“Macam
mana Zila tak pergi Ipoh..Zila ada kat rumah ni pun abang bukan nak berbual
dengan Zila..abang asyik dengan anak-anak abang sahaja”.
“Dengan
anak-anak macam mana yang Zila maksudkan..rasanya abang mengajar anak-anak
..Zila tak perasan ke selama ni abang ustaz dan abang lah cikgu untuk
anak-anak”.
“Ialah
abang asyik nak mengajar anak sampai masa abang dengan Zila tak ada. Zila rasa
memang abang tak pernah terfikir nak berbual dengan Zila.Betulkan?”.
“Zilaa
anak-anak perlu diajar..jangan kita nak harapkan cikgu-cikgu disekolah sahja
tak banyak mana pelajaran yang mereka dapat, begitu juga dengan mengaji kalau
tak dilancar dari rumah, bila pula anak nak BERALIH, nanti sampai ketua tak
khatam-khatam. Memang setiap hari abang tak cukup masa, kalau dah masa abang
habis nak mengajar anak sahaja, macam mana abang nak bagi masa abang pada
Zila. Kalau Zila nakkan masa untuk
berbual dengan abang, cuba bantu abang mengajar anak-anak..kita sama-samalah
membantu anak mencari ilmu. Ni tidak masa abang mengajar anak Zila tercatuk
mengadap tv atau senyap didalam bilik baca novel..”.
“Kenapa
abang nak salahkan Zila tenguk tv atau Zila baca novel pula..abang yang tak nak
bagi masa abang tu pada Zila. Bab ajar anak manalah Zila pandai, Zila ni sekolah sampai tingkatan tiga
sahaja”.
“Habis
kalau sampai tingkatan tiga tu.. A BA TA pun tak tahu ke?, ABC dan 123 pun tak
tahu ke?.. Sya tu baru darjah dua cuba lah bantu dia mengeja..bantu dia mengira
takkan setakat 2+2 pun Zila tak tahu”. Geram hati Abdul Latif bila isterinya
hanya mahu mencari kesalahanya sahaja. Tetapi sememang itulah sikap Nur Fazila,
dirinya hanya dijadikan sebagai isteri semata-mata. Kerana padanya
anak-anak mereka adalah anak cikgu Abdul
Latif dan dialah yang perlu mengajari anak-anak.
(Tak
masuk dalam cerita cara Zila berfikir mak teh masukkan cerita kawan suami mak
teh katanya anak yang lahir dari anak perempuannya bukan cucunya..tetapi cucu
kepada besanya..anda berfikir begitu juga ke?).
“Alah
itu hanya alasan abang sahaja..sebetulnya
memang abang benci nak bercakap dengan Zila yang bodoh ni”.
“Entahlah
Zila ..kalau dah macam tu yang Zila fikirkan terserahlah”.
“Kenapa
abang tak sayang Zila”.
“Siapa
kata abang tak sayang Zila dan kenapa
Zila yang cakap macam tu..selama ni pernahkah abang dera Zila, abang tak bagi
Zila makan dan pakai dengan sempurna”.
“Zila
yang rasa abang tak pernah nak sayang Zila. Bang!! Sayang ni bukan sahaja
siapkan makan dan pakai..tapi kemesraan. Kemesraan abang pada Zila..Zila tak
pernah nak rasa.”.
“Entahlah
Zila..Terserah apa yang Zila nak fikir..tapi abang tak faham kemesraan yang
macam mana yang Zila maksudkan..”.
Sungguh dia tidak faham KEMESRAAN yang dimaksukkan oleh isterinya. Entah mengapa pada cikgu Latif Zila seakan tidak matang fikiranya. Walaupun umurnya sudah menghampiri angka empat puluh. Adakah kerana dia terlalu banyak membaca novel-novel remaja menyebabkan dia berfikir seperti remaja juga. Jika dilayan mahu jadi bertengkar. Yang sebetulnya Abdul Latif tidak suka pertengkaran..dia tidak suka bertikam lidah sebab itulah dia lebih suka mendiamkan diri. Menjadikan dirinya pendiam itu lebih senang dan hatinya juga tidak sakit. Namun Zila masih mahu meneruskan luahan hatinya.
Sungguh dia tidak faham KEMESRAAN yang dimaksukkan oleh isterinya. Entah mengapa pada cikgu Latif Zila seakan tidak matang fikiranya. Walaupun umurnya sudah menghampiri angka empat puluh. Adakah kerana dia terlalu banyak membaca novel-novel remaja menyebabkan dia berfikir seperti remaja juga. Jika dilayan mahu jadi bertengkar. Yang sebetulnya Abdul Latif tidak suka pertengkaran..dia tidak suka bertikam lidah sebab itulah dia lebih suka mendiamkan diri. Menjadikan dirinya pendiam itu lebih senang dan hatinya juga tidak sakit. Namun Zila masih mahu meneruskan luahan hatinya.
“Abang
tak pernah nak rasa kehilangan, bila Zila tak ada disisi abang. Abang tak
pernah nak ambil atau pujuk Zila balik kalau Zila lama duduk kat Ipoh, memang
abang tak pernah perlukan Zila ni dalam hidup abangkan..”.
“Kenapa
tak cakap..Zila minta pujuk..” Rasa kelakar pula mendengar kata-kata Abdul
Latif kepada isterinya yang sedang berjauh hati.
“Orang…
kalau betul dia sayang tak payah cakap, dia dah tahu sendiri. Kalau sampai diberi tahu
nampaknya dia terpaksa buat, sebab nak
menyedapkan rasa sahaja, kalau macam tu tak guna juga buat kerana rasa terpaksaKalau betul Zila ni
bermakna pada abang tentu abang datang pujuk Zila balik..”. Gumam Zila perlahan
seakan untuk sdirinya sendiri..namun dia masih didengari oleh suamiya.
“Bukan
sikap abang merayu-rayu melutut bagai, merayu isteri didepan orang. Kita bukan orang
kafir yang nak tayang-tayang kemesraan depan orang..tunjuk suami cium tangan
isteri untuk jadi tatapan, nak tunjukkan rasa cinta yang mengunung. Kita ni orang Islam, walaupun apa pun rasa
kita, perlakuan mesra hanya kita sahaja yang tahu. Suami mesti menjaga maruah
isteri dan isteri mesti menjaga maruah
suaminya. Jika kita sudah menjalankan
tanggung jawab kita itu sudah mencukupi tanda sayang kita, dan isteri
juga mesti sudah mempercayai sayang suaminya. Selama ni abang tahu tanggung
jawab abang sebagai suami, dan rasanya abang dah tunaikan semua tanggung jawab
abang sebagai suami”.
“Apa
maksud abang suami cium tangan isteri”.
“Macam
cerita mat Salleh tulah suami cium tangan isterinya untuk dilihat dia sangat
mencintai isterinya, tapi kalau kita tenguk macam suaminya kena queen control
pulakan.Kan kebiasaan kita isteri yang sepatutnya cium tangan suaminya tanda
hormat dan taatnya pada suami.”.
“Ada
pula macam tu, orang yang berfikir macam abang ni orang yang berfikiran
sempit…tak maju..tapi Zila percaya nak harapkan
abang buat pada Zila macam tu hanya dalam mimpi sahaja …sedangkan di
alam nyata ni abang nak cium dahi Zila pun hanya didalam bilik sahaja”.
“Itu
istemewanya orang Islam umat nabi Muhammad ditaman kan rasa malu pada setiap
umatnya..malu untuk menunjuk-nunjuk rasa mesra yang boleh menimbulkan rasa
teringin orang lain. Kalau orang tu ada suami tak apalah, tapi kalau dia tak
ada suami, mereka akan mencari pada yang tak halal pada mereka.. kita dah
berdosa kerana mendorong orang membuat maksiat.. faham..”.
“Ahh
itu hanya alasan abang sahaja, yang sebetulnya kalau dalam bilik tu yang ada
hanyalah nafsu semata..masa tu abang hanya nak beli jiwa Zila sahaja. Kalau tak..
mana boleh Zila rela dan kalau tak mana boleh Zila nak mengandungkan anak-anak
abang..Zila ni memang bodoh..bodoh dengan rasa Zila sendiri”.
“Entahlah
Zila, abang dah tak kisah apa Zila nak cakap, nafsu abang ke, tapi yang pasti
abang dah tunaikan kewajipan seorang suami dan sepatutnya Zila tahu tanggung jawab Zila
sebagai isteri”.
“Abang!!
Jangan nak tuduh Zila tak tahu tanggung jawab Zila. Zila tahu tanggung jawab
Zila. Abang tu yang tak pernah nak menghargai
kehadiran Zila”.
“Itu
terserhlah pada Zila, apa Zila nak fikir tentang abang. Pada abang mudah sahaja, perkara remeh tak
perlu di fikirkan sangat”. Abdul Latif bangun mahu keluar dari biliknya..
Walaupun telah banyak perkataan yang
membolehkan isterinya memahami..namun isterinya bagai tidak dapat memahami apa
yang cuba disampaikan. Dia yang sebenarnya serba salah, sebolehnya dia mahu
mengawal perkataan yang keluar, tersalah
kata nanti ..isterinya mengatakan dirinya sendiri yang bodoh pula. Jalan terbaik dia mengalah dan
berserah pada takdir sahaja. Doanya mengharapkan agar apa yang diperkatakan dapat difikirkan
dan kemudian difahami bila fikiran isterinya sudah tenang.
Dia ingin menghidarkan diri dari isteri yang mula
nak marah.. tak puas hati. Padanya diam itu lebih baik dari terus-terusan berbalas
kata dengan isteri. Dalam hatinya
merasakan perbincangan mereka perbincangan yang remeh, hanya yang baru
nak bercinta sahaja yang bertanya bab sayang menyayang. Mungkin mereka bertanya
begitu kerana mahukan kepastian sebelum
mahu menjadikan hubungan mereka hubungan yang halal. Untuk dia dan Zila
kepastian itu sudah tidak perlu kerana mereka sudah pun berkahwin selama 13 tahun.
Jadi untuk apakah lagi kepastian dan keyakinan. Yang perlu hanyalah usha untuk mengekalkan hubungan halal mereka
sampai kehujung nyawa.
Baginya dalam peringkat umurnya sekarang yang
sudah melebihi angka pertengahan empat puluhan perkara sayang menyayang sudah
tidak perlu disebut-sebut, bahasa tubuh pun sudah dapat memahami isi hati pasangan
masing-masing. Hidup mereka kini hanya untuk membimbing anak-anak mencari hidup
mereka dimasa hadapan. Bukan perkara
sayang menyang atau cinta mencinta itu tidak penting…penting tetapi
berpada-pada dan tidak perlu diucapkan, janjinya dia melunaskan bertanggung
jawabnya itu sudah cukup... kecuali cinta pada Allah dan Rasul itu memenang
perkara utama. Melihat suaminya bangun dan menuju kepintu garang suara Zila
bertanya..
“Abang!!
Abang nak pergi mana tu..kita tak habis bincang lagi abang dah nak lari..benci
betul abang pandang muka Zila ni kan”
“Nak
bincang apa lagi, abang tak kisah apa yang Zila nak rasa pada abang. Pada abang
mudah sahaja, kita ni dah tua dah tak perlu lagi perkataan sayang menyayang, anak-anak
tu lagi penting kita fikirkan kehidupan mereka, untuk masa hadapan mereka.
Abang nak habiskan baca surat khabar..nanti dah nak tenguk buku kerja anak
pula.”. Melihat suaminya meneruskan langkahnya,
hati Zila yang sedia hangat menjadi semakin hangat.
“Abang!!!”
Jerit Zila untuk menghentikan langkah suaminya.
“Ya
Allah Zila..apa yang terjerit-jerit macam budak kecil ni”. Terkejut Cikgu Latif
mendengar jeritan isterinya. Abdul Latif tidak jadi melangkah, dia berpaling memandang isterinya semula.
NurFazila sudah bangun dengan dua tangannya dipinggang (Bercekak pinggang)
Nampak garang.
“Oh!
Zila ni macam budak kecil kata abang, secara tak langsung abang kata Zila ni
tak matang, Zila ni bodoh. Itu sebab nya abang tak kisahkan Zila, Zila ada ke,
tak ada pun abang tak kisah, abang tak penah nak ambil berat perasaan Zila.
Sebab dalam hati abang tu masih mengharap kan Emil yang pandai dan yang seorang
cikgu datang balik pada abang..” Sememang itulah yang mahu dijaga oleh Abdul
Latif. Dia mahu menjaga perkataannya supaya isterinya tidak salah faham dengan
kata-katanya. Tetapi tadi dia sudah terlepas kata dan terimalah natijahnya
isterinya sudah merasakan sendiri dirinya bodoh dan tak matang tetapi sememang
itulah kenyataanya.
“Kenapa
naik nama Emil nii..kenapa nak disebut nama dia”. Suara Abdul Latif makin
meleweh, kerana dia memang malas mahu berbalas kata.
“Sebab
dialah abang tak peduli pada Zila, sebab dia lah abang tak boleh nak terima
Zila dalam hidup abang dan sebab dialah abang tampar Zila hari tu.Betulkan”.
“Tak
terima apanya Zila, dah berapa tahun kita kahwin, anak kita pun dah tiga orang,
Umar dah dekat 12 tahun..jadi abang nak
terima Zila yang macam mana?”.
“Anak-anak
yang lahir tu kerana nafsu abang sahaja, abang buat Zila ni tempat melepaskan
nafsu abang sahaja...jadi sekarang Zila tak nak lagi menjadi bahan melepas
nafsu abang. Ceraikan Zila.. biar Zila cari kehidupan Zila sendiri”. Terkedu
Abdul Latif mendengar permintaan isterinya. Semudah itukah. Tetapi dia melihat
isterinya bersungguh dengan permintaanya.
Nur Fazilah sudah berani meminta cerai, bila merasakan dirinya sudah boleh hidup
sendiri. Dia tidak susah untuk mencari duit. Pekerjaanya diIpoh sudah menanti.
Biar pun tidak semewah dan sesenang mana, namun pendapatanya itu nanti dapat
menampung kehidupannya sendiri tampa bergantung pada suaminya atau lebih tepat
bergantung pada cikgu Abdul Latif. Yang
sebenarnya kata-kata Abdul Latif yang mengatakan.. ‘sedar dirilah sikit selama ini abang yang bagi makan Zila..abang yang
tanggung semua keperluan Zila’.tempuh hari sangat memberi kesan dihatinya.
“Zilaa
kenapa minta yang tidak-tidak ni ..”. Abdul Latif melembutkan suaranya selembut
yang boleh, supaya sejuk hati isterinya bila mendengar suaranya. Rupanya tidak.
“Tidak!!!
itu bukan permintaan yang tidak-tidak,
memang dah lama Zila fikir.. kalau Zila meneruskan perkhawinan kita ni, Zila
yang akan tersiksa..tersiksa kerana
mencari rasa cinta abang pada Zila, tersiksa kerana mencari rasa sayang
abang pada Zila. Sekarang Zila tak mahu
fikir lagi, Zila nak bercerai. Hidup kita
akan senang kalau kita bercerai. Abang tak perlu bagi makan dan
keperluan Zila lagi dan yang paling
penting hati Zila ni tak sakit bila teringat yang dalam hati abang tu masih
penuh dengan nama Emil”.
“Mana Zila tahu hati abang penuh dengan nama Emil.
Dia kan dah jadi isteri orang. Abang tak gila Zila untuk mengharapkan isteri orang.” Itu sememangnya kenyataannya.
Apa perlunya Zila merasa cemburu pada bekas isterinya, kerana sekarang Emil
adalah isteri kepada seseorang, mana boleh seorang isteri memadukan suaminya.
Cemburu yang tak masuk akal gerutu Abdul Latif didalam hati.
“Zila
tahu bang, dari cara abang bercakap
dengan Emil dalam telefon hari tu, dari ceria wajah abang bila Uwais datang. Zila
dah dapat baca dari tingkah laku abang. Apa-apa berkenaan dia memang
menjadikan abang ceria, abang suka.
Abang akan marah bila Zila larang Uwais datang sini sebab abang tak nak
melupakan dia”.
“Uwais
kan anak abang, darah daging abang, bukan sebab dia tu anak Emil yang abang jadi
suka kalau dia datang..”
“Sudahlah
bang! Zila benci bila abang sebut nama
dia dan nama yang boleh mengingatkan abang pada dia. Kalau betul abang
sayangkan Zila, lupakan janda abang tu.. lupakan semuanya yang bersangkutan
dengan dia”. Inilah akibatnya kalau dia bersuara lembut, menyebabkan isterinya
tidak pandai menghormati dirinya. Mulalah dia meminta yang tidak-tidak..
“Zila
ni dah keterlaluan, kenapa nak mencabar abang dengan permintaan yang tak masuk
akal”.
“Sebab
abang pun tak guna akal bila nak sayang siapa, nak sayang isteri yang didepan
mata abang pun abang campurkan sekali dengan sayang abang kepada isteri yang
dah menjadi bekas. Sekarang abang pilih yang mana satu..”
“Yang
mana satu apanya, kalau nak pilih Emil diakan isteri orang mana boleh seorang
isteri mempunyai dua suami. Kita ni bukan di India....yang seorang wanita boleh
berkahwin dengan suami lebih dari seorang, kita ni di Malaysia. Sedar Zila sedar”. Abdul Latif masih mampu
mengawal suaranya, kerana dia berpegang pada
petuasetiap pasangan kalau yang sorang sedang marah yang seorang lagi perlu
bersabar untuk kerukunan rumah tangga. Tetapi lain pula jadinya pada Nur Fazila,
suaranya semakin tinggi. Kelihatanya
marah nya seperti tidak terbendung lagi.
“Abang
jangan nak naikan darah Zila, jangan main-main dengan Zila, sekarang abang
pilih ..kalau abang nak Zila tetap menjadi isteri abang, abang mesti buang semua yang ada kaitan dengan
dia”. Tegas Zila bersuara.
“Dari
apa yang abang faham, Zila suruh abang buang anak abang yang bersama Emil macam
tu dan dari apa yang abang faham Zila nak suruh abang halang dia dari berjumpa
abang atau sebalik nya betulkan macam tu”.
“Ya..sebab
kalau anak dia masih berjumpa abang, abang tak akan dapat melupakan mamanya..”
“Ok jelas..kalau
macam tu.. ini dari hati abang yang ikhlas dan ini adalah isi hati abang yang
sebetulnya. Kalau Zila beri pilihan antara isteri dan anak, abang akan lebih milih
anak abang dari isteri yang tidak tahu menghargai suaminya. Seribu kali pun
abang tetap akan memilih anak abang, abang lebih rela tak ada isteri dari abang
kehilangan anak. Apatah lagi anak sebaik
Uwais dan jika Zila minta abang lupakan Emil.. itu tak mungkin juga. Berbelas
tahun abang hidup sebumbung dengan dia, bagai mana abang nak melupakan kenangan
bersama dia, tapi untuk megharap hidup disamping dia.. itu tak mungkin, sebab
dia dah jadi isteri orang. Abang tahu batas Zila, mana yang patut dan mana yang
tak patut”.
“Sekarang
Zila pun dah jelas macam mana bentuk hati abang. Sekarang Zila juga nak
berterus terang dengan abang. Zila tak
mampu duduk disisi suaminya yang penuh dengan kenangan bersama bekas isterinya.
Zila tak mampu menahan rasa cemburu Zila, bila sayang abang pada Zila masih
bersaing dengan rasa kasih abang pada dia. Untuk jalan mudah, ceraikan Zila
sekarang”. Rasa bagai dicincang hati Nur Fazilah mendengar pengakuan suaminya
terhadap jandanya kerana kepedihan itu mudah sahaja permintaan yang menjadikan
dirinya tidak halal bila suaminya mengikuti apa yang dimintanya.
“Memang
sungguh ke Zila nak kita bercerai”. Abdul Latif mencari kepastian. Bagi nya
mudah, jika Nur Fazila rasa tersiksa hidup disisnya, dia tidak akan memaksa
untuk meneruskan ikatan perkahwinan mereka. Untuk apa masih bersama jika salah
seorang dari mereka menderita. Lagi pun Nur Fazila sudah mengatakan dia sudah
lama memikirkan tentang permintaanya. Tentu sahaja dia sudah menimbang baik
buruknya untuk kehidupanya.
Alahai Nur Fazila kenapa cetek sangat pemikirannya. Cemburu buta namanya tu. Tak baik memutuskan ikatan bapa dan anak kandung. Sengaja cari penyakit ni.
ReplyDelete-K.mid-
Cmburu but a. Itule klu dh buat salah mengambil hak org..hati sntiasa curiga.
ReplyDelete-dibah-
Adui..pening tgk gelagat si zila ni..mmg dah nasib cikgu latif dpt bini gini..harap2 pengakhirannya cikgu latif dpt isteri yg bole membahagiakan dia..sian nengok hidup dia bagaikan lilin..sentiasa menurut perintah..nasib baik dpt anak yg baik mcm uwais..
ReplyDeleteHidup yg dipilih sndiri olh CG Latif. Nape mesti nk ikur ckp maknya bulat bulat smpi brnikah cara smbunyi dr Isteri Emil smpi no masuk dua anak bru Emil tau. ITU pun cara kebwtulan. Patutnya dia blh bombing dn didik Emil supaya brbaik dgn mak dia. Itukan tanggungjwb suami.
DeleteTo yg sbenarnya dia pun stuju kahwin dgn zila SB ego no buktikn yg dia mampu beri anak lagi SB hanya ada iwais shj dgn Emil. Dia lupa ITU smua kuasa Allah .
Ego juga dgn mudah dia melafazkn talak kpd emil.
Walaupun pd zahirnya CG Latif seorg yg x byk ckp dn menurut kATA mak dia tp dr sudut lain tgjwb dia sbg suami kurang smpurna begitu juga trhadap uwais.
-dibah-
Cikgu Latif bakal menyandang gelaran Mr Dud ke. Kesiannya. Dlu masa dia madukan emil rasa geram. Watak yg makteh adakan blh buat kita berubah rasa.
ReplyDeleteZila ni dlu elok je bermadu. Bila Emil dah bercerai jd meroyan semacam. Anak2 pun mcm tak sayang. Padan juga dgn muka Pn Rabiah. Kalau bercerai mesti zila tinggalkan anak2 dia.
Zila ni jenis yang tak nak terima pendapat orang. Dia je rasa betul. Sanggup lagi menipu bila cerita pada mak mertua.
ReplyDeleteMenantu pilihan mak mertua kan????
Delete-dibah-
Zila rasa "insecure", rendah diri dan kurang mendpt perhatian/kasih sayang drp suaminya. Tu sebablah dia bertindak sedemikian.
ReplyDeleteCikgu Latif pulak rasa isteri tidak menghargainya sbg suami, tak bersyukur dgn segala pengorbanan suami dan tak memahami peranan/tanggungjawab suami.
Best Mak Teh. Teruskan... Art imitating life....