Sedang dia tertelek-telek dirinya dalam
pantulan cermin, pintu biliknya dibuka dari luar.Biar pun dia sedang membelek
diri namun ketika suaminya masuk tadi dia tidak nampak suaminya teruja untuk
melihat dirinya yang pada matanya dirinya sudah begitu sempurna.Mana tak
sempurna kulitnya sudah semakin cerah badannya juga sudah lama langsing. Bila
memandang sikap suaminya yang bersahaja, denagn rasa kecewa Zila melangkah lalu
dia duduk dibirai katil.Dia memerhati
suaminya yang membuka baju sembahyangnya dan menyangkut kedalam almari baju
mereka.
“Bang!!
Tak cantik ke Zila ni kat mata abang?”.
“Hai
semacam sahaja pertanyaan Zila ni kenapa??”.
“Taklah
dari mula kita kahwin sampai sekarang rasanya abang tak pernah nak pandang Zila
dengan mata abang tu.”.
“Habis selama ni abang pandang Zila dengan apa??
Zila nampak ada mata lain selain yang kat muka abang ni.”.
“Taklah..tapi
dari dulu lagi abang macam tak suka nak berbual dengan Zila..Zila ni abang
biarkan sahaja..abang asyik ajar anak. Dahlah kalau waktu sekolah setengah hari
abang kat sekolah. Ni abang dah kat rumah abang pun tak nampak Zila ni kan”.
“ Habis
Zila nak abang buat macam mana. Zila nak
abang tenung Zila saja ke.. baru Zila rasa abang pandang Zila. Habis siapa nak ajar anak-anak. Zilaa
anak-anak nak kena ajar.. kalau tak jangan lah mengharap dia jadi pandai dengan sendiri..”.
“Tak
lah… tapi abang tak pernah nak berbual dengan Zila..cuba abang ingat sejak
abang balik dari sekolah tadi, berapa perkataan yang abang tanya Zila.Kita ni
macam orang asing sahaja..tak ada perbualan. Kenapa abang macam tak macam suami
orang lain yang ada cerita nak cerita dengan isterinya. Suami orang lain tu banyak
sahaja tajuk yang nak diceritaka pada isterinya”.
“Habis
kalau asyik nak berbual siapa pula yang nak ajar anak-anak. Zila bukanya nak
tolong ajar anak. Anak-anak ni kalau tak dibantu belajar macam mana nak
pandai”.
“Mana
Zila pandai nak ajar anak-anak, lagi pun abang kan papa diaorang abanglah yang
kena ajar. Dahlah tu.. kalau tak ajar anak abang
right buku murid pulak..masa
abang memang tak pernah ada untuk Zila”.
“Zila
abang ni cikgu..memang masa mengajar sampai pukul dua petang sahaja.. tapi
kerja abang sampai esok pagi tak habis..dah habis mengajar abang kena semak
kerja diaorang pula. Kemudian nak kena sediakan apa yang nak diajar esok.”
“Tak
boleh ke abang buat masa kat sekolah sahaja”.
“Bila
abang buat kat sekolah abang kena balik lambat. Dulu abang semak buku murid kat
sekolah Zila menyungut, sebab abang selalu balik lambat..ni abang bawa balik
kat rumah pun Zila menyungut. Habis abang nak buat macam mana..Kenapa Zila tak
dapat nak terima kerja abang..kenapa Zila tak boleh memahami kerja abang. Zila
mengadu dengan emak, emak bising dengan abang… jadi abang nak buat macam mana.”
“Ialah..dah
lah abang asyik kat sekolah sahaja, bila balik abang mengadap anak pula.. Zila ni
macam tak pernah ada depan mata abang”.
“ Dah
berapa kali abang cakap..anak- anak kena di tenguk pelajaranya. Kita ni sebagai
emak ayah kena membantu anak-anak belajar kat rumah.. kalau nak anak kita
pandai. Kita tak boleh nak harapkan
cikgu yang mengajar kat sekolah sahaja..”.
“Zila
bukan nak banyak masa abang..tapi
cubalah abang bagi sikit sahaja masa supaya kita dapat berbual. Zila teringin
menjadi isteri seperti isteri ornag lain yang bersama-sama suaminya. Ni abang
selalu biarkan Zila sorang-sorang..Zila tak ada kawan nak berbual. Zila ni
macam tunggul kayu sahaja pada abang”.
“Kalau
tak nak rasa macam tunggul kayu ..Duduk sama-samalah, kita berganding bahu ajar
anak..Jadi masa Zila tak adalah terluang dan Zila tak rasa jadi tunggul kayu.”
“Zila
mana pandai nak ajar anak..bukan bidang kerja Zila bab ajar mengajar ni”.
“Tak
kan nak ajar Sha pun tak pandai..Sha tu baru darjah dua. Takkkan nak ajar Sha
mengeja BACA, IKAN dan campur tolak 1 hingga 10 pun Zila tak tahu. Zila tak
kenal huruf dan angka ke?..kalau tak kenal huruf dan angka tak boleh ke tolong
ajar baca ‘IQRA’”.
“Dahlah
bang !!cakap sahaja terus terang yang abang nak kata Zila ni bodoh.. itu sebabnya
abang tak mahu nak bercerita dengan Zila..ialah bercerita dengan orang bodoh
abang takut nanti lama-lama abang pun jadi bodoh”.Zila mula naik angin, dia
mula membentak bila suaminya terus membidas kata-katanya.
“Abang
tak kata Zila bodoh..ada Zila dengar abang kata Zila bodoh”.Soal Abdul Latif
sambil berpaling tanganya mencapai baju tidurnya. Malas dia memandang wajah
isteri yang mula geram yang duduk dibirai katil tidak jauh darinya.Tetapi
perbuatanya menambah panas dihati isterinya.
“Dahlah
bang..abang benci sangat abang nak pandang Zila ni kan, abang memang tak suka
nak pandang Zila..Kalau dah abang tak suka sangat Zila ni buang sahaja dari
hidup abang”.Dalam keadaan tenang tadi.. mengapa Zila tiba-tiba naik angin. Anginnya
pula sampai meminta dirinya dibuang..nampaknya angin pertengkaran sudah mula
bertiup..bahang panas nya sudah mula dirasakan oleh Abdul Latif. Dia merasakan
isterinya seperti mahu menghidupkan api pergeseran.
“Dah
lah Zila abang dah nak tidur ni..esok
abang nak mengajar, abang nak pergi awal sedikit esok ada perhimpunan pagi..”
Esok hari Jumaat perhimpunan pagi akan diadakan setiap hari Jumaat
“Abang!!!!Abang
selalu biarkan Zila dengan perasaan yang tak puas hati macam nikan, kenapa abang selalu mengelak bila bercakap
dengan Zila..bodoh sangat ke Zil;a ni sampai abang tak mahu nak melayani Zila
bercakap”.
“Zila
kenapa nak berperangai macam budak-budak ni”.
“Abang
nak kata Zila tak matanglah ni..kalauZila macam budak-budak tak guna abang
simpan Zila sebagai isteri..ceraikan sahaja Zila supaya abang senang.. tak payah
nak bertanggung jawab dengan isteri yang tak matang ni”.
“Kenapa
dengan Zila ni..tadi elok sahaja..tiba-tiba nak marah-marah.. Zila sedar tak apa yang Zila cakap kan tu”.
“Sedar
bang sangat sedar..memang dah lama Zila simpan rasa tak puas hati ni. Sebab
abang selalu mengelak bila Zila nak bercakap dengan abang. Hati Zila ni tak
pernah puas dengan perbuatan abang.”
“Habis
Zila nak buat macam mana supaya abang boleh puaskan hati Zila”.
Abdul Latif memandang isterinya yang sudah
mula bersuara tinggi.Yang dapat dilakukan hanya menggelengkan kepalanya
sahaja. Jika dilayan perangai tak matang isterinya mahu terlafaz perkataan yang
dibenci oleh Allah.Untuk mencari jalan damai Abdul Latif mahu keluar dari
bilik. Dia mahu membiarkan isterinya dengan perasaan tidak puas hatinya dengan
harapan dia kan sejuk kembali. Sudah dirancang dalam minda nya dia mahu menuju
tempat tidurnya..Dan dia tahu dimana tempat tidurnya malam itu. DiKERUSI
PANJANG RUNAG TAMU. Itu sudah menjadi kebiasaan sekarang ini, jika Nor Fazila
naik angin dia akan mengunci bilik tidurnya sebaik sahaja dia keluar dari
bilik.
Entah mengapa Nur Fazila mudah naik angin
jika berkata-kata dengannya. Abdul Latif tercari-cari apakah perkataan yang terkeluar
dari mulutnya yang menyebabkan isterinya naik angin. Dan perkataannya juga
sudah semakin berani sekarang ini Zila sudah seringkali mengucapkan
perkataan CERAI kepadanya. Keesokan petangnya pulang dari sekolah isterinya
tiada dirumah. Apa yang diberi tahu oleh emaknya Zila kerumah abangnya. Itu
sudah dalam jangkannya malam tadi. Itulah sikap Nur Fazila sekarang yang dengan
mudah meninggalkan diri dan anak-anaknya.
“Tif
kamu bergaduh dengan Zila ke? Malam tadi pun kamu tidur kat kerusi panjang tu
kenapa?”.
“Dah
dia kunci pintu..saya ni kalau orang dah tak kasi masuk bilik tak apa saya
boleh tidur kat mana yang boleh mak”.
“Bergaduh
laki bini ni boleh..tapi jangan dibuat selalu nanti jadi kebiasaan. Cuba
elakkan dari bergaduh Tif. Emak pandang sekarang ni kamu berdua selalu sangat
bermasam muka. Walaupun emak tak dengar kamu bertengkar, tapi emak tahu dari
cara Zila layan kamu. Pagi tadi dia tak
bangun pun solat subuh berjemaah dengan kita..bangun pun bila emak dah siapkan
sarapan. Cuba elak kan pergaduhan Tif..kalau kamu yang boleh sabar sabar
lah..Kita ni kalau laki bini kena tolak ansur, kalau yang sorang marah yang
sorang lagi kena bersabar diamkan diri..tak kiralah kita ni suami atau pun
isteri..itulah caranya mengelak dari bertengkar Tif”.
“Ia
mak itulah yang saya buat..itu sebabnya saya bawa diri tidur kat kerusi panjang
ni..sebab tak nak berlawan kata dengan Zila lah..tapi macam nilah kalau dia
marah.. dia lari pergi Ipoh pula..habis saya nak buat macam mana mak”. Hai..keluh
Abdul Latif terlepas dari bibirnya. Yang sebenarnya dia tidak suka
bercerita dengan emaknya keadaan rumahtangganya, tetapi kadang-kadang dia tidak
tahan dengan rasa yang berperang dalam hatinya.
“Kamu
cuba pandang anak-anak, kalau hati
tengah marah kesian anak-anak yang akan melihat emak ayahnya bermasam muka… tak
mesra satu sama lain..tak nampak sinar kasih sayang..jadi macam mana anak-anak
nak mencari kasih sayang dari dua orang emak ayah yang dah macam tak ada rasa
kasih lagi dimuka kamu..macam ni kesian anak-anak kena tinggal dek emak dia”.
“Tapi
saya nak buat macam mana..semalam tu nak kata gaduh..pada saya macam tu tak lah
bergaduh, hanya bertekak sikit sahaja..tapi tak tahulah saya, pada saya sikit
pada Zila mungkin besar kot”.
“Apa
yan g menyebab kan kamu bertekak dengan dia Tif”.
“Alaah
dia kata saya tak hiraukan dia..asyik ajar anak sahaja..emak pun nampakkan
balik sekolah dah petang..nak semak kerja sekolah murid, hanya malam sebelum
anak-anak tidur saya ajar anak. Kalau tak dia ajar anak-anak macam mana pula
anak-anak nak pandai mak. Nak harap cik gu kat sekolah sahaja pun tak boleh. Mak
tahu tak dalam kelas tu lebih dari 20 orang murid mana nak tertenguk kita”.
“Ialah
mak faham tu..tapi cubalah kamu bagi masa pada dia Tif..mak pun risau rumah
tangga kamu ni sentiasa sahaja berangin..mak tahu kalau dia pergi Ipoh itu
tandanya hatinya tengah marah”.
“Mak saya
tak nak anak-anak saya tercirir kerana asyik nak melayan dia sahaja mak..jadi
biarkan lah dia..pada saya sekarang saya dah tak kisah apa dia nak buat..
buatlah..saya tetap dengan cara saya..saya tak nak memperjudikan nasib
anak-anak yang tiga orang tu.”.
“Cuba
kamu ajak sekali dia ajar anak-anak
Tif....jadi kamu taklah teruk sangat nak mengajar pelajaran sekolah lagi
mengaji lagi..sampai tiga orang. Waktu belajar pun boleh dikurangkan..”.
“Saya
dah ajak mak..minta tolong ajarkan Sya..tapi dia tak nak..”
“Ehh..siSya
tu kan baru darjah dua takkan dia tak boleh nak ajar??”
“Dia
kata dia tak pandai nak mengajar..tu yang dia terasa dirinya bodoh..itu yang
menyebabkan kami bertekak tu. Pada saya dia hanya nak mencari alasan sahaja
mak..nak cari jalan supaya senang dia nak pergi rumah abang dia..Biarlah mak
saya pun dah tak kisah dia ada ke tak ada ke..macam dah biasa dia buat macam
ni”.
“Ialah
Tif mak tenguk sekarang ni selalu sahaja dia merajuk bawa diri pergi rumah
abang dia. Seronok agaknya duduk rumah abang dia tu. Kamu tak risau ke bila
Zila selalu pergi rumah abang dia..bukan sehari dua dia kat sana
tu..kurang-kurang pun seminggu. Bulan lepas dekat dua minggu dia kat sana kan”.
Bulan lepas Zila dapat mengumpul duit untuk membeli produk Aura White untuk
memutihkan kulit badannya itulah terpaksa lama sedikit dia bekerja berjualan.
“Seronok
mungkin ..biarlah mak. Saya dah tak kisah mak jika itu yang membuatkan dia rasa
bahagia”.
“Jangan
macam tu Tif, kena tegur sikit..nanti jadi kebiasaan dengan senang dia tinggal
kamu Tif. Tif perasan tak, mak rasa Zila
sekarang ni dah lain lah Tif”.
“Lain
macam mana mak”.
“Dia
dah pandai nak melawan..dia dah pandai tak nak dengar apa yang emak cakap.
Dengan kamu pun dia macam tu ke Tif”.
‘Memang macam
tulah mak..dia sudah pandai membesarkan dirinya. Mungkinkah seorang isteri akan
berlagak bila dia sudah pandai mencari
duit poketnya sendiri’. Tetapi semua kata-katnya hanya bergema didalam hati Abdul
Latif sahaja. Dia tidak mahu ibunya tahu mereka sering bertengkar. Abdul Latif
tidak mejawap pertanyaan emaknya. Dia hanya memandang emaknya sambil terseyum palsu. Bagi Puan Rubiah senyuman anaknya yang
memberi jawapan. Dia tahu anak lelaki tunggalnya sememangnya tidak suka membuka
buruk orang lain. Itu sememangnya sikapnya sedari dahulu.
Didalam hati Puan Rabiah rasa terkilan
menantu yang dipilihnya serasa tidak dapat membahagiakan anak lelaki tunggalnya.
Rasanya
baru semalam keputusan anaknya diraikan kini Abdul Latif menerima satu lagi berita
gembira… anaknya telah diterima masuk ke
Universiti Islam Malaysia yang terletak di Gombak Selangor. Uwais akan mejalani
Foundationnya disitu. Seminggu sebelum tiba hari pendaftaran Uwais kerumah
papanya. Dia memandu sendiri kereta PREVE datuk Mohd Nohnya.
“Wah..abang pakai kereta atuk bang..”.
“Haah
pa..pak long kata elok pakai kereta atuk sebab abang nak berjalan malam takut
kereta Kancil pak long tu meragam”.
“Bagi pula atuk abang pakai kereta dia..percaya dia abang bawa kereta dia malam-malam macam ni".
"Sejak
abang dah ada lessen abang
selalu jadi driver atuk pa..Kalau pergi masjid mesti abang yang bawa kereta. Atuk dah tak berapa awas berjalan waktu malam..tapi abang jadi driver atuk tak ada gaji pa”.
Uwais bergurau dengan papanya.
“Wahh
abang sekarang ni macam mata duitan pula semua kerja nak ada gaji”.
“Mestilah
pa..kata orang, sekarang ni semuanya duit.. berjalan sikit pun nak pakai
duit..tapi untuk atuk abang ikhlas jadi driver dia”.
“Eloklah
tu..kalau kita buat kerja ikhlas untuk orang tua kita, Allah akan balas
kebaikan juga untuk kita. Baik anak papa ni, ikhlaskan hati kita kalau kita
tolong orang..kalau tak dapat duit kat dunia ni, kita akan dapat ganjaran yang
baik kat akhirat kelak itu yang lebih baik kan bang”.
“Terima
kasih pa dengan ingatan papa”.
“Abang
dah tak kerja dengan pak long lagi ke bang..itu yang banyak masa jadi driver
atuk tu”.
“Tak
lah, hanya sesekali sahaja atuk dan nenek ngah pergi masjid dalam seminggu tu mungkin tiga hari atuk pergi masjid, itu yang pak long suruh abang
tolong atuk..kalau malam tu abang ikut atuk pergi masjid abang cutilah ajar
kakak dan angah..atuk dah tua pa.. matanya dah tak was sangat jadi pak long
takut apa-apa jadi kat atuk dan nenek ngah itu yang dia suruh abang bawakan
tu”.
Melihat kedatangan anak tirinya Zila jadi tak
senang duduk. Hatinya yang sememangnya ada rasa syak wasangka berbisik-bisik
dengan perkara yang menyesakkan minda dan hatinya..perasaan tamak mula
berperang dalam hatinya. Dia sudah dapat membayangkan kedatangan anaknya, suami
akan menghulur duit diakhir pertemuan mereka. Syaitan mula berbisik ‘penat sahaja kau berkorban mencari duit
poket sendiri jadi penjual digerai ..anak dia datang senang-senang sahaja dia
bagi duit..bukan sikit tau seminggu kau kerja bertungkus lumus digerai … ‘ itulah kata-kata hatinya yang mula tamakkan
duit suaminya. ( tak masuk dalam cerita hanya
mak teh nak Tanya: adakah hati
orang yang macam tu untuk anak suaminya jika nya rasa keterlaluan bagi tahu
ye..)
Zila
kedapur menyiapkan sedikit juadah untuk memyambut kedatangan anak tiri yang
tidak dialu-alukan, itu pun setelah disuruh oleh suaminya. Uwais datang selepas
waktu Magrib bagi keluarga cikgu Abdul Latif waktu itu sudah lepas waktu makan
malam. Uwais berkira-kira sebelum dia datang kerumah papanya..jika dia datang pada waktu siang tentu sahaja papanya berada disekolah
dan dia juga sibuk bekerja dibengkel...
sebab itulah dia datang selepas Magrib.
“Zila
buatlah air..abang nak minum dengan Uwais ni…abang dah makan bang..”.
“Ehh
tak payah lah pa..abang dah makan tadi dengan atuk masa ambil kereta atuk kat
rumah dia. Abang datang hanya nak bagi tahu papa, minggu depan abang kena
mendaftarkan diri di UIA (Universiti Islam Antara Bangsa)Petaling Jaya. ” Uwais
terus sahaja menyatakan tujuan dia datang dihadapan ibu tirinya agar dia tau
tujuan kedatanganya. Walaupun mendengar jawapan anak tirinya Nur Fazila tetap
meneruskan langkahnya kedapur tampa sebarang kata. Dia teringat dulu ketika dia
membantah permintaan suaminya dia dimarahi kerana anak suaminya berkecil hati dan pulang dengan
cepat..
Bab cemburu ni mak teh ada seorang jiran yang mengaku dirinya sangat cemburu bila melihat suaminya berbual atau menegur jiran wanitanya. Itu sebabnya dia tidak keluar rumah kerana bimbang jika dia duduk diluar rumah berbual dengan jiran2 suaminya akan tumpang sekaki. Setelah suaminya meninggal dunia barulah jiran itu berbual bersama kmi masa tulah dia cerita rahsia hatinya. Jadi mak teh bayangkan pada Zila tapi yang dicemburukan oleh Zila adalah duit suaminya dan bekas madunya juga... Adakah cemburu ni satu penyakit hati?.
hatizila ni dr dulu x pernah bersih.....klu bersihdia x kn kawin dgn cg latiff yg tlhberisteri dn beranak. dia x kn ambil suami org. bila dh x betul dr awalakn sentiasa rasax senang hati...sentiasa cemburu
ReplyDeletemak cg latif ni pun mcmpadan juga lah...menantu pilihan lebih kurang asam perangai dr menantu yg di benci.
trima kasih cik teh....akak mmg suka baca cite cam ni yg byk memberi teladan
-dibah-
Laju mak teh reply bila nmpak coment...Biasanya orng klau tak cuba tak tahu..dia nak rasa dulu..tpi yg rasa dulu dah merosakkan rumah tangga orng lain. Mcam tu lah Zila hti yg trngin hidup disamping orng yg dipuja sbab itu bila emak cikgu offer anak dia laju sja dia setuju..tpi bila dah jadi... dia tk mampu membayangkan dlm hti suami masih ada bekas isteri..ini untk wnita yg tak menerima seada nya. Betul ke macam tu
ReplyDeleteBtul. Blum DPT smua sanggup to bila dh brmadu mula tamak dn cemburu...Vila dh memunya x blh trima kedudkn bekas Isteri dibhati suami.
ReplyDelete-dibah-
setuju kata mak teh tu. dia orang ingat ambil hak orang ni akan bahagia lebih daripada yang asal. sepatutnya kenalah bertimbang rasa. dah tahu kita menumpang hak orang jadi pandai2lah bawak diri tapi ramai yang tak sedar diri umpama kaduk naik junjung.
ReplyDeletesaya juga macam dibah paling suka baca karya mak teh. sangat banyak pengajarannya. sentiasa menunggu kemunculan cerita dari mak teh. sayang mak teh.
Sori typing error..bila bkn Vila.
ReplyDeleteYg jahatnya jumps anak pun x disukai.
-dibah-
APA pun CG Latif kena lah bertegas dn jgn asyik mengalah bila zila nail angin dn angkat kaki tinggalkn Rumah.
ReplyDelete-dibah-
Betul la tu..rumahtangga ni nakhoda dia suami..kalau suami lembik dpt pulak bini sengal, tunggang langgang la jadinya..en.latif ni mengajar ramai org..mesti ramai yang dah jadi 'orang' tp sayang dpt bini semua x menurut kata..kesiannya..
ReplyDeleteCikgu latif penyabar sangat orangnya. sampai isteri berani pijak kepala. dulu emil dan sekarang zila, lagi parah dari emil. Kesian dia.
ReplyDelete