buruk menantu sampaikan cari menantu baru..
La ni takkan dok diam je anak di bodoh2kan di depan mata..